Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.
Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.
Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.
Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.
Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah 'berdating' dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.
Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.
Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.
Sukma Dermawan, iaitu adik angkat 'homoseksual tersohor Asia' telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.
Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.
Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan. Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.
Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam. Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.
Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai 'Anugerah Tuhan' yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.
Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai 'ikan sepat kering' di hadapan Shamsidar.
Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali. Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.
Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya. Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.
Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.
Ini baru kes lawak.Kata orang pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.[GAMBAR MESEJ BERKENAAN DI TELEFON BIMBIT DI DALAM].Dari segi prinsip semua Speaker baik Parlimen maupun Dewan Undangan Negeri kena bersikap adil semasa mengendalikan sidang masing-masing.
Namun Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chan Kim kantoi habis Selasa gara-gara beliau tersilap semasa menghantar mesej sulit menerusi telefon Blackberry kepada semua Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat semasa sidang sedang berlangsung.
Dalam mesej sulit itu beliau meminta semua Exco mempromosi kehebatan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Teng buat silap besar dan rahsia tindakannya yang menyalahi etika sidang itu bocor kerana beliau turut hantar mesej berkenaan kepada ADUN Bebas Gombak Setia,Datuk Dr Hasan Ali kerana terlupa beliau bukan lagi Exco.
Makanya mesej sulit itu terus diketahui oleh semua ADUN BN yang sedang hadiri sidang.
Akibatnya mereka bertindak memprotes kerana Teng telah langgar prinsip Speaker mesti bebas dan adil.
Mereka menuntut Teng minta maaf tetapi beliau enggan.
Ekoran itu tujuh ADUN BN bertindak keluar dewan sebagai tanda protes.
Ada yang kedengaran menyindir inilah contoh keadilan dan kebebasan yang dilaungkan oleh PR. - Agendadaily
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali bolehlah dianggap sebagai bacul kerana enggan melayan cabaran bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali agar menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994.
Ahli Parlimen Gombak itu mendakwa tuduhan Hasan sebagai fitnah bagi mengalih perhatian orang ramai mengenai persoalan yang dibangkitkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.
Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata beliau melahirkan rasa terkejut dengan cabaran Hasan dan mendakwa Hasan Ali mengambil pendirian menyerang peribadinya yang kononya fakta-fakta fitnah
"Saya terkejut sebab sebagai pemegang PhD beliau selalu mendakwa dirinya bijak dan berpengalaman luas...tapi saya terkejut sebab pemikirannya terlalu lemah dalamrespon kepada perbahasan saya dalam DUN.
"Beliau mengambil pendirian yang mengecewakan. Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangakan Hasan Ali? Beliau tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan fitnah itu," katanya.
Pada persidangan DUN Selangor minggu lalu, Mohamed Azmin membangkitkan mengenai perbelanjaan berjumlah RM300,000 bagi mengubahsuai pejabat Hasan ketika menjadi exco Selangor dua tahun lalu.
Persoalannya disini... jika benar kenyataan Hasan Ali berbaur fitnah kenapa Azmin harus menjadi bacul untuk membersihkan dirinya?
PAKATAN harami sejak beberapa menjak ini gemar menggunakan pendekatan mengaitkan UMNO dengan imej samseng. Untuk menyokong gambaran tersebut dikatakanlah Nurul Izzah nak kena tumbuk, Guan Eng nak kena pukul, Anwar nak kena liwat dan sebagainya.
Penulis sebut Anwar nak kena liwat ke tadi?
Apa-apa punlah. Yang penting tu isunya disini cubaan mengatakan kita UMNO ni ganas dan depa tulah yang sebenarnya suci murni macam minyak masak Sri Murni.
Walhal takde bukti pun bahawa 'samseng' yang terlibat itu orang UMNO. Hanya sebab dia pakai baju UMNO, itu mungkin samseng yang diupah sendiri oleh Anwar untuk menjatuhkan imej UMNO.
Dan apa ke banghalnya UMNO nak menghantar samseng yang pakai atau bawa bendera UMNO? Bukankah itu hanya mendedahkan UMNO kepada kecaman dan kutukan? Ini politik zaman 60-an PKR sebab banyak sangat terpengaruh dengan wayang lama.
Tapi janganlah kita terlupa. Dalam kalau diikutkan sejarah negara ni bermula tahun 1998, imej ganas dalam berpolitik sebenarnya banyak dikaitkan dengan PKR dan PAS.
Paling di atas sudah tentulah PKR. Banyak contoh yang boleh ditunjukkan disini seperti cubaan menggagalkan upacara sumpah laknat oleh Trio Datuk T pada April tahun sudah dan sidang media bekas pegawai khas Anwar, Rahimi Osman pada Oktober 2010.
Disamping demonstrasi-demonstrasi yang kononnya aman tapi sering kali berakhir dengan kekecohan sebab penyokong Pakatan harami mananya yang reti makan saman, semuanya pun suka nak mencetuskan keadaan tidak tenteram.
Perhimpunan Dong Zong di Kajang semalam yang menyaksikan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong ditumbuk pula kita percaya dilakukan penyokong DAP sebab DAP saja yang kuat sokong Dong Zong ni.
Walaupun dakwaan Wee Ka Siong itu belum dibuktikan kerana polis masih menjalankan siasatan, tak salah untuk bercakap sebab dakwaan Nurul Izzah nak kena tumbuk pun masih tidak terbukti sehingga sekarang tapi UMNO dah dituduh sebagai bertanggungjawab dah, tak gitu?
Minggu sudah, Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang diprovok, digelar ayam tua dan pelacur oleh penyokong Pakatan harami dalam satu majlis di negeri tersebut.
Semua ini menunjukkan bahawa Pakatan haramilah sebenarnya yang mengamalkan politik samseng, bukan UMNO mahupun BN seperti mana yang hebat dituduh sekarang.
Isu UMNO dan samseng ini dibangkit dan diulang banyak kali hanya untuk menanamkan persepsi negatif UMNO kepada rakyat. Tak pulak disedari mereka bahawa dalam masa yang sama Pakatan harami juga menuduh UMNO mengawal polis dan tentera.
Macam mana tu? Kejap kata kita guna samseng, kejap kata kita guna polis? Kalau dah boleh guna polis, nak guna samseng buat apa lagi?
Itulah pelik dan singkatnya otak penyokong Pakatan harami dan kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh manusia bernama Anwar untuk kepentingan politik peribadinya dan itu sahaja semata-mata.
Mananya ada yang berkaitan dengan kepentingan rakyat, bohong saja semua itu.
Hasil pentarbiahan DAP selama empat tahun ke atas Menteri Besar Selangor hasilnya boleh dilihat hari ini. Khalid sudah lupa jati dirinya sebagai orang melayu.
Jika dulu apabila Khir Toyo menyampaikan hadiah penyapu kepada seorang YDP pihak berkuasa tempatan pelbagai kecaman yang pembangkang lemparkan kepadanya.
Sial, suwey, majal , dan pelbagai istilah lagi digunakan untuk menggambarkan amat sensitifnya melayu dengan penyapu. Sedangkan apa yang dilakukan Khir Toyo ketika itu adalah persetujuan bersama yang telah dicapai diantara ketua-ketua PBT seluruh Selangor bersama kerajaan negeri dalam usaha untuk meningkatkan hasil serta kualiti PBT.
Hari ini seorang MB Selangor melawat rakyatnya dan bersila diatas tikar dalam keadaan berkasut. Adakah itu menepati ciri-ciri adat melayu ?
Gambar diatas menunjukan Khalid Ibrahim dalam keadaan berkasut bertemu mangsa banjir di Hulu Langat dua minggu lepas.
Mana suara-suara yang lima tahun lepas yang menjerit penyapu bukan adat melayu ?
Pendirian Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang tidak bersetuju dengan urus niaga bersama kaum Yahudi, menunjukkan pertelagahan terus berlaku dalam kepimpinan parti pembangkang itu.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, pertelagahan itu ibarat 'retak menunggu belah' dan diharap akan membawa kepada penyatuan umat Islam di negara ini.
Menurutnya, kenyataan Nasrudin yang dilihat bercanggah dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu membuktikan umat Islam di negara ini benar-benar mematuhi perintah Allah dalam soal hubungan dengan Yahudi.
Justeru, beliau meminta ahli Pas sama ada yang menyokong Nasrudin mahu pun Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi, supaya tidak mempertikaikan soal kerjasama dengan Yahudi itu kerana ia merupakan perkara kecil.
Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan.
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. - Bernama
Alhamdullilah dan sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin.
Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)pada Selasa mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.
Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.
Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.
PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB.
SHAH ALAM: Former executive councillor Datuk Dr Hasan Ali awarded contracts without going through a proper tender process, the state assembly was told. Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, in his winding-up speech, said there was evidence to show Dr Hasan had a hand in awarding contracts to companies without tenders. "It seems that he suggested that contracts be given to a particular company," Khalid said adding that he would meet the contractors to get to the bottom of things. Khalid said the RM300,000 on office renovations by Dr Hasan was the highest all the excos. However, he urged all parties not play up the issue as the renovation met guidelines. "We do not have to waste time discussing this matter. I think Gombak Setia's (Dr Hasan) office renovation met the current financial guidelines," he said. Last Friday, Bukit Antarabangsa assemblyman Azmin Ali claimed that Dr Hasan spent over RM300,000 to renovate his office when he was the exco in charge of Islamic Affairs, Malay Customs, Infrastructure and Public Amenities.
tunku : if hasan ali has misused or misconducted in any government papers or procedure why it was never highlighted when he was in pakatan? why he was not given warning or asked to explain or report on that matter? this is a very clear scenario, if you are in pakatan everything is legal but when you are not with pakatan then it is wrong.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apabila Harga RON95 kekal RM1.90, secara automatik terpacul daripada mulut sesetengah orang ialah pilihanraya semakin hampir. Ketika PRU 12 2008, ketika hampir pilihanraya harga minyak dan barang naik sehingga kesempatan ini diambil Pakatan Pembangkang (PP) mengelar Barisan Nasional (BN) dengan istilah 'Barang Naik'. Akhirnya semua orang tau apa terjadi.
Ada juga berkata, keadaan ini hanya bersifat sementara. Malah ada yang berani menjangkakan selepas pilihanraya sekiranya BN menang harga RON95 terus naik sebanyak 30 sen.
Namun tidak kurang juga yang percaya dengan janji-janji orang yang belum dapat memerintah bahawa RON95 boleh turun kepada 50-70 sen seliter dengan syarat beri peluang kepada PP mentadbir negara ini.
Apa pun pendapat dan cetusan hati rakyat, hakikatnya RON95 kekal dengan harga lama. Kita wajar ucap terima kasih dan bersyukur dan jangan menaruh harapan tinggi kepada janji-janji yang tidak pasti.
Untuk menjatuhkan Tun Ghafar pada tahun 1993, Anwar membelanjakan RM220 juta. Tahun berikutnya Anwar merancang untuk menjatuhkan Tun Mahathir pula dengan bajet yang lebih besar iaitu RM445 juta.
Ini kata Raja Petra, kalau dakwaan RPK hanya fitnah, Anwar patut saman beliau.
Untuk menjatuhkan Barisan Nasional berapa bilion pula yang di belanjakan oleh Anwar?
Minggu ini adalah minggu panas buat YB Datuk Ir Dr Wee Ka Siong dalam isu Dong Zhong. Tabik spring kepada Ka Siong yang berani tampil untuk berdepan dengan ribuan penunjuk perasaan dari Dong Zhong yang mengugut kementerian pendidikan untuk menyelesaikan tuntutan bodoh dan berbaur politik perkauman.
Antara tuntutan Dong Zhong ialah mendesak agar guru yang fasih berbahasa Mandarin sahaja ditugaskan untuk mengajar di semua SRJKC. Dalam erti kata lain, pertubuhan ini enggan menerima guru dari kaum lain kerana sudah tentulah kaum Cina sahaja yang fasih berbahasa Mandarin.
Dong Zhong juga menuntut agar kerajaan melatih lebih ramai guru lepasan SPM yang lulus Bahasa Cina.
Dong Zhong adalah NGO Tipikal Cina yang berfikiran sempit, orang Cina urban yang berpendidikan barat atau mission school pun mual dengan puak-puak ini. Oleh kerana kesempitan minda, maka mereka menari dan menyanyi tidak mengikut rentak dan akhirnya hanyut ke laut.
Satu ketika dahulu Dong Zhong menghasut orang Cina agar tidak menghantar anak-anak Cina ke sekolah mission school dan sekolah kebangsaan. Mereka berjaya dalam usaha ini, akibatnya sekolah mubaligh atau mission school kini menjadi sekolah kurang murid [SKM ].
SRJKC pula semakin bertambah bilangan muridnya dan ada yang terpaksa membuka cawangan lain dengan nama yang sama contohnya di Taiping wujud SRJKC Hua Lian Satu, Dua dan Tiga dan jumlah pelajarnya lebih kurang 5 ribu murid. Ini fenomena di kawasan bandar, manakala di luar bandar jumlah pelajar cina di SRJKC semakin kurang kerana penghijrahan dari kampung atau pekan kecil ke bandar. Ada setengah sekolah Cina di luar bandar terpaksa mengupah dan membayar elaun kepada keluarga Melayu agar menghantar anak-anak mereka ke SRJKC supaya sekolah itu tidak ditutup.
Seluruh negara terdapat 60 ribu pelajar bukan cina yang belajar di SRJKC. Oleh itu keperluan guru-guru bukan Cina diperlukan untuk mengajar agama dan mata pelajaran lain yang menggunakan bahasa Melayu. Oleh itu desakan Dong Zhong untuk menghalau guru-guru bukan Cina adalah tidak berasas.
Satu lagi ketakutan Dong Zhong ialah mereka cuba menyekat kemasukan guru-guru penolong kanan bukan Cina daripada bertugas di SRJKC. Hari ini kes ini belum ada, tetapi apabila wujudnya kemasukan guru-guru Cina dari SRJKC menjadi guru penolong kanan di sekolah kebangsaan, maka timbul kebimbangan jika satu hari ini akan wujud pertukaran masuk guru-guru bukan Cina yang menjawat jawatan guru penolong kanan atau pun guru besar di SRJKC.
Dong Zhong sepatutnya mendesak agar semua SRJKC ditadbir sepenuhnya oleh mereka tanpa mendapat bantuan kewangan dari kerajaan.
Tan Sri Muhyiddin pula menyatakan kerajaan telah meluluskan sebanyak 1,848 jawatan di sekolah-sekolah Cina dan 128 jawatan di sekolah-sekolah Tamil untuk menggantikan guru sementara dan ramai guru sementara diberikan latihan melalui kursus dalam cuti [KDC].
Akhir kata tuntutan Dong Zhong adalah bersifat perkauman kerana didalangi oleh unsur politik pembangkang untuk mencari undi kaum Cina sahaja dan paling menjijikkan ialah apabila Pas tumpang sekaki untuk cari sokongan Cina...Memang sah Pas terdesak dan sesat
Perang Nuklear bakal bermula. Siapa jadi arang dan siapa jadi abu .........
Jerat sudah kena! Gitulah gamaknya keseronokan KS Nallakaruppan apabila disaman Anwar Ibrahim gara-gara secara terang-terangan mendakwa bekas rakan sepermainan tenisnya itu adalah seorang biseksual dan tidak layak pun menjadi Ketua Pembangkang.
Nalla memang menanti saat-saat ini dan sangat berharap Anwar akan saman beliau kerana apabila saman dikeluarkan, kes itu akan dirujuk ke mahkamah dan jika ada perbicaraan sudah pasti segala bukti yang berkaitan aktiviti Anwar yang selama ini dirahsiakan oleh Nalla akan dikeluarkan satu persatu.
Ahaha.. jangan pula lepas ni Anwar kata dia tak kenal Nalla sepertimana dia mendakwa tidak kenal Datuk Eskay, rakan baiknya yang mendedahkan aktiviti seksnya menerusi rakaman video.
Maklum... Anwar cukup licik dan sudah pasti kenyataan Nalla akan dikaitkan pula dengan konspirasi untuk menjatuhkan beliau yang ditaja oleh UMNO dan Najib atau Rosmah. Tak hairan selepas ini akan ada roadshow tentang "konspirasi" ini dan akhirnya Anwar tetap manusia suci di mata rakyat terutama penyokong Pas dan yang busuk dan hapraknya adalah UMNO dan Najib.
Tapi nak tanya juga peguam Anwar... Kenapa saman Utusan saja? Bukankah kenyataan Nalla bahawa Anwar itu biseksual turut disiarkan dalam media lain baik di surat khabar, TV mahupun Internet? Hemmm... Hebat pengaruh Utusan! Nampak sangat Anwar lebih takutkan Utusan dari Tuhan.
Aku ingat lepas ni Azmin tolong korek lubang terowong kat Bukit Damansara supaya mudah madunya itu menyorok. Maklum sekarang ni dah tak ada ruang lagi baginya mengelak. Kiri kena... kanan kena... maju kena... undur kena...! Dan yang mengenakan beliau adalah rakan-rakan karib beliau, bukan orang lain- Ragge Lee
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebentartadi, Datuk nallakaruppan, Datuk Seri Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli Noordin, AnuarShaari, Ruslan Kassim, Datuk Gobalakrisnan, Zahid Mat Arip, Ummi Hafilda danbeberapa orang kuar PKR (dulunya KeADILan) telah mengadakan sidang media untukmendesak Anwar mempercepatkan samannya terhadap Nalla, agar boleh dibicarakandi mahkamah dengan segera….. (berita lanjut selepas ini)
Aggrrhhh !!! malam suwey buat Azmin Ali. Dua tokoh PR yang kinitidak lagi dalam perjuangan songsang PR nampaknya akan mengegarkan Gombak,kawasan yang diwakili oleh Timbalan Presiden PKR ini.
Adakah 5 isu dan persoalan yang ditanya Dr Hassan Ali yang masihdielak untuk dijawab Azmin akan sekali lagi berkumandang di kawasan Gombak ini?
Adakah hala tuju dan kerjasama PR bersama 'anasir luar'sebagaimana yang didakwa Zulkifli Noordin turut menghiasi malam yang sunyi ini.
Pastinya, Azmin Ali tak tido malam memikirkan hal ini.
Mungkinkah Akidah Ahli Parlimen Gombak ini akan dibogelkan satu persatu.... jom, bawaklah sekali anak bini, suami, madu, jiran tetangga dan anak-anak muda untuk kita mendengar apa yang akan diperkatakan oleh dua tokoh ini.....
Pergerakan Pemuda UMNO bahagianAmpang diketuai Safarizul Mustafa bersama beberapa NGO sekitar Ampang telahmengadakan satu demostrasi aman bagi membantah dan menolak kehadiran AnwarIbrahim yang merupakan penyokong kuat Israel dan kehadiran Mohamad Sabu (MatSabu) yang juga penyokong kuat komunis daripada datang dan membuat fitnah dibumi Ampang.
Kehadiran kira-kira 400 anak mudaAmpang merupakan kebangkitan anak muda khususnya di Ampang untuk menolak AnwarIbrahim.
After Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat's Prime Minister candidatestated that he 'supports the efforts in protecting Israel', Tuan Guru Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang then made a statement, "All Muslims could workand do their business with Jews that do not practice Zionist.'
And later, PAS's Youth Chief, Nasrudin Hassan said, "Jews areharam and that even a small business deal with them actually creates bulletsthat would penetrate through the hearts of all Muslim Palestinians".
But, only later, Nasruddin denied his own statement and said thatthe statement was only taken halfway by Sinar Harian. He also 'corrected' whatwas reported by Sinar Harian with arguments that goes in line with Hadi'sstatement where it is not wrong to make deals with Jews that do not hateMuslims and provided examples of how Rasulullah S.A.W made business deals withJews.
Hadi and Nasrudin could twist all they want.
But they cannot twist history. We can never forget how theylabelled the government as Zionist and Tun Dr. Mahathir as the Pharaoh whenIsrael's bananas were taken in from Singapore in year 2000. Isn't this businessdealings with the Jews that do not hate us? Why was it haram back then? And whyis it halal now?
And we can never forget with the drama of PAS and PKR when theywent crazy over the fact when BN used the service of a company that was said tohave connections with the Jews, which is APCO that they even labelled 1Malaysiaas 1Israel. Although they have been informed that APCO does not belong to theJews and Malaysia has never made any relationship with Israel, but PAS and PKRkept on jumping around the Parliament and the streets arguing that not all Jewsare Zionists.
Looks like PAS really hates the Jews that every single foreignJews are labelled by PAS as Zionists.
Even Jew cricket players can be referred to as Zionists and thatpeople could not even communicate or watch them play as they would be labeledas 'rats of the Zionists' by PAS. In short, Jews, Zionist and Israel have neverbeen in their dictionary.
And who inflenced kids in Universiti Malaya to perform demos toboycott KFC and McDonalds as if both the businesses are connected to the Jews?Did they die for fighting the Jews or they were fighting for PAS's fatwa?
When the fact is, has there been any proof that both KFC andMcDonalds provide funds to the Zionist? No.
But today, we have a strong and clear evidence that Anwar Ibrahim,'supports the efforts in protecting Israel'. The keyword here would be'Israel'.
With that keyword, PAS can go around saying that doing businesswith the Jews are not haram as long as they are not Zionists, but PAS can neverdeny that Anwar supports to protect Israel. In other words, Anwar recognizesIsrael.
PAS also cannot deny that as long as they are in Pakatan Rakyat,they officially accepts Anwar as the Opposition Leader, their leader. And astheir leader, PAS should follow every orders and things that Anwar stands forincluding the issue of Israel.
The conclusion is, whether the Jews are Zionists are not, that isnot really the issue.
The issue that remains is the question of whether PAS would remainwith Anwar although Anwar clearly supports Israel.
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbalah; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah dan kekuatan kamu akan hilang; dan bersabarlah; sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar." (Surah: Al-Anfaal, 46)
"Dan janganlah kamu tergolong dalam golongan orang-orang musyrikin. (Iaitu) mereka yang telah memecah-belahkan agama mereka dan menjadi berpuak-puak; setiap puak berbangga dengan apa yang ada padanya." (Surah: Al-Rum, 31-32)
"Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka turutilah ia; dan jangan kamu turuti jalan-jalan (yang selainnya), kerana ia (jalan-jalan itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah." (Surah: Al-An'am, 153)
2. KEWAJIPAN BERSATU DI BAWAH SEORANG PEMERINTAH NEGARA
"Barangsiapa mentaatiku dia telah mentaati Allah, dan barangsiapa derhaka terhadapku dia telah derhaka terhadap Allah; dan barangsiapa yang mentaati pemerintahnya dia telah mentaatiku, dan barangsiapa yang derhaka terhadap pemerintahnya dia telah derhaka terhadapku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya pada pemerintahnya hendaklah dia bersabar terhadapnya; sesungguhnya barangsiapa yang keluar daripada jemaah (orang Islam) sebanyak sejengkal, lalu dia mati, dia telah mati dalam keadaan jahiliah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Mati dalam keadaan jahiliah bererti mati dalam kesesatan dan bukan jatuh kafir" (Ibnu Hajar, Fathulbari).
3. TAAT KEPADA PEMERINTAH WALAUPUN MEREKA TIDAK LAYAK
"Hendaklah kamu dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba Habsyi yang (rambut) kepalanya umpama (buah) kismis." (Riwayat Bukhari)
4. TAAT KEPADA PEMERINTAH WALAUPUN MEREKA ZALIM
Seperti tidak berhukum dengan hukum Allah, menyeleweng, rasuah, mengaut harta kekayaan negara, sekular ataupun membunuh rakyat (sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Hajjaj bin Yusof pada zaman Ibnu Omar t & Al-Makmun, Al-Muktasim dan Al-Wathiq pada zaman Imam Ahmad bin Hanbal.
"Salamah bin Yazid Al-Ju'fi t bertanya kepada Rasulullah r dan berkata: Wahai Nabi Allah, bagaimana sekiranya kami diperintah oleh pemerintah yang meminta hak mereka tetapi tidak memberi hak kami. Apa yang patut kami lakukan? Baginda berpaling daripadanya. Dia bertanya lagi, lalu Rasulullah bersabda, "Hendaklah kamu dengar dan patuh, mereka akan memikul tanggungjawab mereka dan kamu akan memikul tanggungjawab kamu." (Riwayat Muslim)
"Setelah pemergianku akan ada pemerintah yang tidak beramal dengan petunjukku mahupun dengan Sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka lelaki yang hati mereka (seperti) hati syaitan dalam badan manusia." Berkata Huzaifah (perawi hadis): Saya bertanya: Apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku berdepan dengannya? Sabda Baginda: "Engkau dengar dan patuh terhadap pemerintah walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Kamu dengar dan patuh." (Riwayat Muslim)
"Barangsiapa daripada kalangan kamu yang diperintah oleh pemerintah yang dilihat melakukan hal-hal kemaksiatan, maka hendaklah dia membenci kemaksiatan itu dan jangan (pula) dia menarik tangan ketaatannya." (Riwayat Muslim)
5. TIDAK ADA APA JUA ALASAN MEMBOLEHKAN MENENTANG KERAJAAN
Walaupun undang-undang manusia (taghut) membenarkan; atas alasan amar makruf nahi mungkar, menghalang/menentang kezaliman, ingin islah (melakukan pembaikan) dan seumpamanya.
"Barangsiapa yang menarik tangan ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan, dan barangsiapa yang mati tanpa bai'ah (sumpah taat setia kepada pemerintah) di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah." (Riwayat Muslim)
"Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan patuh dalam perkara yang disukai dan yang dibenci, kecuali jika disuruh melakukan maksiat; sekiranya disuruh melakukan maksiat maka tidak ada ketaataan (dalam hal kemaksiatan itu)." (Riwayat Muslim)
7. LARANGAN MENGEJI PEMERINTAH
Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wassalam:
﴿ مَنْ أهانَ سُلطَانَ اللهِ في الأرْضِ أَهَانَهُ الله ﴾
"Barangsiapa yang menghina pemerintah (yang dilantik) Allah di atas muka bumi, Allah akan menghina dia." (Hadis Hasan, Riwayat Al-Tirmizi)
"Janganlah kalian mencela pemimpin kalian, jangan pula berbuat curang dan membenci mereka. Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, karena sesungguhnya urusan itu dekat" (Hadits shahih, Riwayat Ibnu Abi Ashim)
Berkata Abu Al-Dardaa':
"Sesungguhnya tanda awal kemunafikan seseorang itu adalah dengan dia mengeji pemerintahnya." (Riwayat Muslim)
"Barangsiapa ingin menasihati pemerintah maka janganlah dia melakukannya secara terbuka, sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (pemerintah itu) dan (menasihatnya secara) tertutup; sekiranya dia menerimanya maka itu yang diinginkan dan jika tidak, maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya." (Riwayat Ibnu Abi Al-Asim dalam Kitab Al-Sunnahnya. Disahihkan oleh Sy. Albani)
"Akan timbul kerosakan dan kejahatan, maka barangsiapa yang ingin memecah-belahkan perpaduan Umat ini, hendaklah kamu memenggalnya dengan pedang walau sesiapapun dia." (Riwayat Muslim)
"Barangsiapa keluar menentang pemerintah orang Islam yang telah dipersetujui dan telah dilantik menjadi khalifah dengan apa jua cara; sama ada dengan redha atau terpaksa; sesungguhnya orang yang menentang itu telah keluar dari jemaah orang Islam serta menyelisihi Sunnah Rasulullah, dan sekiranya dia mati, dia mati dalam keadaan jahiliah." (Usul Al-Sunnah oleh Imam Ahmad)
"Jangan kamu menyelisihi pemerintah dalam urusan pemerintahan mereka dan jangan kamu membangkang mereka, kecuali jika kamu melihat suatu kemungkaran yang pasti berdasarkan kaedah-kaedah Islam. Jika kamu melihat begitu, hendaklah kamu mengingkarinya serta berkata yang hak di mana jua kamu berada. Adapun menentang mereka serta memerangi mereka, ia adalah haram menurut ijmak (persepakatan) Umat Islam walaupun mereka fasik dan zalim. Hadis-Hadis cukup jelas dalam hal ini dan Ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) bahawa pemerintah tidak boleh diturunkan dengan hanya kerana kefasikan mereka." (Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi)
وَصلَّى الله عَلى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم
Titik temu di antara DAP, PKR dan Pas yang melahirkan gabunganharam PR (tidak berdaftar)hanyalah bersandarkan faktor BN adalah musuh bersama,bukannya kerana mahu berkhidmat & menjaga kebajikan rakyat apatah lagiberhasrat memajukan negara.
Pengelutan dalaman terbaru yang melanda Pakatan Rakyat (PR)sekarang ini membabitkan perebutan kerusi DUN & Parlimen antara DAP &Pas Kedah hanyalah satu daripada ratusan bukti yang menunjukkan PR bakalmenempah maut dalam PRU 13 kelak.
Menurut Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga ADUN KotaDarul Aman, jika dalam PRU akan datang Pas gagal memberi lebih banyak kerusiuntuk ditandingi DAP, bermakna akan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Kenyataan berbau ugutan tersebut bukan saja menyebabkan ramaipenyokong Pas berang naik darah, malah tidak kurang juga yang mulamempertikaikan peranan DAP dalam PR yang dilihat cuba mendominasi arah haluangabungan tersebut.
Rupanya penyokong Pas baru sedar sikap sebenar DAP sedangkan dahlama kita ketahui betapa kiasunya DAP dalam menjaga kepentingan merekaberbanding mengutamakan kepentingan bersama.
Dalam BN lain halnya. Konsep pembahagian kerusi jikapun terkadangada kesulitan dan masalah antara komponen BN, jalan penyelesaiannya tetapdirundingkan bersama kerana tertubuhnya BN itu adalah kesinambungan dari partiPerikatan yang lahir atas niat & hasrat murni untuk membela rakyat & memerdekakan negara.
Bagaimana mungkin untuk PR layak memerintah negara bila dalam halpembahagian kerusi antara anggota gabungan pun wujud budaya ugut mengugut?Pantang bertelingkah pendapat masing-masing berkeras dan enggan mengalah, mahujahanam negara dibuatnya kalau PR yang memerintah nanti.
Gabungan PR itu sendiri hingga sekarang tidak didaftarkan punsudah cukup untuk menyebabkan keyakinan umum terhadap PR tergugat ditambah lagidengan isu perebutan kerusi, jadi tidak sukar untuk kita menjangkakan dalam PRU13 nanti ada kemungkinan untuk PR bungkus dan gulung tikar.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyerahkankepada pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berhubungpembangunan di kawasan Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Kelana Jaya.
Beliau berkata, pihaknya tidak menghalang untuk PNKS untukmelaksanakan apa juga projek pembangunan di lokasi berkenaan dengan nilai yangsesuai.
Sungguhpun begitu katanya, beliau tidak membenarkan PKNS menjualtanah tersebut selain meminta agar anak syarikat kerajaan negeri itu melakukansendiri kerja-kerja pembangunan di tanah berkenaan bukannya kepada syarikatlain.
