Selasa, 20 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 19 Sep 2011 07:07 PM PDT

Anwar Ibrahim


Pakar: Ahli Kimia ‘Sembunyi’ Maklumat DNA Ketiga

Posted: 18 Sep 2011 11:57 PM PDT

Malaysiakini

Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

NONETumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.

Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.

dr brian mcdonald sodomy llPakar DNA Australia Dr Brian McDonald (kanan) berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon – tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.

“Mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut untuk memperkuatkan penemuan tentang 18 allele itu,” kata McDonald.

Katanya, berdasarkan laporan pakar kimia tempatan itu, mereka telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Dr McDonald berkata Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan ‘lelaki Y’.

“Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa,” katanya.

Apabila ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengapa ini adalah perlu, Dr McDonald menjawab kerana lebih banyak ujian diperlukan bagi mengenal pasti milik siapa DNA itu (pada 18 allele).

NONE“Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan.”

Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

“Dia tidak boleh mengatakan ia milik sesiapa… hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli,” katanya lagi.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Fitnah II: Ahli Kimia Abai Kriteria Wajib Dalam Analisa DNA

Posted: 18 Sep 2011 10:08 PM PDT

KeadilanDaily

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ram Karpal menyambung semula soal periksa terhadap pakar DNA dari Australia, Dr Brian Mc Donald dalam perbicaraan kes fitnah membabitkan ketua pembangkang itu.

McDonald, yang merupakan saksi pembela keempat, dijangka mengambil masa dua hari bagi memberi keterangan beliau dengan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa.

Berikut  perbicaraan pada pagi ini:

8.55 pagi: Peguam Sankara Nair dan CV Prabhakaran tiba di mahkamah bersama pakar DNA Dr Brian Mc Donald.
Pendakwaraya diketuai  Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden juga dilihat di mahkamah. DPP Noorin Badaruddin dijangka menyoal balas Mc Donald. Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong yang juga saksi pendakwa duduk berhampiran Noorin.

9.33 pagi: Datuk Seri Anwar ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tiba di mahkamah. Turut kelihatan hadir di mahkamah bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, Dr Lee Chong Meng.

9.34 pagi: Karpal Singh tiba ke di mahkamah. Selain itu Ahli Parlimen batu,  Tian Chua turut hadir. Bersama beliau ialah Baginda Minda, bekas rakan kongsi perniagaan Ummi Hafilda yang terbabit dalam konspirasi 1 terhadap Anwar.

9.38 pagi: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding.

9.46 pagi: Galeri awam mulai penuh dengan orang ramai. Dr Brian beritahu sampel B7, B8 dan B9 tidak konsisten kerana ia diambil selepas 56 jam.

"Tiada slaid telah dibuat mengikut piawaian antarabangsa, katanya. Mc Donald berkata tiada maklumat berhubung sperma didokumentasikan, walaupun Seah mengakui kehadiran sperma yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

9.47 pagi: Menurut Mc Donald, dari tiga sampel, B7 terdapat DNA utama lelaki Y dan satu komponen kecil pengadu (Mohd Saiful Bukahari Azlan).

"Seah tidak meliputi pada B8. B8 ialah pengesat rektum tinggi..adalah komponen DNA utama pengadu dan lelaki Y.
Dia sepatutnya membuat satu slaid, dan bukannya membuat tekaan dalam penjelasannya mengapa ini terjadi.

"Terdapat dua ciri bertentangan bagi pengesat rektum tinggi (iaitu, B7 and B8)." Oleh kerana B9 pengesat rektum rendah, McDonald berkata terdapat amaun sama rata lelaki Y dan DNA pengadu.

"Tiada pecahan sperma menunjukkan pada sebarang DNA tercemar. Jika ia datang dari sperma sama sekali, ia perlu menunjukkan degradasi, terutama selepas 56 jam dalam dubur dan 46 jam (sebelum diberi kepada ahli kimia)."

9.58 pagi: McDonald berkata penemuan adalah tidak selaras dengan sejarah ia disimpan sekian lama.
Menurut Mc Donald, B5 pula datang dari pengelap peri-anal.

10.01am: McDonald menyatakan Seah memberi keterangan bahawa terdapat DNA tiga individu dengan penyumbang utama merupakan lelaki yang tidak diketahui.

"Lelaki Y, menurut Seah, merupakan sperma yang tercemar,"

"Hujah Seah bahawa DNA lelaki tidak diketahui itu datang dari (a) mangkuk tandas adalah kerana beliau tidak menjumpai apa-apa lagi dari calitan rektal."

