Khamis, 1 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 29 Feb 2012 11:22 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PILIHANRAYA UMUM KE 13 - SIAPA YANG PERLU KITA PILIH ?

Posted: 28 Feb 2012 10:18 PM PST

Bukan sahaja parti politik tetapi kerajaan di bawah kepimpinan BARISAN NASIONAL (BN) sedang mengurus perubahan dengan mengutamakan rakyat – suara rakyat dan kepentingan rakyat. Ini adalah strategi yang mahu dilaksanakan oleh UMNO dan BARISAN NASIONAL (BN) dalam usaha menunjukkan dan menjadikan justifikasi kepada rakyat – kenapa mereka harus terus bersama BARISAN NASIONAL (BN) dalam menguruskan kepentingan bersama.

Dalam menguruskan semua itu kerajaan berhadap dengan berbagai-bagai rintangan khususnya dari pihak-pihak hanya mahu membidas untuk kepentingan selain dari kepentingan rakyat. Ini sebenarnya menjadi halangan kepada kejayaan dan halangan ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya asas demokrasi itu dilakukan secara baik.

Hari ini semua ahli parti perlu sedar bahawa kepentingan utama adalah untuk melunaskan agenda rakyat dan bukan melunaskan kepentingan tertentu. Kita perlu memilih sama ada kita mahu mengikuti kehendak mereka atau mereka yang dipilih memimpin mengikut agenda kita.

Kita juga harus bersikap matang dalam menilai dan tidak terpengaruh dengan andaian serta persepsi sahaja. Kita akan berhadap dengan pesta demokrasi – pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi. Untuk tujuan itu kita perlu bukan sekadar hadir untuk mengundi tetapi mengundi dengan penuh tanggungjawab. Kita perlu ukur apa yang kita ada hari ini dan bergerak untuk memperoleh kebaikan dan tidak meruntuhkan struktur yang ada kerana terpengaruh dengan agenda politik yang tidak realistik.

Hari ini kita lihat sendiri perubahan yang sedang dianjurkan oleh kerajaan memerintah. Kita melihat keutamaan yang diberikan kepada rakyat serta agenda rakyat yang mahu dilunaskan. Kita perlu menilai semuanya sebelum membuat keputusan. Kita perlu lebih peka untuk menjayakan rancangan bersama dan bukan untuk hanya terikut kepada mereka yang mempunyai niat selain dari niat membantu rakyat.

"RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN"

SELAMAT PENGANTIN BARU

Posted: 28 Feb 2012 09:27 PM PST

Sekalung Tahniah dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras buat Puan Nazatul Shima binti Shamsuddin dan suaminya yang tercinta Encik Farid yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19hb Februari 2012 yang lalu, bertempat di Dewan Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras Kuala Lumpur.

Puan Nazatul Shima yang merupakan Penolong Setiausaha (PSU) Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras telah melangsungkan majlis pernikahan pada 16hb Februari dan Majlis Berinai pada 17hb Februari 2012.


Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, Puan Sarina Sharif, telah hadir dan di beri penghormatan menepung tawar kedua mempelai di atas pelamin. Turut hadir memeriahkan Majlis Perkahwinan adalah Datuk Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras, turut hadir Puan Hajah Zurainah Musa, Setiausaha UMNO Bahagian merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras dan Ahli - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras dan Puteri UMNO Bahagian Cheras.

"Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia sehingga ke akhir hayat".


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 29 Feb 2012 07:40 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Istana pulak dijadikan modal...

Posted: 29 Feb 2012 07:29 AM PST

belum pun kes "selesai"dah timbul pula kes baru..kali ini beliau telah mengaitkan kesnya dengan Istana Pahang..apa ke halnya ni..tak malu ke?udah-udahlah tu..puctd tak beranilah nak kata beliau bersalah,sebab puctd takde kat tempat tu..klik pautan http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2012/02/khalwat-badrulamin-biadap-guna-nama.html

Suami Merayu Supaya Isteri Pulang,Tapi Isteri Mintak Bantuan Ostad Nak Lari Jam 2 pagi?

Posted: 28 Feb 2012 08:15 AM PST


alamak..ni lain pulak jalan cerita nya..tapi,kita semua telah diberi akal fikiran,boleh fikir,mana yang betul,mana yang tak betul...
klik pautan:-
http://www.pisau.net/2012/02/suami-merayu-supaya-isteri-pulangtapi.html

Tiada ulasan:

Pengikut