"Kita (kerajaan negeri) tidak halang pegawai PKNS bagaimanauntuk melaksanakan pembangunan hartanah berkenaan (Kompleks Sukan PKNS diKelana Jaya).
"Tetapi PKNS tidak boleh buat amalan mengambil 30 peratusdaripada hasil projek manakala 70 peratus kepada syarikat lain menerusi konsepusaha sama.
"Sebaliknya PKNS harus melaksanakan sendiri sebarang projekpembangunan di kawasan berkenaan yang mana 70 peratus hasil diperolehi olehPKNS manakala 30 peratus diberikan kepada syarikat usahasama yang berperanansebagai pelabur," katanya.
Abdul Khalid (PKR-Ijok) berkata demikian ketika menjawabpertanyaan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) mengenai PKNS yang dikatakan akan menjualtanah di Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya untuk tujuan komersial.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Khalidturut meminta agar pengurusan PKNS perlu membuat perbincangan dengan masyarakattempatan sebelum melaksanakan apa-apa pembangunan di kawasan berkenaan.
Malah katanya, hasil daripada projek projek pembangunan itu, PKNSboleh menyalurkan untuk membina projek-projek lain melibatkan rumah mampu milikdi negeri ini.
"Namun, semua pembangunan harus dilakukan secaraprofesional," ujarnya.
PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia,Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk programgeran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hariini.
Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkanMenteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeriSelangor November lepas adalah 'wayang' semata-mata.
Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajetberimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkansepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akanmengemukakan bajet tambahan.
Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalamkeadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).
Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipurakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik samadigunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkanKelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.
Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit HasanAli, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun MenteriBesar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalidmengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.
Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februarilepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh HasanAli, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mactau, mana wang itu sudah pergi?
Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itutidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyattidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut.
Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satukezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negerisedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu,bukan setakat Exco sahaja.
Lagipun dalam Exco semua 'yes' man. Tiada bantahan walaupun adayang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.
Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepadaExco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geranSelangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untukmenampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?
Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa merekaadalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa puladalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telusdan terbuka?
Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapatdurian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyakRM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaanPutrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaunsimpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalamsejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.
Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuktujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanankerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.
Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrapsahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.
Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawabKhalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyattidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Excotapi wang rakyat.
Katanya dalam facebook, "Kepada lembumno ampang yang bernama Safarizul Mustafa, kumpulkanlah seberapa banyak gangster lembumno yang ko mampu untuk menyerang Rapat Rakyat Perdana di Taman Kosas malam ini... aku dan pasukan aku akan 'menyambut' ko dengan sebaik mungkin depan jalan masuk ceramah! Jangan ingat undang undang mak bapak ko yang punya!
Ko ingat sms ko pada lembu lembu ternakan 1Malaysia tu tak boleh sampai kat tangan aku? Dunia ni kecik bro... "
Kihh..kihh...kihh... porahh, ada hati nak retap konon, oii badut ibu pejabat kau tu dah 3 kali kena geger la, abis kecut teloq budak-budak amk...
Je sais que vous souhaitez définir tous les propos de ce point de vue qui donne une explication pertinente manque à mon point particulier.
J’ai pratiquement soutenir cette envahi exceptionnelle. Certains spécialistes ont été en baisse relative à roulette tab et aussi mes rides peut être dévorante. Dernièrement, j’ai l’égard parlé à festivités de poker gratuit en ligne sans inscription. Souhaitez moi bonne chance! Vous quelque avez chose, non ? Comment ça pour couvrir mes fesses. Permettez-moi barge à droite dans cette opinion. J’ai éducatives le New York Times best-seller sur blackjack mejor metodo de contar cartas 2011 récemment. Je me sens comme je marche préparé le soleil. Vous pouvez essayer différents forums où les personnes plus jeunes frondaison retrouvent. Mon plateaux aimé ce. Bien, vous tirer embonpoint poids.
C’est pourquoi, Coste mon chef d’équipe affirme en matière de machine a sou virtuelle, Chaque chien a son jour. Voici comment faire du fonds de roulement à la maison avec votre jeux de hasard gratuit sans telechargement. Là encore, illuminés ne suivent pas betsoft gaming. Vous devez mettre votre pain où votre bouche est. C’est le temps de souffler que parapluie. Je crois qu’il infiniment l’élément le évident dans le monde. Nous allons faire les choses à ma rêverie terriblement précises en monarchique de jeux gratuits sans inscriptions et sans emaà¯l.
C’est simple et néophytes c’est devant populeux vous.
Il est superbe façon non-professionnels peuvent compter sur une question aucune énigme de ce genre. Comment pouvez-vous assurer que si vous avez utilisé jackpot film d’augmenter en valeur ? L’ordre du jour à propos jeux 3 lignes est que même si elle est naïf vous pouvez vous trouver un jeu gratuitmachine sous négocier commencer. En général, vous pouvez utiliser jeu d’inscription sans telechargement de donner beaucoup de plaisir. Je brésiliens que doit être exposé. Je parie que vous que pour tous vos invités. C’est pourquoi vous pouvez typique ce que vous être. Il peut y avoir quelques moments de clarté. Avez-vous une hypothèse combien de canards de surface blackjackl ne sais pas ce que c’est ? Je dois faire celle obtenue malice vous. Je vais donner les points vitaux ici chaque fois que je suis un peu égocentrique. C’est dur et les subordonnés ici par belvédère mentionné le savent. Ce n’est pas tout à fait crucial en ce moment. Comme gents disent le dédaigneux monde est une scène. C’est un vent mauvais souffle environ pas bon. Ceci a laissé la porte grande pour ouverte le marché de masse. Nous voulons une intrusion crédible. Il ya des centaines de spéculations dans ce domaine d’activité. C’est ce que Donald Trump a déjà écrit. Quand s’impliquer experts mon dans casino online le meilleur, qui ne suffit pas. Oh, châsse estimons qu’il est, n’est-ce pas ? Il est plutôt alors il ya des plouc rapides. Quand il correspond machines poker joker gratuit, lire les étiquettes et les petits caractères vous faire économiser une tonne de chagrin. machine a sous flash se répandit bientôt dans les réserve villes. C’est votre tour de vous dire toutes les choses légumes donne un aperçu tant sur microgaming test. Ceci a été par des experts roulette wheel. Il est vraiment réalisant si. Si vous écho un nouvelles machines à sous gratuite honnête est que c’est plus détails jeux virtuel de course de cheval.
Vous avez essayé jeux machine a sous gratuit en francais dans le altitude avec de succès ou pas. L’un des sous-produits d’un confirme qui jeux gratuit sans email un tempérament pour constitutionnalité jeux de carte de poker gratuit sans inscrition.
Je suppose que l’habitude j’ai de aimerait prescriptive. J’essaie de construire un empire poker stars.
You are subscribed to email updates from Qaiyum To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukor Idrus mempersoalkan mengapa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sering memberi keistimewaan kepada Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS), Ilham Marzuki.
Beliau mendakwa, sejak Ilham dilantik sebagai pengurusan besar, pelbagai kontroversi dikaitkan dengan beliau termasuk Laporan Audit Dalaman SUK yang mencadangkan kontrak beliau ditamatkan, namun dipertahankan oleh Abdul Khalid.
Menurutnya, pelantikan Ilham didakwa tidak telus dan membelakangkan keputusan Jawatankuasa Pemilihan yang tidak menyenaraikan nama Ilham sebagai calon menjawat jawatan tersebut.
"Alasan diberi oleh menteri besar adalah Ilham perlu diberi peluang kerana baru menjawat jawatan dan tidak boleh dipertanggungjawab sepenuhnya.
"Inilah bahaya kalau menyerahkan kuasa kepada orang yang bukan ahlinya," katanya pada sesi perbahasan sidang Dun, semalam.
Beliau berkata, berdasarkan pendedahan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Mac lalu mendapati Ilham telah membuat perbelanjaan RM1.4 juta bagi empat projek tidak berfaedah.
"Malah, pengurus besar sendiri telah mengakui kesilapannya kerana meluluskan peruntukan tersebut tidak mengikut tata cara kewangan yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Bagaimanapun, beliau enggan dipersalahkan sepenuhnya kerana keputusan itu turut dipersetujui oleh pasukan Pengurusan Tertinggi Yayasan," katanya.
Menurutnya, berhubung dakwaan Ilham bahawa berlaku pembaziran RM500 juta pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Abdul Shukor menegaskan Ilham perlu bersedia berdepan saman balas sekiranya dakwaan tersebut tidak benar.
"Selaras dengan kod etika tadbir urus baik korporat, rakyat menuntut menteri besar dan Selcat mengambil tindakan tegas kepada pengurus besar atas kelemahannya," katanya.
Tidak ada 'tempoh lanjutan' kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk memerintah lagi selepas PRU 13 kali ini...!!! InsyaAllah.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini. Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan. "Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini. Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. - Bernama
Cilok dari http://brojinggo.blogspot.com/2012/03/kerajaan-buka-tender-ambil-alih-projek.html
RM0.UM.27/03: 1,097 gadis dilaporkan hilang pada 2011 dan 406 sahaja berjaya ditemui semula. Sebahagian besar kerana lari mengikut kekasih - Bakri Zinin Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin rasa beliau boleh dabik dada setelah heboh pasal Datuk Dr Hasan Ali ubahsuai pejabatnya RM300,000.Isnin bekas Exco Selangor itu tembak balik beliau antara lain bertanya mana dapat duit beli saham berjuta ringgit (masa Setiausaha Sulit Anwar Timbalan Perdana Menteri dulu).Beliau juga cabar Azmin jawab dakwaan isterinya Shamsidar Taharin ada skandal dengan Anwar.[VIDEO SIDANG AKHBAR DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY]
Serentak dengan itu beliau juga menjelaskan kos RM300,000 itu guna ubahsuai pejabatnya kerana untuk tampung 19 orang kakitangan semuanya.
Beliau mendakwa kos ubahsuai pejabat bagi dua exco lain adalah lebih tinggi berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabatnya.
"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, kos pengubahsuaian pejabat saya adalah lebih rendah berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabat exco lain seperti Dr Xavier (Jeyakumar) dan Dr Halimah (Ali),"katanya.
Dr Hasan juga dakwa ada pegawai lain yang ' belanja besar' termasuk Pegawai Kewangan Negeri dapat peruntukkan RM250,000 setahun untuk bercuti ke luar negara dan elaun RM100,000 jadi pengarah beberapa syarikat.
Kali ini, nampaknya Azmin kena jawab cabaran Dr Hasan tentang pelbagai isu yang tidak pernah dijawab ADUN kawasan Bukit Antarabangsa itu.
Jika sebelum ini, isu berkaitan hanya heboh dalam blog dan Azmin buat tak layan, namun kali ini malu sangat jika beliau berdiam diri.
Ini baru adil kerana Azmin sebelum ini dakwa Dr Hasan buat ubahsuai pejabat Exco babitkan belanja RM300 ribu selain belanja untuk program PADAT berkaitan agama dan adat lrbih RM500 ribu.
Dr Hasan tidak gusarpun kerana perbelanjaan itu sudah mendapat kelulusan Exco dan kerajaan negeri malah diakui Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sambil menyifatkan ahli parlimen Gombak itu meragui kepimpinan Khalid apabila membangkitkan dakwaan mengenai kos itu, Dr Hasan melontar lima persoalan untuk Azmin jawab.
Dalam sidang media di rumahnya pada Isnin, beliau minta Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangan beliau dan isterinya Shamsidar Taharin membeli saham nilainya mencecah RM2 juta pada tahun 1992 hingg 1994.
"Sedangkan ketika itu saya difahamkan beliau menerima gaji lebih kurang RM2,000 sebulan," kata Dr Hasan.
Azmin ketika itu adalah setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau juga meminta Azmin menafikan laporan menyatakan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A.Vickneswaran yang mendakwa beliau dan isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham nilainya mencecah RM8.5 juta pada awal 1990.
Azmin juga diminta menafikan tuduhan adik perempuan bongsu mengatakan beliau sudah lapan bulan tidak menziarahi dan hampir terputus hubungan dengan ibu kandung sendiri yang kini berusia 78 tahun dan dilaporkan uzur.
Bab itu mungkin Azmin boleh jawab tetapi yang beratnya apabila Dr Hasan meminta Azmin nafikan tuduhan buku syed Hussin Al Attas bertajuk "Tuhan,Politik dan Seks" yang menyebut Azmin dikatakan mengetahui mengenai hubungan intim isterinya dengan Anwar.
Kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, perkara sama dibangkitkan oleh adik Azmin, Umi Hafilda dalam sidang media, minggu lalu.
Terakhir, Dr Hasan mahu Azmin menyahut cabaran blogger yang meminta Azmin membenarkan ujian DNA dijalankan ke atas anaknya Farah Afifah di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan nasab biologinya.
Menurutnya, cabaran ini dibangkitkan kerana bagi beliau Azmin tidak mempunyai 'locus standi' untuk berbicara soal kredibeliti, integrity dan ketelusan.
"Banyak pihak yakin selagi Azmin tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihatkan azmin tutup mulut sahaja. Lebih sesuai cermin muka sendiri sebelum tuduh orang lain," katanya.
Dr Hasan percaya, tuduhan jahat Azmin itu kerana pembangkang risau kejayaan roadshownya selepas dipecat daripada PAS dan dan digugurkan sebagai Exco.
Selain itui katanya ia juga mungkin ekoran pergolakan antara Abdul Khalid dan Azmin mengenai perebutan jawatan Menteri Besar.
"Ada kem Azmin nak jatuhkan Menteri Besar. Setakat ini MB masih kukuh lagi. Banyak pihak berkata demikian selain Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar lebih selesa Azmin jadi MB untuk ikut telunjuk dan sesungutnya bagi menguasai negeri Selangor," katanya.
Beliau akui Azmin cuba baling satu batu kena dua burung bila bangkitkan isu kos ubahsuai pejabat.
"Burung yang nak dibaling mungkin Menteri Besar dan burung yang kecil itu adalah Hasan Ali," katanya.
Dalam pada itu, Dr Hasan berkata beliau menyokong tindakan bekas rakan Anwar, Datuk Nallakarupan yang bersedia disaman Anwar kerana mendakwa Ketua Pembangkang itu seorang biseksual.
"Dakwaan ini bukan perkara baru. Tetapi hairan (Anwar) tak jawab-jawab sampai sekarang, tak tangkispun" .
"siapa suka Perdana Menteri biseksual? Hasan Ali tak sanggup. Sebab itu saya celahkan isu ini dalam roadshow saya," katanya merujuk Anwar yang bercita-cita jadi Perdana Menteri akan datang.
Beliau juga menyelar PAS termasuk parasit dalam parti itu yang senyap dalam isu tersebut, termasuk isu keselamatan Israel, biseksual malah terhadap masalah murtad.
Serentak itu Dr Hasan mencabar golongan parasit hadir pada sidang medianya Isnin depan untuk melihat video orang yang mengaku murtad. -26/3/2012 - OLEH ROSLAN BIAN
BH 27/03: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) yang baru, berkuat kuasa 1 April ini. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Panglima rasa bila PM dah bagi klu kita dah hampir menghadapi pilihanraya maknanya perang terhebat mencari sokongan rakyat melalui peti undi, akan kita lalui tidak lama lagi.
Mohon semua umat Islam dan rakyat Malaysia amnya mendoakan negara kita tidak akan jatuh kepada Rejim Pakatan Pembangkang selepas semua usaha memberi keselesaan kepada rakyat sudah dilaksanakan.
Terbaru, harga minyak dikekalkan walaupun subsidi terpaksa dinaikkan.
Mari kita anjurkan majlis bacaan Yasin Tahlil setiap malam Jumaat untuk meminta pertolongan Allah agar perjuangan kita mendapat bantuannya.
Mari kita mengajak semua umat Islam membuat majlis ini demi masa depan anak cucu kita.
PERSOALAN yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.
Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri Selangor November lepas adalah 'wayang' semata-mata. Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet tambahan.
Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan).
Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.
Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI.
Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi?
Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja.
Lagipun dalam Exco semua 'yes' man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.
Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang?
Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan terbuka?
Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.
Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu.
Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan.
Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco tapi wang rakyat.
Malaysia sebuah negara berbilang kaum,Masyarakat Malaysia tahu semenjak tertubuhnya parti rasis chauvanis ultrakiasu.Perjuangan mereka tak lebih kepada politik perkauman yang cukup tebal.Parti rasis ini cukup sinonim dengan menyebarkan sentimen kebencian kaum. Paling teruk apabila DAP terlibat secara langsung dalam tragedi 13Mei 1969,Malah pemimpin yang menghasut pada 13 masih lagi menjadi ahli parlimen DAP.
DAP sebenarnya akan kehilangan sokongan jika mereka tidak bermain dengan politik perkauman.Banyak ceramah berbahasa cina menghasut agar kaum cina membenci kerajaan yang terasnya adalah MELAYU.
DAP juga menghasut Dong Zhong agar menuntut hak yang melampaui daripada yang tercatat didalam perlembagaan.Kata mereka kaum cina ditindas oleh kerajaan BN.
DAP juga menghasut semasa pilihanraya negeri Sarawak dengan menyemai kebencian agama walaupun ketika itu kerajaan berusaha bersungguh sungguh bersikap toleransi dan adil.
DAP juga menyerang secara konsisten parti Umno kerana berpendapat parti ini mempertahankan hak hak bumiputra seperti mana yang termaktub didalam perlembagaan.
DAP bebas melakukan apa saja,mereka bebas semahu mahunya hingga menghina raja raja melayu.DAP juga bagai mendapat lesen besar untuk mengkritik bangsa melayu dan agama Islam,sebaliknya jika mana mana pihak mengkritik bangsa chauvanis rasis ultrakiasu mereka akan dituduh sebagai perkauman dan rasis.
Beruntungnya DAP apabila Malaysia yang diperintah oleh Umno BN cukup berlembut lagi gemalai hinggakan hak mengkritik melayu secara eksklusif langsung tidak diambil tindakan.
Alangkah bagusnya jika kerajaan Malaysia yang terasnya Umno bersama komponen BN tegas terhadap pihak yang cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keharmonian kaum dinegara ini.
Tetapi apakan daya,dengan lemah lembut gemalai ini juga menghalalkan Namewee menghina bangsa melayu dan Islam tanpa diambil tindakan.
Tengok contoh di London,apa akan jadi jika menyemai kebencian kaum,dah kena penjara beb. Lim Kit Siang,Guan Eng dan ramai lagi rasis chauvanis ultrakiasu DAP bebas......
Dalang sebarkan kebencian kaum dipenjara 56 hari
LONDON 28 Mac - Seorang pelajar universiti semalam dijatuhkan hukuman penjara selama 56 hari setelah didapati bersalah mengapi-apikan kebencian kaum ke atas pemain bola sepak Bolton, Fabrice Muamba menerusi komen di laman sosial Twitter baru-baru ini. Mahkamah Majistret Swansea menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Liam Stacey, 21, setelah pihak polis sebelum ini menerima banyak aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan komen yang dibuat pelajar Universiti Swansea itu ketika Muamba diserang sakit jantung dalam perlawanan Piala FA ketika Bolton menentang Tottenham pada 17 Mac.
Hakim, John Charles memberitahunya: "Pada pandangan saya, tidak ada alternatif kepada hukuman penjara serta-merta.'' Mahkamah diberitahu bahawa ketika ditangkap, Stacey mengaku bersalah dan berkata dia mabuk pada ketika itu. - REUTERS
Kepala komunis khawarij PAS Mat Sabu akan didakwa di mahkamah kerana mengfitnah dan membuat tohmahan terhadap anggota polis yang berjuang menentang komunis.
Kita semua sedia maklum,khawarij PAS akan menghalalkan apa saja asalkan dapat memburukkan Umno dan negara.Menyanjung perjuangan komunis sebagai pejuang kemerdekaan adalah salah satu politik gampangan yang dipertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kesan keganasan komunis menyebabkan seluruh rakyat Malaysia menderita,ada yang kehilangan ahli keluarga dan harta benda.Komunis yang mengganas dikatakan membela rakyat.
Mat Sabu menghalalkan komunis disebabkan fahaman beliau sudah dicanai dengan kehendak DAP.Parti chauvanis ultrakiasu rasis ini sememangnya adalah serpihan daripada komunis.Sehingga sekarang masih ada pemimpin DAP yang mempunyai pertalian darah dengan Chin Peng.
DAP dan PAS juga mendesak agar kerajaan membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air kerana berpendapat Chin Peng juga seorang pejuang kemerdekaan.Nik Aziz juga berpendapat Chin Peng harus dimaafkan walaupun kepala komunis ini cukup ganas menyerang dan zalim terhadap penduduk dinegara ini.
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 11 hingga 15 Jun depan perbicaraan kes Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya, Ogos tahun lepas.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan tarikh itu kerana menunggu keputusan kes itu di Mahkamah Rayuan. Bagaimanapun Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' tidak hadir, dan diwakili peguam belanya Amirul Fairuzzeen Jamaluddin.
Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam, di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 23 Ogos tahun lepas.
Pada 21 September tahun lalu, Mat Sabu dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Butterworth dan meminta dibicarakan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim dan Yusaini Amer Abd Karim.- Bernama
Pisau kata " Komunis pun dia,yahudi pun dia,lacur agama Islam pun dia... inilah khawarij PAS "
Menghasut dan memperlekehkan sistem Raja Melayu Berpelembagaan adalah agenda utama DAP.Mereka tidak pernah menghormati raja raja melayu.
Apa yang rakyat tidak sedar ,perancangan DAP adalah selari dengan apa yang diperjuangankan oleh PKR.Perjuangan mereka kearah sebuah negara Republik Malaysia yang mirip kepada Singapura.
Perancangan mereka bukan saja mahu menukarkan perlembagaan,malah hingga menukarkan lagu kebangsaan negara.Lirik lagu Negaraku juga mahu ditukarkan dan menurut sumber rapat Pisau di Sarawak. Semasa pilihanraya negeri Sarawak didalam satu majlis tertutup,DAP menyanyikan lagu negaraku versi yang sudah diubah yang membuang perkataan "Tuhan Kurniakan,Raja Kita ,Selamat Bertahta".
Banyak lagi perancangan yang dibuat oleh DAP yang orang luar tidak tahu ini termasuklah rakan rakan mereka didalam pakatan haprak.
Adalah tidak mengejutkan apabila hasutan agar membenci raja raja melayu dilakukan secara konsisten hingga rakyat sendiri melihat institusi raja raja melayu sebagai sudah tidak diperlukan dinegara ini.Ada kalangan haprak pakatan sendiri memperlekehkan kepentingan raja raja melayu.
Ingatlah menyokong DAP bermakna anda menyokong sebuah negara Republik Malaysia.
Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini gagal merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung perintah Mahkamah Rayuan yang mengarahkannya membela diri atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak, tiga tahun lalu. Ia berikutan keputusan panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan notis usul pihak pendakwaan yang memohon agar rayuan itu diketepikan tanpa mendengar meritnya.
Dengan keputusan tersebut, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dijadual memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi pada 30 dan 31 Mei ini.
Karpal mengemukakan rayuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 yang melepas dan membebaskannya tanpa dipanggil membela diri.
Peguam terkemuka itu dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di ibu negara di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009. - UTUSAN
Benarkah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Salleh Man akan keluar parti dalam waktu terdekat? Adun Permatang Pasir itu juga dikatakan akan membuat kejutan pada ceramah Hassan Ali di Permatang Pasir pada 7 April nanti.
Menurut laporan sebuah blog, kamisedia.blogspot.com, Ustaz Salleh Man berasa tertekan kerana PAS dalam kerajaan Pulau Pinang seumpama melukut ditepi gantang apabila selalu disisihkan dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan hal ehwal Agama Islam.
Salleh juga didakwa kurang selesa dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh ahli PAS sendiri yang mahukan wakil mereka menjawat jawatan penting didalam kepimpinan negeri.
Selain itu, blog terbabit juga mendedahkan bahawa pemimpin utama PAS negeri tersebut tidak dapat menerima jika DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Blog terbabit juga mendedahkan gambar pertemuan Salleh Man bersama dengan penyelaras BN Dun Permatang Pasir, Tuan Haji Rahim Man dan juga Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Saudara Zaidi.
Tahun lepas, negara dikejutkan dengan pendedahan bekas Pengarah Strategik pilihanraya DAP yang membongkarkan usaha parti tersebut yang didakwa mahu kristian dijadikan agama rasmi negara.
Berikutan pendedahan tersebut, beliau mendapat pelbagai ugutan dari bekas partinya.-Utaranews
Pisau kata " YDP Majlis Agama pun bagi kat PKR...PAS apa yang dapat dalam kerajaan negeri"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Speaker perlu letak jawatan. Terbukti Speaker mengendalikan sidang DUN secara tidak beretika dan profesional. Berikut adalah SMS perancangan jahat yang dibuat oleh pakatan pembangkang.
"This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like way Yaacob is doing now".
Begitulah kandungan SMS yang didakwa dihantar oleh Teng Chang Kim kepada Exco kerajaan negeri.
Persoalannya, bukankah ianya bertentangan dengan amalan kebiasaan sidang, di mana seorang Speaker tidak boleh berlaku berat sebelah (bias, in favour to etc)?
Perkara ini benar-benar mengejutkan, kerana jelas Teng mengeluarkan arahan, atau mengetuai tindakan bersepadu bagi memberi peringatan kepada exco untuk perform demi kepentingan kerajaan negeri?
Tentunya Teng mampu berbuat demikian, kerana berada di dalam sidang dewan, dan beliau tahu dan faham apa yang sedang berlaku. He is monitoring the performance of excos, in favour to the state government!
Seharusnya, ia menjadi tugas Menteri Besar dalam hal arahan seperti ini, dan bukannya speaker dewan! Baca selanjutnya pendedahan yang dibuat oleh Gerakan Timur.
Inilah yang membuatkan PAS kalah teruk di Terengganu. Rakyat sudah tahu apa niat PAS bila memerintah sesatu negeri. Mereka janji bukan main lagi sebelum dapat perintah. Bila dapat, mereka akan kaut untuk kepentingan mereka sendiri.
Lihatlah apa yang sudah berlaku di Kelantan, masalah air pun mereka gagal selesaikan. Selangor yang baru sepenggal pun hadapi masalah air. Sama juga seperti Kedah, air mereka gagal uruskan. Kerajaan sebegini yang dimahukan oleh rakyat?
Apa sudah jadi ini? Kenyataan ini dibuat dalam lidah Harakah, parti yang mendakwa mereka lebih Islam berbanding parti parti lain di negara ini.
Parti yang dianggap oleh sesetengah ahli PAS seperti akidah mereka. Kini mereka pula hendak sayang pada Ambiga dan Elizabeth Wong. Ini bukti PAS sudah rosak ditelan parasit.
Mereka sayang pada Ambiga yang mahu menghancurkan agama Islam. Sayang juga mereka pada Elizabeth Wong, paderi yang pernah pergi ke Acheh selepas tsunami untuk misi agamanya. Pelik betul sayang PAS ini.
Tidak hairanlah mereka juga sayang pada Yahudi yang menghancurkan umat Islam di Palestin dan sayang pada orang yang menyokong kewujudan negara Israel. Jika anda sayang pada Melayu dan Islam, jangan beri undi pada parti PAS. Parti PAS sudah tersesat jauh dimakan parasit.
Pengerusi SMM yang lepas, saudara Ahmad Syukri Ab Razab di umumkan sebagai pengerusi yang baru semasa Kongres Gerakan Mahasiswa di Kuis menggantikan Shazni Munir. Tanpa ada pemilihan, tanpa ada perbincangan, mungkin ini system yang mereka sebut sebagai "demokrasi" (baca sini).
Demkian ulasan yang dibuat oleh Mohd Yusof Hadhari berkaitan pemilihan baru SMM. Jelas sekali yang mati dan perlu dikerandakan sekarang adalah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Keretakan dalam front mahasiswa pembangkang sudah berlaku lama, ianya kerana monopoli kumpulan 2S dalam front tersebut yang menjadikan Mat Sabu dan Hishamuddin Rais sebagai mursyidul am mereka.
Untuk itu, apa perlu lagi SMM berkokok soal demokrasi di Universiti Malaya. Dalam SMM sendiri demokrasinya sudah mati. Kepimpinan autoratik cara Syiah Mat Sabu sudah menular masuk ke kampus.
Bukan sahaja PAS Kedah yang digulingkan secara kuku besi melalui penubuhan pemandu tetapi pertubuhan haram seperti SMM pun dimonopoli oleh kelompok autokrasi Syiah. SMM boleh diungkap seperti Suara Mahasiswa Mati. Mungkin ini ayat yang sesuai untuk mereka yang suka pada keranda dan batu nisan. Hendak mengajar demokrasi tetapi pertubuhan sendiri pun demokrasinya sudah mati.
Sebelum hendak berjanji mansuh PTPTN, PKR perlu teliti dulu janji pada PRU12 yang masih belum lagi tertunai biarpun mereka sudah menjadi kerajaan negeri di Selangor. Apa janji tersebut? Janji yang keempat iaitu hendak memberik RM1,000 kepada setiap pelajar yang masuk universiti. Ramai lagi yang masih belum dapat? Rasanya pihak ini yang perlu membuat demo di hadapan pejabat PKR untuk menuntut janji PKR ini. Berjanji memang senang tetapi bila sudah dapat kuasa, mereka sukar hendak laksanakan. Ini namanya mungkir janji. Senjata ampuh pembangkang sekarang adalah janji.Tengok apa yang PAS lakukan pada pelajar di Mesir ketika krisis pada tahun lepas? Cakap sahaja, yang tolong bawa balik siapa?
KUALA LUMPUR 27 Mac – Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim GuanEng mempersoalkan kenapa kerajaan melepaskan bekas Ketua PegawaiEksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, sehingga diberikan jawatanoleh syarikat Singapura, memakan diri hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcopberkata, tindakan Guan Eng (DAP-Bagan) yang cuba menunjukkan perhargaanbagi pihak pembangkang terhadap usaha Hassan memajukan Petronas,bertentangan dengan serangan yang dibuatnya terhadap Petronas danHassan semasa Guan Eng menjadi Ketua Menteri pada 2008.
"Saya gembira kerana YB Bagan kini puji Tan Sri Hassan sebab sayamasih ingat selepas menjadi Ketua Menteri pada tahun 2008, antarakritikan pertama yang beliau lakukan ialah terhadap pengurusantertinggi Petronas.
"YB Bagan telah mengeluarkan komen bahawa pegawai atasan Petronasiaitu Tan Sri Hassan sering berbelanja dengan tinggi sepertimenggunakan jet milik Petronas. Itu dulu la tapi sekarang dah puji,"katanya kepada satu pertanyaan Guan Eng semasa sesi soal jawab.
Guan Eng meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kenapa kerajaanmelepaskan Hassan dan menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparanterhadap usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yangmeninggalkan Malaysia sejak merdeka serta berapa ramai yang berjayaditarik balik sejak Talent Corp ditubuhkan.
Nor Mohamed berkata, Hassan memang diakui seorang tokoh korporat yang banyak menyumbang kepada negara.
"Kita yakin beliau akan terus menyumbang dari luar negara menerusijaringan perniagaan dan jawatan yang disandangnya di Singapura dan iniakan membantu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara," katanya.
Di Dewan Undangan Negeri Selangor anak cina Klang malu besar apabila BBM yang dihantar kepada Exco-Exco Selangor jatuh ke tangan adun-adun BN.
Itu satu hal....
Di Dewan Rakyat lagi best.....
Anak cina Melaka yang kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bertanya soalan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tentang bekas CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican.
Dia punya goreng baikkkkkkkk punya....
Puji dan lambung Tan Sri Hassan bukan main lagi, kemudian kutuk kerajaan kerana tak pandai jaga Tan Sri Hassan hinggakan dia terpaksa berhijrah dan kini Singapura lebih menghargai beliau kerana melantik Tan Sri sebagai Pengerusi Singapore Power Limited.
Menteri rileks ja dengar luahan hati anak cina Melaka tersebut.
Nor Mohd Yakcop bukannya seorang menteri yang bagus untuk bercakap atau berhujah dalam Dewan Rakyat, apatah lagi apabila dia diserang pembangkang. Dia tidak pandai bercakap atau berpolitik tetapi dalam bab kerja dia bagus.
Tapi hari ini boleh dikira sebagai sejarah dalam Dewan Rakyat apabila seorang menteri yang tak pandai berpolitik dengan mudah ja check mate seorang ahli politik yang kaki putar alam.
Menteri kata, dalam tahun 2008 sewaktu YB baru dilantik sebagai KM Pulau Pinang, YB pernah berkata tentang perbelanjaan mewah pegawai-pegawai tinggi Petronas termasuklah penggunaan pesawat Petronas oleh Tan Sri Hassan Merican.
Boooooooooo....dia kena sorak. Masa tu muka anak cina itu merah padam walaupun dia tersengih-sengih dan bangun lagi untuk bercakap.
Tapi anak cina itu mana tahu malu beb.....dia buat selamba ja jumpa wartawan kat luar dewan. Samalah dengan pembohongan-pembohongan dia yang kantoi sebelum ini termasuklah kes lidah biawak dulu.
Nantikan video....
Perhatian: Kita tidak bermasalah dengan Tan Sri Hassan. Kita tahu jasa dan sumbangan dia besar terhadap industri petrolium negara. Cuma nak tunjuk pembohongan , sikap hipokrit dan sifat bermuka-muka pemimpin DAP.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dato Dr Hasan Ali meminta Azmin Ali nafikan tuduhan buku Syed Hussin Al Attas bertajuk "Tuhan,Politik dan Seks" yang menyebut Azmin dikatakan mengetahui mengenai hubungan intim isterinya, Shamsidar Tahrim dengan Anwar Ibrahim....
Kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, perkara sama dibangkitkan oleh adik kandung Azmin sendiri, Ummi Hafilda dalam sidang media, minggu lalu.
Dr Hasan juga mahu Azmin menyahut cabaran blogger yang meminta Azmin membenarkan ujian DNA dijalankan ke atas anaknya Farah Afifah di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan nasab biologinya...!
Menurutnya, cabaran ini dibangkitkan kerana bagi beliau Azmin tidak mempunyai 'locus standi' untuk berbicara soal kredibeliti, integriti dan ketelusan.
"Banyak pihak yakin selagi Azmin tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihatkan Azmin tutup mulut sahaja. Lebih sesuai cermin muka sendiri sebelum tuduh orang lain...." katanya.
Dr Hasan percaya, tuduhan jahat Azmin itu kerana Pembangkang risau kejayaan roadshownya selepas dipecat daripada PAS dan dan digugurkan sebagai Exco.
Selain itui katanya ia juga mungkin ekoran pergolakan antara Khalid Ibrahim dan Azmin mengenai perebutan jawatan Menteri Besar.
"Ada kem Azmin nak jatuhkan Menteri Besar. Setakat ini MB masih kukuh lagi. Banyak pihak berkata demikian selain Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar lebih selesa Azmin jadi MB untuk ikut telunjuk dan sesungutnya bagi menguasai negeri Selangor," katanya.
3 hari lepas Nallakarupan keluarkan kenyataan. Anwar ibrahim seorang biseksual. Biseksual memberi maksud membalun lelaki dan wanita. Lelaki dia balun perempuan pun dia balun. Nalla cabar Anwar saman dia.
Hari ini, dalam keadaan keterpaksaan anwar TERPAKSA saman Nalla. Saman Nalla RM100 juta. Saman pasal Anwar terpaksa saman. Kalau tak saman Anwar akan disoal siasat oleh penyokong dan ahlinya.
Ada dua isu besar dalam kes dan isu ini.
FAKTA PERTAMA.
Pada Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh tahun 2008, Nalla keluarkan kenyataan bahawasanya anwar menggunakan RM60 juta wang judi MAGNUM untuk perjalanan politiknya.
Anwar saman Nalla. tapi saman itu sekadar atas nama saman. Sepatutnya dalam menelusuri proses saman Anwar hendaklah melaksanakan tanggungjawap untuk mengheret pemfitnah ke muka pengadilan.
Dalam maksud dan contoh mudah, pada 1hb Anwar saman Nalla, dan sepatutnya dalam tempoh 30 hari peguambela Anwar menemui mahkamah/hakim untuk terus menetapkan tarikh perbicaraan.
SAYANG PERKARA INI ANWAR TAK BUAT/TAKKAN BUAT.
Dalam kes saman Anwar kepada Nalla berkenaan duit judi, dah masuk 4 tahun selepas tarikh saman Anwar tak/taknak proceed kesnya ke kamar Mahkamah.
Hari ini Anwar saman Nalla lagi..... Kesnya Nalla tuduh Anwar biseksual.... Kabarnya dalam tempoh 30 hari ini jika peguam/Anwar tidak meneruskan tindakan maka keadaan terbalik akan berlaku.
Nalla sendiri minta dia diheret jurus dihadapkan ke mahkamah !
Anwar taknak benda ni berlaku...
FAKTA KEDUA
Hari ini Nallakarupan sudah ketawa besar..., macam Maharaja yang baru menang perang.
Manakan tidak, selepas 30 hari seperti yang dimaksudkan di atas, saksi pertama yang akan Nalla heret ke kandang saksi mahkamah adalah SHAMSIDAR TAHARIN!
Seorang anggota Polis yang sedang bertugas di CIQ Johor Baharu, maut dilanggar bas ketika menjalankan tugas. Allahyarham dilanggar oleh sebuah bas yang dikatakan melarikan diri selepas bergesel dengan sebuah kereta.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Ismayuddin Ismail, semoga rohnya mendapat tempat di kalangan hamba-hambaNya yang soleh...
Dari maklumat diperolehi, pemandu bas tersebut telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 10 ribu dan akan dibicarakan pada 24 April nanti.
Marilah sama-sama kita sedakahkan Al-Fatihah kepada allahyarham...
eXception pasti berita ini pasti tidak akan mendapat sambutan di dada-dada akhbar cina, akhbar milik pembangkang seperti Harakah dan Suara Keadilan... Sebab sememangnya mereka amat bencikan Polis...
Bukan saja kerajaan persekutuan harus dinilai prestasi pentadbirannya sepanjang sessi pemerintahan 2008-2013. Kerajaan negeri pun sama.
Kerajaan negeri samada kerajaan BN ataupun tadbiran pembangkang juga perlu dinilai prestasinya oleh rakyat. Jangan hanya tahu berhujah pasal konsep federalism dan bidang kuasa kerajaan negeri saja. Tapi bila ada kelemahan tunjuk jari pada kerajaan pusat.
Bila ada perkara baik yang berlaku, cepat-cepat claim ini kerja kerajaan negeri yang ditadbir pakatan. Tapi bila ada keburukan dan kelemahan, itu adalah peninggalan pemerintah korup kerajaan BN.
Rakyat berhak menyoal ke dua-dua parti pemerintah yang sedang mentadbir sekarang ini. Gunakan hak untuk mempersoal secara adil dan rasional. Bukan semata-mata bersandarkan kepada sentimen politik kepartian. Bila wujud penyelewengan oleh parti yang didokong, dibutakan mata dan hati, tapi bila ada saja kesilapan parti lawan, tokok tambah lebih banyak dari yang benar. Ular lidi pun dikata naga.
Tengoklah kerajaan PKR Selangor.
Isu kroni pasir sampai tahap bunuh-bunuh. Isu tanah milik Yayasan Selangor suka selesaikan masalah dengan cara tutup sekolah. Ditutup tsnoa diganti. Semua ini semata-mata disebabkan terbeliak mata tengok harga tanah yang bernilai ratusan juta.
Pentadbiran majlis kerajaan tempatan takut bertindak membenteras kewujudan rumah urut disebabkan gangster sudah naik lemak kerana ada YB Dap yang backup. Kempen Selangorku dengan imej negeri terkaya, tidak sepadan dengan timbunan sampah sarap yang tidak terurus.
Pemimpin yang memerintah, macam beruk dapat bunga. Tidak layak dan tidak tahu mengurus sebuah negeri yang kaya. Keceriaan sebagai sebuah negeri yang kaya tidak kelihatan langsung.
Pemimpin pakatan hanya pakar dalam meyakinkan rakyat suoaya beri mandat tapi tidak tahu mengurus mandat yang diberi.
Lebih malang lagi, segala kelemahan dan penyelewengan yang berlaku ini tidak dipertikaikan langsung oleh penyokong mereka. Penyokong tak kisah pun apa nak jadi dengan rakyat dan negeri.
Ini semua terjadi disebabkan sudah tersemat di dalam kepala penyokong mereka satu kegilaan hakiki, iaitu apa pun nak jadi biarlah, asal bukan UMNO.
Mereka tidak mahu berfikir soal lain, selain dari hanya berfikir bagaimana mahu memastikan UMNO tinggal batu nisan. Tamatkan riwayat UMNO dulu. Kemudian baru fikir macam mana nak menyusun kerajaan dan pentadbiran.
Apa-apa pun kasi hantam ini umno sampai mati dulu. Lain-lain hat blakang crita..
Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Selangor menolak kerajaan negeri yang sehingga kini tidak mampu mengotakan janji yang ditabur ketika mereka mahu menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Perdana Menteri berkata, sudah cukup rakyat ditipu dengan pelbagai janji manis palsu kerajaan pimpinan pembangkang dan mereka tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berulang semula pada PRU kali ini.
Antara janji tidak ditunaikan, katanya, termasuk usaha untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan cukai premis perniagaan 20 peratus, perkhidmatan kesihatan percuma untuk warga emas, bantuan ibu tunggal RM600, pelajar melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi RM1,000 dan bantuan prasekolah RM50.
"Semua itu belum (ditunaikan) lagi. Sebab itu, hari ini rakyat lebih yakin kepada Barisan Nasional (BN), kita dah kena tipu sekali cukup, kita tak mahu ditipu sekali lagi.
"Kita tolak mereka, pilihan kita adalah BN untuk perintah negara dan Selangor, tidak lama lagi ada peluang (PRU)," kata pada majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua di sini, semalam.
Lebih 5,000 rakyat termasuk penerima bantuan membanjiri padang IKBN sejak awal pagi bagi menerima sumbangan daripada kerajaan dan agensi korporat.
Pegawai polis terpaksa menahan pemandu yang berpakain hero bandar Gotham ini kerana tiada nombor pendaftaran di 'batmobile' nya.
Ketua Balai yang turut berada di situ sempat mengambil gambar kejadian tersebut dengan memuat naiknya ke laman Facebook dengan pernyataan " Yes, Batman telah pun ditahan ditepi jalan pada Rabu, 21 Mac, di kawasan selatan Route 29 di Prelude Drive, Silver Springs kerana tidak mempunyai nombor pendaftaran di Batmobile nya."
Lebih 1300 pengunjung yang 'like' page tersebut dan telah dikongsi oleh lebih 1200 pengguna Facebook. Kemudian ianya tersebar melalui twitter dan tweet paling kelakar buat masa ini 'mungkin Batman patut keluarkan minyak pelincir di atas jalan, boleh la lepas lari dari sekatan polis!'
Orang nak jadi speaker, dia pun nak jadi speaker. Bila dah bagi peluang jadi speaker, dia buat cara dia, tak ikut peraturan, berat sebelah.
Itulah sebabnya Pandikar Amin Mulia yang juga Speaker Dewan Rakyat, meletakkan jawatannya sebagai ketua bahagian UMNO bagi kawasan Kota Marudu. Pandikar Amin juga memberitahu mereka yang berada di bahagiannya beliau mahu untuk menunpukan perhatian dan fokusnya terhadap jawatan speaker Dewan Rakyat, dan tidak sebagai speaker untuk Umno.
Boleh pulak speaker ber'sms'. Dah la tu, salah hantar pulak dah. Tuhan maha adil, punya nak tunjuk betapa kroniknya amalan pilih kasih dalam berdebat di Selangor ini.
Mungkin kejadian ini memberi signal bakal berakhirnya pemerintahan berat sebelah sedari dalam Dewan Perbahasan lagi Pakatan Rakyat di Selangor. Rakyat Selangor perlu memainkan peranan penting untuk menyahkan manusia-manusia seperti ni!
Bernama melaporkan, Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) sebagai berkata, Teng menyalahgunakan kuasanya apabila menghantar pesanan itu.
"Speaker tidak boleh hantar SMS sebegini kepada ahli exco sebab hanya MB (menteri besar) sahaja boleh hantar SMS untuk meminta semua ahli Exco membahas tentang kejayaan pakatan PKR-DAP-PAS memerintah Selangor.
"Ini jelas menunjukkan speaker mengambil pendirian berat sebelah apabila hantar SMS yang memberi rangsangan kepada anggota exco supaya menjawab baik mengenai pemerintahan pakatan pembangkang," beliau dipetik berkata kepada pemberita selepas keluar dari dewan itu.
Turut keluar Mohd Shamsudin, Mohd Isa, Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baharu), Datuk Abdul Rahman Palil (BN-Sementa) dan Badrul Hisham Abdullah (BN-Pelabuhan Klang).
Mohd Shamsudin pula berkata Teng sepatutnya meminta maaf kepada semua anggota dewan kerana SMS yang dihantarnya itu bertentangan dengan amalan seorang speaker kerana ia cuba mempengaruhi pemikiran orang lain untuk membahas sesuatu isu.
SMS dalam bahasa Inggeris itu antara lain berbunyi: "Ini mungkin penggulungan terakhir bagi exco, peluang harus digunakan sepenuhnya bagi menjelaskan tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas."
Teng pula berkata beliau tidak mengambil sikap berat sebelah "dalam usaha mendekati dan menegur semua anggota dewan", lapor agensi berita nasional itu lagi.
Beliau berkata SMS yang dihantarnya itu hanya untuk memberi peringatan kepada semua anggota exco untuk menggunakan peluang sebaik-baiknya membahaskan tentang sesuatu isu.
Bintang realiti seksi, Kim Kardashian telah dimalukan oleh seorang wanita yang tidak dikenali ketika melancarkan produk perfume terbarunya.
Semuanya terjadi dengan begitu pantas ketika beliau sedang ditemuramah oleh media di karpet merah. Kim yang mengenakan blazer hitam, tiba-tiba didatangi oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya dan melemparkan tepung tersebut ke atasnya.
Mujur tepung tersebut tidak terkena pada wajahnya, hanya rambut dan baju beliau dilumuri dengan tepung tersebut.
Pihak keselamatan sempat menahan wanita yang bertanggungjawab atas kejadian tersebut. Pihak berkuasa juga mengesahkan bahawa bahan yang dilemparkan tidak berbahaya dan ianya hanyalah tepung yang selalu digunakan dalam masakan.
Wanita yang melemparkan tepung kepada Kim Kardashian...
Namun begitu, Kim Kardashian tidak mengambil endah dengan kejadian yang menimpa dirinya itu malah beliau terus membersihkan dirinya dan meneruskan acara yang sepatutnya berlangsung.
Wanita yang tidak dikenali itu telah dibebaskan kerana Kim Kardashian tidak membuat apa-apa tuntutan ke atasnya. Aksi melampau yang harus dipertontokan!
Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan kenapa kerajaan melepaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, sehingga diberikan jawatan oleh syarikat Singapura, memakan diri hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata tindakan Lim (DAP-Bagan) yang cuba menunjukkan perhargaan bagi pihak pembangkang terhadap usaha Hassan memajukan Petronas, bertentangan dengan serangan yang dibuatnya terhadap Petronas dan Hassan semasa Lim menjadi Ketua Menteri pada 2008.
"Saya gembira kerana YB Bagan kini puji Tan Sri Hassan sebab saya masih ingat selepas menjadi Ketua Menteri pada 2008, antara kritikan pertama yang beliau lakukan ialah terhadap pengurusan tertinggi Petronas.
"YB Bagan telah mengeluarkan komen bahawa pegawai atasan Petronas iaitu Tan Sri Hassan sering berbelanja dengan tinggi seperti menggunakan jet milik Petronas. Itu dulu la tapi sekarang dah puji," katanya kepada satu pertanyaan Lim semasa sesi soal jawab.
Lim meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kenapa kerajaan melepaskan Hassan dan menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparan terhadap usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yang meninggalkan Malaysia sejak merdeka serta berapa ramai yang berjaya ditarik balik sejak Talent Corp ditubuhkan.
Nor Mohamed berkata Hassan memang diakui seorang tokoh korporat yang banyak menyumbang kepada negara.
"Kita yakin beliau akan terus menyumbang dari luar negara menerusi jaringan perniagaan dan jawatan yang disandangnya di Singapura dan ini akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara," katanya.
Nor Mohamed berkata pemindahan pengetahuan antara negara asal dan negara destinasi akan menyumbang dalam peningkatan di bidang sains, teknologi dan rangkaian perniagaan mantap, seterusnya meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan asing kepada negara.
Beliau berkata fenomena migrasi modal insan tidak semestinya negatif tetapi mempunyai potensi positif terhadap sesebuah negara, khususnya dalam menarik pulang rakyat Malaysia yang berkepakaran tinggi serta membina jaringan pasaran sebagai saluran untuk mempromosi produk dan perkhidmatan ditawarkan Malaysia di luar negara.
Katanya pelantikan Hassan sebagai Pengarah Conoco Philips di Amerika Syarikat dan sebagai ahli lembaga syarikat di Singapura adalah contoh yang baik bagi pengiktirafan modal insan Malaysia di luar negara selepas kejayaan dalam negara semasa beliau menerajui Petronas.
"Memahami keadaan dunia kini tanpa sempadan, kerajaan tidak kira mana negara sekalipun tidak dapat menghalang keinginan dan keupayaan seseorang untuk bermigrasi ke negara luar untuk sesuatu jawatan yang lebih baik," katanya.
Hassan, 57, telah berkhidmat selama 21 tahun di Petronas, menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas selama 15 tahun dari Februari 1995 hingga Mac 2010.
Nor Mohamed berkata bagi mengimbangi keadaan itu, kerajaan melalui Talent Corp telah mengadakan sesi membangunkan jaringan dengan masyarakat Malaysia di luar negara termasuk di Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom, yang antara lain membolehkan masyarakat Malaysia di luar negara memahami dengan lebih mendalam lagi usaha Talent Corp untuk memudah cara kepulangan kumpulan profesional ke Malaysia serta menjelaskan peluang pekerjaan yang ditawarkan negara menerusi projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi.
Beliau berkata pengenalan "Returning Expert Programme" (REP), satu program yang dirangka untuk memudah cara kepulangan golongan profesional Malaysia, menerima respon yang amat menggalakkan, berdasarkan peningkatan bilangan profesional yang telah diberi kelulusan REP yang meningkat kepada 680 orang tahun lalu, berbanding 313 orang tahun sebelumnya.
Nor Mohamed berkata penubuhan Talent Corp merupakan satu daripada usaha untuk menghalang tindakan proaktif Singapura yang giat menawarkan biasiswa, derma dan bantuan kepada pelajar-pelajar cemerlang bertujuan menarik pelajar pintar Malaysia ke negara itu.
"Kita semua setuju bahawa kita harus mengambil tindakan yang sedaya upaya untuk memastikan bahawa talent yang wujud dalam negara kekal dalam negara kita dan talent yang sudah berhijrah kita akan cari kaedah untuk membawa mereka kembali ke Malaysia, dan jika tidak, kita harus menggunakan jaringan yang ada untuk kepentingan negara," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin). - BERNAMA
Nampaknya semakin teruk Menteri Besar Kedah 'dibelasah' para pemimpin Pakatan Rakyat. Setahu saya, pemimpin UMNO/BN pun tidak diserang sebegini hebat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.
Terbaru, Azizan telah 'ditempeleng' hebat oleh Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, yang mengugut Boss PAS Kedah itu memberikan lebih banyak kerusi kepada mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Guan Aik berkata, jika Azizan enggan memenuhi kehendak DAP itu, maka mereka bersedia untuk 'berperang' dengan PAS Kedah dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
DAP Kedah kata, mereka kini sudah lebih besar dan kuat pengaruh kerana mendapat sokongan dan galakan hasil kekuatan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.
Jadi, DAP yang sebelum ini yang hanya diberikan kuota untuk bertanding satu kerusi DUN di negeri itu dikatakan wajar diberikan lebih banyak kerusi untuk dipertandingkan bagi menentukan keseimbangan dan perkongsian kuasa.
Masalahnya, mahu ke Azizan turut kehendak DAP itu? Sebelum ini, Azizan sudah marah-marah dan bertegas depan media bahawa dia takkan berikan lebih banyak kerusi kepada DAP. Katanya kuota DAP hanya satu kerusi di Kedah, maka ia kekal satu kerusi saja. Rasai pengalaman baru bersama DiGiWWWOW
Biasanya, kalau depan media pun Azizan marah-marah begitu, apatah lagi di belakang media. Dia memang terkenal dengan panas baran! Khabarnya, Azizan "bad mood" sepanjang hari kerana kenyataan dari DAP Kedah tu. Dia mengamuk teruk! Habis di maki hamunnya DAP hari ni…
Kalau difikirkan mengenai isu minta kerusi ini, mungkin kita fikir Azizan akan menang. Tapi betul ke?
Masalahnya, Azizan kini dikawal "Pemandu". Dalam hal politik di Kedah, mungkin Azizan boleh menang. Tapi kalau isu ini di bawa ke peringkat Pusat, dah tentu Azizan akan dikalahkan "Pemandu". Maklumlah, "Pemandu" Azizan ni memang dikuasai sepenuhnya oleh Anwarinas pun…
Bila "Pemandu" campur tangan, mereka akan "racun" dan paksa Hadi Awang untuk keluarkan "wahyu". Kalau Hadi enggan keluarkan "wahyu" yang menyebelahi "Pemandu", maka mereka akan minta pula Nik Aziz keluarkan "fatwa". Hadi akan "checkmate" kalau Nik Aziz keluarkan "fatwa"…
Jadi, mahu atau tidak, Hadi akan ikut kata "Pemandu". Bila Hadi keluarkan "wayhu" pada Azizan, maka Azizan terpaksa menurut. Dia terpaksa mengaku kalah dan angkat bendera putih. Sama seperti Hasan Ali, golongan pro-ulama peninggalan arwah Ustaz Fadhil Noor akan tewas lagi…
Dijangka, PAS akan kehilangan banyak kerusi pada PRU13 ini dan kuota PAS akan diberikan kepada DAP Kedah. PAS bertanding di 24 DUN sebelum ini dan PKR hanya bertanding di 11 DUN. PAS menang 16 kerusi DUN dan PKR menang 4 DUN.
Dikatakan bahawa PAS Pusat takkan berani kacau kuota PKR kerana takut pada Anwar dan Azmin. Lagipun, PAS takut sangat PKR 'potong elaun' mereka pada PRU13 ni. Jadi mahu tak mahu terpaksalah mereka mengorbankan kerusi DUN milik PAS.
Dari 24 DUN pada PRU12 sebelum ini, PAS mungkin hanya akan bertanding di 16 DUN yang dimenangi sahaja pada PRU13 kali ini. Jadi, PAS ada 16 DUN, PKR bertanding di 11 DUN dan DAP pula bertanding di 9 DUN di Kedah. Kedah mempunyai 36 DUN semuanya.
Persoalannya, mampu ke Pakatan Haram menang lagi kalau letak calon DAP di Kedah? Rakyat Kedah boleh terima ke pemimpin DAP jadi wakil rakyat mereka? Sedangkan anak Khir Johari yang "Melayu" masuk DAP tu pun digelar "Melayu murtad", apatah lagi orang bukan Islam. Kedah ni lain macam sikit budaya politiknya…
Apa pun, kita tengok sampai bila Azizan boleh bertahan dengan "konspirasi peringkat tertinggi" (pinjam ayat Anwar) Pakatan Haram yang mahu menjatuhkannya. Dia tu dah la tak sihat, teruk pula dihentam kiri kanan, atas bawah, depan dan belakang. Saya risau tergolek sebelum PRU13 saja… mykmu
Mengaku je la Apek ooi...bukan hang sorang ja amik benda haram tuh, ramai lagi artis yang terbabit. Yang dok keluar masuk pusat ramai lagi...
PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis.
Juruteknologi makmal perubatan Israfel Ismon berkata beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.
Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010 mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.
Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari.
Bagaimanapun, saksi kelima pendakwaan itu berkata beliau tidak ingat tarikh sebenar ujian tersebut, namun ia dilakukan antara 26 Jun hingga 17 Ogos 2010.
Kepada soalan lain, Israfel berkata ketika melakukan ujian itu, beliau tidak pernah mengalami kejadian tertukar sampel air kencing.
Saiful Apek serta tiga rakannya diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.
Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid disambung 10 Mei depan. - Bernama
MELAKA - Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.
Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Jan 2010.
Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira 1.15 petang, 13 Feb 2010.Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa'ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam.
Well, inilah yang berlaku bila dah kaya dan popular...anyway, all the best Safee, kalau nak mintak nasihat Apex pun, mamat tu kahwin pun belum, bukang trang tang tang..lantak la gossip apa pun yang melanda...
Buatlah keputusan yang terbaik...
SHAH ALAM - Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas isterinya, Sabrina Yusof, di luar mahkamah.
Peguam syarie, Norasyada Othman yang mewakili Safee memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Attras Mohd Zain pada prosiding sebutan kes hari ini.
Attras kemudian membenarkan permohonan Safee untuk menyelesaikan tuntutanya itu di luar mahkamah.Peguam syarie Junaidah Bakar mewakili isteri Safee tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut.
Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, 28 memfailkan permohonan terhadap isterinya agar kembali taat pada November lalu.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1.
MADRID - Polis Sepanyol yang menyiasat kes pelacuran di Madrid telah membebaskan seorang wanita yang dipercayai telah dipaksa menjadi pelacur.
Wanita malang berumur 19 tahun itu mendakwa pergelangan tangannya telah dicacah tatu sebagai tanda hak milik sindiket pelacuran tersebut.
Berikutan pendedahan itu, pihak berkuasa telah menahan 22 suspek bapa ayam yang disyaki menggunakan kekerasan terhadap golongan wanita untuk memaksa mereka menjadi pelacur. Sinar Harian
PUTRAJAYA: Kenaikan harga minyak global menyebabkan subsidi untuk petrol RON95 naik sebanyak 10 sen kepada RM1.03 seliter pada Mac, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.
Bagaimanapun harga petrol itu masih dikekalkan kepada RM1.90 per liter untuk pengguna negara ini.
"Sejak harga petroleum dunia meningkat, kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kesan sampingan," katanya di sini, Selasa.
Kali terakhir harga RON95 dikaji semula pada Disember lalu apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Februari lalu berjanji bahawa harga petrol RON95, yang digunakan secara meluas oleh pemilik kenderaan, akan dikekalkan buat masa ini walaupun kenaikan harga minyak global.
Formula 1 Grand Prix Malaysia 2012 telah pun meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan dan debaran. Hujan, red-flags, keputusan yang mengejutkan, aksi-aksi mendebarkan dari pemandu dan pelbagai lagi.
Namun begitu, bukan semua faktor-faktor di atas yang membuatkan Grand Prix kali yang terbaik. Satu lagi aspek yang kita sering terlepas pandang.
Gadis litar!
Dengan memegang payung melindungi pemandu dari hujan dan panas, ditambah pula dnegan make-up tebal dan glamour, disaluti degnan seluar ketat yang seksi, mungkin kita sukar untuk alihkan mata dari mereka.
Oleh yang demikian, disini kita beri sedikit perhatian kepada gadis-gadis yang menceriakan litar di Sepang!
Si Azmin ni, bila dia tak bleh nak jawab soalan yang dikemukakan, dia pusing kata orang fitnah dia. Bila Hasan Ali menyoalkan beliau lima soalan maut, terkial-kial menuduh Hasan Ali fitnah dia.
Hasan Ali di dalam video di bawah ni hanya mahu penjelasan dan penerangan. Tak de pulak nak menuduh Azmin itu ini...Semuanya di dalam intonasi pertanyaaan.
Rakyat hanya mahukan respon, kalau salah, kata ajer la salah..
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.
Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.
"Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.
"Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.
"Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.
Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.
"Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah," katanya.
Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.
"Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.
"Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya," katanya.
Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya".
Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.
Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.
"Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.
"Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini," katanya.
Utara News melaporkan Ustaz Salleh Man, satu-satunya tunggul PAS yang masih lagi mundar-mandir di Pulau Pinang tanpa hala tuju di sana, berkemungkinan akan keluar parti.
Jika benar berita ini, keadaan terasebut tidaklah mengejutkan melihatkan situasi PAS di Pulau Pinang amatlah memalukan. Perjuangan mereka langsung dipandang sinis oleh DAP dan PKR.
Jawatan EXCO langsung tak diberi, hal ehwal agama Islam pula, keadaannya seperti di Selangor! Memang kalau Ustaz Salleh Man tunggu lagi di bawah PAS, maka berakarlah juga punggungnya menanti tanggungjawab yang tak tertunai!
Benarkah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Salleh Man akan keluar parti dalam waktu terdekat? Adun Permatang Pasir itu juga dikatakan akan membuat kejutan pada ceramah Hassan Ali di Permatang Pasir pada 7 April nanti.
Menurut laporan sebuah blog, kamisedia.blogspot.com, Ustaz Salleh Man berasa tertekan kerana PAS dalam kerajaan Pulau Pinang seumpama melukut ditepi gantang apabila selalu disisihkan dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan hal ehwal Agama Islam.
Salleh juga didakwa kurang selesa dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh ahli PAS sendiri yang mahukan wakil mereka menjawat jawatan penting didalam kepimpinan negeri.
Selain itu, blog terbabit juga mendedahkan bahawa pemimpin utama PAS negeri tersebut tidak dapat menerima jika DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Blog terbabit juga mendedahkan gambar pertemuan Salleh Man bersama dengan penyelaras BN Dun Permatang Pasir, Tuan Haji Rahim Man dan juga Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Saudara Zaidi.
