Rabu, 14 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Zahid tidak matang berdepan soal pertahanan negara

Posted: 14 Dec 2011 04:37 PM PST

KOTA KINABALU, 14 Dis: Dewan Pemuda PAS Sabah hari inimenyanggah kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidiberhubung isu aset pertahanan negara.

KetuaPenerangannya, Mohd Julfikar Abd. Mijan berkata, selaku Menteri yangbertanggungjawab dalam hubung kait pertahanan negara, adalah menjadi satuusahanya untuk memastikan kekuatan dan kaedah pertahanan negara berada dalamkeadaan yang baik.

"Kitahanya menyatakan kebenaran dan kegusaran… bukannya mahu bercakap banyak sepertiapa yang didakwa beliau," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada UnitMedia PAS Sabah.

MenurutJulfikar lagi, pelawaan Zahid kepada PAS untuk melawat pangkalan kapal selam diSepanggar, Sabah juga menunjukkan ketidakmatangan beliau menghadapi suara dandesakan rakyat.

"Kitabukan nak minta lawat kapal selam… kita nak tahu kapal itu boleh menyelam atautidak.

"Apa-apapun kita ucap terima kasih lah kepada kementerian kerana baru hari inimenjemput kita untuk lawat kapal berkenaan," ujarnya.

Zahid sebelum ini telah mempelawaPakatan Rakyat yang mempertikaikan kemampuan aset pertahanan negara untukmelihat sendiri kemampuan aset pertahanan tersebut, sekali gus menyanggahtohmahan yang dibuat Pakatan Rakyat.

PASjuga turut menegaskan bahawa, soal pertahanan negara tidak perlu dijadikanbahan mainan kerajaan UMNO/ Barisan Nasional.

Tegasnya,aset pertahanan negara, kedudukan beliau sebagai menteri dan keupayaankepimpinannya adalah hak rakyat untuk mengetahui sejauh mana kemampuan dankeselesaan yang diberikannya kepada rakyat. 

"Iniduit rakyat bukan duit Pakatan Rakyat dan bukan duit UMNO/ Barisan Nasional.Dia kena sedar bahawa, kedudukan dia selaku menteri dan ahli parlimen adalahkerana rakyat yang menyokong dan mengundi," tegas Julfikar.

PASjuga mencabar Menteri Pertahanan itu untuk diadakan secara langsung mengenaikemampuan kapal selam tersebut bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tohmahanyang dilemparkan Pakatan Rakyat itu tidak benar.

"Kalaudia (Zahid Hamidi) benar-benar mahu tunjukkan bukti, adakan siaran secaralangsung dalam TV… tunjuk kepada orang ramai, ini kapal boleh menyelam denganbaik.

"Tapibukan setakat menyelam saja, apa-apa yang berkaitanlah. Macam… sedalam manaboleh menyelam, sejauh mana kapal itu menyelam dan bergerak, dan kemampuankapal itu menghadapi musuh negara," katanya yang juga bekas anggota TenteraLaut DiRaja Malaysia (TLDM).

Tiada ulasan:

Pengikut