Selasa, 13 September 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Forum MAT INDERA Pejuang Atau Pengkhianat

Posted: 13 Sep 2011 12:28 AM PDT

MALAYAN UNION

Posted: 12 Sep 2011 11:08 PM PDT


Pelbagai masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini, antaranya kerana gagal menyelusuri dan memahami sejarah. Ada yang mempertikaikan institusi raja dan membangkitkan hak orang Melayu. Mengambil iktibar dari peristiwa lalu, jelas kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak keoada kekukuhan jati diri setiap warganya, kewibawaan pemimpin dan kedaulatan raja-raja.

Malah pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memerdeka dan membangunkan negara ini wajar dihargai dan dijadikan teladan oleh semua. Raja-raja Melayu pula berperanan sebagai penaung dan tonggak perpaduan bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan agama yang dianuti.

Dalam sekian lama mempertahankan hak dan kedaulatan orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu tidak sekali-kali mengenepikan hak kaum lain. Sebagai rakyat kita perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap raja kita.

Oleh itu marilah kita hayati pengajaran daripada peristiwa Malayan Union. Setelah tamat perang dunia kedua, British telah mentadbir semula Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera. Dalam pada itu, kerajaan British telah bersedia dengan satu sistem pentadbiran sivil yang mengejutkan seluruh rakyat Tanah Melayu iaitu Malayan Union.

Pentadbiran Malayan Union (1.4.1946 -1948), secara umumnya telah menukar taraf kedudukan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri naungan kepada negeri jajahan British. Kuasa pentadbiran Tanah Melayu terletak sepenuhnya kepada Gabenor British. Ini menyebabkan raja-raja Melayu bukan sahaja kehilangan kuasa melindungi rakyat negerinya malah turut kehilangan kuasa memerintah negeri masing-masing. Sebaliknya bidang kuasa baginda hanya dihadkan kepada hal-hal berkaitan adat resam dan agama Islam sahaja.

Malayan Union juga memperuntukkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura tanpa mengira bangsa termasuk juga pendatang yang telah tinggal melebihi 10 tahun. Warganegara Malayan Union juga akan memperoleh hak-hak yang sama termasuk penerimaan masuk ke dalam perkhidmatan awam.

Kuasa raja-raja Melayu dan persoalan kerakyatan di bawah Malayan Union ini telah membangkitkan kemarahan seluruh orang Melayu. Perasaan tidak puas hati ini mula tersebar luas. Suara-suara kritikan diluahkan dalam akhbar-akhbar Utusan Melayu, Majlis dan juga Warta Negara. Para cendekiawan dan pemikir menyuarakan keresahan dan melontarkan idea bagi membangkitkan semangat agar orang Melayu bersatu dalam menggalas masalah yang dihadapi secara lebih telus dan bersepadu.

Situasi ini akhirnya telah mencetuskan satu gelombang bersepadu antara suara rakyat dan pemerintah dalam menentang dasar Malayan Union. Kemunculan Malayan Union menyuntik kesedaran orang Melayu bahawa perjuangan besar untuk mendapatkan kembali maruah dan kedaulatan negara tidak mungkin tercapai dengan suara minoriti.

Menyedari hakikat ini, satu kongres yang menghimpunkan 41 buah persatuan Melayu seluruh negara diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor pada 1 hingga 4 Mac 1946. Kongres ini didokong dan digerakkan oleh Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Pengerusi Persekutuan Melayu Selangor, Dato Onn Jaafar, Yang Dipertua Pergerakan Melayu Semenanjung dan Dato Panglima Bukit Gantang, Yang Dipertua Ikatan Melayu Perak, bersama-sama pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu yang lain di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Kongres Melayu yang pertama ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor iaitu Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Dalam ucapan perasmiannya, baginda Sultan amat menyokong penuh penubuhan sebuah Persatuan Umat Melayu yang kuat di Tanah Melayu bagi menjamin kepentingan dan hak orang Melayu serta negara terus terpelihara. Kongres yang berlangsung selama empat hari tersebut telah membuat tiga ketetapan utama iaitu, penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), membantah penubuhan Malayan Union dan mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu.

Dengan ketetapan tersebut, akhirnya UMNO secara rasminya diisytiharkan penubuhannya pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor. Cogankata "Hidup Melayu" mendasari perjuangan UMNO pada ketika itu yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar. Apabila Tunku Abdul Rahman mengambil alih pucuk pimpinan UMNO, cogankata "Hidup Melayu" ditukar kepada "Merdeka". Berlandaskan cogankata ini, perjuangan UMNO diperhebatkan sehingga negara berjaya beroleh kemerdekaan.

