Ahad, 27 November 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 26 Nov 2011 09:22 PM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PEMUDA PRIHATIN..MENDEKATI MASYARAKAT..

Posted: 26 Nov 2011 04:00 AM PST


Dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab,waktu yang terluang boleh digunapakai untuk turut sama turun padang menziarahi ahli masyarakat yang memerlukan perhatian dan pemantauan seperti yang berpenyakit kronik seumpamanya.Ziarah yang diatur berserta dengan sedikit sumbangan dan buah tangan diharap meringankan sedikit bebanan yang ditanggung.Begitu juga dengan ahli keluarga pesakit yang kelihatan begitu gembira menerima kunjungan.Ada juga yang prihatin dengan bebanan perasaan yang mereka tanggung selama ini.Selain itu,kunjungan seumpama ini dilihat dapat mendekatkan PPU ini dengan ahli masyarakat dan mempunyai pulangan yang besar dari segi politik.Tidak perlu program mega..yang penting merasai denyut nadi rakyat..Inilah yang disebut-sebut oleh kepimpinan negara dan pemimpin parti..Teruskan..

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 26 Nov 2011 01:48 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Pembangkang hina MB Perak!

Posted: 26 Nov 2011 04:08 AM PST


Gelaran 'Zambry Hitam Metalik' menggamatkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini apabila Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) mendakwa Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mencaci peribadi Menteri Besar, Zambry Abd. Kadir dalam ceramah-ceramah beliau.

Insiden itu berlaku apabila Khusairi yang mencelah semasa Zambry menggulung perbahasan, mendakwa beliau mengikut ceramah ADUN Sitiawan itu dan mendapati Koo Ham menghina peribadi pemimpin-pemimpin BN termasuk Zambry.

Beliau turut mendakwa mempunyai bukti rakaman video untuk menyokong tuduhan itu dan akan menyerahkannya di luar DUN.

Ekoran itu, Koo Ham bangkit mencabar Khusairi supaya menyatakan ceramah yang mana satu atau menarik balik kenyataan tersebut.

"Ini merupakan tuduhan melulu dan satu fitnah. Pangkor (Zambry) pun tahu saya tidak pernah mencaci peribadi seseorang," tegasnya.

Speaker DUN, Datuk R. Ganesan kemudian meminta Khusairi menarik balik tuduhan terhadap ADUN Sitiawan itu selepas beliau gagal memberikan jawapan kepada Koo Ham.

Zambry turut meminta Khusairi menarik balik kenyataan itu kerana katanya, Koo Ham tidak pernah mencaci secara peribadi tetapi cuma dari segi dasar.

"Saya tidak ambil berat sangat cacian terhadap saya termasuk warna kulit. Bayangkan kalau saya sebagai Menteri Besar memanggil ADUN Pantai Remis dengan warna kulit serta bentuk matanya, sudah tentu akan dicanang satu Malaysia yang saya rasis.

"Tidak baik mempersoalkan warna kulit seseorang kerana ia dijadikan oleh Tuhan. Apakah kita sanggup menghina Aulong dengan gelaran capik? Kita hormat dia," katanya.

Selepas namanya disebut, Yew Tian Hoe (DAP-Aulong) bangkit mencelah memberitahu, terdapat dua jenis orang kurang upaya (OKU) iaitu yang baik dan tidak baik sehingga membuatkan semua ahli dewan ketawa.

Warna-warni politik
Torashah

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 26 Nov 2011 11:36 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


SALAM MAAL HIJRAH

Posted: 26 Nov 2011 08:48 AM PST

Assalamualaikum...

Selamat menyambut tahun baharu 1433 Hijrah kepada seluruh umat Islam - kedatangan tahun yang baharu menjadi petanda putaran waktu kian pantas meninggalkan kita.

Selalunya kita sangat popular dan teruja untuk menyambut atau meraikan tahun baharu Masihi berbanding tahun baharu Hijrah. Bagaimanapun saya amat gembira sebenarnya apabila menerima banyak sms daripada teman-teman yang mengucapkan selamat menyambut tahun baharu hijrah - satu petanda ia sentiasa ada di ingatan kita sebagai umat Islam.

Tidak cukup di situ, mereka menyampaikan ucapan di laman sosial facebook dengan azam dan tekad yang baharu. Hakikat, kita semakin teruja dengan tahun baharu hijrah. Saya percaya, anda juga akan sependapat dengan saya akan hal tersebut.

Apa pun, persoalannya ialah, apakah azam tahun baharu kita dan apakah azam lama yang kita tekadkan setahun yang lalu telah menjadi kenyataan?. Atau adakah semuanya itu hanya tinggal azam semata-mata.

Insan yang berazam adalah mereka yang benar-benar menanam keinginan dalam dirinya. Mereka akan bersungguh untuk mencapai apa yang ada dalam dirinya ketika setiap kali datangnya tahun baharu. Bagaimanapun agak malang sedikit jika menanam azam hanya menjadi satu peristiwa rutin dan biasa bagi kita tanpa kita memandangnya sebagai sesuatu yang serius.

Saya sangat percaya bahawa kita semua bukan tergolongan di kalangan golongan sedemikian. Apabila kita bersungguh dengan keinginan yang ditanam di awal tahun, saya sangat yakin kita semua juga akan sentiasa bersungguh untuk mencapainya.l Itulah harapan saya.

Saya berharap, dengan kedatangan tahun baharu hijrah ini, ia akan mengajar kita mengenai banyak peristiwa dan pengalaman hidup yang telah kita tanam sejak setahun yang lalu. Kita mesti mempelajari sesuatu di sebaliknya sebelum kita meraikan kedatangan tahun yang baharu.

Tahun baharu hijrah sebenarnya membawa cabaran besar kepada kita sebagai umat Islam - dengan pelbagai isu-isu persekitaran yang kian mencengkam dan mencabar umat Islam, maka kita seharusnya beriltizam untuk terus menunaikan tanggungjawab demi masa depan Islam dan umat Islam dengan lebih bersungguh lagi.

Di hari yang baik ini, saya menyeru kepada kita semua agar kembali melihat punca kelemahan umat Islam itu sendiri. Saya sangat berminat sebenarnya untuk melihat penyatuan berlaku di kalangan umat Islam. Hakikatnya, kita berpecah disebabkan masalah-masalah yang sebenarnya boleh kita ketepikan.

Tidak perlulah saya mengupas mengenainya tetapi saya sangat optimis bahawa umat Islam akan kuat apabila mereka bersatu. Marilah sempena hari yang baik ini, kita tingkatkan hubungan ukhhuwwah di kalangan kita dengan harapan kita akan membina dan membentuk kekuatan darinya.

Percayalah, apabila kita inginkan sesuatu, maka kita perlu berani berkorban untuknya. Kepada anda semua, selamat menyambut kedatangan tahun baharu 1433 hijrah.

Hijrah itu perjuangan!

Tiada ulasan:

Pengikut