Selasa, 13 Mac 2012

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


CATATAN SEMBRONG : UMNO SEMAKIN NAZAK

Posted: 13 Mar 2012 03:41 PM PDT

Bagi orang yang cintakan kedamaian dan menghormati demokrasi tentu akan merasa sedih dan kesal bangat mengenangkan apa yang berlaku di Sembrong, Johor beberapa minggu sudah. 

Bila terkenang dan mengintai kejadian tempohari sehingga berlakunya provokasi melampau ala samseng oleh Pemuda Umno, menyebabkan tercetus di kepala saya apakah itu hasil perjuangan Umno selama 54 tahun? Itukah generasi wawasan 2020, atau anak didik Islam Hadhari atau pun pemuda Wasotiyah di era Najib Razak?

Kalau tidak mengalami sendiri sebahagian dari episod malam tersebut, saya tidak akan percaya apa lagi ia berlaku di Johor Darul Takzim negeri kubu Umno yang masyarakatnya dianggap kelas nombor wahid. Tentu saya akan mengatakan masakan orang Johor khasnya orang Sembrong sanggup bertindak rakus begitu. Menjadi liar bagaikan binatang yang tidak bertuan atau kurang ajar?

Bagaikan tidak percaya apa yang berlaku didepan mata.... Sepanjang saya berpolitik samada dalam Umno dahulu mahupun Keadilan sekarang, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Mereka "membantai" kereta rasmi Anwar Ibrahim seperti sudah kerasukan "air syaitan" dan "dadah"... Apakah anak muda Umno ini dihidangkan dengan benda haram sebelum mereka membuat kacau....???
Cukup jengkil melihat anak-anak muda yang saya kira mereka rata-rata yang keciciran dalam pendidikan. Saya yakin kalau mereka bersekolah tinggi, peringkat IPTA atau pun pengajian pondok tradisi mereka tidak akan berkelakuan begitu. Lagak dan telatahnya lebih teruk macam kera berjumpa biawak. Paling memelikkan lagi kenapa mereka bersikap liar tidak tamadun begitu walhal sejak merdeka hingga ke hari ini orang Umno Johorlah yang paling ramai menjadi menteri pendidikan.

Mereka sedikit pun tidak merasa malu dan segan mengejek dan melaungkan kata-kata kesat di sepanjang Anwar berucap. Semua gelagat sifat Abu Lahab dan Abu Jahal dizahirkan pada malam tersebut. Peliknya polis yang ada hanya memerhati sahaja dan berdiri di depan mereka, seolah-olah mengawal kumpulan liar itu tidak diganggu bagi membolehkan mereka melakukan apa saja bentuk provokasi termasuk melontar batu, mercun, kayu, air kencing dan telor busuk termasuk kayu bendera yang runcing hujungnya. Itupun didiamkan oleh pihak polis walaupun kejadian itu berlaku didepan mata mereka. Apa akan jadi jika penyokong Pakatan Rakyat berbuat demikian ketika Ceramah Umno/BN berlangsung....??? Fikir sendiri.....

Melihat sikap polis itu menyebabkan saya tertanya dalam hati, apakah tujuan polis ke kawasan itu? Apakah sebenarnya yang dijaga dan dikawal? Apakah untuk keselamatan umum atau untuk melindungi kumpulan liar itu?

Kalau polis bersikap adil dan tegas mereka boleh menyuraikan kumpulan liar itu. Dengan kuasa yang ada kepada mereka, polis boleh menghalangnya. Ada sebuah trak yang siap dengan pasukan topi merah (FRU) cukup untuk menghuraikan kumpulan kira-kira 200 hingga 300 orang itu.


Antara Pemuda Umno yang terlibat
 Apakah ini anak muda yang diupah untuk membuat kacau???? Mereka memakai baju Pemuda BN dan  memakai t-shirt hitam tertulis Sembrong 13 dengan gambar Hishamuddin terdampar di depannya. Banggakah orang Umno Sembrong dan seluruh Johor dengan kejadian tidak bertamadun ini.




