Ahad, 15 April 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PTPTN: Mahasiswa berhimpun hingga suara mereka didengari

Posted: 14 Apr 2012 04:36 PM PDT



(Mahasiswa berkhemah menuntut kerajaan memenuhi tuntutan mereka)

KUALA LUMPUR, 14 April: Sekumpulan mahasiswa yang menuntut pendidikan percuma di negara bertindak memasang khemah di Dataran Merdeka, sementara menunggu perhimpunan Bersih 3.0, 28 April ini.

Mereka juga bernekad tidak akan berganjak dari Dataran sehingga pihak kerajaan turun padang menemui mereka bagi mendengar keluhan mahasiswa terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu pada mulanya berkumpul di persekitaran Masjid Jamek Kuala Lumpur, sebelum berarak ke kompleks membeli-belah Sogo.
Sepanjang Jalan Raja Laut menuju Sogo, kumpulan lebih 500 mahasiswa itu melaungkan pelbagai slogan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya, antaranya 'Hidup Mahasiswa', 'Jahanam Kapitalis', 'Najib Altantuya', 'Mansuh PTPTN', 'Bangkit Mahasiswa' sambil memegang pelbagai kain rentang.

Tiba di Sogo, kumpulan tersebut mula berucap bagi menyatakan pendirian mereka terhadap PTPTN yang disifatkan mereka hanya melahirkan 'graduan hutang'.

Sebelum itu, mereka meletakkan kalungan bunga pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tindakan tersebut dikatakan sebagai simbolik  kepada 'kematian' peranan dua menteri tersebut dalam usaha menyelesaikan isu PTPTN yang dibantah mahasiswa.

Antara pemimpin mahasiswa yang berucap Pengerusi SMM, Mohd Safwan Anang; dan mahasiswa yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim.

Kumpulan itu kemudiannya kembali berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan memasang lima buah khemah di Dataran serta mendirikan solat Asar berjemaah.

Kira-kira 30 anggota polis hanya memerhatikan kumpulan mahasiswa tersebut berhimpun tanpa sebarang provokasi daripada mereka.

Sementara itu, Safwan ketika ditemui media, berkata himpunan hari ini sebagai tanda amarah rakyat terhadap isu PTPTN yang didakwa lebih memberi keuntungan kepada kapitalis, sekaligus membebankan mahasiswa.

Ketika ditanya mengapa perhimpunan hari ini turut mengaitkan isu PTPTN dengan kepimpinan kerajaan sedia ada, Safwan berkata sekiranya mahasiswa mahu mengubah kerajaan, itu merupakan hak mereka sebagai pengundi.

"Kita tidak tahu bebanan masing-masing, tapi fokus isunya ialah PTPTN.  Kalau mahu ubah kerajaan, itu hak mereka.  Kita pun setuju, kalau kerajaan tidak mahu memberikan komitmen tentang hal (PTPTN) ini.  Kita kata kerajaan perlu diubah,  dan ia mesej jelas daripada mahasiswa," tegas beliau.

Justeru, kata beliau mahasiswa akan terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga pihak kerajaan respons terhadap tuntutan mereka.

"Kita akan teruskan protes ini di sini.  Kalaupun dihalau, kita akan meneruskan protes.  Kalau bukan di sini, di tempat lain yang akan diputuskan nanti," kata beliau.

Himpunan mahasiswa ini turut disertai pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Tian Chua; Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat RasipRozan; dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj.

Manakala, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dijangka hadir ke Dataran Merdeka, malam ini bagi menyatakan sokongan kepada golongan mahasiswa.

Parti ajaran sesat: Pemuda PAS sedia muzakarah

Posted: 14 Apr 2012 04:36 PM PDT



(Nasrudin....sedia bermuzakarah dan buat road show)

KUALA LUMPUR, 14 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersedia untuk menerima cabaran mana-mana pihak dari Umno  untuk bermuzakarah dalam isu  PAS: parti ajaran sesat yang sedang dipropagandakan oleh Umno Terengganu.

Ketuanya Nasruddin Hassan berkata, Umno sengaja menciptakan propaganda itu dan ia tidak perlu diperdebatkan sebaliknya perlu bermuzakarah.

"Kita tidak mahu cabar Umno berdebat dalam isu ini kerana tidak 'padan' sebab Umno sengaja cipta isu ini," katanya kepada media petang tadi.

Malah katanya, pada tahun 1984 sudah timbul isu kafir mengkafir waktu itu PAS anjurkan muzakarah dengan Umno akhirnya dibatalkan kerana Umno tidak mahu bersemuka dengan PAS.

"Kita cabar Umno kali ini, kalau berani kita bermuzakarah apa yang mereka bangkitkan, melalui ini kita tahu siapa yang sesat sebenarnya," kata beliau.

Malah katanya, DPPM akan mengadakan 'road show' seluruh negara untuk menangkis tohmahan jahat Umno BN yang cuba memburuk-burukan PAS.

"Umno sepatutnya sedar propaganda yang sengaja diciptanya itu telah memakan diri mereka sendiri apabila, rata-rata rakyat negeri itu mula menyampah dengan politik kotor Umno ," katanya.

Katanya PAS juga boleh menjawab segala tohmahan tersebut dengan platform ilmiah melalui penerbitan buku 'Siapa Yang Sesat?' yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, program "Pas: Parti Ajaran Sesat (P:PAS)" yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh negara.

Beliau menjelaskan program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni," katanya.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".

Salahudin diraikan di Kubang Kerian

Posted: 14 Apr 2012 04:35 PM PDT



(Husam menyampaikan saguhati khas kepada Salahudin)

KOTA BHARU, 14 April: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini diraikan dalam mesyuarat agung PAS Kubang Kerian, kawasan parlimen yang beliau wakili.

Ini kerana, selepas ini Salahudin tidak lagi akan mewakili kawasan itu tetapi akan pulang ke Johor untuk bertanding di sana.

Salahudin menerima cenderamata khas dari Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Datuk Husam Musa.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menyatakan kesediaan PAS Kelantan untuk melepaskan beliau.

Salahudin telah dua penggal mewakili parlimen Kubang Kerian iaitu sejak pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Beliau akan bertanding di Johor dalam pilihan raya ke 13 bagi memantapkan pasukan PAS Johor dalam menjayakan hasrat untuk menawan Putrajaya.


Najib tidak yakin

Ketika bercakap kepada pemberita, Salahudin mendakwa  walau pun banyak 'habuan' dicurahkan termasuk BR1M namun Perdana Menteri dirasakan tidak ada keyakinan untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ketiga belas (PRU-13).

Bahkan, kata Salahuddin,  akan datang dilakukan penyenaraian Felda Global Ventures tetapi mereka dihambat dan dihantui pelbagai isu yang mereka sendiri tidak yakin.

"Jadi saya rasa, ini keadaan yang malang bagi Umno-BN, dan keadaan ini akan menjadikan rakyat lebih melihat jauh ke hadapan untuk mereka menukar driver walau pun Najib kata tak perlu tukar driver.

"Namun dalam hal demikian, mereka lihat Najib semakin tidak yakin (untuk membubarkan Parlimen dan meraih kemenangan dalam PRU-13)," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bercakap kepada pemberita selepas  Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kubang Kerian kali ke-38 di Pasir Tumboh dekat sini pagi tadi.

Turut hadir Adun  Salor yang juga Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Justeru Salahuddin mendakwa beliau cukup yakin rakyat Malaysia akan melihat Pakatan Rakyat (PR) sebagai pilihan mereka ke Putrajaya.

KP warga asing: PAS bimbang kecoh di hari mengundi

Posted: 14 Apr 2012 04:35 PM PDT

KOTA BHARU, 14 April: PAS melahirkan kebimbangannya terhadap langkah memberikan taraf kewarganegaraan kepada warganegara asing secara berleluasa tanpa dibendung akan mengundang huru-hara terutama semasa pilihan raya berlangsung.

Justeru Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan yang juga pengamal undang-undang menegaskan Kerajaan Pusat perlu bertanggungjawab dengan apa yang bakal berlaku.

(Takiyudin menyampaikan hadiah dalam Pertandingan Kerajinan Tangan Wanita Dun Bunut Payong)


"PAS Pusat telah membuat satu keputusan untuk mendesak pihak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kad pengenalan supaya memberikan respon kepada dakwaan kita," katanya.


Beliau mendakwa PAS mempunyai bukti kukuh bahawa pegawai-pegawal tinggi kerajaan di beberapa agensi bukan saja di Jabatan Pendaftaran Negara tetapi juga Majlis Keselamatan Negara serta Jabatan Perdana Menteri itu sendiri terbabit.

"Mereka (dengan pegawai-pegawainya sendiri) diarah untuk membuat sebanyak mungkin pemberian I.C warganegara kepada warganegara asing itu khususnya bagi 'menampung kekurangan' yang mereka rasa wujud di beberapa Parlimen termasuk di Parlimen Pekan, Pahang sendiri.

"Kita mempunyai bukti bahawa di Parlimen Pekan sendiri, warganegara daripada beberapa negara, antaranya Burma dan juga Bangladesh sedang diberikan taraf kewarganegaraan yang membolehkan mereka itu mengundi.

"Dan yang lebih berat lagi apabila diberikan kewarganegaraan, kad pengenalan, mereka itu didaftarkan terus  dalam kawasan parlimen-parlimen tertentu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Kerajinan Tangan Wanita Dun Bunut Payong di Astaka JKR 10 Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini tengahari tadi.

Beliau mengulas perkembangan menjelang PRU-13 membabitkan pemberian kad pengenalan kepada warganegara asing yang berada di negara ini oleh golongan tertentu.

Beliau mendakwa perkara itu juga berlaku di Kelantan di mana warganegara jiran yang diberikan kad pengenalan diletakkan terus di Dun tertentu dan dijadikan pengundi di situ.

"Dan kita memberi peringatan kepada Kerajaan Malaysia, kalau sekiranya mereka teruskan juga keadaan itu, (dipercayai) akan berlaku suasana huru-hara terutamanya samasa pilihanraya, bahkan akan adanya bantahan.

"Orang yang tidak tinggal dalam kawasan-kawasan pilihanraya tertentu itu, bahkan bukan berasal di situ dan tidak ada niat untuk tinggal di situ menjadi pengundi dalam kawasan itu, maka saya nampak akan jadi satu keadaan huru-hara dan Kerajaan Pusat perlu bertanggjungjawablah," katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa apabila disebut  kempimpinan tertinggi negara (terbabit dalam perkara itu), mereka itu secara automatiknya adalah 'pemimpin tertinggi parti' terutamanya Umno-Barisan Nasional (BN).

‘Perkuburan 1Malaysia’ ada di kawasan Najib?

Posted: 14 Apr 2012 04:35 PM PDT


KUALA LUMPUR, 14 April: Penulis blog, Anak Sungai Derhaka menyebut gara-gara taksub dengan konsep '1Malaysia" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya agama Islam itu sendiri menjadi carca merba.


Sehubungan itu, beliau di dalam blognya, http://darisungaiderhaka.blogspot.com membongkarkan berita panas yang untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia kenapa perlu mereka menolak Umno BN pada Pilihan raya Umum akan datang.

Tulisnya, jika rakyat terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotakkatikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa.

"Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan '1Malaysia' di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri.

"Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit," tulis beliau.

Menurutnya, selama ini ramai di kalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan.

Memang, katanya banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur Orang Asli.

"Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa.

"Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?" soalnya.

Justeru, katanya tidak timbul persoalan mereka iaitu orang Islam itu adalah Orang Asli atau tidak.


Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (kiri) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam).

Malah, tulisnya lagi terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit.

Menurutnya, umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai 'pengundi tetap' Najib di Parlimen Pekan.

Makanya, ujar beliau kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja.

"Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?" tanya beliau.

Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang  yang sepatutnya memantau kegiatan seperti itu.

Baginya, ternyata apa yang berlaku itu sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya, tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM, Najib Razak.

Tiada ulasan:

Pengikut