Rabu, 28 Mac 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Ibu bersyukur Ashraf kembali Penantian satu tahun berakhir

Posted: 27 Mar 2012 11:16 PM PDT

Ibu bersyukur Ashraf kembali Penantian satu tahun berakhir

Sidang Media Di PAR

Bersama Wanchak Pengadu dan Anak Kecil

Penantian satu Tahun Berakhir



PASIR GUDANG - "Rasa amat gembira dan bersyukur kepada Ilahi kerana kembali bertemu Ashraf selepas sejak setahun lalu terpisah," demikian luahan hati seorang ibu, Wanchak Ibrahim, 43, selepas anak lelakinya, Muhammad Ashraf Abdullah, 2, kembali ke pangkuan, Rabu lalu.

Wanita warga Singapura itu berkata, pertemuan semula antaranya dan Ashraf merupakan hasil usaha dan bantuan daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pusat Aduan Rakyat Zon Permas serta keluarga angkat yang menjaga anak lelakinya selama setahun.

Menurutnya, proses penyerahan semula anak lelakinya itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan satu kata sepakat antaranya dan pasangan suami isteri yang menjaga Ashraf dibuat atas dasar perikemanusiaan tercapai.

Terima Kasih kepada Pihak Media
"Ashraf sihat ketika dipulangkan. Selepas setahun saya mencari dan menunggu, Ashraf akhirnya ditemui dan pulang ke pangkuan saya. Pada mulanya, Ashraf tidak mengenali saya, tetapi Alhamdulillah dia mahu kepada saya atas kuasa ALLAH. Saya kini lebih berhati-hati malah serik untuk memberikan penjagaan anak lelaki kepada orang lain atau mana-mana pengasuh kerana tidak mahu perkara sama berulang kembali. Kini saya menjaganya sepenuhnya masa dan ada melakukan perniagaan sendiri. Saya berharap masyarakat di luar juga akan mengambil iktibar atas apa yang berlaku ke atas saya dan Ashraf sekali gus berhati-hati untuk menyerahkan anak untuk dijaga oleh pengasuh tertentu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, dekat sini, semalam.

Wanchak berkata, atas dasar perikemanusiaan terhadap pasangan suami isteri yang menjaga Ashraf sejak setahun lalu selepas diberikan oleh pengasuh dari Kampung Sentosa, Cahaya Baru, dia dengan rela hati memberi ruang kepada keluarga angkat terbabit untuk bertemu dan menjaga anak lelakinya dalam tempoh seketika.

"Pasangan suami isteri ini tidak mempunyai anak. Mungkin selepas setahun dia menjaga Ashraf umpama anak sendiri, mereka amat menyayanginya. Jadi, saya bersama pasangan ini ada membuat perjanjian lisan bagi membolehkan pasangan ini bertemu Ashraf. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak polis dan Pusat Aduan Rakyat. Selepas berita mengenai perpisahan saya dan Ashraf disiarkan, polis tidak henti-henti menjalankan siasatan seterusnya membantu mencari anak lelaki saya sehingga ditemui semula," katanya.

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, penemuan kembali Ashraf bersama Wanchak merupakan kejayaan terbesar pihaknya dalam menangani masalah yang diadukan rakyat untuk tahun 2012.

"Selepas didedahkan kepada media, usaha pencarian Ashraf menjadi lebih mudah dan polis memberikan kerjasama dengan baik dan bersikap berada di tengah-tengah. Alhamdulillah, Rabu lalu, Wanchak kembali bertemu dengan anak lelakinya yang sudah terpisah sejak setahun lamanya," katanya.

Terdahulu, akhbar ini pada 5 Februari lepas melaporkan rasa luluh hati Wanchak apabila bayi lelakinya yang ditinggalkan untuk penjagaan sementara kepada seorang wanita dikenali sebagai Zainab (bukan nama sebenar) di Kampung Sentosa, disyaki diserahkan kepada keluarga angkat lain.

Sinar Harian

Kena Faham Apa itu GST

Posted: 27 Mar 2012 11:12 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut