Selasa, 21 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 20 Feb 2012 11:14 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


500 orang lagi Peneroka dari gugusan Keratong mahu menyaman Felda

Posted: 20 Feb 2012 05:17 PM PST

Semasa saya hadir ke Felda Keratong 8 untuk menyambut ketibaan Dato Seri Anwar Ibrahim yang melawat rancangan Felda itu, saya telah didatangi oleh seorang peneroka yang menggelarkan dirinya sebagai Din, meminta tarikh yang sesuai dari saya untuk turun ke salah satu dari rancangan Felda Keratong 1 - 5, kerana beliau mahu mengumpulkan 500 orang lebih peneroka-peneroka dari Keratong 1 - 5 supaya dapat diadakan satu Majlis Dialog kearah tindakan memfailkan saman mengenai manipulasi peratusan perahan KPG.

Din menyatakan bahawa beliau telah pun menyenaraikan lebih dari 500 orang peneroka yang telah bersetuju untuk memfailkan saman tersebut.

Saya dengan segeranya menghubungi peguam-peguam dari Parti Keadilan Rakyat iaitu Sdr Sivarasa Rasiah, Sdri Latheefa Koya dan Sdr T. Kumar untuk mendapatkan tarikh yang sesuai dari mereka untuk turun ke Keratong dan mengadakan dialog dengan peneroka-peneroka yang bakal terlibat dengan tindakan saman itu.

Sebelum ini lebih kurang 600 orang peneroka-peneroka dari Gugusan Keratong di luar Keratong 1 - 5, telah mengadakan Dialog dengan peguam-peguam PKR dan menyerahkan senarai mereka yang bersetuju memfailkan saman terhadap Felda.

Pemfailan saman bagi golongan itu sedang diproses dan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan sebaik sahaja dokumen-dokumen untuk pemfailan selesai diperbuat.

Negeri Pahang menyaksikan jumlah yang teramai dari rancangan-rancangan Felda seluruh Negara yang menyaman Felda.  Di Rancangan-Rancangan Felda Gugusan Jengka di luar DUN Jengka menyaksikan 1,186 orang peneroka menyaman Felda.  Di kawasan Parlimen Bera seramai lebih 500 orang terlibat.  Di DUN Chini lebih dari 700 orang Peneroka terlibat.

Di kawasan Panching, sudah terkumpul lebih dari 200 orang peneroka-peneroka yang bakal menyaman Felda dan mereka sedang menjalankan tugas untuk mengumpulkan sehingga 500 orang sebelum satu Majlis Dialog akan diadakan disana bagi menerangkan proses-proses memfailkan saman.

Didalam keadaan peneroka-peneroka menerima ganjaran BRIM RM500.00, didalam keadaan mereka menerima RM4000.00 dari MPOB dan kini dijanjikan sebanyak RM10,000.00 selaras dengan usaha Felda dan Kerajaan menyenaraikan FGVHB ke Bursa Saham Kuala Lumpur, peneroka-peneroka tetap mahu memperjuangkan hak mereka kerana peratusan perahan KPG mereka telah dimanipulasi, dan kerugian setiap peneroka adalah melebihi RM300,000.00.

Apa yang menjadi hak peneroka, pasti peneroka mahu menerimanya dan mereka sanggup berjumpa di Mahkamah bagi menuntut hak mereka!

UMNO memulakan keganasan

Posted: 20 Feb 2012 04:43 PM PST

Beberapa bulan yang lalu, ceramah Sdr Azmin Ali di Pagoh (di Bukit Kepong) telah diganggu dengan jeritan, sorakan, dan rempuh masuk oleh segolongan pemuda yang mengganas.  Setelah ceramah itu selesai, kami terpaksa meninggalkan majlis itu dengan di eskot keluar oleh pihak polis.

Tidak lama selepas itu, ceramah yang diadakan oleh PKR di Felda Maokil dimana saya menjadi penceramah utamanya terpaksa diberhentikan kerana telah diganggu dengan cara yang demikian rupa  ia menjadi tidak dapat diteruskan langsung.

Di kedua-dua lokasi itu terdapat ramai pihak polis yang bertugas terutama sekali di Bukit Kepong.  Namun, pihak polis yang bertugas tidak mengambil apa-apa tindakan.  Polis tidak mengambil tindakan menangkap mana-mana pengacau yang mengganas itu.

Senario mengganas oleh kumpulan Melayu ekstrim ini adalah fenomena baru didalam senario politik tanah air. Kalau terdahulu dari ini, ceramah-ceramah politik yang dianjurkan oleh Pembangkang diganggu oleh pihak polis, tetapi di akhir-akhir ini, taktik gangguan ini mulai berubah.  Polis nampak tidak lagi mengganggu ceramah-ceramah Pembangkang, tetapi gangguan itu didatangkan oleh samseng-samseng yang diupah dan berlaku dihadapan kehadiran polis yang ramai yang tidak melakukan apa-apa tindakan.

Negeri Johor merupakan Negeri yang paling banyak menyaksikan gangguan gangguan daripada samseng-samseng ini.  Di hampir semua ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat semasa PRK Tenang dulu diganggu oleh puak-puak ini.  Dan semua gangguan itu berlaku dihadapan pihak Polis yang beruniform.

Di akhir-akhir ini pula di kesemua kawasan ceramah yang dianjurkan oleh PR, UMNO/BN akan meletakkan bendera parti itu dengan lebatnya sehingga memenuhi tempat-tempat lokasi ceramah itu sendiri.  Banner-banner yang dipasang oleh mereka berupa probokatif tetapi dengan laporan polis yang dibuat pun banner-banner itu tetap kekal tidak diturunkan.

Adakah senario baru ini suatu rancangan dari UMNO/BN bagi menghadapi ceramah anjuran PR?  UMNO/BN akan membuat probokasi dengan mengupah samseng-samseng yang akan membawa bendera UMNO/BN dan mengacau ceramah-ceramah PR dengan membaling batu, kayu, telur busuk dan botol-botol air?

Samseng-samseng ini juga membawa kayu dan belantan dan memukul para hadirin dan merosakkan kenderaan-kenderaan terutamanya yang membawa penceramah-penceramah utama.

Dato Seri Anwar Ibrahim telah diserang oleh samseng-samseng ini di Semberong. Kenderaan yang membawa Dato Seri Anwar telah mengalmi kerosakan, cermin kereta pecah dan pintu kereta kemik.

Sebelum itu mereka yang menghadiri ceramah anjuran ABU-Hindraf telah diserang dan berlaku kecederaan.  

Malaysia bukan lagi boleh berbangga dengan gelaran Negara demokrasi, tetapi sebuah Negara yang sedang membunuh demokrasi yang dilakukan oleh parti yang memerintah.

Dan jika pihak Polis terus membiarkan keadaan ini, apatah lagi bersekongkol dengan tindakan ganas ini, maka demokrasi akan runtuh dan Negara ini akan menempatkan anarki dan undang-undang tidak akan berguna lagi! 


Dengan masyarakat Cina memihak kepada Pembangkang

Posted: 20 Feb 2012 05:32 AM PST

Kemenangan besar parti-parti didalam Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008 lalu antara lainnya kerana perubahan sikap pengundi-pengundi bukan Melayu yang tidak dapat menahan lagi perasaan keciwa mereka diatas dasar-dasar yang dibawakan oleh UMNO/Barisan Nasional, lebih khususnya oleh UMNO.

Didalam keghairahan UMNO ingin mengatasi PAS yang mulai mendapat sokongan Melayu dan pengundi-pengundi luar bandar, UMNO telah merumuskan beberapa dasar yang tidak berjaya menarik undi orang-orang Melayu tetapi sebaliknya menolak undi orang-orang Cina.

Lebih dari 60% orang Cina berpaling tadah dari parti-parti komponen Barisan Nasional dan usaha daripada MCA yang cuba memainkan dasar cauvinis Cina tidak dapat merobah keadaan ini.

UMNO menjadi lebih ekstrim sehingga orang-orang Cina memandang kepada UMNO sebagai parti yang tidak lagi mengambil kira kebajikan orang-orang Cina.  Hayunan keris oleh Hishamuddin Tun Hussein dipandang sebagai tanda kekuatan Melayu yang mahu meminggirkan orang-orang bukan Melayu.  

Isu ketuanan Melayu yang dimainkan oleh UMNO secara melampau-lampau menakutkan orang-orang bukan Melayu seolah-olah Negara ini hanyalah untuk orang-orang Melayu dan orang-orang Melayu itu mesti diterima sebagai "Tuan" didalam Negara ini.

Walaupun UMNO cuba memberikan kefahaman kepada orang-orang Cina bahawa Ketuanan Melayu itu bukanlah bermaksud Melayu menjadi Tuan dan orang-orang bukan Melayu menjadi hamba, tetapi konsep ketuanan Melayu itu tidak pernah diterangkan dengan betul bahkan apabila UMNO cuba menerangkan bahawa konsep ketuanan Melayu itu hanya konsep retorik semata-mata.

Orang-orang bukan Melayu boleh menerima Ketuanan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan Melayu dan ketuanan itu melindungi semua kaum yang ada didalam Negara ini, mereka boleh faham dan terima bahawa Raja-Raja Melayu tidak mencampuri politik dan semua rakyat didalam Negara ini bernaung dibawah ketuanan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.  Tetapi apa yang hendak diterangkan oleh UMNO tidak bermaksud demikian itu, bahkan ingin membayangkan bahawa konsep kenegaraan di Malaysia ini adalah berpaksikan ketuanan sesuatu kaum, iaitu kaum Melayu.

Mereka telah lihat bahawa konsep ketuanan Melayu ini telah meminggirkan golongan besar orang-orang Cina.  Orang Cina tidak mendapat tempat secara telus didalam perkhidmatan awam, tentera, badan-badan berkanun, polis dan tidak pula mendapat kepentingan didalam perniagaan.

Apabila ditunjukkan kepada Cina, semua orang lupa bahawa sebahagian daripada masyarakat Cina yang mendapat kedudukan didalam perniagaan itu bukanlah golongan majoriti masyarakat Cina.  Ada orang-orang Cina yang tinggal sebagai masyarakat setinggan, ada Cina yang bekerja di kedai-kedai runcit dan kedai-kedai makan, dan ada yang bekerja di super-super market dengan gaji yang tidak sebanyak mana dan ramai golongan orang Cina yang berkerja di syarikat-syarikat perkhidmatan dengan mendapat gaji yang sekadar cukup untuk menyara keluarga mereka.

UMNO sentiasa silap membuat tafsiran bahawa apabila disebut sahaja Cina, mereka cuba menunjukkan kepada Cina yang kaya-raya, towkay-towkay besar dan golongan orang kaya Cina ini bukanlah mewakili masyarakat Cina yang majoriti.

Maka orang-orang Cina yang bukan towkay dan bukan orang kaya berada didalam keadaan yang dialema, mereka Cina dan dikatakan kaya walhal nasib mereka tak jauh bezanya dengan golongan majoriti masyarakat Melayu atau masyarakat India.

Golongan Cina inilah yang mempunyai undi yang besar, bukan golongan Cina towkay dan yang kaya raya.  Golongan Cina inilah yang terpinggir, dan golongan Cina inilah yang mahukan perubahan.

Tidaklah menjadi perkiraan yang konserbatif bahawa lebihkurang 80% daripada masyarakat Cina dari golongan yang bukan towkay dan kaya raya ini yang mahukan perubahan kerana mereka amat terasa bahawa mereka dipinggirkan dan golongan mereka ini akan meninggalkan Barisan Nasional didalam Pilihanraya yang akan datang.

Kalau dalam PRU-12, sekitar 60% sahaja golongan Cina yang bukan towkay dan kaya raya ini memihak kepada pembangkang dan dengan perpindahan mereka itu maka negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor tumbang kepada Pembangkang, dan Pembangkang juga berjaya memenangi 10 dari 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur serta hanya kalah 4 kerusi DUN sahaja di Negeri Sembilan.

Perubahan masyarakat Cina sebanyak 80% akan mempastikan kawasan-kawasan Parlimen dan DUN di pinggir-pinggir bandar di seluruh Negara akan berpindah tangan dari Barisan Nasional kepada Pembangkang, dan dengan hanya penambahan diantara 15 hingga 20 kerusi Parlimen sahaja lagi, Putrajaya akan diambil alih oleh Pembangkang dan angka 15-20 kerusi ini adalah angka yang mudah untuk dicapai dengan perubahan sikap pengundi-pengundi Cina, dan perubahan lebih besar daripada 2008 dikalangan pengundi-pengundi Melayu.

Imbuhilah pengundi-pengundi dengan apa nama sekalipun seperti BR1M tidak boleh merubah perjalanan mengambil alih Putrajaya kerana rakyat sudah tidak tertahan lagi dengan baham kepanasan kenaikan kos sara hidup dan kenaikan barang yang tidak dapat dikawal lagi.  Rakyat hidup susah dan menderita dan cabaran yang menanti mereka hanyalah merubah kerajaan yang sedia ada.

Anwar Ibrahim

Posted: 20 Feb 2012 07:19 PM PST

Anwar Ibrahim


Najib Dinobatkan Juara Hipokrit Oleh Akhbar Unggul AS

Posted: 20 Feb 2012 05:33 AM PST

Malaysia Chronicle

Senyapnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak! Walaupun dunia menggeleng-gelengkan kepalanya ke atas skandal Media FBC, di mana pentadbiran beliau menggunakan wang pembayar cukai Malaysia untuk ‘membeli’ penyebutan nama yang menggalakkan di waktu perdana televisyen antarabangsa, Najib tidak didengar atau dilihat pun. Mungkin dia menyembunyikan kepalanya kerana malu tetapi menurut rekodnya yang lepas, PM Malaysia tidak mudah sesal atau rasa bersalah.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web BBC, penyiar berkata “sebilangan kecil” program-program yang disiarkan di BBC World News antara Februari 2009 dan Julai 2011, tidak mengikuti peraturan dalaman yang bertujuan untuk melindungi integriti editorial.

“Peraturan-peraturan ini memastikan program adalah percuma, dan dilihat bebas dari tekanan komersial atau tekanan lain dari luar,” kata kenyataan tersebut.

Hubungan ekonomi

Walaupun jenis program yang berkaitan dengan Malaysia telah disebut tanpa butiran yang banyak, BBC menyatakan dengan jelas bahawa 8 daripada program-program ini mempunyai 'hubungan ekonomi' dengan kerajaan Malaysia.

Selepas banyak cacian awam daripada pihak pembangkang, Najib akhirnya mengaku kepada Parlimen bahawa ia telah membayar RM84 juta untuk FBC Media antara 2007 dan 2010 bagi ‘perkhidmatan perundingan, nasihat dan pengurusan kempen komunikasi’ untuk memperindah imej Malaysia. Selain daripada mengecat imej palsu memuji-muji dirinya, dokumentari itu juga menggambarkan industri minyak sawit Malaysia dan layanan orang asli sebagai amat memberangsangkan yang sebenarnya indah khabar dari rupa.

Akhbar harian British The Independent, akhbar yang memecahkan skandal itu, melaporkan bahawa BBC akan meminta maaf kepada anggaran 74 juta penduduk global berhubung perkara itu. Menurut laporan itu, penonton daripada “Kuala Lumpur untuk Khartoum” akan dapat menonton siaran yang disediakan kepada 295 juta rumah, 1.7 juta bilik hotel, 81 kapal pesiaran, 46 syarikat penerbangan dan 35 platform telefon bimbit, di 4 zon masa yang berbeza. Menurut kenyataan BBC, jawatankuasa piawaian editorial Amanah BBC telah mengenal pasti pelbagai pelanggaran dalam garis panduan editorial yang disebabkan program-program yang silap.

“Ia telah dipersetujui bahawa memandangkan keadaan serius kerana tidak memohon maaf ketika penyiaran kepada penonton adalah sesuai,” kata kenyataan tersebut.

Tetapi tidak satu perkataan pun dari Najib atau pasukannya. Dimalukan secara awam, dan masih lagi Utusan, The Star dan semua organ media tidak membawa sebrang kata mengenai perkara itu.

Tidak salah baginya menuntut maaf

Jadi apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuntut permohonan maaf daripada Perdana Menteri, beliau telah disokong oleh orang ramai walaupun mereka kata bahawa Najib akan berpura-pura untuk mengabaikan keseluruhan insiden atau mengutuknya sebagai “hasutan pembangkang”. Tetapi adakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Rakyat membayar RM84juta kepada firma publisiti UK? Siapakah yang mengarahkan FBC untuk menggilap imej Najib, memberi laporan yang terlalu cemerlang mengenai manfaat penggunaan minyak sawit, dan memuji pengendalian BN tentang orang pribumi?

“Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri untuk memohon maaf kerana membayar RM84juta bagi menggilap imej pentadbiran Najib … sama seperti BBC meminta maaf untuk menerima bayaran sebagai pertukaran untuk imej yang positif bagi negara-negara yang mempunyai rekod teruk bagi amalan demokrasi dan rasuah, “Guan Eng menulis di dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, dalam gambaran sedih tentang kalibernya, Najib telah memilih untuk menyembunyikan kepalanya dalam pasir.

Begitu juga dengan kerajaan UMNO-BN yang diketuainya. Mereka semua seolah-olah gembira dengan dengan meletak kepala mereka dalam pasir dan menunggu supaya semua perkara menghilangkan diri. Siapa yang selain dari parti pembangkang yang akan menjaga kepentingan rakyat Malaysia? Adakah MCA akan bertanya kepada Najib tentang RM84juta yang dibuang ke dalam longkang? Adakah Gerakan, atau MIC? Bagaimana pula dengan Umno?

Namun, ia adalah lebih daripada beberapa saat memalukan bagi Malaysia dan satu lagi dimana Najib perlu memohon maaf. Itulah tahap minimum untuk memulihkan sedikit penghargaan global yang hilang melalui tindakan yang kurang bijaksana dan tidak beretika kerana membayar sebuah firma media upahan yang hanya pada asasnya untuk memulakan berita palsu dan menyebarkan kepada penonton yang tidak curiga.

Ada juga APCO, Mr Cool dan Ah Jib Gor …

Tidak syak lagi, berikutan pendedahan FBC, Putrajaya mengakhiri kontrak RM96juta dengan FBC, dimana Najib mulakan pada tahun 2009. Tetapi FBC bukan hanya skandal media sahaja. Berikutan perasaan dan kedahagaannya untuk menjadi lebih hebat, Najib telah menandatangani strategi hubungan awam lain termasuk Zionis yang disokong oleh APCO Worldwide untuk menggilap imej peribadi beliau.

Berikutan serangan terhadap saingan ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyokong penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin, pelantikan itu adalah hipokrit sebenarnya, terutamanya sejak Najib memberi kakitangan APCO akses kepada kemudahan komunikasi utama di negara ini. Ia adalah amat diketahui bahawa ramai kakitangan tertinggi di APCO adalah bekas pegawai peringkat tinggi di Shin Bet dan Mossad, perkhidmatan rahsia Israel. Itu adalah lawak yang teruk dan apabila Anwar, Pengerusi DAP Karpal Singh, pemimpin PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah mengambil isu mengenai perkara itu, kerana takutkan pelanggaran keselamatan negara, Najib menggantung mereka dan mengunci Parlimen selama 6 bulan!

Malah, tempoh APCO di Malaysia telah ditandakan oleh kontroversi. Begitu juga dengan pelantikan paling terkini pasukan kononnya terdiri daripada bekas kakitangan kempen “Parti Buruh Baru” bekas PM British Tony Blair. Kumpulan ini telah ditugaskan untuk menjadikan Najib ‘Mr Cool’ dan membaharui beliau sebagai reformis yang sederhana. Apabila berita dibocorkan, ia adalah jelas bahawa Najib telah gagallagi, kehilangan berjuta-juta wang awam. Rakyat Malaysia sama ada ketawa atau kecewa dengan perkara mengarut yang dikeluarkan beliau. Malah laman web Facebook 'Ah JIB Gor' telah gagal. Bertujuan untuk menarik orang Cina, ia telah diejek sebagai bodoh, tidak bergaya, dan satu langkah politik yang terdesak.

Keputusannya – Najib menjadi Juara Talam Dua Muka

Bukti bahawa penipuan media yang keterlaluan Najib tidak berkesan dan sebaliknya berpatah balik dalam bentuk sengatan dari editorial Washington Post yang mempunyai jawatan berpengaruh, yang menggambarkan kerajaan Najib sebagai "Juara talam dua muka". Ingat, Presiden Obama dan Hillary Clinton juga membaca Washington Post.

“Penipuan beliau telah dipermudahkan oleh juara talam dua muka yang lain, kerajaan Malaysia, yang mendakwa menghormati kedaulatan undang-undang tetapi menghantar Encik Kashgari dalam jet peribadi Saudi pada hari Ahad walaupun perintah mahkamah melarang beliau dari deportasi,” kata Washington Post. Washington Post merujuk kepada wartawan Saudi Hamza Kashgari yang dideportasi secara haram sepupu Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Tun Hussein dari menghadapi kematian di negara sendiri disebabkan beberapa tweet pihak berkuasa Arab Saudi yang dianggap terkutuk. Aktivis hak asasi manusia di seluruh dunia telah memberi amaran, jika Hamza dihukum, akan terdapat darah di tangan Najib.

Jadi cukuplah dengan kata-kata hipokrit. Permainan telah berakhir. Anda telah bersalah. Mengakulah dan meminta maaf. Najib berhutang kepada Malaysia satu permintaan kemaafan atas skandal media yang diciptakan beliau dengan cara yang salah, dan kerana membazirkan wang rakyat secara bodoh dan terang.

Anwar, Nik Aziz To Meet Over Israel Remarks Tomorrow

Posted: 20 Feb 2012 04:57 AM PST

The Malaysian Insider

Datuk Seri Anwar Ibrahim will meet with PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tomorrow to explain his controversial statement supporting "all efforts to protect the security of the state of Israel".
PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar confirmed the meeting at the press conference here this afternoon but stressed that there was no misunderstanding between the PKR de facto leader and PAS on the matter.

He said Anwar had been clear in his remarks made during a recent interview with the influential Wall Street Journal (WSJ) and had not expressly declared his open support for Israel's Zionist regime.

"What is important is … did he even say he endorses Israel? No," Mahfuz said.

He acknowledged Anwar's contention that his support for Israel's security is dependent on the Jewish state not thwarting the Palestinians' ambitions for statehood.

"If that condition is not fulfilled, which it has not been thus far, then surely he (Anwar) does not support Israel," said Mahfuz.

Last month, The Wall Street Journal had quoted Anwar as saying in an interview that he supported "all efforts to protect the security of the state of Israel."

But the newspaper said Anwar stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step the former deputy prime minister said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

In response, Anwar blamed Umno for smearing him and omitting his remarks in the same report that were in support of Palestinians.

"My statement clearly makes the aspirations of Palestinians who want justice, peace and respect for their dignity a condition for Israel's demands that its safety is guaranteed," the opposition leader said in a press statement.

The PAS Ulama Council decided last week that Anwar needs to retract his remarks made during an interview with the Wall Street Journal, if indeed they were his own.

According to Nik Aziz, the council had also decided the opposition leader must withdraw his statement unless the newspaper had misreported his statement.

Dato Seri Anwar Ibrahim Di Mahkamah Syariah Jalan Duta,Selasa,21/2/12

Posted: 19 Feb 2012 11:14 PM PST

Untuk makluman media

Dato Seri Anwar Ibrahim akan berada di Mahkamah Syariah Jalan Duta,esok Selasa,21 Feb 2012,jam 10:00 pagi.

Ceramah PKR Diganggu Lagi, Kereta Anwar Dipecahkan

Posted: 19 Feb 2012 08:53 PM PST

Malaysiakini

Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkenan balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam.

NONEMenurut Keadilan Daily Online, ceramah Anwar yang dijadualkan itu juga diganggu dengan penyokong Pakatan dilempar dengan mercun, telur, botol, Mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.

"Saya saksi di tempat kejadian," kata seorang penyokong Pakatan, Julailey Jemadi melalui twitternya yang dipetik akhbar rasmi PKR itu.

Namun laporan itu tidak menyebut dengan jelas, jumlah mereka yang terbabit dan di mana Anwar berada semasa kejadian. Bagaimanapun ketua umum PKR itu dilaporkan tidak cedera.

Ia menyebut pimpinan PKR Johor akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

NONEParlimen Sembrong sebelum ini kenalpasti antara kubu kuat Umno dan ia diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sejak kebelakangan ini, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang  terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik.

NONESelain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga  membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.

Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Pada kejadian itu, penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut.

NONEMalah, sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa tellah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Najib.

Ceramah Perdana Isu Israel

Posted: 18 Feb 2012 05:12 AM PST

Isnin, 20 Feb 2012
Jam 9.00 Malam

Lokasi: Dewan Beringin,Jalan Besar
Taman Sri Gombak

Penceramah:

Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Azmin Ali
Ybhg Dr.Mohd Nur Manuty
Ybhg Ustaz Salehuddin Nasir

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 20 Feb 2012 11:49 AM PST

Gwo-Burne for Kelana Jaya


Press Invitation: Monsoon drain at Glenmarie

Posted: 20 Feb 2012 09:20 AM PST

Dear Friends from the Press, On Aug 22, 2012 (Wednesday) you are invited to join Y.B. Gwo-Burne Loh, Member of Parliament Kelana Jaya & Jabatan Kerja Raya will turun padang with Persatuan Kemajuan Taman Glenmarie to attend to issues pertaining to long standing complains on the monsoon drain next to the Taman and pedestrian crossing on [...]

Arson Attack at Desa Mentari

Posted: 17 Feb 2012 09:20 AM PST

SOALAN PARLIMEN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA SESSI MAC 2012

Posted: 16 Feb 2012 09:45 AM PST

SOALAN LISAN 1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil siasatan pihak polis melalui laporan polis RPT 12581/99 pada 19 Ogos 1999 yang dibuat oleh Mohamad Ezam bin Mohd Nor berhubung aduan terhadap Peguam Negara dab Menteri Kabinet. 2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 20 Feb 2012 11:36 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hj Mohd Sabu 26 Feb 2012 di Tampin, N.Sembilan

Posted: 19 Feb 2012 08:36 PM PST

MAKAN MALAM DAN PELANCARAN DANA
Jamuan Makan Malam Perdana dan Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Tampin
Bersama Tuan Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad
Jam : 8.30 mlm
Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Batu 1 1/4 , Jln Tampin - Gemas , Tampin, N.Sembilan (Rumah Abu Sufian)

Tiket/Kupon : RM 50 & RM25

Sila hubungi Nor Iskandar 019-2223231 , 017-8050938

Pelancaran Pusat Komuniti DUN Chembong 25 Feb 2012

Posted: 19 Feb 2012 05:51 PM PST



CERAMAH UMUM
Serta Pelancaran Pusat Komuniti dan Pejabat Operasi Pakatan Rakyat DUN Chembong
Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Mulia, Rembau (sebelah Pejabat Daerah Rembau)
Penceramah :
Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan, Selangor
Chegubard , Ketua PKR Cabang Rembau
Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Tiada ulasan:

Pengikut