Isnin, 26 Mac 2012

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Md Sabu, Husam Musa dll 1 Apr 2012 di Jempol, N9

Posted: 25 Mar 2012 10:58 PM PDT



SOLAT HAJAT & CERAMAH MEGA
1 April 2012, Ahad, Jam 8 Mlm
Di Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan
Bersama : Tn Hj Mohamad Sabu, YB Dato' Paduka Husam Musa, YB Dato Tn Guru Harun Taib, YB Dato Kamarul Baharin Abbas, YB Anthony Loke, YB Dr Hatta Ramli, Ustaz Nasaruddin Tantawi, YB Hj Taufek Abd Ghani dan Sdr Abd Rahman Ramly

Masjid usang bahayakan jemaah di Melaka

Posted: 25 Mar 2012 08:55 PM PDT



Masjid di Kampung Bukit Pegoh, Melaka ini mengalami kerosakan selepas beberapa siling berhampiran kubah runtuh sejak tiga tahun lalu. Adakah ini masjid yang sama yang berhadapan situasi bersolat dengan diimamkan oleh dua imam dipercayai akibat perbezaan fahaman politik sejak awal April 2010? Lebih menghairankan Jabatan Agama Islam Melaka tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membaiki kerosakan siling tersebut yang dianggarkan berrnilai RM260,000.00.

26 Mac 2012 TELOK MAS - "Mungkin hendak tunggu ada yang cedera di masjid ini baru perlu ambil tindakan," kata Mohamad Ali Abdullah, 76, jemaah Masjid Al-Watani di Kampung Bukit Pegoh, di sini.

Dia berkata demikian akibat kecewa apabila keadaan masjid berkenaan tidak sempurna serta tidak mendapat perhatian pihak terbabit.

Menurutnya, kerosakan masjid dibina sejak tahun 1960-an itu mengalami kerosakan selepas beberapa siling berhampiran kubah runtuh sejak tiga tahun lalu.

"Siling yang runtuh ketika itu turut menimpa beberapa jemaah yang sedang bersolat, namun bernasib baik tiada nyawa yang melayang," katanya.

Seorang lagi jemaah masjid dikenali sebagai Ishak Kari berkata, hampir dua tahun lalu, siling di ruang solat pula dilihat mula terhakis hingga menampak struktur besi, selain cat siling juga tertanggal.

"Ia dipercayai berlaku akibat faktor cuaca dan pembuatan yang tidak mengikut spesifikasi hingga memboleh air hujan menyerap masuk.

"Memang ada jemaah yang terkena air menitik ketika sedang solat, namun hendak buat bagaimana dan mereka tetap teruskan solat berjemaah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi masjid berkenaan, Md Jani Gembor berkata, pihaknya sudah beberapa kali mengajukan masalah terbabit kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan, namun tidak mendapat maklum balas positif diterima.

"Beberapa bahagian siling plaster berhampiran kubah masjid itu runtuh tiga tahun lalu kerana serapan air hujan dan sehingga kini ia masih tidak dibaiki akibat faktor kekangan kewangan.

"Berdasarkan penilaian Jabatan Kerja Raya (JKR) tiga tahun lalu, kos diperlukan bagi membaiki kerosakan siling runtuh berhampiran kubah adalah kira-kira RM260,000. Bagaimanapun, Jaim mendakwa tidak mempunyai peruntukan mencukupi," katanya.

Md Jani berkata, masalah terbabit tidak pernah lepas daripada dibangkitkan dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), namun hanya jawapan dolak dalih yang mereka terima.

"Masjid ini menjadi tumpuan masyarakat Islam daripada enam kampung dan perumahan setiap minggu dengan mengadakan aktiviti keagamaan. Jadi, saya khuatir jika lambat laun terjadi perkara yang tidak diingini terhadap jemaah.

"Wang masjid sedia ada tidak boleh digunakan sebarangan, apatah lagi ia tidak cukup untuk memperbaiki keadaan masjid ini," katanya.

Menurutnya, selain masalah siling yang rosak teruk, sistem pengudaraan masjid terbabit juga kurang sempurna menyebabkan jemaah terpaksa bersolat dalam keadaan tidak selesa akibat panas.

"Kemudahan pendingin hawa memang disediakan, namun penggunaan yang kerap akan meningkatkan lagi jumlah bil elektrik bulanan masjid.

"Saya berharap pihak berkenaan dapat berbuat sesuatu bagi memulihkan struktur binaan masjid ini secepat mungkin," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/masjid-usang-bahayakan-jemaah-1.35170

Sembahyang dua imam di Bukit Pegoh

MELAKA 9 Mei 2010 - Ahli jemaah kariah Masjid Bukit Pegoh, Pernu di sini berada dalam dilema apabila berhadapan situasi bersolat dengan diimamkan oleh dua imam dipercayai akibat perbezaan fahaman politik sejak awal April lalu.

Pengerusi masjid tersebut, Md. Jani Gembor, 65, berkata, perselisihan faham antara imam masjid tersebut yang dilantik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan seorang imam muda berumur 28 tahun itu bermula sejak setahun lalu.

Beliau mendakwa, bukan sekadar mengajar agama tanpa tauliah sejak setahun yang lalu, malah imam muda itu juga seolah-olah menghasut dengan mengatakan Imam 1 masjid terbabit tidak layak menjadi imam.

Tambahnya, menyedari beliau mengajar tanpa tauliah, kariah masjid kemudian memintanya mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terlebih dahulu.

"Awal tahun ini, kita telah minta dia mendapatkan tauliah mengajar agama tetapi dia enggan, malah pengikutnya terdiri antara 15 dan 20 orang juga memarahi tindakan kami itu.

"Ekoran itu pada 1 April lalu, ahli kariah masjid telah membuat laporan kepada JAIM dan sejak itu imam muda bersama pengikutnya itu melakukan solat berasingan di masjid ini," katanya ketika di temui di sini semalam.

Menurut Md. Jani, imam muda dari Masjid Tanah itu bersama pengikut-pengikutnya akan datang sebelum masuk waktu solat lima waktu, namun tidak menyertai solat berimamkan imam masjid tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, mereka akan menunggu di saf belakang sehingga solat selesai dan setelah itu, barulah imam muda tersebut mengimamkan solat diikuti pengikut-pengikutnya itu.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika diminta mengulas berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Tanah, Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri akan memanggil penghulu kampung terbabit.

"Saya akan panggil penghulu kampung tersebut untuk membincangkannya dan mahu isu ini dibawa pada mesyuarat Exco Rabu ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_29.htm

Jemaah Bukit Pegoh dilema solat dua imam
2010/05/10

JASIN: Ahli jemaah kariah Masjid Bukit Pegoh di Pernu, dekat sini, bagaikan dalam dilema apabila mereka berhadapan situasi melakukan solat berimamkan dua imam, sejak awal April lalu, dipercayai akibat perbezaan fahaman politik.

Pengerusi masjid berkenaan, Md Jani Gembor, 65, berkata perselisihan faham antara imam masjid itu yang dilantik Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dengan seorang imam muda berusia 28 tahun bermula tahun lalu.

Beliau mendakwa, bukan sekadar mengajar ilmu agama tanpa tauliah sejak setahun yang lalu, imam muda itu juga seolah-olah menghasut dengan mengatakan Imam 1 masjid terbabit tidak layak menjadi imam.

Katanya, menyedari imam muda itu mengajar tanpa tauliah, kariah masjid memintanya untuk mendapatkan tauliah terlebih dulu daripada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

"Pada awal tahun ini, kita memintanya mendapatkan tauliah mengajar agama tetapi dia enggan, malah pengikutnya seramai kira-kira 15 orang hingga 20 orang memarahi kami.

"Berikutan itu, pada 1 April lalu, ahli kariah masjid membuat laporan kepada Jaim dan sejak itu imam muda bersama pengikutnya melakukan solat dua imam di masjid ini," katanya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Md Jani berkata, imam muda dari Masjid Tanah itu bersama pengikutnya akan datang sebelum masuk waktu solat lima waktu, namun akan melihat dan menunggu di saf belakang sehingga solat selesai dan selepas itu, barulah beliau mengimamkan solat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JemaahBukitPegohdilemasolatduaimam/Article/print_html

Santai bersama Md Sabu 1 Apr 2012 di Senawang

Posted: 25 Mar 2012 07:08 PM PDT


MAJLIS MINUM PETANG DAN CERAMAH
Bersama :
~ Tn Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
~ YB Dato' Paduka Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
~ YB Dr. Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
Tarikh : 1 April 2012, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan Fasa 1, Senawang

Semua dijemput hadir

(Minum petang percuma, kupon tidak diperlukan)

Sebarang sumbangan untuk menjayakan majlis ini atau sumbangan untuk Tabung Dana Pilihanraya PAS DUN Paroi sila salurkan melalui akaun Bank Islam (BIMB) :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902

Untuk pertanyaan sila hubungi Sdr Hassan 019-2171942


Tiada ulasan:

Pengikut