1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua. Bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulama' dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Terdapat beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan "Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau. Minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas.
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
Setuju Dengan @MahasiswaMsia SMM Kembara #AmanKampus Tak Berkesan
Tidak sempat mengemaskini laporan mengenai Kembara Aman Kampus semalam kerana kesuntukkan masa. Kini Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat telah tiba di Selangor yang merupakan lokasi terakhir dalam siri jelajah mereka.
Masuk hari ke-13 Kembara Aman Kampus kumpulan minoriti mahasiswa yang kini semakin ditolak oleh kelompok mahasiswa rasional mula gelisah dan resah sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan di sebuah portal pro pembangkang.
Dalam kenyataannya kumpulan SMM mendakwa kembara yang diadakan oleh Aspirasi tidak menggugat serta tidak beri kesan kepada mereka, malah mereka juga tidak terancam dengan gerakan ini.
Saya sangat setuju dengan Pengerusi SMM yang bernama Syukri Abd Razab bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah yang diberhentikan kerana pencapaian akademiknya kurang memuaskan sebelum beliau diterima belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Memang benar gerakan yang dilakukan Aspirasi tidak berjaya beri kesan dan impak kepada SMM serta mahasiswa pro pembangkang, sebaliknya gerakan yang dilakukan oleh Aspirasi telah memberi kesan mendalam kepada masyarakat di setiap negeri.
Kenapa saya katakan jelajah Aman Kampus beri kesan kepada masyarakat?
Ianya beri kesan kepada masyarakat kerana...
Mahasiswa Kembara Aman Kampus bergotong-royong secara sukarela mengecat pagar di sebuah tanah perkuburan....
Tetapi mahasiswa SMM lebih suka panjat pagar sebuah Universiti ketika orang sibuk menyambut tahun baru...
Kembara Aman Kampus memang tak berkesan kepada SMM tetapi berkesan kepada masyarakat kerana...
Mahasiswa SMM lebih suka dampingi golongan tua yang berjawatan dalam parti politik yang memang memberi kesan kepada perjuangan mereka....
Mahasiswa SMM lebih suka dekati orang tua yang berjawatan dalam parti politik
Tetapi mahasiswa Kembara Aman Kampus mendekati golongan tua yang disisihkan saudara sendiri bagi menggembirakan hati warga tua yang kesunyian...
Mahasiswa Kembara Aman Kampus memang tidak memberi kesan kepada SMM tetapi beri kesan kepada masyarakat kerana...
Mereka mendekati golongan pelajar sekolah dan memberi mereka motivasi serta nasihat-nasihat berguna dengan harapan pelajar-pelajar ini juga mengikuti jejak langkah mereka untuk belajar di menara gading...
Tapi mahasiswa SMM jika mereka ada adik kecil yang masih bersekolah sekalipun, mungkin motivasi untuk membenci kerajaan yang akan mereka suntik kepada adik-adik seperti bapak budak ni...
Akhir sekali mahasiswa Kembara Aman Kampus berjaya beri kesan kepada masyarakat kerana mereka dekati golongan cacat serta mereka yang kurang upaya bagi menggembirakan hati mereka...
Tetapi mahasiswa SMM bertindak mencacatkan diri sendiri untuk memperlihatkan kepada masyarakat kononnya dirinya tidak berupaya...
Hahaha...
Kalau tidak beri kesan kenapa kamu buat kenyataan media terhadap Kembara Aman Kampus anjuran Mahasiswa Aspirasi..?
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata "tidak ada apa" yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan Anwar sebagai "sesumpah", Mahathir berkata semua pihak mengetahui pendiriannya yang senantiasa berubah.
"Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody.
"Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.
"Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam," katanya sinis.
Bercakap dalam sidang media selepas memberi taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara, Mahathir mendakwa apa yang diperjuangkan oleh penyokongnya adalah untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.
Pada sidang media itu juga, Mahathir berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".
"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada," katanya sambil menambah ianya lagi memburukkan lagi keadaan kerana setiap pihak masing berpegang dengan pendirian masing-masing.
Mahathir mendakwa rakyat Malaysia masih membenarkan perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional jika bercakap mengenai debat.
PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.
Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).
Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.
Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.
Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.
Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.
Ucaptama yang saya sampaikan bersempena Wacana Pendidikan Rakyat pagi tadi antara lain menyentuh kelemahan ketara sistem pendidikan yang mengakibatkan ramai pelajar tercicir dari arus pembangunan.
Pendidikan yang seharusnya menjadi wahana penting buat rakyat keluar dari bahaya kemiskinan, rupa-rupanya masih gagal walau sudah puluhan tahun merdeka.
Tatkala saya memimpin gerakan mahasiswa dahulu, antara teks yang menjadi rujukan adalah karya Paulo Freire, "Pedagogy of The Oppressed," satu analisis tajam pemikir asal Brazil ini bersangkutan dasar pemerintah yang berterusan memastikan rakyat terkongkong melalui pendidikan. Dasar digarap sedemikian rupa agar mereka yang berkuasa tetap rakus bertakhta tanpa pertanggungjawaban kepada rakyat.
Tiadanya kebebasan akademik tambah memburukkan keadaan. Pelajar dan pengajar dimomok-momokkan dengan segala macam hukuman sehingga membantutkan proses pembelajaran yang memerlukan pemikiran kritis sebagai pemangkin. Budaya ampu disangga dan melarat ke seluruh pembentukan peribadi setiap dari kita. Ketakutan pula diterima sebagai satu norma biasa masyarakat.
Agenda Pendidikan Nasional yang baru mestilah mengikis barah yang disebut tadi. Dunia akademik, baik pengajar dan pelajar, mestilah berani mendepani persoalan dan menjadi jurubicara rakyat.
Usaha mestilah dijana bagi memecahkan kebuntuan kebobrokan sistem kehakiman, rasuah yang bermaharajalela dan kemunduran pendidikan. Kita tidak boleh sama sekali mengkhianati amanah ini. Terkesan sekali karya The Opium of the Intellectuals karya Raymond Aron ketika ini.
Tahun 1955 apabila buku ini diluncurkan, penulisnya mahu memecahkan tiga mitos yang menyebabkan trahison des clercs (pengkhianatan kaum intelektual).
Saya kini meminjam wacana tersebut, berhasrat merobohkan tiga pembohongan yang dilemparkan kepada Keadilan; kononnya mengabaikan kemaslahatan umat Melayu, Islam dan derhaka kepada Raja. Nah sekarang sebenarnya siapa yang mengabaikan umat Melayu dan Islam?
Kekayaan beredar di kalangan mereka menyebabkan kebanyakan orang Melayu kekal dalam kemiskinan manakala Bahasa Melayu terus diinjak-injak.
Kerakusan untuk terus berkuasa membuatkan mereka memperkudakan institusi kehakiman dan keadilan walaupun ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan syariat. Hakim-hakim yang tegas serta berani diketepikan, membuka ruang kepada mereka yang sedia menjadi pak turut.
Sampai sekarang rakyat tidak pasti apakah tindakan susulan yang bertanggungjawab terhadap kes VK Lingam. Manakala rakyat pastinya tidak melupakan penghinaan yang dilemparkan umno bn terhadap Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 itu. Mitos dan fitnah jahat penguasa ternyata tidak lagi ampuh membohongi rakyat....
ANWAR IBRAHIM
Apa benda dia tulis ni? Dia tahu tak Falsafah Pendidikan Negara?
Berikut adalah Falsafah Pendidikan Negara atau Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras pendidikan di Malaysia:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Anwar yang pernah jadi Menteri Pendidikan dulu takkan lah tak tahu falsafah tersebut.
Atau Anwar nak kata para guru tak jalankan tanggungjawab yang sepatutnya?
Terus terang, hati para pendidik pasti terluka dengan kenyataan tersebut. Seolah para guru tak buat kerja.
Sebelum anda teruskan membaca berita berikut Demang rasa elok kita renung sedikit;
kalau di Bangkok mereka boleh buat, bagaimana dengan Malaysia?
Utusanonline.
BANGKOK 19 Feb. - Duta Iran ke Thailand, Majid Bizmark (gambar) menyatakan, pengeboman di Bangkok dirancang oleh rejim Zionis sebagai satu provokasi terhadap imej Iran dan hubungan Iran-Thailand.
"Jika diperhatikan isu ini dengan teliti, kita boleh melihat dalang di sebalik komplot ini.
"Ada sesuatu yang saya tidak boleh nyatakan, tetapi seperti yang saya katakan, suspek utama adalah Zionis," katanya dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan, The Nation.
Bizmark berkata, Iran mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang bertanggungjawab di atas pengeboman tersebut.
Katanya, Kedutaan Iran juga sangsi dengan kenyataan yang menyatakan bahawa dua suspek yang ditahan pihak berkuasa Thai dan Malaysia merupakan rakyatnya, walaupun menurut jabatan imigresen suspek tersebut mempunyai pasport Iran.
"Kami tidak kenal siapa mereka. Mereka mungkin sesiapa sahaja," katanya.
Satu letupan di sebuah rumah dua tingkat di Bangkok pada 14 Februari lalu membawa kepada penahanan dua rakyat Iran iaitu Saeid Morat, 28, yang putus kedua-dua belah kakinya dalam letupan itu dan Mohamad Khazaei di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini.Seorang lagi suspek, Zedhaghat Zadech Masoud, 31, ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Malaysia sehari kemudian.
"Anda boleh lihat senario yang sama turut berlaku di negara lain sejak beberapa bulan lalu. Ia seperti rangkaian yang berlaku, satu demi satu.
"Ia juga menunjukkan siapa dalang sebenarnya, yang amat berbahaya kepada kestabilan dan keamanan di rantau ini," kata Bizmark. - Agensi
Skandal Pasir memasuki era baru di Selangor apabila sah KSSB syarikat yang ditubuhkan oleh MB Selangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2009.
Maknanya dari tahun 2009 hingga sekarang dianggarkan lebih RM300 juta pendapatan rakyat Selangor dari hasil pasir telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang menjalankan peniagaan pasir di Selangor khususnya KSSB.
KSSB yang diberikan hak mutlak dan monopoli peniagaan pasir di Selangor sejak pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah juga dilihat sangat lemah sehingga gagal untuk melaksana, mengawal, menyelia dan memberikan pulangan kewangan seperti yang dijanjikan oleh MB Selangor.
Lebih buruk lagi apabila kematian seorang pemberi maklumat skandal pasir yang juga seorang ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pasir di Selangor itu.
Sehingga ini pejabat MB Selangor memandang sinis kepada Raja Petra Kamaruddin, blogger tersohor yang terus mendedahkan maklumat-maklumat di media maya tanpa segan dan silu yang menjadikan rakyat semakin jelas dengan maklumat terkini lagi sensasi polemik pasir Selangor ini.
Pemecatan 9 orang kakitangan KSSB yang cuba mencari kebenaran dalam skandal Pasir merupakan episod kezaliman kerajaan negeri Selangor kepada kakitangan anak syarikat nya. Dimanakah nasib dan masadepan mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pentadbiran di Selangor sekarang ? - jawapan nya - You are FIRED !
Dimanakah kesudahan skandal yang melibatkan wang ratusan jutaan ringgit ini ? Mahkamah Rakyat atau Debat Rakyat, pilihan kerajaan negeri ? Debat Rakyat tentunya tidak menyelesaikan skandal ini malah ia sekadar mempolemik terus isu penyalahgunaan ini.
SELCAT pula terlalu politiking sifat nya selain mempunyai bidang kuasa yang amat terbatas. Skandal Pasir ini terlalu besar dan replika kuching dan tikus tidak mampu untuk menyelesaikan persoalan penyelewengan yang besar ini.
GAPS melihat penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor memang satu kewajipan kerana skandal ini melibatkan penyelewenang ratusan jutaan ringgit wang rakyat Selangor dan menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia.
Cakap kosong MB dan putar alam Exco nya dalam skandal pasir ini langsung tidak menyakinkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor menuntut agar Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor ditubuhkan segera agar penyangak pasir ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.
Rakyat Selangor menuntut ketelusan yang hakiki, bukan ketelusan yang diwarnai oleh kepentingan politik individu atau parti tertentu.
Aktivis MCA, Jessie Ooi ini bukanlah satu nama besar dalam pertubuhan politik Cina itu.
Tetapi namanya mula menjadi sebutan bila dia tiba-tiba naik angin sewaktu diberi peluang bertanyakan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berlangsungnya debat antara pemimpin DAP itu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek
"Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.
"Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.
"Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat," katanya dalam nada marah.
Namun tindakan Jessie ini sebenarnya mengundang pelbagai komen berbaur sinikal terutama apabila aksinya itu dimuat naik dalam laman Youtube.
Bahkan aksinya itu menjadi bahan gurauan dan dipersendakan pula dalam internet.
Akhbar berbahasa Cina sendiri, Kwang Wah Jit Poh, menggambarkan 'muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah' ketika menyoal Guan Eng
Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.
Disebabkan 'meroyannya' itu jugalah, dia kini digelar 'Miss Tow Truck'…MYNEWSHUB
Woi Pudin .... kelakar betul cerita bohong hang ni .....
Di depan 3 ribu penyokong tegar Anugay , penyokong UMNO Johor difitnah kononya bertindak samseng dengan melontar batu , kayu , botol air , telur busuk dan mercun bola ...
Kalau jumlah 3 ribu penyokong di tempat ceramah mereka diganggu oleh berapa kerat kumpulan UMNO seperti didakwa Pudin , tak kan la penyokong tegar Anugay ini tengok dan buat bodoh je hingga boleh mereka menghampiri kereta pemimpin agung PKR ini .
Tapi menurut info di blog Minaq Jinggo , ia bukan lah di kawasan Parlimen Sembrong seperti difitnah Pudin yang memang buta georafi sampai tak tahu mana tempat ceramahnya .
"Maklumat dr bwh - 300 org je yg hadir la, sblh tu ada pasar malam, tmpt tu bt 3 jln mersing, kluang: bukan dlm parlimen sembrong, x de sapa upah + bg arahan pun, anwar + pkr provokasi kuat sgt kot, baling botol tu yg geng2 ni marah kot"
Belum pun habis Guan Eng pening menjawab asakan dan desakan oleh Datuk Zainal Abidin Osman mengenai skandal penjualan tanah Bayan Mutiara kepada Ivory Properties , BN P.Pinang menerusi Dr Teng Hock Nan mahu ketua regim DAP yang kuat putar belit ini menjawab pulak tentang projek pembinaan 1,500 unit rumah yang akan dibina melalui SPICE samada dilakuan melalui sistem tender terbuka atau rundingan !!
Satu persatu projek2 mega kerajaan regim DAP dipersoalkan ketelusannya kerana banyak persoalan tidak dijawab Guan Eng .
Kenyataan Guan Eng semasa awal memerintah negeri ini pada 2008 mendakwa negerinya mengamalkan open tender /tender terbuka dalam semua projek , tetapi sejak akhir-akhirnya nampaknya sudah bertukar kepada rundingan dengan beliau sepertimana penjualan tanah Bayan Mutiara yang didedahkan Datuk Zainal .
Apakah " Open Tender ala CAT " sedang makan diri sikit-sikit ketua regim DAP ini ? Lu cakap nak bikin open tender ,tapi lu sendiri tak bikin ...apa mau cerita lagi ?? ...Cakap tak serupa bikin la !!
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan sama ada kebenaran yang diberikan kepada pemaju untuk melaksanakan projek pembinaan 1,500 unit rumah dalam projek SPICE dilakukan melalui sistem tender terbuka.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, penjelasan itu penting kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini sering melaungkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya.
"Rakyat perlu tahu sama ada kebenaran yang diberikan kepada pemaju untuk membina rumah dalam projek pembinaan pusat konvensyen dan pameran antarabangsa bawah tanah yang dikenali sebagai SPICE itu dilakukan melalui sistem tender terbuka atau rundingan.
"Projek yang membabitkan kos RM300 juta di atas tapak Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) membabitkan kepentingan rakyat negeri ini, jadi rakyat perlu tahu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Penerangan BN negeri, Datuk. Dr. Loga Balan Mohan dan Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.
Perjanjian Konsesi SPICE ditandatangani oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan pemaju, Eco Meridian Sdn. Bhd., anak syarikat SP Setia Berhad pada tahun lepas.
Namun, pembinaan SPICE dikatakan hanya akan memberi kelebihan kepada pemaju menerusi pelbagai keistimewaan serta menyebabkan hasil yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri ini hilang begitu sahaja. - UTUSAN
Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata "tidak ada apa" yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan tokoh PKR itu sebagai "sesumpah", Mahathir berkata semua pihak mengetahui pendirian tokoh PKR itu yang didakwanya sentiasa berubah.
"Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody."Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.
"Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam," katanya sinis.
Pada sidang media itu juga, Mahathir berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".
"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada," katanya sambil menambah ianya lagi memburukkan lagi keadaan kerana setiap pihak masing berpegang dengan pendirian masing-masing.
Mahathir mendakwa rakyat Malaysia masih membenarkan perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional jika bercakap mengenai debat.Ditanya mengenai penubuhan suruhanjaya siasatan diraja mengenai projek IC di Sabah terhadap pendatang asing, bekas perdana menteri itu berkata:
"Saya rasa ini adalah satu masalah... Tidak perlu kepada suruhanjaya siasatan diraja untuk membuat perkara ini. Kerajaan perlu mengumpul statistik mengenai perkara ini".
Turut hadir dalam sidang media itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Ibrahim Ali.Katanya, pihaknya tidak mempunyai keperluan untuknya berdebat dengan Anwar.Ibrahim mendakwa ketua pembangkang itu "tidak relevan" dan "tidak ada pendirian moral untuk debat dengan perdana menteri""Apalagi kita nak debat dengan dia. Kita dah kenal dia. Kalau kita kenal dia, perangai dia, apa lagi kita nak debat.
"(Tetapi kalau saya) debat dengan Lim Guan Eng ada keperluan, nak tahu siapa yang rasis. Ini yang menarik," katanya
Ditanya berhubung dakwaan kapal Israel berdagang di negara ini seperti yang didedahkan oleh sebuah NGO PKR hari ini Ibrahim perlu melihat bukti dan mengetahui secara terperinci tentang latar belakangnya.
Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia yang diadakan di Pusat Rekreasi Pantai Balok telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan, seramai 20,000 orang telah hadir ke jamuan tersebut. Sesungguhnya "Gelombang Biru" sedang melanda Indera Mahkota.
Indera Mahkota dijangka akan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional kerana penduduk DUN Beserah dan DUN Semambu dalam Parlimen Indera Mahkota rasa tertipu dan dikhianati apabila wakil rakyat PKR, Azan Ismail yang memenangi kerusi Parimen Indera Mahkota tidak berkhidmat dengan baik malah terlalu sukar untuk ditemui.
Masalah dalaman poltik yang dihadapi oleh Azan Ismail tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kini segalanya sudah terlewat, rakyat sudah tanam dalam fikiran mereka bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh diharap. Sebelum pilihan raya pembangkang berjanji macam-macam tetapi selepas menang pilihan raya, batang hidung pun susah nak nampak.
Namun rakyat akan memaafkan Azan Ismail sekiranya beliau keluar daripada PKR dan mendedahkan penyelewengan dan kebiadaban kepimpinan PKR. Apatah lagi kesangsian rakyat adalah terlalu tinggi terhadap masalah moral Anwar. Tindakan keluar dari PKR adalah tindakan bermaruah berbanding menjadi pemimpin melukut di tepi gantang. Sampai bila Azan Ismail mahu dipermainkan, dicemuh dan dihina oleh kepimpinan PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan