Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim memanggil sidang akhbar. Latheefa Koya ada bersama.
Wartawan: Kenapa Dato Seri saman Utusan Malaysia? Anwar: Sebab akhbar itu memutar belitkan cakap saya dan berniat jahat!
Wartawan: Kenapa Dato Seri menyokong keselamatan dan hak negara Israel? Anwar: Itu satu pembohongan dan memutar belitkan kenyataan saya... berniat jahat!
Wartawan: Adakah Dato Seri akan saman juga akhbar Wall Street Journal? Anwar: Ada soalan lain ...
KUALA LUMPUR, Feb 1 (Bernama) -- For years, the abandoned and muddy logging track between Long Luping and Ba'Kelalan in Lawas, Sarawak, has been the main access to the outside world, apart from four-times-weekly air service operated by MASWings. The journey through this logging track to reach Ba'Kelalan, located on the highlands bordering Kalimantan, Indonesia, can be very challenging and dangerous due to it appalling conditions. But since the end of last year, the situation has dramatically improved following the upgrading of the track, which begun in 2009 as part of the effort to help the rural communities. It used to take eight hours to two days, depending on weather conditions, to reach Ba'Kelalan from the nearby town of Lawas; but today, travellers can reach their destination within three to four hours. The former logging track between Long Luping and Ba'Kelalan -- a 75km stretch often impassable when it become too muddy after a heavy downpour -- has been improved through an allocation of RM52 million by the federal government. The recently completed improvements, which include access roads to several villages and 10 new bridges, was carried out by the Royal Engineering Regiment of the Malaysian Armed Forces, through a soil stabilisation technology under the "Jiwa Murni" project. Ba'Kelalan community leader Tagal Paran, 78, has been reported saying the upgraded road has cut travel time by half, and the people are delighted that they do not have to worry about being cut off from Lawas during the monsoon season. He said villagers are grateful to the federal government for funding the project, and the Defence Ministry for sending soldiers to complete the work through the ministry's community outreach programme, Jiwa Murni. In order to show their appreciations, about 30 community leaders and village elders from Ba'Kelalan and Bario travelled recently from the highlands to Putrajaya to pay a courtesy call on Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, to thank him personally for the road. What is interesting about this project is that the army managed to build the 75km Long Luping-Ba'Kelalan road for only RM52 million, slashing 75 per cent from the estimated RM250 million if it had been implemented by conventional contract. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the project was a development concept that has never been carried out before. "What attracted me and the government most is that the project, under the old thinking, would have needed to wait for quite some time, as the allocation was substantial, but it could be completed very quickly once we had taken the decision," he told the visiting community leaders and village elders. Just a few days after he took office, the Prime Minister sent his political secretary Datuk Shahlan Ismail to Ba'Kelalan to survey the people's needs and make recommendations. "He came back with gruesome pictures of road conditions, and it would have taken a long time to resolve the problems with the conventional concept. That is why we decided that a new concept was needed," Najib said. Already the impact of the project has been tremendous, as villagers now enjoy lower transportation costs and cheaper daily necessities. "I was told that a can of soft drink used to cost RM3 but now it's RM2, while a cylinder of gas that costs RM60 is now RM45 in Ba'Kelalan," Najib said. Completion of the road has brought much relief and happiness to the Ba'Kelalan folks. As pointed out by Sandra Munga Tagal in a letter to a local newspaper and on a blog, the completion of the Luping-Ba'Kelalan road enabled many natives to return to the highlands to celebrate last year's Christmas. With limited off-days and just timber tracks connecting the outside world to her village in Ba'Kelalan, she explained, it used to be very difficult for people to spend holidays in the remote highlands with their families. However, last Christmas, many drove home from various parts of Sarawak. "Today, many enjoyed Christmas and the long holiday season with their families and loved ones in the remote highlands. You no longer need to travel by four-wheel-drive vehicles and spend the night on the road when it rains. "This year we enjoyed the biggest Christmas gathering in history, as almost everyone made it a point to drive home to Ba'Kelalan. Those who returned home to Long Semadoh and Ba'Kelalan for Christmas drove from as far as Kuching (more than 1,000 km), Bintulu, Miri, Brunei and Kota Kinabalu, much to their old folks' delight," she wrote in a blog. She said some had been dreaming for 29 years of getting their families together at the village for Christmas, but it was never easy, especially for those travelling with infants and children on the rough tracks. Getting a seat on MASWings -- a rural air service operated by Malaysia Airlines' subsidiary -- during the festive season was too difficult because of the limit of 19 seats in the Twin-Otter aircraft. However, with the newly built road, many people were able to spend Christmas in the village with their parents and families. "Thank you, Mr. PM (Prime Minister), for what you have done and, Oh! The smiles on those wrinkled faces. "And you should have seen the joyful light in the eyes of the fresh little faces," she summed up.
tunku : did baru bian thank the BN government for it? will the ba'kelalan people still vote for opposition party? the people of ba'kelalan should think about it comes next election.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Akhirnya Hasan Ali bongkarkan segala rahsia kejahatan Pakatan! Yang menariknya ini adalah suara dari bekas pemimpin tertinggi Pas.
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.
Hasan berkata, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.
Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.
Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.
Hasan Ali juga berkata, ketua pembangkang Anwar Ibrahim disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."
Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.
"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.
Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.
"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."
Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.
"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.
"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.
Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."
"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.
Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.
"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.
Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.
Sebaliknya, Hasan menegaskan beliau tidak faham mengapa Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas menentang beliau, termasuk pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.
"Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.
"Tuan-tuan bayangkan, saya mahu bersihkan Shah Alam daripada judi, tidak boleh, saya nak lihat rumah urut dibersihkan pun tidak boleh," katanya dalam ceramah Bicara Memurnikan Akidah Ummah di sini, kelmarin.
Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.
Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak pemimpin yang didakwa mengkhianati perjuangan Agama Islam dalam pilihan raya akan datang.
"Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya," katanya.
Menurutnya, pelbagai pelan dan strategi telah dirangka bagi menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah, sewaktu beliau menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Beliau berkata, pelan ini termasuk usaha memelihara akidah dengan mengadakan pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lalu.
Sementara itu, Hasan turut menegaskan dalam isu pemecatan beliau sebagai ahli Pas, sehingga kini pertuduhan-pertuduhan terhadapnya masih belum diketahui.
"Sehingga kini, saya masih lagi belum dipanggil membela diri atas pemecatan saya," katanya.
Hasan berkata, beliau terima pemecatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri atas prinsip perjuangan memelihara akidah, syariah dan Agama Islam.
"Isteri dan anak-anak saya tidak menitiskan air mata pun, atas pemecatan ini, kami reda kerana kami tahu apa yang kami lakukan.
"Tetapi sekiranya saya dilucutkan kerana rasuah, menipu dan mengumpul kekayaan, pastinya saya tidak boleh tidur malam," katanya. -SH
MOHD NOR HAMZAH BERBOHONG - "..kerajaan negeri Terengganu peruntukkan untuk pinjaman orang yang ingin melanjutkan pengajian, (pada) tahun 2011 sebanyak RM5 juta, tahun 2012 RM4 juta, (Untuk) 2 tahun RM9 juta sahaja untuk orang di negeri Terengganuyang akan melanjutkan pelajaran."
Kesian dengan remaja kita, PAS mengajar berbohong dan membuat fitnah sedangkan sepatutnya mereka ini diajar perkara yang benar dan berfakta.
Apakah kita mahu remaja kita menjadi pembohong, menerima sahaja cakap dan tuduhan yang tidak benar dan kemudian menyebarkan fitnah itu di kalangan mereka?
Ketua Dewan Pemuda PAS ini sengaja memesongkan fakta dan sebagai ketua 'orang muda' beliau mengajar orang muda khususnya wanita untuk menjadi remaja yang hidup penuh dengan pembohongan dan apabila menjadi ibu mengajar berbohong pula kepada anak-anak.
Inikah cara PAS mengajar remaja kita di Terengganu?
Baca di sini apa yang diucapkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah, ADUN Bukit Payong, sewaktu merasmikan Kem Jati Diri Remaja dan Pemukiman DUN Kijal pada Jumaat 16 Disember, 2011.
"Negeri kita yang kaya ni, tuan-tuan yang duduk di Kemaman, mini zoo Kemaman itu, kerajaan peruntukkan RM24 juta pada tahun ni, tahun hadapan kerajaan tambah lagi perutukkan RM9 juta, jadi RM33 juta hanya untuk mini zoo di Kemaman , untuk bagi makan singa, bagi makan ular, untuk bagi makan rusa, bagi makan beruk RM33 juta. Tapi kerajaan negeri Terengganu peruntukkan untuk pinjaman orang yang ingin melanjutkan pengajian, (pada) tahun 2011 sebanyak RM5 juta, tahun 2012 RM4 juta, (Untuk) 2 tahun RM9 juta sahaja untuk orang di negeri Terengganu yang akan melanjutkan pelajaran untuk dapat pinjaman daripada Yayasan (Terengganu). Yang lain mana? PTPTN belake?"
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika kerana kacang tu masih tetap kacang soya.
Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin." Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!
Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus harap kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula. Amin."
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah dengan ajaib sekali tanpa disangka-sangka.
*********
Anologi di atas adalah bagi menjawab pelbagai pertanyaan rakan-rakan yang majoritinya mengharapkan Bapak Anwar Bin Ibrahim ke penjara dan di dapati bersalah di mahkamah. Para penyokong LGBT juga jelas memainkan isu ini dengan menyatakan Anwar tidak bersalah dan tuduhan meliwat Saiful kononnya hanyalah satu konspirasi. Pada pencacai LGBT, Anwar adalah manusia ajaib, malah tidak hairanlah ada yang menggelarkannya Imam Mahdi. Malah ada yang berjenaka mengatakan Anwar memiliki 9 nyawa. Bahkan mereka yang taksub menyatakan kalau Anwar merogol dan meliwat depan orang ramai kat stadium Bukit Jalil sekalipun, parasit Pas, PkR dan DAP tetap tidak akan percaya dan masih akan menyokong beliau. Begitulah ajaibnya manusia bernama Bapak Anwar Bin Ibrahim ini.
Terbaru manusia ajaib ini juga terang-terangan memuji dan menyokong Zionis Israel. Katanya, "Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel", dalam wawancara bersama Wall Street Journal. Ramai maklum WSJ adalah proksi Yahudi.
Zionis Israel mempunyai penduduk kurang 6 juta orang, tetapi memiliki tidak kurang 200 bom nuklear, beratus-ratus kapal terbang pembawa bom seperti F4 Phantom, A4 Skyhawks, F16, Strike Eagle, peluru berpandu jarak jauh Jericho I & II dan kapal selam berpeluru Kruise; masih ingin dilindungi oleh manusia ajaib bernama Bapak Anwar Bin Ibrahim berbanding Palestin yang dijarah dan diseksa sejak sekian lama di mana rakyat Palastine dibunuh sesuka hati hampir setiap hari oleh Rejim Zionis sepertimana yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat.
