Selasa, 31 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 30 Jan 2012 11:31 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


JANGAN PANDANG ENTENG KEPADA PACABA DAN SUKARELAWAN

Posted: 30 Jan 2012 11:16 PM PST

Sebagai seorang aktivis parti yang tidak ada kepentingan lain selain kepentingan mahu melihat calon-calon PKR untuk kawasan Parlimen dan DUN dapat memenangi kawasan-kawasan yang ditandingi, saya sangat berharap di kawasan-kawasan yang PKR bertanding itu supaya sudah pun bersiap sedia didalam bidang-bidang yang saya sebutkan ini:

1.  Jawatankuasa Pilihanraya yang mampu bertugas, bukan Jawatankuasa yang hanya memegang jawatan tetapi tidak berfungsi;

2.  Bilik Gerakan utama dan bilik-bilik gerakan diperingkat JDM (kalau pun tidak disetiap kampong), iaitu Bilik Gerakan yang berfungsi bukan hanya Bilik Gerakan yang tidak berfungsi;

3.  Pacaba dan Sukarelawan yang tersenarai dengan nama, kad pengenalan dan nombor handphone, bukan sekadar senarai nama tetapi tidak tahu apakah tugas dan tanggungjawab PA dan CA dan BA.

4.  Siap dengan logistik (semua bahan, semua kenderaan, semua barang makanan, semua poster, semua bendera dan semua banner) dengan setiap satu dibawah kelolaan seorang Ketua yang dibantu oleh JKnya;

5.  Calon yang berwibawa, wakil calon yang berwibawa, Pencadang dan Penyokong yang berwibawa;

6.  Daftar Pemilih yang terbaharu dan penculaan.

PACABA dan Sukarelawan amatlah penting.  Didalam sesuatu kawasan DUN sekurang-kurangnya ada seramai 200 orang secara minima, dan disetiap saluran didalam satu-satu JDM mesti ada 6 orang PACABA yang terlatih, bukan cekup-muat diperingkat akhir.

Masa sudah mencemburui kita, kalau belum ada maka adakanlah sekarang, jangan tunggu esuk, kerana esuk mungkin sudah terlewat!

Anwar Ibrahim

Posted: 30 Jan 2012 07:24 PM PST

Anwar Ibrahim


Jika Pemilu Malaysia Adil, Anwar Ibrahim Yakin Menang

Posted: 30 Jan 2012 06:13 PM PST

Dari Detik News

Jakarta – Pemimpin oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, membantah kedatangannya ke Indonesia untuk meminta dukungan dalam menghadapi pemilu Malaysia 2013. Kedatangannya hanya memenuhi undangan pihak terkait.

“Saya datang untuk memenuhi undangan di ITB di Bandung dan CIDES di sini. Tidak ada tujuan saya untuk itu (minta dukungan),” kata Anwar Ibrahim, usai menyampaikan pidato kebudayaan yang bertajuk ‘Kepemimpinan dalam Dinamika Perubahan Ekonomi Politik’ di Taman Ismail Marzuki (TIM), Cikini, Jakarta Pusat, Senin (30/01/2012).

Anwar yakin pada pemilu 2013 mendatang akan menang, ssalkan pemilu itu berjalan tanpa kecurangan.
“Saya yakin kalau sekiranya pemilu itu bebas dan adil kita mampu menang dalam pemilu yang akan datang. Kami siap untuk itu Insya Allah,” ujar Anwar.

Jika terpilih pada pemilu Malaysia mendatang, Anwar pun akan menjalin hubungan yang lebih baik dengan Indonesia. Salah satunya menyelesaikan ketegangan antara kedua negara dengan cara yang baik.

“Kita (Malaysia-Indonesia) akan adakan hubungan dan kedekatan tinggi. Apa isu yang mendesak perbatasan, TKI, budaya diselesaikan dengan cara baik karena kita satu rumpun,” tegas Anwar.

Program Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 30 Jan 2012 04:55 PM PST

Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
 
Gong Xi Fa Chai !!! Long Ma Jing Shen !!!
 
