Pakatan Rakyat |
Posted: 19 Sep 2011 03:11 PM PDT | Kerja buat jahat akan tetap dilawan: Anwar Posted: 19 Sep 2011 05:00 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan tayangan susulan video fitnah yang kononnya membabitkan beliau, tetapi sebaliknya berkata, semua komponen Pakatan Rakyat hendaklah menumpu pada usaha untuk membela nasib rakyat daripada terbabit dengan isu politik yang kotor. Ketua Pembangkan itu berkata demikian ekoran timbul semula sisipan video fitnah untuk mengaibkan beliau. Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, kononnya memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay. "Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat. Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik," sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu. Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfitnah Anwar '. Beliau berkata demikian pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September. Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati. "Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat," kata Anwar. Dalam isu lain, beliau menempelak Najib yang kononnya mahu menghapuskan keperluan memperbaharui permit penerbitan setiap tahun sedangkan akhbar rasmi KEADILAN sehingga kini tidak diberi permit. Jika Najib benar-benar percaya kepada kebebasan bersuara, katanya, Perdana Menteri itu tidak menghalang permit akhbar yang mengkritiknya. "Kata media bebas tetapi Suara Keadilan tak diberi lesen penerbitan. Najib juga bayar CNBC untuk memuji-muji Najib," katanya merujuk usaha Perdana Menteri itu melobi mendapat slot televisyen antarabangsa. | VIDEO SEKS DAH JADI FILEM HINDUSTAN Posted: 19 Sep 2011 12:00 AM PDT DEY MACHA!!! MASUK LIF BAJU LAIN SELUAQ LAIN KESIAN SAMA ITU UMPORNO Lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet Saga video seks Datuk T muncul semula di Internet hari ini ekoran muat-naik rakaman CCTV yang dikatakan menunjukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks, serta ancaman penyiasaran seks video baru bertarikh 13 Januari 2011. Penulis blog Papa Gomo menyiarkan apa yang disebutnya, Dalam blog tersebut, klip rakaman itu disunting untuk memautkan rakaman CCTV itu dengan video seks di Carcosa, yang menunjukkan minit-minit akhir lelaki, yang dikatakan Anwar, mengenakan pakaian dan beredar, dengan tanda masa yang menunjukkan ianya urutan peristiwa tersebut. Bagaimanapun, pakaian kedua-dua lelaki dalam CCTV itu, tidak kelihatan sepadan dengan kedua-dua lelaki yang ditunjukkan Dalam CCTV itu, lelaki yang dikatakan Eskay memakai pakaian yang berwarna gelap, manakala dalam video seks, lelaki yang ditunjukkan, berbaju dan berseluar cerah (kanan). Lelaki itu yang dikatakan Anwar juga berseluar gelap dalam rakaman CCTV itu, tetapi seluar dalam video seks itu kelihatan cerah. Rakaman CCTV itu sebelumnya disebut dalam fakta kes apabila Eskay dan dua orang lagi anggota trio 'Datuk T' dihadapkan di mahkamah atas tuduhan menyiarkan video lucah itu Jun lalu.-MK | Ni Semua Hang Punya Pasai La Mat Sabu!!! Posted: 18 Sep 2011 09:00 PM PDT Hang punya pasai Mat Sabu.....:-))) Negara diselubungi jerebu Hari-hari ada cerita baru Habis kita nak gelar apa kat Tunku Keris Silau | Ni bukti Najib takutkan Anwar... kahkahkah... Posted: 18 Sep 2011 06:00 PM PDT Najib kata tak takut nak hadapi Anwar tapi diwaktu yang sama juak juak dan penjilat Umno bukan main lagi menikam Anwar dan Pakatan secara curi, fitnah dan pengecut dari depan dan belakang. Terbaru, satu lagi rakaman CCTV Datuk T disiar di internet. | Video seks: AMK buat laporan polis Posted: 18 Sep 2011 03:00 PM PDT Pemuda PKR (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog pro-BN dikenali Papa Gomo kerana memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks. Laporan itu dibuat timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di balai polis Jalan Dang Wangi di ibu negara hari ini. Dalam laporannya, Rozan mendesak polis meyiasat dan bertindak segera kerana beliau bimbang pendedahan video "bersifat pornografi" itu akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat. Katanya, pendedahan video itu juga menyebabkan kekeliruan di kalangan orang awam, mempermainkan undang-undang shariah, berniat jahat (mala fide) dan bersifat ancaman apabila dinyatakan akan ada video susulan yang berkaitan isu ini. "Adalah jelas bahawa beliau secara terus tetang menuduh dan mengaibkan nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim," laporan polis itu dipetik. "Tambahan juga, pada pandangan saya, beliau harus disiasat segera daripada sumber mana beliau mendapat rakaman video berkenaan kerana menyatakan mempunyai bahan yang laing didakwa sebagai bahan bukti dan akan didedahkan kelak." | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 19 Sep 2011 03:06 PM PDT | Enggan beri Suara Keadilan permit, bukti Najib tidak ikhlas Posted: 19 Sep 2011 05:56 AM PDT Oleh: Nabihah Hamid KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein yang enggan memberi jawapan samada akhbar Suara Keadilan akan diberi permit semula. "Keengganan berterusan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan permit untuk Suara Keadilan petunjuk paling jelas bahawa kerajaan tidak ikhlas untuk meliberalisasikan undang-undang media dan membenarkan kebebasan sebenar akhbar di negara ini," katanya. Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dengan menggantikan pembaharuan permit penerbitan tahunan kepada permohonan sekali sahaja, selain memansuhkan ISA. Namun hari ini Hishamuddin Hussein dalam satu sidang media membuat kenyataan bahawa "keselamatan" akan menjadi kebimbangan utama dalam mengeluarkan permit bagi penerbitan akhbar. "Ini mengesahkan kerajaan hanya memberi alasan palsu dan munafik seperti 'sebab-sebab keselamatan' untuk menafikan permit penerbitan yang mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Surendran dalam satu kenyataan. "Ia juga bukti jelas bahawa reformasi yang berupa sebagai PM hanyalah satu penipuan besar-besaran ke atas rakyat," tambah beliau. Katanya, walaupun PM membuat janji-janji untuk menjadikan negara "demokrasi yang terbaik", namun kenyataan Hishamuddin bahawa budi bicara mutlak untuk memberi dan membatalkan permit akan dikekalkan, membuktikan PM hanya sekadar menabur janji. Justeru itu Surendran menyeru kerajaan supaya melakukan pembaharuan secara efektif seperti yang diumumkan PM agar negara berubah menjadi demokrasi yang betul dan matang. | Fitnah: Kes Khir Toyo saman Adun Sekinchan ditanggguh Februari Posted: 19 Sep 2011 05:53 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM — Perbicaraan kes saman fitnah bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sekinchan Ng Suee Lim yang sepatutnya bermula Isnin ditangguhkan ke Februari depan. Tarikh baru perbicaraan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini Dr Badariah Sahamid pada 1, 2, 13 hingga 16 Februari, lapor Bernama Online. Dr Khir (gambar) dalam samannya, yang difailkan pada Januari tahun lepas, mendakwa Ng cuba mencemarkan imejnya menerusi satu kenyataan, termasuk dalam media, berhubung pemilikan sebuah banglo. Ng, dalam kenyataan pembelaannya, mendakwa beliau mempunyai justifikasi bersyarat untuk mendedahkan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar itu. Adun Sekinchan itu menafikan bahawa kenyataan berkenaan adalah fitnah, sama ada daripada segi fakta atau undang-undang. Ng juga berkata kenyataan itu adalah ulasan adil yang dibuat demi kepentingan awam dan benar daripada segi fakta serta kandungan. Pada 6 Julai 2009, Adun DAP itu mendakwa Dr Khir membelanjakan kira-kira RM24 juta untuk membeli sebuah banglo di Seksyen 7 di sini sedangkan pendapatan beliau dianggarkan hanya RM576,000 setahun, atau sejumlah RM4.6 juta dalam tempoh lapan tahun beliau menyandang jawatan. Dr Khir menafikan dakwaan itu dan berkata banglo itu berharga hanya RM3.5 juta dan dibeli menggunakan pinjaman bank selama 30 tahun. Bagaimanapun, pada 6 Disember lalu, bekas Menteri Besar itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 dan beliau dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu. Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtarudin Baki memerintahkan Mohamad Khir membela diri terhadap tuduhan itu dan menetapkan 26 hingga 30 September ini untuk pembelaan. | ISA: Pak Lah beri amaran mungkin pihak dalaman sendiri tentang Najib Posted: 19 Sep 2011 05:48 AM PDT TERKINI Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR — Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berharap tidak akan ada pihak dalaman yang akan menentang secara "senyap seperti gunting dalam lipatan" usaha penggantinya Datuk Seri Najib Razak yang mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang lain. "Saya harap barisan pimpinan di belakang Datuk Seri Najib, parti-parti politik baik dalam Barisan Nasional atau pun di luar akan memberi sokongan penuh kepada beliau untuk merealisasikan perjuangan untuk membawa perubahan. "Saya harap tidak akan ada mereka yang menentang dalam senyap seperti gunting dalam lipatan kerana dasar yang beliau ingin wujudkan dengan pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang," kata beliau hari ini. Najib menggantikan Abdullah (gambar) sebagai Perdana Menteri pada April 2009. Abdullah juga berkata beliau berharap mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal akta dan undang-undang baru keselamatan akan berfikiran progresif dan tidak cuba menggubal undang-undang yang dapat disalahgunakan untuk menyekat perkembangan minda rakyat yang waras, intelek dan berintegriti. "Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan pimpinan di bawah beliau telah berfikir dengan dalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan enakmen darurat, dan saya juga yakin bahawa beliau akan melakukan apa yang telah dijanjikan," kata Abdullah ketika berucap menerima ijazah kehormat doktor keusahawanan dalam pembangunan modal insan sempena Majlis Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan. Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan tiga deklarasi darurat serta langkah mengkaji semula beberapa undang-undang yang lain ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu. Dalam ucapannya, Abdullah menyifatkan pengumuman oleh Najib Khamis lalu sebagai satu perkara yang diharap akan mencatat sejarah kerana ISA dan beberapa enakmen keselamatan yang lain sudah lama menimbulkan keresahan dalam masyarakat. Kata Abdullah, semasa mengambil alih menjadi Perdana Menteri pada 2003 beliau telah bertekad untuk memberi lebih kebebasan supaya rakyat negara ini dapat memperkembangkan fikiran dan intelek tanpa sekatan dan tanpa ketakutan bahawa undang-undang seperti ISA akan digunakan terhadap mereka. "Saya juga telah menjayakan tiga perundangan yang memberi perubahan kepada undang-undang berkaitan dengan pencegahan rasuah, pelantikan hakim dan integriti agensi penguat kuasa," kata beliau sambil menambah, beliau juga berhadapan dengan tentangan dari dalam dan luar parti pimpinannya. "Saya mengaku bahawa saya mendapat tentangan bukan sahaja dari luar tetapi juga dari dalam kerana ada golongan 'hardliners' yang ingin mengekalkan sistem yang lama, yang masih ingin menguasai aliran maklumat serta menggunakan akta-akta dan enakmen untuk membisukan rakyat," katanya lagi. Namun tegas Abdullah, majoriti bersetuju bahawa dalam perkampungan dunia sekarang, menentang peralihan zaman akan membawa rebah. "Dan, kita berjaya dalam usaha kita untuk memberikan hak kepada rakyat untuk bersuara dengan lebih kebebasan. Kebebasan ini amat perlu untuk membina modal insan kita yang lebih bertanggungjawab dan berintegriti," katanya lagi. Jelas Abdullah, ada juga yang menyalahkan beliau kerana memberi terlalu banyak kebebasan kerana mengikut mereka ia menjadi faktor ke arah keputusan pilihan raya umum 2008. "Tetapi pada diri saya, saya tidak pernah menyesal memberi lebih kebebasan sebab itu adalah hak asasi manusia. "Pada saya, masyarakat yang waras dan bertamadun akan satu hari kelak akan dapat membezakan antara kaca dan permata, dan mereka akan dapat tapis pembohongan dan fitnah dengan kebenaran dan keikhlasan," kata bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN. Justeru kata Abdullah lagi, beliau cukup bangga dengan tindakan Najib untuk memansuhkan ISA kerana "saya percaya itu adalah satu lanjutan dari tindakan kerajaan dahulu untuk menegakkan lagi hak asasi manusia." "Tetapi perjalanan ke arah mencapai matlamat penuh Perdana Menteri Najib mungkin juga berhadapan dengan cabaran-cabaran seperti saya dalu... 'the job of a reformist is not easy'." | Sejarah merdeka dan 'Mat Sabu direbus hidup-hidup' Posted: 19 Sep 2011 05:47 AM PDT
| Najib enggan akui kesilapan - Pak Samad Posted: 19 Sep 2011 05:47 AM PDT
| Dalam hati saya hanya ada PAS - Hassan Ali Posted: 19 Sep 2011 05:43 AM PDT
| Malang jika mansuh ISA untuk raih undi Posted: 19 Sep 2011 05:40 AM PDT
| Lagi peneroka Jengka saman Felda RM510 juta Posted: 19 Sep 2011 05:39 AM PDT
| Mansuh ISA: Perjuangan Pakatan, NGO bukan Umno Posted: 19 Sep 2011 05:35 AM PDT
| Isu gereja: Jais serah laporan pagi tadi Posted: 19 Sep 2011 05:33 AM PDT KUALA LUMPUR — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerahkan laporan lengkap berkenaan pemeriksaan agensi itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kepada Pejabat Menteri Besar pagi tadi. Jurucakap Unit Perhubungan Awam Jais memberitahu The Malaysian Insider, pengarahnya telah menyerahkan laporan lengkap tersebut awal pagi tadi. Bagaimanapun, Pejabat Menteri Besar Selangor yang turut dihubungi tengah hari ini berkata, pihaknya masih lagi belum menerima laporan yang dimaksudkan. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Arfa'eza Abdul Aziz berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap. "Sehingga kini Pejabat Menteri Besar masih lagi menunggu laporan itu sampai kepada kami," katanya. Semalam, Khalid berkata beliau akan menerima laporan itu hari ini. Laporan berkenaan kes serbuan Jais ke atas DUMC itu diserahkan sekarang setelah agensi itu meminta tempoh sebulan untuk menyiapkannya. Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussein berkata pihaknya sudah menyiapkan laporan itu dan akan menyerahkannya kepada Pejabat Menteri Besar dalam tempoh terdekat. Pada 25 Ogos lalu, Jawatankuasa Pendengaran yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan pertemuan dengan Jais dan wakil-wakil dari Harapan Komuniti yang menganjurkan majlis makan malam pada awal bulan lalu di gereja berkenaan. Serbuat tersebut dijalankan berikutan Jais mendapat maklumat terdapat usaha pihak tertentu dalam cubaan memurtadkan orang Islam pada majlis tersebut.- Malaysian Insider | Pembaharuan politik, Umno kering idea Posted: 19 Sep 2011 05:32 AM PDT BANDAR JENGKA - Di sebalik pujian melangit oleh media perdana kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung apa yang dicanang sebagai 'pembaharuan politik', PAS pula menyifatkan pemimpin Umno dan kerajaan hari ini ternyata kekeringan idea. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ini disebabkan kebanyakan pembaharuan yang diumumkan baru-baru ini dicedok dan ditiru daripada idea Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga."Pemansuhan ISA dan Akta Mesin Cetak yang diumumkan Najib baru-baru ini betul-betul ditiru dan dicedok daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat. Malah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada bulan Disember 2009 menegaskan bahawa semua pihak sepakat ISA dikekalkan. "Bukan itu saja, sebelum ini terbukti satu demi satu perkara dalam Buku Jingga ditiru oleh BN seperti pemberian elaun, bonus, gaji guru, wi-fi percuma dan insentif warga Felda. "Begitu juga dengan cuti umum 16 Septembar, cuti bersalin 60 hari, itu semua idea-idea PR. Sah lah PR lebih baik dan lebih pandai memerintah berbanding BN," tegasnya semasa berucap sempena program Rumah Terbuka Aidlfitri PAS Kawasan Kuala Krau. Kira-kira 4,000 penduduk sekitar Jengka hadir di majlis berkenaan yang diadakan di perkarangan Masjid Lama semalam. Tambah Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Yang Di-Pertua PAS Kuala Krau, pemimpin kerajaan hari ini ketiadaan pemimpin yang berkarisma menyebabkan tiada idea-idea baru dalam perubahan politik. Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut kesal kerana setakat ini kerajaan belum mengumumkan pendirian berhubung kenyataan Majlis Profesor Negra (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah. "Bagi kita ini penting sebab implikasinya sangat besar melibatkan perubahan silibus pelajar-pelajar daripada sekolah rendah hingga ke universiti. "Jika tiada pendirian dibuat, bermakna kumpulan ini dan rakyat keselururannya akan terus menerus keliru setelah media Umno sebelum ini cuba memainkan sentimen berkaitan sejarah negara," ujarnya. Pada program yang sama, Tuan Ibrahim mengumumkan PAS Pahang akan mengadakan perhimpunan sempena 60 tahun PAS peringkat negeri yang akan diadakan pada 26 Oktober di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.- Harakah Daily | Wanita Umno Gesa M. Manoharan letak jawatan Posted: 19 Sep 2011 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita Umno pada Isnin menggesa Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Alam Shah M.Manoharan supaya melepaskan jawatannya jika tidak memahami perlembagaan dan undang-undang negara. Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim berkata, tindakan Manoharan mengeluarkan kenyataan untuk menukar Jalur Gemilang jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang merupakan satu pengkhianatan dan penderhakaan kepada negara. Katanya, Wanita Umno menyelar sekeras-kerasnya kenyataan Manoharan itu. "Manoharan jangan jadi ahli politik. Anda tidak memahami apa sebenarnya sebuah negara, prinsip demokrasi... dan tidak memahami tentang negara bangsa. Anda membawa bencana kepada negara ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Adun daripada DAP itu bahawa pakatan pembangkang akan menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya akan datang. Kamilia berkata bendera adalah lambang kedaulatan kepada sesebuah negara dan dalam konteks Malaysia, kedaulatan dilambangkan melalui perlembagaan negara. "Malaysia ini menjadi negara yang berdaulat dan simbolnya dilambangkan dengan bendera yang dinamakan Jalur Gemilang. Apabila kita ada sesuatu bendera yang dijadikan lambang kedaulatan negara maka kita perlu berikan tempat yang paling tinggi dan penghormatan yang tinggi. "Kita ada undang-undang dan peraturan mengenai bendera. Bendera kita tidak boleh gunakan sesuka hati, dan selalu kena berada di tempat yang tinggi. Ia tentu sekali tidak ada langsung kuasa atau mempertikaikan corak bendera itu, apatah lagi hendak menukar bendera," katanya. Kamilia berkata, Wanita Umno akan berbincang dengan Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai tindakan yang akan diambil terhadap Manoharan kerana perkara berkaitan menukar bendera negara itu perlu diberikan perhatian serius. Katanya, Manoharan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Kanun Acara Jenayah berhubung dengan pengkhianatan terhadap bendera yang boleh membawa hukuman buang negara.- mStar | Posted: 19 Sep 2011 05:26 AM PDT Menjelang Hari Malaysia, Perdana Menteri Najib Razak umumkan dalam ucapan secara langsungnya di TV1, kerajaan akan hapuskan ISA. Beberapa akta lain, antaranya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang digubal di era Mahathir Mohamad, juga bakal dipinda. Apa yang diumumkan Najib mencerminkan tak semua yang dilakukan pemerintah, selama sebuah parti itu berkuasa, adalah benar. Dalam ucapannya, beliau akui era "pemerintah tahu segalanya" sudah berakhir. Malang, kesedaran penguasa adalah lambat setelah begitu ramai orang terdekam di Kem Tahanan Kamunting; setelah media terbungkam dan kebebasan bersuara diserkap, barulah sedikit nada demokrat terdengar dari corong RTM. "Kerajaan besar" bukan lagi konsep dan amalan yang bagus, malahan "kerajaan kecil" dengan kuasa-kuasanya yang terhad kini lebih berkesan. "Berkesan" lebih mustahak daripada "besar". Sebesar apa pun tak berguna, kalau tak berkesan, khususnya tak membawa manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat. Contoh yang ada, saiz pejabat yang besar kini tak lagi menunjukkan bos di dalam pejabat itu hebat. Pejabat yang besar hanya timbulkan karenah birokrasi yang macam-macam serta biaya penyelenggaraan yang tinggi. Berbuih mulut untuk dihujahkan bahawa segala bagai akta yang digunapakai yang bersifat draconian itu, mencengkam dan bertentang dengan Perlembagaan Persekutuan. Kritikan ini sebelum malam semalam, selalu diperlekeh elit penguasa termasuk di kalangan Pemuda UMNO sekalipun. Pemuda sewajarnya penuh idealisme. Bukannya bertakung air dalam kepala, atau "airlisme". Adatnya kaum feudal, menunggu bos berkata iya, maka semua pun angguk-angguk kepala. Ini tanda orang yang tak boleh berfikir sendiri akibat airlisme. Barang diingat, demokrasi bukan masa lalu; demokrasi selamanya untuk masa depan Malaysia. Kesepaduan negara-bangsa takkan mungkin wujud tanpa jaminan ruang demokrasi. Malaysia adalah negara muda. Baru 48 tahun, tahun ini. Kemerdekaan yang disambut pada '57 itu adalah bagi negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Tak termasuk Sabah dan Sarawak, sedangkan tanpa kedua wilayah berkenaan, takkan berdirinya Malaysia. Sebelum Tunku Abdul Rahman (gambar kiri) mengemuka gagasan Malaysia, khasnya kepada Malcolm MacDonald dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur, Disember 1958, buah fikiran tersebut terlebih dahulu telah dibincang, dipelopor dan diperjuangkan oleh tokoh-tokoh nasionalis seperti Ibrahim Haji Yaacob, Dr Burhanuddin El-Helmy dan Ahmad Boestamam. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) jadi parti terawal yang menggagaskan konsep "Melayu Raya", iaitu nama asal bagi Malaysia. Mewujudkan Melayu Raya ditentang bukan sahaja oleh Indonesia, juga oleh Filipina. Sebab penentangan berbeza-beza. Indonesia menuduh konsep "Malaysia" adalah kesinambungan kuasa penjajahan Barat, atau neo-kolonialisme. Soekarno ragu, wilayah-wilayah yang bergabung di dalam Malaysia bertujuan "mengepung Indonesia" secara geografi, politik dan ekonomi. Sebelumnya, beliau juga pernah bercita-cita untuk mewujudkan Indonesia Raya sebagai kesatuan seluruh wilayah-wilayah Nusantara sebelum Indonesia merdeka. Bagi Filipina, penentangan terhadap pembentukan Malaysia dengan protes bahawa Borneo Utara (Sabah) adalah miliknya. Dengan kerjasama British, satu referendum dijalankan di kedua wilayah itu, iaitu Sabah dan Sarawak. Dengan pungutan suara itulah menjadi hujah Tunku tentang hasrat dan persetujuan rakyat Sabah untuk turut sama menyertai persekutuan baru ini. Sempadan dua negara utama di Nusantara terbelah kerana penjajahan. Indonesia yang merdeka pada 1948 adalah jajahan takhluk Belanda, dan Malaysia di bawah British. Indonesia merdeka serentak dengan penubuhannya, tetapi Malaysia melalui dua proses iaitu kemerdekaan Tanah Melayu, enam tahun sebelum terbentuknya Malaysia. Namun, tanpa Singapura dan Brunei yang diperkira bersama gugusan Melayu Raya, apakah gagasan Malaysia itu boleh dianggap sepenuhnya berjaya? Dengan hanya kemasukan Sabah dan Sarawak, apakah Malaysia masih perlu bernama Malaysia… atau sebaiknya persetukuan ini memakai nama awalnya sahaja, iaitu "Malaya"? Kita selalu ingat, kemerdekaan Singapura pada 2 Ogos tahun yang sama dengan penubuhan Malaysia berakibat Kuala Lumpur terlewat untuk membentuk Malaysia yang sepatutnya sama dengan tarikh 31 Ogos. Lee Kuan Yew (gambar kiri) mengumumkan kemerdekaan Singapura sendiri. Sebelum itu, Singapura sudah mempunyai kerajaan, tetapi dianggap sebagai "kerajaan dalam negeri". Kuasa kerajaan dalam negeri terhad dan tidak diiktiraf kuasa-kuasa besar dunia termasuklah PBB. Singapura sebelum mengumumkan kemerdekaannya, tidak boleh membuka kedutaan di mana-mana negara luar. Lee bolehlah dianggap merampas kemerdekaan. Bukan dari British, tetapi dari Kuala Lumpur. Cuma tindakan itu tidaklah begitu terasa apabila Singapura sertai Malaysia. Lee mencemeh, dengan ejekan Singapura merdeka sendiri, tetapi Tanah Melayu merdeka dengan "dulang emas". Berbeza dengan gagasan yang dikemuka tokoh-tokoh progresif, terutama di dalam PKMM, mereka tidak pernah melihat Singapura itu terasing dari jajahan Johor. Berdirinya sebuah negara merdeka bernama Malaya adalah sekali dengan penyertaan Singapura, selain wilayah-wilayah lain bekas jajahan takhluk Inggeris yang belum merdeka. Gagasan ini termasuk di dalam apa yang disebut sebagai "merdeka secara penuh". Prinsip asas "merdeka secara penuh" ialah sebarang keputusan tak perlu rundingan dengan pihak Inggeris. Adalah tidak munasabah untuk rundingan dibuat dengan pihak yang menjajah. Identiti dan perlembagaan negara ini, biar ditentulah oleh anak bangsa sendiri dan bukannya akan nasihat Inggeris yang membantu untuk merupa bentuk sebuah negara selepas jajahan. Perlembagaan Rakyat pun siap ditulis pada 10 Ogos 1947. Kertas hitam-putih ini menjadikan Inggeris tercabar. Mereka masih mahu campurtangan termasuk dalam pembentukkan asas negara apabila Inggeris juga menubuhkan Suruhajaya Perlembagaan Rendell. Anggota-anggota di dalam suruhjaya ini dilantik langsung oleh Baginda Ratu di England. Barang diingat, Perlembagaan Persekutuan yang terpacak sebagai tiang seri Malaysia hari ini tak lain adalah daripada apa yang didraf oleh suruhanjaya berkenaan dan mendapat restu Ratu. Pertembungan golongan progresif dengan kaum feudal sudah berlangsung sebelum merdeka. Bagaimanakah boleh dibanggakan apabila bendera Malaysia yang terkibar sepertimana hari ini, juga dengan kehendak Ratu; dan Malaysia jadi satu-satunya negara di dunia yang benderanya seakan-akan bendera Amerika Syarikat. Anehnya, negeri ini merdeka dan terbentuk tanpa perbincangan rancak. Ia hanya dilakukan oleh dua-tiga kerat kaum feudal tanpa dibahas dan dibincangkan secara umum. Selepas 48 tahun, akta seperti ISA baru dijanjikan akan dihapuskan, ya selepas akta itu memakan korban begitu ramai orang. Dan selepas begini lama juga, lantai-lantai, tiang dan pasak negara ini mula dibongkar dan disemak kembali. Terlihatlah masih wujud lobang-kelabang, sompang-sempek dan hugal-hagilnya di sana-sini. Kecintaan terhadap negeri dan bangsa bermaksud memperkukuh segala yang goyang pada terasnya. *Dipetik dari Jalan Telawi. Hasmi bin Hashim ialah seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat. | Titiwangsa: Umno pilih calon tempatan atau luar? Posted: 19 Sep 2011 05:25 AM PDT Bekas ahli parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Aziz ketika dihubungi berkata, "memang Datuk Jo (panggilan untuk Johari" calon paling sesuai untuk Titiwangsa. PETALING JAYA: Usahawan Datuk Johari Ghani disebut sebagai calon BN bagi Parlimen Titiwangsa dalam pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, pemangku ketua Umno bahagian itu terpaksa bersaing dengan beberapa calon luar yang dikatakan turut berminat dengan kerusi parlimen itu. Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Mashitah Ibrahim. BN kehilangan kerusi parlimen Titiwangsa kepada PAS apabila Datuk Jamaluddin Aziz Tahir kepada Dr Lo'lo' Ghazali dalam pilihan raya umum 2008. Bekas ahli parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Aziz ketika dihubungi berkata, "memang Datuk Jo (panggilan untuk Johari" calon paling sesuai untuk Titiwangsa. "Tetapi saya dengar ada beberapa orang lagi yang mengintai untuk bertanding di Titiwangsa. Antaranya Datuk Jamil Khir dan Datuk Mashitah," kata Astaman ahli parlimen Titiwangsa pada 2004. Johari memangku jawatan ketua bahagian Titiwangsa setelah Datuk Dr Sulaiman Mohamed meletak jawatan awal tahun ini. Tolak calon luar Mesyuarat Umno bahagian Titiwangsa pada 2007 memutuskan menolak calon luar dan mahukan anak tempatan untuk pilihan raya umum 2008. Berikutan itu, Astaman digugurkan dan digantikan dengan Aziz Jamaluddin, bekas pengerusi masjid Kampung Baru dalam parlimen Titiwangsa. Bagaimanapun, menurut sumber lain bekas ahli parlimen Titiwangsa, Datuk Drs Suleiman Mohamad dikatakan mahu anak lelakinya menjadi calon BN dalam pilihan raya umum akan datang. "Sebenarnya Umno Titiwangsa tidak pernah bersatu padu kerana banyak sangat yang mahu ke depan atas kepentingan tertentu. "Ia akan berterusan dalam pilihan raya umum akan datang," tegasnya. Johari pula ketika dihubungi enggan mengulas kemungkinan beliau menjadi calon pilihan untuk bertanding di Titiwangsa. | Posted: 19 Sep 2011 05:23 AM PDT Betapa benar peribahasa itu dalam isu royalti teks Komsas! Pada 15 September 2011, kebanyakan orang menunggu untuk mengetahui apakah perkara penting yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri dalam ucapan khas sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Sekitar 7:30 malam, Perdana Menteri memaklumkan menerusi Twitter bahawa ucapan itu akan disampaikan secara langsung pada jam 8:45 malam di televisyen. Lalu, saya membalas: "Mungkin PM masih sempat selitkan ayat 'Royalti wajib dibayar oleh penerbit kepada penulis teks Komsas' dalam teks ucapan?" Saya tahu bahawa mesej itu tidak akan dibaca; kalau dibaca pun, tidak akan dilayan. Sebagaimana Menteri Pelajaran tidak melayan Surat Rayuan Terbuka daripada lima penulis terbabit pada 26 Ogos dan surat rasmi saya kepada beliau pada 2 September. Isyarat yang diterima umum secara amat jelas adalah bahawa menteri berkenaan tidak mampu (tiada kuasa?) berbuat apa-apa untuk membantu dan membela nasib penulis teks Komsas yang dinafikan hak mereka mendapat royalti. Penerbit terbabit sudah terbukti lebih berkuasa. Titik. Apabila Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri tidak mampu berbuat apa-apa, pilihan seterusnya tentulah Perdana Menteri. Jika itu juga tidak membawa kesan, maka apakah kumpulan penulis yang teraniaya itu perlu memohon izin untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong sebagai kuasa tertinggi di Malaysia? Dalam isu penerbit tidak mahu membayar royalti kepada beberapa penulis teks Komsas, ada pihak yang menyarankan supaya mereka membawa kes itu ke mahkamah. Masalahnya, umum mengetahui bahawa kes-kes di mahkamah boleh mengambil masa bertahun-tahun. Entah-entah apabila teks Komsas ditukar pada 2021, kes belum selesai! Pada masa sama, golongan penulis di Malaysia bukanlah orang kaya yang mempunyai kemampuan kewangan untuk mengambil peguam profesional. Mungkin juga penerbit maklum mengenai hal ini. Sebab itu mereka bongkak dan berani mencabar penulis terbabit membawa kes ke mahkamah. Maruah pengarang Di sisi penulis terbabit pula, mereka tentu sahaja mengharapkan sokongan padu daripada rakan-rakan penulis. Sekadar contoh, bayangkan jika kelima-lima Sasterawan Negara tampil mengeluarkan kenyataan bersama membela penulis yang teraniaya ini. Bayangkan jika badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan penulis yang mengadakan perhimpunan besar-besaran demi "maruah pengarang" pada Januari lalu mampu melakukan perkara sama demi "maruah pengarang" juga pada kali ini. Sayang seribu kali sayang. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apabila penulis yang teraniaya meminta bantuan rakan-rakan penulis memaparkan Surat Rayuan Terbuka di Facebook, ada tokoh yang memberi amaran: "Jangan sesiapa cuba memuatkan surat rayuan terbuka itu di wall saya!" Ada juga penulis terkemuka yang menulis dengan bangga: "Surat itu terpapar sebentar di dinding Facebook saya sebelum saya segera membuangnya." Ramai yang berbuat begitu dan berasa bangga! Tidak setakat itu, saya percaya, ada juga kelompok penulis yang cuba menggagalkan perjuangan menuntut hak royalti dengan pelbagai cara, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) memberi amaran, menyindir, menghasut, memfitnah, memujuk, menghina, memanipulasi dan mengambil kesempatan. Saya tidak akan terkejut sekiranya ada pihak yang mengadakan kempen besar-besaran memujuk Rohani Deraman, Amy Suzani Mohd Ainuddin, Hazama Harun, Mohd Izan Abd Hazes dan Erda Roslan Khairi supaya melupakan hasrat memperjuangkan hak royalti itu. Apabila gagal memujuk, maka mungkin pihak berkenaan akan menggunakan pelbagai cara lain; termasuk menggunakan sentimen perkauman bagi mempengaruhi mereka. Memang menghairankan! Apabila kelompok dayus ini tidak cukup jantan (baca: berani) untuk tampil membela nasib penulis yang teraniaya, mengapa pula mereka tidak duduk diam sahaja? Mengapa perlu mematahkan semangat dan moral beberapa penulis yang berani bangkit menuntut hak? Sebagai usaha terdesak, kelompok tidak bermoral ini mula menghasut dengan mempersoalkan secara tersembunyi mengapa penulis yang teraniaya perlu meminta bantuan daripada "kepala paria" dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang "anti-Melayu". Kelompok sama turut mengaku bahawa mereka "sangat simpati tapi tak berani tampil membantu" kerana bimbang "periuk nasi terjejas". Ada pula yang hanya sedia cuba membantu "kalau dapat 50 peratus komisyen". Malah, ada juga kelompok yang teramat kreatif dan menyebarkan surat layang menerusi ruang siber: "Ramai tahu Uthaya tu pengkhianat. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dah senarai hitamkan dia. Radio Televisyen Malaysia (RTM) pun dah blacklist dia." Betapa baik jika segala kreativiti dan kemampuan mereka-reka cerita itu digunakan oleh mereka untuk menghasilkan karya kreatif! Sekurang-kurangnya boleh juga dinilai penerbit bagi teks Komsas menjelang 2021 (dan tidak dibayar royalti). Mungkin itulah budaya kita. Apabila ada orang datang meminta bantuan, kita tidak mahu, tidak sudi, tidak berani dan tidak mampu menolong. Kita berikan 1001 alasan. Akan tetapi, apabila ada pihak lain tampil membantu setakat termampu, kita rasa tercabar dan mula menabur fitnah. Kita mula menggunakan segala taktik kotor dan terhina untuk menggagalkan usaha orang lain. Kita lupa soal moral, kita lupa soal agama. Kita lupa Tuhan. Kita lupa akhirat. … Melawan kuasa besar Berbalik pada sekumpulan kecil penulis yang teraniaya dalam isu royalti teks Komsas, tentulah mereka merasakan seperti jatuh tangga ditimpa tangga. Pada mulanya kelompok tertentu tidak mahu membantu dengan pelbagai alasan. Apabila mereka mula bersatu dalam kumpulan kecil untuk berjuang menuntut hak, mulalah mereka dihina, dipersenda, ditertawa dan diminta membatalkan usaha. Kononnya, kumpulan kecil penulis ("pejuang") ini tidak akan mampu melawan "kuasa besar" iaitu penerbit dan pihak tertentu di kementerian. Golongan penulis dikatakan tidak ada apa-apa kuasa. Kata-kata yang melemahkan semangat seperti itu turut disebarkan secara meluas melalui ruang siber. Maka, tentu sahaja kelompok kecil "pejuang" akan turut terasa lemah semangat. Dalam keadaan seperti ini, memandangkan kesemua penulis terbabit adalah penulis Melayu-Islam, saya hanya menasihatkan mereka supaya "meminjam semangat perjuangan" Nabi Muhammad SAW. Kalaulah Baginda pernah berputus asa kerana kononnya "tidak akan mampu melawan kuasa besar" di Mekah dan Madinah dahulu, apakah Islam akan tersebar ke seluruh dunia seperti sekarang? Tepuk dada, tanya selera. Sebaliknya, tindakan "musuh dalam selimut" yang tidak bermoral pula menyebabkan beberapa lagi mangsa royalti teks Komsas takut untuk tampil bersuara. Mereka bimbang akan turut dilabel sebagai "bekerjasama dengan kepala paria yang anti-Melayu". Pada masa sama, mujurlah majoriti penulis Malaysia masih waras dan beragama. Mereka tidak mudah dihasut syaitan yang "berselimutkan" manusia. Mereka berfikiran rasional dan terus memberi sokongan kepada perjuangan penulis yang menuntut hak royalti teks Komsas. Seorang pembaca, Gokulabalen Muniandy, dari Bukit Mertajam turut tampil membuat laporan polis pada 10 September lalu "demi mempertahankan hak para penulis terbabit menikmati royalti atas karya-karya mereka yang dijadikan teks Komsas." Kepada kelompok yang impoten dan tidak mampu membantu, cukuplah jika mereka tidak mengganggu. Serta berhenti menjadi musuh dalam selimut dan sekutu syaitan. Uthaya Sankar SB pernah menjadi penyunting berita, penyampai berita, pengulas akhbar dan penyelaras Unit Bencana di RTM. | Kes Aminulrashid, Koperal Jenail failkan rayuan Posted: 19 Sep 2011 05:22 AM PDT FREE MALAYSIA TODAY Peguam Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi yang mewakili tertuduh memfailkan rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi SHAH ALAM: Koperal Jenain Subi, anggota polis yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah pada April tahun lepas, hari ini memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu. Peguam Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi yang mewakili tertuduh memfailkan rayuan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini tengah hari tadi. Jenain yang turut hadir ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata rayuan difailkan kerana beliau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan ingin membersihkan namanya. Pada Khamis lepas, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain, 49, yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini. Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala. Hakim Latifah Mohd Tahar bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi dan mengekalkan wang jaminan ke atas Jenain iaitu RM10,000, lapor Bernama. | Laman web kenyataan PM Bangladesh digodam? Posted: 19 Sep 2011 05:19 AM PDT Penggodam tersebut juga telah meninggalkan mesej mengkritik kedatangan Sheikh Hasina ke Malaysia. PETALING JAYA: Selepas laman web yang memaparkan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya yang bekerja di sini mendapat taraf kerakyatan dengan mudah, wujud dakwaan ia sebenarnya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Ucapan Sheikh Hasina daripada laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pejabat Perdana Menteri itu digodam oleh individu yang mendakwa dirinya rakyat Malaysia dan dikenali sebagai M33H00N, seperti yang disiarkan dalam sebuah blog tempatan "Dr MiM". Penggodam tersebut juga telah meninggalkan mesej mengkritik kedatangan Sheikh Hasina ke Malaysia. "Sebagai Perdana Menteri, anda sepatutnya mengajar rakyat anda supaya menyayangi negara sendiri dan buat sesuatu demi Bangladesh. "Saya tak kisah kalau hendak tarik aliran wang kami keluar dengan bekerja di sini tetapi menjadi sebahagian daripada (pengundi) kami, ia agak memalukan. "Ada banyak cara lagi yang boleh dibuat. Saya pasti sebagai perdana menteri anda patut lebih mengerti daripada saya. Mohon maaf "Saya harap anda akan mempunyai strategi lebih bagus untuk Bangladesh," kata penggodam terbabit. Dalam kenyataan berlainan, penggodam terbabit turut memohon maaf dan mahu ia diambil iktibar atas kelemahan sistem keselamatan laman web berkenaan sehingga boleh dimanipulasi pihak luar. Ucapan palsu Sheikh Hasina ini mula disiarkan dibeberapa blog sejak Jumaat lalu, menyatakan terdapat pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan, malah turut diberi hak untuk mengundi. Ia kononnya dipetik daripada ucapan Sheikh Hasina semasa mengadakan lawatan enam hari ke Korea Selatan dan Malaysia ketika Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur 18 Mei tahun lalu. Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah. Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh kenyataan palsu itu menyeru rakyatnya agar mengambil peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negara terbabit. | Posted: 19 Sep 2011 05:13 AM PDT British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat. Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British. Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah. Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis. Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company. Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat. Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat. Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British. United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal. Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi. Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British. Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya. Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British. Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya. British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu. Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah. Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British. Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British. Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuagan mereka. Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin. United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen. | Liwat II: Najib dan Rosmah akan tampil? Posted: 19 Sep 2011 05:07 AM PDT Hafiz Yatim Peguambela Ram Karpal akan menyambung menyoal-periksa pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung hari ini. Perbicaraan masih berterusan sehingga ke hari ini selepas cuti Hari Raya dengan Anwar kemungkinan dikaitkan pula dengan skandal terbaru apabila seorang blogger yang mesra dengan Umno mengancam akan mendedahkan sebuah lagi klip video seks yang bertarikh 12 Januari tahun ini. Blogger Papa Gomo juga mendedahkan bahawa video CCTV itu dirakamkan sebelum 22 Februari, ketika video seks yang diambil oleh trio Datuk T dirakamkan. Ketiga-tiga mereka kemudiannya telah didakwa dan dikenakan denda. McDonald, yang merupakan saksi keempat pembelaan dijangka mengambil masa dua hari lagi untuk melengkapkan keterangan dengan pemeriksaan balas oleh pendakwaan. Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri akan tampil memberi keterangan mereka minggu ini. Sementara itu, Bernama melaporkan pihak pembela di perbicaraan sodomi Datuk Seri Anwar hari ini berhujah bahawa pihak pendakwa telah gagal untuk mengesahkan profil DNA milik Lelaki Y berpunca dari sperma. Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa dari testimoni Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, dua ahli kimia itu telah gagal membuat kesimpulan konklusif tentang punca sebenar profil DNA itu. "Tidak ada bukti yang dikemukakan semasa perbicaraan yang membolehkan pihak pendakwa membuat kesimpulan itu (DNA Lelaki Y berpunca dari ambilan sperma), kata Dr Brian bila ditanya oleh peguam Anwar, Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan utama. Dr Brian, saksi pembelaan keempat Anwar itu berkata bekas palitan yang diambil dari dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hanya mengesahkan kehadiran semen milik Mohd Saiful. Dr Brian memberitahu mahkamah bahawa Dr Seah (bawah, kanan) telah membuat beberapa andaian tentang dari mana datangnya sampel itu. "Merujuk kepada laporan ahli kimia (Dr Seah), beliau tidak menyatakan lokasi tepat di mana sampel itu diambil dan laporannya lebih berasaskan pada maklumat diberikan polis," kata beliau. Dr Brian berkata Nor Aidora telah juga gagal mengenalpasti campuran pada sampel yang diambil dari sel lokap Anwar dan beliau tidak mengambil kira kesemua kriteria mengenai campuran itu bila melakukan analisis. "Anda tidak harus mengabaikannya. Anda perlu laporkannya sebagai profil tunggal," kata Dr Brian. Anwar, 64, dituduh meliwat pembantunya Mohd Saiful, 26, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 ptg dan 4.30 ptg pada 26 Jun 2008. Berhubung kemungkinan pencemaran sampel, Dr Brian berkata Nor Aidora tidak mengikuti garis panduan ditetapkan oleh makmalnya sendiri bagi analisis DNA. Dr Brian berkata, Nor Aidora tidak objektif dalam menjalankan analisis itu dimana beliau gagal mengetepikan mereka yang mungkin menyentuh sampel berkenaan, seperti pegawai polis dan mereka di makmal. Dr Seah sebelum itu telah memeriksa semua bekas palitan yang diambil dari Mohd Saiful sementara Nor Aidora mengendali ujian ke atas botol air mineral, tuala pengelap muka dan berus gigi yang disambil dari sel ketika Anwar ditahan. Semasa prosiding, pihak pendakwa berhujah bahawa profil DNA "Lelaki Y" yang didapati pada dubur Mohd Saiful milik Anwar. Kesimpulan ini berdasarkan analisis DNA dilakukan oleh Nor Aidora ke atas sampel DNA yang diambil dari sel lokap Anwar dan oleh Dr Seah ke atas sampel dari Mohd Saiful. Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung esok untuk pihak pendakwa menyoal balas Dr Brian. | Pejuang kekalkan ISA sibuk nak jadi hero Posted: 19 Sep 2011 05:02 AM PDT Tuan Ibrahim Tuan Man Perisytiharan penghapusan akta zalim ISA pada 15 September telah memenuhi dada-dada akhbar. Seperti lazimnya, juak-juak Umno, yang dulunya lantang melaungkan dan memperjuangkan pentingnya ISA dikekalkan, telah menebalkan muka dan memuji bertubi-tubi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang berani, tegas dan hebat. Jika pujian itu diterima, secara logiknya - bukankah itu bermaksud dulu semua pemimpin Umno ini penakut, tiada ketegasan dan tiada kehebatan? Cuma sekarang saja ada keberanian. Pada tahun 2009, kerajaan BN berkali-kali menegaskan bahawa dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan "bukannya memansuhkan ISA." Malah pada bulan Disember 2009, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa "semua pihak" sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Pakatan Rakyat pula dalam Buku Jingganya pula menyatakan akan memansuhkan ISA. Apabila Pakatan Rakyat kata penghapusan akta zalim ini meniru idea dalam Buku Jingga, tiba-tiba bangkitlah beberapa orang menteri Umno amnesia yang menyatakan bahawa ini idea asli perdana menteri, bukannya tiru idea Buku Jingga. Malah, Najib menyuarakan bahawa "inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain." Mana ia penghargaan kepada jasa-jasa pejuang-pejuang memansuhkan ISA selama ini? Tak akanlah disebabkan mereka ini rakyat jelata yang menyokong perjuangan samada dalam wadah pembangkang ataupun tidak, dalam menuntut memansuhkan ISA tiada kredit? Siapakah pencetus inisiatif tersebut kalau bukan rakyat yang membantah kerajaan dalam isu ISA, terutamanya barisan pembangkang dulu, sehinggalah Pakatan Rakyat kini yang menyerang habis-habisan ugutan dan salahguna ISA oleh puak-puak kanan di dalam Umno, dan adik mereka PERKASA selama ini yang menggunakan akta ini demi kepentingan politik semata-mata? Tetiba, pejuang-pejuang yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA hendak menjadi hero, yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan. Tindakan ini terus mengingatkan rakyat kepada nasib yang menimpa pejuang-pejuang haluan kiri pra-kemerdekaan… sejarah seolah-olah diulang tayang untuk membuka mata rakyat. Tiru idea Cukup marah nampaknya perdana menteri dan para pimpinan Umno apabila dikatakan mereka telah meniru idea orang lain - barangkali itu sebenarnya punca utama di sebalik penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen dari Parlimen dalam kontroversi APCO kerana mereka juga pernah menyatakan idea 1Malaysia adalah hasil ciplak 1Israel. Media perdana kini terus memberikan bayangan bahawa perdana menteri sedang disanjungi kerana keberaniannya dalam menghapuskan ISA sehinggakan Datuk Zaid Ibrahim perlu cepat-cepat memohon maaf kepada Najib kerana tersilap membuat andaian bahawa menyangka perdana menteri tidak berani, walaupun tiada apa-apa konkrit yang berlaku lagi selain pengumuman lisan beliau. PAS akan meneliti secara dekat hasrat murni ini dengan hati-hati kerana pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan untuk menggubal dua akta baru bagi menyekat golongan "pengganas" yang akan mencetuskan suasana huru-hara dan menggugat ketenteraman awam. Tafsiran "pengganas" dan "ancaman" ini pula luas, tak tahulah ia mengikut tafsiran Umno-BN ataupun kerajaan memerintah? Semuanya masih samar dan tidak diketahui. PAS akui keamanan negara menjadi keutamaan dan tiada pihak ingin melihat negara menjadi tidak aman. Rakyat sering dikecewakan Namun, kerajaan BN tidak boleh menyalahkan rakyat yang bersangka buruk pada pengumuman ini kerana rakyat sudah banyak kali dikecewakan. Apa yang menjadi keraguan rakyat ialah kebanyakan akta digubal asalnya dengan tujuan yang sangat baik, tapi rakyat sedar apabila sampai sudut pelaksanaannya, ia sering kali disalahgunakan bukan untuk menjaga kepentingan negara, tapi hanya kepentingan Umno BN, terutamanya apabila hipokrisi mereka telah terlondeh dan nyawa-nyawa ikan. Ini ditambah pula dengan pelbagai janji Umno BN yang jarang ditunaikan, terutamanya janji-janji yang ditaburkan semasa pilihan raya telah menyebabkan majoriti rakyat serik dengan pengumuman sedemikian. Pada masa yang sama, rakyat kini dibelenggui satu persoalan yang amat mustahak - apakah jaminan yang boleh mereka harapkan dengan mengekalkan Umno-BN, selain ISA yang dijanjikan akan dimansuhkan, apakah jaminan bahawa penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, politik fitnah akan turut terhenti daripada terus berlaku itu? Rakyat sebenarnya sedar bahawa tiada apa yang boleh dijamin dalam hal-hal sedemikian sekiranya Umno-BN dikekalkan. Tambahan pula, Najib sudahpun memberikan bayangan jaminan bahawa rakyat akan terpaksa menanggung kedatangan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) sekiranya Umno-BN kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13. Oleh itu, jaminan terbaik sekarang untuk rakyat ialah dengan mengambil langkah berani untuk mencuba pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat untuk satu penggal bagi membolehkan segala janji yang diterterakan dalam Buku Jingga dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke-13. Percayalah kerajaan Pakatan Rakyat akan bersungguh-sungguh melaksanakan semua janji mereka kerana Pakatan Rakyat sedar 'rakyat' adalah bos mereka yang sebenar dan hakikatnya, tiada kerajaan yang hanya ingin berkuasa untuk satu penggal. Inilah jaminan yang lebih menyakinkan daripada terus mempercayai bahawa Umno-BN akan berubah satu hari nanti. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Ketua Penerangan PAS. | 'Permit penerbitan baru ambil kira keselamatan' Posted: 19 Sep 2011 04:57 AM PDT Nigel Aw Sebarang permit bagi penerbitan baru yang akan dikeluarkan oleh kerajaan akan mengambil-kira keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. "Pertimbangan saya adalah keselamatan. Jika ada apa-apa yang menjejaskan keselamatan, kita perlu menangani dengan hati nurani yang jelas dan pada hujung hari nanti, orang ramai mesti membuat keputusan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pagi ini. Hishammuddin berkata demikian ketika menjawap soalan wartawan sama ada kerajaan akan lebih murah hati dalam memberikan permit penerbitan baru memandangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA)akan dipinda. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Khamis lalu mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk menggantikan pembaharuan permit penerbitan tahunan dengan permohonan sekali sahaja. Bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih memiliki kuasa mutlak untuk menarik balik permit berkenaan pada bila-bila masa. Ditanya signifikan di sebalik pengumuman seperti itu, Hishamuddin berkata, ia masih terlalu awal untuk mengumumkan butirannya, apatah lagi kajian semula itu melibatkan tiga kementerian. Ditanya jika akhbar milik PKR, Suara Keadilan, akan dicetak semula selepas permitnya digantung pada tahun lalu kerana didakwa melanggar syarat PPPA, Hisham tidak memberikan jawapan langsung. "Jika awak bercakap tentang pembangkang, apa jua yang kita lakukan adalah tidak akan mencukupi. Pertimbangan politik memerlukan tiang gol terpaksa dipindahkan setiap kali kita menghampirinya. jadi dekat dengan. Saya tidak fikir itu menjadi penanda aras, penanda aras bagi saya adalah rakyat." Berhubung tindakan memansuhkan ISA yang mendapat reaksi pelbagai dari kalangan akar umbi Umno dan apa bentuk penerangan yang boleh dibuat Hishammuddin yang juga Naib Presiden parti berkata, kerajaan sedar mengenai perkara itu dan usaha menerangkannya telah bermula di Negeri Sembilan dua hari lalu dan diikuti sesi penerangan peringkat negeri Melaka yang dijadual dalam masa terdekat. Beliau berkata apa yang penting ialah anggota parti perlu melihat ke depan berkaitan pengumuman tersebut kerana matlamat di sebalik usaha yang diumumkan sejak dua tahun lepas itu jelas iaitu kerajaan ingin melihat ISA dalam konteks yang lebih holistik. "Kita telah memberi penjelasan, contohnya di Negeri Sembilan saya telah beri penjelasan panjang lebar dan barulah orang faham bahawa kerajaan tidak mansuhkannnya begitu sahaja tetapi akan digantikan dengan akta yang lebih baik," katanya. Katanya masyarakat juga perlu faham sekiranya dibuat melalui pindaan di Parlimen prosesnya akan mengambil masa yang panjang berbanding menggantikannya dengan akta yang baru. Hishammuddin berkata kementerian itu juga sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung kajian semula ke atas Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sepertimana yang diumumkan baru-baru ini. | 'Gendang Hasan masuk Umno sengaja dipalu' Posted: 19 Sep 2011 04:56 AM PDT Jimadie Shah Othman PAS Selangor berkata, khabar angin pemimpinnya Datuk Dr Hasan Ali akan keluar parti dan menyertai Umno tidak betul. Pesuruhjaya negeri Dr Abd Rani Osman (kiri) berkata,berdasarkan komitmen yang ditunjukkan pada perjuangan parti Islam itu selama ini, perkara itu tidak akan menjadi kenyataan. "Saya rasa itu adalah gendang yg dipalu oleh pihak tertentu dan kami tidak perlu menari ikut dendangan itu," katanya. Cakap-cakap Dr Hasan mahu menyertai Umno kembali menjadi buah mulut apabila beliau dikatakan mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membincangkan perkara itu minggu lalu. Dr Hasan bagaimanapun kelmarin menafikan akan keluar parti atau pernah mengadakan atau merancang pertemuan dengan Hishammuddin, seperti yang tersebar di pelbagai laman blog. Dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini semalam, Dr Rani berkata, pihaknya merasakan banyak lagi isu besar semasa dan penting yang harus diberi keutamaan, Sementara itu, mengulas dakwaan Dr Hasan (kiri) bahawa beliau tidak pernah menerima surat lantikan sebagai anggota jawatankuasa negeri, Dr Rani menafikan perkara itu. "Menurut SU (setiausaha) ada hantar surat rasmi kepada enam orang ahli (jawatankuasa) dilantik, termasuk Dr Hasan. "Namun yang lain memberikan respons, kecuali beliau," jelasnya Dr Rani yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru. Kedudukan Dr Hasan dalam PAS negeri juga sebelum ini menjadi tanya tanya apabila beliau dikatakan tidak menerima lantikannya sebagai anggota jawatankuasa. Beliau bagaimanapun menjelaskan tidak menerima surat perlantikan secara rasmi dan oleh itu tidak berhajat hadir diri dalam mesyuarat negeri supaya tidak dilihat "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" . | Saman RM200j Tajudin selesai luar mahkamah Posted: 19 Sep 2011 04:48 AM PDT Kes saman RM200 juta bekas Pengerusi Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli terhadap sebuah portal berita kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam proses perbincangan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah. Perkara itu dilapor dimaklumkan oleh Peguam George Miranda yang mewakili The Malaysian Insider dan wartawannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Harmindar Singh Dhaliwal hari ini, lapor Bernama. Agensi berita nasional itu juga melaporkan, mahkamah menetapkan 28 September untuk pengurusan kes saman melibatkan kedua-dua pihak. Hakim menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin, Miranda yang mewakili syarikat serta pegawai dan wartawan portal terbabit di dalam kamar. Pada 18 Ogos lepas, Tajudin memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap portal itu berikutan penerbitan artikel yang didakwanya memfitnah beliau. Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama serta Ketua Pegawai Eksekutif Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan kedua dan ketiga. Tajudin yang menerajui syarikat penerbangan itu dari 1994 hingga 2001, mendakwa portal berita berkenaan menerbitkan kata-kata fitnah dalam sebuah artikel pada 31 Mei 2011. Beliau turut mendakwa portal terbabit mengulang beberapa kata-kata fitnah menerusi artikel lain walaupun telah dipohon menerusi surat supaya tidak berbuat demikian, dan pengulangan itu menunjukkan portal terbabit berniat jahat. Tajudin berkata The Malaysian Insider membalas suratnya dengan penegasan bahawa kata-kata di dalam artikel itu bukan fitnah dan ia mempunyai pelbagai sumber maklumat. Selain ganti rugi am untuk kecederaan dan kehilangan reputasi tidak kurang RM200 juta, Tajudin turut menuntut ganti rugi keterlaluan dan faedah.- Bernama | Rogol remaja histeria: Bomoh Indonesia dipenjara Posted: 19 Sep 2011 04:46 AM PDT Seorang bomoh warganegara Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang remaja berumur 15 tahun yang sedang dirawat akibat histeria, Jun tahun lalu. Hakim Slamat Yahya memerintahkan tertuduh, Budi Tukul, 35, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia tangkap iaitu pada 19 Julai lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah sewanya di No 23, Jalan Telipot 3A, Seksyen BS9, Bukit Sentosa 3, Hulu Selangor, kira-kira pukul 1 pagi pada Jun tahun lalu. Budi yang merupakan pendatang asing tanpa izin didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Difahamkan ketika kejadian, tertuduh yang dikenali keluarga remaja perempuan itu sedang merawat mangsa yang diserang histeria. Perbuatan tertuduh bagaimanapun hanya terbongkar setahun selepas kejadian apabila remaja perempuan itu sekali lagi diserang histeria dan mangsa terpaksa menceritakan mengenai kejadian dia dirogol kepada keluarganya. Pada 16 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadap Budi atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.- Bernama | Sebutan kes Mahfuz saman polis, kerajaan - 4 Oktober Posted: 19 Sep 2011 04:21 AM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 4 Oktober untuk sebutan kes saman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar terhadap polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menangkap dan menahannya secara salah ketika perhimpunan BERSIH 9 Julai lalu. Hakim Harminder Singh Dhaliwal menetapkan tarikh itu selepas mengadakan perjumpaan dengan Peguam Kanan Persekutuan Iznan Izhak bagi empat defendan dan peguam Muhammad Faiz Datuk Fadzil yang mewakili Mahfuz (berbaju kuning), di dalam kamar. Mahfuz yang merupakan ahli parlimen Pokok Sena, Kedah, memfailkan saman itu pada 8 Ogos lalu dengan menamakan pegawai tangkapan Insp Mohd Zaid Madzizat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Ketua Polis Brickfields, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat. Dalam tuntutan itu, Mahfuz mendakwa penahanan oleh polis di KL Sentral pada 11.50 pagi, 9 Julai lalu adalah salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang serta bersifat mala fide. Beliau mendakwa lokasi kejadian (KL Sentral) bukan kawasan larangan yang dinyatakan dalam perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang dikeluarkan 6 Julai lalu. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan