Ahad, 27 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 27 Nov 2011 03:07 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


DEMI RAKYAT ~ MELAKAR MASA DEPAN MALAYSIA ~~DS WAN AZIZAH

Posted: 26 Nov 2011 07:59 AM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 26 Nov 2011 11:03 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Maal Hijrah 1433

Posted: 26 Nov 2011 08:59 PM PST

Selamat Menyambut Awal Muharram 1433 kepada semua rakan-rakan beragama Islam

Public Assembly Bill 2011

Posted: 26 Nov 2011 08:57 PM PST

Sivarasa:  "PR MPs will reject Bill"

Anwar Ibrahim

Posted: 26 Nov 2011 07:39 PM PST

Anwar Ibrahim


PR Akan Mengambil Alih Peranan Bela Orang Melayu Secara Mutlak

Posted: 26 Nov 2011 11:37 AM PST

TV Selangor

Tekanan keterlaluan pemerintahan Umno terhadap kaum melayu selama ini, mendesak gagasan Pakatan Rakyat mengembeleng kekuatan mengambil alih peranan membela nasib dan kebajikan kaum itu.

Ketua Umum PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata cabaran yang dilontar oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar kepimpinan Umno meminda undang-undang memastikan jawatan Perdana Menteri hanya boleh dipegang oleh seorang Melayu hanya cabaran menguji sejauh mana keikhlasan janji parti itu membela dan memartabatkan kaum melayu.

“cabaran itu bukan pendirian AMK mahupun parti, oleh kerana Umno lunak membicarakan soal melayu, kita mencabar Umno untuk meminda, itupun kalau mereka sanggup.

“Kita masih berpegang pada perlembagaan Malaysia selain prinsip adil dan saksama, apa yang dilontarkan itu hanyalah cabaran,”katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu sidang media di Pulai Spring Resort, di sini hari ini.

Semalam, pada Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Pemuda Keadilan kali ke-8 di sini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin melontarkan mencabarnya kepada kepimpinan Najib Razak untuk meminda undang-undang bagi memastikan jawatan Perdana Menteri hanya dari kalangan melayu

Cabaran itu menurut Shamsul antara lainnya adalah untuk membuktikan bahawa Umno bukan lagi juara orang Melayu seperti apa yang didakwa parti itu selama ini.

Dalam perkembangan sama, Shamsul menerusi program bual bicara ‘Fokus Berita’ bersama TVSelangor berkata walaupun polimik berhubung isu melayu akan dimainkan oleh media arus perdana dan pemimpin Umno namun isu tersebut harus di lihat secara positif.

Selama ini ternyata Umno telah gagal memertabatkan orang melayu dalam semua bidang termasuk hak istimewa orang melayu, tanah rizab orang melayu dan ekonomi orang melayu yang jauh tersisih.

Pemerintahan Umno lebih 54 tahun yang kononnya membela nasib melayu bagaimana pun telah membuka mata rakyat mengenali wajah sebenar kepimpinan Umno.

Mengulas lanjut, Anwar berkata PKR teguh mendaulatkan perlembagaan tanpa berbelah bagi dan mengingatkan media agar tidak mengambil kesempatan untuk mengelirukan rakyat dengan cubaan ini.

“Pendirian kita ialah kekalkan peruntukan pelembagaan yang ada, kita cabar Umno kerana Umno bicara soal melayu, itupun kita pertikai kerana bukan melayu rakyat (golongan melayu bawahan),”jelas Anwar.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Azizah: Demokrasi Dan Islam Bukan Air Dan Minyak

Posted: 26 Nov 2011 11:25 AM PST

Merdeka Review

Suatu ketika dahulu ramai sarjana Barat dan elit penguasa di dunia Islam beranggapan demokrasi dan Islam bagai air dan minyak, saling terpisah dan mustahil bersatu.  Kemudian Indonesia dan Turki membuka jalan dan mata dunia bahawa demokrasi dan syura itu asas pentadbiran Islam.  Islam dan demokrasi ibarat kubah dan menara yang menghiasi Masjid.

Kira-kira setahun yang lalu, ar-Rab?? al-?Arabiyy atau Arab Spring meletus di Tunisia dan merebak ke seluruh dunia Arab.  Jutaan anak muda yang dahulunya dikongkong dengan seribu satu undang-undang dan terpenjara oleh ketakutan elit kekuasaan turun ke jalan raya dengan satu tuntutan: berikan mereka kebebasan, kembalikan maruah mereka.”

Demikianlah pendahuluan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah Ismail (gambar kiri), cuba menyuntik semangat kepada anggotanya dengan memberi gambaran “Arab Spring“, yang berlanjutan sejak awal tahun ini.

“Kemaraan jutaan anak muda yang turun ke jalan bukan terhad di Kaherah atau Alexandria, tetapi juga di kaki lima di Madrid, Barcelona, Athens dan Rome.  Di mana-mana, anak muda tampil menyatakan kemarahan mereka kepada sistem politik, sosial dan ekonomi yang bobrok dan merampas hak mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden PKR yang berjudul “Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia“, dalam Kongres Nasional Tahunan Keadilan di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, pagi ini.

Beliau cuba mengaitkan apa yang berlaku di Timur Tengah dengan situasi di Malaysia, “Titik persamaannya adalah kerakusan sang penguasa yang alpa kepada kebajikan rakyat, tumpas kepada godaan rasuah dan kekayaan sedang rakyat menderita.  Sang penguasa seperti juga di negara ini yang bermaharajalela dalam sistem politik dan sosial yang merampas kebebasan rakyat.”

Wan Azizah memetik statistik Pekali Gini (Gini Coefficient) untuk menunjukkan bagaimana jurang kekayaan dalam masyarakat semakin melebar, pada paras 37.91 dalam tahun 2004, dan merudum kepada 46.21 pada tahun 2009.  “Kedudukan ini meletakkan jurang kekayaan di Malaysia lebih buruk dari negara-negara yang lebih miskin dan mundur seperti Indonesia, Afghanistan, Iraq mahupun negara yang dilanda peperangan seperti Liberia,” Katanya.

Jurang kaya-miskin

Malah beliau mengingatkan, jika kadar kenaikan gaji bagi satu dekad akan datang kekal pada paras 2.6% iaitu tersekat pada kadar purata kenaikan gaji di antara tahun 2000 hingga 2010, maka menjelang 2020 dijangkakan peratusan rakyat Malaysia yang berada di bawah paras kemiskinan akan meningkat 4%.

Wan Azizah juga mengambil statistik terkini, bahawa 342,198 rakyat Malaysia berdaftar sebagai penganggur sehingga Ogos 2011.  Dalam tahun 2010 dan 2011, purata rakyat yang mendaftar sebagai penganggur baru setiap bulan adalah 14,809 orang.  Dalam tempoh yang sama juga, secara purata kerajaan hanya berjaya mencari pekerjaan dan menempatkan 1,338 orang penganggur berdaftar setiap bulan.

“Di kemuncak krisis kewangan dunia dan kemelesetan ekonomi global, jumlah penganggur berdaftar di negara ini ialah 369,799 dalam tahun 2009.  Dua tahun selepas pelbagai program ekonomi dan janji ditaburkan kepada rakyat, angka terkini di akhir Ogos 2011 kekal tinggi di paras 342,198 orang,” katanya.

Lebih-lebih lagi, 69.1% daripada angka 342,198 orang ini adalah dari kalangan anak muda berumur bawah 25 tahun.  Angka ini menjadi lebih besar jika dilebarkan kepada golongan muda di bawah 30 tahun, mencecah sehingga 90.1%, menurutnya.

Wan Azizah menambah, daripada 342,198 orang penganggur, 51.4% mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan tinggi di peringkat diploma, 29.9% dari penganggur muda ini tamat dengan pengajian ijazah, 21.5% pula mempunyai diploma.

Tahan dan Kinabalu hilang jika gunung boleh dicuri

Sementara itu, ketika menyentuh isu rasuah dan ketamakan pemerintah, Wan Azizah menyindir, “Di kala kita di ambang medan juang penentu, jangan kita alpa sejarah dan akar umbi kita.  KEADILAN berputik dari kebangkitan rakyat yang marah dengan keangkuhan elit kekuasaan membolot harta negara.  Ketamakan elit kekuasaan ini tidak kenal erti had.  Kalau gunung boleh dicuri tiadalah Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu di dunia ini, kalau Banjaran Titiwangsa boleh disapu, nescaya yang itu pun direbut-rebut mereka.”

Selain menawarkan kebajikan dengan peruntukan wang untuk warga emas, suri rumah, isi rumah miskin dan sebagainya, Presiden PKR menegaskan semula Deklarasi Permatang Pauh yang diamanatkan pada tahun 2008, yang membuka tirai kepada gerakan Reformasi.

Bagaimanapun, menjelang PRU 13, Wan Azizah menjanjikan calon PKR yang lebih berkualiti untuk bertanding.  “Pimpinan parti juga akur dengan teguran bahawa beberapa calon yang dipilih dulu kurang berkelayakan; prestasi hambar di Parlimen atau DUN dan kurang berkhidmat untuk rakyat.  Kita harus lega manakala mereka bertindak keluar dan tersisih dari perjuangan.  Malah kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan akan dirundingkan terlebih dahulu dengan cabang dan akar umbi; harus di kalangan mereka yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh.”

PKR mengadakan Kongres Nasional Tahunannya mulai hari ini di Pulai Springs Resort.  Turut hadir dalam majlis perasmiannya termasuklah Lim Kit Siang dari DAP dan Abdul Hadi Awang dari PAS

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Saifuddin : Keahlian PKR Melonjak Aktif

Posted: 25 Nov 2011 07:40 PM PST

TV Selangor

Peningkatan keahlian secara aktif dalam parti akan menjadi pemangkin paling besar yang bakal menjana kemenangan besar PKR dalam pilihanraya akan datang.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata keahlian PKR setakat ini adalah 547,326 ahli diseluruh negara.

Katanya berdasarkan komposisi kaum pula 50% Melayu, 23% India, 17 % Cina dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau setakat ini terdapat 218 cabang diseluruh negara dan empat cabang penaja.Manakala cabang Kota Raja di Selangor merupakan cabang keahlian paling ramai.

Sepuluh cabang yang paling aktif dalam penambahan keahlian baru pada 2010 pula terdiri dari Tenom (812), Kuala Kubu Baru (790), Kuala Langat (731), Serian (673), Kapar (446), Kota Marudu (425), Gombak (405),Permatang Pauh (395), Kalabakan (310) dan Hulu Selangor (304).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata kongres kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihanraya umum akan datang.

Katanya, Johor yang merupakan kubu kuat umno merupakan antara negeri yang diberikan tumpuan untuk ditawan dalam usaha menumbangkan regim Barisan Nasional.

“Telah puas kami mencari lokasi untuk diadakan kongres ini tetapi kesemuanya tidak sanggup memberi ruang dan hanya Pulai Spring Resort ini sahaja yang sanggup membenarkan kita mengadakan kongres ini.

“Walaupun Johor kubu paling kuat Umno, tetapi keterbukaan demokrasi disini gagal diterjemahkan oleh mereka. Sudah pastinya Johor negeri tumpuan untuk kita tawan,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung di Kongres Nasional Keadilan ke-8 disini.

Turut serta dalam majlis perasmian kongres tersebut ialah Ketua Umum Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dif kehormat dari Kesatuan Eropah, Jepun, Filipina, Palastin dan pemimpin-pemimpin parti politik dari Indonesia.

Majlis perasmian Kongres Nasional Keadilan ke-8 ini dihadiri 2,534 perwakilan selain 1055 pemerhati.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

KEADILAN Mara Dengan Agenda Ekonomi Baru Jana Pendapatan Rakyat

Posted: 25 Nov 2011 07:36 PM PST

The Malaysian Insider

PKR berjanji akan menyediakan masa depan lebih baik, yang bakal menjanjikan kesejahteraan berasaskan rencana ekonomi baru – mengayakan setiap rakyat "tanpa memilih bulu" jika diberi peluang menerajui Putrajaya.

Rencana ekonomi baru itu merangkumi tiga strategi yang bakal digunakan oleh pihaknya termasuk pendekatan melindungi kepentingan para peneroka Felda.

Berucap menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR Kelapan di sini hari ini, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) berkata, "cara kita ialah dengan merumus dasar ekonomi yang memberi perhatian kepad usaha-usaha meningkatkan pendapatan seisi rumah rakyat dan mengurangkan bebanan kos sara hidup supaya setiap bulan lebihan pendapatan boleh guna rakyat membolehkan rakyat hidup selesa dan menabung demi masa depan."

PRK tegas beliau, adalah parti pertama yang menyasarkan pendapatan isu rumah minimum RM4,000 sebulan bagi setiap keluarga dalam tempoh lima tahun jika berkuasa.

"Anjakan minda ini adalah senjara kita yang paling ditakuti elit kekuasaan kerana mereka tahu permainan ekonomi perkauman boleh sahaja dipatahkan dengan mudah," katanya lagi.

Tambah beliau, kerajaan mereka bersama Pakatan Rakyat akan melaksanakan gaji minimum RM1,000.

"Sebaik sampai di hujung medan tempur kelak, amanah utama ialah pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,000 setiap pekerja seperti yang dijanjikan kepada rakyat kerana ia strategi utama mengangkat pendapatan minimum isu rumah kepada RM4,000 dalam tempoh lima tahun," katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Untuk Mengelak Bill Perhimpunan Aman Terus Dilaksanakan – Jangan Beri Lagi Mandat Kepada UMNO

Posted: 25 Nov 2011 07:14 PM PST

Oleh Aspan Alias

Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri. Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.

Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan 'simple majority' di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.

Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan bill ini dan akan mendapat kelulusan 'simple majority' di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat.

Perhimpunan tidak dibenarkan di semua tempat dan ini adalah cara BN untuk mengelakan insiden seperti Bersih 2.0 untuk berlaku sekali lagi. Tentunya bill ini merupakan tanda-tanda yang kerajaan BN tidak akan melaksanakan pilihanraya secara adil dan bill ini penting untuk mengelakan reaksi marah rakyat yang ramai.

Saya tidak mahu komen banyak tentang isu ini. Hanya saya hendak bersama dalam isu menentang bill ini kerana ianya akan menjadikan negara ini sebagai apa yang dikatakan sebagai 'police state' dan ianya tidak ada bezanya dengan sebuah negara yang berkepimpinan diktator yang bersalutkan demokrasi.

Saya telah sebutkan beberapa kali yang demokrasi di negara ini telah beransur-ansur mati. Jika pilihanraya di adakan kali ini saya berkeyakinan yang isu ini akan dapat di atasi jika semua rakyat bersatu; tidak kira apa bangsa sekali pun untuk pergi ke peti undi dengan aman dan terus sahaja memberikan undi kepada mana-mana parti selain dari UMNO dan BN.

Dengan cara ini tidak payah lagi kita hendak bertengkar dan berbahas. Bagi saya masa untuk berbahas sudah tidak ada lagi kerana UMNO dan BN tidak akan dapat mengubati penyakit rendah diri itu lagi. Penyakit itu sudah menjadi kanser tahap empat. UMNO tidak akan berubah lagi.

Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan UMNO itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak di berikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk menganggok sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng.

Jika ini cara UMNO memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi.

Apabila saya membaca apa yang sedang berlaku ini, ada juga keinginan saya untuk keluar memberikan pandangan dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan bagi menambah usaha untuk bersama-sama membetulkan keadaan yang tidak baik yang sedang menyelubungi politik negara.

Kita tidak juga boleh menyalahkan BN menggubal akta seperti ini. Kita mesti faham mereka yang sedang berkuasa ini amat takut dan gerun untuk menerima kekalahan yang saya rasa akan mereka alami. Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini.

BN tidak gentleman. Mereka terlalu seronok dengan kuasa dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka tahu mereka tidak berkelayakan lagi untuk mentadbir negara. Tetapi mereka masih mahu berkuasa, maka tidak hairan kenapa mereka menggubal dasar-dasar yang ketat dan dianggap gila oleh mereka yang berfikir.

Jika rakyat benar-benar hendak mengelakan akta seperti ini wujud, caranya ialah untuk tidak memberikan kuasa lagi kepada mereka yang bertanggungjawab menggubal akta yang tidak senonoh ini. Jika mereka tidak lagi berkuasa, maka mereka tidak akan lagi berada di tampuk kuasa untuk menggubal dasar-dasar yang menekan seperti ini.

Kita mesti mengakui yang peralihan kuasa itu adalah fenomena normal dalam sesebuah negara demokrasi. Jika mereka yang terpilih melanggar semangat demokrasi itu rakyat mempunyai hak untuk memberikan mandat itu pada pihak lain, dan itu bukan sekali-kali merupakan kesalahan. Memberikan sokongan kepada pihak lain itu bukannya satu tindakan yang kriminal. Kita boleh melakukannya tanpa takut kepada mana-mana pihak.

Sebenarnya rakyatlah yang bertanggungjawab. Jika mereka masih memberikan sokongan dan seterusnya mandat untuk berkuasa maka rakyatlah yang patut dipersalahkan. Mereka yang berkuasa sekarang memang tidak merasa bersalah kerana melakukan kesalahan itu adalah kerja mereka.

Rakyatlah yang bertanggungjawab samada akta ini mahu diteruskan atau dibubarkan. Itu sahaja komen dari saya. Jika kita kaji secara halus tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini.

Ingat kepada slogan ABU (asalkan bukan UMNO), undilah mana-mana parti yang lain. Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

BULETIN RAKYAT

Posted: 26 Nov 2011 11:38 AM PST

BULETIN RAKYAT


DEMI RAKYAT, MELAKAR MASA DEPAN MALAYSIA ~~ DS WAN AZIZAH

Posted: 26 Nov 2011 08:10 AM PST


JOHOR BAHRU 26 Nov: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan KEADILAN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan akan memilih calon yang benar-benar berwibawa.
"Jentera pilihan raya telah diperkemas; latihan dan persiapan rapi terus dijalankan.
"Kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan dirundingkan terlebih dulu dengan cabang dan akar umbi, terdiri daripada mereka yang layak dan diyakini punya prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh," kata Wan Azizah.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya dengan tema 'Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia', pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kelapan 2011 di Pulai Spring Resorts, Johor Bahru.
Dalam ucapan sama, Wan Azizah turut meniup semangat juang menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
Menurutnya, cabaran terbesar KEADILAN iaitu untuk memenangi hati rakyat perlu terus didepani walaupun berdepan kekangan seperti pilihan raya yang tidak bebas mahu pun adil.
"Sekiranya kita dapat menembus malah menumpas kubu Umno-BN dengan segala kekurangan dan keterbatasan yang ada kita pasti berupaya mencatat keputusan cemerlang sehingga ke Putrajaya, Insya-Allah," kata Wan Azizah.
KEADILAN juga, kata Wan Azizah, perlu membebaskan Malaysia dari 'penguasa elit' yang terus membiarkan rakyat menderita dan menafikan hak mereka mendapat terbaik dalam kehidupan.
"Malaysia negara berpotensi besar. Rakyatnya yang bersaudara gigih berusaha. Negara dibina atas landasan agama dan akar budaya.
"Namun, cita-cita kita direncat oleh elit kekuasaan. Rasuah dan ketamakan membarah. Rakyat dibiarkan menderita dengan kepayahan hidup.
"Setiap daripada kita berhak mendapat yang terbaik. Pendidikan berkualiti, kebajikan terbela, peluang saksama dan pentadbiran beramanah menanti kita," kata Wan Azizah.
Turut serta dalam majlis perasmian kongres tersebut ialah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dif kehormat dari Kesatuan Eropah, Jepun, Filipina, Palastin dan pemimpin-pemimpin parti politik dari Indonesia.
Majlis perasmian Kongres Nasional Keadilan ke-8 ini dihadiri 2,534 perwakilan selain 1055 pemerhati.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23491

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 26 Nov 2011 11:01 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah YB Khalid Samad 3 Dis 2011 di Seremban

Posted: 26 Nov 2011 06:32 AM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 3 Dis 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan

Penceramah :
YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah AlamCik Kumutha Raman, Dewan Himpunan Penyokong PASYB Hj Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Ustaz Norazman, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
CheGuBard, Ketua PKR Rembau

Semua dijemput hadir

Tiada ulasan:

Pengikut