Selasa, 20 September 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 20 Sep 2011 03:51 PM PDT

Kisah Benar: Belut MASUK ke dalam ZAKAR, Boleh Bayangkan???

Posted: 20 Sep 2011 06:44 AM PDT

Metro UK memetik berita tentang seorang lelaki China yang terpaksa menanggung seksa apabila seekor belut bersaiz kecil memasuki lubang zakarnya ketika dia sedang berenang dengan sekumpulan belut hidup untuk satu sesi rawatan kulit.

Rawatan belut ini samalah rawatan ikan yang memagut kulit mati yang ditawarkan di sesetengah spa di Malaysia.

Memikirkan bahawa belut akan mengambil masa yang lama menjalankan tugas mereka dengan cara yang dilakukan oleh prosedur rawatan, Zhang Nan menyelam ke dalam air dan membiarkan kumpulan belut itu "meratah" sisa kulit matinya.

Seketika kemudian, Zhang berasa sakit seolah-olah benda tajam menusuk ke saluran zakarnya, sebelum menyedari seekor belut kecil memasuki saluran uretranya.

'Saya keluar dari air. Saya berasa sakit yang teramat sangat dan menyedari belut kecil telah berjaya hampir memasuki ke hujung zakar saya, " kata lelaki yang berusia 56 tahun dari Honghu, daerah Hubei.

"Saya cuba memegang dan menariknya keluar, tetapi belut itu terlalu licin. Akhirnya, kesluruhan badan belut itu memasuki zakar saya."

Menyedari bahaya yang dihadapi, Zhang tergesa-gesa  ke hospital, sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam untuk membuang belut sepanjang enam inci itu. Menurut doktor, belut itu telah mati ketika dikeluarkan dari saluran zakar Zhang.

Pakar bedah Jin Wang, sifat belut yang licin membuatkan binatang itu mampu masuk ke dalam saluran zakar Zhang.

'Diameter salur kencing zakar lelaki sempit, tetapi badan belut yang  licin, membolehkan bianatang itu masuk  ke dalam zakar dengan mudah, "katanya.-DCM

Kod Kad Pengenalan "71" Dicurigai "Senjata" Jatuhkan Kerajaan Pakatan

Posted: 20 Sep 2011 06:00 AM PDT

Saya petik:

[HD] Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.

Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

"Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod "71" disenaraikan sebagai kod rasminya.

"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod "71" adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).

17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10).

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .

"Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang.

"Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah," katanya curiga.

Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.

Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut: 1. Mengapa JPN menggunakan kod negara "71" sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia "61" tetapi Mismah diberi kad pengenalan berkod negara "71". Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .

2. Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi. Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?

3. Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ?

P/s: HANCUR negara!

[PANAS] Wikileaks: SPR Pernah Keluarkan 60 Ribu Kad Pengenalan PALSU!

Posted: 20 Sep 2011 05:11 AM PDT

Saya petik:

[MK] Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.

Kabel yang dimuat naik di portal Wikileaks memetik bekas ketua NGO pemantau pilihan raya Mafrel Malek Husin sebagai mendakwa Rashid (kiri) mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober, 2006.

Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.

"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.

"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.

Kewarganegaraan 'segera' dan hak mengundi untuk pendatang tanpa izin telah lama menjadi isu di Sabah, dengan pemimpin tempatan, sama ada dalam atau luar BN berulang kali menuntut penyelesaian daripada kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, tidak apa yang dilakukan berhubung tuntutan berkenaan.

Keadaan didakwa semakin parah pada tahun 1990-an, dengan kesalahan diletakkan di bahu perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa melancarkan apa yang dikenali sebagai 'Projek IC'.

Ia operasi haram yang didakwa membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara, agensi kerajaan berkaitan dan ejennya dengan tujuan meningkatkan undi Umno dan BN.

Pada pilihan raya negeri 1994, PBS - yang menguasai Sabah sebagai negeri pembangkang sejak tahun 1985 - mendapati majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) merosot mendadak.

Walaupun PBS akhirnya tumbang rentetan beberapa pembelotan kepada BN, ramai menyalahkan 'Projek IC' sebagai punca kejayaan BN menerajui Sabah semula.

P/s: Siapa pengkhianat? Mat Sabu/Mat Indera atau pihak yang mengeluarkan kad pengenalan PALSU? Laporan Wikileaks ini tidak akan sesekali keluar di Utusex, blog pencacai, dan media elektronik pencacai!

Berkaitan:

Pemohon PR diingatkan mengundi 'parti pemerintah'

[MK] Seorang pemastautin tetap yang memohon mendapatkan kewarganegaraan negara ini mendakwa pegawai imigresen memaklumkannya bahawa tugas utamanya, jika diberi kerakyatan, mengundi "parti pemerintah ".

Dalam temu bual e-mel, pemohon yang lahir dan dibesarkan di Malaysia itu berkata, pegawai berkenaan berkata demikian ketika dia diwawancara dalam proses mendapatkan kerakyatan.

"(Mereka bertanya kepada saya) Apa yang anda akan lakukan dengan kewarganegaraan Malaysia? Apakah tugas utama anda?

"Saya jawab bahawa saya akan sokong perjuangan anak-anak muda kerana ia minat saya," katanya, sambil meminta identitinya tidak didedahkan kerana bimbang menjejaskan permohonan itu.

"(Mereka menjawab) Salah! Jawapan yang betul ialah mengundi parti pemerintah kerana mereka memberi anda taraf penduduk tetap."

Pemohon yang menghubungi Malaysiakini Sabtu lalu berkata, ibu bapanya juga dimaklumkan perkara yang sama. Mereka berhijrah ke Malaysia dari Asia Selatan pada tahun 1970-an apabila ditawarkan jawatan profesional di negara ini.

"Saya tidak ingat apa yang saya katakan selepas itu, mungkin sesuatu tentang 'bagaimana jika parti pemerintah berubah pada masa depan, semasa saya layak mengundi,' yang mereka kata tidak mungkin," katanya.

"Taraf penduduk tetap bukan 'hadiah'. Saya dilahirkan dan dibesarkan (di sini), tetapi kerana kekurangan jus soli, saya dilabel rakyat asing."

(Jus soli merujuk kepada prinsip bahawa kewarganegaraan seseorang ketika lahir ditentukan oleh tempat kelahiran.)

Drama Liwat II: Artikel "Air Mani di Dubur Bertahan Sehingga 113 Jam" Popular di Blog Pencacai UMCO, TETAPI...

Posted: 20 Sep 2011 04:00 AM PDT

Malaysia Kini yang dicap oleh blog pencacai sebagai anti-Melayu, anti-Islam sebelum ini menjadi popular dalam kalangan blog tersebut hari ini. Isi beritanya tentang ketahanan air mani disalin dan ditampal di blog-blog berkenaan. Popular! Ironinya, artikel semalam tidak pula menjadi pilihan. Mengapa? Sebab tajuknya lebih kurang begini: Tiada BUKTI DNA 'Lelaki Y' Hasil daripada Sel Sperma. Anda fikir mereka berani menyiarkan artikel tersebut? Ha ha ha ha.

Berbalik kepada artikel tadi, sebenarnya tajuk artikel MK ini sedikit mengelirukan. Menurut Dr Mcdonald seperti disoal balas oleh Pendakwa Raya:  

Yusof: Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?

McDonald: Saya bersetuju.

Dalam artikel 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun telah menjadi satu pertikaian dalam kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.

Dr. McDonald mmenegaskan bahawa air mani di rektum hanya boleh bertahan selama 65 jam berdasarkan artikel 1982 oleh Ellard.


Hal ini ditegaskan sekali lagi oleh peguam bela Sankara Nair di KD bahawa andaian yang dibuat Yusof tidak kukuh kerana merujuk kepada jurnal yang diterbitkan di United  Kingdom pada 1982 bahawa sel DNA hanya bertahan selama 65 jam.

"Bahagian yang tertulis tentang perkara itu dalam Bahasa Inggeris hanya satu perenggan.

"Jurnal yang sama menyatakan calitan (swap) itu bertahan lebih 100 jam hanyalah yang diambil dari vagina wanita.

"Manakala, calitan dari rektum hanya bertahan selama 65 jam," kata Sankara ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Perkara yang TIDAK SESEKALI MUNCUL di blog pencacai ialah calitan yang diambil dari rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berusia 56 jam dari tarikh kejadian didakwa berlaku, dan disimpan lagi selama 43 jam sebelum diuji ahli kimia. 56 + 43 = 99 jam.

Perkara lain yang TIDAK AKAN DIBAHASKAN oleh blog pencacai juga ialah sesuatu yang mustahil SEL SPERMA, saya ulang SEL SPERMA mampu bertahan selama 100 jam seperti yang cuba dipertahankan oleh pendakwa raya berdasarkan tiga jurnal luar negara. Hal itu dibantah oleh Dr McDonald yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam mengendalikan ujian DNA.

Namun yang melucukan ialah gelagat pendakwa raya yang seperti "terdesak" mendesak Dr McDonald, pakar DNA Australia itu bersetuju dengan kandungan jurnal Thailand bahawa sel DNA dari air mani boleh bertahan lebih 100 jam.

Berikutan itu, McDonald membantah kerana tidak memahami kandungan yang bertulis dalam bahasa Thai. Katanya, "Kamu minta saya untuk setuju tentang sesuatu yang saya tak faham. Saya takkan lakukan.

"Saya rasa tiada siapa dalam mahkamah ini yang boleh baca bahasa Thai," kata Brian, mengundang ketawa mereka yang berada di galeri awam. - DCM

P/s: Perkara yang harus difikirkan oleh pendakwa raya ialah kecuaian dan salah laku polis dan ahli kimia semasa menganalisis bukti sehingga menyebabkan pencemaran dan kecatatan pada bahan bukti, yang harus dibimbangi pasukan pendakwa ialah dakwaan bahawa ahli kimia memberikan keterangan dengan mengatakan bahan bukti yang tercemar tadi  dapat memberikan keputusan analisis yang baik serta kegagalan mereka menganalisis sel DNA yang lain, selain sel DNA lelaki Y. Lagi menarik apabila Dr McDonald mendakwa tiada bukti sel DNA lelaki Y yang dikaitkan dengan DSAI diambil dari sel sperma! Saya kata "pendakwa perlu bimbang, difikirkan" bukanlah kerana pasukan pendakwa akan kalah (skrip tidak ditulis begitu) tetapi kes ini diperhatikan oleh orang luar yang mungkin kini sedang menggelakkan hujah pasukan pendakwa!

Hakim Terkedu, Pesalah Minta HUKUMAN GANTUNG

Posted: 19 Sep 2011 09:33 PM PDT

Saya petik:

[Bernama] SUNGAI PETANI: Kebiasaannya pesalah jenayah akan memohon hukuman ringan tetapi lain pula berlaku kepada seorang tukang gunting di Mahkamah Sesyen semalam.

Tertuduh K Pasupathy, 26, bukan saja mengaku bersalah atas tuduhan menetak ibu kandungnya, S Krishnamah, 49, malah meminta Hakim Norsalha Hamzah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya.

Norsalha yang terkejut dengan permintaan itu meminta jurubahasa menerangkan hukuman terhadap tuduhan dikenakan terhadapnya tidak membawa hukuman gantung.

Selepas diberi penjelasan, Norsalha menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, Pasupathy didakwa menetak ibunya dengan sebilah parang sehingga menyebabkan kecederaan parah di rumah No 1739, Lorong 36, Taman Ria, di sini, jam 8 pagi, 6 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan sebatan atau kedua-duanya.

Pasupathy yang tidak diwakili peguam mengangguk memahami dan mengaku bersalah ketika tuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
 

Bagaimanapun, Norsalha memberi peluang kepada tertuduh untuk mengemukakan rayuan sebelum memutuskan hukuman.

Melalui jurubahasa, dia berkata: "Yang Arif saya memohon hukum gantung sampai mati" dan selepas dijelaskan kesalahan itu hanya memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, beliau terdiam seketika.

"Kalau macam itu saya minta hukuman penjara 20 hingga 30 tahun. Hukumlah penjara maksimum sebab saya ada banyak masalah peribadi, " katanya.

 P/s:  Macam-macam!

Kerana Bimbang Prestasi Sekolah Terjejas, Sekolah Kurung Murid Lemah

Posted: 19 Sep 2011 08:18 PM PDT

Saya petik:

Dilarang ambil peperiksaan kerana bimbang jejas prestasi sekolah

[BH] KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.

Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

"Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat.

"Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit," katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

"Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah," katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

P/s: Lahanat betul GB dan pihak yang terbabit dengan kes ini. Ibu bapa ketiga-tiga orang murid yang diperlakukan sedemikian rupa tidak wajar menarik balik laporan polis. Mengapa perlu menarik laporan polis yang telah dibuat semula? Kes ini amat serius! Mereka juga perlu mengambil tindakan menyaman pihak yang terlibat kerana telah menjejaskan masa depan anak mereka hanya semata-mata mahu menjaga prestasi akademik sekolah!

Remaja 16 Tahun Belasah Ibu dengan Kayu

Posted: 19 Sep 2011 07:25 PM PDT

Saya petik:

[HM] AMPANG: Hanya kerana menasihati anak lelakinya yang sering menghabiskan masa di kafe siber, seorang ibu cedera dipukul dengan kayu, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 40 tahun bersama suaminya berada di dalam rumah mereka di Pandan Mewah, di sini, sebelum anak mereka pulang.


"Remaja berusia 16 tahun itu mengadu kurang sihat sebelum dinasihati mangsa supaya tidak menghabiskan masa di kafe siber.

"Berang mendengar 'leteran' si ibu, remaja terbabit naik angin lalu memaki hamun dan memukul ibunya," katanya.


Sumber berkata, mangsa yang marah dengan tindakan anak lelakinya itu mengambil kayu untuk mempertahankan diri dan memarahi anaknya supaya tidak bertindak sedemikian.


Bagaimanapun, anak mangsa yang dipercayai tidak berpuas hati bertindak lebih kejam apabila mengambil kayu berkenaan dan memukul mangsa.

Malah, remaja terbabit turut menendang mangsa menyebabkan dia terjatuh sebelum remaja itu melarikan diri.


Difahamkan, suami mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu, namun tidak berhasil.

Menurutnya, mangsa dibawa suaminya untuk rawatan di hospital berhampiran sebelum ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu.

P/s: Semasa kecil ditatang, dimanjakan apabila meningkat remaja perangani macam puaka.

Setelah Ratusan Ribu Warga China/India "Hilang" Dicelah-celah Masyarakat, Baru Malaysia Sedar Bahananya?

Posted: 19 Sep 2011 05:44 PM PDT

Berita Harian melaporkan bahawa kemasukan pelancong dari China ke Malaysia akan disaring di pintu keluar republik itu apabila kedua-dua negara memeterai perjanjian kerjasama memerangi jenayah merentasi sempadan yang disifatkan kerajaan sebagai ancaman amat kompleks dan berisiko tinggi. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata negara tidak boleh bergerak sendirian memerangi jenayah merentasi sempadan yang disifatkannya lebih serius daripada masalah tsunami, gempa bumi, kegawatan serta rusuhan di Timur Tengah. Malah, katanya, berdasarkan pendakwaan kes pengubahan wang haram di mahkamah negara ini, hasil yang dikenal pasti dijana daripada pelbagai jenayah meningkat sehingga mencecah RM2.3 bilion ketika ini.

Baru sekarang kementerian yang dikepalai oleh menteri yang diolok-olokkan oleh jurublog UMCO sebagai "Menteri Amaran" sedar tentang malapetaka kerana mudah sangat membenarkan warga asing masuk ke negara ini? Mengapa kerajaan tidak memikirkan implikasi apabila melaksanakan dasar pintu terbuka terhadap pelancong dan warga asing sebelum ini?


Selanjutnya, Menteri KDN itu berkata: "Jumlah pelancong China yang TERLALU RAMAI ke negara ini menyebabkan Malaysia tidak mampu melakukan penapisan secara bersendirian, walaupun menggunakan apa juga teknologi sedia ada.

"Saya sudah membincangkan perkara ini dengan rakan sejawatan di Beijing untuk melakukan penapisan beberapa pintu keluar masuk di China. Selain itu, kita juga bersetuju berkongsi maklumat mengenai sindiket antarabangsa pemerdagangan manusia, serta perjalanan barangan buatan antara negara dalam konteks perdagangan yang boleh ditafsirkan sebagai ancaman, seperti nuklear. Untuk itu, kita akan menandatangani satu perjanjian di Beijing dalam tempoh terdekat", kata Hishammuddin.

Sebelum ini DCM ada mengulas secara ringkas bahana tindakan kerajaan Malaysia dalam mempermudahkan kemasukan warga asing terutama dari China dan India ke negara ini. Tindakan memberikan Visa on Arrival (VOA), begitu juga dengan polisi kerajaan memudahkan kemasukan warga India atas urusan perniagaan dan sebagainya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. 

Pemberian VOA (sudah dibatalkan) yang kononnya untuk meningkatkan sektor pelancongan negara ini akhirnya menjadi malapetaka apabila dilaporkan lebih 50 ribu warga China "hilang" di tengah-tengah warga Malaysia yang majmuk sifatnya. Begitu juga dilaporkan 40 ribu warga India turut "lesap" bercampur aduk dengan kerencaman masyarakat di negara ini. Saya tidak fikir jumlah itu tepat, mungkin dikecilkan jumlahnya untuk mengelakkan kecaman masyarakat. Statistik itu dikeluarkan tahun lalu, agak-agaknya sudah berapa banyak warga China dan India menghuni secara haram di bumi bertuah ini? Anda fikir mudah untuk kita mengenal pasti warga India dan China yang kini "berlakon" sebagai warganegara Malaysia?

Saya tertarik dengan sindiran Pak Kadir apabila menyentuh isu ini apabila mendakwa kemungkinan warga asing menyelinap ke kampung-kampung dan akhirnya berkahwin dengan penanam sayur. Tidak mustahil. Kita juga selalu mendengar di TV bahawa ada orang yang mengaku rakyat "Malaysia" tetapi LANGSUNG tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia menagih simpati untuk memperoleh sijil kelahiran untuk anak-anaknya. Yang pelik, si ibu atau bapa ini mendakwa sijil pengenalan diri mereka juga hilang atau tidak ada.

Selanjutnya, sila rujuk sini dan sini. -DCM

P/s: HANCUR MALAYSIA di bawah kendalian BN!

Biaqpila

Posted: 20 Sep 2011 03:36 PM PDT

Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!"

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

"Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja." Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, "Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur" Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

p/s: Tak tau lah sejauh mana kebenarannya…sekadar untuk dijadikan tauladan kepada kita semua.

kredit kepada : zzxmelayucyber

26ramd

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Pengikut