Khamis, 17 November 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

DIALOG RAKYAT

Posted: 17 Nov 2011 03:35 PM PST

'Teng bakal dilantik ketua BN Pulau Pinang'

Posted: 17 Nov 2011 06:59 AM PST

Susan Loone

Sumber BN yang dipercayai melaporkan bahawa Perdana Menteri dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju melantik setiausaha agung Gerakan Teng Chang Yeow bagi menggantikan Tan Sri Koh Tsu Koon sebagai ketua BN Pulau Pinang yang baru.

teng chang yeow gerakan secretary generalMenurut sumber itu, Najib telah menolak pencalonan naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Ong Thean Lye.

Katanya, sebab-sebab bagi penolakan Ong adalah tidak jelas, tetapi pengumuman untuk melantik Teng (kiri) dijangka dibuat pada Sabtu ini oleh Koh sendiri, di mana beliau juga dijangkakan "pengorbanannya' untuk meletak jawatan sebagai ketua BN negeri.

Pengumuman itu dijangka dibuat selepas Koh mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat Gerakan di Universiti Wawasan di Pulau Pinang.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Koh, pagi tadi, mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri.

Katanya, tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan menerajui parti berkenaan.

Lim: Umno dalang keputusan Koh tak tanding PRU-13

Posted: 17 Nov 2011 06:57 AM PST

Umno adalah dalang di sebalik keputusan presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

NONE"Saya fikir ia (keputusan itu) bukan kehendak (Koh) beliau... Jika tidak, beliau akan berundur sebagai presiden Gerakan selepas kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2008 dan sanggup pula terima jawatan menteri," kata Lim sambil melahirkan rasa simpatinya.

"Umno dapat apa saja yang Umno hendak... itu caranya. Mereka menentukan segala-galanya," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Menurut Lim, misi Umno untuk menggulingkan Koh telah tercapai selepas kempen memburuk-buruk dan mencemarkan nama baiknya dilakukan sejak 2008.

Polis sahkan tahan 13 orang bawah ISA

Posted: 17 Nov 2011 06:49 AM PST


MALAYSIA KINI

Pihak polis mengesahkan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, antara 14 hingga 16 November (semalam) kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan di negeri itu.

NONEKetua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.

"Berdasarkan kepada risikan dan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, didapati ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

"Hasil daripada siasatan dan pemantauan rapi itu, pada 14 hingga 16 November lalu, polis melancarkan operasi dan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Ismail bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti 13 orang yang ditahan itu.

Media terpilih saja dibenar tinjau ladang projek lembu

Posted: 17 Nov 2011 06:48 AM PST

Projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa pembangkang sebagai projek gagal meskipun diberi pinjaman mudah RM181 juta daripada kerajaan, hari ini membawa sekumpulan wartawan melawat ladangnya.

Bagaimanapun, keadaan semakin kusut apabila beberapa wartawan yang berkumpul di ibu pejabat NFC di Gemas, Negeri Sembilan itu dihalau.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoirMenurut seorang wartawan yang tidak mahu identitinya didedahkan, beliau hadir kerana diberitahu bahawa sidang akhbar akan diadakan di lokasi itu tetapi setibanya di situ, beliau dimaklumkan bahawa hanya wartawan daripada media terpilih sahaja yang dibenarkan masuk.

"Kami tak dapat jemputan tetapi dimaklumkan bahawa akan ada sidang media, jadi kami ke mari, tetapi penyambut tetamu berkata nama kami tidak ada dalam senarai."

Kata wartawan itu lagi antara media yang tidak dibenarkan masuk adalah dari Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, Oriental Daily dan Kwong Wah Yit Poh.

NONEMasalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

Ia kemudiannya semakin hangat apabila Pakatan Rakyat berjaya membuktikan projek itu milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

PKR pula kemudiannya mendedahkan syarikat itu menggunakan dana pinjaman mudah itu bagi membeli satu unit kondominium mewah berjumlah RM9.8 juta.

MB S'gor: Tiada pilihan raya negeri hingga Jun 2012

Posted: 17 Nov 2011 06:42 AM PST


MALAYSIA KINI

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

"Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.

"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.

"Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid juga menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak yakin akan memenangi pilihan raya itu.

"Kita kena fikir positif dan apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan, untuk apa kita berbahas tentang bajet dan sebagainya jika kita turut sama dalam pilihan raya sehinggakan apa yang dijanjikan pada belanjawan kali ini tidak dapat ditunaikan sepenuhnya," katanya.

Pada masa yang sama Abdul Khalid juga meminta setiap pihak menghormati intitusi di negeri ini terutamanya Institusi Raja, Dewan Negeri, Kerajaan Negeri dan rakyat.

"Sebagai menjadikan sebuah negeri yang harmoni setiap pihak perlu bekerjasama tanpa ada sebarang sikap prasangka dan yang perlu dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat adalah melaksanakan apa yang telah diamanahkan," katanya

Umat Islam diumpan Injil bertenaga solar

Posted: 17 Nov 2011 06:37 AM PST


MALAYSIA KINI

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut 'Solar Powered Handheld Talking Bible'.

NONEPerkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Katanya, cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain.

Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi.

Tawaran hiburan

Menurut jawapan Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain.

Katanya lagi, bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka.

"Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam.

"Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA.

azlan"Menterjemahkan Injil ke dalam bahas Melayu," jawapan itu dipetik.

Selain itu, Hasan juga berkata penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Sehubungan itu, menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.

Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

Kajian UIA Tidak Menggambarkan Populariti UBN

Posted: 17 Nov 2011 06:29 AM PST

MSO

SATU kajian dijalan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan populariti Haji Najib Razak mantap dan mengatasi populariti tiga tokoh politik semasa lain; Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Gua Eng. Kajian itu mengambil 1,500 sampel yang dilakukan sejak 2009.

Kajian itu menyebut populariti Najib yang sedikit merosot sebelum naik hingga 63%.

Saya bersetuju kalau populariti Najib naik mendadak dan meninggalkan tiga tokoh lain. Walaupun ia boleh dipertikaikan dari sudut kebenaran tetapi ada kebenarannya dengan kajian itu. Pihak yang tidak suka Najib tidak perlu menidakkan dapatan kajian itu.

Sebaliknya apa yang kena faham kajian itu hanya menumpukan kepada keperibadian Najib sebagai perdana menteri. Beberapa soalan yang mungkin diajukan kepada sampel ialah tentang stail Haji Najib dan juga pendekatannya dengan rakyat. Kajian itu tidak menyetuh soal permasalahan di sekitar diri Najib misalnya 'damage' yang disebabkan isterinya.

Apa yang ditanyai ialah soalan positif dan tentu mengelak soalan-soalan negatif berhubung dengan kelemahan fata Najib. Kalau soalan negatif ditanya atau pun soalan kajian itu bebas, sukar untuk meletakkan Najib lebih popular dari tokoh lain.

Manakala soalan yang diajukan mengenai tiga tokoh pembangkang, Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng itu tentu soalan negatif yang disekitar apa yang didedahkan oleh media massa khsusnya media massa penjilat buntut kerajaan UBN.

Kalau sample menjadi atau memberi pandangan negtif mengenai ketiga-tiga tokoh itu ia juga tidak ganjil kerana media massa arus perdana sudah melanyak dan mengutuk mereka semahunya. Tentu sampel itu menjawab pertanyaan itu dengan pengaruh media massa. Dalam kata lain kajian itu dibuat secara endorcement.

Bagi saya kajian itu tidak sedikit pun perlu dibimbangi oleh para pendokong Pakatan Rakyat. Populariti Najib tidak banyak mempengaruhi keputusan pilihan raya ke 13 nanti. Harus disedari antara diri Najib dengan kerajaan yang dipimpinnya kini - UBN, dua hal berbeza.

Najib adalah sebagai peribadi mungkin cara dan pendekatannya yang turun pandang telah menyentuh perasaan rakyat. Bila Haji Najib minum kopi dengan rakyat di warung, ataupun membuat lawatan ke setesen bas dan teksi rakyat tertarik dengannya. Rakyat memang suka sikap dan juga pendekatan demikian kalaupun itu hanya sandiwara atau pun sikap yang sengaja diubah untuk kepentingan pilihan raya.

Kenapa saya kata begitu sebab mengunjungi orang kampung bukan perangai Najib. Najib jadi wakil rakyat bukan selepas beliau jadi perdana menteri, tetapi sejak tahun 1976 lagi. Orang Pekan mengetahui akan sejauh mana kepedulian Najib ini, kalau tidak Najib tidak pernah menang dengan nyawa ikan pada tahun 1999.

Populariti diri Najib belum tentu untuk mengatakan rakyat suka kepada parti yang dipimpinnya UBN. UBN telah terlalu lama dan membosankan rakyat. Berbagai penyakit yang menimpa UBN yang dilakukan oleh pemimpinnnya menyebabkan rakyat berfikir dua kali untuk terus memberi sokongan. Rakyat terutamanya yang ada otak akan membezakan di antara diri Najib dengan kerajaannya.

Isu-isu seperti lembu gemuk membabitkan Sharizat Jalil, menteri yang ke Makkah menaiki jet kawannya, dan sebagainya tetap menjadi persoalan rakyat. Isu itu akan dapat mengambus kemesraan Najib dengan rakyat.

Saya percaya Najib sendiri tahu apakah natijah kepada dapatan kajian itu. Najib sendiri tidak muda teruja dan terpesona dengan dapatan itu mengatakan dia popular. Kepopulariti beliau belum tentu dapat menjadikan parti UBN popular di kalangan rakyat.

Kesimpulan kajian UIA itu tidak lebih untuk menyedapkan Najib sahaja, tetapi hakikatnya amat pahit untuk diterima. Mungkin untuk media massa ia adalah berita yang sangat bernilai tetapi kepada UBN dan Najib sendiri sebaliknya. Kajian itu menjadikan Najib semakin cemas dan boleh memberi keburukan kepada dirinya sendiri.

Ceramah Anwar Dicemari Letupan Mercun

Posted: 17 Nov 2011 05:52 AM PST

Oleh Ibn_bacoks
imageBATU PAHAT – Satu insiden yang tidak bertamadun telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan meletupkan mercun di tempat ceramah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang di bandar ini, dekat sini, malam tadi.

Insiden ini berlaku sewaktu Dr. Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap.

Sebanyak dua kali cubaan dilakukan yang disifatkan satu lagi siri provokasi dengan harapan majlis ceramah pada malam tadi gagal dijayakan.

Tinjauan mendapati, dua letupan kecil yang berlaku itu, salah satunya meletup berdepan dengan pentas yang turut sama diduduki Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dan Dr. Boo Cheng Hwa, Pengerusi DAP Johor manakala satu satu lagi, begitu hampir dengan kedudukan wartawan Mtd Benut di sebelah kiri yang juga berhampiran dengan sebuah kenderaan pelbagai guna MPV berwarna hitam.

(Asap berkepul-kepul sebaik saja mercun dilontar)

Pada awalnya Mtd Pas Benut menyangka letupan itu mungkin berpunca daripada penyambung wayar yang digunakan penganjur bagi membekal tenaga elektrik namun ia tidak berlaku.

Cemas dengan insiden ini menyebabkan pelaku berjaya melarikan diri ke semak berhampiran manakala pihak penganjur pula gagal menangkap pihak yang cuba melakukan sabotaj itu.

Bagaimanapun, dilaporkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut.

Terdahulu, penganjur program turut didatangi rombongan daripada pihak Polis yang diketuai oleh Tuan Din bin Ahmad selaku wakil bagi pihak berkuasa untuk diadakan pertemuan. Manakala penganjur pula menghantar wakilnya iaitu peguam Hassan Karim.

(Hassan Karim, Peguam berbincang dengan dua anggota Polis berpangkat besar Tuan Din bin Ahmad dan Tuan Mahazan)

Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit itu membuahkan hasil apabila majlis tersebut dibenarkan penganjurannya setelah Pihak berkuasa berpuas hati dengan jaminan yang diberikan penganjur tapi bersyarat.

Menurut Hassan dengan katanya majlis yang berlangsung itu akan dipantau oleh pihak berkuasa dari masa ke masa bergantung kepada situasi.

Beliau berkata pihaknya akan bertanggungjawab dan jika ada sebarang provokasi akan dihadapinya sehingga selesai majlis.

"Saya sebagai peguam penganjur, kami adakan rundingan tadi dengan pihak Polis serba mesra, ringkas, bertukar-tukar fikiran dan cadangan. Alhamdulillah Polis beri semacam keizinan tapi bersyarat.

"Polis akan pantau majlis ini. Ia bergantung kepada kita. Sama-samalah memahami tugas Polis" ujarnya kepada hadirin sebaik sahaja pihak berkuasa beredar dari tempat ceramah.

Sementara itu, Anwar turut dilaporkan berkata pihaknya berasa pelik kerana sebelum ini kehadirannya ke Johor menghadapi pelbagai halangan.

Sedangkan ujarnya kehadiran itu bertujuan memberi penerangan dan penjelasan sebaliknya bukan untuk menjatuhkan aib pemimpin UMNO-Barisan Nasional.

"Saya nak pergi Rengit (berceramah) dihalang. Adakah saya bawa peluru berpandu. Bukan nak pergi perang !" soalnya lagi.

Beliau mengulas perkara ini ekoran kedatangannya ke Pekan Rengit beberapa bulan lalu disekat sehingga jalan Batu Pahat-Pontian ditutup oleh pihak berkuasa.

Anwar dalam rangka lawatannya ke negeri Johor sebelum ini telah menghadiri majlis Hi Tea anjuran Pakatan Rakyat di sebuah Restoran di jalan Tanjung Labuh sebelum bergerak ke tempat ceramah di kampung Parit Bilal, Batu Pahat.

Ibn_bacoks : Syabas dan tahniah kepada Polis diatas keizinan itu. Maaf dengan prejudis terhadap pihak berkenaan.

Pelakon Wanita Ini Akhirnya Beroleh Gelaran "Datin" Setelah Ahli Politik Yang Penuh Kontroversi Ini Menceraikan Isteri Pertamanya, Mengapa?

Posted: 17 Nov 2011 05:48 AM PST


Ini berikutan Datuk Bung Mokhtar Radin menceraikan isteri pertama beliau, Nor Asidah Alimuddin.

Untuk yang tidak tahu, gelaran datin hanya boleh digunakan oleh isteri pertama sahaja.

Laporan berkenaan Zizie 'naik pangkat' disiarkan dalam Berita Minggu semalam.

Perceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu.

"Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan.

"Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji," lapor akhbar berkenaan.

Bung berkahwin dengan Nor Asidah pada 24 Ogos 1991 di Sabah.

Perkahwinan dengan Zizie pula berlangusng pada 16 Disember 2009. Kedua mereka (Zizie dan Bung) kemudian telah didakwa di Mahkamah Syariah kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah dan kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Apa pun, tahniah la Zizie yea…tercapai impian…syukurrrrr.

PM Haji Najib Terus Menggunakan 'ISA' Untuk Rakyat Malaysia... Masih Dengan Sandiwara - Lebih 10 Orang Ditahan Di Sabah...

Posted: 17 Nov 2011 05:43 AM PST


KUALA LUMPUR: Penangkapan terbaru membabitkan sekurang-kurangnya 10 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah Isnin lalu membuktikan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya 'sandiwara'.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ianya secara jelas menunjukkan bahawa Najib sememangnya tidak ikhlas dengan pengumumannya sebelum ini untuk memansuhkan ISA.

"Penahanan terbaru ini menjadi satu singgungan yang kuat kepada rakyat.

"Ia tak memberi apa-apa makna kepada janji perdana menteri untuk memansuhkan ISA melainkan hanya sandiwara untuk mendapat sokongan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas maklumat terbaru berhubung penahanan 10 aktivis Islam di bawah akta itu di Sabah, 14 November lalu.

Semalam, Pesuruhjayanya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar.

Menurutnya, keluarga atau waris yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian bahawa mereka ditangkap di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA).

Menurut Syed Ibrahim, GMI bagaimanapun mendapat maklumat sekurang-kurangnya 11 hingga 14 orang yang ditangkap dalam operasi hari tersebut.

"(Dengan pengumuman Najib) Kita jangka tak ada lagi tangkapan besar-besaran seperti apa berlaku ini.

"Tapi malangnya kita lihat tindakan tidak menyokong janji yang dibuat," jelasnya sambil mendakwa akan mengeluarkan kenyataan rasmi GMI hari ini.

Sementara itu, GMI menurutnya akan mendapatkan maklumat lanjut dari waris mangsa tahanan untuk membuat tidakan susulan.

Beliau menyeru pihak keluarga terutamanya dan PAS Sabah memberi kerjasama untuk tujuan tersebut.

"Ramai yang ingat (selepas pengumuman Najib), tidak ada lagi mangsa yang ditahan, dan tiadak ada lagi yang akan ditahan.

"Sebenarnya masih ada yang belum dibebaskan dan masih berlaku tangkapan-tangkapan baru," jelasnya.

- HD

Apabila Najib dalam ucapannya sempena menyambut Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan menghapuskan ISA, bagaikan lalang ditiup angin juak-juaknya yang dulu menyokong ISA turut menyokong tindakan Najib menghapuskan Akta yang mereka sokong itu.

Saksikan Video ucapan Najib ...

Muhyiddin juga tidak melepaskan peluang untuk mengampu Najib dengan sebaiknya, katanya "langkah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah keputusan bersejarah kerana ia memerlukan kebijaksanaan dan keberanian politik."

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menjilat Najib sehingga menganggap Najib punyai jiwa besar dan semangat pejuang demokrasi seperti John F Kennedy tokoh pejuang hak asasi universal.

"Akta ISA merupakan akta yang diwarisi sejak zaman pemerintahan Inggeris. Pemansuhannya adalah amat bertepatan dengan kehendak semasa kerana zaman sentiasa berubah. Cara dan corak pemerintahan yang lebih terbuka ini adalah bukti kepada dunia bahawa PM komited untuk melakukan perubahan demi perubahan menyelusuri politik semasa dunia." tambahnya.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lokman Noor Adam berkata keputusan pemansuhan ISA yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sememangnya satu keputusan yang sukar dan hanya mampu dilakukan oleh seorang yang benar-benar berani dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.

"Selaku bekas tahanan ISA yang sempat bersama tahanan-tahanan lain lebih dua tahun, saya tahu betapa pentingnya undang-undang pencegahan di negara ini.

Isnin lalu dengan penangkapan membabitkan sekurang-kurangnya 10 hingga 14 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah membuktikan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya 'sandiwara'.

Sandiwara untuk mendapat sokongan rakyat dan mengejar popularity semata-mata. tak lebih dari itu sebenarnya..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah). - (Hadis riwayat Bukhari)

Pulau Pinang langsai RM600.5 juta hutang dalam tiga setengah tahun

Posted: 17 Nov 2011 05:13 AM PST

Bajet 2012 mencatat defisit RM213.71 juta walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang mempunyai Simpanan Terkumpul Negeri sebanyak RM572.49 juta, sehingga Disember 2010.

Ketika membentangkan Bajet 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata belanjawan defisit tahun ini dijangka tidak akan melibatkan kepada pengurangan yang drastik kepada jumlah Simpanan Terkumpul Negeri.

"Sungguhpun defisit sebanyak RM107.78 juta telah dijangka dalam bajet tahun semasa 2011, namun dijangka kerajaan negeri masih berupaya mencatatkan lebihan iaitu untuk empat tahun berturut-turut," ujarnya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Georgetown.

Beliau berkata, kira-kira RM600.47 juta atau 95.29 peratus hutang kerajaan negeri berjaya dilangsaikan sejak Mac 2008 dan baki semasa hutang kerajaan negeri ialah RM29.66 juta sahaja.

Baki hutang semasa ini adalah meliputi RM27.51 juta untuk 11 Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan RM2.15 juta bagi projek 'Indoor Archade & Seafood Centre di Batu Kawan.

"Dengan kata lain, Pulau Pinang mencatatkan pengurangan hutang RM600.47 juta ataupun 95.29 peratus dalam tiga setengah tahun ini; iaitu kadar yang paling cemerlang dia antara semua negeri di Malaysia," ujar beliau.

Ally Iskandar Dikritik - Dapat Gelaran Lelaki Miang?

Posted: 17 Nov 2011 05:06 AM PST

Penulis : Radhi Razak.

Ally Iskandar tidak dapat dinafikan masyarakat Malaysia mempunyai bakat dan pengalaman yang cukup meluas dalam bidang kerjaya bidang pengacaraan.

Hampir setiap tahun, nama beliau sudah pasti dipilih antara Top 5 Pengacara Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian seterusnya tercalon membarisi Pengacara hebat yang lain. Itu sudah dikira hebat dan satu kejayaan buat beliau.

Namun,pengendalian beliau mengendali Anugerah Skrin (ASK) baru-baru ini telah menimbulkan rasa kurang selesa dari kalangan sebilangan masyarakat. Bukan isu gandingan beliau bersama Pelakon Rozita Che Wan yang dipersoalkan, akan tetapi aksi nakal beliau mengusik Artis baru Neelofa yang terlalu kerap menyebabkan Ally dilabelkan sebagai "lelaki miang tidak bertempat."

Sememangnya pihak KL POS yang turut membuat liputan khas ASK baru-baru ini cuba mendapatkan respons beliau berkenaan hal ini. Akan tetapi, Akhbar Berita Harian telah terlebih dahulu mendapatkan jawapan dari Ally yang juga merupakan Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI).

"Saya orang media. Apa saja yang mempunyai daya penarik pasti menjadi penambat perhatian khalayak. Saya mengusik Neelofa di Anugerah Skrin sama seperti wartawan menulis gosipnya dengan Hans Isaac di surat khabar.

"Pendekatan kita berbeza, tapi matlamat kita sama dan saya percaya selebriti pun tahu akan perkara ini kerana kita semua saling memerlukan. Apa yang penting adalah ia digayakan dengan berhemah." Itu antara jawapan beliau berkenaan hal tersebut.

Namun Ally dilihat seorang yang bersifat rendah diri. Beliau menjelaskan segala kritikan yang diterima beliau adalah baik buat dirinya yang sentiasa mahu memastikan bidang yang diceburinya itu menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan berkualiti di masa akan datang.

"Kerja sebegini saya kena terima yang baik dan yang buruk daripada penonton. Kalau dikaitkan dengan wanita cantik, saya tiada masalah. Yang cantik wanita itu, bukan saya.

"Sebenarnya, ketika di Anugerah Skrin 2011 sebagai contoh, banyak juga nama lain yang saya jadikan bahan usikan (David Teo, Aaron Aziz, Anuar Zain). Tapi subjek wanita cantik juga yang lebih mengesankan khalayak termasuk wartawan. Sebab itu anda tak bertanya soalan berkenaan 'teori' saya tentang faktor Aaron Aziz menjadi kegilaan wanita. Anda tak perasan barangkali.".

Ally juga sempat berkongsi ilmu melalui pengalamannya dalam bidang pengacaraan.

"Tahap keserasian adalah persepsi dan 'pre-conception' penonton. Bagi saya, sehebat atau selemah mana pasangan pengacara, tanggung jawab saya ialah untuk memastikan dia selesa bergandingan bersama saya agar kami dapat lakukan tugas dengan berkesan," katanya.

Mungkin kritikan ini ada baiknya buat beliau. Menjadi lumrah dalam bidang kerjaya di kaca televisyen, sudah pasti ada yang memberi pandangan positif dan juga sebaliknya.

Walaubagaimanapun, Ally telah melakukan yang terbaik. Tidak dapat dinafikan, pengendalian program Malaysia Hari Ini hampir setiap pagi telah menonjolkan bakat kerjayanya sehingga mampu bersaing dengan pengacara-pengacara hebat yang lain.


Selangor Bagai 'Rumah Ayam' - Hasan Ali

Posted: 17 Nov 2011 05:03 AM PST

KLPOS.COM

SHAH ALAM - Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB. Dato' Dr. Hasan Ali melahirkan rasa bimbang dengan pertambahan beberapa Rumah Urut di beberapa kawasan di Selangor.

Beliau yang membentangkan isu ini melalui Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi turut menambah, ianya turut bakal meruntuhkan akhlak umat Islam di Negeri ini yang seterusnya boleh menyebabkan akidah tergugat.

"Ayam ini pun ada yang jaga dia. Bapa ayam, mak ayam, abang ayam, kakak ayam" kata Hasan yang menggamatkan dewan dengan gelak ketawa.

Dalam pada itu, Hasan Ali turut menggunakan platform pembentangan pagi tadi dengan membangkitkan isu Murtad. Sambil berasa kesal, beliau turut menjelaskan terdapat usaha pihak tertentu menyebarkan Agama lain terhadap umat Islam di Negeri ini.

Penyebaran Agama lain itu dilakukan melalui pemberian bantuan kebajikan kepada masyarakat Islam.

"Dapat bantuan gol miskin, ada sakit (HIV), alami masalah rumah tangga berkesudahan. duduk tempat tak selesa. Beri bantuan kewangan, makanan, pengangkutan, pendidikan dan sebagainya."

Maka beliau selaku Exco yang memegang platform Agama akan mempergiatkan lagi perlaksanaan pencegahan tersebut melalui "Unit Selamatkan Akidah" yang ditubuhkan di Negeri Selangor baru-baru ini.

"Dengan inisitif saudara, buat Unit Selamatkan Akidah. Mungkin 41 orang datang dapatkan bantuan2 lembaga zakat didatangi/terlibat dengan gerakan tersebut."

Ucapan beliau ini susulan daripada Kes penangkapan 12 masyarakat Islam yang dakwanya telah cuba memesongkan akidah dan boleh mendatangkan Murtad.

Beliau telah membentangkan kajian yang dibuat bahawa terdapat bantuan dari beberapa gereja di kawasan tertentu yang memberi khidmat bantuan kepada semua peringkat masyarakat termasuklah masyarakat beragama Islam.

Hasan Ali turut meminta kerjasama semua pihak agar merujuk kepada Lembaga Zakat atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan yang memberi khidmat bantuan kebajikan khas buat umat Islam.

PKR Mahu "Panas" Kan Johor.

Posted: 17 Nov 2011 05:01 AM PST

KLPOS.COM
BATU PAHAT – Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kejutan mungkin akan berlaku di Johor, pada pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan usaha bersungguh-sungguh pakatan pembangkang, terutama PKR untuk menawan negeri itu termasuk menjadikan Johor tuan rumah kongres kelapan parti itu,

"Kita percaya, rakyat akan beri sokongan kuat kepada PR untuk tawan Johor, sekali gus membuat kejutan besar pada pilihan raya akan datang. Ianya akan dimulakan di sini, untuk menjadikan Johor kubu kuat kita," katanya ketika berucap pada majlis makan malam PKR Cabang Batu Pahat di sini, kelmarin.

Kongres Kelapan KPR akan berlangsung di Pulai Springs Resort, Johor Bahru bermula 25 hingga 27 November ini.

Selain Johor, Anwar berkata, pembangkang turut meletakkan matlamat menawan Negeri Sembilan dan Melaka, selain mengukuhkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang.

"Kita yakin dengan sokongan rakyat Johor yang semakin meningkat. Paling tidak pun, kita akan dapat tambah kerusi di negeri dianggap kubu kuat Umno ini," katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng dan Ketua PKR Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali.

Selain itu, Anwar juga berjanji, jika PR diberi peluang memerintah, jawatan Perdana Menteri hanya akan disandang oleh pemimpin yang sama untuk tempoh dua penggal sahaja.

"Menteri pula tidak akan dilantik daripada mereka yang terlibat dengan perniagaan," katanya.

Sementara itu, pada sidang media berasingan di KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution ada sebab tertentu mengapa kongres kelapan parti itu diadakan di Johor.

"Kita tidak buat di Melaka, Perlis, Sabah atau Sarawak yang juga belum pernah jadi tuan rumah. Daripada rekod kita, trend di negeri di mana tujuh kongres diadakan sebelum ini, kemudiannya menjadi medan yang subur untuk parti dan PR. Lihatlah kejayaan kita di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan," katanya.

Untuk kongres kali ini yang bertema 'Demi Rakyat', seramai 2,534 perwakilan yang mewakili 218 cabang seluruh negara dan 1,055 pemerhati berdaftar dijangka akan hadir. Sinar Harian

Rasuah GIAT MARA - Salahuddin Ayub buat Laporan SPRM.

Posted: 17 Nov 2011 04:56 AM PST

KLPOS.COM

KUALA LUMPUR . - Naib Presiden PAS, YB. Salahuddin Ayub bakal membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) atas tindakan Giat MARA yang membuat pembelian beberapa peralatan yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Menurut beliau, ianya jika benar bukan sahaja satu penyelewengan, malah perkara ini mesti disiasat pihak SPRM kepada laporan yang dikeluarkan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah di Dewan Rakyat minggu lalu mencurigakan dan menimbulkan ketidakpuasan hati dari kalangan pihak Pakatan.

Salahudin yang bercakap pada Sidang Media di Parlimen menjelaskan perkara yang memusykilkan beliau selaku panel khas SPRM yang dilantik Parlimen adalah jumlah peralatan yang dibeli pihak berkenaan adalah jauh terlalu tinggi jika dibandingkan dengan harga sebenar dan tidak munasabah.

Beliau menyebut antara peralatan yang dilaporkan dibeli dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran ialah ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419 dan katil boleh lipat pula dibeli dengan harga RM500 berbanding harga pasaran RM100.

Dua dapur gas pembakar dibeli dengan harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90, mesin gunting rambut yang dibekalkan dengan harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79 dan pengisar dibeli dengan harga RM140 berbanding harga pasaran RM60.

DUNIACACAMARBA

Posted: 17 Nov 2011 03:25 PM PST

Gadis MENGAKU SALAH Melakukan Hubungan Seks dengan Bapa Kandung

Posted: 17 Nov 2011 04:00 AM PST


The Straits Times/ANN melaporkan seorang gadis yang mengadakan hubungan seks dengan ayahnya mengaku bersalah atas tuduhan sumbang mahram pada hari Rabu, sembilan bulan selepas bapanya dijatuhkan hukuman penjara.

Gadis yang tidak didedahkan identitinya merupakan wanita pertama di Singapura didakwa atas tuduhan melakukan sumbang mahram, dan dipercayai kes konsensual pertama yang didakwa di republik itu.

Gadis berusia 24-tahun ini mula didakwa awal tahun lepas kerana membenarkan bapanya berusia 46 tahun melakukan hubungan seks terhadap dirinya. Kejadian berahi-gila ini berlaku di dalam bilik tidur utama flat mereka di Serangoon pada bulan April 2008. - DCM

P/s: Gila! 

[Gambar-Gila] Kempen "Antibenci" Benetton Papar Imej Pope CIUM MULUT dengan Imam

Posted: 17 Nov 2011 01:43 AM PST


Pengeluar pakaian Benetton dikritik hebat oleh pelbagai pihak, terutamanya pihak Vatican kerana memaparkan imej rekayasa Pope Benedict bercium mulut dengan seorang imam, Ahmed Mohamed el-Tayeb untuk satu kempen pengiklanan yang mengejutkan banyak pihak.


Jurucakap Vatican, Father Federico Lombardi menyelar tindakan yang manipulatif dan tanpa kebenaran itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima dan mencadangkan pihak Vatican mengambil tindakan undang-undang.

"Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak menghormati Pope, suatu kesalahan terhadap sentimen keimanan, dan contoh yang jelas bagaimana iklan boleh melanggar peraturan asas dalam menghormati orang lain semata-mata mahu menarik perhatian orang ramai", katanya dalam satu kenyataan seperti yang dipetik oleh DM

Sementara itu, Benetton menyatakan bahawa kempen itu diharapkan dapay menghapuskan perasaan saling membenci dan seterusnya mewujudkan  budaya toleran masyarakat dunia. 

Selain gambar Pope dan Imam Ahmed, gambar pemimpin dunia yang turut digunakan untuk menyokong Unhate Foundation termasuklah Obama dan Presiden Venezuela Hugo Chavez,   Canselor Jerman  Angela Merkel dan Presiden Perancis  Nicolas Sarkozy, PM Mahmoud Abbas dan PM Israel Benjamin Netanyahu, Pemimpin China  Hu Jintao dan Barack Obama, Pemimpin Korea Utara  Kim Jong-il dan Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak. -DCM

Beginilah cara orang yang tiada pegangan agama berkempen untuk menyeru kedamaian dan keharmonian.

Bukan kedamaian dan keharmonian yang berjaya diwujudkan, tetapi bidasan dan mungkin tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap penganjur.

[Audio] Guru Besar Didakwa MAKI Cikgu Pro-PAS dalam Ucapan di Hadapan Ibu Bapa

Posted: 16 Nov 2011 11:00 PM PST

Saya petik:

[BO] SETIU - Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu di hadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa," ujarnya dalam satu kenyataan yang die-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid di sekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…"

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"Tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"Apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"Kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik," tegas Dr. Azman.

P/s: Siapa yang bodoh?

Duda Mengaku Salah Rogol Budak Bawah Umur

Posted: 16 Nov 2011 10:23 PM PST

Saya petik:

[SH] Angkara terlalu mengikut nafsu, seorang duda kepada tiga anak sanggup menjadikan gadis bawah umur yang baru dikenali tiga minggu sebagai pemuas nafsu dengan merogolnya di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun, 4 Julai lalu.

Bagaimanapun, natijah perbuatan terkutuk Jefri Hisham Devandass, 31, dari Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu itu terbalas setelah dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 4 Julai lalu antara jam 8.45 malam sehingga jam 9 malam di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun didakwa telah merogol seorang gadis bawah umur, 15 tahun 5 bulan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menarik tangan mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan memaksa masuk ke dalam kontena tersebut lalu bertindak membuka pakaian mangsa.

Sejurus berbuat demikian, tertuduh telah merogol mangsa di atas katil di dalam kontena tersebut kira-kira lima minit.

Mangsa berjaya melarikan diri selepas tertuduh beredar dari lokasi kejadian sebaik sahaja merogolnya dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Dungun dengan ditemani ahli keluarganya.

Laporan perubatan turut mendapati ada kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa. Rentetan laporan dibuat, tertuduh berjaya ditangkap pada 9 November lalu kira-kira jam 10.45 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Kampung Kebor Air Manir, di sini.

24 Pelajar Didakwa Dirawat Selepas Minum Susu 1Malaysia

Posted: 16 Nov 2011 09:00 PM PST

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria  dalam sebuah artikel di Harakah Daily mendedahkan bahawa sebanyak 24 orang pelajar di Kuala Nerang, Kedah telah mengalami masalah setelah minum Susu 1 Malaysia baru-baru. Daripada jumlah itu, katanya, 8 orang telah mengalami masalah serius sehingga terpaksa dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Nerang.

"Saya difahamkan, Susu 1Malaysia itu diberikan kepada semua pelajar di seluruh negara. Diharap pihak kementerian menarik balik bekalan Susu 1Malaysia di sekolah-sekolah kerana ia tak baik kepada kesihatan," katanya.

Sebelum ini, Malaysia Kini melaporkan ujian makmal terhadap sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) didapati mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperoleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia. Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.


Tony Pua pula seperti yang dilaporkan di Sinar Harian menyatakan hasil ujian makmal dilakukan terhadap beberapa sampel produk Kedai 1Malaysia mendapati isi kandungannya tidak menepati piawaian Akta Makanan 1983 dan Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 (Akta 281).

Sembilan produk yang dimaksudkan ialah sos tiram, jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, susu segar, sardin dan kari ayam (makanan dalam tin).

"Kandungan sos tiram, hanya mengandungi 0.6 peratus protein, berbanding kadar minimum 2.5 peratus ditetapkan di bawah Akta Peraturan-peraturan Makanan 166A (1).Manakala kandungan buah-buahan dalam jem nenas, menghendaki 35 peratus kandungan buah, sebaliknya hanya 8.87 peratus." -DCM

P/s: BOIKOT!

Kemas Kini:

[MK] Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

"Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak," petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

"Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan," petik kenyataan itu lagi.

Tsu Koon Tidak Tanding dalam PRU kerana Beri Peluang Orang Muda atau Takut KALAH?

Posted: 16 Nov 2011 08:13 PM PST

Berita Harian melaporkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebentar tadi mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.  Pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, Dr Koh berkata keputusan itu bagi memberikan peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan mewakili parti dalam pilihan raya. 

"Ia juga sebagai strategi transformasi Gerakan iaitu 'Bergerak bersama rakyat'," katanya sambil menambah keputusan itu dibuat tanpa paksaan dan sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dr Koh, 62, berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha merangka strategi, memperkukuh jentera parti, menentukan senarai calon dan mengatur publisiti untuk memastikan kemenangan mereka.

"Saya mahu berkempen untuk calon kami menang berbanding memberi tumpuan untuk memenangi kerusi untuk diri saya saja," katanya. 

P/s: Soalan nakal: Koh Tsu Koon mahu beri peluang kepada orang muda atau beliau takut kalah lagi? Adakah beliau masih trauma dengan kekalahan yang lalu? Adakah "demam" kekalahan lalu masih belum kebah?

Sepatutnya, Koh Tsu Koon meletakkan dirinya sebagai calon yang bakal menghadapi Lim Guan Eng di kerusi DUN PP, bukannya "menikus" di belakang tabir. Biar rakyat menentukan pemimpin pilihan mereka. Adakah ini petanda bahawa Gerakan akan berkubur sepenuhnya dalam PRU akan datang?

Kerana Janji Peluk Islam dan Berkahwin, Duda Serah RM60 Ribu kepada Minah Salih

Posted: 16 Nov 2011 07:35 PM PST

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Bermodalkan ikrar memeluk Islam dan berjanji untuk berkahwin menyebabkan seorang duda berusia 55 tahun sanggup menyerahkan wang tunai simpanannya berjumlah RM60,000 secara berperingkat kepada seorang wanita kulit putih bersama peguamnya, sejak awal bulan lalu.

Pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 55, berkata, wanita warga Amerika Syarikat itu dikenali sebagai Anne mendakwa bekerja di syarikat penggali minyak berpangkalan di Labuan, Sabah, sejak 22 Oktober lalu.


Menurutnya, hasil perkenalan dan pertemuan pertama melalui rakannya itu, dia menjalin hubungan mesra bersama wanita berusia 30-an itu sebelum Anne menyatakan hasrat memeluk Islam hujung tahun ini.

Katanya, disebabkan yakin dengan niat ikhlas wanita itu yang juga boleh berbahasa Melayu, mangsa menceritakan mengenai wang simpanannya yang sudah mencecah RM60,000 dan wang itu akan digunakan untuk urusan perkahwinannya dengan wanita itu kelak.


"Bagaimanapun, pada 8 November lalu, Anne meminta pertolongan saya membayar RM2,500 untuk urusan satu surat sumpah kepada peguamnya yang akan membantu mendapatkan cek tuntutan berjumlah RM2.3 juta daripada majikannya," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Beliau berkata, disebabkan rasa sayang kepada wanita berkenaan, dia berurusan dengan peguam dimaksudkan Anne iaitu seorang lelaki rakyat tempatan yang kononnya mempunyai pejabat di Jalan Telawi, Bangsar, di sini untuk pembayaran wang itu.

"Wang itu dimasukkan ke akaun lelaki terbabit.


"Keesokannya, Anne meminta saya memasukkan lagi RM7,500 dan apabila saya menyatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu, wanita itu merajuk.

"Disebabkan tiada pilihan lain, saya akur pada permintaan wanita terbabit dan lebih mengejutkan seminggu selepas itu, Anne meminta saya membayar RM50,000 pula untuk urusan pembayaran cukai kerajaan," katanya.


Menurutnya, wanita berkenaan menyatakan sebaik selesai membayar wang RM50,000 itu, dia akan datang ke Kuala Lumpur untuk majlis pertunangan mereka.


"Saya percaya dan menyerahkan wang berkenaan kepada setiausaha peguam itu dalam pertemuan di stesen bas berhampiran Pasar Seni.


"Malangnya Anne tidak jadi datang ke Kuala Lumpur seperti dijanjikan sebaliknya menghubungi saya untuk memasukkan pula RM27,000 ke dalam akaun peguam berkenaan untuk urusan sama.


"Disebabkan berasa kurang yakin, saya tidak menuruti permintaannya kerana duit simpanan saya juga sudah habis.


"Apabila saya meminta alamat penuh peguam berkenaan, dia mula memberi pelbagai alasan dan ketika itu baru saya sedar sudah tertipu. "Susulan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Pantai untuk tindakan lanjut," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha sedang dijalankan untuk menjejaki kedua-dua suspek.

P/s: Orang tua pun kena tipu? 

Kerana Mahu Menjadi Model, 15 Gadis Sanggup Berbogel & Serah Tubuh

Posted: 16 Nov 2011 06:00 PM PST

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal 'mengumpan' mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.

"Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian.

P/s: Saya cuma nak cakap betapa bingainya budak perempuan ini kerana sanggup mendedahkan tubuh semata-mata mahu menjadi model. Tambah bodoh, apabila mereka melacurkan diri untuk memastikan diri dipilih menjadi model yang menjanjikan imbuhan yang lumayan.

Walaupun kes ini sudah didedahkan kepada media, percayalah selepas ini pasti ada gadis-gadis bingai yang terpedaya dan kemudiannya menyesal.

Tiada ulasan:

Pengikut