Masih segar dalam ingatan bagaimana penyokong Umno Semberong yang sudah kesaruk syaitan membantai kereta rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenderaan yang saya naiki berada dihadapan kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar terpaksa berhenti akibat ditahan oleh samseng upahan Umno. Pada ketika itu saya segera keluar untuk melindungi Datuk Seri Anwar. Ketika itu juga AMK Johor diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Johor meluru ke arah Datuk Seri Anwar untuk memberi perlindungan. Pada ketika itu jugalah penyokong Umno/BN membantai, memukul dan menendang kereta rasmi Datuk Seri Anwar. Saya meluru ke arah kumpulan tersebut apabila melihat salah seorang diantara mereka mengangkat batu untuk dihempaskan ke arah cermin kereta Datuk Seri Anwar. Saya cuba menahan dan pada ketika itulah berlaku tarik menarik. Saya cuba ditarik masuk ke dalam kumpulan itu sehinggakan baju saya koyak. Saya mempertahankan diri dan pada ketika itulah saya dikeroyok oleh samseng upahan Umno. Ketika itu keadaan sudah tidak terkawal. Mujurlah AMK Batu Pahat membantu dengan menarik saya keluar dari kawasan itu. 



Selepas itu penyokong Umno terus bertindak liar dengan membaling objek2 keras seperti batu, kayu, botol berisi air kencing dan juga mercun. Saya hampir2 terkena balingan kayu bendera yang runcing hujungnya dan masih terlekat bendera BN di kayu tersebut. Bayangkan jika balingan tersebut tidak disedari dan mengenai orang ramai....???? Apakah Hishamuddin selaku Ahli Parlimen Sembrong dan Menteri Dalam Negeri akan bertanggungjawab????

Pada ketika ceramah hampir selesai, saya dinasihati agar membawa Datuk Seri Anwar melalui "jalan dalam". Mereka khuatir "samseng upahan" Umno itu akan bertindak liar lagi.

Saya amat yakin mereka diajar dan digalakkan serta dilindungi oleh orang tertentu yang cukup berpengaruh dan kebal untuk ditangkap oleh pihak polis yang bertugas. Kalau mereka tidak "dipayung" oleh seseorang yang cukup berpengaruh masakan mereka boleh  dibekalkan dengan t shirt, bendera, mercun, telor tembelang dan segala macam alat untuk mengganggu ceramah tersebut. Mungkin mereka tembolok mereka telah disumbat dengan "air kencing syaitan" atau pil kuda sehingga mereka bertindak seperti orang hilang akal. Jelas mereka telah di ajar dan ada pengarahnya.


Soal kecederaan yang saya alami itu soal kecil tetapi tindakan liar dan samseng Pemuda Umno Sembrong seolah-olah cuba menguji kesabaran AMK Johor. Malahan pada malam itu ada petugas AMK Johor yang ingin menyerang balas. Mujur saya dan beberapa pimpinan AMK Johor yang lain cuba menenangkan keadaan. Jika tidak pasti akan berlaku pergaduhan besar.


 Pada 10 Mac 2012 yang lalu, ceramah Anwar Ibrahim di Sri Gading mendapat perlindungan 100% dari anggota polis dan FRU. Bahkan mereka sanggup meredah belukar dibelakang pentas untuk memastikan tiada gangguan dari "samseng upahan" Umno. Saya anggap itu arahan lakonan oleh Hishamuddin Hussein. Sejak jam 6.00ptg lagi Umno cuba melakukan provokasi dengan menggantung banner2 namun tiada sambutan. Terima kasih kepada anggota polis yang bertugas pada malam tersebut namun ianya tidak boleh mengubati luka di Sembrong. Sebagai pengajaran peristiwa di Sembrong, Keadilan Johor akan membawa kes ini ke mahkamah. 



Kepada AMK Johor, jadikan kejadian di Sembrong sebagai pengajaran. AMK Johor perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Komitmen di Sri Gading dan Bakri membuktikan bahawa kita mampu berdepan dengan sebarang provokasi oleh "samseng upahan" Umno. Ingat pesanan Ayahanda.... "Membujur Lalu Melintang Patah"


Lawan tetap Lawan


Ketua AMK Johor

ADIK DIRANG DIJUMPAI MATI DIBAKAR

Posted: 13 Mar 2012 12:10 AM PDT



Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah (Dirang), dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.

"Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

"Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa," katanya, di sini, semalam.

Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.

"Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

"Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan," katanya.

Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.

Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.

Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.

Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.


AMK Gelang Patah turut membantu mengesan kanak2 malang ini dengan menyiarkan gambarnya di blog ini semenjak kehilangannya. AMK Gelang Patah turut bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga mangsa. 

AMK Gelang Patah menasihati ibubapa agar mengawasi anak2 lebih dari biasa kerana semakin ramai manusia yang bertindak tanpa peri kemanusiaan akibat tekanan hidup.

Al-Fatihah untuk adik Nurul Nadirah Abdullah.......

GAMBAR2 MALAM SILATURAHHIM & BBQ BERSAMA AMK GELANG PATAH

Posted: 12 Mar 2012 11:52 PM PDT


 Penyokong Tegar Keadilan
(Uncle Balah & Uncle Tiong)

 AJK Ranting Taman Damai Jaya
(Yusree cukup berpuas hati......)


 AMK Pasir Gudang turut hadir....

 Vany (DAP Taman Nesa) bersama suami tidak sabar menanti air
yang sedang disiapkan oleh Naib Ketua Cabang, Sdr. Azman Idris

Tenaga Utama Majlis BBQ Arif (Pen. Ketua Penerangan), Helmi (Bekas Ketua Penerangan Umno Taman Damai Jaya) dan Zainalhelmi (Naib Ketua AMK Gelang Patah)... Di bahagian belakang kelihatan Ketua AMK Johor Bahru turut hadir memeriahkan majlis.....

Kerjasama Adik dan Abang..... 


Ketua AMK Johor, Sdr. Nazri sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.... 


Pelbagai juadah disediakan..... Artis jemputan sedang makan sebelum beraksi... 


Sdr. Syahril sedang menghiburkan tetamu dengan petikan gitarnya.... 

Timbalan Ketua AMK Cabang, Sdr. Ramly Ahmad antara penyumbang pada majlis BBQ bersama 
Chef Helmi Jenglord..... peace yooooooo

Gambar yang bisa membuat Umno Gelang Patah mengigil........

KEMPEN KEAHLIAN BARU MELALUI SMS

Posted: 12 Mar 2012 11:22 PM PDT

AMK Johor telah melancarkan kempen keahlian melalui SMS bagi membantu Keadilan Johor memperhebat kempen keahlian yang mensasarkan 100,000 keahlian pada tahun ini. Kempen tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Mac 2012 yang lalu di Sri Gading. Beliau yang hadir ke Parlimen Sri Gading untuk satu siri Ceramah Umum di Parit Salleh Ros, Parit Raja.
Kira-kira 4,000 orang telah hadir pada malam itu untuk mendengar penjelasan oleh Datuk Seri Anwar tentang beberapa isu. Ceramah tersebut juga telah mendapat kawalan sepenuhnya dari anggota Polis dan FRU susulan dari tindakan provokasi melampau yang dilakukan oleh penyokong Umno/BN di Sembrong beberapa minggu yang lalu.
Ada juga cubaan melakukan provokasi dari Umno Sri Gading yang turut mendapat sokongan dari YB Parit Raja namun kehadiran Team AMK Johor yang ramai, dibantu pula oleh Unit AMAL sedikit sebanyak telah merencatkan perancangan mereka. Kurangnya sambutan dari anak muda setempat juga menjadi penyebab mereka berpindah ke kawasan lain.
Sebelum itu, Datuk Seri Anwar berceramah di Pt. Arab, Bakri dan merasmikan Pusat Bertindak AMK Cabang Bakri. Tiada provokasi dilakukan oleh penyokong Umno/BN. Walaupun begitu AMK dan Unit AMAL telah bergabung dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Keseluruhan program pada malam tersebut telah berjalan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. AMK Gelang Patah sendiri telah menghantar kira-kira 15 orang AMK untuk membantu AMK Johor menjaga dan mengawal keadaan. Tahniah diucapkan kepada seluruh AMK Johor yang hadir pada malam tersebut.

Untuk mendaftar sebagai ahli baru Parti Keadilan Rakyat, sila taip TXT AMKJOHOR REG NAMAPENUH DAERAH dan hantar ke 32088 (Contoh : TXT AMKJOHOR REG AHMAD BIN SULAIMAN JOHOR BAHRU dan hantar ke 32088) - Pihak kami akan menghubungi anda....

Lawan tetap Lawan.....

Tiada ulasan:

Pengikut