Ahad, 11 September 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Sibuk Bukit Kepong, jalan Port Dickson dah siap ke?

Posted: 11 Sep 2011 06:23 AM PDT


Sedang rakyat sibuk membahaskan peristiwa Bukit Kepong, kesian rakyat di Negeri Sembilan, khususnya yang menggunakan jalan Port Dickson sepanjang Pasir Panjang ke Linggi. Tak siap-siap jalan ni dari tahun 2005. Dah 6 tahun tu. Syarikat mana yang dapat tender untuk sambung semula projek ni? Kalau dulu kos cuma RM118 juta, kini kosnya dah sampai RM 200 juta.

Adakah syarikat yang sama Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd. telah disenarai hitamkan? Mungkin Dato Sri Ram Sarma boleh komen?

************************
JALAN PASIR PANJANG-LINGGI SIAP 6 BULAN LAGI

TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm

JAWAPAN JAWAB LISAN, ISU LEBUH RAYA SEREMBAN PORT DICKSON
21 October 2010

Merujuk kepada jawap pada soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan isu pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala menunjukkan terdapat pertambahan harga yang tidak kurang dari RM200juta serta pembinaan tersebut apa selesai pada pertengahan 2012.

Peningkatan harga dan juga kelewatan untuk menyiapkan projek tersebut adalah kerana kementerian terbabit gagal menjalankan penelitian dalam setiap pemilihan kontraktor yang ingin menjalan kerja-kerja tersebut.

1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009
http://telokkemang.blogspot.com/2010/10/jawapan-jawab-lisan-isu-lebuh-raya.html

Isnin, 12 April 2010
BAKAR GERAN RUMAH PROTES PROJEK LEBARKAN JALAN

TELUK KEMANG 10 April - Geram dan kecewa dengan masalah yang timbul berikutan kelewatan projek pelebaran Jalan Pasir Panjang-Linggi dekat sini, menyebabkan beberapa penduduk bertindak membakar geran asal rumah mereka, hari ini.

Tindakan itu merupakan tanda protes penduduk yang sudah bosan dengan kemelut yang dihadapi termasuklah terpaksa berhadapan banjir lumpur, debu dan risiko kemalangan jalan raya.
http://gajahputihn9.blogspot.com/2010/04/bakar-geran-rumah-protes-projek.html


PORT DICKSON MENJADI MANGSA PROJEK RUNDING TERUS
Thursday, November 26, 2009

Contohnya projek membina jalan baru dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Jalan Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi telah dimulakan sejak 14 Febuari 2005 dan sepatutnya siap mengikut kontrak pada 12 Ogos 2007.

Projek ini telah dilaksanakan secara RUNDING TERUS, REKA DAN BINA dan dianugerahkan kepada Kontraktornya, Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd. Setelah gagal menyiapkan projek pada 12 Ogos 2007 seperti syarat kontrak, kerajaan telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan menunda tarikh siap projek (tanpa denda) ke Disember 2009.
http://chegubard.blogspot.com/2009/11/pd-menjadi-mangsa-projek-runding-terus.html

HARTAJAYA (M) SDN. BHD.
E-Mail srsgroup@tm.net.my
Contact Persons SRI RAM SARMA DATO'
http://www.maicci.org.my/directory/view.php?id=337&keepThis=true&TB_iframe=true&height=450&width=575

Maklumat Syarikat: HARTAJAYA (M) SDN. BHD.
CIDB : i) No Pendafataran : 1960906-SL005270
PKK : i) No Pendafataran : 1006 A 2005 0120
ii) Kelas : A
ROC : 155443X
Maklumat Ahli Lembaga Pengarah:
1. MAZWIN BINTI BAHARUDDIN
2. SRI RAM A/L MS SARMA
3. SUHUT BIN MD SALIH
http://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=32735

Company Name: AMR Jeli Sdn. Bhd. (321666H)
Address: 38-2, Lorong Haruan 5/2 Oakland Commerce Square, 70300, Seremban
Contact Person: Nadzri bin Juda (Executive Director)
http://smpkk.kkr.gov.my/subpkk/msInfo/admin/senaraihitam.php

Tiada ulasan:

Pengikut