Selasa, 13 September 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


SIASAH

Posted: 13 Sep 2011 03:30 PM PDT

Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi dilihat berdrama apabila caj enam peratus cukai perkhidmatan telefon prabayar ditangguhkan selepas dihebohkan selama beberapa hari.

Akhbar utama pro-Umno, Utusan Malaysia menjadikan tajuk kejayaan penanguhan pelaksanaan caj itu di muka hadapan, dengan berita lanjut yang memberi gambaran positif kepada kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Umno dan penyokong termasuk beberapa kumpulan dan blog memperlihatkan penentangan terhadap rancangan itu sejak mula diumumkan minggu lalu.

Menteri dari parti pemerintah itu turut mempersoalkan caj itu secara terbuka sejurus cadangan itu diumumkan.

Utusan Malaysia juga meletakkan tajuk Bantah Caj 6% Prabayar di muka hadapan pada keluaran 9 September lalu, memberi gambaran pendirian Umno dan kerajaan.

Kerajaan sebelum ini dilihat berdrama apabila bertindak menangguh kenaikan harga petrol RON 95 dengan meneruskan subsidi, selepas isu itu menjadi hangat di media selama beberapa hari.

Tindakan mengenakan caj enam peratus itu jelas satu beban yang besar kepada pengguna utamanya yang merupakan pelajar dan golongan berpendapatan rendah, menimbulkan risiko kemerosotan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Kos hidup melibatkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kini meningkat dan kerajaan telah pun membenarkan kenaikan tarif tenaga elektrik beberapa bulan lalu.

Pembangkang walau bagaimanapun terus melahirkan rasa tidak puas hati dengan cukai perkhidmatan yang dikenakan, walaupun menyambut baik penangguhan itu.

Pemuda PAS dalam satu kenyataan hari ini mendesak cukai itu dihapuskan dan menggesa kerajaan memikirkan mekanisme cukai yang lebih berkesan terhadap penyedia perkhidmatan dan pengguna.

Menurut Pemuda PAS, sistem cukai seperti dilaksanakan kini memberi kesan negatif paling utama kepada golongan berpendapatan rendah, pengguna utama perkhidmatan prabayar.

Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam kenyataan itu turut menggesa cukai perkhidmatan yang dinilai tidak adil itu dimansuhkan dalam bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan.

DIALOG RAKYAT

Posted: 13 Sep 2011 03:26 PM PDT

Panas! Borang petugas PRU-13 kini diedar SPR

Posted: 13 Sep 2011 05:21 AM PDT

WarkahDaily

Dilaporkan hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah pun mengedarkan borang permohonan untuk petugas pilihanraya ke sekolah-sekolah bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Menurut sumber yang diperolehi WarkahDaily Online hari ini, borang permohonan menjalankan tugas SPR pada PRU-13 telah diedarkan ke sekolah-sekolah. Kebanyakan petugas SPR terdiri daripada guru-guru.

"Borang permohonan menjadi petugas pilihanraya dah pun dikeluarkan.

"Ia diedar di sekolah untuk diisi oleh guru yang ingin bertugas (petugas SPR) pada pilihanraya nanti (PRU-13), " beritahu sumber berkenaan kepada WarkahDaily Online sebentar tadi.

Perkembangan terbaru itu telah memberi satu lagi isyarat PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat.

Hishammuddin: Laporan siasatan Bersih 2.0 sudah siap

Posted: 13 Sep 2011 05:20 AM PDT

Oleh Lisa J. Ariffin

PUTRAJAYA — Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Hishammuddin Hussein berkata laporan siasatan berhubung perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sudah lengkap untuk dikemukakan kepada Kabinet.

Enam jawatankuasa telah ditubuhkan dua bulan lalu untuk menyiasat dakwaan bahawa pihak polis telah bertindak kasar dalam menangani perhimpunan itu, yang turut menyaksikan satu kematian.

"Laporan itu sudah lengkap dan akan dibentangkan di Kabinet. Saya menyerahkan kepada Tan Sri Ismail (Omar), yang merupakan Ketua Polis Negara, untuk mendedahkan butiran laporan siasatan agar orang ramai akan mengetahui perkara yang benar," kata Hishammuddin kepada pemberita hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan bekas-bekas ketua polis di Kementerian Dalam Negeri hari ini.

"Kami tidak memihak mana-mana pihak. Apa yang betul adalah betul, apa yang salah adalah salah," katanya lagi.

Hishammuddin (gambar) berkata laporan itu juga akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Katanya, beliau berpendirian bahawa laporan itu wajar didedahkan kepada publik agar mereka boleh membuat pendirian mereka.

Hishammuddin juga berkata tindakan akan diambil ke atas mereka yang membuat tuduhan tidak berasas dan membuat laporan-laporan palsu.

"Tindakan yang wajar akan diambil," katanya lagi.

Isu dijajah: PKR dakwa kenyataan Majlis Profesor bodohkan rakyat

Posted: 13 Sep 2011 05:19 AM PDT

KUALA LUMPUR— Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah membawa kepada implikasi besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu.

Ketua Penerangan Dr Muhammad Nur Manuty berkata kenyataan beberapa profesor juga menimbulkan persoalan baru sama ada negara benar-benar merdeka dan untuk "apakah kita meraikan kemerdekaan?"

"Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British," kata beliau dalam satu kenyataan.

Kata beliau, PKR merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama MPN yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British.

Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu, kata beliau.

"Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan semua fakta sejarah yang ada. Umum menyedari bahawa istilah 'protectorate' yang diguna penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat sebagaimana yang dialami di negeri-negeri lain.

"Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu. Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya," kata beliau.

Justeru, Muhammad Nur bertanya, "bukankah ini namanya penjajahan?"

"Bukankah ini yang mencetuskan penentangan pejuang-pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dobi, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lainnya?" kata beliau.

Muhamad Nur juga menegaskan, PKR melihat bahawa kenyataan kontroversi di atas hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong Umno dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka.

"Dalam peradaban keilmuan, mereka yang berilmulah yang seharusnya memberi nasihat kepada ahli politik, bukan sebaliknya," kata beliau lagi.

Chandra Muzaffar: Malaysia secara 'de facto' dijajah British, sebab itu merdeka dituntut

Posted: 13 Sep 2011 05:17 AM PDT

TERKINI

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR — Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar menegaskan negara ini secara "de facto" merupakan bekas jajahan kuasa asing dan itu sebabnya parti-parti politik memperjuangkan kemerdekaan daripada British sejak 1940-an.

Secara realiti, kata beliau, negeri-negeri Tanah Melayu telah berhadapan dengan segala bentuk ketidakadilan yang ada kaitan dengan pemerintahan penjajah.

"Disebabkan wujudnya penjajahan 'de facto', Umno pada tahun 1950-an dan Parti Kebangsaan Melayu sejak 1940-an telah menggerakkan perjuangan kemerdekaan daripada British.

"Mereka (pihak yang mendakwa tidak ada penjajahan) memfokus kepada isu — berbanding bentuk pemerintahan British," kata Chandra (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Pengerusi Yayasan 1 Malaysia ini mengulas pandangan dua profesor mengenai polemik sama ada negara ini dijajah oleh British ataupun sebagainya.

Malah, semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu. Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah "kita dijajah."

"Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

"Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah," kata beliau.

"Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan," kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru sementara menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, "fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British)."

"Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," kata Zainal.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

Penelitian ucapan beberapa perdana menteri dan juga tulisan mereka menunjukkan negara ini dijajah oleh British dan beberapa kuasa Eropah yang lain.

Antara lain, dalam ucapan ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj antara lain berkata, "... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britai; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh..."

Memoir terbaru Dr Mahathir berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.

Maklumat yang diperoleh dari laman web pertubuhan Komanwel pula menyebut, "menerusi siri perjanjian antara 1983 dan 1930, pentadbir-pentadbir kolonial British menguasai hal ehwal luar sembilan kesultanan Melayu di Semenanjung.

Chandra, Presiden Just World Trust berkata, di tengah-tengah kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Bukit Kepong, beberapa pandangan yang diluahkan mengenai pemerintahan British mempunyai kesan tidak disengajakan yang mengelirukan orang ramai berbanding memperkayakan pengetahuan orang ramai.

Dalam situasi formal, kata beliau, memang benar negeri-negeri Tanah Melayu, berbeza daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, bukan merupakan wilayah kolonial British.

"Bagaimanapun negeri-negeri ini berada di bawah pemerintahan British," kata beliau dan menambah, "kedaulatan Raja-raja Melayu (ketika itu hanya) merupakan satu fiksyen perundangan."

Kata beliau, Raja-raja di kedua-dua Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu dikehendaki mendapatkan nasihat Residen British ataupun penasihat dan mengikut nasihat yang diperoleh "berhubung kesemua aspek kecuali yang menyentuh mengenai adat resam orang Melayu dan Islam."

"Dalam lain perkataan, kuasa membuat keputusan terletak di tangan British secara efektif," kata beliau lagi.

Selain undang-undang dan perjanjian yang mewujudkan lokus sebenar kuasa di pihak British, jelas beliau, setiap dimensi penting ekonomi berada di bawah kawalan mereka.

"Isu-isu berkaitan dengan tanah, sumber-sumber, buruh, modal dan pasaran di negeri-negeri Melayu ditentukan oleh dasar British dan kepentingan British," katanya lagi.

Justeru kata beliau, situasi di negeri-negeri Melayu tidak berbeza daripada tiga negeri yang dijajah oleh British.

"Bahkan, kawalan British ke atas kedua-dua ekonomi dalaman dan luaran negeri-negeri Melayu yang memberikan mereka penjajahan de facto," katanya beliau.

Bajet 2012: Dr M harap Najib jaga hati 'orang Melayu dan bukan Melayu'

Posted: 13 Sep 2011 05:14 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan akan menangani rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu yang dirasakan agak ketara sejak kebelakangan ini.

Jelas beliau, rasa tidak puas hati yang membawa kepada pelbagai tuntutan itu berpunca daripada tanggapan dan tafsiran berbeza yang dibuat terhadap konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh pentadbiran Najib.

Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Dr Mahathir (gambar) berkata demikian dalam satu wawancara bersama Astro Awani. Bahagian ini disiarkan hari ini.

"Sekarang ini orang Melayu anggap kata layanan diberi kepada orang Cina dan mereka tak ada apa-apa. Saya harap Bajet (2012) akan datang ini, kerajaan imbangi layanan kepada orang Cina, layanan kepada orang Melayu.

"Dengan itu barulah akan hilang sedikit sebanyak perasaan marah mereka terhadap kerajaan kerana masing-masing anggap kerajaan berat sebelah," kata beliau.

Jelas Dr Mahathir, salah tafsir terhadap konsep 1 Malaysia menyebabkan orang Melayu misalnya merasakan perlunya ada sekolah satu aliran manakala orang bukan Melayu mahu hak Bumiputera dihapuskan.

"Jadi dengan itu sukar bagi kita untuk memikir bahawa hanya dengan slogan itu saja maka akan berlakulah perpaduan," kata beliau lagi.

Dr Mahathir sebelum ini pernah meminta pentadbiran kerajaan memberikan penjelasan mengenai konsep 1 Malaysia, yang diperkenalkan oleh Najib sejak menjadi perdana menteri yang keenam.

Menjelang Bajet 2012, Dr Mahathir berharap Najib akan memenuhi harapan orang Melayu dan bukan Melayu.

"Saya harap Datuk Seri Najib sedar bahawa orang Melayu rasa terkilan, rasa mereka dianaktirikan dan dia perlu menentukan bahawa dia tidak menganaktirikan orang Melayu sementara dia juga menjaga kepentingan orang bukan Melayu," kata beliau yang turut pernah memegang jawatan menteri kewangan ketika menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada Oktober 2003.

Bajet 2012 adalah yang ketiga bagi Najib sejak menjadi perdana menteri pada April 2009.

Milik siapa sejarah Malaysia

Posted: 13 Sep 2011 05:12 AM PDT

Muhammad Nazreen
Adakah sejarah yang ditimbulkan pada peristiwa Bukit Kepong diisi dengan fakta-fakta yang tepat? Dan apakah nama 'Mat Indera' itu wajar dianggap sebagai pengkhianat bangsa atau pejuang kemerdekaan?

Isu Bukit Kepong dan penelitian semula

Tanggal 5.00 pagi, 23 Februari 1950, Malaya di bawah jajahan British dikejutkan dengan peristiwa berdarah serangan komunis terhadap rumah pasung (balai polis) Bukit Kepong sehingga melibatkan banyak nyawa terkorban.

Peristiwa ini menjadi titik hitam bagi seluruh anggota rumah pasung Bukit Kepong yang menyebabkan ramai keluarga kehilangan korban. Difahamkan, sekitar 200 gerila komunis yang diketuai Goh Peng Tun menyerang rumah pasung terbabit.

Berlaku pertempuran di antara pihak komunis dan anggota polis yang diketuai Sarjan Ray Dancey. Antara yang terlibat sama di dalam pertempuran terbabit termasuklah Sarjan Jamil Muhd Shah serta 15 anggota polis platun campuran tugas am dan konstabel polis marin yang dipimpin Sarjan Jamil.

Selepas pertempuran sengit berlangsung hampir 5 jam, pihak komunis berjaya menawan rumah pasung terbabit dan mereka membakar bangunan-bangunan di sekeliling mereka. Kesan ini meninggalkan kemusnahan dan menyebabkan banyak nyawa terkorban di kalangan pihak komunis dan anggota polis semasa berlaku pertempuran terbabit.

Namun, kisah berkenaan isu Bukit Kepong selalu diperdebatkan kerana tiada fakta-fakta sahih dikumpulkan secara rasmi, malah, kajian berkenaan kisah ini hanyalah diperoleh melalui sumber sekunder.

Penelitian dibuat berdasarkan naratif pengalaman mereka yang terlibat sendiri dengan peristiwa ini. Selain itu, versi penceritaan sejarahnya semakin kabur kerana ianya hanya diperolehi melalui cerita-cerita waris keturunan mangsa kejadian yang diperceritakan semula, yang bercampur aduk dengan mitos dan legenda.

Siapakah Mat Indera?

Mat Indera sering dikatakan seorang pejuang nasionalis kiri Melayu yang menyertai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang mengambil tindakan mengangkat senjata melawan penjajah British.

Pemimpin komunis Melayu Abdullah C.D dalam memoirnya yang secara terang-terangan mengaku Mat Indera adalah orang kuat Rejimen Ke-10 di Johor tetapi versi lain pula termasuk satu kajian pelajar Universiti Malaya pada 1973 mengatakan Mat Indera adalah nasionalis Melayu yang kuat beragama Islam yang telah bersama-sama dengan komunis untuk menentang penjajah British.

Persoalan di sini adakah wajar Mat Indera dianggap sebagai pejuang kemerdekaan?

Pertama, harus diingati bahawa peristiwa Bukit Kepong berlaku sebelum tarikh kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Maka, secara teknikalnya, Malaya masih lagi di bawah naungan King George VI sebagai tanah jajahan British.

Oleh yang demikian, sebarang pertentangan terhadap penjajahan sebelum Merdeka termasuk daripada UMNO, MCA, MIC, PKMM, API, AWAS, PKM dan banyak lagi wajar dianggap sebagai usaha membebaskan Malaya.

Kedua, Mat Indera, seorang berfahaman nasionalis kiri terpaksa mengangkat senjata apabila parti politik perjuangan kiri seperti PKMM, API dan AWAS sudah pun diharamkan oleh British pada tahun 1947 kerana menggugat gagasan penjajahan di bumi Malaya.

(Perlu diingat bahawa selepas parti-parti nasionalis kiri diharamkan, PKM masih halal dan bebas bergerak sehingga British mengisytiharkan darurat pada 1948).

Di atas kesempatan itulah, pejuang-pejuang kemerdekaan awal terpaksa menggunakan jalan yang lebih radikal untuk menuntut kemerdekaan. Di antaranya Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.

Ketiga, perjuangan menuntut kemerdekaan dengan cara radikal sekali pun, mereka wajar menerima pengiktirafan sebagai pejuang anti-penjajah. Mereka tiada pilihan lain kerana penjajah telah mengharamkan parti atau gerakan mereka.

Sebagai contoh, Jose Rizal yang merupakan pendiri Katipunan juga mengambil jalan radikal dan tetap dianggap sebagai wira kebangsaan Filipina menentang penjajah Sepanyol.

Revolusi Indonesia yang dikepalai mantan Presiden Republik Indonesia pertama, Sukarno, juga terlibat dalam gerakan subversif bersama-sama Jeneral Sudirman, Jeneral Nasution, Tuanku Imam Bonjol menentang Belanda dalam perang menuntut kemerdekaan.

Malah, nama-nama seperti Cut Nyak Dien, Raden Adjeng Kartini turut diiktiraf sebagai pejuang nasionalis walau pun mereka mengangkat senjata.

PKM sebelum dan selepas Merdeka

Parti Komunis Malaya yang dirasmikan penubuhannya oleh Ho Chih Minh di Negeri Sembilan pada 1930 merupakan sebuah parti berideologi Marxisme-Leninisme dan Maoisme. Ia adalah antara segelintir pertubuhan politik yang bergerak bebas sebelum Perang Dunia Kedua.

Semasa pendudukan Jepun, PKM di bawah unit Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) telah bekerjasama dengan unit komando British menentang penjajahan Jepun. Pada masa yang sama Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh pejuang nasionalis kiri Ibrahim Yaakob bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan bumi Malaya daripada cengkaman British.

Jepun menerima kerjasama KMM hanya kerana mahu mengekalkan kuasa di Malaya manakala perjuangan bersenjata PKM menentang Jepun dipersetujui British kerana ia membabitkan kepentingan penjajah Inggeris di Asia Tenggara.

Selepas Jepun menyerah diri pada 1954, konflik tercetus apabila PKM menguasai Malaya selama 14 hari sebelum pentadbiran tentera British kembali ke tanah jajahannya. Di sini timbul konflik di antara PKM dan British.

Ketegangan itu berlarutan hingga 1948 apabila British mengharamkan PKM dan PKM pula melancarkan perang gerila untuk menghalau penjajah. Dengan kebenaran British, Tunku Abdul Rahman yang memimpin Majlis Perundangan Malaya (setelah UMNO, MCA dan MIC menang pilihan raya umum pertama) mengadakan rundingan damai di Baling pada Disember 1955 dengan wakil PKM Rashid Maidin dan Chin Peng.

Rundingan ini gagal apabila Tunku mensyaratkan PKM meletak senjata, menyerah diri dan disoal siasat oleh kerajaan Majlis Perundangan Malaya yang masih di bawah jajahan British sebelum apa-apa keputusan dibuat sedangkan PKM memohon untuk aktif dalam politik tanah air tanpa menggunakan kekerasan.

Oleh kerana rundingan ini berlaku sebelum Merdeka, PKM masih layak digelar pejuang kemerdekaan.

Namun, tindakan PKM untuk berkeras mengangkat senjata selepas 31 Ogos 1957 menimbulkan banyak persoalan tentang perjuangan komunis di Malaya.

Apakah PKM pasca-Merdeka mahu menjatuhkan kerajaan Malaya merdeka secara kekerasan? Adakah PKM mahu menubuhkan negara satelit komunis China atau Rusia melalui keterlibatan mereka dalam gerakan Communist International?

Lantas, PKM pasca-Merdeka hanyalah bertujuan membela kepentingan ideologi politik mereka semata-mata. Sedangkan pada masa yang sama gerakan kiri di Malaya seperti Partai Rakyat Malaya dan Partai Buruh Malaya yang telah membentuk Socialist Front telah memilih jalan demokrasi berparlimen walau pun mereka ditekan dan ditindas oleh kerajaan Perikatan.

Jadi tidak salah jika dikatakan bahawa perjuangan PKM selepas Merdeka adalah penentangan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat, dan bukan lagi usaha menuntut kemerdekaan.

Meluruskan garisan sejarah

Sebagai sebuah penelitian semula, fakta sejarah tidak seharusnya diselewengkan. Biarlah ia kekal sebagai warisan yang terbela hingga ke anak cucu-cicit kita walau pun ada yang pahit untuk ditelan.

Tidak dinafikan bahawa PKM sememangnya sebuah parti politik yang mengamalkan perjuangan bersenjata, malah pimpinannya menerima pingat daripada empayar British kerana bersama menentang penjajahan Jepun.

Untuk menolak sejarah perjuangan PKM menentang penjajah Jepun dan kemudiannya British sebelum Merdeka adalah tidak adil dan bersifat pembohongan sejarah.

Pejuang-pejuang nasionalis kiri seperti Burhanuddin Al-Helmy (yang bukan komunis tetapi tokoh Islam yang memimpin PKMM dan PAS), Ahmad Boestamam (yang mempimpin API dan Partai Rakyat), Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (yang memimpin Partai Buruh), Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin (kesemuanya PKM) dan Mat Indera sendiri adalah antara insan-insan Melayu yang memperjuangan kemerdekaan negara.

Mereka berjuang dengan rakan-rakan dari pelbagai parti dan pertubuhan dari kalangan bukan Melayu demi membebaskan bumi Malaya daripada penjajahan dan membentuk sebuah negara pelbagai kaum dan agama.

Pengkajian sejarah perlu diteliti dan diteruskan demi menegakkan kebenaran yang terselindung oleh kepentingan politik semasa.

Kata-kata Winston Churchill bahawa "sejarah ditulis oleh orang yang menang" wajarlah dimuhasabahkan semula. Ini kerana pengorbanan wira-wira tidak didendang itu tidak boleh diabaikan untuk meluruskan kembali penceritaan sejarah yang tepat.

Sejarah Malaysia sepatutnya ditulis oleh orang yang cintakan kebenaran, tidak berpihak dan hanya mahu fakta ditafsirkan dengan jujur dan ikhlas.

Kata-kata George Santayana, "mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulangi (kesilapannya)" harus dititipkan demi perjuangan yang bernama keadilan untuk semua. – Roketkini.com

'Serang' saya untuk tutup kepincangan p'raya

Posted: 13 Sep 2011 05:11 AM PDT

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin 'serangan' terhadapnya yang dimainkan media arus perdana berhubung pejuang kemerdekaan dan Mat Indera ditimbulkan bagi menutup isu kepincangan demokrasi dan sistem pilihan raya di Malaysia.

"Isu 'serangan' terhadap saya kerana mereka nak lari daripada isu-isu pilihan raya terutama tentang (lapan perkara) Tuntutan Bersih 2.0 dan Daftar Pemilih yang begitu kotor.

"Oleh kerana nak lari daripada isu-isu itu dan gagal memulihkan demokrasi serta mengatasi kepincangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka timbulkan isu ini (serangan terhadap kenyataan saya).

"Ini yang mereka nak 'lari', sedangkan perkara ini sedang diperhatikan dunia kini," dakwa Mohamad Sabu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini semalam.

Forum anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu turut disertai ahli akademik dan pakar sejarah dari Universiti Malaya, Prof Dato' Dr Mohamad Abu Bakar.

Turut hadir Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu Dato Wan Abdul Rahim Abdullah, anggota Exco, Abdul Fattah Mahmod dan Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim.

Forum yang dibanjiri ribuan penonton itu dipengerusikan mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh Haji Soberi Shafei.

Golongan pembodek

Sementara itu, mengulas kenyataan pihak tertentu bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, Mat Sabu mendakwa golongan itu merupakan golongan terlalu hendak membodek pemimpin mereka.

"Bodek punya bodek, mereka itu sampai terbabas, sampai menjadi bahan ketawa sekarang," katanya.

Dalam hubungan ini, Mat Sabu mendakwa sekiranya rakyat di negara ini menerima pandangan golongan itu, maka ertinya rakyat tidak perlu menyambut kemerdekaan 31 Ogos dan tidak perlu pula menyambutnya pada 16 September.

Dalam pada itu Prof Dr Mohamad ketika dirujuk pandangannya berkata seharusnya orang akademik yang semakin berkedudukan jauh lebih baik sekarang dalam hubungan dengan orang politik mempengaruhi orang politik tertentu supaya isu mengenai penulisan semula sejarah Malaysia 'yang dipercayai diselewengkan fakta' itu dilaksanakan.

Menurutnya, sebelum pilihan raya keua belas yang lalu orang akademik banyak tunduk kepada orang politik, tetapi kini ternyata orang akademik dan dari pusat pengajian tinggi semakin menjadi rujukan.

"Inilah peluang dan masanya untuk mereka pula mempengaruhi keadaan menerusi perhubungan mereka dengan orang politik (golongan pemimpin).

"Dulu menteri-menteri tak jumpa kita orang semua ini. Tetapi sekarang semakin ramai, ada pula diskusi, ada Majlis Profesor dan sebagainya.

"Ini menunjukkan mereka ini sama ada merasai kebimbangan terhadap kedudukan diri mereka dan kedudukan politik mereka, semakin didampingi orang politik dan itu bagus.

"Jadi, di sinilah kita dapat salurkan kebenaran," katanya.

Facebook Harakahdaily lebih 200,000 peminat

Posted: 13 Sep 2011 05:08 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Facebook organ parti PAS, Harakahdaily telah melebihi 200,000 peminat.

Sehingga berita ini ditulis, jumlah semasa peminat Harakahdaily adalah 200,350.

Ini adalah peningkatan sebanyak 400 peratus, daripada 40,000 peminat pada bulan September 2010.

Mengikut statistik terbaru Facebook, secara purata terdapat 142,000 peminat yang aktif seminggu melayari Facebook Harakahdaily.

Dalam pada itu, peminat Harakahdaily membuat hampir 20,000 komen dengan purata 100,000 unique klik dari Facebook kepada berita-berita yang disiarkan.

Dengan pencapaian ini, Harakahdaily menjadi laman web alternatif yang mempunyai peminat paling ramai dengan (200,342) berbanding Malaysiakini English (51,874), Malaysiakini BM (73,228), The Malaysian Insider (14,379), Free Malaysia Today (15,454), Keadilan Daily (4,689) dan MerdekaReview BM (5,631).

Jika pula dibandingkan dengan media perdana, jumlah peminat Harakahdaily masih ketinggalan berbanding Utusan Malaysia (218,728), Harian Metro (312,457) dan Berita Harian (437,457). Namun, Harakahdaily mengatasi Sinar Harian (89,519) dan Star (40,028).

Kepada para peminat yang masih belum menyertai Facebook Harakahdaily, bolehlah mengunjungi laman di: https://www.facebook.com/harakahdaily

Penerima tauliah Jais tidak langgar syarat

Posted: 13 Sep 2011 05:05 AM PDT

Saidah Hairan

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata penceramah yang mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) amat mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak pernah melanggar syarat tersebut.

Beliau yang pernah digantung tauliahnya mengingatkan pihak Jais supaya jangan bertindak sewenang-wenangnya untuk menggantung tauliah penceramah.

Justeru tegas beliau, Jais tidak wajar bertindak menggantung tauliah yang telah diberikan kepada penceramah atau pendakwah bebas.

Dalam hal ini katanya, Jais tidak konsisten sebab perkara menarik balik tauliah itu bukan baru tetapi sering dilakukan tanpa sebarang alasan.

"Jais seolah-olah main tarik tali dalam isu ini, apa sebenarnya yang berlaku, kenapa jadi begini dan siapa tangan di belakang Jais sebenarnya?" soal beliau.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasharuddin Hasan pula berharap Jais dapat membaiki segera kelemahan berhubung pemberian tauliah bagi menggelak sebarang pandangan serong sebagai institusi agama yang tidak dihormati lagi oleh rakyat.

Tindakan menarik balik tauliah yang dilakukan oleh Jais terhadap penceramah atau pendakwah bebas di Selangor mengundang rasa tidak puashati dan pandangan negatif terhadap institusi agama itu.

Sehubungan itu, menyifatkan tauliah sudah menjadi igauan dan hambatan yang menyulitkan pendakwah dan ilmuan untuk menyampaikan Islam.

Beliau berkata, umat Islam sekarang telah terperangkap dengan jenayah sosial sehingga rosak akhlak, pemikiran seterusnya akidah.

"Apakah pihak berkuasa agama khususnya Jais tidak peka perkara ini, jika tauliah menjadi isu, kenapa tidak ditauliahkan mereka yang boleh menyampaikan Islam dengan baik dan berkesan," tegasnya.

Beliau terkilan jika Jais mengambil tindakan undang-undang kepada penceramah hanya semata-mata berceramah tanpa tauliah.

Seharusnya tambah beliau, pihak Jais membantu, membiayai, menyokong dan memudahkan urusan murni yang dilakukan oleh penceramah atau pendakwah bukan mengambil tindakan terhadap mereka.

"Pihak berkuasa agama mesti mempunyai suatu mekanisme yang berkesan bagaimana menguruskan tauliah dengan baik," tegas beliau.

MES: Selangor telah belanja RM465 juta

Posted: 13 Sep 2011 05:02 AM PDT

Muhammad Faizal

SIRI PERTAMA

SHAH ALAM: Sejumlah RM465 juta telah dibelanjakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak tahun 2008 sehingga April 2011.

Jumlah ini meliputi fasa pertama hingga ketiga yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri pada Program 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di Shah Alam pada 20 Jun 2008, kira-kira tiga bulan selepas mengambil alih pemerintahan negeri itu.

Antara program fasa pertama itu termasuk Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Emas, Tabung Pendidikan Anak-anak Pelajar Ladang, Bekalan Air Percuma Bagi 20 meter padu Pertama, Program Meningkatkan Hasil Batuan Dan Mineral serta Program Khidmat Krisis Sehenti (OSCC).

Bagi fasa kedua pula meliputi Cuti Bersalin 90 hari, Cuti 14 hari untuk suami yang isterinya bersalin dan Cuti Kematian Suami 30 hari.

Fasa ketiga pula merangkumi Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Selangor (SkimSEL), Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) dan juga Pusat Dialisis Rakyat.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar) menjelaskan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri di dalam program tersebut adalah satu usaha untuk mengembalikan hak rakyat kepada rakyat.

"Kerajaan negeri melakukan sesuatu yang baik untuk rakyatnya dan kita lihat sebanyak RM465 juta telah diperuntukan sejak dari mula-mula Program MES ini dilancarkan sehingga April 2011 dan ia melibatkan seramai 4,772,501 orang rakyat negeri Selangor.

"Jika sebelum ini banyak tentangan mahupun ketidak yakinan timbul apabila program tersebut ingin dilancarkan tetapi satu yang luar biasa berlaku apabila rakyat sudah dapat melihat secara jelas kejayaan program tersebut, "katanya dalam satu temubual khas dengan Harakahdaily.

RM382 juta untuk 20 meter padu air percuma

Menurut Faekah, peruntukan paling besar dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat adalah pemberian bekalan air percuma 20 meter padu

Katanya, hampir RM382 juta kos yang ditanggung kerajaankerajaan negeri untuk tujuan itu merangkumi 4.77 juta rakyat selangor.

"Walaupun dua puluh meter padu ini kita lihat amat kecil tetapi kepada rakyat yang berpendapatan rendah merasakan ia adalah satu jumlah yang besar dan setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan beban kepada mereka.

"Kita mahukan rakyat merasai kekayaan negeri ini dan dengan cara ini sahajalah kenikmatan tersebut dapat dirasai oleh rakyat," sambung beliau lagi.

Dalam pada masa yang sama beliau tidak menolak masih terdapat rasa tidak puas hati berhubung isu pemberian air percuma itu, terutamanya tuduhan mengatakan kerajaan negeri tidak membayar bil kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Dalam penjelasannya kepada Harakahdaily, Faekah berkata Isu tidak membayar bil sehingga menyebabkan berlakunya pemotongan bekalan air dan menjadi tomahan kepada pihak tertentu adalah tidak benar sama sekali, dan sebenarnya setiap bil mahupun bayaran dibayar secara terus kepada Syabas tanpa ada sebarang tunggakan

"Yang berlakunya pemotongan bekalan air itu adalah melibatkan penggunaan meter secara pukal di kediaman seperti flat mahupun pangsapuri. Pihak kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik bagi mengelakkan perkara tersebut berulang dengan memberi kupon air percuma kepada penduduk di kediaman tersebut setiap bulan.

"Kita mahukan yang terbaik untuk rakyat dan setiap permasalahan yang berlaku perlu diselesaikan agar rakyat terus dapat menikmati apa yang telah disediakan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.," katanya.

**Siri kedua menyusul esok...

Muhyiddin: Hubungan diplomatik dengan China tiada kaitan isu dalaman

Posted: 13 Sep 2011 04:58 AM PDT


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbezaan ideologi antara Malaysia dan China tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan dua hala kedua-dua negara terutama dalam aspek perdagangan.

Justeru menurut beliau, kehadirannya dalam majlis makan malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China, Sun Zhenglai malam ini tidak seharusnya dikaitkan dengan Umno yang didakwa sebelum ini mempunyai hubungan baik dengan parti berkenaan.

"Dari segi hubungan diplomatik, kita dengan China adalah antara yang terbaik sekarang. Malah China merupakan negara perdagangan yang pertama dan nombor dua dari segi nilai eksport seluruh dunia.

"Saya tak melihat hal sebegitu (hubungan baik dengan komunis). Tak ada kena mengena dengan soal itu (isu komunis).

"Soal yang kita hadapi, (kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu) adalah soal dalaman. Bukan soal kita nak menentang mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis anugerah dan tawaran baru kepada pengetua dan guru besar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Bukit Kiara di sini, Selasa.

Muhyiddin dijadual akan menghadiri majlis jamuan makan malam bersama Zhenglai di sebuah hotel malam ini (Selasa).

Sambil menyifatkan majlis makan malam itu bagi mempertingkatkan hubungan diplomatik antara Malaysia-China, Muhyiddin berkata dasar berkenaan memberi faedah yang baik kepada negara ini.

Jelasnya semua pihak perlu melihat hubungan berkenaan dari aspek perkembangan ekonomi dan bukannya soal ideologi.

"Hubungan antarabangsa itu biasa. bukan sahaja Malaysia, negara lain pun ada hubungan. Hubungan antarabangsa memberi faedah kepada kita, kita bukan menganut ideologi mereka.

"Isu idelogi adalah hak dan urusan negara mereka, kita tak terima idelogi itu. Tapi itu tidak jadi satu halangan untuk kita berhubung dengan negara sebegitu kerana kita tahu ada banyak faedah.

"Kalau kita tak berhubung baik dengan China, yang ruginya kita. Kita kena pragmatik dalam soal ini kerana kita mempunyai matlamat yang lebih besar...hubungan baik dengan mana-mana negara adalah penting," katanya.- mStar

Bersama merampas Pulau Pinang dari PR: UMNO mohon maaf kepada Koh Tsu Koon?

Posted: 13 Sep 2011 04:56 AM PDT

Lim Hong Siang

Untuk merampas kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat, pemimpin UMNO Pulau Pinang telah memohon maaf kepada Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, agar hubungan antara kedua-dua parti yang terjejas sebelum ini dapat dijalin semula.

Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir yang sering menyerang Koh Tsu Koon sebelum ini, dikatakan telah berjanji kepada Koh Tsu Koon bahawa dirinya tidak akan menyerang Gerakan lagi. Malah, UMNO Pulau Pinang berjanji agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang pemimpin Gerakan, seandainya Barisan Nasional menang di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Demikianlah laporan Kwong Wah Yit Poh yang disiarkan pada 11 September 2011, memetik daripada sumbernya. Menurut laporan, kebangkitan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008 telah menyedarkan UMNO Pulau Pinang, bahawa mereka tidak boleh menang hanya dengan undi Melayu. Kesedaran UMNO Pulau Pinang tentang "kepentingan undi Cina" telah membuka ruang untuk UMNO berbaik semula dengan Gerakan.

Perselisihan berlaku antara UMNO dengan Gerakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya Pemuda UMNO mengambil kesempatan untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap Koh (yang pada ketika itu masih Ketua Menteri), dalam satu acara yang turut dihadiri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ketika itu) pada tahun 2006. Pada September 2008, seorang penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail mengoyakkan gambar Koh di khalayak ramai, sehingga Koh dipersendakan musuh politiknya. Rata-rata masyarakat Cina menganggap Koh Tsu Koon terlalu "lembik", sehingga mudah "dibuli" pemimpin UMNO.

Koh ugut keluar dari BN?

Seorang pemimpin Gerakan yang memihak kepada Koh, memberitahu Kwong Wah Yit Poh bahawa Koh Tsu Koon amat tegas dalam isu Ahmad Ismail, malah mengugut untuk memanggil Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) Gerakan agar keluar dari Barisan Nasional, seandainya pimpinan tertinggi UMNO tidak membekukan keahlian Ahmad Ismail.

Menurut laporan, ada usaha sebelum ini untuk menobatkan semula Ahmad Ismail (gambar kanan) sebagai Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera selepas tamat tempoh pembekuan keahlian beliau, namun usaha ini dihalang kerana tekanan daripada Koh. Menurut laporan, Presiden UMNO Najib Razak dikatakan memberi jaminan bahawa Ahmad Ismail tidak akan kembali menjadi Ketua Bahagian selagi Najib kekal pada jawatan Presiden UMNO. Melihat kepada nasib Ahmad Ismail, ditambah pula senario politik yang menyaksikan pemecahan undi Melayu kepada UMNO, PKR dan PAS, maka pemimpin UMNO Pulau Pinang telah menyedari kepentingan undi Cina, lantas berbaik-baik semula dengan Gerakan dalam mesyuarat Barisan Nasional sebelum ini.

Laporan Kwong Wah Yit Poh juga memetik Penyelaras BN DUN Padang Kota, Oh Tong Keong yang mengakui bahawa dirinya pernah mendengar khabar bahawa pemimpin UMNO memohon maaf kepada Koh Tsu Koon, dan berjanji untuk menyokong pemimpin Gerakan untuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak. Akhbar yang dirujuk adalah Kwong Wah Jit Poh pada 11 September 2011, muka surat A6. Laporan dibuat berdasarkan teks asalnya dalam bahasa Cina.

PAS mahu cukai telekomunikasi 6% dibatalkan

Posted: 13 Sep 2011 04:55 AM PDT

Jika sistem cukai ini diteruskan, golongan yang paling menerima kesan adalah golongan muda, pelajar dan golongan berpendapatan rendah.


PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan Tantawi dalam mahukan cukai tersebut dibatalkan atas alasan bahawa ia membebankan rakyat.

"Jika sistem cukai ini diteruskan, golongan yang paling menerima kesan adalah golongan muda, pelajar dan golongan berpendapatan rendah yang terpaksa mengikat perut menghadapi kos sara hidup yang makin tinggi, berbanding pihak kerajaan yang terus mengaut hasil cukai atas keperitan rakyat.

"Pemuda PAS juga berpendapat, impak langsung cukai ini kepada golongan pengguna adalah sama dengan impak cukai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan oleh kerajaan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyatan media hari ini.

Kenyataan ini timbul ekoran pengumuman syarikat telekomunikasi Maxis, Digi, Celcom dan Unifi pada hari Khamis lalu bahawa pembelian transaksi tambah nilai dan pembelian pek permulaan akan dikenakan cukai perkhidmatan 6% mulai 15 September.

Bagaimanapun, semalam Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Sri Dr Rais Yatim mengumumkan bahawa perlaksanaan cukai telah ditangguhkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia akan menentukan masa terbaik melaksanakannya.

Meraih keuntungan berlebihan

Nasrudin turut melahirkan kebimbangan syarikat telekomunikasi berkenaan akan mengambil kesempatan meraih keuntungan berlebihan.

"Pihak kami menggesa pihak kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab memperkenal dan mengutip hasil cukai ini agar tidak mengambil kesempatan untuk mengaut laba daripada penggunaan telekomunikasi yang tidak anjal (inelastic demand) dan mengharapkan cukai perkhidmatan 6% ini terus dimansuhkan sebagai tanda prihatin kepada generasi muda di dalam Bajet 2012 yang akan diumumkan pada Oktober ini," kata Nasrudin.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mengecam perlaksanaan cukai 6% tersebut kerana bertentangan dengan Akta Pertandingan 2010 yang akan dikuatkuasakan dalam bulan Feruari 2012.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berpendapat bahawa penangguhan pelaksanaan cukai tersebut mungkin gimik pilihanraya.

"Adakah ini bermakna penangguhan ini hanyalah sehingga Pilihanraya Umum ke-13 dipanggil untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri?" soal Rafizi.

Rafizi turut mencabar Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan pengecualian khidmat telekomunikasi prabayar yang digunakan oleh majoriti golongan berpendapatan rendah dan orang muda kerana ia akan membantu mengurangkan beban kos hidup.

Poster setiausaha politik Najib mula dipasang di Kota Baru

Posted: 13 Sep 2011 04:53 AM PDT

Fatmi pernah bertanding pada 2008 tetapi kalah kepada calon PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.


PETALING JAYA: Beberapa tempat di parlimen terutama di pagar sekolah di sekitar Kota Baru kelihatan poster Setiausaha Politik Perdana Menteri. Datuk Mohd Fatmi Che Salleh sejak beberapa bulan lalu.

Beberapa penduduk mendakwa poster itu sebagai pengumuman bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.

Fatmi pernah bertanding pada 2008 tetapi kalah kepada calon PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

Beliau kini merupakan ketua Umno bahagian Kota Baru.

Poster itu berbunyi kelas tuisyen Bahasa Inggeris untuk pelajar UPSR diletakkan di pagar h dan rendah di bandar Kota Baru.

Seorang penduduk Kota Baru berkata, bukan rahsia lagi Fatmi mahu bertanding sekali lagi di kawasan parlimen ini.

Ahli Umno bercakap

Zulkifli Abdullah berkata, ramai ahli Umno bercakap Fatmi akan bertanding sekali lagi.

"Ini tidak pelik kerana, Fatmi merupakan ketua Umno bahagian Kora Baru maka beliau pilihan terbaik.

"Kalau bukan ketua bahagian, siapa lagi?" katanya.

Sementara itu, Wan Abdul Rahim yang juga tokoh veteran PAS Kota Baru yang dihubungi hari ini berkata, poster Fatmi banyak dipasang di pagar sekolah menengah dan rendah.

"Yang saya tahu poster itu kelihatan sejak sebulan dua lalu," tambahnya.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kota Baru itu enggan mengulas kemungkinan Fatmi akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Umno anggap program anak emas helah politik DAP

Posted: 13 Sep 2011 04:52 AM PDT

Program yang memberikan wang sebanyak RM100 bagi bayi yang baru dilahirkan itu jelas menunjukkan Guan Eng kini terdesak untuk meraih undi rakyat.


NIBONG TEBAL: Pengerusi Umno Pulau Pinang berkata, program anak emas Pulau Pinang yang diperkenalkan kerajaan negeri sebenarnya adalah mainan dan helah politik pakatan pembangkang untuk memancing undi dengan memberikan wang.

Datuk Zainal Abidin Osman berkata, program yang memberikan wang sebanyak RM100 bagi bayi yang baru dilahirkan itu jelas menunjukkan Ketua Menteri Lim Guan Eng kini terdesak untuk meraih undi rakyat.

"Kalau sumbangan RM100 untuk bayi yang baru dilahirkan adalah ikhlas kenapa ia hanya diberi kepada pengundi yang berdaftar di negeri ini dan ini memperlihatkan bagaimana kerajaan negeri menggunakan wang untuk meraih undi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program seminar ancaman keselamatan negara dan global masa kini di sini hari ini.

Zainal mengulas program anak emas Pulau Pinang anjuran kerajaan negeri yang memberikan wang hadiah RM100 bagi bayi yang baru dilahirkan di negeri ini dengan syarat ibu bapa bayi itu berdaftar sebagai pengundi di Pulau Pinang.

Selain itu, pendapatan isi rumah keluarga bayi itu hendaklah tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Maklumat dakwaan rasuah Gani Patail akan disiasat SPRM

Posted: 13 Sep 2011 04:50 AM PDT

Maklumat dakwaan rasuah Gani Patail akan disiasat SPRM


PUTRAJAYA: Maklumat berhubung dakwaan mengaitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang disogok bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif Ho Hup Bhd,Datuk Vincent Lye, akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun menurut Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM, maklumat mengenai hal itu tidak perlu didedahkan kepada umum.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan kempen perangi rasuah melalui eksi di bangunan PICC hari ini.
Blog Malaysia Today pada 23 Ogos lalu mendakwa Lye telah memberi sogokan kepada Gani dengan menggunakan dana Ho Hup untuk membayar pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan.

Gani, bagaimanapun, menafikan dakwaan itu dan berkata beliau tidak pernah menerima sebarang wang daripada syarikat pembinaan tersebut.

30, 000 permit teksi

Dalam perkembangan lain, Nazri berkata kempen yang dijalankan secara berperingkat-peringkat itu meliputi lebih 30, 000 permit teksi.

Lebih 200 pemandu teksi dari seluruh lembah Klang hadir hadir dalam taklimat awal pagi tadi.

"Ini hanya permulaan saya percaya SPRM akan berurusan dengan NG0 dan bukan sahaja memberi taklimat tetapi memberi latihan kepada pemandu teksi.

"Kempen ini tepat memandangkan pemandu teksi merupakan kumpulan awal yang berinteraksi dengan penumpang. Maka fakta yang mereka peroleh perlu betul. Mereka ini juga ibarat duta kecil kepada SPRM," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohammed.

PKR: Rundingan kerusi Pakatan tidak boleh dihebahkan

Posted: 13 Sep 2011 04:49 AM PDT

Tentunya dalam mana-mana proses perundingan, akan ada wujudnya keadaan yang menduga kesefahaman semua pihak yang berunding.


PETALING JAYA: PKR menyokong Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng meneruskan rundingan bagi mencapai persetujuan hakiki dalam urusan rundingan kerusi dengan parti lain di negeri itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengeluarkan arahan pimpinan parti supaya hal ehwal rundingan kerusi tidak dibincang mahupun dihebah secara terbuka.

"Proses rundingan kerusi di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat merupakan suatu proses yang berterusan yang menjadi tanggungjawab bersama pimpinan PKR, PAS dan DAP.

"(Ia) bagi mencapai satu matlamat yang khusus – iaitu bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13 ini, yang kian terserlah kegagalan mereka untuk membela nasib rakyat serta cara dan keputusan pentadbiran mereka yang kini terus dipersoalkan ketelusannya.

Patuhi ketetapan

"Tentunya dalam mana-mana proses perundingan, akan ada wujudnya keadaan yang menduga kesefahaman semua pihak yang berunding," kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan media lewat petang ini.

Ahli Parlimen Machang itu dipercayai merujuk kenyataan media yang dbuat pucuk pimpinan Pakatan rakyat Johor mengenai pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.

"Saya dengan ini menasihatkan kesemua ahli-ahli pimpinan PKR, PAS dan DAP Johor, dan juga di lain-lain negeri untuk mematuhi ketetapan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat serta menghormati dan menerima konsep kerjasama Pakatan Rakyat yang menekankan rasa hormat-menghormati sesama kita dalam ertikata yang sebenarnya.

"Saya juga menggesa kesemua ahli-ahli pimpinan PKR, PAS dan DAP untuk terus memberi tumpuan terhadap keperluan dan persediaan kerja jentera pilihanraya masing-masing bagi terus menyerlahkan peluang Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

150 pengikut ajaran Hassan Jonit dikenal pasti

Posted: 13 Sep 2011 04:48 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah itu berdasarkan maklumat awal yang diterimanya, namun setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.


KUALA LUMPUR: Kira-kira 150 pengikut ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit dikenal pasti kini bergiat aktif disekitar Selangor dan cuba mengembangkannya semula kepada orang Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah itu berdasarkan maklumat awal yang diterimanya, namun setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

"Pengikut ajaran tersebut terdiri daripada individu yang tidak memiliki asas pendidikan agama yang kukuh, kita masih mengumpul bukti
kukuh sebelum langkah membanteras kegiatan itu diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau bimbang ajaran tersebut mungkin tersebar meluas dan lebih ramai akidah umat Islam terpesong sekiranya kegiatan itu tidak dibanteras secara menyeluruh.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini sedang membuat pemantauan serius terhadap kegiatan kumpulan tersebut serta pemimpinnya.

Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit disahkan menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1998.

Artikel hina Islam

Namun baru-baru ini ajaran sesat itu dipercayai telah dikembangkan semula oleh anggota keluarga salah seorang pengikut kanan Hassan yang
meninggal dunia beberapa tahun lalu dan dikatakan markasnya terletak di Kampung Melayu, Batu Arang, Rawang.

Sementara itu, beliau memberi jaminan pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat mengenai kewujudan beberapa blog yang menyiarkan artikel menghina Islam.

Katanya, pihaknya memandang serius isu terbabit memandangkan ia mampu menimbulkan kebencian dan mengganggu sensitiviti terhadap kebebasan beragama di negara ini.

Beliau berkata siasatan menjejaki identiti sebenar pemilik blog berkenaan masih dijalankan memandangkan blog itu menggunakan nama dan maklumat diri samaran.

"Satu mesyuarat khas antara SKMM, Jakim dan KDN yang dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU) KDN dibuat bagi memantau kewujudan blog terbabit," katanya.

Semalam, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 menghantar surat mohon menghadap kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Mizan Zainal Abidin supaya campur tangan dan mengambil tindakan terhadap blog makcikhajjahsittalwuzara.wordpress yang menghina Islam.

Jerebu: Hanya 18 kawasan catat kualiti udara baik

Posted: 13 Sep 2011 04:42 AM PDT

Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 11 pagi ini menunjukkan 18 kawasan mencatatkan kualiti udara baik dan 34 lagi sederhana.

haze in kl 120609Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga melaporkan tidak ada kawasan merekodkan IPU tidak sihat.

Menurut laporan JAS menerusi laman webnya lima kawasan mencatatkan IPU paling rendah iaitu empat di Sarawak - Limbang (20), ILP Miri (21), Bintulu (22), dan Sarikei (23), serta Keningau di Sabah dengan bacaan IPU 22.

JAS berkata, keadaan berjerebu dijangka berterusan selama beberapa hari lagi dan orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka selain bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.- Bernama

'Arahan jemaah menteri tak diikut demi kebaikan'

Posted: 13 Sep 2011 04:21 AM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Kementerian Kewangan (MOF) tidak mengikut arahan Jemaah Menteri dalam usaha pembelian tanah di Pulau Indah kerana perlu menimbang cara terbaik mendapatkan tanah itu.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Zaharah Shaari, 62, berkata walaupun Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk membeli tanah berkenaan tetapi mereka juga meminta Kementerian Kewangan membuat penilaian di atas keputusan itu.

port klang free zone pkfz auditBeliau berkata pada 24 Mac 1999, Jemaah Menteri mengarahkan supaya pembelian tanah dibuat tetapi pihak Kementerian Kewangan mencadangkan supaya tanah itu diperoleh dengan cara pengambilan balik tanah.

"Keputusan Jemaah Menteri sebelum ini memang untuk membeli tanah tersebut tetapi dalam keputusan itu juga ada menyebutkan supaya Kementerian Kewangan menyusuli cadangan pembelian tanah dan juga membuat penilaian terhadap harga tanah.

"Jadi Kementerian Kewangan mungkin telah menimbang cara-cara terbaik untuk memperoleh tanah tersebut dan keputusan yang dibuat untuk mengambil balik tanah kerana isu yang hendak diselesaikan ialah sama ada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) atau kerajaan perlu ke (atau tidak) tanah tersebut," katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Adilla Ahmad.

Berikutan arahan Kementerian Kewangan itu, Zaharah yang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu mulai 1999 hingga 2005, telah mengadakan beberapa mesyuarat susulan bagi melaksanakan arahan tersebut.

Katanya menerusi mesyuarat pada 18 Jun 2001, ahli mesyuarat bersetuju melibatkan wakil daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Ketua Pengarah, Tanah dan Galian bagi memberi pendapat dan saranan.

NONEMengenai kadar faedah sebanyak 7.5 peratus, Zaharah berkata laporan yang diserah kepadanya oleh LPK adalah tidak jelas dan beliau ada mengutarakan pendapatnya (mengenai ketidakjelasan itu) kepada Ling tetapi tidak pasti sama ada mengusulkan surat atau tidak.

"Apabila saya membaca surat ini (laporan faedah 7.5 peratus) adalah tidak jelas adakah kadar 7.5 peratus itu termasuk atau tidak dalam 'special value'," katanya.

Terdahulu, Zaharah memberitahu bahawa walaupun beliau menguruskan segala urusan surat menyurat yang ditujukan kepada kementerian dan menteri tetapi terdapat juga yang tidak diserah kepadanya terlebih dahulu sebaliknya dihantar terus ke pihak berkenaan.

Zaharah antara yang terlibat secara langsung dalam pengambilan tanah itu tetapi beliau memberitahu tidak pernah melihat surat yang mengandungi maklumat penilaian tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang antaranya menyatakan nilai tanah adalah RM21 sekaki persegi (skp).

Beliau, yang merupakan saksi keenam pendakwaan dalam kes perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik itu berkata beliau melihat surat tersebut buat pertama kali ketika disoal siasat oleh polis.

NONEDr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000, sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok.- Bernama

Hanya Umno yang kenali komunis baik atau bahaya

Posted: 13 Sep 2011 04:14 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man ULASAN - Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa "komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu."

najib tun razakKata perdana menteri: "Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka."

Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis?

NONEBukankah ini melanggar logik Najib sendiri?

Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat?

Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain "asalkan bukan Umno", maka komunis itu komunis jahat.

Kena tanya Umno, MPN

Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

china and malaysia relations 110405 tun razak and maoDan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rasanya Majlis Profesor Negara dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja.

Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian sejarah patut diberi markah kosong.

Bila mana Majlis Profesor Negara membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

NONECuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu.

Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno. Kalau Melayu itu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai.

Umno fail saman RM30 juta ke atas KM Pulau Pinang

Posted: 13 Sep 2011 04:09 AM PDT

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana didakwa membuat tohmahan dan fitnah terhadap Umno bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti Umno sebagai sebuah parti politik orang Melayu.

Datuk Zainal Abidin Osman, penang umno chiefPengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata, notis tuntutan itu memberi Lim tempoh tujuh hari mulai esok untuk memohon maaf secara terbuka dan memberi jawapan kenapa beliau membuat fitnah kepada Umno.

Katanya, jika Lim gagal berbuat demikian, Umno akan memfailkan saman malu di mahkamah sivil sebagai tindakan susulan.

Beliau memberitahu pemberita di Georgetown hari ini, Umno Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.

"Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan," katanya.

Zainal Abidin berkata saman malu yang difailkan terhadap Lim adalah atas beberapa tuduhan fitnah antaranya ialah dakwaan kononnya Umno terlibat secara langsung dalam demonstrasi aman di hadapan Komtar dan di atas Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.

NONELim juga telah menuduh anggota Umno terlibat dalam kejadian kebakaran di luar pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon pada 17 Ogos lalu, walaupun polis baru sahaja memulakan siasatan terhadap kes itu.

"Umno tidak boleh dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh setiap anggotanya. Bagi kes demonstrasi ia sebenarnya dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Lim dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

NONE"Lim tidak boleh terima penjelasan saya dan menuduh saya menipu atas alasan penglibatan Senator Ezam Mohamad Nor dan beberapa individu lain yang ada kaitan dengan Umno," katanya.

Ditanya mengapa Umno mengambil masa yang terlalu lama untuk mengemukakan saman terhadap Lim, Zainal Abidin berkata: "Sebelum ini segala dakwaan dan tuduhan yang dibuat terhadap Umno (adalah) dianggap ia sebagai asam garam dalam politik.

"Tetapi bermula awal Julai lepas kita dapati Lim telah melampaui batasan dan setelah berbincang dan mengumpulkan semua bukti barulah kita ambil keputusan untuk memfailkan saman malu," katanya.

NONEBeliau berkata Umno tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim kerana beranggapan bahawa pemimpin itu berada dalam keadaan emosi yang tidak terkawal setiap kali membuat kenyataan.

"Dia (Lim) mungkin tertekan dengan sokongan terhadap DAP yang semakin berkurangan di Pulau Pinang, keadaan emosi yang tidak stabil ini mungkin terbawa-bawa ketika dalam kerja," katanya.- Bernama

Semua keputusan RCI tak boleh disemak semula

Posted: 13 Sep 2011 04:08 AM PDT

Keputusan bahawa penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak boleh disemak semula terpakai untuk semua kes, kata Majlis Peguam Malaysia.

NONENaib presidennya Christopher Leong berkata Mahkamah Persekutuan mengesahkan prinsip bahawa penemuan dan syor suruhanjaya itu tidak boleh disemak semula kerana ia bukan keputusan yang terikat dengan undang-undang.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini berhubung rayuan terhadap penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi kes klip video kontroversi yang melibatkan peguam terkenal Datuk VK Lingam.

Leong menyifatkan keputusan itu sebagai suatu dasar yang baik kerana jika tidak, kepentingan kewujudan suruhanjaya berkenaan akan terhakis dengan teruk.

Katanya Majlis Peguam, yang mengemukakan aduan tentang kesalahan tingkah laku Lingam, perlu membuktikan kebenaran aduannya itu seperti dalam kes lain dan tidak boleh bergantung pada penemuan suruhanjaya itu sebagai bukti.

azlanBeliau berkata sebahagian kes Lingam kini didengar oleh Lembaga Disiplin Peguam Bela dan Peguam Cara.

Diminta memberi pandangan tentang keputusan itu, Lingam berkata ia merupakan keputusan penting dan bersejarah kerana ini merupakan julung kalinya Mahkamah Persekutuan membuat penghakiman tentang penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja, yang beliau sifatkan sebagai "suatu panduan yang baik".

Peguam B Lobo, yang mewakili bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin, seorang daripada responden dalam kes itu, pula berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak mewajibkan kerajaan mengambil tindakan berhubung keputusan suruhanjaya berkenaan.

Bagaimanapun, seseorang yang terjejas oleh penemuan suruhanjaya itu tidak mempunyai cara untuk membersihkan imejnya, kata beliau.

azlanSementara itu, peguam Gobind Singh, yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock dalam permohonan mendapatkan semakan semula kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Siasatan Diraja bahawa Teoh telah membunuh diri, berkata beliau akan memberi nasihat sewajarnya kepada mereka berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini.

"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak boleh dibawa untuk semakan semula kehakiman adalah amat jelas," katanya.- Bernama

Sekutu Umno tercari-cari kerusi untuk bertanding

Posted: 13 Sep 2011 04:05 AM PDT

Joseph Sipalan
Meskipun Dewan Rakyat belum dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, kebanyakan bakal calon mula mengintai-intai kerusi idaman mereka.

Tidak terkecuali berbuat demikian adalah keempat-empat pemimpin utama parti komponen utama BN - MCA, MIC, Gerakan dan PPP yang masih tercari-cari kerusi yang sesuai sekiranya, presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN bercadang mengadakan pilihan raya pada akhir tahun ini.

azlanIni kali pertama di mana presiden empat parti komponen BN akan menghadapi pilihan raya umum tanpa status sebagai wakil rakyat, apabila diri mereka dan parti yang diwakili tumbang kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Kecuali presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bertanding, tiga yang lain - Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan presiden PPP Datuk M Kayveas - semuanya tersungkur.

Malaysiakini menghubungi tiga penganalisis politik - Ong Kian Ming, James Chin dan Khoo Kay Peng - untuk menilai keempat-empat presiden itu dan mencadangkan kerusi yang sesuai untuk mereka bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Chua Soi Lek

Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Tanjung Malim (Perak), Tanjung Piai atau Kulai.

NONEChua kemungkinan besar akan memilih Kulai, di mana kira-kira 60 peratus daripada pengundinya adalah masyarakat Cina. Johor juga merupakan kubu kuat MCA, dan Chua juga dikatakan mempunyai sokongan asas kuat di sana. Jika menang di Kulai, kedudukan Chua dilihat semakin mantap dan sekaligus menghancurkan sokongan kepada bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting.

Tanjung Malim akan menjadi pilihan keduanya. Ini kerana kerusi separa bandar dengan majoriti pengundi Melayu itu dianggap kawasan selamat, tetapi memerlukan sokongan Umno. Seperti Kulai, kemenangan Chua akan menghancurkan sokongan untuk adik-beradik Ong. Kerusi itu kini dipegang oleh Datuk Seri Ong Ka Chuan iaitu adik Ka Ting.

NONEJames Chin: Kemungkinan kerusi - Labis

Chua telah memberi bayangan akan kembali ke Labis, tetapi keputusan muktamad di tangan Najib selaku pengerusi BN. Apabila terpalit dengan isu video seks, Chua tidak mempertahankan kerusinya tetapi sebaliknya, menyerahkannya kepada anaknya, Chua Tee Yong. Justeru, lebih mudah bagi beliau mendapatkan kerusi itu semula.

Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Labis

azlanLabis peluang terbaik Chua, kerana ada kesinambungan dengan anaknya memegang kerusi berkenaan. Anaknya itu, mungkin dipindahkan ke Bakri. Johor dianggap lebih mudah kerana merupakan kubu BN dan beliau juga mempunyai banyak sokongan dari Umno di sana.

Untuk cuba nasibnya di Perak, Chua akan perlu menilai penerimaannya oleh ahli-ahli BN di sana, yang harus dikira berdasarkan sokongan akar umbi. Sekalipun Chua tidak bertanding di Labis, Bakri adalah juga kerusi yang yang harus dicubanya untuk dirampas kembali dari DAP.

Koh Tsu Koon


NONEOng Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Simpang Renggam, Segambut

Koh kemungkinan besar akan ke Simpang Renggam kerana ia kerusi itu kini dipegang oleh Gerakan. Zaman kegemilangannya di Pulau Pinang sudah berlalu dan tidak bijak baginya cuba meramapas mana-mana kerusi di negeri itu. Kerusi Taiping (Perak) yang ditandingi oleh Gerakan juga dianggap tidak selamat kerana ahli parlimen Nga Kor Ming dari DAP dikatakan terus mantap di sana.

NONEKerusi Puchong dan Kuala Lumpur juga dianggap sukar dirampas semula. Segambut mungkin satu pilihan kerana ia merupakan kawasan bandar, tetapi ia juga dianggap kerusi tidak selamat.

James Chin: Kemungkinan kerusi selamat - tidak ada

Masalah Koh bukan untuk memilih kerusi mana yang harus ditandinginya tetapi sama ada beliau berjaya menangkis cubaan mengulingkan kepemimpinannya sekarang. Jika beliau mampu bertahan, beliau boleh memilih kerusi yang dihajatinya.

Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Simpang Renggam

Di mana Koh akan bertanding, bergantung sama ada beliau akan disingkirkan dari parti itu. Terdapat cubaan untuk menyingkirkan beliau. Gerakan Johor telah meminta beliau untuk bertanding di Simpang Renggam. Kubunya di Pulau Pinang sudah lama tumbang.

G Palanivel

Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Kapar, Kota Raja

Palanivel juga dalam keadaan yang sukar. Memandangkan tidak ada pemimpin tertinggi MIC yang memiliki sebarang kerusi di Selangor, meskipun negeri itu mempunyai sebahagian besar pengundi India, maka, beliau wajar bertanding di Selangor. Beliau dijangka tidak akan bertanding di Hulu Selangor tetapi dipercayai akan mencuba nasibnya di Subang, Kota Raja atau Kapar.

NONEKapar adalah kerusi yang besar dan memerlukan sumber dana yang banyak. Secara amnya, mana-mana tempat dkerusi yang dimiliki oleh PKR, lebih mudah dijadikan sasaran daripada kerusi yang dipegang oleh PAS. Subang pula tidak mudah untuk dirampas kerana ia mempunyai pengundi bandar yang lebih skeptikal.

James Chin:
Kemungkinan kerusi selamat - tidak ada

Palanivel mungkin popular di kalangan MIC, tetapi di luar parti, beliau tidak mempunyai banyak sokongan. Rekod beliau di Selangor juga menggecewakan. Kerusi yang akan ditandinginya akan bergantung kepada pergerakan pengundi dalam daftar pemilih.

khoo kay pengKhoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Hulu Selangor, Sungai Siput

Jika keadaan di Selangor baik, beliau akan kembali ke kerusi lamanya di Hulu Selangor. Tetapi saya tidak terlalu pasti jika ia langkah bijak bagi meminta penyandang kerusi itu meninggalkan kawasan berkenaan. Satu lagi tempat yang cukup simbolik adalah Sungai Siput, yang telah sekian lama dikaitkan dengan pusat kuasa MIC. Ini bukan soal menjauhkan dirinya dari bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu tetapi mengenai pusat kuasa.

NONEWalau bagaimanapun, saya tidak jangka Palanivel akan meninggalkan Selangor, yang secara tradisional telah bertanding disitu. BN juga tidak mahu melihat pemimpin mereka untuk melarikan diri dan bersembunyi di kawasan-kawasan yang selamat. Palanivel perlu membuktikan keyakinannya untuk menerajui.

M Kayveas

Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - tidak ada

kayveas hq pc 050609Berdasarkan pergolakan dalaman PPP, saya tidak fikir beliau akan diberi kerusi untuk bertanding. Di Perak, Umno pasti mahu mengambil semula Grik, dan Gerakan boleh mendapatkan Taiping. Bukan tujuan saya mengatakan bahawa Gerakan mempunyai peluang yang baik, tetapi peluang PPP merampas semula kerusi itu jauh lebih tipis.

James Chin:
Kemungkinan kerusi - tidak ada

PPP terus meminjam kerusi dari parti-parti lain. Jika mereka mahu bertanding, mereka terpaksa mencari pihak yang bersedia untuk 'meminjamkan' kerusi mereka kepada PPP.

Khoo Kay Peng:
Kemungkinan kerusi - tidak ada

najib and barisan nasionalSaya tidak lihat apa-apa faedah untuk BN memperuntukan kerusi untuk PPP. Pilihan raya ini akan sangat sukar untuk Kayveas. Sekalipun sekiranya PPP diberi kerusi, ia mungkin diserahkan kepada calon yang lebih muda.

KPI untuk Najib adalah mendapatkan majoriti tidak kurang daripada dua pertiga. Jika gagal, beliau pula dalam perjalanan keluar dari Seri Perdana. Mereka telah menetapkan satu precedent yang amat sukar, dan saya tidak nampak apa-apa ruang untuk Kayveas bagi bertanding.

Harakahdaily disoal polis isu Mat Indera

Posted: 13 Sep 2011 04:03 AM PDT

Jimadie Shah Othman
Polis menyoal siasat dua wartawan akhbar web PAS Harakahdaily berhubung penyiaran se buah laporannya mengenai tokoh kontroversi Mat Indera.

police quiz harakahdaily 13092011 editor azmi yusofPengarang Azmi Yusof (kiri) dan Pengarang Berita Mohd Nazri Abdullah disoal siasat dua pegawai polis berpangkat ASP dan sarjan daripada balai polis Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur.

Menurut Mohd Nazri, artikel yang disiasat disiarkan dalam web itu pada 5 September, berjudul "Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor".

Artikel itu antaranya mengulas buku keluaran Yayasan Warisan Johor (YWJ) Pengukir Nama Johor yang dipetik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi mempertahankan dakwaan bahawa Mat Indera wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong.

mat indera generic 060911Dalam artikel yang nama penulisnya tidak disebut itu, Mohd Nazri berkata, siasatan ditumpukan kepada dua perenggan dalam artikel itu berhubung petikan dari buku Pengukir Nama Johor dan dakwaan negatif terhadap polis Bukit Kepong.

Dalam perenggan ketujuh, Harakahdaily memetik tulisan di akhir biografi ringkas Mat Indera yang menyebut Mat Indera sewajarnya diabadikan sebagai pejuang, bukan petualang.

Kandungan buku yang dipetik Harakahdaily itu berbunyi:

"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara.

NONE"Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang."

Dalam perenggan terakhir pula, Harakahdaily melaporkan Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan di rumah pasung Bukit Kepong "tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina".

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas disoal siasat hampir sejam dari 11.40 pagi hingga 12.30 tengah hari di pejabat Harakahdaily di Kuala Lumpur, Mohd Nazri berkata, polis asalnya turut mahu merakamkan kenyataan Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong tetapi membatalkannya.

Mohd Nazri berkata, perkara itu mungkin disebabkan tiada keperluan berbuat demikian pada masa ini.

police quiz harakahdaily 13092011 news editor mohd nazri abdullah"Siasatan cuma hendak tahu siapa bertanggungjawab dapat berita ini, dari mana dapat cerita ini," katanya lagi.

Tambahnya, polis juga bertanyakan kepada mereka sama ada fakta tersebut ditokok tambah, direka-reka atau dibuat berdasarkan kesimpulan sendiri.

"Kami beri kerjasama dan pertahan laporan itu," katanya sambil memberitahu siasatan itu dibuat ekoran terdapat laporan polis dibuat terhadap artikel itu.

Tiada ulasan:

Pengikut