Mesejnya mudah saja;
1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri, masyarakat dan negara ini.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
Terlepasnya Anwar Ibrahim daripada hukuman Mahkamah Tinggi bukanlah bermakna dia telah terlepas dari hukuman dosa-dosa yang telah dilakukan pada rakyat dan negara Malaysia selama ini. Allah lebih mengetahui keputusan yang lebih sesuai untuk penderhaka negara ini. Biar penyokong LGBT gembira buat seketika.
2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus harap terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.
3. Tiada yang mustahil bagi Allah bagi melakukan perkara-perkara yang lebih ajaib daripada itu.
"Hanya urusan-Nya (Allah), bila Dia menghendaki (mengadakan ) sesuatu, ia berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia." (Surah Yasin : 82)
Justeru, janganlah kita bersangka buruk dengan Allah dan teruskanlah berdoa agar Allah sentiasa memberikan petunjuk ajaib yang jelas kepada seluruh rakyat Malaysia; sama ada mengundi parti yang menjadi proksi dan menyokong Regim Zionis, atau mengundi BN yang tidak putus-putus membantu rakyat Palestin. Keputusan di tangan siapa?
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, Ketua Penerangan UMNO yang terlebih asyik mempromosikan dirinya dan perasan dia glamour, sebenarnya adalah seorang yang masih lemah lagi dalam dunia politik. Dan setara dengannya juga adalah beberapa orang budak-budak hingusan yang menggelarkan dirinya blogger. Kelemahan Ahmad Maslan dan sekumpulan blogger-blogger hingusan akan memberikan natijah yang cukup besar kepada UMNO dan BN.
Budak-budak hingusan seperti Panglima Perang Cyber dan Razman Hakimi yang tidak berotak tetapi sentiasa perasan mereka cukup dan terlalu bagus. Teguran kami tentang kehadiran Anuar Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Anuar Reform yang sentiasa ada dalam perbincangan-perbincangan sulit dan kemudiannya setiap butir perbincangan tersebut diketahui oleh pihak musuh, dianggap sebagai satu fitnah.
Setakat mana kamu semua kenal Anuar Mohd Nor ? Kami dah lama kenal dia dan kami boleh tahu berapa banyak bulu dalam seluar dalamnya. Kami tahu taktiknya, kami tahu caranya dan kami tahu siapa dia.
Anuar Reform tidak pernah mengalih iktikad politiknya. Biarpun dari tahun 1998 sehingga sekarang, dia masih menyamar sebagai ahli UMNO, hakikatnya Anuar Reform sebenarnya adalah syaitan yang bukan sahaja berjaya memperbodoh-bodohkan gerombolan budak hingusan yang mudah cair hati mereka dengan sedikit penjelasan lunak syaitan yang bernama Anuar Mohd Nor. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan Anuar Reform mengambil butir-butir dari pihak PKR dan membawanya ke dalam UMNO, sebaliknya yang dilakukan oleh Anuar Reform ialah mengutip setiap maklumat dari dalam UMNO kepada PKR, khususnya Anwar Ibrahim dan chegu bard.
Pembabitan Anuar Reform yang dikatakan oleh seorang blogger pro-UMNO yang menggelarkan dirinya sebagai Panglima Perang Cyber sebagai sangat bijak dan jauh ke hadapan dalam bidang penyebaran maklumat menerusi Internet, sebenarnya bermula pada zaman penyingkiran Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Tanpa mengalihkan dirinya menjadi ADIL atau menyokong Barisan Alternatif pada ketika itu, Anuar Reform menyerang setiap sudut UMNO terutama sekali Tun Dr. Mahathir yang disifatkannya sebagai LEMBU TUA yang MAHA BEBAL.
Bagaimanapun, kebodohan budak-budak hingusan, rupa-rupanya menjadi ikutan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan. Seperti yang dirungutkan oleh kebanyakan bahagian, Ahmad Maslan sebenarnya terlebih perasan sebagai artis berbanding ingin menunaikan tanggungjawabnya selaku Ketua Penerangan. Sepanjang Ahmad Maslan menjadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia, apa yang telah dilakukannya selain daripada cubaan menonjolkan diri dengan pelbagai cara.
Kebanyakan kerja yang diberikan kepadanya tidak dilaksanakan. Perhatikan sahaja dalam kes APCO, NFC, Rosmah-Mansor, kapal selam Scorpene dan sebagainya, Ahmad Maslan tidak ubah seperti penyangak yang ada jawatan. Setiap sesuatu yang bersifat rahsia, kalau ditangani oleh Ahmad Maslan, pastinya tidak sampai beberapa minit kemudian, sudah ada di tangan pihak Pakatan Rakyat.
Bukan tidak ada suara yang menggandingkan Ahmad Maslan dan Anuar Reform. Ramai yang melihat Anuar Reform sebenarnya telah dibawa masuk oleh Ahmad Maslan yang beranggapan bahawa penyokong tegar Anwar Ibrahim itu sebagai tersangat bijak dan terlalu hebat perancangannya.
Bagaimana budak-budak hingusan seperti Razman Hakimi serta Panglima Perang Cyber dan Ahmad Maslan mampu menjelaskan tentang hubungan kasih sayang antara Anuar Reform dengan Nora Reformis, Badrul Hisham Shaharin atau chegu bard serta Hishamuddin Rais? Pada ketika budak-budak hingusan cuba membela Anuar Reform dengan label hebat, apa penjelasan mereka tentang pembabitan Anuar Reform dalam mendedahkan rahsia blogger-blogger pro-Kerajaan kepada pihak PKR?
Video yang dilakonkan oleh Ustaz Kamal Ketua Penerangan Pemuda Pas Perak dari Pas Larut bersama YDP Pas Taiping teringin nak jadi pelakon seperti Pak Jabit.
Tak sangka bahawa orang Pas pun pandai berlakon...lepas ini elok buat filem langgan China Doll pulak.
Rafizi Lembu Ramli Lahir: 14 September 1977 Tempat Lahir: Besut, Terengganu Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar LATAR BELAKANG PENDIDIKAN Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan
Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison's Academy, Scotland (1995 – 1996)
Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison's Academy
Leeds University (1996 – 1999)
Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Beliau mempunyai jawatan yang cukup besar dalam Petronas tetapi berhenti dan masuk ke bidang pembuatan ubat-ubatan untuk dibekalkan kepada kementerian kesihatan.
Kenapa beliau berhenti dari Petronas? Jawabannya ialah beliau dibuang dari syarikat minyak gergasi kerana pecah amanah, Rafizi dibuang , bukan berhenti.
Bagaimanapun Pharmaniga masih memberi peluang sehingga memegang jawatan pengurus besar tetapi akhirnya menjadi penasihat ekonomi PKR Selangor.
Sekali lagi Pesuruh jaya Pas Perak gagal matematik. Tak sedar partinya kian lingkup gara-gara hilang taring 'ularmak' Pas menuduh sistem pilihan raya tidak betul dan tidak telus.
Bayangkan lah keputusan PRU 12 yang dianggap tsunami politik, Pas hanya berjaya 23 kerusi parlimen dan 83 kerusi dun di semua negeri yang ditandinginya. Itu pun merupakan angka yang sangat besar dalam sejarah politik Pas. Selalunya calon Pas akan hilang wang pertaruhan.
Ini lah yang dikatakan ular lidi nak jadi naga, pelanduk tengok gajah berak besar, dia pun nak try juga, akibatnya mampus kering.
Untuk menang PAS terpaksa menjadi pelacur politik dan merelakan dipergunakan oleh Dap dan Pkr demi mencari hasil yang haram. Hadi Awang dalam amanatnya telah berkata bahawa orang kafir tidak boleh diangkat menjadi peminpin. tetapi pesuruhjaya Pas sanggup menjilat kaki Pkr dan Dap untuk menumpang tuah.
Lihat kenyataan Si Tua Kutuk di bawah,
Ipoh, 31 Jan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan bahawa, apabila kebebasan demokrasi dibuka dan rakyat boleh memilih mengikut naluri mereka, nescaya Islam akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya, sebagaimana yag berlaku di Negaranegara Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.
Beliau menyatakan,contohnya apabila pemerintahan 'kuku besi', diktator Hosni Mubarak di jatuhkan oleh rakyat Mesir dan pilihanraya bebas diadakan, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) yang menjadi sayap politik Ikhwanul Muslimin menang besar disana.
Bila jatuh rejim Hosni Mubarak berlaku pilihanraya adil dan bebas, kita dapat melihat Ikhwanul Muslimin mencapai kejayaan besar, sekarang mereka berada di parlimenMesir, jelas beliau.
Memetik ucapan beliau,
"Maksudnya, parti Islam pasti akan mencapai kemenangan bila ada ruang demokrasi diberikan kepada rakyat di Negara mereka"
" Sekiranya berlaku pilihanraya yang adil dan bebas di Malaysia, Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga akan mencapai kemenangan sebagaimana Ikhwanul Muslimin di Mesir"
" Sebenarnya rakyat tidak takut dengan demokrasi dan kebebasan, tetapi yang takut dengan adalah Umno dan Barisan Nasional (BN)"
"Umno Mesir tersungkur bila ada kebebasan, Umno Tunisia tersungkur bila ada kebebasan dan demokrasi, Umno Malaysia (juga) akan tersungkur, rebah (dan) ranap) bila ada demokrasi,"jelasnya.
Cuba baca kenyataan Nik Nazmi yang cuba membodek Anwar Ibrahim.
Apa kejadah Nik Nazmi nak spin isu ni dengan mengaitkan dengan Amerika?
Dato' Sri Najib pun mempunyai hubugan baik dengan pentadbiran Obama. Mempunyai hubungan baik dengan Amerika dan sokongan TERHADAP NEGARA HARAM ISRAEL adalah dua perkara berbeza.
Isunya sekarang ini adalah ANWAR MENYOKONG ISRAEL. Fokus Nik Nazmi, fokus!
*Harap Nik Nazmi boleh fokus dalam menjawab isu. Kecualilah dia baru minum 'rasmi' ini barulah tak boleh fokus.
"safee sali sah menyambung k0ntrak dgn pelita jaya slma 2 tahun dgn gaji RM118,000 sebulan..boleh g wt haji dh gji mcm ni..."
Mesej ringkas di atas baru sahaja kami terima sebentar tadi daripada sumber dalaman FAM. Dengan ini terlerailah sudah teka-teki ke mana Safee akan membawa diri sekiranya PSSI diharamkan FIFA kelak.
Nampaknya Safee tekad untuk menikmati gaji sebanyak hampir RM30K seminggu dan memperjudikan masa depan kariernya sekiranya ISL dan PSSI diharamkan oleh FIFA.
Walaupun dari sudut yang berbeza, ini merupakan satu penghormatan buat pemain bolasepak Malaysia kerana gaji yang diterimanya ini jauh lebih tinggi daripada PM Najib!
Untuk makluman semua, ISL merupakan liga berasingan bagi pasukan-pasukan "elit" Indonesia yang berkrisis dengan PSSI. Liga Premier Indonesia pula merupakan satu-satunya liga rasmi Indonesia yang diiktiraf FIFA.
Safee juga nampaknya tidak kisah sekiranya beliau diharamkan untuk beraksi mewakili negara sekiranya FIFA mengenakan hukuman menggantung PSSI. Dan kita bakal kehilangan salah seorang penyerang yang paling berbisa selepas era Mokhtar Dahari dan Azman Adnan.
Diharapkan Safee menyedari dengan jelas setiap impak tindakannya ini dan keputusannya ini tidak bersandarkan kepada faktor kewangan semata-mata.
Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.
Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkit kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri. Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari ketelanjuran Anwar ini.
Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermatian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel tiba-tiba Anwar menyanggah PAS dengan menyokong Israel.
Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil "an after thought".
Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu. Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama. Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.
Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris. Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan "depa tak reti Inggeris". Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawap apabila batahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC.
Siri keterlanjuran Anwar ini amat tidak disenangi oleh ustaz-ustaz di dalam PAS.
Di kalangan pimpinan PAS, isu liwat dan video seks sudah sukar untuk ditolak lagi. Hampir keseluruhan ahli dalam Dewan Ulama PAS yakin dengan video Eskay dan lebih separuh dari barisan pimpinan percaya dalam isu liwat II Anwar ini.
Sebab itu ramai di kalangan pimpinan PAS mengelak dari hadir di kediaman Anwar apabila dijemput untuk ke majlis "solat hajat dan doa selamat" malam sebelum 901. Seorang yang bercakap dengan IB secara bersemuka mengatakan bagaimana mungkin beliau hendak menadah tangan untuk berdoa ke atas kemungkaran.
Malah ramai di kalangan "Anwariyyun" (atau yang kini digelar parasit) percaya isu video Eskay. Mereka semacam masih "bersama" sekadar kepentingan permainan politik sahaja.
Setakat pergaulan dan pertemuan IB dengan beberapa pimpinan PAS isu moral Anwar jelas menjadi liabiliti besar kepada mereka malah ianya sedikit menggugat keimanan yang sentiasa dibisikkan dengan pelbagai persoalan kerena terlibat sama "mempertahankan" Anwar.
Sebab itulah apabila Azmin ingin mengumpulkan 100,000 untuk 901, sasaran tersebut tidak tercapai. Ini kerana pimpinan PAS tidak langsung memberi arahan untuk menggerakan ahli mereka hadir di mahkamah pagi tersebut. Mat Sabu sendiri pun antara orang yang awal percaya dengan masalah moral Anwar ini.
Sekian, IB
*Portal pembangkang pun dah sahkan pakatan pembangkang sedang berkrisis.
Kepada pembaca dan rakan blogger, blog ini merupakan satu blog yang MyMassa yakin perlu diberi perhatian (princeofpilah.blogspot.com).
Suka untuk MyMassa kongsikan entri terbaru blog ini.
Pemimpin BN Diterima Kaum India
Masyarakat terutama kaum India telah sedar tentang komitmen ikhlas kerajaan Barisan Nasional membantu mereka melalui pelbagai Program Transformasi dibawah Gagasan 1Malaysia,dan pada masa yang sama mulai menolak penipuan dan drama parti pembangkang yang menggunakan pelbagai fitnah dan isu rasis bagi menghasut pemikiran masyarakat.
Baru baru ini Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam Sungai Petani membuat laporan polis bagi membantah kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kuil itu pada 7 Februari ini sempena perayaan Thaipusam. Menurut Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam pihak kuil tidak menerima surat rasmi tentang lawatan tersebut melainan sebuah e-mel yang menyatakan Ketua Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil itu.
Beliau juga mengatakan hari tersebut adalah merupakan hari untuk sembahyang dan bukan untuk ceramah politik sehubunngan itu jawatankuasa kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara tidak diingini. Baca disini
Berbeza dengan sambutan yang diberikan terhadap pemimpin Barisan Nasional, Dato' Hasan Bin Malek Ahli Parlimen Kuala Pilah yang menerima jemputan khas dari Jawatankuasa Kuil Sri Kandhasamy Kuala Pilah untuk hadir bersama dengan masyarakat Hindu pada Maha Kumbavishegam. Kehadiran beliau disambut gembira oleh masyarakat yang memenuhi perkarangan Kuil Sri Kandhasamy sambil bersalaman dan berjalan bersama beliau bertemu dengan pemimpin pemimpin masyarakat India di Kuala Pilah.
MyMassa percaya bahawa bukan sahaja blogger princeofpilah yang merasakan sebegitu, malah ramai pengundi masyarakat India turut berkongsi pendapat yang sama.
Jika dahulu memang pembangkang boleh cuba untuk menipu dan membohong masyarakat India. Kini tidak lagi kerana bila pembangkang merujuk kepada KERAJAAN, mereka juga berKERAJAAN. Adakah KERAJAAN MEREKA LEBIH BAIK DARI BN DALAM MENANGANI ISU DAN MASALAH KAUM INDIA?
Mari kita tinjau musibat apa yang pembangkang dah buat kepada masyarakat India. MyMassa petik dua atau tiga insiden seperti di bawah.
1. LELAKI BAKAR DIRI UNTUK PERTAHANKAN KUIL DARI DIROBOH PAKATAN PEMBANGKANG
Lelaki Kritikal Selepas Bakar Diri Halang Kuil Diroboh
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki kritikal selepas bertindak nekad membakar dirinya bagi menghalang sebuah kuil di pusat bandar Puchong dirobohkan pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, lelaki tersebut, M.Chakragunasegaran, 52, melecur di muka serta beberapa bahagian badannya, berjaya diselamatkan orang ramai dan sedang dirawat di Hospital Serdang.
"Kejadian berlaku 9.30 pagi tadi ketika lebih kurang 200 orang kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis dan Rela terbabit dalam operasi berkenaan, dan lelaki itu (yang) menjerit-jerit jangan roboh, jangan roboh, tiba-tiba membakar dirinya.
"Lelaki itu lalu pengsan dan diselamatkan oleh mereka yang berada di tempat kejadian, dan dikejarkan ke Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi, Isnin.
Beliau berkata, polis telah membuat satu laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Puchong dan siasatan masih dijalankan.
Abdul Razak berkata, selepas insiden berkenaan, kerja-kerja meroboh sebahagian daripada kuil itu berjalan lancar.
Difahamkan, notis arahan yang dikeluarkan MPSJ pada 26 Oktober lepas kepada anggota persatuan kuil itu, telah memberi tempoh tujuh hari untuk berpindah kerana sebuah tadika akan dibina di kawasan tersebut.
Sementara itu, adik lelaki itu, M.Alagan, 45, memberitahu bahawa abangnya bertindak demikian kerana bimbang kuil berusia 10 tahun itu akan dirobohkan pihak berkuasa.
"Apa yang saya boleh beritahu, abang saya kini masih tidak sedarkan diri dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) hospital itu," katanya. - BERNAMA
2. KAKITANGAN ANWAR IBRAHIM HALAU DAN KOYAKKAN MEMORANDUM DARI MASYARAKAT INDIA
3. EMPAT BUAH KUIL DIROBOH DALAM MASA 4 TAHUN BERKUASA.
Masyarakat India bantah MBSA roboh kuil
SHAH ALAM 12 Dis. - Kira-kira 50 penduduk berketurunan India kecewa apabila usaha mereka untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantah tindakan meroboh sebuah kuil di Jalan Persiaran Glenmarie di sini gagal kerana tiada wakil kerajaan negeri tampil untuk menerimanya.
Mereka yang tiba di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 1.20 petang terpaksa menunggu kehadiran wakil dari pejabat Menteri Besar di pintu utama bangunan tersebut selama setengah jam sebelum pengawal keselamatan memaklumkan tiada wakil Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan hadir.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Hak Asasi Manusia (HRP), S. Thiagarajan yang menjadi jurucakap mereka berkata, sepucuk surat telah dihantar pada 9 Disember lalu kepada pejabat Menteri Besar bagi memaklumkan kehadiran mereka hari ini.
"Kami sedar hari ini cuti umum di Selangor, tetapi kami telah maklumkan kepada pejabat Menteri Besar dan apa salahnya mereka hantar seorang wakil untuk menerima memorandum ini. "Mereka tidak boleh menjadikan cuti umum sebagai alasan untuk tidak hadir bertemu kami kerana kami pernah menghantar satu memorandum kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Perdana Menteri di pejabatnya pada 27 Julai 2007 yang jatuh pada hari Ahad dan beliau sendiri sanggup meluangkan masa bertemu kami," katanya. Thiagarajan berkata, penduduk kecewa dengan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan kuil berkenaan pada 24 November lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak jawatankuasa kuil.
Katanya, ketika proses merobohkan kuil berkenaan, anggota MBSA seolah-olah tidak menghormati rumah ibadat itu apabila bertindak memecahkan beberapa patung berhala menggunakan tukul besi.
"Kami sangat kecewa, mereka sepatutnya memberi peluang kepada kami untuk mengalihkannya dan bukan memecahkannya yang langsung tidak menjaga sensitiviti kami," tegasnya.
Tambahnya, pihaknya juga kesal apabila pentadbiran Abdul Khalid tidak mengotakan janji ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu pembangkang tidak akan merobohkan mana-mana kuil di seluruh negeri ini, tetapi sekarang jelas ia hanya janji kosong.
"Sehingga hari ini, kerajaan negeri telah merobohkan kira-kira empat buah kuil di seluruh Selangor dan tiga lagi akan dirobohkan selepas menerima notis daripada pihak berkuasa tempatan," jelasnya.
Katanya, penduduk juga menuntut Abdul Khalid supaya memberi sebidang tanah di kawasan berhampiran sebagai ganti kepada kuil yang telah dirobohkan itu.
Cukuplah dengan 3 peristiwa di atas yang menunjukkan pakatan pembangkang lebih kejam, zalim dan rasis dalam menangani isu kaum India.
MyMassa harap maklumat ini dapat disebarkan kepada kaum India menjelang perayaan Thaipusam kerana dalam masa perayaan ini akan ramai pemimpin pembangkang yang cuba mengambil kesempatan untuk meraih sokongan. Jika mereka hadir dan cuba untuk berpolitik, tanyakan berkenaan 3 insiden di atas kepada mereka dan tunggu macam mana SPIN isu tersebut. Kalau ada pemimpin HINDRAF yang cuba menyebarkan kempen Asal Bukan UMNO (ABU) dan mengajak untuk sokong pembangkang, tanyakan juga soalan yang sama : ADAKAH NASIB KAUM INDIA LEBIH BAIK DALAM PEMBANGKANG???
*Pembangkang macam ni sebab mereka diketuai oleh ANWAR IBRAHIM. Tahukah anda semasa insiden Kampung Rawa, Pulau Pinang, tahun 1998 Anwar Ibrahim membakar sentimen orang Melayu ketika itu dengan hasutan seperti in "saya akan pastikan tiada loceng kuil berbunyi selepas ini di Pulau Pinang".
Isu KUIN 5: Memo SMM tak sampai pada presiden PAS?
Kekeliruan masih timbul berhubung satu memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengenai penggantungan mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN), yang didakwa masih belum diterima presiden PAS.
Malaysiakini masih belum dapat memastikan bagaimanakah memorandum berkenaan gagal disampaikan kepada presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang – tindakan yang disifatkan SMM sebagai petanda bahawa PAS tidak serius dalam isu tersebut.
Dua orang pegawai kanan Abdul Hadi juga saling menuding jari apabila ditanya mengenai memorandum misteri itu.
Setiausaha agung parti, Ahmad Sabki Yusof mengakui bahawa beliau telah menerima memorandum daripada wakil SMM, dalam satu pertemuan pada Mei lalu di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.
Memorandum berkenaan kemudiannya telah diserahkan kepada setiausaha politik presiden PAS, Dr Samsuri Mokhtar, kata Ahmad Sabki ketika dihubungi Malaysiakini, semalam. Tak terima
"Saya yang terima dan saya beri kepada setiausaha politik, Dr Samsuri sebab dia yang sepatutnya terima.
"Saya tidak tahu apa jadi selepas itu, kena tanya Dr Samsuri," katanya yang menambah, memorandum berkenaan diterima daripada wakil SMM dalam satu pertemuan di ibupejabat PAS, Kuala Lumpur.
Samsuri ketika ditanya selepas itu bagaimanapun berkata, beliau tidak menerima memorandum berkenaan.
Katanya, beliau tidak dapat hadir dalam pertemuan berkenaan dan meminta Sabri untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak dirinya.
"Dia cerita kepada saya, dia kata Pemuda (PAS) nak bincang dulu, jadi saya biarkan Pemuda bincang dululah.
"Saya sendiri pun tak terima di tangan saya. Butir terperinci memo itu pun saya tidak baca.
"Saya ingat cuma yang itulah. Apa pun saya kena semak dengan dia dulu, dia bagi kepada saya masa mana," katanya lagi.
Pertahankan AUKU
SMM mendakwa PAS masih tidak serius menangani isu penggantungan lima mahasiswa KUIN dengan menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) apabila presiden parti itu sendiri memeberi kenyataan yang menunjukkan beliau tidak dimaklumkan isu sebenar.
Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razak dalam kenyataannya Isnin lalu juga berkata, pergerakan itu tidak melihat tindakan serius oleh dalam Dewan Pemuda PAS untuk menasihati menteri besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kanan), dalam isu berkenaan.
Malah, Azizan juga didakwa masih berpegang kepada pendirian untuk mempertahan AUKU, kata Ahmad Syukri lagi.
Kenyataannya itu timbul berikutan laporan lidah parti PAS, Harakahdaily kelmarin yang mengesahkan bahawa Abdul Hadi belum menerima memorandum berkenaan
Begitulah sifat manusia yang sudah bongkak dan ujub. Dia mengkritik dan menghina orang lain tidak mengapa, tetapi orang lain tidak boleh berkata apa-apa tentang dirinya. Cumanya beliau masih lagi belum mencapai taraf Anu Ghairah Tuhan kerana belum pandai menyaman sesiapa lagi.
Sedangkan DYMM Sultan pun boleh diperkecilkan kerana Baginda cuba mempertahankan kesucian Islam. Malah, rakan sefuckatan, Ostad Jijan sendiri ditempelak macam budak-budak kerana cubaan mendidik anak-anak yang melawan. Aziz Bari merasakan dirinya setaraf MahaFiraun.
Malah, beliau cuba memperbodohkan orang ramai dengan mendabik dada bahawa ramai pelajar yang masih lagi bergantung kepada beliau untuk penyeliaan tesis dan menanda kertas peperiksaan. Tidak pasti pula MyMassa yang tesis ini boleh diselia oleh orang biasa yang tidak berapa siuman.
Tetapi satu perkara yang pasti, Aziz Bari sebenarnya semakin tidak relevan kerana sumpah mengkhianati agama sendiri dan Raja-Raja Melayu!
* Bak kata seorang komentar di Sinar Harian: Apalah ada pada gelaran profesor? Kekuatan Aziz Bari sebenarnya terletak pada huruf RA. Kalau tidak percaya, cuba gantikan huruf RA dengan huruf BA pada namanya.
NFC adalah lubuk serangan pembangkang terhadap Kerajaan.
Hasil perancangan serangan propaganda pembangkang, mereka berjaya menghasilkan satu serangan yang begitu padu dan jitu.
Kunci kejayaan serangan pembangkang adalah kerana mereka menguasai maklumat.
Penjual maklumat yang pernah bekerja dengan NFC menjual informasi yang begitu terperinci.
Sepatutnya yang menjawab isu ini adalah orang mempunyai maklumat yang lebih banyak daripada penjual maklumat tersebut iaitu NFC itu sendiri.
Sikap berdiam diri NFC pada mulanya memakan diri kerana kerosakan (damage) telah berlaku. Kalau pembaca pergi ke website NFC pun pembaca takkan nampak satu bentuk jawapan dan penjelasan dari pihak NFC. Video sidang media penjelasan oleh pengurusan NFC pun tak letak dekat website sendiri.
Bila tuan punya badan pun buat bodoh dan orang lain kena jawab untuk mereka, itu yang membuatkan pembangkang lebih seronok menyerang. NFC perlu belajar dari LYNAS berkaitan dengan PR. Bagaimana hendak menjelaskan sesuatu isu.
NFC, sekarang ni anda bukan berperang dengan publik yang mahukan maklumat tetapi politikus yang mahu memusingkan cerita. Jadi anda perlu menjelaskan dengan sejelas-jelasnya sehinggakan tiada ruang untuk mereka spin isu ini.
*Kes serangan pembangkang kepada NFC perlu dijadikan tauladan oleh mana-mana pihak terutamanya Kerajaan. Lagi lambat anda buat damage control, lebih banyak serangan yang akan datang dari pihak pembangkang.
Rupa sebenar EXCO AGAMA (termasuk lain-lain agama)
Bangang punya Menteri Besar Selangor merangkap Exco Agama.
Apa keperluan hantar pemimpin Cina untuk wakili MB dalam kes kepala babi di Masjid?
Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.
Dah takde pemimpin Islam lain ke? Baru Presiden PAS sebut bahawa ADUN Bangi dari PAS adalah pembantu Exco Agama yang akan bantu Khalid.Suka hati Ronnie Liu nak putuskan ADUN bukan Islam untuk sertai Mesyuarat Jawatankuasa Masjid.
Kata Presiden PAS, pihaknya masih berperanan besar apabila menteri Besar melantik ADUN Bangi Dr Shafie Abu daripada PAS sebagai pembantu exco agama, lapor Harakahdaily.
Kesian betul MyMassa tengok PAS. Sampai dah dilantik jadi pembantu Exco pun disekat untuk menyertai MESYUARAT JAWATANKUASA MASJID. Memang betul la PKR ni anggap PAS ni hanya PARTI ADAT & SOSIAL.
*PAS memang kena main dengan PKR. ADUN senior macam Dr. Shafie hanya diberi jawatan pembantu, bukan timbalan atau penolong. Ala-ala pembantu tadbir (kerani) je la kerjanya.
Salam semua, seperti yang telah sekupang janjikan LAWAN TETAP LAWAN hari ni sekupang akan ke mahkamah tinggi untuk saman balas balik terhadap Nga, segala kebongkakan dan segala keegoan bukan sebab teman kena takut, Rakyat perlu tahu KEBENARAN... JAM 2.30 petang nanti teman akan terpacak di Makamah Tinggi Ipoh bagi saman balas terhadap saman yang telah teman terima sebelum ini, terima kasih atas doa kawan-kawan, sahabat, blog terus dan semua yang memberikan teman semangat berjuang dalam menegakkan Kebenaran HAK Rakyat, Insyallah sekupang akan teruskan perjuangan HAK rakyat!
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pertama sekali Panglima ingin mengucapkan terima kasih kepada pengendali laman Theunspinners yang buat pertama kali membuang dua posting yang mengutuk Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan, Unit Media Baru Pemuda UMNO, dan juga kawan kami Blogger Umno-Reform termasuk juga sahabat UMB Saudara Razman Hakimi.
Sebagai blogger alif ba ta yang mahu lihat perpaduan sesama kita dari dulu hingga kini, tindakan tersebut patut dipuji dan sudah tentu ia jangan diulang kembali.
Persaingan sihat perlu diwujudkan dan tindakan mencerca nama baik pihak lain, jangan diamalkan ketika kita sedang bersiap menghadapi PRU 13.
Panglima tidak pertahankan Blogger Umno-Reform sebagai individu tetapi institusi Unit Media Baru di bawah Pemuda Umno itu sendiri yang Panglima pertahan dan jayakannya.
Namun tindakan memburukkan UMB oleh mana-mana blogger bukan perkara yang wajar diterima walau apa jua alasan sekalipun. Jika ada kelemahan, gunakan saluran yang sesuai mengelak maruah tercalar. Islam juga mengajar bagaimana adab menegur pemimpin bukan boleh ditempelak sesuka hati.
Persengketaan peribadi juga jangan dijadikan persengketaan antara kumpulan atau institusi.
Marilah kita bersatu demi perjuangan suci ini dan terima kasih sekali lagi kepada pengendali blogger Theunspinners atas tindakan membuang entri mereka - yang turut menggelar Panglima blogger hingusan - yang pertama kali dibuat sepanjang usia mereka menulis blog, pada pagi ini.
Semoga keikhlasan 'mereka' itu yang membuang perasaan ego, akan menjadikan perpaduan blogger pro KEBENARAN akan semakin kuat. Tidak penting siapa penulisnya tetapi mesej mereka yang perlu kita baca. Samada menguatkan parti atau melemahkannya.
Hikmah di sebalik kejadian ini, Blogger Parpukari dan Anotherbrick selain RBF turut menghubungi Panglima selepas sekian lama sibuk dengan blognya mereka dan inilah yang dikata pancaran nur kasih sayang yang tersebar dari berkat bulan Maulid Habibi Muhammad saw yang berjaya menyatukan umat Aus dan Khazraj selepas sekian lama beratus tahun bersengketa kerana berebut punca air minuman sahaja.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Bang Unspinners : terima kasih promosi saya. Bertuah benar blog kecik macam saya dapat promosi sebegini.
Ada tisu nak kesat tak ?
Hingus meleleh keluar ni.
Abang marah benar kepada Tok Mat sebab kena perli pakai baju hijau semalam ke atau kerana sebab lain ?
Tok Mat gurau sikit pun tak kan sensitif. Sampai serang Tok Mat begitu sekali.
Oh ye makin tua makin sensitif ye tak.
cuma nak tanya, Abang kritik ke hentam ke tegur cara macam tu ?
Macam ni lah bang.
Kita boleh berperang sesama sendiri.
Tetapi saya tetap pertahan Unit Media Baru Pemuda UMNO. Pilihan saya ada ialah unit ini.
Sesiapa sahaja yang perkuatkan UMNO BN juga saya sokong.
Sesiapa sahaja yang cuba melemahkan UMNO BN saya tentang.
Saya setuju pendirian abang semua bahawa kita perlu kritik perkara tak betul. Tanpa rasa takut.
Tetapi kita tak pula diajar suruh puji diri sendiri lebih cerdik dari orang lain.
Tidak pernah pula saya jumpa hadis menyuruh kita buat macam tu.
Maafkan saya jika tidak berapa cerdik bang.
Mungkin kerana tak cerdiklah maka saya banyak berhutang sana sini dan duit selalu habis.
Oh ye, Papagomo pun dah komen di blog saya semalam. Pasal Anuar Reform.
Bangga benar gua blogger paling top di Malaysia kalangan pro kerajaan datang komen.
Bangga juga sifat setiakwan dia bantu abang serang Anuar Reform.
itu sahaja komen saya...
Terima kasih bang, selamat malam.
- tulisan di atas adalah komen saya yang masih belum disiarkan di sana sampai ke pagi ini 8.44 pagi. Sejak dihantar untuk ditapis oleh theunspinners sejak semalam. Komen lain pula yang keluar.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Berita ini ditemui dalam komen blog Panglima. Sebelum ini ada dengar tapi tak sangka begitu serius sehingga ditulis dalam ruang komen.
Mohon disahkan maklumat blogger X yang pro BN ini mengetuai jentera media baru Umno Kedah kerana maklumat risikan sudah sahkan identiti orang tersebut ahli Pas seumur hidup.
Tahniah juga sesiapa yang berkongsi info dengan Si X tersebut.
Bukit Aman mungkin berminat kes ini.Khabarnya sudah sampai info ke telinga orang di sana.
Adakah ada lagi rahsia penyusupan akan terbongkar ?
Jika ada blogger cerdik dapat huraikan isu ini dengan lebih baik, dipersilakan.
KUALA LUMPUR, 31 Jan: Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Safri (gambar) yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL.
Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya.
Safri meninggal di hadapan keluarga terdekatnya di samping rakan-rakan dari Harakah. Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya adalah Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS jam 11.30 pagi tadi.
Semalam Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS juga sempat menziarahi beliau.
Safri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat.
Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan.
Namun, minggu lalu Safri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak.
Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan telah dimasukkan ke wad di sana.
Dua hari lepas, 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan.
Safri dan Harakah
Safri mula bekerja sebagai perekabentuk dengan Harakah sejak tahun 1990an lagi namun berhenti selepas itu.
(Gambar: Saat akhir Safri bersama keluarga beliau di katil HKL)
Pada tahun 2008, Safri menyertai kumpulan Harakah semula dengan bertugas sebagai perekabentuk di akhbar Siasah.
Pada awal tahun 2011, apabila Siasah tidak lagi bersama Harakah, beliau bertukar profesyen menjadi wartawan Harakah.
Ini kerana kebolehan dan minat beliau yang mendalam sebagai wartawan.
Sejak itu beliau banyak membuat tugasan di Parlimen dan juga sidang Dun di samping tugas-tugas kewartawanan yang lain.
"Safri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah.
Beliau juga memaklumkan, pihak Harakah menyumbangkan RM2,000 untuk membantu keluarga beliau.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.
Alfatihah.
Panglima :
Setiap yang hidup pasti mati... Mari bertaubat dan beramal soleh sebelum terlambat...
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada semua warga Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sesungguhnya Kuala Lumpur sebagai Ibu Negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan adalah nadi penting kepada negara.
Wilayah Persekutuan merupakan cerminan wajah Malaysia kepada dunia, ia membentuk tanggapan pertama para pelawat, pelancong dan pelabur yang datang. Maka sebagai "showcase" negara ia harus menjadi perlambangan yang terbaik kepada kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di Malaysia.
Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria dan dengan alam sekitar yang sihat. Wilayah Persekutuan yang bugar sebagai pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari.
Marilah kita jadikan impian kita ini suatu realiti. Marilah kita jadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat terbaik untuk anak-anak kita, untuk keluarga kita. Bagi menggarap masa depan tersebut warga Wilayah Persekutuan perlu berganding bahu bersama –sama bergerak ke arah apa yang direncanakan.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.Kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
1-membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3- melegakan sakit hernia. (burut)
4- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- meringankan bahagian pelvis.
9- memberi dorongan supaya mudah tidur.
10- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
11-bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
12-mengurangkan kegemukan.
13-pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
14-organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
15-mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
16-Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
17-Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. -
18-Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Ibrahim Baba – Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.
Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkit kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri.
Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari ketelanjuran Anwar ini.
Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermatian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel tiba-tiba Anwar menyanggah PAS dengan menyokong Israel.
Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil "an after thought".
Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu. Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama.
Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris.
Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan "depa tak reti Inggeris".
Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawap apabila batahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC.
Siri keterlanjuran Anwar ini amat tidak disenangi oleh ustaz-ustaz di dalam PAS.
Di kalangan pimpinan PAS, isu liwat dan video seks sudah sukar untuk ditolak lagi. Hampir keseluruhan ahli dalam Dewan Ulama PAS yakin dengan video Eskay dan lebih separuh dari barisan pimpinan percaya dalam isu liwat II Anwar ini.
Sebab itu ramai di kalangan pimpinan PAS mengelak dari hadir di kediaman Anwar apabila dijemput untuk ke majlis "solat hajat dan doa selamat" malam sebelum 901.
Seorang yang bercakap dengan IB secara bersemuka mengatakan bagaimana mungkin beliau hendak menadah tangan untuk berdoa ke atas kemungkaran.
Malah ramai di kalangan "Anwariyyun" (atau yang kini digelar parasit) percaya isu video Eskay. Mereka semacam masih "bersama" sekadar kepentingan permainan politik sahaja.Setakat pergaulan dan pertemuan IB dengan beberapa pimpinan PAS isu moral Anwar jelas menjadi liabiliti besar kepada mereka malah ianya sedikit menggugat keimanan yang sentiasa dibisikkan dengan pelbagai persoalan kerena terlibat sama "mempertahankan" Anwar.Sebab itulah apabila Azmin ingin mengumpulkan 100,000 untuk 901, sasaran tersebut tidak tercapai.
Ini kerana pimpinan PAS tidak langsung memberi arahan untuk menggerakan ahli mereka hadir di mahkamah pagi tersebut. Mat Sabu sendiri pun antara orang yang awal percaya dengan masalah moral Anwar ini.
apa komen puak-puak pkr? bukan setakat dalam ceramh je, malah dalam sidang media pun sekali lagi hasan ali menekankan punca segala permasaalahan akidah yang berlaku di malaysia sekarang berpunca dari anwar, kerana dia lah yang membawa fahaman liberalisme, pluralisme agama dan amalan sex songsang.
Reka bentuknya telah pun siap. Peruntukan untuk membina loji air ini juga telah tersedia. Malahan, tapak tanah untuk loji dan projek ini telah pun diambil dan siap sedia untuk digerakkan projek berdekatan Hulu Langat, Selangor ini.
Tetapi cuma kerajaan PKR Selangor melalui Majlis Daerah Perbandaran Hulu Langat tidak mahu mengeluarkan Development Order atau kebenaran merancang. Semuanya jadi tak kena menyebabkan projek Langat 2 ini tertangguh selama satu setengah tahun.
Tanpa Development Order ini, Kerajaan Persekutuan tidak boleh memanggil tender untuk membina loji tersebut.
"Dengan semua persiapan sudah tersedia, Kerajaan Persekutuan sudah mahu menggerakkan pembinaan loji ini tetapi masih memerlukan dua lot yang berdekatan dengan loji untuk projek tersebut.
"Tetapi kerajaan PKR Selangor melalui Exco kerajaan negerinya tidak mahu meluluskan pengambilan dua lot tanah ini untuk tujuan projek.
"Tidak tahu apa motifnya tetapi berkemungkinan besar kerana mereka ingin kawal 'business' air di negeri Selangor ini," kata seorang sumber kepada semalam.
Bercerita tentang air, negara sebenarnya telah pun menghadapi krisis bekalan ini pada 1998. Oleh sebab itu, kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) telah mula merancang mulai 1998 lagi untuk mengelak krisis air ini tidak berulang.
Kalau bekalan api elektrik tak ada tidak mengapa, tapi jangan tidak ada air, kata seorang rakan. Sangat pedih jika krisis air ini berulang. Sebab itu jika tindakan susulan tidak diambil segera, negara akan menghadapi krisis air sekali lagi pada 2014 nanti - dua tahun sahaja dari sekarang.
Ketika ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Pahang ke Hulu Langat. Projek membina laluan paip dan terowong sedang berjalan. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah RM8 bilion termasuklah kos pengambilan tanah, pembinaan dan jururundingnya.
Kerajaan Persekutuan pun sudah ada peruntukannya. Oleh kerana pentingnya projek ini, Kerajaan Persekutuan juga telah mendapat soft loan daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM3 bilion untuk tujuan itu. Dan seperti masalah di atas dengan kerajaan PKR Selangor yang tidak tahu motifnya, projek ini tertangguh sehingga hari ini.
Apa akan berlaku kalau projek loji air di Hulu Langat ini terus tertangguh?
1. Krisis air akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
2. Cuma, sekiranya projek ini dapat disempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang akaun air akan dapat menikmati air mentah bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta rakyat akan dapat menikmati air mentah bersih ini (1.4 juta akaun x 5 orang dalam sebuah rumah).
3. Kalau projek ini tertangguh lagi, kos pembinaannya akan bertambah tinggi.
4. Bila kosnya bertambah tinggi, kos air bersih kepada rakyat pada masa akan datang - akan bertambah tinggi juga.
5. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan flat yang lebih dari 5 tingkat.
6. Tanpa air yang mencukupi, water pressure akan berkurangan. Maka, bangunan lebih 5 tingkat tidak akan dapat bekalan air.
7. Maka penduduk akan terpaksa mengambil air dari bawah flat atau bangunan dengan menggunakan tangki air.
8. Pemaju perumahan, pemaju hartanah dan pemaju pejabat-pejabat akan meminta assurance for future water supply untuk menjalankan projek-projek hartanah di Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan melabur di tempat lain atau negeri lain.
Sebenarnya kementerian berkenaan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Keputusannya - Abdul Khalid tidak bersetuju dengan projek ini.
Demi politik kerajaan PKR Selangor, rakyat seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seramai lebih kurang 7.5 juta orang tidak akan menikmati air mentah bersih secara percuma mulai 2014.
Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek ini dengan tidak mahu meluluskan Development Order dan '2 lot tanah' - agar projek air mentah bersih ini gagal.
Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek loji ini di mana akan menyebabkan tarif air yang akan dibayar oleh rakyat Selangor nanti bertambah mahal dan tinggi.
Demi politik, Menteri Besar Selangor sanggup memberi rakyat potongan serta diskaun kepada tarif air yang dibayar sekarang.
Tetapi sebaliknya sabotaj projek air Kerajaan Persekutuan yang ikhlas membantu rakyat agar krisis air pada 2014 tidak berlaku.-UM.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (Surah : al-Maidah : 51)
Kenyataan Anwar Ibrahim yang disiarkan Wall Street Journal , menyatakan sokongan melindungi keselamatan Negara Israel amat mengelirukan, beliau perlu menjelaskan sejelas-jelasnya apa maksud kenyataan beliau kepada WSJ itu tanpa memutarbelitkan pendirian beliau yang sebenar.
Ini kerana dibimbangi akan ada segelintir umat Islam yang hilang pertimbangan dan akan mengistiharkan peperangan keatas beliau kerana pro Israel.
Nampaknya dari masa ke semasa Anwar Ibrahim sudah mula melondeh satu persatu wajah beliau dan ternyata benarlah kebimbangan Hasan Ali tentang parasit yang wujud dalam PAS dan Anwar Ibrahim merupakan bapa parasit itu.
Dalam perkembangan terkini Hasan Ali akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan institusi diraja di negara ini. Pertubuhan yang akan dikenali sebagai Jati itu akan menggabungkan beberapa NGO lain yang turut mempunyai perjuangan sama selain individu yang berminat untuk menyertainya.
Ia dijangka dilancarkan pada 21 Februari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 keahlian.
Menurut Hasan Ali di antara matlamatnya ialah untuk mewujudkan jaringan ketiga sebagai mengimbangi parti pemerintah serta parti pembangkang dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja Melayu (IMR) di negara ini.
Jika terbukti sasaran pertubuhan itu dicapai maka ternyatalah PAS akan reput sedikit demi sedikit dimakan parasit menjadi kurus kering dan mati beragan yang gemuk segar bugar ialah Anwar Ibrahim.
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kalau beginilah cara pemikiran seorang Presiden PAS, elok benarlah niatnya untuk berundur diri daripada menjadi calon PRU yang akan datang. Mahu atau pun tidak - PAS wajib mengakui bahawa kesan daripada pemecatan Dr Hassan Ali sebagai ahli PAS sangat besar dan membimbangkan. Jangan berpura-pura kononnya PAS "tidak hairan" dengan Hassan Ali. secara jujur, orang kampung lebih percaya cakap Hassan Ali daripada kata-kata Mahfuz Omar atau Khalid Samad. Bukan mudah para hulu balang PAS untuk menangkis serangan daripada Hassan Ali - walaupun segala keaiban Hassan Ali dilondehkan, ia masih belum mampu melumpuhkan serangan pakar motivasi itu.
Terkini, Hj Hadi pula seolah-olah "dipaksa" untuk redho dan merestui Khalid Ibrahim memegang potfolio agama Islam di Selangor - dengan hujah dangkal kononnya Khalid sangat rapat dengan Tuanku Sultan, maka urusan agama akan lebih mudah. Kalau itulah hujah Hj Hadi, cadangkan sahaja Lim Guan Eng memegang potfolio agama Islam di Pulau Pinang. yang sebenarnya, Rakyat mahu PAS memegang jawatan exco agama Islam di Selangor adalah kerana kepakaran parti tersebut dan aspirasi perjuangan PAS yang mahukan tertegaknya Islam di negara tercinta ini. Tiada alasan lain.
Khalid Ibrahim dari parti PKR, ideologi partinya bukan al-Quran dan as-Sunah. Mereka tiada aspirasi mahu menegakkan negara Islam - jauh sekali untuk melaksanakan Hudud. Kalau perkara sekecil ini pun tidak mampu dipertahankan oleh PAS - maka apa lagi yang tinggal? Akuilah jangan terlalu ego, PAS sebenarnya sangat lemah. Lemah yang sunguh-sungguh. Terima sahajalah hakikat ini.
GOMBAK, 31 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keputusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memegang sendiri potfolio agama Islam di negeri itu sebagai sangat molek. Menurutnya, dengan kelebihan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang selalu berjumpa dengan Sultan, ianya akan memudahkan lagi urusan agama di negeri itu.
"Kita kena tahu di Selangor agama di bawah bidang kuasa raja melalui majlis agama.
"Kita nampak Tan Sri Khalid ini orang paling rapat dengan Sultan, dia paling kerap jumpa Sultan, jadi moleklah orang paling acap jumpa sultan (pegang exco agama)," katanya dalam pertemuan dengan Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pihak tertentu khususnya Umno sebelum ini kononnya PAS dipinggir kerana tidak diberi portfolio agama kepada exco dari parti itu. Isu tersebut timbul selepas Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Selangor menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
Bagaimanapun, portfolio hal ehwal Islam yang sebelum ini di bawah Hasan kemudiannya diletakkan dibawah menteri besar sendiri manakala Dr Yunus dilantik memegang portfolio Belia, Sukan dan Adat Melayu.
Peluang itu sekaligus digunakan Umno dengan mendakwa PAS hilang potfolio agama. Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, siapapun yang dilantik sebagai ketua tidak penting, namun yang lebih penting adalah siapa yang akan menjalankan tugas exco itu.
Sebab itu katanya, PAS masih berperanan besar apabila Menteri Besar melantik Adun Bangi Dr. Shafie Abu daripada PAS sebagai Pembantu Exco Agama.
"Cumanya kita lantik siapa bawah Tan Sri Khalid, ini yang penting. Setengah orang kita ni tak nampak (siapa) yang kena buat kerja, nak tengok siapa (ketua).
"Lagipun pilihan raya umum dekat dah," katanya sambil menyifatkan keputusan itu juga sebagai strategi pilihan raya.
Menarik mesyuarat koordinasi malam tadi di kalangan pimpinan PKR. Sambil tengok AJL, sebab Ketua Cabang Parit Sulong bertanding; mereka berbincang banyak perkara yang melibatkan koordinasi menjelang pilihanraya.
Antara isu yang ditimbulkan adalah keperluan bajet menjelang kempen PRU nanti. Ramai yang memberikan pendapat. Rata-rata mengakui, keperluan bajet sekurang-kurangnya DUA KALI GANDA daripada bajet tahun 2008. Dua kali ganda.
Memang Kerajaan Negeri Selangor sudah asingkan keperluan pilihanraya – RM300 juta di peringkat awal. Namun, tumpuan akan diberikan kepada Selangor. Apa keperluan Negeri lain? Mereka juga perlukan pembelaaan.
Disinilah Anwar memberitahu bagaimana Pemuda PAS adalah kumpulan yang bahlol dan tidak ada strategi.
Anwar menerangkan bagaimana kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai Israel – adalah bertujuan khas mendapatkan dana pilihanraya. Setelah diasingkan oleh kebanyakan lobbyists group dan NGO antarabangsa; Anwar perlu merapatkan diri semula dengan mereka. Oleh yang demikian, kenyataan Anwar baru-baru ini adalah khusus untuk membuka jalan mendapatkan dana luar.
Open Society milik George Soros tidak akan membantu jika Anwar masih mengambil pendekatan anti APCO. Ini sudah diberitahu kepada Anwar secara jelas. Malahan, Anwar juga mengakui bahawa Open Society hanya akan memberikan dana jika Anwar mampu mengubah pendirian mengenai isu Israel.
Pemuda PAS yang BAHLOL – kata Anwar tidak tahu bahawa mereka akan berjuang dengan poket kosong kalau tidak dengan bantuan PKR. Kebahlolan Pemuda PAS ini hanya akan meranapkan peluang PR dalam PRU yang akan datang.
Nampaknya ini soal DANA untuk PRU yang akan datang. Bukan soal ideologi.
Kita kena faham permainan dan gelagat Anwar ini… Sumber:Gelagat Anwar
Pisau kata "yahudi dibelakang Anwar,PAS hadap sangat duit yahudi! "
KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA Di Dalam Passport Antarabangsa Rakyat Malaysia, Ada Tercatat Perkara Berikut:
Bahawasanya Atas Nama Yang Di Pertuan Agong Malaysia Di Minta Semua Yang Berkenaan Supaya Membenarkan Pembawa Pasport Ini Lalu Dengan Bebas Tanpa Halangan Atau Sekatan Dan Memberi Apa Apa Jua Pertolongan Dan Perlindungan Yang Perlu Kepadanya.
Pasport Ini Sah Di Gunakan Untuk Semua Negara Kecuali : ISRAEL
BERIKUT ADALAH PERNYATAAN SUMPAH SEMUA AHLI PARLIMEN DI HADAPAN YANG DI PERTUAN DEWAN NEGARA :
Bahawasanya Saya Bersumpah, Saya Akan Dengan Jujur Menunaikan Kewajipan- Kewajipan Saya,Sebagai Yang Demikian, Dengan Segala Daya Upaya Saya, Bahawa Saya Akan Menumpahkan Taat Setia Saya Yang Sebenar Kepada Malaysia, Dan Akan Memelihara, Melindungi Serta Mempertahankan Perlembagaannya.
Warganegara Malaysia Mestilah Berdisplin, Maka Keluhuran Perlembagaan Terjaga & Negara Akan Aman Hendaknya. Jika Tidak, Negara Boleh Kucar Kacir.
Maka Mencegah Kekacauan Yang Di Jangaka Berlaku Itu Amat Perlu & Sejajar Dengan Mana Mana Tamaddun Di Dunia & Pihak Berkuasa Yang Menjaga Keamanan Negara Masing Masing. - Amar Maaruf Nahi Munkar.
Kekacauan Dan Juga Kuasa Itu Boleh Di Lakukan Dengan: 1. Perbuatan 2. Perkataan 3. Niat
Maka Mana Mana Warganegara Malaysia Yang Mengeluarkan Yang Bercanggah Dengan Dasar Kerajaan & Dan Menyanggah Tatasusila Sebagai Rakyat Malaysia Yang Taat Setia Kepada Negara, Maka Wajar Di Ambil Tindakan Agar Perbuatan Itu Tidak Menimbulkan Kekacauan & Kemudharatan Yang Lebih Besar.
Jika Ianya Ahli Parlimen Pembangkang, Maka Dia Juga Tertakluk Kepada Sumpah Setianya Semasa Mengangkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Negara. Maka Lebih Besar Impak & Kefahaman Dia Terhadap Negara.
Sesiapa Sahaja Tidak Boleh Berbuat Sesuka Hati, Lebih Lebih Lagi Jika Da Ketua Pembangkang Di Parlimen Malaysia.
Jangan Kerana Dia Pemimpin Pembangkang, Maka Dia Boleh Melakukan Sesuka Hati. Jangan Jika Rakyat Biasa Di Ambil Tindakan, Dan Pemimpin Pembangkang Di Biarkan Tanpa Tindakan?
Menteri Yang Mempunyai Kuasa Untuk Bertindak Kena Bertindak! Kita Mesti Berani Demi Menjaga Keharmonian & Kedaulatan Negara Kita Malaysia Yang Berdaulay & Bermaruah! Walaupun Telah Berkali Kali Pemimpin Parti Pembangkan Menabur Fitnah & Mencemar Nama Negara Di Media Asing Luar Negara.
Jika Tidak, Rakyat Akan Meragui Kredebiliti Menteri. Rakyat Akan Meragui Kredibiliti Kerajaan Barisan Nasional Rakyat Akan Memperlekehkan Raja Raja Melayu Yang Tidak Di Daulatkab Oleh Penjawat Awam, Polis & Menteri Yang Majoritnya Orang Melayu.
Ibrahim Baba – Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.
Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkit kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri. Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari ketelanjuran Anwar ini.
Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermatian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel tiba-tiba Anwar menyanggah PAS dengan menyokong Israel.
Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil "an after thought".
Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu. Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama.
Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.
Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris. Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan "depa tak reti Inggeris".
Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawap apabila batahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC.
Siri keterlanjuran Anwar ini amat tidak disenangi oleh ustaz-ustaz di dalam PAS.
Di kalangan pimpinan PAS, isu liwat dan video seks sudah sukar untuk ditolak lagi. Hampir keseluruhan ahli dalam Dewan Ulama PAS yakin dengan video Eskay dan lebih separuh dari barisan pimpinan percaya dalam isu liwat II Anwar ini.
Sebab itu ramai di kalangan pimpinan PAS mengelak dari hadir di kediaman Anwar apabila dijemput untuk ke majlis "solat hajat dan doa selamat" malam sebelum 901. Seorang yang bercakap dengan IB secara bersemuka mengatakan bagaimana mungkin beliau hendak menadah tangan untuk berdoa ke atas kemungkaran.
Malah ramai di kalangan "Anwariyyun" (atau yang kini digelar parasit) percaya isu video Eskay. Mereka semacam masih "bersama" sekadar kepentingan permainan politik sahaja.
Setakat pergaulan dan pertemuan IB dengan beberapa pimpinan PAS isu moral Anwar jelas menjadi liabiliti besar kepada mereka malah ianya sedikit menggugat keimanan yang sentiasa dibisikkan dengan pelbagai persoalan kerena terlibat sama "mempertahankan" Anwar.
Sebab itulah apabila Azmin ingin mengumpulkan 100,000 untuk 901, sasaran tersebut tidak tercapai. Ini kerana pimpinan PAS tidak langsung memberi arahan untuk menggerakan ahli mereka hadir di mahkamah pagi tersebut. Mat Sabu sendiri pun antara orang yang awal percaya dengan masalah moral Anwar ini.
Brader berjambang nie sebenarnya sebelah mana..? Ada yang kata dia nie planted agent Pkr duduk menyelinap dalam Umno korek rahsia strategi + info bagi kat Chegu Bard...
Ade plak kata memang Umno planted Anuar Umno Reform nie pegi berkawan baik dengan Chegu Bard & Nora Reformis pergi korek info pasal Pkr lepas tu bagi kat Umno...
Lawak giler la si Setpol MB Selangor nie…, dia kata kerajaan Selangor jaga air macam jaga anak dara. Tapi, dia tu belom kawen lagi masih anak dara andartu… Macam maner dia tahu nak jaga anak dara?
12 BILION hasil carian kerajaan terdahulu UMNO/BN, sesuka hati si Faekah nak mengaku itu hasil usaha they all kerajaan Pakatan..., tak malu sungguh!
Faekah melalut lagi kata kat Selangor tak akan ade krisis bekalan air sebab nanti bila hujan hari2, cukup nak menampung penggunaan air oleh rakyat Selangor, bengong..!!
Lawak jugak bila dengar Faekah kata Boss dia MB kedekut….
Ini takde keje lain la ni, mesti UMNO punya keje la ni.. UMNO bayar dia berapa ni nak buat statement berani macam ni?
Hang tak tau kenyataan DSAI tu telah diputarbelitkan oleh media di Malaysia! DSAI sendiri telah mengesahkan bahawa kenyataannya telah dimanipulasikan oleh media...
Nasa Tantawi saja cari pasal...hang nak kena pecat ka? Hang tau ka sapa hang dok sindir ni? Isk...naya la..!
"Itu yang kita perjuangkan dalam Buku Jingga, namun jika ada pelajar membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam, kita perlu halang. Tindakan seperti itu termasuk demonstrasi tiada dalam perjuangan Pakatan, hanya dua perkara kita perjuangkan," katanya.
Ustaz Azizan ni lebih kurang macam Nik Aziz la jugak. Dia punya pembawakan secara solo, tak mahu orang lain campur urusan negeri dia dan dia juga tak mahu campur urusan negeri lain.
Itu masalah pemimpin-pemimpin dalam pakatan nih, tiada persefahaman antara mereka hinggakan dalam parti sendiri pun tidak mahu diterima sebarang cadangan atau gesaan. Nik Aziz la kepala pentadbir yang memulakan konsep nafsi nafsi ni. Lepas tu bila orang keluarkan isu, buat-buat tak jelas...
Berbalik pada isu Ustaz Azizan yang dikatakan tidak mempunyai persefahaman dengan pemimpin-pemimpin Pakatan lain adalah memang jelas. Dia punya ideanya yang tersendiri dan jika dibiarkan dicampur aduk, jadinya seperti Selangor nanti.
Pendirian Ustaz Azizan terhadap mahasewel-mahasewel ini memang kena pada waktunya. Biar diajar sedikit budak-budak mentah nie bagaimana mahu bersuara.
Cuma yang sedikit konfius pada isu ini ialah Ustaz Azizan kata di dalam Buku Oren mereka, tiada saranan atau pernyataan mengenai berdemonstrasi...Itu kitab hidup mati pakatan tuh, tapi biasalah...sedangkan Al-Quran pun masih ada yang langgar, ini kan pula Kitab Oren rekaan semata-mata untuk menang pilihanraya...
Saya sekadar tersenyum lebar apabila Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan bahawa salah seorang "parasit" yang beliau maksudkan ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Sememangnya kenyataan beliau itu sudah dapat dijangka sejak awal bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membangkitkan soal 'parasit' yang perlu dinyahkan dari terus merosakkan parti itu.
Dan senyuman saya makin lebar apabila mendapat tahu tentang komen Khalid Samad seperti yang berikut…
"Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd,"
Nampaknya, Khalid Samad ni memang seorang yang tolol dan dungu. Dia faham maksud 'parasit' yang dikatakan Hasan Ali, tapi dia pura-pura tak faham.
Sebenarnya, tidak timbul tentang siapa tumpang siapa dalam hal ini. Memang benar sifat 'parasit' ialah menumpang dan kemudiaannya merosakkan perumah yang ditumpangnya itu. Kalau nak diikutkan, siapa masuk PAS tu semuanya 'menumpang'. Tiada sesiapa yang 'parasit' di dalam PAS selagi ia tidak merosakkan PAS.
Persoalannya ialah siapa yang merosakkan PAS sebenarnya?
Hasan Ali sebelum ini boleh dikatakan pelopor PAS di Selangor. Sebelum Hasan Ali mengetuai PAS Selangor, PAS bagaikan hidup segan mati tak mahu' di negeri itu. Dan paling nyata, PAS Selangor memang punya hubungan baik dengan kepimpinan UMNO. Maklumlah, kita semua kan bersaudara…
Setelah PAS dapat sedikit kuasa di Selangor, Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco mewakili PAS dalam kerajaan negeri cuba menyuarakan polisi PAS. Kalau polisi tu tak dapat dikuatkuasakan semua, sedikit pun jadilah. Malangnya, yang sedikit itu pun disekat dan dimatikan DAP dan PKR!
Itu yang menyebabkan Hasan Ali angin satu badan! Sudahlah PAS dibisukan, dilarang pula kuatkuasakan polisi dan perjuangan parti itu. Sikit pun tak boleh!
Salahkah Hasan Ali pertahankan akidah umat Islam?
Burukkah Hasan Ali rampas arak di kawasan Khalid Samad?
Berdosakah Hasan Ali pertahankan Institusi Raja-Raja Melayu?
Terkutukkah Hasan Ali mempertahankan kalimah "Allah" dari tercemar?
Bagaimanapula dengan Khalid Samad yang dilihat begitu terdesak menghentam Hasan Ali dan bertindak luar kewajaran umat Islam serta menentang setiap polisi yang menguntungkan umat Islam?
Dapat pahalakah Khalid Samad membenarkan kalimah 'Allah" digunakan oleh kuffar?
Berjasakah Khalid Samad menyerahkan kembali arak yang dirampas?
Hebat sangatkah Khalid Samad melawat kilang arak dan gereja-gereja di seluruh Selangor?
Best sangatkah Khalid Samad menghalang JAIS mencegah gejala murtad di Selangor?
Semua persoalan itu akan memberi jawapan mutlak tentang siapa sebenarnya yang "parasit" di dalam PAS..!!!
Justeru, tidak perlulah Khalid Samad memalukan diri sendiri dengan menyatakan Hasan Ali yang "memalukan" tentang isu "parasit" ini. Sebenarnya, dia yang patut malu pada diri sendiri setelah "dibogelkan" begini!
Percayalah, dalam masa terdekat, Hasan Ali bakal "membogelkan" banyak lagi kekhilafan, penyelewengan, salahguna kuasa dan kepincangan yang akan membuktikan betapa teruknya DAP, PKR dan PAS Selangor.
Nantikan saja pendedahan-pendedahan terbaru yang akan disampaikan Hasan Ali di dalam ceramah-ceramahnya nanti…
Entah kenapa semua orang memberi perhatian simpati bangang pada Aziz Bari. Ada pulak blogger yang akalnya tahap pemikiran sampah buat entry beria-ia menyokong Aziz Bari dan akan terus memanggilnya dengan gelaran Professor walaupun ianya telah tergugur kerana dipecat dari UIA. Nampak sangat belajar tak berapa nak pandai..
Isunya mudah, title Profesor hanya diberikan andainya seseorang individu itu berkhidmat di Universiti tersebut. Tittle itu akan dipegang selama ia belum bersara dan jika bersara atau diberhentikan atau dipecat, maka title Profesor itu dengan sendirinya gugur. Kecuali beliau dianugerahkan ilmuan sepanjang hayat dan diberikan title Profesor Emeritus (lelaki) dan Profesor Emerita (perempuan).
Isu di sini adalah bukan salah UIA menggugurkan title tersebut, sebaliknya ia terjadi dengan sendirinya dek kerana keceluparan mulut yang melampau serta memalukan majikan sendiri dengan idea-idea kusut beliau!
Yang dok bagi komen pada berita-berita yang tertulis tu entah pernah masuk universiti ke idak ntah la...buat-buat pandai ajer...
Terkulat-kulat Pemuda PAS nak berbicara mengenai keputusan Ustaz Azizan yang tetap tegas pendiriannya menghukum mahasewel-mahasewel KUIN yang memberontak meminta kebebasan. Ustaz Azizan berhujah mengenai disiplin yang teruk dikalangan pelajar-pelajar harus dihukum dan ianya berpaksikan kepada BUKU OREN yang mereka sama-sama tulis.
Pemuda PAS masih dilihat cuba menegakkan benang yang basah kerana mahu membatalkan AUKU dalam masa yang sama mahu menghormati keputusan Ustaz Azizan.
KUALA LUMPUR, 30 Jan - Dewan Pemuda PAS pusat hari ini melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendakwa serangan yang dilemparkan seolah-olah mahu menjatuhkan Menteri Besar Kedah itu.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berkata semua pihak termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat perlu menghormati pandangan Azizan dalam isu penggantungan lima mahasiwa KUIN menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Tegas beliau, walaupun sayap pemuda PAS itu tegas untuk memansuhkan AUKU namun perbezaan pandangan perlu ditangani dengan baik.
"Apabila ada dari kalangan kita yang berbeza pandangan seperti menteri besar Kedah...beliau berbeza pandangan dengan kita mengenai AUKU maka tangani perbezaan pandangan ini dengan positif sebab perkara ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh diselesaikan.
"Jadi apabila menteri besar Kedah mempunyai pandangan berbeza, kita perlu dengan dan hadapi isu ini dengan baik...bukan serang bertubi-tubi, mengancam mahu jatuhkan kerajaan dan keluarkan kenyataan agar keluar PAS dan masuk Barisan Nasional (BN)," katanya menambah Pemuda PAS pusat konsisten berjuangan bersama Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mansuhkan undang-undang itu.
Nasrudin berkata pihaknya kesal dan kecewa dengan pihak tertentu yang bertindak menyerang Azizan yang sebelum ini menegaskan tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran KUIN.
"Kalau dengan kerajaan Umno-BN pun kita berunding mengenai AUKU, menteri pengajian tinggi dan timbalannya juga kita jumpa untuk bincang tapi mengapa dengan menteri besar Kedah kita pelakukan lebih teruk daripada BN?
"Sehingga ugut beliau keluar PAS, saya tidak nampak rasional melainkan saya bimbang ia adalah usaha untuk menjatuhkan reputasi dan kedudukan menteri besar Kedah...saya bimbang begitu tapi saya harap ia tidak berlaku," katanya.
Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.
Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.
PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan parti itu.
Khamis lalu, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mengesyorkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan atas alasan bertindak bertentangan dengan prinsip Buku Jingga.
Namun Azizan menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.
Nasrudin turut membangkit persoalan mengenai serangan terhadap Azizan namun tidak menyerang Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh yang menjadi peguam bagi KUIN.
"Ia bukan sahaja libatkan Azizan, Karpal Singh juga peguam yang bela KUIN...adakah Karpal Singh sokong AUKU? Adakah Karpal Singh bertentang arus dengan Pakatan Rakyat? Kerapa Karpal Singh tidak diserang sebaliknya hanya serang menteri besar Kedah.
"Persoalan begini menimbulkan tanda tanya...kepada semua saya sarankan tangani keadaan ini dengan baik dan jangan keluarkan kenyataan berbaur jahat," katanya.
Inilah yang selalunya berlaku dalam PAS dengan pendirian mereka yang senantiasa kelam kabut. Begitu juga dengan isu Anwar dan Israel. Nik Aziz masih lagi tidak jelas dengan apa yang sedang berlaku dan mahukan penjelasan tersebut dibuat oleh Anwar sendiri.
Entah apa jenis penjelasan yang dimahukan pun kita tidak tahu. Nik Aziz sering mahukan penjelasan kali kedua apabila sesuatu isu itu diterbitkan seolah-olah beliau tidak mengambil tahu hal-ehwal yang sedang berlaku sekarang. Susah sangatkah mahu memahami isu-isu mudah seperti ini...mungkin daya ingatan dan berfikir beliau semakin lama semakin luntur.
SHAH ALAM - "Tak payahlah serang saya." Demikian respons Dr. Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu akhir Disember lalu.
Abdul Aziz bersara dari UIA pada 31 Disember lalu.
Pakar perlembagaan itu berkata, beliau tidak menjangkakan pengurusan UIA sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang dibawa oleh akhbar tempatan hari ini.
"Ada penulis yang jahil menulis pasal isu gelaran profesor saya. Untuk pengetahuan umum, saya masih tanda kertas peperiksaan, masih menyelia tesis, saya tak tuntut apa-apa bayaran, tidak ada gaji pun.
"Saya lakukan ini atas rasa tanggungjawab saya kepada pelajar-pelajar saya," kata beliau pagi ini.
Menurut Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIA, Abdul Rahim Ahmad, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.
Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.
''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.
''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIA," katanya.
Ada penulis mempersoalkan bidang pengkhususan dan pihak yang memberi pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.
Dalam ulasannya, Abdul Aziz juga berkata, beliau diserang sedemikian ekoran laporan-laporan media dan cakap-cakap bahawa akan bertanding dalam pilihan raya umum.
"Di luar negara, orang menggunakan gelaran profesor berdasarkan tahap ilmu dan prinsip kebenaran yang dipegang, walaupun seseorang itu sudah lagi berkhidmat.
"Walaupun mereka tidak lagi berkhidmat, walaupun tidak menggunakan gelaran profesor emiretus, mereka masih dikenali sebagai profesor. Bagi saya hanya UIA, universiti yang pertama membuat kenyataan mengatakan gelaran profesor digugurkan," katanya lagi.
Dakwaan kononnya pembangkang mahu menubuhkan 'Kerajaan Cina' di Perak jika memenangi pilihan raya akan datang adalah fitnah selain cuba memainkan sentimen perkauman.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, DAP mahupun Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bercadang untuk menubuhkan Kerajaan Cina seperti yang didakwa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam sebuah akhbar arus perdana semalam.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pembohongan yang dibuat Soi Lek itu amat berbahaya kerana boleh menimbulkan kebencian dan mengelirukan rakyat.
"Kami langsung tidak pernah bercadang mahu menubuhkan Kerajaan Cina mahupun kerajaan apa-apa bangsa sekalipun seperti yang didakwa Soi Lek. Apa yang kami mahu tubuh adalah kerajaan berjiwa rakyat.
"Saya menggesa agar dia menarik balik kenyataan itu atau buktikan bila pemimpin PR mengatakan mahu menubuhkan Kerajaan Cina. Jika dia gagal berbuat demikian saya akan mengarahkan pemimpin saya di Perak untuk membuat laporan polis terhadapnya," katanya pada sidang media di sini semalam.
Menurutnya, tidak timbul isu menubuhkan Kerajaan Cina di Perak sekiranya PR berjaya menakluki semula negeri itu kerana sebelum ini pimpinan PR negeri itu sebulat suara memilih Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
Beliau berkata, tindakan Soi Lek itu bukan sahaja menunjukkannya hilang modal politik malah amat memalukan apabila sanggup menipu rakyat dengan memfitnah parti lawan hanya untuk menarik perhatian pengundi dalam pilihan raya akan datang.
Sehubungan itu, Guan Eng memberi tempoh 24 jam kepada Soi Lek untuk menarik balik kenyataan itu atau bakal dikenakan tindakan undang-undang.
Saya sedar dan insaf sudah tidak lagi dikehendaki, saya juga akan berundur.....
1. Pas sudah tidak lagi perjuangkan Islam seperti waktu dahulu. Pas sudah menolak perjuangan menegakkan negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud seperti yang dicanangkan selama ini malah sudah menukar arah perjuangannya kepada membina negara berkebajikan gara-gara tunduk kepada kehendak sekutu DAPnya.
2. Terbaru, Pas memecat Datuk Dr Hassan Ali hanya kerana Dr Hassan Ali perjuangkan kebenaran Islam serta kerana Pas patuh kepada kehendak PKR. Demikianlah Pas yang suatu ketika dahulu dihormati kerana keberaniannya perjuangan menegakkan Islamnya namun kini sudah jadi 'anjing betina' yang bacul dan tunduk kepada desakan sekutunya. Pas sudah hilang identiti. Pas juga sudah keliru dan hilang arahtuju.
3. Khabarnya, tidak lama lagi seorang lagi pemimpin besar Pas akan menuruti jejak Datuk Dr. Hassan Ali meninggalkan parti. Ini akan memberikan tamparan hebat kepada parti Pas. Yang akan tinggal didalam pas nanti hanyalah para pemimpin yang hipokrit dan mencari kepentingan diri mereka sahaja.
4. Pengumuman Haji Hadi yang terkenal dengan amanatnya yang memecah-belahkan bukan sahaja Islam di Terengganu bahkan di Malaysia untuk tidak bertanding dalam PRU akan datang dilihat sebagai sindiran kepada DS Nik Aziz yang sejak dulu lebih sudu dari kuah. Bagaimanakah dalam sesebuah organisasi Presidennya kehilangan banyak kuasa dan suara serta tidak dihormati berbanding Nik Aziz yang hanya Mursyidul Am.
5. Yang patut berundur bukanlah Hj Hadi tetapi adalah Nik Aziz. Selain dari sudah terlalu lama jadi pemimpin beliau juga dilihat sebagai MB yang tidak berjaya bangunkan Kelantan dan gagal menyelesaikan masalah negeri berkenaan. Kesihatannya juga sering menganggu beliau memberikan tugas dengan lebih bertanggungjawab. Kedudukannya sebagai MB di Kelantan tidak lebih hanya sebagai sebuah tugu dan bukannya pentadbir yang mampu menyelesaikan masalah rakyat serta memberikan keselesaan kepada rakyat.
6. Pas tidak usah lagi bercakap mengenai negara berkebajikan kerana jika Kelantan yang sudah 20 tahun lebih dibawah pimpinan Pas dijadikan contoh, maka apakah kebajikan yang diberikan oleh Pas terhadap rakyatnya selama ini?
7. Tuan Ibrahim Tuan Man kononnya hendak memberi tanah kepada rakyat Pahang jikalau Pakatan pembangkang memerintah Pahang, namun beliau sendiri lupa bahawa beliaulah yang diberikan tanah oleh kerajaan Pahang selama ini sedangkan dinegeri asalnya beliau tidak mendapat dan tidak ada apa-apapun.
8. Ada penyokong kerajaan berkata, jika Tuan Ibrahim Tuan Man tidak puashati dengan kepimpinan kerajaan BN Pahang, beliau bolehlah dipersilakan kembali ke negeri kelahirannya dan mencari kebahagiaan yang diinginkannya disana.
9. Pas sudah tidak relevan. Anwar Ibrahim sudah tidak lagi relevan. Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah tidak lagi relevan. Beliau kalah dalam pemilihan parti dan sudah tidak dihargai lagi. Order baru pas sudah menolaknya jauh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan