Pakatan Rakyat |
Posted: 11 Sep 2011 03:23 PM PDT Aku kira, usaha mempertemukan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan Amy Search dahulu cukup memberi kesan sokongan sebilangan besar artis kepada PAS. Rentetan itu juga, dunia dakwah di Malaysia kini sudah mengenali orang bernama Bob Luqman, yang merupakan penulis lirik lagu Isabella yang cukup masyhur dalam akhir 80 an dan awal 90 an dahulu. Tanpa kita nafikan, di era ini, fenomena banyak artis mahukan kepada Islam berlaku. apakah disebabkan perkembangan ini terpengaruh dari Negara seberang, iaitu Indonesia, itu tidak dapat dipastikan hakikatnya. Keberadaan Ustaz Akhil Hay yang merupakan artis rockers yang bertukar dengan imej dakwah juga tidak boleh dinafikan kesan kepada kedekatan kebanyakan artis kepada Islam dalam Negara ini. Ia merupakan satu perkara yang cukup membanggakan kita dalam usaha dakwah di Malaysia. Pada pertemuan dalam forum bersama blogger dan facebooker anjuran kerajaan Negeri Kelantan, kita dapati ada seorang artis yang agak masyhur juga hadir. Tanpa merasakan takut dan segan kepada masa depan dunia artis, beliau tetap mengadirkan diri, waima program itu adalah anjuran kerajaan Kelantan pimpinan PAS. Artis yang aku maksudkan adalah Saudara Mustafa Kamal. Yang pada hari itu baru aku tahu bahawa beliau adalah orang Kelantan. Kehadiran beliau itu, menyebabkan aku terfikir bahawa fenomena artis mula menyatakan sokongan mereka kepada PAS secara terbuka sedang berlaku. mungkin kerana mereka sudah dapat menilai antara keburukan UMNO dan kebaikan PAS. Ada kawan menyatakan pandangan bahawa fenomena ini bermula apabila ada usaha yang dilakukan oleh sebilangan pihak untuk pertemukan antara Amy Search dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Jika benar pandangan itu, alangkah baiknya jika Tuan Guru Nik Abdul Aziz dapat bertemu dengan ramai lagi artis-artis yang masyhur untuk berlaku satu fenomena lebih besar dari ini, iaitu kejatuhan kerajaan BN dari tampuk pemerinatah Putrajaya. Sekian Wallahu 'Alam | ||||
Posted: 11 Sep 2011 03:14 PM PDT | Posted: 11 Sep 2011 11:02 AM PDT KUALA LUMPUR: "Apa juga alasan, sama ada kesunyian, diabaikan suami atau kurang kasih sayang, ia bukan sebab yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang di belakang suami. "Namun bila perkara ini terjadi, seorang isteri harus meminta maaf daripada suaminya dan bertaubat bersungguh-sungguh meminta keampunan daripada Allah SWT. "Jangan pandang mudah perkara ini. Apabila seorang isteri melangkaui batasnya, dia menggadaikan maruahnya, suami dan keluarga. Jadi, wanita yang berbuat sedemikian harus segera bertaubat," kata Naib Presiden Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, (JIM) Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj. Menurut Harlina, menjadi lumrah ada manusia tidak cukup dengan satu pasangan, namun ia bukan faktor mengapa seseorang itu harus berlaku curang terhadap pasangan. "Lelaki dan perempuan sama saja. Masing-masing tidak puas dengan pasangan mereka, lebih-lebih lagi apabila berlaku masalah rumah tangga. "Bagaimanapun, jika sesuatu masalah terjadi seperti diabaikan suami dan tidak diberi kasih sayang yang sepatutnya, seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar. "Dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga, antaranya mengadakan perbincangan suami isteri dan kaunseling. Malah, kita ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah," katanya. Harlina berkata, pengetahuan dalam bidang agama sangat penting bagi membentuk diri dan keluarga, oleh itu apabila agama diketepikan, masalah sebegini pasti muncul. "Mengikut sunnah nabi, seorang lelaki harus mencari wanita yang tahu agamanya. Jika tidak, masalah ini antara yang terjadi apabila wanita itu tidak mengetahui batasnya. "Dalam apa juga perkara, agama harus menjadi pandu arah setiap insan. Jika agama dipandang ringan, kehidupan seseorang itu pasti terkeluar daripada landasan sebenar," katanya. | AMAH POTONG ALAT SULIT MAJIKAN Posted: 10 Sep 2011 09:00 PM PDT Menurut berita Agensi yang dipetik dari sumber berita tempatan, melaporkan seorang pembantu rumah warga Bangladesh dituduh memotong alat sulit majikannya dan membuangnya ke dalam tong sampah. Wanita berusia 26 tahun itu menangis semasa pendakwaan dibuat di sebuah mahkamah di Dubai semalam. Berdasarkan pendakwaan, wanita itu dituduh menyebabkan 40 peratus kecacatan kekal terhadap majikannya yang berusia 77 tahun selepas dia memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau pencukur. Kejadian itu berlaku apabila majikannya mengarahkan suspek mengurut kemaluannya. Ketika jurubahasa mahkamah menterjemahkan pertuduhan terhadapnya, suspek menangis. Dia menafikan melakukan perbuatan itu dan meminta supaya dihantar pulang ke negara asalnya. Walau bagaimanapun, ketika disoal, suspek mengaku mengambil pisau cukur dari almari berhampiran dan memotong alat sulit majikannya selepas lelaki itu menyuruhnya mengurut anunya. "Dua hari sebelum saya ditahan, majikan merogol saya. Saya tidak dapat membela diri kerana dia mengancam untuk mengusir saya dari kediamannya. Keesokan harinya dia memperkosa saya sekali lagi. "Pada hari kejadian, dia meminta saya mengurut alat sulitnya. Saya nampak pisau cukur di atas almari. Saya terus mengambil pisau cukur itu tanpa pengetahuannya. Saya kemudian mengurut alat sulitnya sebentar. "Kemudian apabila mendapat peluang, saya mengerat alat sulitnya lalu alat sulitnya jatuh ke lantai. Saya memungut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Saya kemudian keluar dari biliknya dan bersembunyi di bilik lain," katanya. Sementara itu, anak lelaki mangsa, dalam keterangannya berkata, dia terkejut mendengar bapanya menjerit kesakitan. "Saya berlari keluar dari bilik dan melihat bapa duduk di kerusi dan bahagian bawah tubuhnya berlumuran darah. "Ketika saya tanya apa yang berlaku, dia berkata, pembantu rumah mengerat alat sulitnya. Saya kemudian menghalang suspek daripada melarikan diri. "Saya menghubungi polis dan bapa dibawa ke hospital dengan ambulans." Laporan forensik polis Dubai menolak kemungkinan wanita itu menjadi mangsa serangan seksual sebelum kejadian berlaku. - DCM | Posted: 10 Sep 2011 06:00 PM PDT | Posted: 10 Sep 2011 03:00 PM PDT Adik Mat Indera, Johan Shah Indera dilaporkan gagal dihubungi sejak isu Mat Indera diperbesarkan media arus perdana. Rumahnya di Yong Penang kelihatan senyap dan sepi sejak beberapa hari lepas Yang Dipertua Pas kawasan Ayer Hitam, Husin Sujak, berkata:"Kita tak tahulah ke mana beliau pergi. Mungkin kerana mahu elak dari liputan media." Terdahulu, aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard bertemu Johan dalam program 'Menjejak Mat Indera' diiringi Husin Sujak, 3 September lalu. Johan adalah ahli keluarga Mat Indera yang pertama muncul di media dengan liputan pertemuan dimuatkan di blog dan portal politik dan mendapat reaksi hangat. Namun, laporan media arus perdana pada minggu berikutnya menyelar peranan Mat Indera dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Malah, Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera sebagai pengganas. Sehingga ini, usaha untuk menghubungi Johan Shah Indera, 68, yang merupakan bekas kakitangan Majlis Daerah Yong Peng gagal. Johan Shah Indera adalah anak bongsu dari 6 orang adik beradik, seibu sebapa dengan abangnya Muhammad Indera. Beliau pernah dibuang daerah ke Singapura bersama bapa, ibu tiri dan neneknya ke Singapura pada 1950 hingga 1954. Dalam pada, itu abang tirinya, Bahrom Shah Indera ketika dihubungi Keadilandaily memberitahu, adiknya kini mungkin sedang 'bersembunyi'. "Mungkin dia nak elak dari gangguan, kita tak tahu. Tapi saya yakin dia selamat dan akan pulang ke rumah," kata Bahrom yang sebelum ini tampil pada sidang media di ibu pejabat Pas pusat menuntut kerajaan membersihkan nama abangnya. (Keadilandaily) |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
2 ulasan:
Throughout trying to safeguard consumers, legislations makers for instance Bonamici have competed an integral function in cracking down on these types of unfair financial practices [url=http://www.vsxbu.co.uk/]short term loans[/url] http://www.1dayshorttermloans.co.uk/ This could be an incredible short term alternative until a job is found that helps pay in which loan down http://www.1dayshorttermloans.co.uk/
Loans usually are taken any time personal finances fall short to fund required needs uk business angels association Desire accrued make your best effort, but because balance seemed to be becoming less it made it easier for motivate my family to pay my personal loans off of quicker
Catat Ulasan