"Seah tidak menjalankan ujian terhadap sampel sperma ini. Terdapat DNA lelaki tak diketahui di mana Seah menyimpulkan diambil dari mangkuk tandas, namun beliau tidak menjalankan ujian,"

Namun demikian, menurut McDonald pengadu menyatakan bahawa beliau tidak ke tandas selama dua hari.

10.06 pagi: McDonald menyatakan Seah hanya meneka dalam membuat kesimpulan.

10.08 pagi: Merujuk kepada laporan beliau setebal 15 muka surat, McDonald menyatakan bahawa Seah hanya mengagak berdasarkan sampel yang diambil memandangkan wujud campuran pada sperma yang diambil.

Ram Karpal: Pada masa tersebut, kita tidak tahu sel mana datangnya DNA?

McDonald: Tidak.

10.13 pagi: McDonald menyatakan adalah tidak diketahui samada sampel yang diambil dari B5, B7, B8 dan B9 datang dari sampel air liur atau darah.

"Bukti itu tidak memberitahu kita (sama ada) ia datang dari sperma atau air liur."

10:15 pagi: Ram dan McDonald membincangkan mengenai bidang pencemaran.

McDonald berkata isu pencemaran merupakan isu penting di dalam DNA.

10:18 pagi: Ram: Adakah anda menemui sebarang bukti yang tercemar?

McDonald: Adalah sukar untuk menjawab, kerana terdapat beberapa keadaan di mana DNA yang diperolehi boleh yang berkaitan dengan kesalahan itu.

"Terdapat DNA yang tidak datang daripada salah seorang daripada dua orang (yang terbabit), dan ini perlu dijelaskan."

10:24 pagi: McDonald berkata Seah telah salah tafsir apa yang ahli kimia itu terangkan pada permulaan.

10:30 pagi: Ahli Parlimen Lembah Pantai,MP Nurul Izzah Anwar memasuki mahkamah.

10:35 pagi: McDonald berkata Seah tidak mengemaskan semula sampel B5 (peri-annal swab), yang sepatutnya dilakukan.

10:37 pagi: Beliau juga berkata ahli kimia Nor Aidora Saedon juga telah gagal untuk mengiktiraf campuran dalam sampel yang diperolehi daripada sel Anwar.

10:41 pagi: Ram: Terdapat penyumbang ketiga dalam ujian yang dijalankan oleh Seah dan Nor Aidora.

"Nor Aidora mengabaikan semua kriteria terhadap campuran, yang dia mesti lakukan sebagai saintis,"

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Najib Enggan Akui Kesilapan – Pak Samad

Posted: 18 Sep 2011 07:47 PM PDT

Harakah

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mempersenda pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkan sebagai “tidak mengakui kesilapan kerajaannya”.

A. Samad yang juga dikenali sebagai Pak Samad berkata, amat malang apabila BN khususnya Najib masih enggan mengakui bahawa pengumuman pemansuhan itu hasil desakan rakyat khususnya anak muda yang mahukan perubahan demokrasi.

“Selama 54 tahun mereka tak terfikirkan pun ISA itu harus dikikis. Tiba-tiba sahaja mendapat ilham, dan tidak mengakui bahawa ini adalah desakan daripada kelompok antaranya anak muda bahawa kita sudah tidak tertahan lagi.

“Perdana Menteri pun dua tiga hari ini mengumumkan…oh, kami…kami sahaja yang meluruhkan ISA tapi tidak diceritakan kerana desakan-desakan itulah yang mendorongnya untuk merubah. Kalau tidak ada desakan-desakan itu, saya tidak fikir (ISA dimansuhkan) kerana itu adalah alat yang sangat bermanfaat untuk menekan (rakyat),” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran buku Puisi Jadi Senjata yang memuatkan himpunan sajak anak muda sookoong A. Samad Said dan Bersih 2.0 di Dewan Annex, Central Market, dekat sini, semalam.

Pak Samad yang merupakan antara pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menghadap Sultan Mizan untuk merundingkan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu juga tidak menafikan puisi anak muda ini turut mempengaruhi tindakan Najib.

“Apa yang dilakukan ini sebenarnya satu keberanian, satu pernyataan yang akhirnya antalogi ini masuk dalam arus massa Perdana Menteri untuk mengumumkan penghakisan ISA.

“Itu saya fikir satu kemenangan yang baik, dan tentunya Perdana Menteri tidak akan mengakui itu. Tapi mahu tidak mahu, ini adalah satu jalur yang menggerakkan dan kemudian menjadi sungai yang besar mengasak, dan itulah yang berlaku,” katanya di hadapan kira-kira seratus hadirin, majoritinya golongan muda.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 19 Sep 2011 12:08 PM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Program PR Negeri Sembilan

Posted: 19 Sep 2011 08:49 AM PDT

Rumah Terbuka Hari Raya PR Negeri Sembilan
25 September 2011 / Ahad
Muassasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol
Anjuran: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) Negeri Sembilan
Jemputan Utama:
YB Saifuddin Nasution Ismail
YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
YB Loke Siew Fook
YB Mohd Taufek Abd Ghani

24 jam selepas pendedahan, pengakuan PM Bangladesh dipadam

Posted: 18 Sep 2011 07:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini.

Semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini mendapati laman itu tertera: No item to show (tiada paparan kandungan) tetapi tiada alasan diberi. (Untuk lihat paparan halaman depan, klik ini)

Cetakan (print screen) semalam yang kini dipadamkan

Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi.

Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan.

"Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

"Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya.

Bangladesh dakwa diberi kerakyatan mudah M'sia-Malaysiakini.com

Posted: 18 Sep 2011 07:29 PM PDT

Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

azlanPejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan telah menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lepas, lapor Bernama.

Menurut laman web itu, Hasina telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menurut sumber dengan kedudukan yang tinggi mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.

Sementara itu, agensi berita nasional itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan itu.

Sambil menolak dakwaan bahawa golongan itu juga diberi hak mengundi pada pilihan raya di Malaysia, Muhyiddin berkata kerajaan tidak perlu berbuat demikian apatah lagi jika ia dikaitkan dengan proses pilihan raya.

Katanya kerajaan tidak begitu terdesak sehingga perlu memberikan taraf kewarganegaraan semata-mata untuk meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

azlan"Kita boleh minta penjelasan dari pihak Bangladesh apakah benar kenyataan itu dibuat oleh Perdana Menteri kerana dari segi soal kerajaan kita tidak buat begitu. Seseorang yang hendak jadi warganegara perlu melalui pelbagai proses, tempoh masa berapa lama dah berada di sini, sama ada dia betul-betul tahu keadaan di sini dan sebagainya sebagaimana yang biasa kita lakukan.

"Tidak ada kita bagi keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihan raya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan nak suruh dia pergi undi. Kalaupun undi, dia masuk tong dan kita tak tau dia undi siapa pun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Makkal Sakti Malaysia
2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Justeru, Muhyiddin berkata beliau akan meminta pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh menyemak perkara berkenaan sama ada ia benar atau tidak, lapor Bernama lagi.

Lawatan Timbalan Presiden ke NS hujung minggu ini

Posted: 14 Sep 2011 01:36 AM PDT




BULETIN RAKYAT

Posted: 19 Sep 2011 12:00 PM PDT

BULETIN RAKYAT


BENGKEL PECUTAN AKHIR SPM 2011, PERPUSTAKAAN NEGERI SHAH ALAM (17 SEPT 2011)

Posted: 19 Sep 2011 04:18 AM PDT

Sebahagian daripada 150 pelajar telah menghadiri bengkel menghadapi peperiksaan SPM tahun ini di Ruang Auditorium Perpustakaan Awam Negeri di Seksyen 13, Shah Alam pada 17 Spetember (Ahad) baru-baru ini. Penyertaan peserta dari kawasan Dun Batang Kali, Dun Hulu Bernam dan Dun Rawang telah berjaya membuka minda pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di kawasan Dun masing-masing ~ Ihsan SASMediaHuluSgr

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 19 Sep 2011 11:09 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bendera Malaysia perlu dikaji semula kerana merbahaya?

Posted: 19 Sep 2011 02:19 AM PDT



Rekabentuk bendera Malaysia perlu dikaji semula kerana kepada warga asing atau negara luar sekali imbas bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat. Dan di wilayah bergolak seperti Somalia, Afghanistan dan Lubnan yang mempunyai sentimen anti Amerika yang tinggi, bendera Malaysia yang dipakai oleh sukarelawan dan anggota tentera Malaysia boleh membawa risiko.

Jadi, adakah rekabentuk bendera Malaysia perlu diubah suai untuk keselamatan rakyatnya?

Beberapa artikel ancaman rekabentuk bendera Malaysia yang mirip bendera Amerika Syarikat :

UNIFIL : Perubahan bendera Malaysia di Lebanon http://www.kaskus.us/showthread.php?t=10229124

Akhirnya saya berpeluang masuk ke Afghanistan …, kawasan yang dimaksudkan ialah Spin Boldak, kami bergerak secara konvoi dan kenderaan kami menggunakan bendera Indonesia ….., ini disebabkan bendera Malaysia mempunyai jalur yang sama dengan bendera Amerika Syarikat
http://militaryofmalaysia.net/2010/09/pengalaman-perang-di-afghanistan/

Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat http://hasbullah.pit.my/2008/08/bendera-malaysia-perlu-diubah-dan.html

Bendera Malaysia Dibakar di Berbagai Negara di Timur Tengah
27th Aug 2010

WorldNewsToday – Sejumlah kedutaan besar Malaysia di Timur Tengah saat ini tengah dilanda berbagai insiden. Pasalnya, hampir setiap hari terdapat kasus pembakaran bendera nasional Malaysia di depan kantor kedutaan mereka sendiri.

Ismeth Al Maliki, salah seorang demonstran di Libanon yang diwawancari mengaku , pembakaran bendera Malaysia dilakukan oleh karena ia tidak dapat membedakan bendera Malaysia dan bendera "The Spangled Banner" milik Amerika.
http://hendynoize.net/2010/08/27/bendera-malaysia-dibakar-di-berbagai-negara-di-timur-tengah/

Adakah Inggeris benci Askar Melayu, sokong komunis?

Posted: 18 Sep 2011 09:40 PM PDT



Rejimen Askar Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1933 atas desakan Sultan Perak, Yamtuan N.Sembilan, Raja Chulan dan Undang Rembau. Akan tetapi Inggeris telah melatih dan memberi senjata kepada komunis untuk melawan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kenapa Inggeris tidak memperkuatkan Askar Melayu? Adakah Inggeris lebih percaya komunis dari Askar Melayu kerana penubuhan Askar Melayu diilhamkan oleh Sultan Perak yang berjiwa rakyat dan menghayati agama Islam dimana baginda sendiri memberikan ceramah agama kepada rakyat pada ketika itu.

Perang Dunia Kedua menyaksikan bagaimana Hitler telah menubuhkan Divisyen Tentera Islam yang antaranya terdiri dari tentera Islam Bosnia. Turki juga menyebelahi Jerman ketika Perang Dunia Pertama. Malahan beberapa pemimpin Islam termasuk Mufti Palestin dikatakan telah menyokong Jerman untuk mengusir keluar penjajah Inggeris di negara mereka. Dan Jepun pula adalah sekutu Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

Apakah misi Undang Rembau melawat Maharaja Jepun pada lewat tahun 1930an dimana Undang Rembau adalah antara orang yang paling kuat mendesak penubuhan Askar Melayu?

Nampaknya satu kajian sejarah mendalam perlu dilakukan akan semua persoalan ini, kerana sejarah itu sentiasa berulang. Apa yang berlaku di Bosnia, di Palestin dan di mana-mana ada kaitan dengan sejarah, perang dunia, komunis, Inggeris dan seterusnya.

Apakah Inggeris gusar kerana topi Askar Melayu pada ketika itu hampir sama dengan topi Divisyen Tentera Islam Jerman ketika itu , iaitu topi tarbus?

****************
Sultan Alang Iskandar Syah, Sultan Perak ke-30

Dalam tahun 1913, Almarhum Sultan Alang Iskandar Syah, Almarhum DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Dahan telah mula menyuarakan hasrat penubuhan pasukan Askar Melayu.

Baginda menyokong kuat penubuhan Askar melayu di-raja, dan desakan Baginda, kuasa pentadbiran yang dipegang oleh Residen General bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dirombak dan dibahagi-bahagi semula kepada Sultan-Sultan, Residen-Residen dan Majlis-Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri dalam Persekutuan itu.

Dengan rayuan Baginda kepada Kerajaan Inggeris, Jajahan Dinding dan Pulau Pangkor yang diberi kepada Kompeni Inggeris dalam tahun 1826 diserahkan balik kepada Kerajaan Negeri Perak dalam tahun 1935.

Baginda turut melantik seorang alim Islam di Teluk Intan (Teluk Anson), bernama Sheikh Muhammad Saleh (Asal dari Minangkabau) menjadi Shaikul-Islam bagi Negeri Perak. Baginda sendiri selalu melawat dan memberi titah ucapan mengenai ajaran Agama Islam kepada rakyat Baginda di bandar-bandar dan di kampung-kampung.
http://sultan.perak.gov.my/bahasa/iskandar_shah.htm

Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam
Utusan Malaysia 19 Mei 2006

Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm





13th Waffen Mountain Division of the SS Handschar

The 13th Waffen Mountain Division of the SS Handschar (1st Croatian) was one of the thirty-eight divisions fielded as part of the Waffen-SS during World War II. Its recruits were composed of Muslim Bosniaks and Catholic Croats. The Handschar[1] division was a mountain infantry formation, the equivalent of the German "Gebirgsjäger" (Mountain troops) units. It was used to conduct operations against Yugoslav Partisans in the Independent State of Croatia from February to September 1944. http://en.wikipedia.org/wiki/13th_Waffen_Mountain_Division_of_the_SS_Handschar_(1st_Croatian)






1941: Suriah, Lebanon, Korps Afrika merebut Tobruk

Pada Juni 1941 Angkatan Darat Australia dan pasukan Sekutu menginvasi Suriah dan Lebanon, merebut Damaskus pada 17 Juni. Di Irak, terjadi penggulingan kekuasaan atas pemerintah yang pro-Inggris oleh kelompok Rashid Ali yang pro-Nazi. Pemberontakan didukung oleh Mufti Besar Yerusalem, Haji Amin al-Husseini.

Oleh karena merasa garis belakangnya terancam, Inggris mendatangkan bala bantuan dari India dan menduduki Irak. Pemerintahan pro-Inggris kembali berkuasa, sementara Rashid Ali dan Mufti Besar Yerusalem melarikan diri ke Iran. Namun kemudian Inggris dan Uni Soviet menduduki Iran serta menggulingkan shah Iran yang pro-Jerman.

Kedua tokoh Arab yang pro-Nazi di atas kemudian melarikan diri ke Eropa melalui Turki, di mana mereka kemudian bekerja sama dengan Hitler untuk menyingkirkan orang Inggris dan orang Yahudi. Korps Afrika dibawah Rommel melangkah maju dengan cepat ke arah timur, merebut kota pelabuhan Tobruk. Pasukan Australia dan Inggris di kota tersebut berhasil bertahan hingga serangan Axis berhasil merebut kota tersebut dan memaksa Divisi Ke-8 (Eighth Army) mundur ke garis di El Alamein.
http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_II

Malayan Communist Party (MCP)

On December 8, 1941, the Japanese Empire invaded Malaya. The British colonial authorities now accepted the MCP's standing offer of military co-operation. On 15 December, all left-wing political prisoners were released.

From 20 December the British military began to train party members in guerilla warfare at the hastily established 101st Special Training School (101st STS) in Singapore. About 165 MCP members were trained before the British defences collapsed. These fighters, scantily armed and equipped by the hard-pressed British, hurriedly dispersed and attempted to harass the occupying army.

Just before Singapore fell on 15 February 1942, the party began organise armed resistance in the state of Johore. Soon four armed groups, which became known as 'Regiments', were formed, with 101st STS trainees serving as nuclei. In March this force was dubbed the Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) and began sabotage and ambushes against the Japanese. http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Communist_Party

Kapal TLDM rosak, kejar kapal perang China, mana Scropene?

Posted: 18 Sep 2011 08:04 PM PDT



Satu berita yang amal memalukan. Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD Pari telah rosak dan hampir tenggelam dalam kejadian mengejar kapal perang (frigate) negara China yang menceroboh perairan negara di Sabah. Mana kapal selam negara berharga hampir RM 5 billion. Dan kos untuk senggara kapal selam ini pula hampir RM500 juta yang ditambah dalam bajet 2011.

Hampir 5 peratus bajet pertahanan untuk senggara kapal selam saja. Sementara itu dilaporkan beberapa kerosakan kapal TLDM lain antaranya KD Serang mengalami lintar pintas, KD Todak kapal pemusnah periuk api dah 2 bulan tak boleh beroperasi selepas satu kemalangan.

Bukit Kepong telah menjadi sejarah dan pengajaran. Adakah kita ingin mengulangi sejarah Bukit Kepong dan Kalabakan dengan pertahanan negara yang lemah?

Navy vessel breaks down while chasing ship
NST 19 Sep 2011

KD Pari sustained a dislodged shaft while pursuing a China-flagged ship encroaching on waters off Pulau Layang Layang on Thursday.

KUALA LUMPUR: A Royal Malaysian Navy (RMN) vessel, in pursuit of a foreign ship encroaching on waters off Pulau Layang Layang on Thursday, was forced to abandon its operation after its engine room was flooded.

RMN chief Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar said the crew of the Fast Attack Craft-Gun (FAC-G) vessel KD Pari heard a 'loud bang' soon after it had departed the island westward to pursue a China-flagged vessel, believed to be a frigate, spotted at Gugusan Semarang Peninjau in the South China Sea at 2.53pm.

"Initial investigations revealed that the KD Pari sustained a dislodged shaft, which connects the propeller to the engine, and the vessel turned back to its base.

He added a second RMN ship, the new-generation patrol vessel KD Pahang was immediately summoned to pursue the China-flagged ship and managed to "shoo it away" after efforts to communicate with it failed.

Damage to KD Pari, which reportedly underwent refurbishment in 2009 to the tune of RM12 million, is believed to be in the tens of millions of ringgit.

KD Pari, pennant number 3510, was built by Hong Leong-Lurssen at its Butterworth shipyard and commissioned on March 23, 1977.

It weighs 244 tonnes, is 44.9m x 7m x 2.5m, can sail at 32 knots and is manned by 36 crew members






The RMN also confirmed that another FAC-G vessel, KD Serang, sustained a small fire from a short-circuit on Aug 31 while minesweeper KD Todak was 'grounded' after a slight mishap with a floating object two months earlier.

http://www.nst.com.my/nst/articles/13chase/Article






SCORPENE SUBMARINES

Royal Malaysian Navy Scorpene submarine title as Tunku Abdul Rahman during Trials near Lorient in march 2008. Malaysia's first Scorpene-class diesel-electric submarine named after the country's first premier "KD Tunku Abdul Rahman" inducted in Malaysia's Naval fleet at a ceremony.

Two Scorpène class submarines were ordered by the RMN on June 5, 2002 under a €1.04 billion (about RM4.78 billion) contract.

http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Navy

Tuesday August 2, 2011
Mindef gets RM493.3mil more, for Scorpene subs upkeep

KUALA LUMPUR: The Defence Ministry received an additional allocation of RM493.3mil this year, raising the ministry's budget to a total of RM11bil.

Its minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the supplementary budget was needed to maintain the country's two Scorpene submarines as well as for administrative purposes.

"The main purpose is to maintain our Scorpene submarines as that expense was not included in the budget," he told reporters Tuesday when receiving a four-wheel drive vehicle from UNDP under a multidimensional peacekeeping training project, called the Malaysian Peacekeeping Training Project (MPTP), conducted by UNDP and Mindef in Port Dickson.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/2/nation/20110802120702&sec=nation





Kapal peronda TLDM hampir tenggelam di perairan Sabah
Kosmo 19 Sep 2011

KUALA LUMPUR – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pari separa tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada shaft kapal tersebut tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis Fast Attack Craft-Gun itu terselamat.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm


Kapal peronda TLDM hampir tenggelam di perairan Sabah
Utusan 19 Sep 2011

KUALA LUMPUR 18 Sept – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) "KD Pari" separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada "shaft"nya tertanggal.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0918&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm&arc=hive

KD Pari hampir karam
Metro 19 Sep 2011

KUALA LUMPUR: Kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pari hampir karam selepas dimasuki air akibat bilik jentera utamanya mengalami kebocoran ekoran satu daripada 'shaft'nya tertanggal.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KDParihampirkaram/Article/index_html

FAST ATTACK CRAFT - GUN
Name : KD PARI, No Penant : 3510
Builders : Hong Leong-Lurssen, Butterworth
Commissioned : 23 Mar 1977
Displacement, Tons : 244 full Load
Dimensions, feet(meters) : 147.3 X 23 X 8.3 (44.9 X 7 X 2.5)
Main Machinery : 3 MTU MB 16V 538TB90 diesel, 9000 hp(m) (6.6 MW) sustained, 3 shafts
Speed, Knots : 32
Range, n miles : 2000 at 14 kt.
Complement : 36 (4 Officers)
Countermeasures : ESM: Thales DR 3000,
Intercept.
Radars : Surface search: Kelvin Hughes 1007,
I-band.
Comment : Lurssen 45 type. Illuminant launchers on both gun mountings. Design of hull modification is reported to have been contracted. Form 6th Fast Attack Squadron based at Labuan.
Source : Jane's Fighting Ships
http://navy.mil.my/index.php/mengenai-kami/armada/633-kd-pari-3510

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 19 Sep 2011 09:24 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Poster burukkan Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Kedah

Posted: 19 Sep 2011 06:12 AM PDT

18 sept 2011 Alor Star - Beberapa poster palsu yang kononnya dicetak oleh Kerajaan Negeri digantung sepanjang Jalan Sultanah sebagai menyambut kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena lawatannya ke negeri ini bagi meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah.

Poster yang dipercayai digantung pada sebelah malam kelmarin itu antaranya membawa mesej meminta Anwar supaya tidak lagi mengelirukan rakyat Kedah.

Turut kelihatan pada poster itu ialah logo Kerajaan Negeri Kedah dan parti Pas, bagi mengaburi mata rakyat kononnya poster itu dicetak oleh Kerajaan Negeri.

Pengerusi Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, perbuatan itu disifatkan sebagai biadab kerana kehadiran Anwar adalah untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri, bukannya untuk berkempen politik.

"Perbuatan menggantung poster itu oleh pihak tidak bertanggung jawab tidak ubah seperti pengecut. Ini jamuan Hari Raya, kenapa perlu dicemari dengan insiden seperti itu, ianya satu penghinaan buat pemimpin tertinggi kami," katanya, ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah yang dihadiri hampir 8,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, perbuatan biadab itu mungkin kerana ada pihak yang takut pada bayang-bayang sendiri ekoran sambutan menggalakkan yang diterima oleh PR.

"Saya kesal kerana terdapat logo Kerajaan Negeri dan Pas sedangkan poster palsu itu tiada kaitan dengan dua logo tertera. Perbuatan itu jelas berniat jahat untuk meretakkan hubungan sesama parti pakatan, namun saya percaya rakyat tak tertipu dengan pembohongan itu," katanya.

Wan Salleh berkata, pihaknya tidak gentar dengan serangan peribadi seperti itu, sebaliknya menguatkan lagi semangat parti itu untuk menawan Putrajaya, termasuk negeri-negeri bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). -sinar

Adakah UMNO telah takut dengan kebangkitan rakyat di Kedah? Siapa yang bertangungjawab dalam meretakkan hubungan kerajaan Pakatan rakyat di Kedah? Apakah mereka yang bertangungjawab ini sudah tidak ingat dosa dan pahala ?

Majlis yang dihadiri hampir 10 ribu rakyat Kedah telah menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh.

Sumber: http://getahskrab.blogspot.com/

Semuanya jadi Cacamarba Ikut Umno dan kerajaan Umno

Posted: 19 Sep 2011 06:02 AM PDT

Kemarahan pimpinan Umno, kini beralih pula kepada S Manoharan ADUN Kota Shah Alam yang mencadangkan supaya jalur gemilang ditukar. Dan penukaran tersebut dikaitkan langsung dengan perkiraaan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya.


Itulah besarnya kedudukan s Manoharan Adun yang bercakap, sudah menjadi keputusan Pakatan Rakyat.

Inilah bentuk-bentuk pembohongan, manipulasi berita dan laporan yang bias yang dilaporkan oleh media.

Medai melayan Pakatan Rakyat dan Adun Pakatan Rakyat macam manusia yang tidak berakal dan berotak dungu.

Cakap-cakap s Manoharan menjadi 'kepercayaan' media. Dan pemimpin Umno Bn pakar sejarah terus menghentam dengan bermacam-macam, antaranya usir beliau, ada yang labelkan kurang ajar dan biadab.

Di Malaysia mana kebebasan menyatakan padnagan dan mengeluarkan pandangan. Maka rugilah kementerian yang membuat dan membentuk kukrikulum KBSR dan KBSM yang mahukan para pelajar berani, kreatif dan inovatif. semuanya tinggal retorik dalam dasar sahaja.

Bila bertembung dengan aplikasi duduk perkara realiti sebenar semuanya bebal. Pembuat dasar sendiri lupa dengan dasar yang mereka buat dan bentuk.

inilah kerajaan caca marba masa ini...

Sumber: http://perantaukite.blogspot.com/

PRU13 - DUN UMNO/BN akan tergugat - 3

Posted: 19 Sep 2011 02:33 AM PDT

Oleh: mirputra

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Khamis mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia, Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Inilah janji dari Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia dalam perutusan khas sempena Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia ke 54 negara kita.Samada ucapan ini dibuat secara ikhlas untuk ditunaikan ataupun sekadar gula-gula untuk PRU13,sama samalah kita melihatnya.
UMNO/BN umpama telur dihujung tanduk,apa yang dibuat serba tidak kena..Walaupun PRU13 ada yang meramalkan dalam tahun ini dan ada yang meramalkan mungkin tahun depan.Parti gabungan dalam BN sudah mula mengintai kawasan selamat untuk bertanding kerusi parlimen maupun DUN.Dan ramai juga wakil rakyat dari UMNO/BN tertanya2 samada dicalun semula atau sebaliknya.

Bagi Pakatan Rakyat PRU13 adalah pilihanraya yang sangat penting kesilapan memilih calun akan mengagalkan usaha untuk menuju Putrajaya.Dari statistik PRU12 yang lepas sekiranya diterjemahkan pada PRU13 yang akan datang dengan kesedaran pengundi2 muda dan pergolakan yang berlaku dalam UMNO/BN disetiap negeri tidak mustahil UMNO/BN akan kehilangan kuasa.

Agak mustahil untuk UMNO/BN merampas kembali negeri yang diperintah oleh PR dan tidak mustahil PR akan dapat merampas beberapa negeri lagi pada PRU13,kalau mengambil kira keputusan PRU12 yang mana UMNO/BN hanya menang dengan majoriti bawah 2,500 malah ada yang menang tipis.


PERAK mempunyai 59 kerusi DUN dibawah 24 parlimen..Walaupun kerajaan PR dirampas kembali oleh UMNO/BN disebabkan 3 ADUN yang melompat parti.Perak akan jatuh lagi sekali ketangan PR.
Pada PRU12 UMNO/BN mempunyai 28 ahli DUN manakala PR mempunyai 31 akibat daripada 3 ADUN yang melompat parti membolehkan UMNO/BN membentuk kerajaan dengan 3 ADUN yang melompat..UMNO/BN akan kehilangan lebih banyak kerusi pada PRU13 daripada 28 kerusi yang telah dimenangi pada PRU12(tidak termasuk Adun yang melompat) UMNO/BN akan kehilangan sebanyak 19 kerusi lagi.Ini bermakna UMNO/BN hanya mempunyai 9 kerusi sahaja untuk DUN.Manakala PR akan dapat menguasai Perak dengan selesa sebanyak 50 kerusi.


PAHANG mempunyai 42 kerusi DUN…UMNO/BN memenangi sebanyak 38 kerusi DUN pada PRU12 manakala PR iaitu PAS 2 dan DAP 2 kerusi.. Sebanyak 23 kerusi UMNO/BN yang menang dibawah majoriti 2,500 malah ada yang menang tipis..Pahang mungkin masih kekal dibawah UMNO/BN.



Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 19 Sep 2011 08:16 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/


GANTUNG KUATKUASA AKTA-AKTA YANG AKAN DIMANSUHKAN

Posted: 18 Sep 2011 10:52 PM PDT

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG


19 SEPTEMBER 2011

GANTUNG KUATKUASA AKTA-AKTA YANG AKAN DIMANSUHKAN

Sempena sambutan Hari Malaysia 16 September 2011, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak (PM) telah mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan beberapa akta yang lain. Dicadangkan usaha ini akan hanya dibentangkan di Parlimen pada sesi pertama tahun 2012.

Walau pun demikian, saya sarankan PM perlu menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam masa menanti perkara ini dibentang dan dilulus oleh Parlimen, beliau akan MENGGANTUNG FUNGSI Akta-Akta tersebut dan tidak akan diguna pakai serta merta. Ini akan mencerminkan bahawa beliau sememangnya mahukan dan tidak berdolak-dalih dan tanpa ragu-ragu lagi inginkan Akta-Akta berkenaan diMANSUHKAN.

Akta ISA 1960, iaitu, yang diluluskan tiga (3) tahun selepas MERDEKA, sering disalahgunakan dengan zalimnya menindas rakyat yang belum terbukti bersalah, dikenakan tahanan bagi tempoh tertentu, tanpa dihadapkan ke Mahkamah. Apatah lagi Akta ini juga digunakan sebagai senjata politik dengan menahan pemimpin-pemimpin politik.

Di masa yang sama ini juga, wajar PM membebaskan semua tahanan ISA yang ada. Seluruh dunia akan melihat keikhlasan dan kesungguhan PM bahawa pengumuman beliau bukan satu laungan tanda tersepit atau satu sandiwara yang sering didengar sebagai penyimpang apabila berhadapan dengan krisis politik. Apatah lagi apabila Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa tidak ada rancangan untuk membebaskan mereka yang berada di dalam tahanan sekarang, secara langsung menghapuskan apa-apa keyakinan bahawa cadangan penghapusan Akta tersebut akan menjadi satu realiti bersejarah.

Saya juga mendesak agar permohonan permit akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, SUARA KEADILAN, diberikan kelulusan semula tanpa syarat dengan segera jika PM ingin menunjukan kesungguhan yang sama atas cadangan memansuhkan juga Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Rakyat ingin melihat dan menilai apakah pengumuman PM ini tidak lain dan tidak bukan sekadar gula-gula politik menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) kerana selama ini Kerajaan UMNO/BN belum pernah menunjukkan keupayaan dan keinginan untuk menterjemahkan keazaman mereka tentang keluhuran undang-undang dan semangat Perlembagaan Persekutuan malah, sentiasa menyalah gunakan kuasa, apa lagi berusaha untuk menggubal undang-undang yang zalim.

YB Dato' Kamarul Baharin Abbas

Ahli Parlimen Telok Kemang

Aminuddin Harun

Posted: 19 Sep 2011 07:24 AM PDT

Aminuddin Harun


Posted: 18 Sep 2011 04:28 PM PDT


Tiada ulasan:

Pengikut