Khamis, 1 Mac 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 01 Mar 2012 03:16 PM PST

1 MAC — Media pro Barisan Nasional dan Umno begitu ghairah dan gembira apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan yang dikira boleh menyenangkan Israel.

Anwar bercadang untuk menjamin keselamatan Israel dengan syarat Israel memenuhi beberapa perkara: menjamin pembentukan negara Palestin, tidak mengganggu dan mengancam keselamatan Palestin yang merdeka, dan mengiktiraf hak orang Palestin dan Islam ke atas Baitul Maqdis.

Buat Umno, Anwar sudah mengkhianati umat Palestin dan dia juga sudah melanggar sikap Malaysia terhadap isu Israel itu.

Apakah Umno seronok sangat dapat membantai Anwar dengan kenyataannya dan Umno adalah pihak yang betul dan benar dalam pendirian tentang Israel?

Yang boleh marah terhadap sebarang niat untuk mengiktiraf Israel hanya PAS. PAS saja yang mempunyai sikap jelas bahawa negara Yahudi itu adalah negara haram yang tidak dapat diampun dan tidak boleh ditolak ansur.

Umno tidak berhak untuk kata begitu dan begini tentang kenyataan Anwar itu kerana Umno pun adalah seperti ayam jalan yang kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Dr Mahatahir Mohamad juga ikut membidas Anwar atas perkara itu, tetapi secara tidak sedar membuat kenyataan bahawa apa yang dibayangkan oleh Anwar itu kira-kira sama dangan apa yang pernah dinyatakannya semasa dia menjadi Perdana Menteri dulu.

Dia mengaku dia ada menerima surat dari Ehud Barak, Perdana Menteri Israel masa itu minta Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. Dr Mahathir mengaku membalas surat Barak itu.

Apa jawab Dr Mahathir?

Kata Dr Mahathir, dia menolak sebarang hubungan diplomatik dengan Israel "selagi kedudukan Palestin tidak diiktiraf."

Apa maksud jawapan Dr Mahathir itu?

Tiada sebarang hubungan dengan Israel selagi kedudukan Palestin tidak diiktiraf. Ertinya jika Israel mengiktiraf negara Palestin, maka logiknya, akan adalah hubungan diplomatik dengan Israel.

Apa bezanya dengan maksud kenyataan Anwar?

Anwar kata, jika pembentukan negara Palestin diterima, jamin kemerdekaan Palestin dan iktiraf hak Palestin dan Islam atas Baitul Maqdis, maka boleh dijamin keselamtan Israel.

Dr Mahathir kata, tiada sebarang hubungan diplomtik dengan Israel selagi kedudukan Palestin tidak diiktiraf.

Kedua-duanya tidak banyak perbezaan.

Syarat yang Dr Mahathir beri itu semasa dia menjadi Perdana Menteri. Kalau Ehud Barak setuju dengan syarat Dr Mahathir itu, maka mungkin Malaysia sudah ada hubungan diplomtik dengan Israel.

Anwar membuat kenyataannya ketika tidak menjadi Perdana Menteri dan belum menjadi Perdana Menteri. Kalau dia menjadi Perdana Menteri selepas ini barulah berbangkit jaminan itu kalau Israel bersetuju dengan syarat yang Anwar beri.

Kalau Anwar tidak jadi Perdana Menteri, tidak berbangkitkan jaminan itu, kerana Perdana Menteri saja yang boleh membuat keputusan bersekongkol atau tidak dengan Israel.

Dr Mahathir tidak senang kerana isi surat balasannya itu tidak disiarkan oleh media.

Adakah ini tanda media menyorokkan syarat yang diberi Dr Mahathir itu? Mengapa? Tetapi media mendedahkan pula kenyataan bersyarat Anwar. Mengapa?

Apa pula sikap terbaru media dan Umno terhadap syarat yang Dr Mahathir beri tentang kemungkinan sedia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel kiranya ia mengiktiraf Palestin?

Jika Umno dan media tidak pertikai syarat sama yang diberi Dr Mahathir kepada Israel, maka Umno tidak wajar dan tiada hak untuk mengecam Anwar kerana apa yang Anwar kata sekarang adalah sama dengan syarat yang Dr Mahathir beri dulu.

Orang pun tidak fikir Umno dan Perdana Menteri Najib Razak ada sikap yang berbeza dengan Dr Mahathir dan Anwar dalam isu Israel dan Palestin itu.

Justeru itu kalau Umno hendak marah sangat dengan kenyataan Anwar itu, ia boleh kata kepada Anwar "Kamu serupa aku juga!"

Hanya PAS saja yang ada sikap tegas dan tidak berdolak dalik tentang hubungan dengan Israel.

DIALOG RAKYAT

Posted: 01 Mar 2012 03:11 PM PST

Durian runtuh: Anak lapor polis seluruh negara

Posted: 01 Mar 2012 05:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan membuat laporan polis di seluruh negara pada 3 Mac ini berhubung 'surat pekeliling durian runtuh' yang diedarkan Felda kepada peneroka bermula minggu lalu.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, surat pekeliling tersebut meminta peneroka menyerahkan semua dokumen seperti salinan kad pengenalan, geran ladang dan rumah, status senarai hitam bank dan pewaris bagi mendapat 'durian runtuh' berupa wang tunai setelah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd.

Ekoran itu, beliau menerima banyak aduan dariapda peneroka yang bimbang semua dokumen itu dimanipulasi untuk tujuan tertentu.

Lebih menimbulkan keraguan ujar Mazlan, perkara itu tidak diketahui Lembaga Pengarah Felda.

"Kita akan sediakan format laporan polis bermula 3 Mac di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Pahang dan di seluruh negara serentak," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat itu juga berkata, semua laporan polis tersebut akan dikumpul dan diserahkan bersama memorandum bantahan penyenaraian FGVH kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 12 Mac ini.

"Kita minta Perdana Menteri tolong hentikan sebarang cadangan penyenaraian FGVH ke Bursa malaysia.

"Sejak cadangan ini ditimbulkan, keharmonian dalam Felda mula hilang.

"Saya terima maklumat, setiap kali perhimpunan bulanan Felda, Tan Sri Isa akan memberi amaran kepada kakitangan agar tidak memberikan sebarang maklumat kepada pihak luar berkaitan usaha penyenaraian FGVH," katanya.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, ada peneroka dijanjikan 'durian runtuh sejumlah RM10, 000, RM20,000 dan RM30, 000.

Mazlan juga berpendapat, ini mungkin juga satu helah di mana akhirnya pihak tertentu akan menggunakan semua dokumen tersebut untuk mereka akhirnya menjustifikasikan peneroka Felda secara majoriti setuju dan menyokong penyenaraian FGVH.

"Seperti yang saya tegaskan, janji durian runtuh satu pembohongan sebab mesyuarat agung dibatalkan, jadi KPF tiada kaitan dengan penyenaraian," katanya.

Umno bukan lagi pejuang Melayu – bekas PPM

Posted: 01 Mar 2012 05:19 AM PST

KOTA BHARU: Akibat terlalu banyak dakwaan berlaku penyelewengan membabitkan kepimpinan Umno di Kubang Kerian, seorang pemimpin di peringkat cawangan tekad mahu meninggal parti tersebut.

Mat Riduan Abd Kadir, 48, (gambar) bekas Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) Dun Demit (kini dikenali sebagai JKKKP) tidak mahu bersekongkol lagi dengan parti tersebut.

"Umno kini sudah lari dari perjuangan asal dan bukan lagi membela umat Melayu dan agama Islam. Kini saya sudah sedar.

"Banyak kepincangan terutamanya amanah sebagai seorang pemimpin parti. Saya mengambil langkah untuk keluar Umno dan akan bersama PAS demi memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui malam tadi.

Sebelum itu beliau diraikan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian, Abdul Rahman Yunus pada pertemuan.

Mat Riduan bertugas sebagai PPM sejak 2004 sehingga tahun lepas mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Bahagian Umno Kubang Kerian, Datuk Mohd Fauzi Ismail.

Beliau mendakwa banyak projek kerajaan pusat yang dilaksanakan di Kubang Kerian disyaki berlaku penyelewengan.

"Banyak nilai projek tidak sepadan dengan kerja-kerja dibuat. Saya syaki ada unsur-unsur penyelewengan dalam peruntukan projek dilulus kerajaan pusat," ujar beliau.

Berita The Star gantung editornya paling popular

Posted: 01 Mar 2012 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Ekoran meletupnya isu Erykah Badu, akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA sudah membuat tiga kali penjelasan dan permohonan maaf.

(Gambar dari laman The Star)

Berita penyataan The Star bahawa dua editornya digantung serta merta juga menjadi berita yang paling banyak dibaca oleh pembaca versi online akhbar itu hari ini.

Isu ini dipecahkan oleh Harakahdaily apabila menyiar komen seorang pembacanya dengan berita bertajuk 'Kenapa akhbar The Star siar gambar ini?' pada 27 Februari yang mempertikaikan kenapa akhbar ini menyiarkan gambar Erykah bertatoo nama Allah itu.

Ekoran itu, The Star menyiarkan permohonan maaf dalam laman onlinenya.

Hari ini, Editor The Star membuat penjelasan dan berkata, tidak ada niat jahat dalam penyiaran gambar ini.

Ini kerana mereka tidak faham tulisan nama Allah dalam bahasa Arab yang tertulis dalam tatoo pada dada artis berkenaan.

The Star juga bertindak menggantung serta merta dua editor yang terlibat menyiarkan gambar ini iaitu Senior Editor Lim Cheng Hoe dan timbalan editor Daryl Goh.

Serentak dengan itu juga, The Star telah memberikan tugasan tambahan kepada dua Editor Bersekutunya yang beragama Islam, Shah A Dadameah dan Rozaid Abdul Rahman untuk memantau isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Pada hari penyiaran gambar Erykah, Kementerian Dalam Negeri telah memanggil tiga editor kanan The Star untuk memberikan penjelasan.

(Poster konsert Erykah tanpa tatoo nama Allah)

Ekoran itu, timbalan menteri dalam negeri dari MCA berkata, KDN akan menunggu penjelasan bertulis The Star sebelum memutuskan apa-apa tindakan.

Nasib akhbar ini juga ditimpa malang apabila penganjur konsert Erykah dan Erykah Badu sendiri menyalahkan The Star kerana menyebabkan mereka ditimpa masalah.

Mereka menyalahkan akhbar ini kerana menyiarkan gambar bertatoo nama Allah itu sedangkan poster konsert ini juga menggunakan gambar yang sama tetapi membuang tatoo Allah pada gambar itu.

Sebelum kejadian gambar Erykah ini, The Star sudah dua kali menerima amaran dari KDN.

Ia bermula dengan tulisan managing editor P Gunasegaram pada awal Februari tahun lalu, yang mempertikaikan undang-undang syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika yang didapati bersalah meminum arak di sebuah kelab malam.

Bulan Ramadhan lalu, sekali lagi KDN menghantar surat amaran kepada The Star selepas menyiarkan tulisan daging babi panggang untuk juadah berbuka puasa.

Guru Pengakap DiTuduh Cabul Lapan Gadis Sekolah

Posted: 01 Mar 2012 05:03 AM PST


ANTARA POS.COM

PETALING JAYA : Seorang guru pengakap dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencabul kehormatan lapan pelajar perempuan Tingkatan Satu dan Dua.

Ho Lee Fong, 44, mengaku tidak bersalah melakukan jenayah seks itu ke atas pelajar berkenaan di sebuah sekolah di Damasara antara April dan Jun tahun lalu.

Ketika kejadian, pelajar terbabit berusia antara 13 hingga 14 tahun.

Majistret Nor Afidah Idris membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM45,000 dan menetapkan 2 April untuk perbicaraan.

Ho sebelum ini menafikan tuduhan itu dalam sidang akhbar setelah ibu bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis.

Isteri dan anak tertuduh turut mengadakan sidang akhbar untuk mempertahankan beliau sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah.

Tindakan Saman : Tunggu dan Lihat, Kata Peguam Dr Badrul Amin

Posted: 01 Mar 2012 04:58 AM PST


ANTARA POS.COM

SHAH ALAM : Peguam bela Dr Badrulamin Bahrom mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap tindakan saman diambil terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan babitkan kes khalwat pemimpin PKR berkenaan.

Mohamed Sazali Abdul Aziz berkata perkembangan ketika ini masih belum lagi mendesak kerana siasatan sedang dijalankan dan dakwaan samada Pengarah Penerangan Selangor itu disabitkan bersalah atau tidak belum diputuskan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan selanjutnya yang bakal diambil terhadap pihak berkenaan

"Tiada apa lagi sebab kami tak buat surat lagi untuk minta penjelasan kerana (Badrul) belum didakwa lagi. Kes itu masih lagi dalam proses siasatan, jadi kami belum (merancang) untuk ambil tindakan apa-apa lagilah."

Minggu lalu Badrul Amin ditangkap khalwat di sebuah hotel awal pagi tetapi beliau menafikannya dan menjadi mangsa serangan sekumpulan lelaki.

Beliau menyifatkan penahanannya oleh JAIP sebagai rancangan untuk 'memerangkap dan memalukan' beliau.

Dua hari selepas tangkapan itu, Badrul Amin telah memberi keterangan terhadap dakwaan khalwat yang dihadapinya.

Sazali turut menegaskan meskipun anak guamnya bebas daripada mengahadapi tuduhan khalwat itu, beliau tetap mahukan penjelasan daripada timbalan JAIP berhubung kenyataan media yang dikeluarkan pihaknya.

"Kalau tak dituduh sekalipun kita mahu minta penjelasan tentang kenyataan timbalan JAIP dan jika ia tidak memuaskan Badrul, kita akan tunggu arahan selanjutnya daripada Badrul." ujarnya lagi.

Iklan Surau Baru - AJK Madrasah Salihian Buat Laporan Polis

Posted: 01 Mar 2012 04:56 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM

ALOR SETAR : Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah hari ini membuat laporan polis berhubung papan tanda pelan surau baru yang didirikan berhampiran madrasah itu yang dianggap sengaja dibuat bagi mengelirukan rakyat.

Pengerusi jawatankuasa itu Mansor Ahmad, yang membuat laporan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pagi tadi, berkata pemaju menaikkan papan tanda itu yang mempunyai lakaran pelan surau baru dan ini merupakan satu provokasi yang boleh menimbulkan pertelingkahan dan mengundang kemarahan masyarakat Islam terutamanya anak kariah madrasah itu.

Mansor berkata pembinaan papan tadi itu dipercayai tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar.

Terdahulu Mansor bersama kira-kira 50 jawatankuasa madrasah tersebut bertindak mengoyak kanvas pada papan tanda itu sebagai bantahan terhadap pihak pemaju dan kerajaan negeri.

Anggota jawatankuasa surau Madrasah Salihiah pada 21 Februari lalu, telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerajaan negeri untuk menghalang surau itu daripada dirobohkan untuk memberi laluan bagi pembinaan kompleks beli-belah bernilai RM500 juta.

Jamludin Murad, 67, yang memfailkan writ itu pada 9 Januari lalu bagi pihak anggota jawatankuasa surau, menamakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), pejabat tanah Kota Setar dan kerajaan Kedah masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan keta

Karpal Mahu Kes Hasutan DiKaji Semula, Dakwa Hakim Tidak Fasih BM

Posted: 01 Mar 2012 04:48 AM PST


ANTARA POS.COM

KUALA LUMPUR: Karpal Singh mahu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes hasutannya dikaji semula kerana mendakwa salah seorang daripada panel tiga hakim berkenaan tidak fasih dalam Bahasa Malaysia.

Karpal, yang juga Pengerusi DAP menuduh mahkamah rayuan gagal memenuhi korum apabila sebulat suara membuat keputusan berhubung kesnya pada 20 Januari lalu.

Beliau dipetik sebagai berkata kepada The Malaysian Insider, bahawa, "keseluruhan penghakiman setebal 105 mukasurat adalah dalam Bahasa Malaysia."

Bagaimanapun, Karpal mendakwa Datuk Clement Allan Skinner . yang merupakan salah seorang daripada hakim tiga panel itu tidak memahami sepenuhnya kepada alasan yang dituliskan dalam kandungan keputusan penghakiman itu.

Selain Datuk Clement, dua hakim lain yang menganggotai panel hakim berkenaan ialah Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Mohamad Apandi Ali.

"Clement Skinner adalah dari Sabah. Orang ini tidak tahu Bahasa Malaysia. Di sana, semuanya dalam Bahasa Inggeris. Dia dilahirkan di Burma (Myanmar) pada tahun 1947," katanya lagi.

Pemimpin pembangkang veteran itu menjelaskan bahawa Clement Skinner mungkin memahami apa sebenarnya kes itu, kerana iia dibicarakan dalam bahasa Inggeris di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, katanya ia tidak bermakna apa maksudnya kepada keputusan penghakiman yang ditulis.

"Terdapat kegagalan korum. Dalam erti kata lain, hanya dua hakim yang memutuskan," katanya.

Karpal, didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana didakwa mengeluarkan kata-kata brbentuk hasutan terhadap Sultan Perak di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 on Februari 2009 lalu ketika berlaku krisis perlembagaan di Perak

Beliau didakwa sebagai berkata bahawa pemecatan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebaga menteri besar Perak dan perlantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan boleh dipersoalkan dalam mahkamah.

Beliau bagaimanapun, didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Hakim Azman Abdullah, namun Kamar Peguam Negara telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Pada 20 Januari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa kenyataan Karpal adalah ada kandungan 'hasutan' terhadap Sultan Perak dan memberikan kesan terhadap rakyatnya.

Tumpu PRU13, jangan terperangkap titik bengik

Posted: 01 Mar 2012 04:45 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak timbul soal perlantikan pimpinan dari kalangan bukan Islam dalam parti.

Ini, katanya kerana perlembagaan parti jelas memperuntukkan Islam sebagai syarat utama dengan menjadikan al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias sebagai rujukan.

"Tidak mungkin seseorang yang tidak yakin dengan sumber rujukan parti akan dipilih sebagai pimpinan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan media mengenai pandangan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad kelmarin, bahawa PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai pemimpin barisan kedua parti sekiranya ia satu keperluan.

Namun kata Dr. Dzulkefly, perkara itu tidak timbul sekarang ini, dan jika sekalipun akan dilaksanakan, perkara itu perlu diputuskan dalam muktamar parti.

Justeru, Tuan Ibrahim menambah, PAS menyeru seluruh ahli memberikan fokus kepada persiapan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) yang semangkin hampir.

"Jangan terperangkap dengan plot yang dirancang oleh musuh, tanpa kita sedari. Kerana terlalu banyak masa, tenaga dan tumpuan kepada titik bengik dalaman parti, sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan Pilihan raya Umum," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.-Harakahdaily

Kegagalan sistem pengangkutan awam, BN asyik beri alasan

Posted: 01 Mar 2012 04:40 AM PST


Sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka dan BN yang juga telah memerintah negara kita lebih daripada 50 tahun, dengan dakwaan kononnya mereka ini ini penuh dan punyai pengalaman yang luas dalam menguruskan kerajaan, namun sistem dan kemudahan pengangkutan awam di negara kita ini masih di dalam keadaan yang memeritkan sehingga ke hari ini.

Sehinggalah ke hari ini, rakyat jelata masih mengeluh pada setiap hari mengenai pelbagai masalah dan karenah sewaktu berada di atas jalanraya ataupun semasa menggunakan kemudahan pengangkutan awam untuk berulang-alik dari rumah ke pejabat dan dari pejabat ke rumah.

Kegagalan kerajaan BN untuk menangani masalah tersebut yang semakin berleluasa saban hari jelas terpapar pada muka setiap rakyat yang menggunakan jalanraya dan kemudahan pengangkutan awam untuk berurusan. Oleh itu para pemimpin BN perlu bertanggungjawab penuh ke atas kegagalan tersebut.

Yang kita sering perhatikan adalah di hampir kesemua projek mega dan pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN dipaparkan papan tanda yang besar dengan perkataan "Satu Lagi Projek Oleh Kerajaan Barisan Nasional" bagi mengingatkan rakyat akan "jasa" BN itu pada setiap hari.

Selain daripada itu, risalah-risalah dan panduan pelancongan negara juga sering memaparkan destinasi yang bewarna-warni, bangunan-bangunan bercakar langit, struktur-struktur yang canggih, perkhidmatan monorail yang berteknologi tinggi, keindahan dan keunikan lapangan terbang antarabangsa KLIA serta lain-lain daya tarikan yang dapat menarik perhatian pelancong asing untuk ke negara kita. Ya, memang menarik apabila diperhatikan kesemua risalah pelancongan tersebut dari mata kaca kita.

Akan tetapi, apabila kesemua bentuk pembangunan, projek dan tarikan ini dibina dengan menggunakan sumber-sumber daripada tanah rakyat dan wang-wang yang telah diperoleh juga daripada rakyat telah mengakibatkan lebih daripada 10 juta rakyat, bahkan juga lebih daripada 10 ribu murid-murid sekolah dan warga emas terperangkap di tengah-tengah perjalanan mereka hampir pada setiap hari sewaktu dalam perjalanan mereka dari rumah ke pejabat, dari rumah ke sekolah dan sebaliknya, apakah penjelasan kerajaan BN terhadap semua masalah tersebut.

Kenapa wang ringgit yang diambil daripada hasil titik peluh rakyat oleh kerajaan BN ini untuk tujuan pembangunan dan perlaksanaan projek perlu dibalas pula penderitaan yang sebegini? Ini tidak berbaloi sama sekali kerana apa nilai yang rakyat bayar perlulah dibalas dengan nilai perkhidmatan yang cekap dan efisien, kalau pun sekurang-kurangnya ia memuaskan hati rakyat.

Sebaliknya ia tidak terjadi!

Apakah menteri-menteri kita buat?

Apakah sebenarnya langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh menteri-menteri yang berkenaan bagi menangani masalah dan karenah sedemikian? Kenapalah menteri-menteri negara kita ini langsung tidak punyai kebolehan untuk menawar atau memberikan kepada rakyat jelata suatu sistem pengangkutan awam yang lebih baik dan efisien.

Sudah lebih 50 tahun BN memerintah, ditambahkan dengan ratusan projek pembangunan yang menyeluruh di negara ini, namum ianya tidak menampakkan sebarang penyelesaian yang lebih berkesan terhadap masalah sistem dan kemudahan pengangkutan awam yang kian memeritkan.

Janji demi janji ditaburkan, bila tiada tindakan, diberikan pula alasan kononnya kajian sedang dijalankan dan diminta masa sehingga beberapa tahun untuk suatu penyelesaian diputuskan. Masalahnya, ramai kroni-kroni BN yang diberikan kontrok untuk menguruskan kesemua projek-projek mega dan pembangunan dan juga menguruskan sistem serta kemudahan pengangkutan awam. Jadi, apakah kesudahannya?

Adakah para pemimpin BN ini benar-benar peka akan penderitaan rakyat yang telah sekian lama terperangkap di dalam kesesakan lalulintas yang begitu buruk sekali pada setiap hari, dari pagi hinggalah malam. Kesesakan ini bukanlah suatu fenomena yang biasa tetapi telah bertukar menjadi sesuatu yang amat tragik sekali, di mana kesesakan tersebut sentiasa mencecah di antara 5 hingga 10 kilometer.

Beranikah para pemimpin BN dan mentri-menteri kabinet mencuba pengalaman sebegini di tengah-tengah kotaraya?

Kenderaan kian bertambah

Dengan kesesakan lalulintas dan masalah sistem serta kemudahan pengangkutan awam yang sehingga kini masih tidak menampakkan sebarang penyelesaian, ianya diburukan lagi dengan penambahan jumlah kenderaan di permukaan jalan ini. Ianya dikatakan sedang berlaku hampir setiap hari.

Jika ditinjau pada setiap isi rumah pada hari ini, kita boleh dapati hampir setiap ahli keluarga mempunyai kenderaan mereka sendiri, malah ada sebuah keluarga boleh memiliki antara 4 hingga 6 buah kenderaan. Bolehkah kita salahkan mereka ini kerana tidak atau enggan menggunakan kemudahan pengangkutan awam?

Selain itu, tempat letak kereta di komuter KTM akan dipenuhi kenderaan seawal 5 pagi pada setiap hari. Kos dan bayaran tempat letak kereta pula semakin meningkat. Dan adakah kerajaan BN serta menteri-menterinya tahu apakah yang sedang berlaku?

Dapatkah para menteri kerajaan BN ini memahami bahawa keadaan kesesakan lalulintas ditambah pula dengan kenaikan kos tempat letak kereta dan juga pembaziran produktiviti rakyat jelata terhadap keadaan sebegini. Adakah para pemimpin BN ini sedar bahawa murid-murid sekolah akan berada di atas jalanraya seawal 5 pagi pada setiap hari.

Adakah para penggubal dasar BN ini menyedari bahawa jutaan rakyat di negara ini akan hanya dapat sampai kembali ke rumah mereka selepas jam 8 malam di mana waktu pejabat sebenarnya tamat pada jam 5 petang setiap hari? Adakah para penggubal dasar BN ini menyedari apakah yang mengakibatkan penambahan jmlah kenderaan di atas jalan pada setiap hari?

Dan jawapan yang lazim diberikan oleh para pemimpin BN ini adalah kerajaan senantiasa mengkaji langkah-langkah baru yang lebih berkesan bagi mengurangkan masalah kesesakan lalulintas serta meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan awam.

Yang lebih buruk lagi, ada menteri-menteri dan pemimpin BN yang menjawab "tidak ada negara di dunia ini yang tidak menghadapi masalah kesesakan lalulintas". Maknanya mereka ini langsung tidak berminat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Para pemimpin BN sekalian, usah beri sebarang alasan lagi. Kalau tidak mampu, mengakulah kamu semua tidak mampu lagi, kalau gagal, mengakuilah kegagalan kamu dan usah berbohong dan berikan macam-macam alasan ataupun berdolak-dalih mengenai masalah tersebut.

Kita ambil contoh di kotaraya Bangkok di Thailand dan Taipei di Taiwan, walaupun ianya adalah merupakan antara dua metropolitan yang paling sibuk, namum masalah kesesakan lalulintas di dua negara tersebut adalah pada tahap yang paling minima. Ini adalah kerana sistem dan kemudahan pengangkutan awam di negara tersebut adalah sangat efisien. Selain daripada itu, jalan-jalanraya, lebuhraya dan terowong banyak dibina dan dibangunkan di dua kotaraya tersebut bagi memudahkan rakyat Thailand dan Taiwan untuk berurusan dan menjalankan tanggungjawab harian mereka.

Konspirasi untuk pastikan Proton terus hidup

Oleh kerana masalah tersebut langsung tidak menampakkan sebarang penyelesaian, rakyat mula mensyaki yang keadaan tersebut adalah merupakan suatu konspirasi kerajaan BN untuk memastikan pengeluar kereta nasional, Proton yang asyik mengalami kerugian, akan terus dapat menguasai pasaran tempatan.

Ini adlaah hakikat! Apabila kesesakan lalulintas semakin buruk, ditambah pula dengan keadaan kemudahan pengangkutan awam yang tidak efisien, rakyat akan memilih untuk memiliki kenderaan sendiri sebagai suatu jalan penyelesaian. Dan oleh kerana kos sesebuah kenderaan import dan berkualiti adalah lebih mahal, rakyat pula akan terpaksa memilih jenama kenderaan yang lebih murah, kurang bermutu dan berpatutan seperti Proton.

Bolehkah kita menyeru rakyat agar tidak membuat andaian sedemikian? Sudah tentunya tidak, oleh kerana keadaan dan masalah tersebut sudah pun terpapar di muka setiap rakyat. Jadi, haruskah rakyat disalahkan pula kerana inginkan sebuah kenderaan sendiri?

Apakah maknanya pembangunan, projek-projek mega dan pembinaan struktur-struktur yang begitu canggih sekali serta membanggakan negara, sedangkan rakyat jelata tidak dapat menikmati sebarang manfaat tersebut. Apakah maknanya segala pembangunan tersebut, sekiranya projek-projek tersebut tidak dapat membawa apa-apa keselesaan kepada rakyat, bahkan menambah lagi penderitaan dan penyiksaan psikologi terhadap rakyat jelata.

Apakah yang perlu dibanggakan dengan laungan "Malaysia Boleh" sedangkan rakyat masih terus menderita pada setiap hari dan tidak mempunyai masa yang berkualiti dan mencukupi untuk dinikmati bersama keluarga? Ya, "Malaysia Boleh", kroni- kroni BN akan terus bertambah kaya! Malaysia Chronicle

Pelantikan Khairy ke dalam PUNB menguatkan spekulasi tentang nasib politiknya

Posted: 01 Mar 2012 04:26 AM PST


Khabar angin mengatakan bahawa ketua pemuda, Khairy Jamaludin akan dilantik sebagai pengerusi agensi pelaburan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd atau PUNB telah bertiup kencang. Ini menguatkan spekulasi tentang nasib menantu bekas pm yang bercita-cita tinggi ini.

Memetik sumber The Business Times, pada hari Selasa, ia melaporkan Khairy akan memulakan tugasnya di PUNB dalam masa terdekat. Ia juga menyebut bahawa Khairy akan menggantikan Mohd Abu Bakar Mohd B Noor yang telah menyandang jawatan itu sejak 1998.

PUNB adalah badan yang diamanahkan menjaga kepentingan usahawan Bumiputra dalam perniagaan yang strategik dan berpotensi tinggi. Berita itu, walaupun belum disahkan lagi, nampak sahih kerana mendapat pujian daripada PM Najib Razak kerana usaha sayap Pemuda dalam memajukan suasana perniagaan dalam Negara.

"Ahli PEMUDAH, telah berusaha sejak lima tahun untuk meningkatkan usaha penglibatan bumiputra dalam perniagaan di Malaysia. Saya boleh meyakinkan anda semua tiada satupun sumbangan tuan dan puan sama ada besar atau kecil diabaikan."kata Najib pada pelancaran laporan tahunan PEMUDAH 2011 pada hari Isnin.

Masih belum dimaafkan sehingga sekarang

Jika benar, Khairy yang juga merupakan ahli parlimen Rembau dan stu-satunya ketua pemuda UMNO yang tidak diberi jawatan kabinet, mungkin akan menyaksikan kerjaya politik yang samar walaupun dia berjaya mempertahankan jawatan pemuda Umno pada pemilihan parti yang bakal diadakan pada penghujung tahun ini.

"Nampak gayanya Najib sudah memberi hadiah kepada Khairy sama seperti apa yang diberinya kepada Isa Samad. Diberi jawatan tertinggi dalam agensi kerajaan dimana dia boleh melancong dan mempunyai akses kepada kontrak kerajaan yang besar dan lumayan,namun tiada pos dalam kabinet. Saya tidak tahu jika Khairy akan puas hati dengan itu sahaja. Ini mungkin juga isyarat yang cuba diberi oleh Najib dan parti secara keseluruhannya kepada Khairy," kata seorang pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.

Dia merujuk kepada Isa Samad, bekas ketua menteri Negeri Sembilan yang memenangi kerusi Bagan Pinang pada tahun 2009 tetapi tidak mendapat jawatan dalam kerajaan selain dijadikan pengerusi Felda.

Walaupun begitu, Isa yang berusia 63 tahun itu yang juga bercita-cita tinggi seperti Khairy, tahu bahawa masanya telah berlalu. Tetapi, Khairy yang berusia 34 tahun itu, seorang graduan Oxford mungkin belum bersedia lagi untuk meninggalkan dunia politik.

Sedihnya, keangkuhannya terlalu ketara pada masa pemerintahan Badawi yang dilihat sebagai perdana menteri de facto, kerana sibuk memberi arahan bagi pihak bapa mertuanya. Ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada pemimpin Umno yang lain seperti Mahathir Mohamad, PM sebelum Badawi.

Tidak akan tersenarai sebagai 'calon boleh menang' Najib

Mahathir terlalu terdesak untuk menjadikan anaknya Mukhriz yang berusia 46 tahun menduduki salah satu kerusi timbalan presiden dan tidak mungkin akan menerima jika Khairy juga berada disitu.

Ada desas-desus yang menyatakan ada kemungkinan bahawa Khairy tidak akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Rembau kerana selain dari pertelingkahan dalaman UMNO, dia juga berhadapan dengan Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin, ketua pemuda PKR yang popular itu.

Khairy sendiri mengakui ketidak tentuan nasib kerjaya politiknya apabila bebera bulan yang lalu telah menghantar mesej twitter yang membayangkan untuk mengambil cuti yang panjang bersama kelaurga.

"Apa yang pasti adalah Dr M masih belum memaafkan Khairy kerana sindiran dan keangkuhannya dulu. Dia akan ingat sehingga mati. Khairy boleh lupakan sahaja keinginannya untuk menjadi orang yang berkuasa didalam Umno jika Mahathir dan penyokongnya masih ada. Dengan memberi jawatan PUNB kepada Khairy, Najib juga menghantar mesej kepada Mahathir bahawa dia akan menyokongnya dalam isu ini walaupun masih lagi berantakan" kata pemerhati Umno.

Ditubuhkan pada Julai 1991, dibawah Akta Syarikat Malaysia 1965, PUNB memberi fokus dalam menyediakan pakej pembangunan usahawan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam perniaggan runcit, kecil dan sederhana (PKS).

Ia menyediakan pelbagai pinjaman untuk bakal usahawan Bumiputera di bawah pelbagai skim seperti Skim Prosper Pemborong, Skim Prosper Runcit dan Skim Prosper Siswazah dan menyediakan pelbagai rangkaian dan platform untuk peminjam. Pakej-pakej pembangunan yang direka untuk membantu usahawan Bumiputera untuk membangunkan perniagaan yang bernas, mengekalkan usaha menguntungkan dan membentuk perusahaan mereka, supaya lebih cemerlang.

Sudah pernah ada banyak khabar angin menceritakan Khairy dilantik kedalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan pada masa lalu, tetapi ia tidak pernah menjadi kenyataan.Malaysia Chronicle

Bekas k'tangan KEMAS dapat bayaran khas RM3,000

Posted: 01 Mar 2012 04:21 AM PST

Bayaran khas RM3,000 seorang secara 'one-off' atau sekali sahaja kepada bekas kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mula diagihkan pada Sabtu ini bermula di Kelantan dan disusuli negeri-negeri lain.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata seramai 560 orang akan menerima bayaran itu di Kelantan yang dijangka disampaikan Anggota

Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapha Mohamed yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri dalam satu majlis di kediamannya Sabtu ini.

Hasan berkata pembayaran seterusnya dibuat di Sarawak melibatkan 220 penerima pada 12 Mac, Terengganu pada 14 Mac (257 penerima), Johor 15 Mac (555 penerima), Perlis 18 Mac (225 penerima), Melaka 19 Mac (350 penerima), Pahang 20 Mac (550 penerima) dan Negeri Sembilan pada 21 Mac kepada 233 penerima.

"Selain itu 550 orang akan menerima bayaran di Kedah pada 22 Mac, Perak 25 Mac (670 penerima), Pulau Pinang 28 Mac (255 penerima), Selangor 786 penerima dan Wilayah

Persekutuan 120 penerima. Tarikh bayaran untuk Selangor dan Wilayah Persekutuan belum ditentukan," katanya dalam satu akhbar di Putrajaya hari ini.

Sehingga kini, KEMAS telah menerima 6,000 permohonan untuk mendapatkan bayaran khas itu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM18 juta.

Bantuan itu adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2012 bahawa imbuhan secara sekaligus sebanyak

RM3,000 akan diberikan kepada bekas kakitangan Kemas yang berkhidmat dengan jabatan itu melebihi lima tahun sebagai menghargai sumbangan mereka.

Hasan berkata tarikh akhir untuk membuat permohonan adalah pada 9 Mac dan peruntukan tambahan akan dipohon sekiranya terdapat permohonan lain diterima melebihi peruntukan yang disediakan.

Katanya setiap penerima akan menerima baucar yang boleh ditunaikan selewat-lewatnya 30 April depan dengan membawa baucar asal dan kad pengenalan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional, sementara pembayaran untuk penerima yang uzur akan diadakan secara khas untuk memudahkan mereka.

Hasan juga meminta bekas kakitangan Kemas yang belum mendaftar dengan Persatuan Bekas Kakitangan Kemas (PBKAM) untuk berbuat demikian kerana lebih banyak bantuan akan disalurkan menerusi penubuhan Yayasan PBKAM yang diumumkan perdana menteri pada 8 Februari lepas melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Sementara itu Presiden PBKAM Datuk Melati Ali berkata persatuan itu yang mempunyai kira-kira 6,000 anggota yang berdaftar, bersyukur dengan bayaran khas yang diberikan
kerajaan itu.

"Bagaimanapun untuk makluman, bayaran itu hanya diberi kepada bekas kakitangan Kemas yang masih hidup," katanya. Bernama

'MAS terbang dengan asap, bukan bahan api'

Posted: 01 Mar 2012 04:18 AM PST

Lim Guan Eng

Kerugian mengejutkan RM2.52 bilion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk tahun 2011 peringatan jelas bahawa pengurusan dan model bisnes yang gagal mengakibatkan krisis dalam syarikat penerbangan yang pernah menjadi kebanggaan ramai.

Simpanan tunainya juga sudah hampir kehausan.

Sebenarnya, MAS mula menjunam sejak Datuk Seri Idris Jala (bawah) dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009.

ACCIM seminar on ETP Idris Jala (centre)Keuntungan bersihnya merudum dari tahun ke tahun. Keuntungan RM490 juta pada tahun 2009 diikuti oleh keuntungan RM234 juta pada 2010 dan kemudiannya kerugian sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011.

Kerugian yang dialami ini jauh berbeza dengan prestasi beberapa tahun lalu apabila Idris dilantik untuk memulihkan MAS sebagai CEO.

Beliau dilantik pada tahun 2005 dan berjaya mencatatkan keuntungan RM850 juta pada tahun 2007 berbanding kerugian RM1.3 bilion dua tahun sebelum itu.

Idris memulihkan MAS tetapi semua usahanya sia-sia sekarang. Adakah kita memerlukan Idris untuk kembali menerajui kokpit MAS untuk menyelamatkannya?

Penswastaan sebagai 'piratisation'

Di samping kerugian teruk itu, simpanan tunai MAS 'diseparuhkan' kepada RM1 bilion pada akhir tahun lepas daripada RM2.1 bilion pada akhir tahun 2010. Sementara aset bersih menurun daripada RM3.5 bilion kepada RM1.1 bilion.

Dalam kata lain, MAS tidak lagi terbang dengan bahan api tetapi hanya terbang dengan asap. Inilah pewarisan 'piratisation' atau perompakan yang menyamar sebagai penswastaan dan kemudian pengambilalihan semula kerajaan secara tidak keruan.

klia airport 141105 mas aircraft at the terminalMalah tindakan kerajaan persekutuan menyelamatkan MAS pada 2001 dengan membayar dua kali ganda harga pasaran tidak dapat membantu.

Kerajaan persekutuan membayar RM1.8 bilion ataupun RM8 setiap saham kepada Tan Sri Tajudin Ramli walaupun harga pasaran pada masa itu hanya RM3.68 setiap saham.

MAS tidak boleh menyalahkan keadaan ekonomi global yang kurang sihat kerana Singapore Airlines mencatatkan keuntungan pada tahun lepas. Malah, kita tidak perlu pergi jauh kerana syarikat penerbangan bajet tempatan AirAsia pun mengalahkan MAS.

Kita hanya perlu melihat permodalan pasaran AirAsia yang bernilai RM10.1 bilion, berbanding MAS yang hanya bernilai RM4.8 bilion.

Meskipun AirAsia hanya berumur satu dekad dan jauh lebih kecil dari segi operasi, ia bernilai lebih dua kali ganda dalam permodalan pasaran.

Isu-isu fundamental

Tentunya terdapat masalah apabila syarikat penerbangan bajet yang mengenakan caj yang lebih rendah lebih berjaya dan untung berbanding syarikat penerbangan yang mengenakan caj yang tinggi.

azlanDaya maju syarikat penerbangan kebangsaan kita akan terus dipersoalkan melainkan isu-isu fundamental diselesaikan. Adakah ia masalah model bisnes atau pengurusan yang gagal, ataupun kedua-duanya?

Jelas bahawa cara mengelakkan aset kebangsaan kita daripada terhempas adalah dengan menggunakan model bisnes baru berdasarkan prinsip Cekap, Bertanggungjawab dan Telus (CAT) yang membawa kejayaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kita berjaya meyakinkan dan menarik pelabur dan menjadi destinasi pelaburan pembuatan nombor satu di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 2010 dan 2011.

Pulau Pinang juga mencatatkan lebihan bajet pada setiap tahun sejak 2008 dan mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95 peratus, daripada RM630 juta kepada RM30 juta.

mas dap bbc 231205 mas buildingModel bisnes yang digunakan MAS jelas gagal. Sekiranya MAS menggunakan kaedah perancangan pusat dan membenarkan campur tangan politik yang boleh membiakkan rasuah dan ketidakcekapan, syarikat penerbangan kebangsaan kita akan gagal.

Akhirnya, soalan yang ingin ditanya oleh rakyat Malaysia, siapakah yang akan bertanggungjawab untuk kerugian besar ini? Sudah tentu kerugian RM2.52 bilion oleh syarikat penerbangan kebangsaan kita ini tidak boleh diterima semua.

Terutamanya apabila sebab utamanya bertujuan menyelamatkannya daripada masalah salah urus dan model bisnes yang lemah.

Kerajaan mestilah mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab atas kerugian besar ini dan mengambil tindakan kerana itulah yang diharapkan oleh rakyat Malaysia. MALAYSIA KINI

Penulis adalah ketua menteri Pulau Pinang, ahli parlimen Bagan dan setiausaha agung DAP. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Bekas polis kanan dakwa AG perguna SPRM

Posted: 01 Mar 2012 04:17 AM PST

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis sambutan hari lahirnya malam tadi.

Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.

"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit.

"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.

"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).

"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.

"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).

"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.

Hubungan dagang Malaysia-Israel sejak 2001

Posted: 29 Feb 2012 11:38 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.

Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.

Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.

Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa saja meningkat dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.

(Data hubungan dagang antara Israel dan Malaysia yang dikeluarkan oleh salah satu badan di bawah PBB)

Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.

Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia adalah barangan elektrik dan peralatan elektronik yang bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada tahun 2010.

Selain itu, Malaysia juga mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta).

Turut diimport dari Israel adalah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi.Harakahdaily

Bekas Adun BN akan dedah tembelang Najib

Posted: 29 Feb 2012 11:37 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR, - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.Harakahdaily

Zamil telah dipecat parti pada 7 Feb, Zaid ketua yang sah, kata SU Kita

Posted: 29 Feb 2012 11:29 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) menegaskan Zamil Ibrahim yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden baru parti itu telah dipecat keanggotaan pada 7 Februari lalu.

Justeru menurut Setiausaha Kita pusat Masrum Dayat, ekoran pemecatan itu Zamil tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti diterajui Datuk Zaid Ibrahim (gambar).

Jelas beliau, apa-apa kenyataan dikeluarkan Zamil bukan mewakili parti sebaliknya diri sendiri.

"Oleh itu parti ini tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa tindakan atau kenyataan dibuat beliau (Zamil).

"Kenyataan-kenyataan beliau tidak ada kaitan dengan parti ini sebaliknya adalah kenyataan peribadi beliau sendiri," kata Masrum dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, sebagai sebuah pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, ketua parti masih dipegang Zaid selain direkodkan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Masrum menambah sebarang maklumat mengenai parti itu boleh didapati di pejabat parti Kita yang terletak di Petaling Jaya.

Sebelum ini Zamil berkata RoS telah melantik dirinya sebagai ketua parti Kita untuk menggantikan Zaid.

Beliau berkata RoS mengambil keputusan itu setelah meneliti tindakan bekas presidennya, gagal mengadakan mesyuarat di Kota Bharu, Kelantan pada 25 Februari lalu dan tergesa-gesa memberi notis untuk menangguhkan ke tarikh lain iaitu 28 April ini.

Selain kejayaan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari yang sama dan beberapa perwakilan terutama dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Sabah dan Pulau Pinang sebulat suara untuk memilihnya, kata Zamil, jawatan yang dipegang Zaid secara automatik terlucut.

MP Sabak Bernam dan pembantu dihukum enam tahun penjara dan denda RM400,000

Posted: 29 Feb 2012 11:26 PM PST

KUALA LUMPUR— Ahli parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro hari ini dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 seorang kerana membuat lapan tuntutan palsu.

Hukuman dijatuhkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini oleh Hakim Azhaniz Teh Azman setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantunya, turut didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkenaan turut didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa di bawah seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

Walaupun telah didapati bersalah, tidak akan berlaku pilihan raya kecil bagi kerusi yang didudukinya kerana Abdul Rahman telah berkhidmat lebih dari tempoh dua per tiga di kawasan berkenaan.

PERKASA ancam boikot, Star gantung editor

Posted: 29 Feb 2012 11:18 PM PST

Pertubuhan pro-Melayu PERKASA mengancam untuk menjalankan kempen boikot ke atas akhbar bahasa Inggeris milik MCA, The Star sekiranya kerajaan tidak mengambil tindakan tegas ke atas akhbar berkenaan atas dakwaan menghina Islam.

Ketua pergerakan pemudanya, Irwan Fahmi Ideris berkata, PERKASA akan mengadakan program jelajah untuk memboikot akhbar tersebut sekiranya tindakan itu tidak dijalankan Kementerian Dalam Negeri.

Katanya, kementerian tersebut harus menggantung permit penerbitan akhbar tersebut untuk memastikan akhbar tersebut tidak mengulangi perbuatan seperti menyiarkan foto kontroversi membabitkan artis Erykah Badu.

Foto itu dipertikai kerana menunjukkan hiasan tatu dengan dua tulisan "Allah" di badan artis tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, dua orang kakitangan akhbar tersebut difahamkan telah dikenakan tindakan penggantungan ekoran penyiaran gambar itu, menurut sumber.

The Star telahpun memohon maaf kepada umat Islam ekoran penyiaran gambar yang dipertikai itu.

NFC buka pasaran di S'pura 'tak masuk akal', kata PKR

Posted: 29 Feb 2012 11:12 PM PST


MALAYSIA KINI

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini membidas kenyataan "tidak masuk akal" oleh pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail berhubung tindakan syarikat berkenaan membuka pasaran di Singapura.

Rafizi berkata, NFC juga tidak berhak untuk bercakap mengenai pasaran baru di luar negara sedangkan pengeluaran daging oleh syarikat itu jauh meleset daripada sasaran.

NONE"(Dr Mohamad Salleh) memberikan alasan bahawa pasaran Malaysia untuk membeli daging dari NFC terlalu kecil dan tidak dapat memenuhi pengeluaran NFC. Malah, beliau turut membayangkan hasrat NFC untuk membuka operasi di Indonesia dalam masa yang terdekat.

"Saya berasa kesal kerana alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Malaysia. NFC sehingga sekarang masih gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan dan dana awam RM250 juta," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau membuat perbandingan itu berdasarkan sasaran pengeluaran yang dinyatakan di laman web jabatan berkenaan.

Katanya, lagi pengeluaran syarikat tersebut pada 2010 hanya memenuhi 0.8 peratus daripada sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 2009.

Kenyataan Rafizi itu timbul ekoran penjelasan dibuat Dr Mohamad Salleh berhubung dakwaan bahawa NFC memiliki satu pasaraya mewah di Singapura.

Dr Mohamad Salleh dilaporkan ini sebagai berkata, NFC membina pasaran di Singapura, dan juga di Indonesia, untuk menampung kemampuan pengeluaran dagingnya sebanyak 78,000 tan menjelang 2015.

Buktikan atau diam, kata MCCBCHST pada Hasan Ali

Posted: 29 Feb 2012 11:11 PM PST

Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa bekas exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali membuktikan dakwaannya bahawa terhadap mubaligh Kristian cuba menarik umat Islam terhadap agama mereka.

azlan"Terhadap cukup undang-undang jenayah di negara ini untuk mendakwa pihak yang terlibat memurtadkan umat Islam dan Dr Hasan sepatunya membuat laporan polis dan mengemukakan bukti," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

Majlis antara agama itu berkata, beberapa kenyataan Dr Hasan yang dibuat sebelum ini tidak disertakan dengan buktinya dan ia dianggap tidak lebih daripada "sindiran".

MCCBCHST juga mendakwa, sebagai ahli politik, retorik berterusan Dr Hasan berhubung dakwaan itu menjadi petanda kemungkinan dia mungkin mempunyai "agenda tersembunyi".

BERSIH 1.0: Mat Sabu, Tian Chua diperintah bela diri

Posted: 29 Feb 2012 11:10 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan 17 orang, termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk membela diri.

Hakim Datuk Ghazali Cha mendapati terdapat kes prima facie terhadap mereka berhubung penyertaan mereka dalam perhimpunan BERSIH pada 2007.

Hakim juga memerintahkan supaya tertuduh membela diri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Felda bayar RM1.6 juta untuk bekal vitamin jemaah haji

Posted: 29 Feb 2012 06:48 PM PST


MALAYSIA KINI

Tindakan Yayasan Felda yang menganugerahkan projek RM1.59 juta kepada sebuah syarikat farmaseutikal bagi membekalkan multivitamin melalui rundingan terus pada Ogos lalu, tidak menyenangkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

NONE"Kontrak untuk CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd adalah untuk membekalkan multivitamin kepada 27900 jemaah haji yang berlepas pada bulan September (tahun lalu)," kata Mazlan Aliman (kiri), yang menerajui NGO berkaitan PAS itu.

Pemberian kontrak jutaan ringgit tanpa proses tender, kata Mazlan, bercanggahan dengan semangat tadbir urus yang baik.

Mazlan membayangkan kemungkinan bahawa kontrak itu disalurkan kepada "syarikat kroni", dan menuntut bahawa Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Isa Samad memberi penjelasan berhubung pemilihan syarikat berkenaan.

Menurut dokumen yang dibekalkan kepada wartawan hari ini, CCM Pharmaceuticals, sebuah syarikat berkaitan kerajaan, digambarkan sebagai pengeluar unggul barangan halal dalam industri farmaseutikal.

isa samad interview 150509Antaranya, syarikat itu mendapat kontrak membekalkan vitamin berjenama Proviton dan Flavettes bebas gula 500g pada harga RM57 setiap orang dan dengan jumlah bil sehingga RM1,590,300.

"Kami mahu Isa (kiri) jelaskan mengapa kontrak diberikan menerusi rundingan terus dan mengapa syarikat ini dipilih," kata Mazlan kepada pemberita di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya syaki bahawa kos multivitamin yang dibekalkan sebenarnya kurang daripada yang sepatutnya."

Surat Mahathir kepada 3 PM Israel

Posted: 29 Feb 2012 03:35 PM PST

Wafak Black Money

Posted: 29 Feb 2012 03:32 PM PST

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Yusmizal Dolah Aling

BUKTI...beg yang mengandungi wang kertas palsu. Gambar kecil, Tunku Azwil.

BUKTI...beg yang mengandungi wang kertas palsu. Gambar kecil, Tunku Azwil.

KUALA LUMPUR: Jika dulu mereka menggunakan taktik mirip silap mata untuk membohongi orang ramai kononnya duit mampu digandakan, kini sindiket Black Money yang didalangi warga Afrika dipercayai menggunakan tangkal dan azimat bagi memperdayakan mangsa.

Pada masa sama, mereka dikesan menggunakan khidmat rakyat tempatan sebagai 'rakan kongsi' supaya usaha mencari dan memperdaya mangsa menjadi lebih mudah.

Kaedah terbaru dalang sindiket Black Money itu dibongkar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas menerima aduan dua mangsa yang kerugian RM760,000 selepas melaburkannya kepada seorang lelaki bergelar Datuk berusia 60-an.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, berdasarkan aduan dua mangsa lelaki berusia 40-an itu, pihaknya mengesan Datuk terbabit.

"Hasil pertemuan, kami dibawa ke rumahnya dan dia menunjukkan empat beg besar mengandungi ribuan wang kertas palsu dalam Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat dan Pound Sterling dipercayai hasil kegiatan penipuan Black Money.

"Lebih mengejutkan, turut ditemui di dalam satu daripada beg itu ialah dua tangkal yang diperbuat daripada kain yang ditulis dengan potongan ayat al-Quran atau lebih dikenali sebagai wafak," katanya, semalam.

Tiada ulasan:

Pengikut