Ahad, 2 Oktober 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 01 Oct 2011 02:17 PM PDT

MUSLI OLI

Posted: 01 Oct 2011 02:15 PM PDT

MUSLI OLI


ORANG-ORANG KAYA DAN POLITIK - ROBERT KUOK DAN ANANDA KRISHNAN.

Posted: 30 Sep 2011 03:34 PM PDT


ROBERT KUOK

Robert Kuok Hock Nien, orang paling kaya di Malaysia dan yang ke 33 terkaya di dunia. Majalah Forbes pada Mei 2011 menganggar nilai kekayaannya pada US12.5 bilion.

Apakah hubungan kekayaan dan politik di Malaysia? Baca selanjutnya http://www.rontogdaily.com/wp/?p=2549



JEBAT BERKOKOK

Posted: 01 Oct 2011 01:50 PM PDT

JEBAT BERKOKOK


Menjunjung kasih Tuanku dari rakyat Melaka

Posted: 01 Oct 2011 02:58 AM PDT



Benar pepatah Melayu apabila berkata 'terajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanhnya'. Itu yang berlaku kepada Guan Eng apabila memperlekehkan kemampuan negeri Johor.

Jika benar sekalipun ada kebenaran di dalam kata-kata Guan Eng, siapa beliau hendak berkata demikian? Beliau tidak ada kena mengena dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri Johor. Bahkan jika ada kebenaran kepada kata-kata Guan Eng itu, orang yang selayaknya menegur ialah Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan Pusat. Tetapi harus barang diingat, bahawa negeri Johor mempunyai Sultan sebagai Ketua Negeri dan akibat kealpaan dan kelancangan mulut Guan Eng itulah beliau lupa akan kewujudan Sultan di negeri Johor.

Sesungguhnya adalah amat memalukan seluruh rakyat negeri Melaka kerana Guan Eng yang datang dari Melaka berkata demikian. Jangan sesekali gunakan alasan bahawa Melaka tidak bersultan maka adab untuk menjaga adab dan menjunjung kasih kepada Sultan diperkotak-katikkan begitu sahaja. Bagi rakyat Melaka, biarpun tidak bersultan, kami tetap menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri, bayangkan sahaja kalau negeri kami bersultan.

Permohonan maaf Guan Eng kepada Sultan Johor dan rakyat Johor keseluruhan jelas menggambarkan ketidakikhlasan beliau apabila menyalahkan media kerana didakwa memutar belitkan keadaan. Biar serapat mana dan tersembunyi mana kenyataan Guan Eng itu dilafazkan beliau tetapi 'kerosakan tetap berlaku'.

Mungkin kerana kesungguhan dengan slogan 'Malaysian Malaysia' Guan Eng terlupa bahawa Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu tidak mungkin menjadi sebuah REPUBLIK.

Menjunjung kasih Tuanku dari rakyat Melaka!!

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 01 Oct 2011 01:39 PM PDT

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Kejadian Pukau dan Curi Di JB!!

Posted: 01 Oct 2011 06:06 AM PDT


Bukan rakyat Johor berbahaya pada orang luar, tetapi warga asing yang bahayakan keselamatan rakyat Johor.

Perhatikan Mamat Arab tu memukau dan mengambil duit dengan selambernya..

McTheory:
Senangnya dia mencuri.. depan2 lagi..

KASI PANAS!! Video Penjelasan Hudud Politik Pas!!

Posted: 01 Oct 2011 03:06 AM PDT


Hudud ni makanan politik Pas.. main-main aje..

ISU FELDA!! Minta TS Isa Samad Jawab Segera Sebelum Menjadi Barah!

Posted: 01 Oct 2011 12:06 AM PDT



Perkara yang dibawa oleh dua portal pembangkang ini sudah lama Mc jangka. Ini kerana, akar umbi di Felda sekarang, agak terkilan dengan cara pengerusi baru Felda sekarang ini. Cara TS Isa yang kelihatan agak mewah berbelanja menjadi buah mulut orang Felda dari sekian lama. Malah banglo baru mewahnya juga sudah siap dan menjadi umpatan orang sekeliling yang menyatakan beliau memakan duit felda.

Sepatutnya TS Isa kena membawa imej yang tidak menjadi umpatan orang ramai. Malah Isteri beliau juga menjadi sumber umpatan apabila sering berlagak sombong dengan warga felda dan gaya orang kayanya membuatkan orang menyampah.

Ini yang warga felda sampaikan pada Mc. Ini dari mulut orang UMNO, bukan mulut orang Pas.

Kenapa jadi begini? Sebagai OTAI dalam politik sepatutnya TS Isa lebih memahami orang felda. Orang felda tak suka melihat pemimpin mereka begitu gah dengan kemewahan dan begitu menunjuk-nunjuk bahawa mereka kaya. Itu stail orang kampung. Nak pancing undi orang kampung, nak mereka percaya, kita perlu mengikut cara mereka.

Sudah la TS Isa di kaitkan dengan penyalahgunaan kewangan felda oleh ANAK haram Mazlan Aliman, orang felda pula tengok kehidupan mewah TS Isa, agak2nya, mereka percaya ke tidak?


Sendiri boleh fikir la kan..

Mc minta TS Isa menjelaskan segalanya.. kalau boleh lakukan PC secepat mungkin, semua dah serabuk peruk dah nih..

Sebelum mengakhiri tulisan ini, apa kata pembaca layan dulu video dibawah,




McTheory:
ANAK! Haram Mazlan Aliman! hehe.. sedap bunyinya.

GEMPAR!! DS Najib Kelihatan Terdesak, Kenapa?!!

Posted: 30 Sep 2011 09:05 PM PDT


Sejak akhir-akhir ini, Mc melihat politik DS Najib kurang stabil, dan kenyataan yang diucapkan beliau banyak berkisar mengenai perkara sensitiviti orang Melayu. Kita tahu DS Najib mahu kaum cina mengundi BN semula, dan menaruh harapan pada BN seperti dahulu. Namun cara permainan politik yang sebegini amatlah berbahaya dan Mc tidak mengalakkan DS Najib meneruskannya.

Jika mengikut cuaca politik di Malaysia, UMNO menguasai 70% undi melayu Islam di Malaysia sekarang dan kekuatan utamanya dari kawasan luar bandar. Keyakinan Melayu Islam terhadap Pas menurun mendadak disebabkan bantuan Mat Sabu dan Nik Aziz.

DS Najib sedar bahawa, BN perlu memancing undi kaum cina yang diyakini amat kurang dalam menyokong BN walaupun terdiri dari ahli komponen BN sendiri.


Namun DS Najib sepatutnya mencari cara lain yang lebih bijak dari menyakitkan hati orang Melayu. DS Najib menafikan pemansuhan kuota Melayu, namun dari percakapan beliau, kita nampak seolah-olah beliau teringin untuk menyentuh perkara tersebut. Alhamdullilah apabila beliau menafikannya.

Soal Namewee pula, sepatutnya DS Najib tak perlu menjawab atau melayan soalan berkenaan budak beruk sekor ni. Sebab masih ramai kaum Melayu Islam yang terluka dengan perbuatan busuk Namewee yang tak pernah serik mencaci dan menghina kaum melayu. Malah hingga sekarang, Namewee tidak pernah sekalipun memohon maaf atas perbuatannya yang menghina kaum melayu.

Jika nak pancing undi cina pun, gunalah pendekatan dengan bijak. Kami blogger2 ni sakit nak menjawab apabila ditanya nanti. Mc bukan nak ajar DS Najib untuk memerintah negara, Mc cuma nak memberitahu DS Najib bahawa suara akar umbi tidak berapa gemar dengan stail politik DS Najib sekarang.

Kalau tanya Ahli MT, dorang semua tu tau mengangguk aje..

McTheory:
Angguk lebih selamat, jaga poket sendiri..

KEMELUT DALAMAN LAGI! KEDAH OH KEDAH!

Posted: 30 Sep 2011 06:34 PM PDT



Sebelum2 ini blog ini telah membangkitkan isu kemelut dalaman di beberapa bahagian UMNO Negeri Kedah,tapi ada segelintir pihak cuba menafikan persengketaan tersebut namun hari ini ketua wanita UMNO Datuk Maznah telah bersuara agar semua bahagian dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi..
baca petikan di bawah

Wanita UMNO Kedah hari ini mengingatkan UMNO bahagian di negeri itu agar menyelesaikan segera kemelut dalaman yang dikatakan berlaku jika tidak mahu dikecewakan lagi pada pilihan raya umum kelak.


Ketuanya, Datuk Maznah Abdul Hamid berkata, kemelut yang dihebohkan berlaku di beberapa bahagian, boleh menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) Kedah dalam usaha merampas kembali negeri itu.


"Parti lawan khususnya Pas sememangnya suka perebutan dan pergaduhan ini berlaku dalam UMNO supaya mudah bagi mereka mempertahankan Kedah. Segala masalah yang menjadi punca hendaklah diselesaikan dari akar umbi," katanya kepada pemberita, di sini. - Bernama

Nampaknya jelas sekarang ni yang UMNO kedah memang memerlukan bantuan,selagi masalah dalaman tak dapat diselesaikan jangan harap nak tawan kedah balik pada pru13 nanti..Kepada Datuk Bashah,jangan takut nak cantas orang yang bermasalah tu..simpan pun tak guna buat rugi beras ja..

PMK
kedah,kedah,kedah masih nak dabik dada lagi ka?

Apa Yang Tersirat

Posted: 01 Oct 2011 01:37 PM PDT

Apa Yang Tersirat


ADUN Bentayan merepik

Posted: 01 Oct 2011 04:27 AM PDT

Tidak lojik!!!! dakwan ADUN N12 Bentayan Johor, Gwee Tong Hing, bahawa dia ditawarkan supaya keluar DAP dan menjadi ADUN bebas DUN Johor, kerana ianya tidak mengubah kedudukan majoriti ADUN Johor.

DUN Johor yang mempunyai 56 kerusi, 50 kerusi adalah milik BN, sementara DAP hanya 4 dan Pas 2.

Hanya orang gila yang mahu menawarkan ADUN DAP itu untuk keluar apa tak lagi mahu memberikan imbuhan RM150,000; 50 ekar tanah dan elaun RM5,000 sebulan.

ADUN itu mendakwa seseorang kononnya mewakili Perdana Menteri menawarkannya imbuhan tersbut supaya keluar parti DAP.

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 01 Oct 2011 01:32 PM PDT

yang ku dengar dan ku lihat


Scorpene dan Komisen RM 570 Juta. Percayakah kita?.

Posted: 01 Oct 2011 08:16 AM PDT

Komesin RM570 juta. Satu angka yang banyak kalau dapat kepada Penternak, Petani dan Nelayan yang hidupnya kais pagi makan pagi. Tapi tidak bererti kepada sesiapa yang mampu membeli cincin berlian yang berharga RM24 juta.

Kini kisah kapal selam SCORPENE muncul kembali apabila mahkamah di Perancis akan memula pendengaran kes tidak berapa lama lagi. Adalah didapati bahawa Joseph Breham, peguam yang dilantik oleh suaram (Suara Rakyat Malaysia) telah memberi taklimat di London kelmarin.

Scorpene membawa banyak trajedi. Anak bangsa Malaysia Azilah Hadi dan Sirul Umar telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah. tapi sehingga kini tidak ada siapa yang mengetahui nasib mereka berdua, masih hidupkah ataupun sudah meninggalkan kita semua. Yang pasti nama mereka berdua akan dicatit dalam sejarah mahkamah malaysia.

Keberanian Azilah Hadi dan Sirul Umar yang dikatakan mengunakan bom C4 di Pucak Alam akan sentiasa dipertuturkan oleh umat dunia terutamanya rakyat Malaysia dan Mongolia, kerana walaupun Sirul dan Azilah sudah didapati bersalah tapi masih lagi ada soalan yang belum terjawab. Untuk apa Sirul dan Azilah melakukan perbuatan tersebut?.

KONGRES SAMBUTAN 60 TAHUN PAS.

Posted: 30 Sep 2011 07:58 PM PDT

Semua pemimpin PAS berhimpun di Dewan Melinium Kepala Batas hari ini. Dengan wadah perjuangan satu suara satu tekad menuju PUTRAJAYA. Semua Pemimpin serta semua ahli diharap mengambil sikap berjuang sehingga berjaya dengan meletakan asas kesabaran. kejujuran dan keberanian mematuhi perintah Allah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim.

Apakah ahli PAS mampu melangkah dan mampukah PAS meluaskan kerangka perjuangannya menuju PUTRAJAYA.
Published with Blogger-droid v1.6.8

tun faisal dot com

Posted: 01 Oct 2011 01:17 PM PDT

tun faisal dot com


Naya!... bila Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara main futsal

Posted: 01 Oct 2011 05:36 AM PDT










Pasport palsu...

Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein melihat pasportpalsu pelbagai negara yang dirampas oleh pihak Jabatan Immigresen Malaysia yang dipamerkan pada Hari Terbuka PDRM di bawah slogan 1 Malaysia Banteras Jenayah, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pagi tadi.

"Inilah sebabnya mengapa sistem biometrik yang digunapakai oleh Kementerian Dalam Negeri, khususnya untuk program 6p amat penting untuk menjaga keselamatan negara. Sistem ini lebih memudahkan kita untuk menyekat kemasukan warga asing menggunakan passport palsu dan sekaligus dapat membanteras kemasukan puak-puak berhaluan kiri,". katanya.

[Gambar] Rumah Terbuka Unit Media Baru, Majlis Belia Kawasan Putrajaya

Posted: 30 Sep 2011 02:05 PM PDT


Terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai yang hadir untuk bersama-sama menambah keceriaan dan kemeriahan Rumah Terbuka Unit Media Baru, Majlis Belia Kawasan Putrajaya, UMNO Cawangan Alamanda dan Pemuda UMNO Cawangan Kiambang. Seronok jumpa kawan-kawan lama dan sedara mara yang dah lama tak berjumpa...




























Duke of UMNO

Posted: 01 Oct 2011 01:02 PM PDT

Duke of UMNO


Apa Masalahnya Dengan Hudud..???

Posted: 01 Oct 2011 07:36 AM PDT


Pakatan Haram telah membuat keputusan untuk menolak hukum hudud untuk dilaksanakan di negara ini. DAP awal- awal lagi menentang hukum hudud dan mengugut akan meninggalkan Pakatan Haram sekiranya usul Hudud oleh PAS dipersetujui kepimpinan pembangkang.

Kemudian, MCA dan Gerakan pula mengancam untuk meninggalkan BN sekiranya UMNO atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melaksanakan hudud di negara ini. Padahal, usul tersebut tidak langsung ditimbulkan oleh UMNO atau Najib sendiri.

Persoalannya, apa masalahnya dengan hukum hudud?

Sebagaimana kita maklum, hudud merupakan sebahagian kecil dari perlaksanaan hukum perundangan Islam. Ia sangat adil dan mampu membawa kesejahteraan untuk semua, termasuk kepada yang bukan beragama Islam.

Jadi, di mana silapnya hudud sehingga ditolak ramai pihak?

Silapnya ialah hudud yang diusulkan Pas melalui Kerajaan PAS Kelantan sebanyak tiga kali dan Kerajaan PAS Terengganu sekali itu kurang adil dan tidak menyeluruh drafnya. Sila rujuk kepada surat rasmi yang diutus mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, yang menolak draf tersebut ekoran pelbagai kelemahan dan kekhilafan yang terdapat di draf tersebut.

Sebenarnya, sekiranya draf hudud itu syumul dan sempurna sifatnya, adil seadil-adilnya sebagaimana hudud Islam yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan bersesuian dengan keadaan zaman ini, tidak mungkin Tun M akan menolak draf tersebut pada tahun 1993.

Secara peribadi, saya mendengar sendiri dari seorang mufti yang mengatakan bahawa setelah Tun M mendengar sendiri tentang hudud sebenar (bukan versi PAS), beliau setuju dengan perlaksanaannya. Namun, apakan daya, beliau bukan lagi Perdana Menteri. Mungkin sebab itu Tun M menyindir Nik Aziz untuk mengusulkan sekali lagi draf hudud kepada Najib, itu pun kalau sudah diperbaiki kelemahan yang ada…mungkin?

Yang peliknya, apahal pula dengan DAP, MCA dan Gerakan yang tiba-tiba campur tangan dalam hal ehwal hukum Islam ini? Mereka orang Islam, kah? Bukankah dalam Perlembagaan Negara ada menyebut bahawa mereka tidak boleh campur tangan dalam hal ini? Ini adalah HAK EKSKLUSIF umat Islam di negara ini. Tak faham bahasa, kah? Atau mereka berniat nak mencabar Perlembagaan dan keistimewaan itu?

Hudud adalah hukum Islam dan parti DAP, MCA serta Gerakan yang dipimpin oleh majoriti bukan Islam tidak ada hak untuk campur tangan. Jadi, diam saja lahhhh..!!!

Lagi pun, saya ada menghubungi sendiri Mufti Perak, Tan Sri Harussani untuk bertanya beberapa soalan mengenai hudud dan perlaksanaannya. Menurut beliau, hudud boleh dilaksanakan dan diterhadkan kepada orang Islam sahaja.

Manakala bagi golongan bukan Islam, Mufti Perak itu berkata, mereka boleh memilih untuk dihukum dibawah hudud tersebut atau undang-undang sedia ada. Lagipun di dalam Islam, tiada paksaan untuk mereka untuk berbuat begitu, "La ikraha fiddin…", bukan?

Bagaimapun, beliau menetapkan bahawa hudud perlu dikaji terlebih dahulu mengikut kesesuaian zaman supaya ia adil, saksama dan bertepatan menurut Islam sebenar.