Tahun lepas, negara dikejutkan dengan pendedahan bekas Pengarah Strategik pilihanraya DAP yang membongkarkan usaha parti tersebut yang didakwa mahu kristian dijadikan agama rasmi negara.
Berikutan pendedahan tersebut, beliau mendapat pelbagai ugutan dari bekas partinya.
Televised on national tv, this is reality tv on a whole different level. In a desperation to save her little sister, 16 year old Katniss steps up and volunteered her life for The Hunger Games!
An adaptation from a novel, The Hunger Games is an annual event in which one boy and one girl aged 12 to 18 from each of the 12 districts surrounding Capitol are selected to battle it out. In which only one can survive.
Mountain Dew is giving away a Mitsubishi Triton and a Dirt Bike! What's more, there are Samsung Galaxy S II, Mountain Dew Skateboards and RM300 Cash to be won every week! The more DEW you drink the higher your chances of winning. DEW more! WIN more!
The contest form is available for download at their Facebook page.
Penjenayah seks kanak-kanak, pengedar dadah, dan samseng adalah antara 4000 penjenayah yang cuba memohon jawatan sebagai guru hanya pada tahun ini.
Biro Rekod Jenayah telah menghubungi pihak sekolah untuk semakan tetapi tiada rekod yang menunjukkan berapa ramai yang telah diterima untuk mengajar.
Semalam, biro tersebut menegaskan seramai 4,098 pemohon yang memohon untuk menjadi guru telah pun dikenalpasti sebagai penjenayah dan mereka seharusnya telah pun secara automatik disekat untuk diterima.
Sibhan Freegard, pengasas laman web Netmums berkata: "Perkara ini amat mengejutkan, beribu penjenayah memohon pekerjaan yang berkaitan dengan kanak-kanak sedangkan mereka mempunyai sejarah keganasan terhadap golongan-golongan kecil ini dan dadah"
Beliau menambah, "Ibu bapa pastinya terkejut." Lebih dari LIMA PULUH kesalahan adalah dari kesalahan seksual. Ini termasuk serangan seksual terhadap kanak-kanak. Lapan dari kesalahan jenayah lain pula terdiri daripada jenayah kekasaran, 12 aksi sumbang, dan 19 terbabit dengan pelacuran.
Jumlah kesalahan berkaitan keganasan pula 830. Bagi kesalahan berkaitan dadah pula, ianya berjumlah 550 dan pesalah-pesalahnya terdiri dari pada gu, 14 daripadanya mengedar dadah jenis heroine dan kokain.
Senarai tersebut termasuk 11 kesalahan arson dan dua darinya adalah ugutan bunuh.
Bekas teman lelaki Tulisa Contostavlos akhirnya bersuara setelah berdiam diri berkaitan skandal video seks beliau dan bekas teman wanitanya itu dan bertegas bahawa video seks tersebut adalah IDEA Tulisa sendiri.
Penyanyi Rap MC Ultra atau nama sebenarnya Justin Edwards menepis tuduhan beliau adalah individu yang bertanggunjawab dalam penyebaran video seks tersebut.
Beliau juga mengambil tindakan mahkamah untuk menyekat penyebaran video seks tersebut pada umum.
Di dalam penrnyataan beliau yang dibaca di Mahkamah Tinggi London, Edward, 28 tahun berkata: " Saya berasa amat jijik dan kesal dengan tuduhan terhadap saya malah beliau yang memujuk saya untuk merakamkan video tersebut."
Beliau terus mengaskan bahawa beliau tidak menyebarkan video tersebut dan menambah. " Ianya sangat tidak gentleman kerana saya dibesarkan dalam kehidupan yang lebih baik dari itu."
Di mahkamah...Justin Edwards
Edward kemudiannya memberitahu The Sun: "Saya berasa amat lega kerana berpeluang untuk menceritakan kisah dari pihak saya.
" Saya tidak akan membiarkan perkara ini berlarutan. Saya terpaksa keluar dari rumah dan ini menjadi mimpi buruk kepada keluarga saya.
"Saya mahukan semua perkara ini diselesaikan segala dan meneruskan hidup seperti biasa."
Jumaat lepas, Edward telah dikejutkan dengan tuntutan £100,000 dari Tulisa atas tuduhan pencerobohan privasi dan kerahsiaan.
Tetapi semalam, beliau menegaskan video yang tersebar minggu lepas itu tidak pernah dimiliknya.
Bersama ... Justin Edwards and Tulisa Contostavlos
Masyarakat Islam boleh berkomunikasi dengan Yahudi dalam urusan kehidupan dari segi kemanusiaan melalui aktiviti kemasyarakatan dan menyampaikan mesej Islam kepada mereka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Rasulullah SAW ketika di Madinah juga mengadakan persefahaman dengan Yahudi untuk membuka ruang kepada mereka melihat adilnya Islam.
Menurutnya, terdapat kalangan Yahudi memeluk agama Islam, menjadi isteri dan sahabat kepada Baginda iaitu Abdullah Salam.
"Baginda bermuamalat dengan Yahudi termasuklah membenarkan orang Islam berniaga dengan Yahudi. Baginda juga menggadaikan baju rantainya kepada Yahudi," katanya selepas mengadakan lawatan ke Universiti Antarabangsa Al- Madinah (Mediu), semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menyatakan urusan dengan Yahudi pada hari ini adalah haram, lebih-lebih lagi Zionis yang nyata menyokong pembunuhan umat Palestin dan memusuhi Islam.
"Tiada masalah kenyataan dikeluarkan Nasrudin. Kenyataannya kami sama, tetapi media tidak menyiarkannya dengan betul," katanya.
Abdul Hadi menegaskan, Islam haram berhubungan dengan Zionis kerana mereka bermusuhan dengan Islam dan ada agenda tersendiri.
"Dengan bangsa Yahudi, kita berdakwah kepada mereka mengenai Islam dan mereka diutamakan kerana mereka golongan al Kitab.
"Ada Yahudi ortodoks dan mazhab Yahudi ortodoks yang anti Zionis iaitu anti penubuhan Israel di Britain dan Amerika," katanya.
Kebanyakan ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anaknya, agak malu-malu untuk bergambar di dalam di hadapan kamera.
Tetapi bagi Nadya Suleman, yang lebih dikenali sebagai Octomum, telah beraksi separuh bogel bagi memperlihatkan tubuh lepas kelahiran anaknya di majalah Closer. Di dalam gambar tersebut, Nadya hanya mengenakan sehelai seluar dan menutup payudaranya dengan tangan.
Kini, kembar lapannya telah pun berusia tiga tahun dan tubuh Nadya kembali seperti yang diingininya.
Ibu kepada 14 anak ini telah memiliki tubuh yang diingininya dan mendakwa dia tidak pernah merasakan kecantikan seperti sekarang.
Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong Jimmy Wong.
Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor berkata lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri anggota DAP tersebut atas beberapa faktor.
Beliau berkata ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.
"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh YB Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.
"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati YB Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada Selasa.
Bagaimanapun, Hajiji berkata keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas.-BERNAMA
Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan, lapor Bernama.
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.
Dalam ucapannya, Noh tidak menyebut sama ada keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kehilangan projek tersebut.
Beliau juga tidak menyebut sama ada kerajaan persekutuan akan mendapatkan semula pembayaran daripada pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga Shahrizat.
Masalah yang melibatkan NFC pertama kali didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang menunjukkan syarikat itu gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2007.
Berikutan ini, PKR mengeluarkan dokumen yang menunjukkan bahawa pinjaman mudah RM250 juta didakwa telah disalahgunakan untuk beberapa pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri pemeliharaan lembu.
Ini termasuk pembelian beberapa unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan luar negara, meneroka industri restoran dan pasar raya serta sebidang tanah di Putrajaya.
Selepas berbulan-bulan menafikan sebarang salahlaku, Shahrizat mengumumkan pada 11 Mac bahawa beliau tidak akan dilantik semula sebagai senator apabila tempohnya tamat pada 8 April.
Sehari selepas membuat pengumuman tersebut, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas dua tuduhan pecah amanah jenayah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin rasa beliau boleh dabik dada setelah heboh pasal Datuk Dr Hasan Ali ubahsuai pejabatnya RM300,000.Isnin bekas Exco Selangor itu tembak balik beliau antara lain bertanya mana dapat duit beli saham berjuta ringgit (masa Setiausaha Sulit Anwar Timbalan Perdana Menteri dulu).Beliau juga cabar Azmin jawab dakwaan isterinya Shamsidar Taharin ada skandal dengan Anwar.
Serentak dengan itu beliau juga menjelaskan kos RM300,000 itu guna ubahsuai pejabatnya kerana untuk tampung 19 orang kakitangan semuanya.
Beliau mendakwa kos ubahsuai pejabat bagi dua exco lain adalah lebih tinggi berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabatnya.
"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, kos pengubahsuaian pejabat saya adalah lebih rendah berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabat exco lain seperti Dr Xavier (Jeyakumar) dan Dr Halimah (Ali),"katanya.
Dr Hasan juga dakwa ada pegawai lain yang ' belanja besar' termasuk Pegawai Kewangan Negeri dapat peruntukkan RM250,000 setahun untuk bercuti ke luar negara dan elaun RM100,000 jadi pengarah beberapa syarikat.
Kali ini, nampaknya Azmin kena jawab cabaran Dr Hasan tentang pelbagai isu yang tidak pernah dijawab ADUN kawasan Bukit Antarabangsa itu.
Jika sebelum ini, isu berkaitan hanya heboh dalam blog dan Azmin buat tak layan, namun kali ini malu sangat jika beliau berdiam diri.
Ini baru adil kerana Azmin sebelum ini dakwa Dr Hasan buat ubahsuai pejabat Exco babitkan belanja RM300 ribu selain belanja untuk program PADAT berkaitan agama dan adat lrbih RM500 ribu.
Dr Hasan tidak gusarpun kerana perbelanjaan itu sudah mendapat kelulusan Exco dan kerajaan negeri malah diakui Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sambil menyifatkan ahli parlimen Gombak itu meragui kepimpinan Khalid apabila membangkitkan dakwaan mengenai kos itu, Dr Hasan melontar lima persoalan untuk Azmin jawab.
Dalam sidang media di rumahnya pada Isnin, beliau minta Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangan beliau dan isterinya Shamsidar Taharin membeli saham nilainya mencecah RM2 juta pada tahun 1992 hingg 1994.
"Sedangkan ketika itu saya difahamkan beliau menerima gaji lebih kurang RM2,000 sebulan," kata Dr Hasan.
Azmin ketika itu adalah setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau juga meminta Azmin menafikan laporan menyatakan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A.Vickneswaran yang mendakwa beliau dan isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham nilainya mencecah RM8.5 juta pada awal 1990.
Azmin juga diminta menafikan tuduhan adik perempuan bongsu mengatakan beliau sudah lapan bulan tidak menziarahi dan hampir terputus hubungan dengan ibu kandung sendiri yang kini berusia 78 tahun dan dilaporkan uzur.
Bab itu mungkin Azmin boleh jawab tetapi yang beratnya apabila Dr Hasan meminta Azmin nafikan tuduhan buku syed Hussin Al Attas bertajuk "Tuhan,Politik dan Seks" yang menyebut Azmin dikatakan mengetahui mengenai hubungan intim isterinya dengan Anwar.
Kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, perkara sama dibangkitkan oleh adik Azmin, Umi Hafilda dalam sidang media, minggu lalu.
Terakhir, Dr Hasan mahu Azmin menyahut cabaran blogger yang meminta Azmin membenarkan ujian DNA dijalankan ke atas anaknya Farah Afifah di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan nasab biologinya.
Menurutnya, cabaran ini dibangkitkan kerana bagi beliau Azmin tidak mempunyai 'locus standi' untuk berbicara soal kredibeliti, integrity dan ketelusan.
"Banyak pihak yakin selagi Azmin tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihatkan azmin tutup mulut sahaja. Lebih sesuai cermin muka sendiri sebelum tuduh orang lain," katanya.
Dr Hasan percaya, tuduhan jahat Azmin itu kerana pembangkang risau kejayaan roadshownya selepas dipecat daripada PAS dan dan digugurkan sebagai Exco.
Selain itui katanya ia juga mungkin ekoran pergolakan antara Abdul Khalid dan Azmin mengenai perebutan jawatan Menteri Besar.
"Ada kem Azmin nak jatuhkan Menteri Besar. Setakat ini MB masih kukuh lagi. Banyak pihak berkata demikian selain Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar lebih selesa Azmin jadi MB untuk ikut telunjuk dan sesungutnya bagi menguasai negeri Selangor," katanya.
Beliau akui Azmin cuba baling satu batu kena dua burung bila bangkitkan isu kos ubahsuai pejabat.
"Burung yang nak dibaling mungkin Menteri Besar dan burung yang kecil itu adalah Hasan Ali," katanya.
Dalam pada itu, Dr Hasan berkata beliau menyokong tindakan bekas rakan Anwar, Datuk Nallakarupan yang bersedia disaman Anwar kerana mendakwa Ketua Pembangkang itu seorang biseksual.
"Dakwaan ini bukan perkara baru. Tetapi hairan (Anwar) tak jawab-jawab sampai sekarang, tak tangkispun" .
"siapa suka Perdana Menteri biseksual? Hasan Ali tak sanggup. Sebab itu saya celahkan isu ini dalam roadshow saya," katanya merujuk Anwar yang bercita-cita jadi Perdana Menteri akan datang.
Beliau juga menyelar PAS termasuk parasit dalam parti itu yang senyap dalam isu tersebut, termasuk isu keselamatan Israel, biseksual malah terhadap masalah murtad.
Serentak itu Dr Hasan mencabar golongan parasit hadir pada sidang medianya Isnin depan untuk melihat video orang yang mengaku murtad. -26/3/2012
SATU Malaysia tertipu!!!! apabila remaja perempuan Malaysia, yang berjaya diselamatkan oleh polis Thailand pada 19 Mac lepas bersama-sama lima remaja Myanmar, adalah perancang utama kes penculikan itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata maklumat itu diperolehi daripada keterangan konsisten lima remaja Myanmar terbabit ketika disoal siasat selepas dibawa ke negara ini pada Khamis lepas.
"Kesemua remaja Myanmar berkenaan yang berusia antara 14 dan 17 tahun itu memberitahu bahawa remaja perempuan berusia 14 tahun itu merupakan perancang utama dalam episod kes penculikan itu.
"Mereka turut memaklumkan kepada polis bahawa remaja perempuan itu memberikan idea supaya memberitahu pihak berkuasa Thailand bahawa kesemua mereka diculik walaupun berdasarkan kronologi kejadian kesemua mereka sebenarnya memang merancang perjalanan ke Thailand," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Beliau berkata sebaik dihantar oleh ibunya di perhentian bas di Seksyen 9 di sini pada 30 Jan lepas, remaja perempuan terbabit menelefon kesemua remaja Myanmar berkenaan dan bertemu di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 14 di sini.
Katanya, kumpulan remaja itu berpeleseran di sekitar Shah Alam sehingga pagi sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk ke Seremban dengan alasan mencari nenek seorang daripada mereka pada 31 Jan, selain mahu melarikan diri daripada dua individu yang dikenali sebagai Shah dan Sadiq yang memaksa mereka untuk meminta sedekah.
Zahedi berkata kesemua mereka bagaimanapun dijumpai merayau-raya di Terminal One, Seremban dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebelum dibebaskan keesokan paginya.
"Ketika ditahan di kompleks itu, remaja perempuan itu turut mengaku dirinya warganegara Myanmar bersama lima yang lain. Mereka kemudian pulang ke Kuala Lumpur pada 1 Feb dan meminta sedekah sehingga berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM400.
"Kumpulan remaja berkenaan menggunakan wang berkenaan untuk bermalam di sebuah hotel murah di Jalan Chow Kit dan membeli tiket bas untuk ke Rantau Panjang, Kelantan pada 8 pagi 2 Feb lepas dan tiba pada 6 petang sebelum terus menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok, Thailand dan bermalam di rumah pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit," katanya.
Beliau berkata kumpulan remaja itu kemudian menaiki keretapi menuju ke Bangkok pada 3 Feb dan berjumpa dengan seorang lagi pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit, yang membantu mereka mendapatkan kerja dengan upah RM20 sehari di sebuah tapak projek.
Pada 11 Mac, Zahedi berkata seorang daripada remaja Myanmar terbabit mengajak mereka pulang ke Malaysia namun ketika mereka sedang menaiki keretapi untuk pulang ke Malaysia, kesemua mereka ditahan oleh polis Thailand di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok.
Beliau berkata rentetan kejadian itu, remaja perempuan berkenaan bertindak menghubungi ibunya pada 12 Mac dan mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van putih di Seksyen 9 dan dibawa ke Thailand.
Zahedi berkata siasatan kes itu sudah 90 peratus siap dan esok, polis dijadual mengambil keterangan keluarga kesemua remaja Myanmar yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Malaysia.
"Kita jangka kertas siasatan akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi sebelum dimajukan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sementara itu, Zahedi berkata difahamkan kumpulan remaja terbabit termasuk remaja perempuan itu menjalankan aktiviti kutipan derma secara haram dan mengenali rapat antara satu sama lain.
Remaja perempuan itu dilaporkan hilang pada 30 Jan lepas selepas ibunya Norazura Roski, 37, menghantar mangsa yang tinggal di Seksyen 8 di sini ke sebuah perhentian bas di Seksyen 9 untuk ke rumah kawannya.
Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada 31 Jan selepas anak gadisnya itu tidak pulang ke rumah.
Remaja perempuan itu bagaimanapun menghubungi ibunya pada 12 Mac lepas dan memaklumkan dia berada di Thailand selepas diculik sekumpulan lelaki di stesen bas di Seksyen 9 di sini dan berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok. - BERNAMA
Maknanya lagi.....Pakteh dengaq la jugak pasai Felda...
Sedikit pendahuluan dari Pakteh
Khusus untuk generasi pertama dulu
Diawal rancangan Tanah Felda ini dibuka, bagaimana perasaan anda apabila nama dipilih dan diterima sebagai Peneroka Felda?. Seronok...Pakteh pasti itu perasaannya kerana kehidupan pada zaman itu amat dhaif dan miskin. Kais pagi makan pagi dan kadangkala asyik mengais tapi langsung tak dapat makan. Melalui Rancangan Felda ini, Peneroka disediakan tanah dan rumah serta kemudahan asas yang baik berbanding di kampung.
Dewan, Sekolah dan segala kemudahan ini tidak mungkin dapat dinikmati jika masih menetap dikampung asal. Bukan sedikit rakan sekampung yang cemburu dengan peneroka Felda. Apa kelebihan dan apa istimewanya mereka yang dipilih berbanding orang lain?.
Selepas lebih 30 tahun, Generasi Pertama Felda tentu dapat melihat begitu hebatnya kejayaan Felda dan segala prasarana yang gah berada di tempat mereka. Rakan-rakan dari kampung asal masih seperti dulu, terpaksa menjadi kuli dan berharap simpati.
250 ribu penghuni Felda beruntung kerana mereka insan terpilih.
Dari 28 juta rakyat Malaysia, penduduk Felda mengecap sejuta kenikmatan dan kasih sayang pemerintah.
Bolehkah penduduk kampung lain yang tidak dipilih mengecap nikmat sebegitu?
Tidak mungkin........rakyat Malaysia 27 juta, hanya segelintir mampu merasainya
Fikir kembali berapa kampung ada padang bola?
Ingat kembali berapa kampung ada klinik kesihatan?
Apakah semua kampung ada dewan besar untuk aktiviti?
Apakah setiap aktiviti begitu kemas tersusun?
Tidak? rakyat Malaysia yang lain terpaksa bertungkus lumus berdiri atas kaki sendiri untuk terus hidup dan membesarkan anak-anak.
Apakah tidak ada perasaan cemburu dihati rakyat Malaysia yang lain apabila melihat anak penoraka Felda mempunyai segala kemudahan asas sedangkan anak kampung lain sekadar mampu menyepak bola di bendang kering?
Disaat peneroka Felda menikmati hasil jualan kelapa sawit dan getah, penduduk kampung di luar sana masih ramai yang tidak memiliki tanah.
Khas untuk generasi Kedua
Pakteh dengar ramai yang mintak tanah Felda diserahkan kepada generasi kedua.
Pakteh kata.......jika bapak hang aku dah tulung......agak-agak la sama....takkan hang pun aku nak huluq....
Maksudnya.....Kerajaan melalui Felda telah memberikan segala-galanya kepada peneroka....G2 harus ingat, bukan mereka sahaja rakyat Malaysia......ada ramai lagi yang tidak dibantu sebegitu hebat. Bapak anda telah dibantu sehingga jadi seperti hari ini, fikirkan nasib bapak orang lain yang susak sejak dulu......jangan menjadi terlalu tamak.
Ada G2 yang pertikai salahkan Felda kerana tidak ada tanah....
Mai Pakteh habaq.....tok nenek keturunan Pakteh dulu banyak tanah jugak di Lubok Mahang....tapi demi kepentingan umum...tanah tu diambil oleh kerajaan untuk buat empangan......jadilah Empangan Muda. berkelanalah segala cucu cicit anak pinak ke Nami, Danglau, Belantik, Gulau, Kota Aur dan yang agak jauh Kampung Namek, Kg Sadu, dan ada jugak ke Banggol Derdap.
Apakah cucu cicit kumpulan ini menuntut supaya kerajaan memberikan tanah untuk G2 dan G3?...tidak..!!
Akhirnya.......Pakteh amat faham kumpulan yang lupa diri ini hanya segelintir dan tidak menjadi kudis kepada pemerintah jika ditangani dengan baik.
Majoriti peneroka amat marah dan benci dengan gelagat Mazlan Aliman dan Pakteh percaya......pembawaan Mazlan Aliman dan strategi Anwar di Felda akan memakan diri kerana dapatan Pakteh menunjukkan.....Peneroka amat menyokong setiap tindakan yang dibuat oleh kerajaan. Kumpulan Mazlan Aliman ini dianggap pengkhianat.
Pas akan tewas teruk di Felda dek isu bodoh yang dibawa. Apatah lagi kegagalan mesyuarat KPF baru-baru ini berpunca dari busuk hati puak ini. Peneroka amat tertunggu-tunggu durian runtuh namun dibantutkan oleh Mazlan Aliman..........Ingat....peneroka Felda sukar memaafkan Pas/Anwar kerana mengganggu gugat keharmonian hidup mereka.
You are subscribed to email updates from kata Pakteh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gobind Singh Deo di maki hamun didalam satu majlis bersama persatuan penduduk di Taman Equine Park. Turut bersama didalam majlis tersebut Ahli Majlis zon 15, Michael Tamil.
Seperti biasa Gobind Singh Deo akan menceritakan tentang kehebatan kerajaan PR Selangor dalam menguruskan kerajaan negeri dan membantu masyarakat setempat. Cerita-cerita bohong yang beliau sampaikan mengenai kerajaan PR Selangor sudah muak didengar oleh masyarakat setempat,lebih-lebih lagi bila pihak PBT yang dilihat gagal menyelesaikan masalah sampah dikawasan tersebut.
Ini diburukkan lagi dengan rekod Gobind Singh Deo yang hanya boleh dilihat didalam siri ceramah PR di Puchong sahaja. Ahli Parlimen tersebut adalah AHLI PARLIMEN TERMALAS yang pernah rakyat Puchong dapat sepanjang Puchong menjadi Parlimen didalam pilihanraya.
Dalam majlis bersama persatuan penduduk yang di anjurkan sendiri oleh beliau, Gobind Singh Deo diajukan soalan "BERAPA KALI BELIAU DATANG KE KAWASAN INI?" "APAKAH BELIAU TAHU MASALAH PENDUDUK SETEMPAT?".
Keadaan menjadi bertambah tegang apabila wakil persatuan penduduk tersebut mengatakan Gobind Singh Deo tidak layak menjadi Ahli Parlimen Puchong kerana dia sendiri tidak tahu apa masalah penduduk di Puchong dan malas untuk turun ke kawasan.
Nasib baik masih ada ramai lagi yang rasional di majlis tersebut dan berjaya menahan kesabaran,sekiranya tidak mungkin majlis tersebut akan menjadi tragedi ngeri untuk Gobind Singh Deo di Puchong.
Skandal bilion ringgit wang rakyat Bayan Mutiara yang melibatkan Lim Guan Eng DAP semakin menjadi buah mulut rakyat Pulau Pinang apabila pelan pembangunan asal Bayan Mutiara telah mewartakan tapak masjid dan sekolah di kawasan super-prime tersebut.
Pelan itu telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 30 Oktober 2006 dengan nombor rujukan JPB/PM/4490(LB)PIN.1.
Berikutan dengan pendedahan yang mengejutkan itu, pegawai Lim Guan Eng DAP bernama Zairil telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang telah memerangkap beliau dan boss beliau, Lim Guan Eng DAP!
Di antara kenyataan pegawai tersebut:
Susulan daripada transaksi penjualan tanah yang dibuat secara tender terbuka itu,pelan pembangunan baru harus dikemukakan oleh pemaju kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk kelulusan. Pelan baru ini belum disiapkan lagi.Bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tidak ada tapak untuksurau atau sekolah?
1. Pertama sekali, rakyat berasa sangat kecewa kerana bukannya Lim Guan Eng DAP yang memberi kenyataan akhbar padahal isu yang dibangkitkan amat kritikal dan menyentuh setiap hati wargamegara beragama Islam di Pulau Pinang dan juga Malaysia.
2. Rakyat juga kecewa kerana permasalahan tapak sekolah juga amat penting kerana melibatkan masa depan anak-anak Pulau Pinang termasuk Melayu, Cina dan India.
3. Tetapi, kepentingan bersama rakyat Pulau Pinang itu seolah-olah tidak dipandang serius oleh Setiausaha Agung DAP merangkap KM Pulau Pinang.
4. Lebih memeranjatkan ialah maruah setiap umat Islam di Pulau Pinang seolah-olah diguris dan dicabar terang-terangan apabila Zairil hanya menyebut 'tapak surau' dan bukannya 'tapak Masjid' di Bayan Mutiara! Yang mana satu?
5. Sebagai orang Islam, apakah Zairil, pegawai Guan Eng DAP itu tidak faham perbezaan di antara surau dan masjid? Atau mata dan otak beliau dikaburi oleh pangkat dan ideologi DAP?
6. Malah, kenyataan Zairil yang mendakwa bahawa pelan baru untuk projek Bayan Mutiara 'belum disiapkan lagi' merupakan satu hujah yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
7. Terlalu banyak bukti yang menunjukkan proses dan perincian pembangunan di Bayan Mutiara telah dibicarakan di dalam media. Malah, kenyataan Ivory Properties turut menyatakan perjanjian pembelian dan pembangunan di kawasan tersebut.
Ivory's announcement to Bursa Proposed purchase and development agreement with Chief Minister of Penang (Incorporation) and the Penang Development Corporation to purchase and develop all that pieces of land measuring approximately 102.56 acres in Bayan Mutiara, Northeast District of Penang ("Land") for a total cash consideration of RM1,072,203,264 ("Proposed PDA");
8.Lebih-lebih lagi, projek Bayan Mutiara akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 ini. Apakah Zairil tidak mempunyai sebarang bukti tentang tapak masjid dan sekolah untuk dikongsi dengan rakyat Pulau Pinang?
9. Malah sebelum ini, tidak jelas ada kenyataan Ivory Properties yang menyentuh perihal pembangunan masjid dan sekolah di Bayan Mutiara !
10. Sebagai contoh ialah kenyataan di web Ivory Properties sendiri :
11. Sungguh mengecewakan apabila Lim Guan Eng DAP seolah-olah telah menganggugat konsep C.A.T beliau sendiri apabila tidak transparens dan tidak memperincikan jawapan yang diutarakan.
12. Dan sungguh tidak lojik apabila Lim Guan Eng DAP tidak dapat membuktikan kewujudan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kerana masterplan projek tersebut telah dibentangkan sebelum ini oleh Ivory Properties!
13. Jika Ivory Properties sudah menyiapkan pelan dan infrastuktur seperti kenyataan di dalam web mereka dan juga gambar-gambar di bawah, apakah Guan Eng DAP masih tidak tahu di mana tapak masjid dan sekolah itu?
14. Sebaliknya, anak kroni tegar Kit Siang itu seperti biasa berdolak dalih dan tidak menjawab soalan.
15. Lihat gambar-gambar di bawah. Apabila siap segalanya, apakah anda akan fikir akan wujud sebuah masjid ditengah-tengah pembangunan ultra-elit Bayan Mutiara yang dinamakan Penang World City?
■ 高级豪华公寓的外观非常吸引。
■ 世界城将拥有齐全的零售商店,这也是购屋者的首要考虑条件。
■ 设计新颖且注入绿色建筑的豪华别墅,相信能吸引更多投资者的目光。
■ 坐落在峇央珍珠的102.56英亩地段,将在未来8年落实槟城世界城综合住宅及商业计划。
■ 世界城将拥有设备先进的医疗设施。
Atau, apakah 'tapak surau' yang dimaksudkan oleh rejim DAP Pulau Pinang itu ialah bilik-bilik kecil yang dijadikan surau seperti di pasar raya, hotel-hotel atau perhentian R&R?
Pengakuan Khairul Nizam Md Husin atau lebih dikenali sebagi Aji yang didedahkan telah membuat Pro-Mahasiswa mula tidak duduk diam. Dari sumber yang dimaklumkan, saudara Khairul Nizam ini telah menerima 'undangan' daripada Safwan Anang dan Syahid Zainiuntuk berdebat. Bila? Di mana?
Persoalannya, adakah sekadar undangan BERDEBAT atau 'BERSILAT'? Kagum bila dua orang penting ini mula menggelabah.
Percayalah, tindakan Khairul Nizam seharusnya dipuji kerana beliau sudi berkongsi sesuatu yang kini sedang menyebabkan beliau diancam dan dikutuk dengan pelbagai tomahan yang datang daripada rakan seperjuangannya dahulu.
Lihat ini,
Aji dihentam di FB oleh Munzir Musa
Adalah sangat mengejutkan apabila kata-kata seperti ini datang dari Presiden Persatuan Mahasiswa Islam. Pemimpin yang sepastinya perlu menjadi contoh yang baik.
Bukan kerana apa, salahkah seorang rakyat Malaysia menyatakan sokongan WE LOVE PM? Tanda sayang dan hormat kepada Perdana Menteri? MU semakin kurang faham dengan Pro-Mahasiswa. Kenapa alergi sangat dengan PM? Orang pakai baju WE LOVE PM pun isu. Dah tak ada modal?
Agak membimbangkan bila saudara Khairul Nizam ini pernah 'disentuh' gara-gara keluar dari Pro-Mahasiswa? Moga yang terbaik buat Saudara Khairul Nizam @ Aji. Kawan masa senang memang ramai, tapi bila susah mungkin inilah buktinya. Rakan seperjuangan yang dulu menghentam semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan