Jumaat, 18 November 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Majlis Perlepasan Skuad Motosikal Cakno Anak Muda Dun Temangan

Posted: 18 Nov 2011 04:04 AM PST











ISA: Tindakan terdesak Umno BN menjelang PRU13

Posted: 18 Nov 2011 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Majlis Pimpinan PKR Sabah menyifatkan tangkapan terbaru aktivis Islam di negeri itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lagi tindakan terdesak Umno BN untuk pilihan raya.
Setiausahanya, Dr Roland Chia Ming shen berkata, tindakan itu bertujuan membangkit isu agama dalam kalangan masyarakat di daerah itu yang terkenal dengan perkembangan ilmu yang amat baik, laporKeadilanDaily.
"Media di Sabah hari ini melapor salah seorang tangkapan itu ialah Ustaz Nazri Dollah, tokoh agama berkelulusan dari Jordan dan kerap diundang oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu di sekolah dan surau di daerah itu.
"Maka dakwaan beliau terlibat dengan keganasan sungguh aneh, mana mungkin orang yang diundang untuk menyampaikan ilmu boleh dianggap pengganas kononnya mengancam keselamatan rakyat," katanya menghubungi Keadilandaily.com hari ini.
Menurutnya, kalaupun beliau didakwa kononnya terlibat dengan aktiviti keganasan, mengapa mesti menggunakan akta ISA yang sebelum ini dijanjikan Najib sudah dimansuh sepenuhnya.
"Nak kata Ustaz Nazri ini PAS tidak juga kerana antara pendengar setia beliau dalam ceramahnya ialah ahli Umno selain tangkapannya turut tidak diketahui polis di daerah Tawau.
"Datuk Najib harus segera tampil menjawab persoalan ini," katanya yang turut bimbang ekonomi Sabah terjejas akibat laporan mengenai dakwaan kononnya ada aktiviti keganasan di negeri itu.
Beliau mengulas laporan media di Sabah hari ini yang menyatakan Ustaz Nazri salah seorang yang ditahan di bawah Seksyen 73 (1), akta ISA kerana didakwa terlibat dengan keganasan.
Manakala laporan Berita Harian dan New Straits Times melapor antara 10 hingga 11 orang ditahan di bawah akta itu sejak Isnin lalu hingga semalam.

Sekitar Ihtifal PASTI Di Kawasan Machang

Posted: 18 Nov 2011 04:00 AM PST




RM100 belum boleh bersihkan dosa Umno BN

Posted: 18 Nov 2011 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pemberian wang sebanyak RM100 kepada para pelajar di seluruh negara sejak minggu lalu belum boleh membersihkan dosa-dosa Umno BN terhadap rakyat sejak sekian lama.

Malah, pemberian wang tersebut turut dilihat jelas oleh orang ramai sebagai umpan murahan Umno BN kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, pemberian wang RM100 itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang erti kepada rakyat jika dihitung dengan keadaan sekarang. 

Menurut beliau, sebaliknya jika Kerajaan BN benar-benar ingin menolong rakyat bukan RM100 yang diberikan, tetapi jauh lebih besar daripada itu. 

Katanya, dengan keadaan sekarang yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, pemberian wang RM100 itu tentunya tidak memberikan sebarang makna kepada orang ramai. 

"Nak buat apa dengan wang RM100? Dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang meningkat, apa nilainya wang RM100 itu?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. 

Rakyat Malaysia sekarang, menurut beliau, sememangnya semakin cerdik dan umpan murahan Umno BN itu pasti dapat dibaca dengan mudah oleh orang ramai. 

Katanya, dengan itu, rakyat pasti dapat menilai pemberian Kerajaan BN itu kerana jika benar kerajaan prihatin dan hendak menolong rakyat bukan nilaian wang sekecil itu yang akan diterima oleh mereka.

"Dalam keadaan sekarang, perkara yang lebih diutamakan oleh rakyat tentunya tindakan yang jujur dari kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan utama bagi menstabilkan ekonomi. 

"Dengan pemberian wang RM100, tekanan hidup yang dialami oleh rakyat tidak juga dapat diatasi, malah keadaan itu pula terpaksa ditanggung oleh rakyat sejak sekian lama sepanjang berada di bawah pemerintahan BN," ujarnya.

Umpan murahan Umno BN dengan pemberian itu, tambah beliau, turut kelihatan jelas oleh orang ramai apabila wang tersebut bukan diberikan terus kepada para pelajar. 

Sebaliknya, tegas beliau, ia diberikan kepada ibu bapa dengan memaksa ibu bapa pelajar datang ke sekolah sehingga turut menimbulkan pelbagai kerumitan kepada ibu bapa sendiri.

"Selain itu di beberapa tempat, turut diadakan ceramah politik terlebih kepada ibu bapa yang datang oleh pihak Umno BN sebelum wang itu diberikan. 

"Ini pasti lebih merumitkan ibu bapa yang bukan sekadar terpaksa bersusah payah datang ke sekolah hanya untuk mengambil wang RM100, tetapi juga membuang masa sehingga terganggu pula urusan penting mereka yang lain," tegas beliau.

Ibu bapa tidak hadir, tak dapat RM 100?

Posted: 18 Nov 2011 03:58 AM PST

RM250 juta boleh bantu 62,500 keluarga Umno

Posted: 18 Nov 2011 03:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan 'Pertanian Satu Perniagaan', jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai food security.
"Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap, stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Menurutnya, sememangnya kerajaan BN gagal menjaga keselamatan makanan untuk rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada negara luar.
Tambahnya, pada 1990 negara mengimport makanan sebanyak RM4.6 bilion dan mendadak meningkat kepada RM26.7 bilion pada tahun 2010.
Katanya, sedangkan Malaysia tanahnya luas tetapi semua makanan seperti beras, bawang, cili, sayuran terpaksa bergantung kepada negara lain.
"Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia. Harga cili naik sehingga RM20 sekilo kerana Thailand banjir, ini hanya satu contoh.
"Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa?" ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, rakyat tentu tidak lupa bagaimana cerdiknya pemimpin BN yang pernah menjual saham Bernas kepada syarikat Wan Tan di Hong Kong.
Beliau menambah, jika sektor strategik pun kerajaan BN pernah jual kepada negara asing, ini semua bahana kerana penyakit 'kroni diutamakan, kepentingan rakyat dikemudiankan.
Buktinya, kata beliau projek NFC, anak syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd di Gemas Negeri Sembilan diberi kepada bukan ahlinya, maka itulah akibatnya.
Katanya, peruntukan wang sebanyak RM250 juta ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dengan target pengeluaran lembu pada tahun 2010 sebanyak 60,000 tetapi hanya mampu sebanyak 8,000 ekor.
"Kesannya wang rakyat mengalir begitu banyak kerana negara terpaksa mengimport lembu daripada negara luar kerana kegagalan projek ini.
"Kita tidak kisah jika lembu ini diberi kepada penyokong Umno tegar di kampung-kampung yang berada di bawah paras miskin, kerana mereka ada kebolehan untuk membela lembu, sekurang-kurangnya dapat meningkat taraf hidup mereka," ujarnya.
Sebaliknya, kata beliau diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.
Menurutnya lagi, berapa banyak wang negara mengalir keluar akibat dasar bebal pemimpin negara kita yang gagal menjaga keselamatan makanan.
"Apa akan terjadi kepada rakyat jika terjadi sesuatu kepada negara ini atau negara yang mengeksport makanan seperti bencana alam?" soalnya.
Tambah beliau, pemimpin BN tidak bimbang kerana boleh membeli beras atau makanan yang berkualiti tinggi.
Sepatutnya, kata beliau lagi masalah kekurangan daging lembu akan dapat diatasi jika diberi kepada ahlinya, bukan diberi kepada keluarga Datuk Sharizat Jalil.
Menurutnya, wang sebanyak itu boleh membeli 125,000 ekor lembu yang berharga RM2,000 seekor.
"Cuba bayangkan 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga, sekurang-kurangnya 62,500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan," ujarnya.
Tetapi, katanya apa boleh buat pemimpin negara bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar.

JK khas teliti calon PAS untuk PRU-13

Posted: 18 Nov 2011 03:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS telah menubuhankan satu jawatankuasa khas bagi memilih dan menilai calon-calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, anggota jawatankuasa itu terdiri daripada anggota parti di peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti.

"PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti," katanya dipetik Bernama.

Beliau yang Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran Ilmu di Kota Baharu hari ini.

Menurutnya, PAS berhati-hati dalam melilih calon dan penubuhan jawatankuasa khas itu adalah untuk memastikan calon yang dipilih benar-benar layak dan memenuhi kehendak rakyat.

Beliau berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini.

Tiada ulasan:

Pengikut