1 Februari 2012 (Rabu)
                 
                 
1)    11.00 pagi – Parlimen Batu
       
      Lokasi : Dewan Sek Jenis Keb Cina Jinjang Selatan
 
2)    12.00 tghari – Parlimen Wangsa Maju
 
      Lokasi : Pooling Keong Temple, Flat Danau Kota, Setapak
 
3)    2.00 ptg – Parlimen Setiawangsa
 
      Lokasi: Medan Makmur, Off Jln Usahawan 9/23A, Setapak
 
4)    3.00 ptg – Parlimen Bandar Tun Razak
 
      Lokasi – Padang Bola, Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak
 
5)    4.00 – 6.00 ptg – Parlimen Lembah Pantai
 
i)             4.00 ptg – Sambutan Ponggal Vizha – Little India, Brickfield
 
ii)            5.00 ptg – Sambutan Tahun Baru Cina
  
      Lokasi : Pejabat PKR Lembah Pantai, Taman Sri Sentosa , Jln Klang Lama

Kenyataan Media: Qazaf Mekanisma Syariah Halang Fitnah

Posted: 30 Jan 2012 01:34 AM PST

Oleh AIC (anwar ibrahim club)

Sokong Pelaksanaan Qazaf Sebagai Mekanisme Syariah Untuk Halang Fitnah dan Politik Lucah

Hari ini, 30 Januari 2012, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui barisan peguamnya akan mengemukakan hujah di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur. Ini bertujuan agar Mahkamah meneliti semula keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang telah menolak permohonan untuk mahkamah memerintahkan supaya Ketua Pendakwa Syarie mendakwa Saiful Bukhari berhubung dengan kes qazaf.

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat pelaksanaan qazaf ini seharus dipermudahkan oleh Mahkamah, khususnya di dalam kes melibatkan Datuk Seri Anwar ini. Mahkamah Syariah mempunyai kapasiti yang jelas untuk membenarkan Saiful Bukhari dibicarakan melalui prosiding Mahkamah Syariah dan didakwa di atas tuduhan palsu yang beliau kemukakan pada tahun 2008.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 jelas membuktikan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas, malah berniat jahat.

Pelaksanaan qazaf ini, secara jelas berpotensi menutup ruang fitnah daripada dilakukan secara berleluasa, malah ia juga dapat mengekang budaya menggunakan pertuduhan palsu melibatkan jenayah seksual sebagai satu alat politik untuk memusnahkan kredibiliti mana-mana pihak.

AIC melihat pembunuhan karakter ke atas Datuk Seri Anwar sudah menjadi semakin parah. Sekiranya pelaksanaan qazaf ini diperlekeh dan ditolak oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ianya bukan sekadar satu ketidakadilan kepada Datuk Seri Anwar, malah secara tidak langsung menafikan prospek perundangan syariah yang jelas menjulang pembelaan hak-hak dan maruah mana-mana individu daripada difitnah sewenang-wenangnya.

Adalah sangat mendukacitakan, di saat Malaysia disebut-sebut sebagai Negara Islam Contoh oleh pemimpin negara, budaya fitnah dan penggunaan politik lucah semakin berleluasa di Malaysia sehingga ke satu tahap yang membimbangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila ianya dijadikan satu senjata politik dan seolah tidak terhalang dan kebal daripada undang-undang.

Justeru harapan besar rakyat Malaysia amnya dan umat Islam yang prihatin khususnya, agar pelaksanaan qazaf ini dapat direalisasikan. Ayuh bersama tolak budaya fitnah dan politik lucah demi kemaslahatan rakyat dan negara, demi menjulang politik baru yang lebih matang dan segar.

Saifuddin Shafi Muhamad
Setiausaha
Kelab Anwar Ibrahim (AIC)

KEADILAN: Kenyataan Anwar Selari Hamas, Gerakan Islam

Posted: 29 Jan 2012 11:42 PM PST

Keadilan Daily

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin.

Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau ditanya mengenai prinsip Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution yang  turut dipersetujui Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967,

"Bagaimanapun sekiranya kedaulatan negara Palestin ini tidak dijamin, Hamas tidak bersetuju.

"Jadi tidak menjadi kehairanan apabila Datuk Seri Anwar, dengan mengambil kiraan politik semasa menyebut mengenai isu ini yang tidak terkeluar dari pandangan gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas," kata Muhammad Nur.

Menurutnya lagi, ketua pembangkang itu juga sentiasa dimaklumkan mengenai pandangan dan dasar gerakan-gerakan Islam dalam konteks menyelesaikan konflik antara Palestin-Israel.

Tambah beliau, pendirian Anwar mengenai isu itu juga sangat konsisten dan tidak perlu dipertikaikan.

"Pendirian Anwar supaya rakyat Palestin mendapat hak balik mereka dari segi kesahihan sebagai warganegara tidak perlu dipertikaikan kerana beliau memang konsisten sejak berjuang dalam gerakan Islam dan arena politik.

"Ideanya tentang formula bagi menyelesaikan konflik Palestin dan Israel sentiasa selaras dengan gerakan Islam sedunia. Beliau mendahulukan tentang keselamatan negara palestin yang dijamin resolusisi PBB," kata beliau yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Bagaimanapun katanya, kenyataan Anwar mengenai isu sekuriti Israel cuba diputarbelitkan oleh media Utusan yang dimiliki Umno, seolah menggambarkan Anwar mementingkan keselamatan rejim itu.

"Sedangkan kerajaan sendiri dalam dasar luar menangani konflik Palestin-Israel sebelum ini tunduk kepada formula dengan mengiktiraf kedua negara, tetapi perkara ini dinafikan menteri luar, Datuk Seri Hanifah Aman," ujar beliau.

Anwar dalam kenyataannya Sabtu lalu berkata, pendirian beliau sejajar dengan prinsip perjuangan  KEADILAN yang menjunjung tinggi prinsip keadilan sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

"Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

"Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York.

Bagaimanapun kata Anwar kesediaan untuk mematuhi prinsip itu bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

"Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin," tegas beliau.

Qazaf: Peguam Protes Keluar Mahkamah

Posted: 29 Jan 2012 09:54 PM PST

Malaysiakini

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha menyatakan kebenaran tidak diperlukan kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman (kiri) berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

“Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

“Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman,” kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.

Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.

Anwar Ibrahim Siap Bertarung

Posted: 29 Jan 2012 09:47 PM PST

Dari Kompas.com

Mantan Wakil Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, menyatakan siap bertarung dalam pemilu Malaysia, Maret 2013. Walaupun tantangan tidaklah kecil dalam menghadapi pertarungan politik yang semakin keras, Anwar sudah merapatkan barisan untuk memenangi pertarungan itu.

“Selama ini, tuduhan untuk menjegal saya macam-macam. Terakhir, saya dituduh mendukung Israel atau umat Hindu,” ujarnya saat baru tiba di Bandara Hussein Sastranegara, Bandung, Minggu (29/1/2012) malam.

Perjalanan politik Anwar menarik dicermati. Semula dia melesat tinggi ibarat meteor, tetapi kemudian tiba-tiba meredup. Tidak hanya dipecat dari jabatan Wakil Perdana Menteri dan Menteri Keuangan pada 1998 oleh Perdana Menteri Mahathir, Anwar juga dipojokkan dengan tuduhan korupsi dan sodomi.

Anwar pun berkali-kali berurusan dengan pengadilan dan penjara selama 13 tahun terakhir. Mahathir yang berperan besar dalam membesarkan Anwar secara politik juga mencampakkannya dengan melontarkan tuduhan korupsi dan sodomi yang sensitif dalam budaya Melayu.

Menyinggung soal pasang surut hubungan Indonesia-Malaysia, Anwar menjelaskan, isu remeh-temeh kecil selama ini dirasakannya sangat melelahkan. Isu-isu kecil tidak harus mempersulit kerangka besar hubungan kedua bangsa serumpun itu.

Kalau ada kesepahaman di antara kedua bangsa, maka perkara itu sebenarnya mudah selesai. Misalnya, yang satu jangan arogan dan yang satu lagi juga jangan terlalu sensitif.

Anwar ke Indonesia dalam kunjungan singkat dua hari. Ia tiba pada Minggu malam ini di Bandara Hussein Sastranegara. Hari Senin besok, Anwar Ibrahim akan mengadakan dua orasi kebudayaan di Institut Teknologi Bandung dan Taman Ismail Marzuki, Jakarta, bertema “Kepemimpinan Dalam Dinamika Perubahan Ekonomi dan Politik”.

Kunjungan singkat ini berakhir pada tanggal 31 Januari. Beliau langsung kembali ke Malaysia lewat Bandar Udara Soekarno-Hatta, Jakarta.

Tiada ulasan:

Pengikut