Saya setuju dengan kenyataan Mufti Perak tersebut. Hudud yang perlu dilaksanakan ialah hudud Islam dan bukannnya hudud PAS yang penuh dengan ketidakikhlasan, kelemahan, ketidakadilan dan tidak sempurna itu. Ia boleh dilaksanakan di dalam Kanun Syariah setiap negeri di negara ini.

Lagipun, hudud sebenarnya sudah terlaksana sebahagiannya di negara ini. Misalnya, hukum qazaf dan takzir ada dilaksanakan. Cuma qisas sahaja yang belum lagi. Meskipun tidak menyeluruh, ia mampu dilaksanakan jika ada pendekatan yang wajar dilakukan dan draf yang adil dihasilkan. Masalahnya, siapa yang mampu membuat draf hudud yang menhasilkan hudud Islam sebenar?

Justeru itu, kita tidak perlu takut dengan hudud. Hudud adalah hukum Islam yang datangnya dari Allah melalui Rasulullah SAW. Sudah tentu ianya adil dan sempurna sepanjang zaman! Cuma, kita perlu cerdikiawan, ilmuan, ulama muktabar dan para mujtahidin untuk meng"ijtihad"kan hukum tersebut. Itu saja.

Justeru itu, tiada cacat celanya hudud Islam itu dan ia wajar dilaksanakan di negara ini. Cuma, ia perlu dikaji saja. Bagi golongan Islam, sama ada menerima atau menolak hukum tersebut, itu adalah hak mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerima.

Jadi, tunggu apa lagi? Kajilah sepuas-puasnya dari sekarang. Semoga hudud Islam sebenar dihasilkan di bumi Malaysia ini dan menjadi contoh kepada semua negara Islam lain. PAS nak "join"? Silakan…


Sumber: kat sini

GEMPARRR..!!! DYMM Sultan Kedah pulak bantai Mat Sabu..!!!

Posted: 01 Oct 2011 05:38 AM PDT


Tuuu diiiaaaaa...!!! DYMM Sultan Kedah dah bertitah dahhhh..!!! Abih la Mat Sabu lepas ni. Jangan harap la hang nak dapat bertanding kat Kedah. Alaaaa..lagi pun, bukannya orang tak tau bahawa Mat Sabu dan Azizan Razak tak ngam!

Hang dengaq titah DYMM Sultan Kedah tu, Mat Sabu! Kalau hang degil jugak, maknanya hang ketegaq dan derhaka pada titah Sultan. Kalau zaman dulu, kalau Sultan murka, dah lama dah hang kena pancung!

Pada pandangan saya, MB Kedah pun senada dan setuju dengan titah DYMM Sultan Kedah ini. Lagipun, Azizan memang tak suka dengan Mat Sabu ni. Dulu depa okay, tapi la ni dengaq katanya depa dah tak ngam dah! Azizan tentu tersenyum dengaq titah DYMM Sultan Kedah tibai Mat Sabu ni...heheh!
"Sejarah tidak wajar dipolitikkan. Jika sejarah menyatakan komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya dan menghalalkan kekejaman komunis.

"Beta melihat anak-anak muda terlalu berorientasikan masa depan. Memang banyak kebaikan kita memikirkan masa depan, kita akan berusaha mengejar cita-cita dan bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu kerja,"

- DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Rajahmas

Posted: 01 Oct 2011 11:50 AM PDT

Rajahmas


Panas! Gambar hakikat yang paling dibenci PAS

Posted: 30 Sep 2011 07:02 PM PDT

Inilah parti PAS... tiada salahnya tulisan pada banner itu. Hakikatnya PAS sendiri mengakui menukar manifesto perjuangan kepada Negara Kebajikan, bukan keutamaan kepada Negara Islam seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media mereka sebelum ini.

Hari ini (1 Oktober) adalah tarikh keramat untuk PAS sepatutnya melancarkan program wajib dalam menerangkan konsep negara berkebajikan kepada rakyat di Pulau Pinang secara besar-besaran. Rujuk sini...

Namun sejak akhir-akhir ini cerita negara berkebajikan tidak lagi dihebohkan dalam media PAS. Sebaliknya Nik Aziz mula timbulkan kembali pendirian Hudud dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat. Ini membuatkan DAP melenting kerana ke'flip-flop'an parti tunggang langgang PAS yang bersifat seperti lalang dalam rimba... Sekejap hudud, sekejap tiada hudud.. sekejap negara kebajikan, sekejap negara Islam...



Banner ini menyokong kempen tersebut tetapi unit amal PAS menurunkannya dan menuduh UMNO pula sebagai dalang membuat fitnah. Kenapa benci, apa yang salah pada banner ini? Tidakkah PAS menunaikan janji kepada rakyat untuk menerangkan apa itu konsep negara berkebajikan?

DIMENSI

Posted: 01 Oct 2011 11:37 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Gempar Bumi! - Wally slipau akui UMNO laksana hudud >|D

Posted: 01 Oct 2011 06:43 AM PDT

mula2 aku tak caye..aku dengar sekali lagi...sah!

wally slipau akui kerajaan islam pimpinan UMNO dah laksanakan HUDUD beb!!!
sebentar tadi di TV3 kenyataan wally slipau mengakui bahwa UMNO telah berjaya melaksanakan HUDUD apabila hukuman gantung mandatori berjaya di laksanakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan serius.

Ini sesuatu pengiktirafan cukup membanggakan terhadap UMNO yang keluar dari mulut wally slipau sendiri huhuhuhu. sekurang2nya apa yang UMNO laksanakan sekarang sikit sebanyak menurut kehendak syariah!. Yang peliknya kenapa baru sekarang wally slipau nak megakui akan wujudnya hukuman hudud sedangkan sebelum ini dia sendiri tak pernah akui dan menuduh UMNO tak mengamalkan ajaran islam sebenar!

adakah ini petanda wally slipau dah mula takut dengan bayang2 a.k.a hantu sendiri? wally slipau pun tentu tau hudud bukan perkara main2. Bukan senang nak laksana kalau keadaan masih tak sesuai. ia memerlukan persetujuan sebulat suara dari semua lapisan masyarakat walaupun majoriti penduduk adalah beragama islam.

Sekali pun mereka berkeras nak laksanakan hudud, bolehkah pasrael memberi jaminan keadilan boleh tercapai dan memuaskan hati semua pihak? Bagaimana pula jika ada ahli sendiri atau rakan pakatan yang melakukan zina? sejauh ni apa tindakan yang mereka ambil?? Jadi bagaimana pasrael nak mengamalkan hudud kalau hukum dasar pun mereka tak mampu nak selesaikan?? itu belum masuk bab qisas dan ta'zir lagi!

Wally slipau juga sepatutnya menempelak majlis peguam kerana mereka juga menolak hudud apabila meminta kerajaan menghapuskan hukuman sebat. klik sini.

Atau wally slipau boleh laksanakan nya dengan terlebih dulu menjadikan dirinya sebagai pesalah syariah yang pertama di sebat atas kesalahan memesong akidah umat islam dengan fatwa2 merapu..amacam?

terbukti wally slipau terdesak nak menarik kembali sokongan rakyat terhadap parti pasrael yang semakin merudum....kehkehkeh >|D

Omegay: Guan Siyal Eng mintak maaf ikut skrip jek >|D

Posted: 30 Sep 2011 05:26 PM PDT


Btowl ker ketua komunis malaysia mintak maaf...apeee?? mintak maaf?? kwang! kwang! kwanggggg!

mohon maaf dengan baca skrip? tengok air muka pun macam tak ikhlas!..walaupun dah mintak maaf tapi tetap tak mengaku dan masih nak saman sana sini??. sewel ke perr?? sebijik macam mat sabun huhuhu

dari hari pertama dia jadi ketua menteri sepatah perkataan dia pun aku tak caye! cakap2 yang keluar dari mulut dia semua bau longkang! kalau dah jenis bangsat tu tetap bangsat jugak! kehkehkeh harkkkk ptuihhhh!!!


p/s: patut ler pasrael sanjung dia macam khalifah umar..semua cakap dia umpama terima wahyu >|D

PEJUANG BANGSA

Posted: 01 Oct 2011 11:05 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Kerana PAS kuat sangat kencing , ahli parti tekad keluar parti di P.Pinang !

Posted: 01 Oct 2011 10:19 AM PDT




Dulu janji nak bantu  tetapi bila dah berkuasa lebih 3 tahun  terus hilang .. Yang menarik tu depa bohong pulak kat  penyokong ahli parti sendiri .

Memang elok la keluar saja dari parti yang hanya kuda tungangan kepada Guan Eng dan DAP  . Tak guna pun sokong parti yang hanya sibuk burukkan orang lain tetapi pemimpin depa lagi teruk dan kuat bohong pulak .



Seramai 37 anggota Pas Kampung Bakau Tua di sini, yang kecewa dengan slogan dan janji perjuangan Pas ketika pilihan raya lepas, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO cawangan Cabang Bakau Tua.


Diketuai Roslan Abdullah, mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Cabang Bakau Tua, Azhar Zainal Abidin.Roslan berkata mereka secara sukarela bertindak keluar daripada parti tersebut ekoran rasa kecewa dengan Pas akibat gagal melunaskan janji-janji yang ditabur sejak pilihan raya yang lepas.


"Pas banyak pembohongan. Mereka tidak bantu dan tunaikan janji kepada rakyat berbeza dengan perjuangan UMNO. Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat," katanya selepas menyerahkan 37 borang keanggotaan UMNO itu.


Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim berkata ini merupakan detik sejarah di kawasan tersebut kerana sekumpulan anggota Pas keluar parti dan menyertai UMNO.


"Ini yang dimimpikan selama ini… kalau dulu cuma seorang atau dua sahaja yang keluar parti tetapi kali ini sebanyak 37 anggota Pas.


"Ini adalah permulaan dan keadaan ini diharap akan menjadi pencetus di kawasan-kawasan lain di sekitar Penaga, Pinang Tunggal serta sekitar negeri ini dalam memperbanyakkan orang UMNO terutamanya golongan muda," katanya.

Kariah berang PAS jadikan masjid pentas maki hamun kerajaan !

Posted: 01 Oct 2011 05:46 AM PDT





 Tidak tahan dengan sikap seorang imam di Masjid Lama Batu 6 di Kampung Kerdas, Gombak dekat sini, yang sering menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan memburuk-burukkan kerajaan, lebih 100 penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi mengusir imam terbabit hari ini.

Demonstrasi aman sambil membawa sepanduk itu diadakan di pekarangan masjid berkenaan, selepas solat Jumaat, kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Kampung Kerdas, Zakaria Mohd. Yusuf mendakwa, imam berkenaan, Wan Mohd. Nasir Wan Abd. Wahab telah bersikap biadab apabila menghina dan mencemuh jemaah termasuk warga emas.

Jelasnya, selain itu, Wan Mohd. Nasir turut memperlekehkan martabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengatakan teks khutbah Jumaat yang dibekalkan ketinggalan zaman.

"Dia lebih selesa membaca khutbah yang diolah sendiri dengan menyelitkan isu sensitif dan fahaman politik.


"Dia juga menghasut dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid itu di sini hari ini.


Menurutnya, semua tindakan imam itu dilakukan ketika dia menyampaikan tazkirah dan khutbah Jumaat.
Selain itu, Zakaria memberitahu, Wan Mohd. Nasir turut memburukkan imam satu masjid berkenaan, Habib Hashim dengan menuduhnya terbabit menyeleweng wang masjid tanpa bukti.


"Dia menggunakan pembesar suara untuk menyerang Habib sehingga kedengaran di persekitaran Masjid Lama Batu 6, Gombak," katanya.
Jelas beliau, perbuatan Wan Mohd. Nasir itu mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati penduduk kampung dan sekitar yang menggunakan masjid itu untuk beribadat.


Zakaria berkata, selaku wakil penduduk kampung dan sekitar, pihaknya berharap Jabatan Agama Islam Daerah dan JAIS supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wan Mohd. Nasir.

Jelas beliau, kehadiran Wan Mohd. Nasir selaku imam kedua masjid berkenaan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan antara jemaah dengan rumah suci itu.


Komen GPB

Sudah banyak masjid dijadikan pentas ceramah politik untuk menghentam kerajaan BN dan Najib . Di P.Pinang sendiri pun dah banyak masjid yang dikawal puak-puak PAS telah disalahgunakan untuk maki hamun kerajaan .

Inilah bahayanya puak2 PAS pegang  masjid dan kesannya masyarakat Islam akan  menjadi pecah belah dan tidak mahu ke masjid kerana meluat dengan gelagat tok imam berkiblatkan PAS dan makin kerajaan BN .

Nasihat GPB senang sahaja kepada kariah2 masjid di seluruh negara terutama di negeri Pakatan ,

PRU 13 tak lama lagi ini anda tumbangkan YB mereka dan seterusnya peralihan jawatankuasa kariah  masjid akan bertukar .....

PAS tak ada tokoh yang boleh diterima semua rakyat Malaysia

Posted: 30 Sep 2011 10:01 PM PDT



 Hari ini PAS yang menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-60 dan malam tadi berlangsung program Forum Perdana di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Lokasi Kepala Batas dipilih sempena tempat kelahiran parti Islam ini yang wujud enam dekad lalu. Forum turut dibarisi oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Panel, Naib Presiden PAS YB. Salehuddin Ayob dan Ustad Idris Ahmad.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas perlunya PAS ada satu tokoh yang boleh diterima oleh semua rakyat jika mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat kelak.

Menurutnya PAS sudah berada ditahap matang dalam arena politik, namun menurut bekas mufti Perlis itu, parti Islam tersebut perlu melahirkan ikon yang boleh diterima setiap lapisan masyarakat jika ingin terus kekal relevan.


Komen GPB

GPB setuju 100 % pandangan oleh Dr Asri bahawa PAS perlu tokoh yang diterima semua rakyat jika mahu merampas kerajaan pusat dari BN .

 PAS sekarang ini dilihat  hanya  kuda tungangan kepada PKR dan DAP bukannya  dominan dalam Pakatan .

Dalam Pakatan sendiri ,  PAS terlalu bergantung dengan  Anwar Ibrahim & DAP untuk raih undi bukan Melayu dan jelas parti ini ketandusan tokoh untuk diterima semua rakyat .

Siapa pemimpin PAS boleh diterima semua rakyat seperti Najib ?

 Adakah Hadi , Pok Nik atau  Mahfuz Bean ??... hahaha  lu fikir la sendiri ...

Mohon maaf Guan Eng masih lagi tak cukup ,tindakan perlu dikenakan !

Posted: 30 Sep 2011 08:55 PM PDT



 Permohonan maaf Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak memadai untuk menutup kesalahannya mengeluarkan kenyataan bahawa Johor tidak selamat untuk rakyat Singapura.

Sebaliknya, menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali, Guan Eng perlu diberikan pengajaran setimpal supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan pada masa depan.

Jelasnya, sikap Guan Eng yang gemar mencetuskan polemik tidak sihat itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan di kalangan rakyat.

"Kita desak supaya Guan Eng diberikan pengajaran yang berguna agar beliau tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang menyinggung mana-mana pihak.


"Kita nampak Guan Eng mahu menjadikan Pulau Pinang sama seperti Singapura dan terbawa-bawa sikap sama seperti mentornya, Lee Kuan Yew lantas menjadikan negeri Johor sebagai saingannya.

"Kita sudah bosan dengan sikap beliau yang seolah-olah memerintah satu negeri berlainan di luar dari Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin pula berkata, Guan Eng takut dengan realiti sehingga sanggup memberikan gambaran buruk dan palsu mengenai negeri Johor

"Orang seperti beliau ini tidak layak dan tidak sewajarnya menjadi Ketua Menteri," katanya.

Di Johor Bahru, Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas ke atas Guan Eng termasuk menyiasatnya di bawah Akta Hasutan.

Menurut beliau, kenyataan Guan Eng itu bukan sahaja disifatkan sebagai tidak bermoral dan beretika, malah boleh memberi impak negatif bukan sahaja terhadap negeri Johor malah negara.

"Tindakan undang-undang itu dianggap wajar memandangkan kenyataan Guan Eng dalam temu bual dengan media asing di Singapura baru-baru ini bukan sahaja tidak wajar, malah boleh menghasut orang ramai untuk mempercayai kenyataannya,'' katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو

Posted: 01 Oct 2011 07:32 AM PDT

prince of darkness-safirulamar عمار ميلانو


LGE Pun Tahu Mohon Maaf

Posted: 01 Oct 2011 12:31 AM PDT

LGE pun pandai mohon maaf atas keterlanjuran katanya, walaupun dia tetap dengan keputusannya menyatakan yang dia betul dan ingin membuktikannya di mahkamah , tetapi sekurang-kurang dia dah mohon maaf! tapi kenapa PAS tak pernah AJAR, puak-puak pencacainya, agar bersikap lebih telus dan bertanggungjawab? yang kena teruk TGNA juga! Kenapa TGNA tak ikut sikap yang diamalkan oleh DAP?

Ahli DAP yang biadap seperti Manoharan yang mengeluarkan kenyataan kurang ajar, pun dah digantung 6 bulan! kenapa TGNA tak amalkan sikap sebegini terhadap juak-juak kurang ajar seperti mat sabu dan lain-lain? Nama je dalam pakatan, tapi semua tak pernah bersatu! memang kangkalikong la kamu PRU 13 Nanti, kalau kamu menang besar pun, bukan atas dasar rakyat suka sama kamu, tapi atas dasar perkauman & undi protest. itu sahaja!

Ahli sendiri pun susah nak jaga inikan pula nak handle DAP & PKR, keluar sajalah Pakatan, PAS Oi, 20 tahun memerintah pun susah nak laksanakan Hudud & draf. Hai, Pas harus bertaubat. keh keh keh

Tiada ulasan:

Pengikut