Isnin, 2 April 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Projek rumah terbengkalai di Sarawak sejak tahun 2004

Posted: 02 Apr 2012 02:01 AM PDT



Rumah Terbengkalai di Taman Sentosa, Kuching
Aduan Rakyat 2 April 2012

Saya telah membeli apartment di alamat Taman Sentosa, Kota Sentosa, Kuching, Sarawak pada tahun 2004. Walau bagaimana pun sehingga ke hari ini apartment berkenaan belum dapat disiapkan.

Wakil rakyat di kawasan terbabit telah membantu dalam cubaan untuk menyelesaikan permasalahan ini malah dalam pengetahuan saya dia telah pun memanjangkan perkara ini kepada Housing Development Comission (HDC) Sarawak beberapa tahun yang lalu untuk meminta tindakan diambil tetapi sehingga sekarang belum ada apa-apa perubahan atau tindakan yang di ambil oleh HDC.

Menurut Jabatan Insolvensi Negeri Sarawak pula pemaju Taman Sentosa tersebut telah pun di "Winding Up" pada tahun 2010. Yang menjadi mangsa ialah kami pembeli yang terpaksa membayar balik pinjaman dari bank dan juga terpaksa menyewa di tempat lain.

Untuk maklumat dan rujukan pihak aduan rakyat, promosi melalui internet untuk Taman Sentosa ini boleh di lihat melalui laman web berikut http://www.tamansentosa.com/htm/cproject.asp

Saya amat berharap agar permasalahan ini dapat di selesaikan segera.

By: Dorasong Ahai

Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-di-taman-sentosa-kuching

Beberapa kes projek perumhan terbengkalai yang dilaporkan sebelum ini di http://terbengkalai.blogspot.com/

Gearbox CVT Exora Bold Turbo bermasalah selepas 2 minggu

Posted: 01 Apr 2012 09:22 PM PDT



Aduan Rakyat 2 April 2012 - Saya membeli sebuah Proton Exora Bold Premium yang menggunakan enjin turbo dan gearbox CVT pada awal Mac 2012. 2 minggu digunakan, gearbox mula rosak. Apabila gear reverse dimasukan, enjin akan mati. Setelah mencuba banyak kali, barulah saya dapat menggunakan gear reverse.

Itupun enjin begegar seolah-olah nak mati. Saya menghubungi pusat servis di Johor Jaya memaklumkan masalah yang dihadapi dan pihak pusat sevis meminta saya untuk menghantar kereta untuk diperiksa.

Pemeriksaan pertama pihak pusat servis cuma mengetatkan kabel bateri dan meminta saya untuk pulang dan mencuba kereta telebih dahulu. Tak sampai setengah jam saya ambil kereta dari pusat servis, masalaah sama tetap berulang. Saya kemudian merujuk terus kereta saya ke Pusat Servis 3S di Plentong.

Pemeriksaan kedua, ECU kereta saya direset semula dan saya diminta untuk membawa pulang kereta sepertimana selepas pemeriksaan yang pertama. Tidak sampai 2 jam, masalah sama berulang. Saya terpaksa menunggu selama 3 hari untuk menghantar kereta berikutan hari Sabtu hanya dikhaskan untuk servis sahaja.

Pada hari Isnin saya menghantar kereta saya ke pusat servis dan kereta saya terpaksa ditinggalkan selama 2 hari untuk diperiksa. Keputusannya memang menyakitkan hati saya. Mengikut kata petugas yang incharge problem kereta saya tu, laporan dah dihantar ke headquarters bekenaan masalah yg dihadapi dan saya diminta tunggu sehingga jawapan diberikan semula oleh HQ.

Saya dah dapat bayangkan maksudnya itu tetapi atas dasar percaya, saya ia kan saja dan masih lagi menunggu, mengikut kata petugas tu lebih kurang seminggu lebih untuk saya dapatkan jawapan.

Sekarang dah masuk 4 hari saya tunggu, tinggal lagi beberapa hari untuk saya dihubungi oleh petugas tesebut (janjinya nak telefon dan maklumkan saya).

Apa yang saya nak highlightkan di sini ialah, kenapa begitu teruk produk Proton ni? Takkanlah baru 2 minggu pakai dah rosak? Bunga tayar kereta pun tak sempat haus lagi enjin dan gearbox dah meragam? Adakah Proton main tangkap muat je barang-barang yang digunakan?

By: faizal

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/gearbox-cvt-exora-bold-turbo-bermasalah-selepas-2-minggu#more-12140

Tiada ulasan:

Pengikut