Kejayaan tersebut adalah hasil permuafakatan dan sokongan padu seluruh rakyat kepada pemimpin dan Raja-raja Melayu. Rakyat mulai sedar, kita tidak boleh selamanya berada di bawah telunjuk penjajah. Fenomena ini merupakan satu kejutan besar kepada pihak British yang sentiasa beranggapan bahawa orang-orang Melayu adalah bangsa yang lemah dan pasif dalam mengendalikan keperluan serta kepentingan masyarakat mereka sendiri.

Rentetan peristiwa sejarah negara ini amat penting difahami dan dihayati oleh semua rakyat negara ini, tanpa mengira lapisan masyarakat dan batas kaum. Malayan Union walaupun singkat usianya, meninggalkan impak yang amat hebat dan ia merupakan satu pengajaran yang amat berharga buat kita semua sebagai generasi pewaris.

Satu perkara menarik yang perlu diketahui umum, kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu tidak langsung bergantung kepada kekuatan bala tentera atau jumlah senjata yang digunakan. Tidak juga melalui sebarang pertempuran atau keganasan. Sebaliknya, penentangan yang diajukan adalah melalui pergabungan kuat suara rakyat serta pemimpin yang dipayungi Raja-raja Melayu. Penyatuan suara ini juga amat unik sehingga dapat merungkai segala percaturan dan rancangan rapi yang disusun oleh pihak British.

Jalinan erat kerjasama antara rakyat, pemimpin dan raja ibarat selirat akar di umbi. Teguh akar dan umbi, maka teguhlah pokoknya.Cetusan semangat dan inspirasi dari Malayan Union perlu diambil dan disemat sentiasa dalam jiwa setiap rakyat ketika mengharungi apa jua kemelut dan keadaan. Ketelusan, kebijaksanaan dan kewibawaan pemimpin pula akan membawa rakyat dan negara ke arah kemajuan yang seimbang, kemakmuran dan kesejahteraan.

Hakikat yang perlu kita fahami ialah institusi raja yang diwarisi secara tradisi sejak dari dahulu ini sesungguhnya amat penting buat kita semua dan wajar untuk ia dipertahankan bersama. Jika hilang tradisi ini, maka hilanglah tonggak warisan negara. Dan hilangnya juga tidak akan berganti lagi.

sumber : www.arkib.gov.my

Tidak dijajah: PAS cabar Umno nyata pendirian

Posted: 12 Sep 2011 11:04 PM PDT

Dua "kling juling sejarah"

Posted: 12 Sep 2011 10:54 PM PDT


Yang ini "Kling yang pertama juling sejarah".... Kata Prof Datuk Dr Zainal Kling; Tanah Melayu tidak pernah terjajah. Hanya dilindungi dan dinaungi oleh British.

Yang ini "kling kedua yang menyokong kling pertama "... dia sokong mungkin sebab dia pun "kling gamaknya....kah kah kah buat malu "mamak kling" saja..
KOTA BHARU, 13 Sept: Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar membuat tanggapan. bahawa Mohamad Sabu muncul sebagai penilai sejarah baru, bila mana sebelum ini kita hanya melihat melalui satu teropong sahaja.

Kenyataan dibuat apabila Majlis Profesor Negara menyebutkan kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi British disifatkan tokoh sejarah dari Universiti Malaya sebagai 'juling sejarah'.
"Bukan sejarahwan sebenarnya kalau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya tidak faham mengapa boleh berlaku begitu," kata Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar.

Menurutnya sejarah kalau tidak dinilai semula hanya akan diboloti pihak-pihak tertentu sahaja.

"Saya masih ingat kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail meminta dinilai golongan kiri yang turut berjuang menuntut kemerdekaan," katanya pada forum rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV malam tadi.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Forum berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga bertindak sebagai panelis pada forum tersebut. Sebelum itu perasmian dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Zainal Kling menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi Inggeris. Pandangan itu ditolak pelbagai pihak sehingga menjejaskan kewibawaan Majlis Profesor Negara yang baru ditubuh kerajaan.

Dr Mohamad berpengalaman selama 21 tahun sebagai profesor sejarah di UM berkata, tujuan mengkaji sejarah mempunyai dua makna iaitu untuk mengetahui peritiwa yang berlaku. Dan keduanya menceduk pengetahuan tentang peristiwa tersebut. Kata beliau sejarah hanya sahih sehingga ada penemuan bahan-bahan baru. Ini bermakna sejarah boleh berubah.

"Sebagai contoh sejarah Tembok Besar China diberi versi baru sekarang apabila ada kajian menyebut ribuan rakyat terkorban semasa membina tembok tersebut. "Ini bermakna Tembok Besar China sedang 'bertutur' dengan penderitaan rakyat," ujarnya.

Oleh itu beliau membuat tanggapan Mohamad Sabu muncul sebagai penilai sejarah baru, bila mana sebelum ini kita hanya melihat melalui satu teropong sahaja. Sebab itulah kata beliau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan sejarah yang diajar di sekolah ada yang tidak betul.

"Permulaan isu ada penjernihan akhirnya. Kebatilan pasti luput apabila timbul kebenaran. Dan kebenaran sekarang mulai muncul sedikit demi sedikit," ujarnya.

Beliau menyimpulkan sejarah merupakan sesuatu catatan tentang perkara yang lojik dan masuk akal.

Beberapa kenderaan disembur cat hijau

Sementara itu, orang ramai yang hadir pada forum berkenaan dikejutkan dengan kejadian beberapa kenderaan disembur cat hijau oleh pihak tertentu.

Mohd Nasir Ismail, 45 dari Pasir Mas berkata, keretanya jenis Ulser Toyota yang di parkir berhampiran Gelanggang Seni disembur cat hijau. Katanya, banyak lagi kenderaan milik orang lain yang diletak di situ menerima nasib yang sama.

"Ketika saya datang ke tempat kereta semasa hendak pulang saya lihat ada anggota polis di kawasan berhampiran, namun dia tidak menanyakan apa yang berlaku.

"Saya yakin pihak yang melakukan perbuatan khianat itu berani kerana kemungkinan besar mereka dilindungi kuasa politik.

"Kita boleh lihat sendiri apabila kes aktivis Gerakan Bertindak Kembali Royalti Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali yang ditampar veteran Umno beberapa bulan lalu tidak diambil sebarang tindakan biar pun laporan polis sudah dibuat," ujarnya.

Turut menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut kereta milik seorang wartawan tempatan. Difahamkan beliau sudah membuat laporan polis pagi ini.

Siapa Berani Ambil Tindakan Terhadap 6 Individu Ini...?

Posted: 12 Sep 2011 10:50 PM PDT

Suruhanjaya itu juga mencadangkan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Eusoff, Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli perniagaan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa hasil laporan suruhanjaya diraja siasatan berkaitan klip video kontroversial V.K. Lingam tidak boleh disemak balik memandangkan anggota inkuiri hanya mengemukakan penemuan, bukannya satu keputusan.
Peguam Datuk V.K. Lingam mahukan Mahkamah Rayuan mengkaji semula penemuan suruhanjaya itu bahawa beliau telah melakukan jenayah salah salah, yang menurutnya ia satu serangan serius ke atas reputasi beliau dan telah berhadapan dengan kesan yang buruk.
Hakim Raus Sharif memutuskan bahawa Lingam dan dua bekas ketua hakim negara tidak berhadapan dengan kesan teruk ekoran penemuan suruhanjaya itu.
Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinudin mempengerusikan panel tiga hakim. Raus merupakan Presiden Mahkamah Rayuan dan seorang lagi ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embong.
Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan ia akan membuat pendirian sama ada keputusan inkuiri suruhanjaya diraja boleh disemak atau tidak.
Ini berikutan langkahnya membenarkan inkuiri suruhanjaya diraja merayu keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Lingam dan dua bekas ketua hakim berhak mencabar perintah suruhanjaya itu berhubung satu klip video kontroversi yang mengaitkan peguam berkenaan dengan pelantikan hakim.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, membuat keputusan sebulat suara bahawa isu undang-undang yang dibangkitkan suruhanjaya tersebut merupakan sesuatu yang baru dan berkepentingan awam.
Pada 24 Ogos 2010, Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan majoriti 2-1, membenarkan rayuan Lingam, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan mereka membuat semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya itu.
Berikutan keputusan itu, kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pendengaran merit permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga individu.
Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel suruhanjaya itu merumuskan bahawa klip video tersebut adalah tulen, dan Lingam merupakan individu yang berbual dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim.
Suruhanjaya itu juga mencadangkan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Eusoff, Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli perniagaan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.
Ia turut memutuskan bahawa terdapat bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Zainal Kling: Malaya tak pernah dijajah

Posted: 12 Sep 2011 10:48 PM PDT



Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

Akta Kemerdekaan Tanah Melayu 1957, bukti jelas negara dijajah

Posted: 12 Sep 2011 10:45 PM PDT



Dua dokumen yang tertera di atas adalah salinan asal yang membuktikan bahawa Tanah Melayu sememangnya pernah dijajah British hingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dikeluarkan genap sebulan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan ini menyatakan bahawa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah tertakluk kepada akta ini yang dipersetujui bersama antara Baginda Ratu Elizabeth I dengan barisan pemerintah tempatan yang selepas itu dinamakan Perikatan.

Akta ini menyatakan bahawa Ratu Elizabeth I berkenan melepaskan tanggungjawab pemerintahan Tanah Melayu dan Singapura kepada pemimpin tempatan dengan syarat kemerdekaan yang diberikan adalah tertakluk kepada budi bicara Ratu dalam satu pertubuhan yang dinamakan Persekutuan Komanwel.

Negara Komanwel ini adalah satu organisasi khas yang ditubuhkan Kerajaan British ke atas bekas-bekas tanah jajahan yang pernah diperintahnya.

Dokumen ini juga menjelaskan bahawa hanya Ratu Elizabeth I sahaja yang berhak memutuskan bilakah Tanah Melayu dan juga negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) boleh membentuk sebuah Persekutuan Tanah Melayu secara mutlak.

Ternyata dengan pendedahan dokumen ini sekaligus membuktikan bahawa Zainal Kling dan suku sakatnya termasuk Mahathir yang mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah adalah DUSTA semata-mata.

Isu dijajah: Umno dan penyokong dibayangi sindrom penafian, kata pakar

Posted: 12 Sep 2011 10:38 PM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Sept ─ Umno dan penyokongnya berada dalam sindrom penafian apabila mengetepikan kenyataan sendiri bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh kuasa asing termasuk British, kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari.

Merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri semalam, Aziz berkata, "tapi apa yang berlaku beberapa hari ini menunjukkan Umno dan juak-juak mereka tidak berprinsip; mereka berdolak-dalik. Sekejap begitu, sekejap begini."

"Semua orang Umno dan para penyokong mereka benar-benar dalam sindrom penafian. Nafi kenyataan dan nafi apa yang mereka sendiri pernah katakan," kata beliau.


Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah "kita dijajah."

"Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

"Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah," kata beliau.

"Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan," kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru sementara menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, "fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British)."

"Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," kata beliau.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

Penelitian ucapan beberapa perdana menteri dan juga tulisan mereka menunjukkan negara ini dijajah oleh British dan beberapa kuasa Eropah yang lain.

Antara lain, dalam ucapan ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj antara lain berkata, "... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britai; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh..."

Memoir terbaru Dr Mahathir berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.

Maklumat yang diperoleh dari laman web pertubuhan Komanwel pula menyebut, "menerusi siri perjanjian antara 1983 dan 1930, pentadbir-pentadbir kolonial British menguasai hal ehwal luar sembilan kesultanan Melayu di Semenanjung.

In 1896 the Federated Malay Sates (Selangor, Negeri Sembilan, Perak and Pahang) came into existence, with Kuala Lumpur as the capital. The sultanates of northern Borneo ─ Brunei, Sabah and Sarawak ─ also became British protectorates.

Laman itu juga menyebut, "reaksi ke atas pemerintahan kolonial bermula awa abad ke-20."

Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 juga menyebut soal British dan penjajahan.

Kata Dr Mahathir, "sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British."

"Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

"Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali," kata bekas perdana menteru keempat ini.

Dalam ucapannya itu, beliau juga dipetik berkata, "Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan. Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat."

Mengulas lanjut, kata Aziz, "dalam isu ini yang jadi punca Umno melatah dan defensif ialah (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu) Mat Sabu."

"Sedangkan isu pokok yang Mat Sabu timbulkan ialah soal sambutan kemerdekaan yang sudah jadi sambutan Umno dan bukan sambutan nasional, rakyat.

"Umno terjerat dan tak boleh jawab, dan buat isu lain seperti Mat Sabu sokong komunis dan lain-lain," kata beliau sambil menambah, dalam proses penafian itu Umno tergamak menuduh Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera sebagai komunis tanpa bukti.

Kemunculan Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 menjadi isu apabila nama itu dibangkitkan oleh Mohamad dalam ucapannya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Tiada ulasan:

Pengikut