Tu dia Sobri (tiga dari kanan)...dok harap projek dari Kerajaan Pusat (MIDA) saja..kalau takdak MIDA..bungkuih la KHTP tu...!!!
Sebelum ini, aku ada mengeluarkan fakta mengenai prestasi Kulim Hi-Tech yang menjunam di bawah pentadbiran lebai PAS, Sobri Osman, di sini. Aku juga ada mengeluarkan tentang salahguna kuasa lebai-lebai PAS di sini.
Sobri kata, dia happy sebab pelaburan masuk ke KHTP dan tanpa rasa malu, dia secara tak langsung mengaku "bengap" untuk menarik pelabur masuk ke KHTP dan hanya mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat menerusi MIDA!
"KHTP menawarkan kemudahan dan infrastruktur terbaik (BN jugak yang sediakan dulu).
"Selain faktor kos yang efektif, Kerajaan Malaysia melalui MIDA juga berjaya menunjukkan rekod cemerlang dengan menarik pelbagai syarikat melabur di sini," kata Sobri tanpa rasa malu!
Jelas dari statement dia tu bahawa pelaburan di KHTP selama ni hanya masuk menerusi MIDA. Bukan dia yang usahakan sendiri!
Jadi, selama ni yang dok kerap pi ke luar negeri tu buat apa? Pi cari China Doll ka..??? Haaa..ni nak marah la nihhhh...!!! Ishhhh....!
Hakikatnya, memang jelas KHTP makin goyah, lembab dan mandom di bawah Sobri, "pakar" yang dilantik PAS Kedah.
Aku difahamkan bahawa pelaburan di KHTP hanya mencecah RM6 bilion sahaja sehingga kini. Itupun dikira sejak tarikh KHTP beroperasi pada tahun 1995. Ketika itu, pengasas yang bertanggungjawab membangunkan KHTP ialah Datuk Syukri.
Sebagaimana maklum, Datuk Syukri yang berjaya menarik masuk lebih RM5 bilion pelaburan ke KHTP telah diguling dan disingkirkan Kerajaan PAS Kedah, dan digantikan dengan Sobri yang tak efisien langsung! Wajarkah?
Aku bukan la nak kutuk Sobri. Tapi dia memang tak perform pun. Masa Datuk Syukri dulu, prospek KHTP berada dilandasan terbaik untuk kaut pelaburan sekurang-kurangnya RM3 bilion setahun.
Tapi, pada tahun 2010, Sobri hanya mampu tarik pelaburan sebanyak RM765 juta saja! Kurang dari RM1 bilion dan jauh dari sasaran mudah iaitu RM3 bilion...
Paling teruk, dia singkirkan ramai staf KHTP yang merupakan "key player" dalam GLC Kedah tu. Dah tu kawan aku kata, dia ada skandal pulak tu...sampai berhenti kerja bini orang yang dia selalu sms tu...heh! Kacau bilau betul Sobri ni...
Aku bukan marah PAS nak tadbir KHTP. Tapi profesional la sikit. Datuk Syukri tu bukan politician pun, kenapa disingkirkan?
Kalau staf tu sokong UMNO, siap la...lepas tu mesti di"nasihat"kan berhenti kerja. Tak pun dipaksa ambik VSS. Walhal..staf tu perlu tanggung bini dan 6 orang anak! Wajar ke?
Tak ada orang lain lagi ke yang PAS boleh jadikan CEO KHTP? Dah takdak sangat ke orang PAS yang layak? Kalau takdak..pi buang buat apa Datuk Syukri tu..???
Habih la KHTP kalau dibiarkan terus macam ni. Ir Amiruddin sebagai seorang bekas produk MARA (MRSM...produk BN jugak tu) takkan tak reti nak decide? Azizan Razak tu apa sangat yang dia tau...tai chi sana sini tau laaa...
Aku masih panas dengan isu Kulim Hi-Tech. Aku memang geram bila sebuah kawasan yang begitu hi-tech sagala prasarananya disia-siakan begitu saja oleh puak-puak lebai yang hanya reti bercakap tapi tak reti buat kerja..!!!
Lebih kurang pukul 10 malam ni, insyaAllah aku akan bongkarkan lagi isu KHTP ni. Korang tunggu je...
Aku rasa, Azizan perlu buat sesuatu tentang KHTP ni. Takleh lagi nak harapkan Ir. Amiruddin tu. Harap je kawan dengan Mukhriz..tapi tak reti nak bangunkan apa-apa pun kat KHTP tu..!!! Heh!
Sudah menjadi amalan Anwar Ibrahim. Sekiranya dia berada di luar negara dan ditemuramah oleh media antarabangsa yang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, maka dia akan membuat kenyataan yang menyebelahi Yahudi dan sangat liberal terhadap Islam.
Namun, sekiranya kenyataan tersebut dapat dihidu media tempatan, maka cepat-cepatlah dia memutar belit lidahnya menyatakan kenyataannya telah di "misquote" dan di"putar belit"kan oleh media pro-kerajaan. Hakikatnya, dialah yang membelit sebenarnya!
Terbaru, menggunakan kaedah modus operandi yang sama, dia mendakwa kenyataannya di Wall Street Journal mengenai sokongannya "melindungi Israel". Katanya, media tempatan putar belit kenyataannya itu dan memberi amaran untuk tindakan saman darinya.
Persoalannya, bodoh benarkah media tempatan dalam mentafsirkan kenyataannya di Wall Street Journal itu? Dia seorang saja yang tahu dan faham berbahasa Inggeris? Media tempatan tak reti "translate" dan faham kenyataannya itu?
Bodoh sangatlah "putar belit" Anwar kali ini. Nampak sangat kebobrokannya untuk menyelamatkan diri dari dikecam rakyat. Dia fikir rakyat pun bodoh sama, tak tahu dan tak faham bahasa Inggeris, kah?
Kalau dah keluarkan kenyataan begitu, mengaku sajalah. Jawablah dengan isi dan makna yang diucapkan itu. Terlanjur perahu, mungkin boleh diundur, terlajak kereta mungkin boleh di"reverse", tapi kalau terlajak kata begitu..alamatnya binasalah badan!
Wall Street Journal bukan Utusan atau TV3 yang dikatakan pro-kerajaan. Malah, media antarabangsa itu memang terkenal di persada antarabangsa dan dikenali sangat pro kepada Israel serta Amerika Syarikat. Sekiranya Wall Street Journal menyiarkan berita mengenai spekulasi ekonomi, ia mampu menyebabkan kesan besar terhadap prospek ekonomi sesebuah negara.
Dalam kata lain, Wall Street Journal memang berpengaruh.
Justeru, Anwar tidak mempunyai asas untuk menuduh Wall Street Journal itu "dibayar" oleh UMNO atau kerajaan untuk memutar belit kenyataannya. Tak logik langsung jika dituduh begitu.
Jadi, Anwar tuduh media tempatan yang "buat-buat" cerita? Media tempatan pun "quote" dari Wall Street Journal. Kalau Wall Street Journal menipu, maka samalah media tempatan pun. Masalahnya, dah terang-terang Anwar kata begitu, nak putar belit macam mana lagi?
Memang sudah berkurun abad Anwar dikatakan membodek Israel. Dari zaman dia jadi Timbalan PM pun dia memang rapat dengan Yahudi dan Israel. Itupun secara rahsialah. Namun, setelah rahsianya itu terbongkar, cepat-cepatlah dia "cover line" kononnya dia difitnah dan "diputar belit"kan!
Anwar mungkin fikir dia masih lagi "Raja Putar Belit" dan rakyat akan percaya dengan "putar lidah"nya itu. Tapi, itu dulu. Sekarang rakyat sudah celik! Rakyat sudah mampu berfikir tentang konspirasi yang dia sendiri cipta dan pelbagai pembohongan yang dia lakukan! Rakyat sudah serik..!!!
Baguslah. Putar alamlah lagi. Lagi Anwar putar belit, lebih banyak rakyat akan sedar tentang kejijikan dirinya. Lagi Anwar belit, lagilah dia akan terbelit. Dan sudah pasti rakyat yang ditipunya itu akan membelitnya sehingga mampus nanti!
Melihat keadaan dan situasi PKR yang makin lama makin teruk dan huru-hara, melihat keadaan parti yang dinaungi Anwar itu makin lama makin hilang sokongan, tidak hairanlah DAP dan PAS kini berura-ura untuk meninggalkan Pakatan Haram. Pakatan Haram makin hilang keyakinan pada "Imam Mahdi" itu!
Hakikatnya, Anwar dan Israel memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Siapa yang "fund" Anwar selama ini? Siapa yang "support" Anwar dulu, kini dan selamannya? Sekiranya Anwar miskin papa kedana sangat sebagaimana di dakwa, mana dia dapat duit banyak-banyak untuk hidup mewah?
Rasanya, kehidupan Pok Nik Aziz jauh lebih miskin dan dhaif berbanding Anwar dan Azmin. Baguslah. Anwar dan Azmin hidup begitu mewah, tapi Pok Nik terus papa kedana walaupun sanggup tanggung dua ekor "biawak hidup" itu!
Saya terkejut dengan dakwaan "Khalifah" Pulau Pinang, Guan Eng, mengenai kehebatannya melangsaikan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM630 juta kepada Kerajaan Pusat dalam tempoh lebih kurang 4 tahun. "Hebat" betul..!!! Prestasi ini lebih hebat dari prestasi "Penasihat Ekonomi RM1" di Selangor..!
Heboh Guan Eng canang tentang "kejayaan"nya itu keliling pulau. Tak cukup di Pulau, dia sebarkan pula di seluruh negara. Kononnya, dengan "kejayaan melangsaikan hutang" itu menunjukkan dia memang cekap mentadbir Pulau Pinang dan sangat "efisien" menguruskan kewangan kerajaan negeri...
Tiba-tiba pulak ada "Ah Chai" ni "kacau daun". "Ah Chai" ni namanya Donald Lim, Timbalan Menteri Kewangan, potong stim Guan Eng bila beliau menegaskan Guan Eng hanya auta saja dengan berita "langsaikan hutang RM630 juta" itu.
Menurut Datuk Donald Lim, Guan Eng sebenarnya hanya memindahkan hutang tersebut kepada Kerajaan Pusat memandangkan penstrukturan semula bekalan air di Pulau Pinang yang berlangsung sebelum PRU 12 (2008) yang lalu di mana menurut perjanjian "rationalisation scheme" yang dipersetujui bahawa Kerajaan Negeri perlu membayar lebih RM14.6 juta setahun kepada Kerajaan Pusat atas "interest-free rental" di dalam tempoh 45 tahun.
Sebenarnya, perjanjian perstrukturan semula bekalan air itu telah dibuat sebelum Pakatan Haram memerintah Pulau Pinang. Dalam ertikata lain, Guan Eng hanya meneruskan perjanjian itu dan memindahkannya hutang tersebut pada Kerajaan Pusat!
Guan Eng tak pernah bayar pun duit sebanyak RM630 juta itu kepada Kerajaan Pusat. Sebaliknya, dia hanya "transfer" balik hutang tu kepada Kerajaan BN Pusat. Lepas tu dia "claimed" kata dia berjaya jana banyak duit di Pulau Pinang dan bayar hutang tu?
Memang memalukan! Takde intergriti langsung dalam kenyataannya itu. Kalau pindahkan hutang, cakaplah "saya dah berjaya pindahkan hutang". Tak payahlah nak putar-putar cerita pada rakyat kononnya pandai "berniaga" dan cekap mentadbir hingga mampu "bayar" hutang sebanyak RM630 juta tu!
Buruk benarlah perangai Guan Eng! Kalau betul dia bayar, cuba kemukakan resit bayaran atau sebarang bukti pembayaran RM630 juta itu kepada rakyat! Rakyat pun nak juga tengok bukti "kehebatan" Guan Eng bayar hutang sebanyak tu!
Tapi, kalau tak mampu kemukakan bukti, baik letak jawatan sajalah! Dah terang-terang "kantoi" menipu!
Nak dikatakan cekap tarik pelabur, Kerajaan Pusat jugak yang banyak bantu dan bawa masuk pelabur ke Pulau Pinang! Sila rujuk MITI untuk bukti-bukti bantuan dari Kerajaan Pusat tersebut. Nak harapkan Guan Eng? Tabur auta keliling Cerok Tok Kun bolehlah!
Apa dah jadi dengan skuad Kenari? Kedah pantang kalah? Ya, tapi itu dulu...sekarang ni dah memanjang kalah!
Sejak Ustaz Azizan bagi tiket free lepas take over Kedah dari BN, skuad bola sepak Kedah makin merosot. Kali ni lebih teruk apabila dari 5 game, skuad hijau kuning hanya mampu sumbat sebiji gol!
Tu pun Khairil Muhaimin yang score. Apa dah jadi ni, Khazali Din? Malu kalau letak jawatan sebab tinggalkan Skuad Hijau Kuning dalam keadaan corot? Heh!
Masalahnya, mampu ke bangkitkan Kedah? Kalau ikut trend pengurus bola sepak sama ada dalam atau luar negeri, mereka akan letak jawatan sebab malu dengan performance buruk. Dalam ertikata lain, gagal mengurus!
So, semalam Khazali salahkah semua players Hijau Kuning? Heh! Dia langsung takde salahkan diri sendiri lepas Kedah kalah 1-3 kepada Johor FC kat tempat sendiri lak tu!
Aku rasa, kalau Allahyarham Datuk Basri Akil hidup lagi, dah tentu teruk Khazali Din kena taruk!
Bijak betul Azizan lantik Pengurus Skuad Hijau Kuning, kan? Patutnya dia tiru Pok Nik dalam hal bola ni. Kat Kelantan Pok Nik biarkan KAFA diterajui Anuar Musa, hebat je Kelantan...
Kedah? Sebab tak sefahaman politik, Exco yang Azizan lantik tu bijak sangat sampai lantik Khazali Din jadi pengurus. Khazali Din tu jadi Datuk Bandar MBAS dulu pun fail..heh!
Itulah jadinya bila babitkan sukan dengan politik. Taksub sangat dengan politik sampai sukan jadi mangsa...bijak betul Exco tu, kan?
Tiada yang lebih malapetaka melainkan ada segolongan manusia yang mengaku beragama Islam, tetapi sikap dan tindakan mereka adalah memusuhi Islam. Lebih menjadi malapetaka lagi ialah apabila golongan itu menjadikan akidah umat Islam sebagai bahan jenaka dan bahan yang boleh ditertawakan.
Itulah yang ditunjukkan oleh Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR yang cuba menjadikan Islam dan umat Islam sebagai bahan jenaka murahannya. Semata-mata untuk menghalalkan perlantikan diri Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Saifuddin Nasution meremeh-remehkan usaha kristianisasi yang sedang berlangsung dan telah terbukti dilakukan oleh golongan ekstremis yang tidak pernah menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara itu.
PERKASA menerusi Presidennya, Ibrahim Ali memberi amaran, pengangkatan diri Khalid Ibrahim selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam akan menyaksikan kerja-kerja pengkristianan yang tersentak dengan tindakan berani Hasan Ali melakukan pendedahan dengan bantuan penguatkuasa JAIS Ogos lalu, akan bersambung semula. Kehadiran sebuah kapal mubaligh menambahkan lagi kebenaran berita tentang proses pengkristianan yang akan dilakukan secara besar-besaran ekoran pemecatan Hasan Ali.
Dengan kata lain, pemecatan Hasan Ali sebenarnya telah dilakukan secara terancang dan teliti bagi membolehkan musuh-musuh Islam bergerak bebas tanpa sebarang kongkongan.
Namun Saifuddin Nasution cuba menjadikan berita dan kebimbangan itu sebagai satu jenaka yang boleh digelak-gelakkan. Twitternya sudah cukup untuk membuktikan bagaimana orang politik yang paling banyak melompat parti itu tidak pernah memperkirakan tentang akidah umat Islam, sebaliknya hanya mementingkan tentang survival parti yang disertainya sahaja.
Kenyataannya bahawa peringatan yang dibuat oleh PERKASA bahawa pengangkatan diri oleh Khalid Ibrahim akan menyebabkan proses kristianisasi berleluasa di Selangor, merupakan PENDERHAKAAN kepada DYMM Sultan Selangor, sebenarnya tidak lebih daripada perlecehan yang sangat biadap.
Memperolok-olokkan kuasa DYMM Sultan Selangor bahkan semua sultan di Malaysia merupakan kegemaran dan hobi utama para pemimpin Pakatan Rakyat. Saifuddin sebenarnya mempersendakan DYMM Sultan Selangor. Mengetahui bahawa DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam di Selangor, Saifuddin Nasution sengaja menekankan tentang penderhakaan yang kononnya dilakukan oleh PERKASA.
Penderhakaan apakah yang dimaksudkan oleh PERKASA kalau diberitahu bahawa orang seperti Khalid Ibrahim hanya akan menambahkan lagi masalah umat Islam menerusi tindakan-tindakannya yang semberono terlebih meraikan golongan yang memusuhi Islam dan umatnya? Atau Saifuddin sebenarnya ingin memberitahu, kuasa apakah yang ada pada DYMM Sultan Selangor lagi setelah orang seperti Hasan Ali dipecat dan disingkirkan.
Dengan kata lain, Saifuddin Nasution sebenarnya mencabar kuasa DYMM Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam di Selangor. Ejekannya kepada DYMM Sultan Selangor ialah DYMM Sultan Selangor tidak akan dapat berbuat apa-apa dengan kuasa baginda kerana Exco Agama Islam Selangor sekarang adalah milik Khalid Ibrahim. Dan Khalid Ibrahim pula tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada projek kristianisasi yang sedang berlaku di Selangor secara bebas.
Buruk benar kelakuan yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung PKR itu. Mungkin berasa terlalu besar kepala kerana akhirnya PKR berjaya merampas jawatan Exco Hal Ehwal Islam yang menjamin industri lendir, arak, judi dan kristianisasi di Selangor, menjadikan Saifuddin Nasution tidak menggunakan otak untuk membuat tweet sebegitu rupa.
Dalam Islam dan dalam mana-mana budaya, peringatan dan memberi amaran merupakan sebahagian daripada rukun hidup yang berlangsung tanpa sekatan, tetapi dalam Pakatan Rakyat, peringatan dan memberi amaran terutama kepada kelompok sendiri tentang bahaya dari luar, dianggap sebagai satu ancaman kepada kelompok itu sendiri.
Kelompok sendiri yang dimaksudkan adalah kelompok masyarakat Melayu-Islam!
Nampaknya, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Dr. Hasan Ali memang tekad untuk memerangi golongan "erdogan Anwarista" di dalam PAS. Setelah memulakan ceramah "perang parasit" di Meru minggu lalu, Hasan Ali akan menyerang di kawasan musuh ketatnya, Khalid Samad, di Shah Alam, pada 30 Januari ini.
Rata-rata, sokongan yang diberikan rakyat kepada Hasan Ali memang hebat. Bukan ratusan, malah ribuan umat Islam, khususnya para penyokong PAS yang menyedari kewujudan golongan parasit tersebut di dalam PAS sejak sekian lama.
Sebenarnya, sebagai saudara seagama, para blogger pro-UMNO, malah kolumnis di MyKMU.net sendiri pernah mengingatkan kepimpinan PAS bahawa wujudnya gerakan "Anwarista" yang dipercayai adalah "golongan parasit" yang dimaksudkan Hasan Ali itu.
Namun, sebagaimana sikap PAS yang enggan menerima nasihat dan peringatan dari saudara seagamanya, mereka menuduh kami cemburu. Malah para "alim ulama" yang kononnya mengamalkan akhlak Islam yang sempurna itu menista pula kami dengan pelbagai kata-kata kesat.
Sudah saya katakan dulu bahawa Anwar telah meletakkan ramai "pawn-pawn" yang telah memberikan "bai'ah" kepadanya sejak dia berada di dalam ABIM lagi. Ketika itu, ramai 'askar-askar" Anwar ini yang terpengaruh dengan gerakan "memperdana menterikan" Anwar.
"Askar-askar" ini ramai yang dilepaskan ke dalam PAS ketika itu memandangkan Anwar merupakan anak angkat kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Yusuf Rawa. Mereka-mereka ini dipromosikan sehingga berjaya menjawat beberapa jawatan yang strategik di dalam PAS.
Anwar sendiri kemudiannya masuk ke dalam UMNO. Alasannya mudah, dia mahu "membersihkan" UMNO. Ramai juga "pawn-pawn" yang dibawa masuk ke dalam UMNO bersamanya untuk membantu melobi menaikkan namanya. Selain itu, Anwar berjaya berlakon memikat hati Tun Dr. Mahathir ketika itu yang turut tertipu…
Namun, setelah agenda Anwar itu "kantoi", ditambah pula dengan tabiatnya yang gemarkan seks luar tabii yang tidak mengenal jantan betina, akhirnya dia dipecat dari terus mengotorkan UMNO dengan rasuah politik dan pink form. Maka, terbantutlah 'gerakan memperdana menterikan' Anwar buat seketika.
Kegagalan Anwar itu telah menjadikan "pawn-pawn" Anwar yang disusup masuk di dalam PAS bagaikan "cacing kepanasan". Itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan segala sumber kewangan yang dipercayai diperolehi dari Anwar untuk menewaskan golongan pro-ulama di dalam PAS.
Kemudian, Anwar tubuhkan pula PKR. Dengan bantuan "endogan Anwarista" di dalam PAS yang semakin menguasai parti itu, PAS akhirnya bersetuju bergabung dengan PKR dan DAP. Meskipun DAP khususnya, pernah dilabelkan sebagai 'syaitan', kerana tahaluf siyasi puak "erdogan Anwarista" yang menghasut Nik Aziz, ianya berjaya dihalalkan!
Golongan inilah yang menyebabkan perubahan ketara yang melanda PAS sehingga menggadaikan prinsip perjuangan asal parti itu.
Berjayakah Hasan Ali melakukan transformasi di dalam PAS kembali? Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Sebagai seorang yang pernah berada di dalam PAS, saya rasa agak mustahil untuk berjaya selagi PAS bersama Pakatan Haram!
Terbaik, PAS mesti putuskan hubungan dengan "syaitan-syaitan" itu. Titik.
Saya sangat tersentuh dengan pengalaman mimpi Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS ini. Pada saya, dengan mimpi bertemu Rasulullah SAW itu, jelaslah maqam beliau lebih tinggi berbanding Mursuyidul Am Pas, Pok Nik Aziz...
Abu Hurairah berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku."
Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Melalui dua hadis di atas dan cerita Al-Fadhil Dr. Haron Din di atas, saya simpulkan bahawa beliau sangat beruntung untuk "bertemu" Rasulullah SAW, walaupun di dalam mimpinya sekali pun...
Namun, beliau yang selama ini masuk PAS kerana mahu mendirikan sebuah negara Islam tenggelam suaranya berbanding Pok Nik Aziz...
Pada saya, Haron Din lebih layak menjadi Mursyidul Am PAS berbanding Nik Aziz yang dikatakan sudah nyanyuk dan sering mengeluarkan fatwa-fatwa yang kontroversi, mengelirukan dan mampu menyesatkan ramai umat Islam.
Saya difahamkan bahawa Haron Din sehingga kini masih konsisten dengan perjuangannya yang sealiran dengan Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali yang disingkirkan PAS. Namun, "suara"nya tersekat hanya kerana pengaruh yang ada pada Pok Nik Aziz..
Persoalannya, mengapa suara Haron Din yang lebih tinggi ilmu dan maqamnya itu disekat? Apakah hanya kerana beliau bukan merupakan seorang "pemegang tiket ke syurga" seperti Pok Nik Aziz?
Sesungguhnya para penyokong PAS memang "buta". Sekiranya saya seorang PAS, sudah tentu Haron Din sudah lama saya perjuangkan menjawat jawatan Mursyidul Am PAS. Beliau tidak melalut dan berani berkata yang benar mahupun pahit untuk ditelan...
Pada saya, Haron Din jauh lebih layak mengetuai PAS. Beliau menyokong perpaduan umat Islam di antara UMNO dan PAS. Beliau sanggup mengenepikan dendam dan syak wasangka buruk demi melihat perpaduan umat Islam kembali terjalin...
Saya juga diberitahu oleh para penyokong PAS bahawa Haron Din sememangnya menyokong Himpunan Sejuta Ummat. Pendirian ini amat berbeza dengan Pok Nik Aziz dan "tahaluf siyasi"nya yang menghalalkan persahabatan dengan "syaitan" demi politik dan kuasa.
Saya sedih melihat "kebutaan" PAS ini. Namun, sebagaimana maklum, puak-puak PAS bukannya mahu mendengar atau berfikir tentang nasihat mahupun cadangan dari penyokong UMNO. Mereka lebih suka mendengar dan mengikut kata DAP dan Anwar...
Malang sungguh kedudukan PAS sekarang. Memalukan dan mengaibkan ramai penyokongnya. Namun, itulah PAS dibawah kepimpinan Pok Nik Aziz. Nik Aziz yang buat hal, Hadi dikutuk teruk. Haron Din pula diketepikan...pelik betul, kan?
Sebenarnya, selain Yahudi, Anwar dan Azmin "menyembah" pada Kit Siang. Kalau diorang tak "kowtow", jangan harap la diorang nak dapat sokongan Cina..!!!
Sebab tu Anwar "sembah" DAP dan "tayang bontot" pada PAS..!!! PAS jangan la kecik hati. Tahap korang tu hanya sebagai tukang demo tidur atas jalan sambil pegang bendera jer...
[Nota: Kelihatan seolah-olah DAP cuba menggunakan skrip yang hampir sama dengan skrip Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba mengabui mata rakyat dan memberi harapan palsu bahawa mereka akan mengetuai sebuah negara seperti PKM mengabui mata rakyat ketika itu dengan menggambarkan bahawa mereka akan mengetuai sebuah Republik Komunis Malaya.
Cuma bezanya kali ini, mereka lebih memahami realiti bahawa negara Komunis tidak akan wujud di negara ini selagi umat Islam berpegang teguh dengan agama mereka. Walaupun begitu mereka masih berusaha untuk mengagung-agungkan pemimpin komunis yang zalim melalui beberapa cubaan.
Biarpun mengagungkan pemimpin parti komunis, slogan negara komunis telah dilunakkan menjadi sosialisme, sehingga orang Melayu yang kurang teguh pegangan aqidah mereka turut terpedaya dan menganut fahaman yang sama. Negara yang ingin ditubuhkan, bukan lagi Republik Komunis Malaya, tetapi sebuah negara sosialis. Republik? Yup, itu cita-cita mereka, sebab dalam kamus sosialis dan komunis, tidak ada istilah Institusi Raja-raja Melayu. Hari ini mereka bersetuju mengekalkan Perlembagaan, tetapi belum tentu mereka akan bersetuju di masa hadapan.
Melayu dipergunakan? Pada zaman komunis, memang ada Melayu yang gila kuasa dan hilang pertimbangan kerana berpegang kepada fahaman ekstremisme, yang mudah dipergunakan.
Dap sosialis? Tidaklah kita sudah nampak belang kapitalis mereka keluar terutama di negeri-negeri yang diperintah pembangkang dan kenyataan mereka untuk membuka pasaran dalam bidang ekonomi. Dengan kuasa ekonomi, bukan susah sangat untuk membeli beberapa orang Melayu, apalagi Melayu yang terdesak dan berkepentingan diri.]
China Press
Dalam Negeri berita Campuran m/s C4
27 Januari 2012
Perlu Bekerjasama Dengan Orang Melayu
Kaum Cina Tidak Mungkin Dapat Tubuhkan
Kerajaan: Chua Sok Lek
26hb Labis, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi mengingatkan, orang-orang Cina tidak mungkin dapat perintah kerajaan pusat, dengan itu cuba menyokong DAP, bermakna membantu parti Pas untuk membuka jalan menjadi Bos.
Soi Lek berkata, orang-orang Cina terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak mungkin dapat tubuhkan sebuah kerajaan untuk memerintah kerajaan pusat, sebanyak 222 kerusi parlimen itu, hanya ada 46 kerusi yang kawasan majoriti orang-orang Cina, walaupun parti berdasarkan kaum Cina boleh menang semua kerusi, namun tidak mungkin dapat memerintah kerajaan pusat.
Soi Lek menyatakan, ditambah dengan jumlah penduduk kaum Cina sebanyak 24.5 peratus, dengan itu perlu mendapat kerjasama dari parti berdasarkan dari orang-orang Melayu, barulah dapat memerintah kerajaan pusat.
Chua berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam di kampung Baru Bekok, menyatakan perkara itu adalah sangat mudah, sebelum ini Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, DAP mempunyai banyak kerusi, tetap tidak boleh jadi menteri besar, sebaliknya yang mempunyai kerusi yang sedikit, pemimpin Pas menjadi Menteri Besar.
Beliau mahu pengundi perlu fikirkan dengan hati-hati kelebihan dan kemampuan calon-calon yang dipilih, dan berkata, jika calon dari MCA tidak memberi perkhidmatan, mereka sendiri tidak mungkin disokong oleh pengundi.
Soi Lek berkata, seorang wakil rakyat bukan sahaja rajin berkhidmat, mereka juga perlu berani bersuara, bukan hanya pandai bercakap.
Beliau anggap, di kalangan calon DAP memang ramai yang pandai bercakap tetapi tidak buat kerja, mereka bukan sahaja tidak tahu menyelesaikan masalah, selepas mereka kalah dalam PRU mereka terus menghilangkan diri tak jumpa batang hidung, sehingga pusat khidmat mereka pun tidak ditubuhkan, mereka tunggu sehingga menjelang PRU baru kembali semula.
Selain dari itu, Chua juga memberi sumbangan kepada 23 buah NGO yang turun hadir pada malam itu, setiap NGO mendapat RM3,888.00 ringgit untuk dana aktiviti pertubuhan.
Ada perkara yang saya tidak bersetuju dengan Menteri di Kementerian Dalam Negeri, DS Hishammuddin Tun Hussin namun ada satu perkara yang tidak ada sesiapa boleh mempertikaikannya. DS Hishammuddin adalah seorang yang hebat menjaga penduduk-penduduk di kawasannya. Gambar-gambar di atas menceritakan bahawa betapa mesranya beliau dengan penduduk di kawasannya, satu kemesraan yang bukan dibuat-buat.
Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai Menteri kabinet dan Timbalan Presiden UMNO, beliau saban minggu Sabtu dan Ahad pasti akan pulang ke Sembrong untuk bersama penduduk di kawasan parlimen yang diwakilinya. Anwar Ibrahim boleh buat begitu? Sibuk dengan China Doll ada la. Tanyalah penduduk di kawasan parlimennya di Sembrong, baik Melayu, Cina atau India. Anda akan memperolehi jawapan yang sama - beliau adalah pemimpin berjiwa Rakyat.
Terima kasih kerana ada yang mencalonkan blog tun faisal dot com dalam kategori Blog Politik Terbaik. Saya tidak pernah terfikir dan bercadang untuk memasuki sebarang pertandingan blog sebab saya tidak menulis blog kerana sebarang habuan material. Saya mula terlibat dalam pelbagai perdebatan siber sejak tahun 1999 di chat rooms dan dalam pelbagai yahoo groups, misalnyapromuda circle. Antara nama siber saya yang paling dikenali ketika itu adalah Penjejak Badai. Selain itu, saya merupakan salah seorang penyumbang dalam Laman Web Pemuda UMNO Malaysia pada peringkat awal kelahirannya sehingga tahun 2004. Saya juga turut terlibat untuk menubuhkan Cybertroopers Pemuda UMNO bagi membantu parti Barisan Nasional menghadapi perang siber menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum 2004.
Selepas PRU 2008 saya berblog kerana mahu menyatakan pendirian saya tentang pelbagai perkara. Bagi saya, ia merupakan jurnal peribadi bagi mencatatkan dan merekodkan pandangan mengenai perkara yang dekat di hati saya seperti dalam bidang pendidikan dan politik.
Saya hanya blogger separuh masa kerana saya perlu memberi perhatian kepada tugas sebagai Pegawai Khas Menteri, Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan Pengerusi Majlis Belia Kawasan. Saya berblog kerana minat dan bukan kerana bayaran atau kepentingan peribadi. Disebabkan itu saya tidak pedulikan sangat tentang soal ranking. Hanya apabila ada pihak dan pemimpin kanan UMNO yang terlalu terpengaruh mindanya dengan ranking, barulah saya mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa saya juga boleh berada di ranking Top 10 blogger pro-BN sekiranya mahu.
Tiba-tiba ada pula yang mencalonkan blog ini dalam World Bloggers and Social Media Awards 2012. Ish, ish, ish - terima kasih, walaupun sebetulnya tidak perlu kerana lebih ramai calon yang lebih baik dan berblog sepenuh masa. Dicalonkan atau tidak, menang atau kalah, berbayar atau tidak, saya tetap akan berblog, bertweet dan berfacebook untuk menyampaikan maklumat dan pandangan saya.
Apapun saya menghargai pengiktirafan tersebut dan saya serahkan kepada pembaca blog ini untuk menilainya.
Berikut adalah kenyataan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush berikutan kenyataan Anwar yang menyangkut negaranya.
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai "pelik dan ganjil" kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.
"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.
"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.
"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah," katanya. — BERNAMA
PAS terus berdolak dalik mengenai alasan pemecatan Hasan Ali. Yang paling ditakuti oleh kepimpinan PAS ialah alasan campur tangan DAP atau PKR dalam kes tersebut.
Namun rakyat bukan bodoh. Semua orang tahu bahawa PAS cuma menumpang di Selangor. Khalid PKR yang jadi MB.
Tapi orang Melayu juga tahu bahawa 'tak berapa sen' pun yang Khalid ada dari segi kuasaya. Selebuihnya adalah ehsan DAP.
Kenapa Hasan Ali dipecat? Kerana rasuah? penyelewengan? Tak buat kerja? Malas? Pnteng? Lewat? (maksud Demang lewat datang ofis. Bukannya liwat!)
Kalau semua itu bukan, kenapa?
Sebab Hasan Ali menyertai Perhimpunan Sejuta Ummah yang dianggap boleh menjejaskan kerjasama dengan PKRdan DAP.
Selain itu sebab Hasan Ali sudah keluarkan kenyataan yang merugikan PKR dan DAP.
Jika itu alasannya, maka kenyataan dan pendirian MB Kedah juga boleh membawa pada pemecatan beliau pula nanti.
Tapi Demang rasa PAS takkan buat begitu lagi sebab kesan penyingkiran Hasan Ali pun PAS dah tak boleh tahan.
Kalau dilihat pada kempen PKR dalam PRU yang lalu, cicak pun kagum.
Tu sebab kita boleh dengar cicak asyik berdecit: cit cit cit... Dia sedang kagum la tu.
Tapi, ye la. Berjanji memang sedap. Yang mendengar pun seronok. Apatah lagi jika dalam keadaan tersepit.
Lagipun, berapa kerat calon PKR yang yakin dirinya boleh menang dalam PRU yang lepas?
Bak kata seorang teman, bukan sahaja calon UMNO yang terkejut kerana kalah. Calon PKR yang menang pun rasa tak percaya.
Sebenarnya rakyat sekadar memberi amaran kepada BN. Mereka pun tak menjangka undian mereka menyebabkan kerajaan BN benar-benar kalah.
Akibatnya, ternyata janji-janji hanya palsu sebagaimana berita berikut:
Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar Ahad sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.
Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut.
Bernama melaporkan, anggota Parlimen kawasan Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah telah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010.
"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah.
"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan.
Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu.
Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu.
"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya.-29/1/2011
Parti Adat dan Sukan kini bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan jual beli tanah wakaf! Pemaju Sony Hoo pun menyerahkan tanggungjawab ini kepada kerajaan negeri. Jadi? apakah tindakan Pas seterusnya? Tetap mahu menjual, atau bayar ganti rugi pada pemaju dan kekalkan tanah wakaf.
Dulu salah seorang Exco Pas pernah memberi jaminan bahawa Pas akan pertimbangkan permintaan Dap supaya Dap dapat meletakkan calon Melayunya di kawasan kepunyaan Pas.
Kalau tak salah Mc, Dap meminta 4 lagi kerusi tambahan untuk calon Melayunya.
Ini menambah lagi keyakinan kita bahawa suatu hari nanti Dap akan gantikan Pas dalam politik tanah air. Sudahla Pas
Pas dijangka memberi laluan kepada calon Melayu DAP untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana Pas sejak kebelakangan ini cenderung untuk menuruti setiap kehendak DAP.
Beliau yakin Pas tidak banyak pilihan jika itu yang dikehendaki oleh parti sekutunya.
"Saya lihat dan saya percaya ini yang akan berlaku. Tidak mustahil dalam usaha DAP menarik minat sokongan pengundi Melayu, Pas sedia mengorbankan kerusi mereka untuk diberikan kepada calon Melayu DAP," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini DAP yang kini dilihat cuba menampilkan calon-calon Melayu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, walaupun UMNO merupakan parti berasaskan Melayu namun parti tersebut tidak pernah mengabaikan nasib serta masa depan kaum-kaum lain.
McTheory: Pemimpin nombor dua UMNO Kedah pun mengakui hakikat ini. Dap akan Ganti Pas!!
LEPAS BALAK, TANAH WAKAF DAN PASIR, KINI GUNUNG PULAK DEPA NAK JUAII!!
Kepala Gunung Pulai, Baling
Projek menyapu bersih harta bumi Kedah oleh kerajaan Pas, tidak berhenti setakat tanah wakaf, balak dan pasir sahaja. Kali ini mereka bertindak lebih berani dengan cubaan menjual Gunung pulak. Gunung yang Mc maksudkan adalah 'Gunung Pulai' yang terletak di Baling Kedah. Gunung Pulai terkenal dengan batu-batu berkualiti dan mempunyai beberapa Gua asli yang begitu berharga.
Cubaan menjual Gunung untuk dijadikan kuari batu dengan harga rm50 juta telah dibantah oleh penduduk kampung disekeliling Gunung tersebut, termasuklah penduduk di Kampung Paya Lama.
Pemaju kuari yang disokong oleh kerajaan negeri, mengunakan pelbagai cara untuk memujuk penduduk kampung, termasuklah dengan merasuah lembu bagi mengadakan korban pada hari raya yang lepas.
Bancian penduduk terhadap kuari itu telah 3 kali dilakukan, namun penduduk semuanya sepakat untuk menolak projek kuari batu yang mereka khuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka.
Baca surat bantahan dari penduduk dibawah,
Andaikata projek ini dibenarkan oleh kerajaan negeri dan pembinaan kuari diteruskan juga, maka orang kampung akan membantah projek kuari ini dengan sekeras-kerasnya.
Nampaknya projek jual gunung ini merupakan satu lagi projek kerajaan negeri Kedah.
Kalau Gunung pun depa nak jual, lepas ni apa pulak yang boleh mereka jual lagi?
McTheory: Puak Pas ni dah gila dah.. kritikal punya gila nih..
Kelakar apabila Ustaz Azizan yang depa kata rabun sakit dan tak boleh buat kerja tu, bangun dan bidas balik Aziz biri-biri. ha ha ha..
Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.
Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.
Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan "Buku Jingga bukan al-Quran" yang harus dipatuhi sepanjang masa.
"Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib)," tambahnya.
Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.
Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.
Azizan turut menyifatkan Aziz "buta undang-undang" dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.
"Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.
"Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat," katanya.
Beliau menambah: "Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur."
Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.
"Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, 'gentleman' sikit.
"Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain," katanya.
Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.
"Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.
"Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah," katanya.
PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.
Selama Ustaz Azizan kena serang dengan pelbagai pihak termasuk Aziz Biri ni, rasanya takdak sorang pun yang bangun back up Ustaz Azizan ni. Nampak sangat pepecahan dalaman Pas Kedah ni sangatlahhh teruk.
ATAUPUN PAS KEDAH HANYA??
Tidur tak buat kerja, hinggakan negeri porak-peranda pun depa buat tak kisah!! Akhirnya.. Kedah Sejahtera, Rakyat Juga yang sengsara!!
McTheory: Pas ni dah tak relevan, berserabut teruk!!
Dalam pada PAS heboh mengatakan Hassan Ali tidak akan mendatangkan sebarang carik dan luka kepada politik PAS – parti itu nampaknya bersusah payah membuat kenyataan media; dikumpulkan seluruh saf PAS Selangor bagi berdepan dengan Hassan Ali.
Tajuk kenyataan kepada media amat mudah dan senang faham:-
- PAS tidak takut langsung dengan jelajah Hassan Ali;
- PAS Selangor berada di dalam keadaan yang terbaik;
- tidak ada sebab masyarakat Melayu perlu risau dengan hakikat PAS tidak lagi menjadi 'tokan besar' dalam menjaga agama;
- hubungan baik dalam saf PAS Selangor akan terus terpelihara;
- Hassan Ali tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS;
- Hassan Ali seorang lelaki kecewa yang tidak mendapat tempat;
Maka, dikeluarkan segala macam fakta songsang yang boleh menjadikan perkara-perkara di atas diterima pakai oleh orang PAS secara keseluruhannya.
Ironinya, menurut seorang 'pekerja' di PAS Selangor – ini semua kenyataan media yang sudahpun diusahakan oleh pihak lain. Pejabat PAS Selangor menerima 'fax' draf kenyataan media malam kelmarin. Bahasanya lebih kasar. Termasuk menggelar Hassan Ali sebagai 'pecacai politik' UMNO – pengangkat najis UMNO dan sebagainya. Menurut kakitangan terbabit, fax tersebut berasal daripada Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sebelum ini ada juga beberapa surat yang difaks daripada nombor yang sama.
Kenapa yang Anwar pula jadi 'GENTAR' dan 'CEMAS' dengan Hassan Ali? Apakah Anwar lupa bahawa Hassan Ali adalah ulama' pertama yang berada di rumahnya selepas beliau dipecat pada tahun 1998? Apakah Anwar lupakan jasa Hassan Ali yang berjaya meyakinkan PAS sekitar tahun sama bahawa Anwar suci, bersih lagi maksum? Sudah lupa?
Nampaknya, Hassan Ali akan menjadi mangsa serangan 'bersiri' PAS (dengan arahan Jeneral Anwar Ibrahim). Tukang tembak yang sudah dikenal pasti: Dr Rani, Khalid Samad dan sesekali akan diikuti oleh Azmin Ali.
Azmin dikatakan akan MEMBOGELKAN Hassan Ali sebogel-bogelnya – termasuk beberapa permohonan yang dikatakan berkepentingan peribadi Hassan Ali kepada MB sebelum ini.
Simpati dengan Hassan Ali; nampaknya dia seorang kena berlawan dengan dua parti sekaligus. Masak.
Ada yang kata, Anwar jadi cemas kerana ada 'benda' yang Hassan Ali tahu – tetapi tidak pernah didedahkan kepada umum. Kalau didedahkan…maka maruah Anwar akan terburai sekali lagi. Apa dia agaknya rahsia Anwar yang ada dalam poket Hassan Ali gamaknya….kita kena tunggu lah nampaknya.
Arahan Anwar supaya dilakukan 'character assassination' kepada Hassan Ali akan dipikul oleh PAS Selangor…
Masyarakatlah harus menilai, di tahap mana PAS pada ketika ini.
Walaupun Pas Bukit Gantang dan Anwar Ibrahim sendiri mengeluarkan arahan supaya orang Pas tidak menghadiri ceramah Hasan Ali, namun masih ramai yang berdegil dan turun untuk mendengar sendiri luahan dari hati nurani seorang bekas Exco Pas Selangor tersebut.
Ternyata, masih ramai orang Pas yang menyokong perjuangan Islam sebenar, daripada perjuangan Islam politik ala Pas.
Terbukti untuk memperjuangkan Islam Dr Hasan Ali tidak keseorangan, ramai umat Islam sentiasa akan bersamanya kerana perjuangan menegakkan Islam yang dibawanya adalah satu perjuangan yang suci.
Syabas Dr Hasan Ali, kerana perjuangan sebegini amatlah ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam di Malaysia.
Tolak parti yang 'mempolitikkan Islam' carilah Islam sebenar untuk di dokong.
McTheory: Memang ada politik dalam Islam, tapi jangan politikkan Islam
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan pemimpin itu mahu melindungi keselamatan Israel.
Bercakap kepada pemberita di Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau kecewa dengan kenyataan ketua pembangkang itu tetapi tidak berasa terkejut.
Dakwanya, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.
Dr Mahathir hari ini bercakap dalam program kepimpinan anjuran Kajian Pentadbiran Kerajaan, Universiti Tun Abdul Razak.
Ini kesannya bila MB Kedah @ Ostat Jijan membelakangi & menghina kitab suci Buku Jinggay karya Pakatan . Selepas dihina oleh budah mahasewel dengan membawa pocong di pejabat PAS & kritikan pedas Dr Aziz Bari , kini DAP Pinang mengambil giliran mereka membalun MB Kedah ini .
Itu lah hebatnya siapa yang tak ikut & patuh segala apa yang dikehendaki dalam kitab suci JingGay Pakatan. Apa kata penyokong PAS di Kedah ? Tak kan nak lihat MB sendiri teruk dibelasah ..
Kerajaan Kedah pimpinan PAS kini menghadapi serangan daripada rakan sejawatnya DAP ekoran tindakan universiti miliknya Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima mahasiswanya.
Bendahari Pemuda DAP Pulau Pinang Steven Sim (kanan) berkata, Pakatan Rakyat menegaskan dasar bersama mereka dalam Buku Jingga, yang menurutnya digubal berdasarkan hasrat rakyat Malaysia selepas hampir 50 tahun bawah pemerintahan BN.Dasar itu termasuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
"Dasar itu bukan kata-kata kosong tetapi prinsip anggota Pakatan, termasuk PAS," kata Sim dalam kenyataannya hari ini.
"Menentang undang-undang tidak hadir ini selari dengan perjuangan tiga anggota gabungan (Pakatan) selama ini."
Sim yang juga ahli majlis Seberang Perai berkata, isu itu boleh diselesaikan melalui perbincangan pelbagai pihak bagi menunjukkan mekanisme Pakatan Rakyat lebih berkesan.
DAP baru sahaja mengepak dada mereka melaungkan parti mereka berbilang kaum hanya kerana 2 orang Melayu berfikiran liberal masuk partinya . Tetapi tidak lama kerana seorang pemimpin kaum Cina sendiri membongkarkan bahawa DAP nak tubuhkan kerajaan Cina di Perak !!
Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mendedah DAP ingin menubuhkan sebuah 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Harus diingatkan perkara ini bukan baru kerana semasa 11 bulan kerajaaan DAP memerintah dengan meletakkan seorang boneka sebagai MB , siapa sebenarnya taiko besar ??
DAP memang inginkan menjadi taiko besar di Perak tetapi hanya mampu bertahan 11 bulan sahaja .Jadi kini mereka menghasut pengundi Cina dengan pelbagai dakyah semata-mata ingin berkuasa semula .
Adakah Nizar diperlukan lagi oleh DAP ??
MCA mendedahkan Pakatan Rakyat bercita-cita untuk menubuhkan sebuah 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kononnya parti pembangkang berkempen kepada masyarakat Cina di peringkat akar umbi bahawa orang Cina akan dijadikan 'taiko' sekiranya mereka memerintah Perak," kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Chua, janji-janji itu hanya helah terbaru Pakatan Rakyat yang merupakan satu pembohongan yang amat besar untuk memenangi sokongan dan menggesa masyarakat Cina tidak terpedaya.
"Ini merupakan satu pembohongan besar kerana selepas pilihan raya yang lalu, walaupun pembangkang menang, tetapi menteri besar yang dilantik bukan daripada kaum Tionghua, tetapi seseorang daripada PAS," kata Chua dipetik akhbar milik Umno itu.
Chua yang juga pengerusi MCA Perak berkata, kebanyakan masyarakat Cina tidak sedar bahawa sekiranya mengundi DAP, mereka sebenarnya hanya memberi lebih kekuatan kepada PAS dan PKR untuk mendominasi pakatan pembangkang.
"Jika dilihat pada pilihan raya umum 2008, DAP mempunyai 18 wakil rakyat sementara PAS dan PKR hanya 11 orang, tetapi yang menjadi 'taiko' di negeri ini ialah PAS, bukannya DAP," kata Chua.
Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sengaja diputar-belit oleh media tempatan adalah satu lagi bukti sikap lidah bercabang Ketua Pembangkang itu.
Sambil mempersoalkan sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel sehingga ketua pembangkang itu sanggup menyokong keselamatan negara Yahudi itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Anwar bertujuan menyuci dosanya terhadap zionis.
"Ini bukti satu lagi sikap lidah bercabang. Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Rakyat Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar tidak tahu? Anwar sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.
"Ini kerana Anwar mahu barat melihat beliau kawan kepada zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."
Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.
Sebaliknya, menurut Anwar, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.
Mengulas isu sama, bekasNaib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar buta sejarah kerana zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.
"Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.
"Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan," katanya.
Sehubungan itu, Mohd. Zahid mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan sokongan ke atas Anwar dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.
Menurut beliau, Pas perlu menyatakan pendirian dengan jelas berhubung sokongan Anwar ke atas keselamatan Israel itu kerana pendedahan mengenainya, dibuat oleh akhbar antarabangsa yang sangat dipercayai pihak pembangkang dan bukannya media tempatan. Utusan
Komen GPB :
Lepas ini confirm Anwar kena balik Permatang Pauh untuk ceramah kepada penyokong taksub jelaskan pasal sokong Israel ini ...haha
Perjuangan DAP yang selama ini sering mempersoalkan dasar kerajaan terhadap orang Melayu membuktikan ia tidak layak digelar parti mewakili semua kaum.
Pemerhati politik, Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, selain itu DAP juga masih gagal memahami kedudukan sebenar masyarakat luar bandar yang berada dalam kemiskinan dan kemunduran.
"Adakah dengan hanya beberapa orang Melayu menyertai parti berkenaan dalam tempoh terdekat telah mengubah dasar dan perjuangan DAP sebelum ini?," katanya.
Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun, Terengganu mengulas ingatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya orang Melayu berwaspada dan tidak mudah terperangkap dengan tipu helah DAP.
Che Hamdan berkata, DAP sebenarnya lebih berminat menarik penyertaan golongan profesional dan bekas-bekas pemimpin parti lain yang dapat memainkan isu-isu semasa dengan lebih berkesan.
"Ini terbukti apabila kita melihat bagaimana golongan profesional muda Cina lebih cenderung kepada DAP," katanya.
Beliau menambah, golongan Melayu yang menyertai DAP adalah mereka yang mempunyai pemikiran liberal dalam konteks demokrasi pada hari ini.Katanya, mereka cenderung memperjuangkan kesamarataan dan hak-hak asasi manusia yang tidak selari dengan perjuangan PAS.
"Selain itu, kedudukan Pas yang menyaksikan perselisihan di antara golongan konservatif dan neo-konservatif dalam parti tersebut gagal menarik golongan liberal ini untuk berjuang atas tiket parti tersebut," katanya.
Sementara itu, penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin percaya tindakan segelintir Melayu menyertai DAP adalah atas faktor kepentingan peribadi, dendam serta kecewa setelah gagal mendapatkan sesuatu daripada parti politik Melayu termasuk Pas.
Selepas berjaya mengegarkan HIMPUN di P.Pinang hingga membuatkan Malik Itik dan Salleh Man tak tidoq lena , kali ini di Bukit Gantang pulak Dr Hassan Ali berceramah membawa agenda perjuangan IMR nya .
Dikhabarkan ramai ahli PAS hadir ke ceramah Dr Hassan Ali di Bukit Gantang ini walaupun cuba ditentang oleh pemimpin mereka di parlimen berkenaan . Ternyata roadshow Dr Hassan Ali semakin hari mendapat sambutan ke mana beliau pergi . Ini kerana sokongan senyap orang Melayu dari pelbagai latar belakang politik yang terpanggil untuk mempejuangkan IMR .
- Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan The Wall Street Journal jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, adalah jelas kenyataan tersebut bertujuan mendapatkan sokongan antarabangsa, khususnya masyarakat dan penyokong-penyokong negara Yahudi itu dalam usaha menghadapi pilihan raya.
Sebelum itu, beliau mengingatkan kembali tindakan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep rejim zionis di Israel. Tindakan ini telah menyebabkan kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.
"Dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau di The Wall Street Journal itu adalah jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian Anwar Ibrahim mengenai isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri.
"Kenyataan beliau yang menyokong penuh semua tindakan Israel bagi menjaga keselamatan negara itu adalah jelas, kecuali kalau beliau ingin mendakwa The Wall Street Journal melakukan kesilapan," katanya.
Sementara itu, Anifah menegaskan, kerajaan tidak pernah menyokong tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.
"Malahan kita telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.
"Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan," katanya.
SEGALA KEMUDAHAN DAN KEBAJIKAN TELAH DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN BN UNTUK KITA. OLEH ITU APA PERLUNYA KITA MENOLAK KERAJAAN YANG TERBAIK INI. BUKANKAH SATU KERUGIAN JIKA KITA MENGADAIKAN KENIKMATAN MELIMPAHRUAH YANG TELAH KITA KECAPI HANYA KERANA JANJI PUAK JUAK PAKATAN YANG BELUM TENTU DAPAT DITUNAIKAN.
LIHATLAH MELIMPAHRUAH RAHMAT DAN KEMEWAHAN YANG KITA DAPAT MELALUI KEMURAHAN HATI KERAJAAN BN.
INGAT SUBSIDI DAN BANTUAN BUKAN TANGGUNGJAWAB...TETAPI DIATAS KEMURAHAN HATI...
HIDUP UMNO....HIDUP BN.
You are subscribed to email updates from AbangTuah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan