Rabu, 10 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Khairy Jamaluddin

Posted: 10 Aug 2011 01:41 AM PDT

Khairy Jamaluddin


Murtad

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) amat kecewa dengan Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja dilihat lesu malahan kaku dalam tindakannya menangani isu serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Murtad

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) amat kecewa dengan Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja dilihat lesu malahan kaku dalam tindakannya menangani isu serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 09 Aug 2011 11:47 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


Tiada Rampasan Tanah di Kota Belud, kata Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 09 Aug 2011 08:37 AM PDT



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan, menyangkal dakwaan kononnya beliau terbabit dalam perebutan tanah adat di kawasannya.


Ada penduduk Kampung Rampayan Ulu menuduh Rahman "menggadai" 1,200 ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada syarikat swasta selepas berjanji membantu mereka menyelesaikan isu berkenaan.


Tanah berkenaan merangkumi kawasan pantai yang akan menjadi lokasi perancangan membina hotel bertaraf lima bintang syarikat terbabit sebagai sebahagian daripada projek pelancongan.


Menurut Rahman, awalnya syarikat itu mahu melaksanakan projek terbabit di Tuaran, berikutan jaraknya yang lebih hampir dengan Kota Kinabalu.


Bagaimanapun, kerajaan negeri Sabah mengarahkan pembangunan itu dilaksanakan di Kota Belud sebagai usaha melonjakkan ekonomi daerah tersebut.


Rahman berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perancangan itu sehingga dimaklumkan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Musa Hj Aman.



"Kota Belud adalah daerah yang masih miskin, mundur dan dahagakan pembangunan, jadi sudah tentu saya gembira kerana projek berkenaan dipindahkan ke sini," katanya kepada FMT.


"Bukan mudah untuk projek pembangunan dibawa di Kota Belud dan yang ini tiba bagaikan bulan jatuh ke riba."


Syarikat berkenaan, bagaimanapun, mempunyai pandangan berbeza kerana perjalanan ke Kota Belud dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira dua jam. Bagaimanapun, selepas menyelidik kawasan yang dikatakan itu, pemajunya berpendapat pantai di Rampayan akan menjadi lokasi utama kerana ia tidak diduduki dan berhampiran dengan jalan utama.


"Saya membincangkan lokasi pilihan itu dengan Wakil Rakyat kawasan Tempasuk kerana tanah adalah urusan negeri," katanya. "Semuanya bersetuju, maka langkah berikutnya ialah mengesahkan pemilikan tanah dengan Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC)."


"Keluasan tanah yang terbabit ialah 853 ekar dan bukan 1,200 ekar seperti dilaporkan. Bagaimanapun, ia masih bersaiz besar dan pihak yang berkuasa meluluskan penggunaannya hanyalah Kabinet Negeri."


Rahman masih mengingati dua mesyuara LUC pada (2010). Dalam mesyuarat pertama, Jawatankuasa Penggunaan Tanah dimaklumkan beberapa individu ada memohon untuk mendapatkan hakmilik ke atas tanah terbabit.


Dalam mesyuarat kedua, Jabatan Tanah dan Ukur mengesahkan tiada permohonan yang telah diluluskan. Dalam erti kata lain, pantai Rampayan masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
"Di akhir mesyuarat itu, status tanah berkenaan adalah jelas dan isu NCR langsung tidak dibangkitkan oleh semua ahli mesyuarat (termasuk Jabatan Tanah Kota Belud). Tahu-tahu selepas itu, masyarakat setempat memprotes dan mendakwa tanah warisan mereka dirampas," katanya.


TANAH BELUM DILULUSKAN


Tiga bulan lalu, satu mesyuarat diadakan antara Rahman, Adun Tempasuk Musbah Jamli, Jawatankuasa Bertindak Tanah Warisan Kg Rampayan dan Pegawai Daerah.


Ia berakhir dengan pegawai daerah menasihatkan Jawatankuasa Bertindak supaya membuat aduan bertulis berserta bukti (dan hujah mereka) kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.


"Mereka belum mengemukakan dokumen yang membuktikan ia adalah tanah NCR dan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri tidak boleh bertindak berdasarkan tuntutan lisan semata-mata," kata Rahman. "Justeru, kami menemui mereka membincangkan penyertaan penduduk dalam pembangunan jika (kerajaan negeri) mahu projek itu diteruskan."


"Jawatankuasa Bertindak memberi beberapa cadangan dan bersetuju untuk kembali dengan senarai lebih teratur tetapi sehingga sekarang kami belum mendengar khabar berita daripada mereka sejak itu."


Rahman turut menafikan dakwaan penduduk tertentu kononnya beliau menipu mereka dengan menulis surat sokongan bagi projek itu dan menyaksikan persetujuan pelan pembangunan pada Ogos 2010.


"Saya memberi surat itu sebelum mesyuarat LUC pertama lagi dan ia adalah surat yang biasa saya buat untuk banyak permohonan projek-projek lain. (Tambahan pulak, saya dimaklumkan sebelum surat itu diberi bahawa kerajaan negeri menyokong permohonan itu)" jelasnya. "Mungkin mereka baru mendapat tahu mengenai surat itu dan mengandaikan saya menikam mereka dari belakang."


"Apa yang lebih penting, tanah itu belum diluluskan oleh kabinet negeri untuk pembangunan berikutan pertikaian berhubung isu NCR."


Rahman menekankan beliau dan wakil-wakil rakyat yang lain memeriksa status tanah itu berkali-kali bagi memastikan ia bukan tanah NCR, malah menegaskan beliau sendiri akan menentang projek pembangunan itu jika ia adalah tanah NCR.


"Saya tidak mahu menipu penduduk," katanya. "Tiada apa perlu saya sembunyikan dan saya tidak rugi apa-apa jika projek pembangunan ini dibatalkan."


"Saya menghormati mana-mana tanah NCR dan begitu juga kerajaan negeri tetapi buat masa sekarang, pendaftar tanah menunjukkan kawasan itu adalah milik kerajaan negeri - baik dari segi undang-undang mahu pun status rasmi."


Rahman mengakui permintaan penduduk terbabit yang mahu tanah itu dibahagikan di kalangan mereka tetapi persoalannya ialah pulangan ekonomi terhadap daerah itu secara menyeluruh.
"Kita ada juga penduduk sekitar disitu yang mengalu-alukan peluang pekerjaan susulan pembangunan ini," katanya.


"Oleh itu, dilema saya (dan wakil-wakil rakyat yang lain) ialah antara mengutamakan kehendak yang membangkang berbanding keperluan kelompok yang lebih besar. Apa pun, kita perlu membina kekuatan ekonomi Kota Belud dan kekuatan itu ialah sektor pelancongan dan pertanian."


......


Nota dari saya:
Artikel di atas adalah Petikan temuramah saya oleh Free Malaysia Today.


Pada saat ini pendirian saya ialah pertikaian mengenai status tanah tersebut perlu diselesaikan sebelum projek itu berjalan. Pandangan penduduk kampung yang terlibat akan didengar dan diperhalusi.


Saya masih menunggu respon dari kerajaan mengenai isu ini.


Semoga ada penyelesaian menag-menang dimana orang kampung mendapat tanah dan pada masa yang sama projek pembangunan Kota Belud dapat diteruskan demi kepentingan keseluruhan rakyat di Kota Belud.


Insyaallah. 



PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 09 Aug 2011 03:21 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


TS MUHYIDDIN BERBUKA PUASA BERSAMA 1,000 TETAMU DI SRI SATRIA

Posted: 09 Aug 2011 07:53 AM PDT

PUTRAJAYA, 9 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin berbuka puasa bersama lebih 1,000 warga Kementerian Pelajaran di kediaman
rasminya di Sri Satria di sini hari ini.Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, kedua-dua

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Dr Wee Ka Siong serta
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud.
Majlis berbuka puasa itu dimulakan dengan tazkirah, diikuti solat Maghrib.
Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan
sumbangan kepada 81 kanak-kanak di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.
Mereka terdiri daripada 41 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat serta
masing-masing 20 pelajar SK Dengkil dan SK Merab Luar.
Timbalan Perdana Menteri turut menunaikan solat Isyak diikuti solat sunat Tarawih bersama para tetamu.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 09 Aug 2011 11:50 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Hentikan Politik Di Kampus, Titah Sultan Selangor

Posted: 08 Aug 2011 09:06 PM PDT

KUALA SELANGOR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin menitahkan supaya politik kepartian tidak dicampur adukkan dalam pengajaran di Universiti Selangor (UNISEL) demi masa depan pelajar institusi itu. Para profesor dan pensyarah perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas mereka … Continue reading

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 09 Aug 2011 09:19 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Antara Mendengar Penjelasan Dengan Taksub Membuta Tuli

Posted: 09 Aug 2011 07:05 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 09 Aug 2011 07:58 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!


Murtad Satu Hal, Pakai Kopiah Tapi Sokong Murtad Satu Hal Lain

Posted: 09 Aug 2011 05:51 AM PDT

Lepas satu satu yang terbongkar tentang kisah gereja haram di Damansara DUMC. Dikatakan haram sebab pembinaan gereja tersebut tidak mendapat kelulusan Majlis, yang diluluskan adalah dewan komuniti, bukannya gereja.

Tapi kita tak minat nak sentuh isu itu sangat, dengan separuh dari Exco Selangor dikuasai puak kristian dan Exco Islam yang ada pun (tolak 1) jenis menurut saja tanpa membantah, kelulusan untuk menukar sebuah pusat komuniti kepada sebuah gereja bukanlah satu masalah.

Yang lebih penting kesalahan yang berlaku dalam gereja tersebut pada hari kejadian.

Kesalahan yang berlaku dalam gereja haram DUMC bukannya perkara kecil tapi perkara besar. Kesalahan yang cuba dilanggar dalam gereja tersebut bukan undang-undang biasa tapi PERLEMBAGAAN.
Apa yang lebih besar dari itu dalam konteks sebuah negara?

Kalau ikutkan darjah kesalahan, apa 'class' JAIS yang datang serbu? Sepatutnya dalam isu sebesar ini pasukan khas polis seperti UTK atau VAT69 yang patut serbu gereja tersebut, kalau tidak komando darat, laut dan udara. Lepas serbu gereja, serbu pulak pejabat PAS Shah Alam.

Sebab apa?

Sebab yang nak murtadkan orang Islam ada dalam gereja, yang menyokong cubaan memurtadkan orang Islam ada di pejabat PAS Shah Alam. Dan kalau diikutkan, yang di dalam pejabat PAS Shah Alam tu lebih bahaya sebab mereka adalah orang yang sama-sama keluar masuk masjid, sembahyang macam kita semua. Atau lebih mudah faham, musuh dalam selimut.

Senada dengan gereja, PAS dakwa itu majlis makan malam. Walhal dengan segala aturcara, program yang diadakan (rujuk gambar), makan malam apa macam tu?

Jelas sangat PAS sokong cubaan nak memurtadkan orang Islam dalam gereja DUMC sebab tak sempat menunggu mana-mana pihak bagi penjelasan, JAIS baik, Hassan Ali baik, polis baik, mereka dah memihak kepada pihak gereja. Khalid Ibrahim lagi best, siap mintak maaf dengan pastor gereja tersebut dan kutuk JAIS dalam masa yang sama kerana konon 'serbu' gereja tersebut.

Yang dikatakan serbu itu pun bukan serbu pun. Lapuran dari medan mengatakan pegawai JAIS ketuk pintu gereja, kata kuncinya disitu 'ketuk pintu'. Si bodoh mana dalam dunia ini yang dikatakan menyerbu tapi ketuk pintu dulu?

Itu bukan serbu dalam erti kata sebenar. Menceroboh pun bukan sebab polis ada disitu.

Memang betul pihak gereja ada bagi bantuan kepada orang susah dari dulu, itu kita akui, tapi kes yang di Damansara Utama ni berlaku dalam gereja, ulang balik, dalam gereja. Kalau ikhlas dan jujur nak bagi bantuan, diluar gereja apa masalah? Itu satu hal, siap ada nyanyi nyanyi memuja muji Isa Al Masih tu apahalnya pulak?

Puak Kristian ini tidak akan berhenti untuk mengembangkan agama mereka disini . Ketika awal 80-an, kemunculan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Nasrani dalam industri hiburan kita begitiu menyerlah. Ada yang bertiga, ada yang solo, berkumpulan dan sebagainya. Dengan muka yang tampan bagi lelaki dan cantik bagi perempuan, mereka sebenarnya ejen penyebaran agama kristian melalui lagu-lagu merdu menusuk kalbu.

Kerajaan yang cepat menghidu kegiatan mereka telah mengambil tindakan awal sehingga menyebabkan sebahagian besar puak-puak ini melarikan diri ke Australia dan ada yang menjadi permaustutin disana. Kalau penulis sebutkan nama kumpulan ini dan lagu mereka, pasti ada yang tahu.

Sekarang, jalan lebih mudah sebab sudah ada orang Islam sendiri yang melindungi kegiatan mereka. Semua ini dan banyak lagi adalah bukti kenapa PAS perlu ditolak dalam erti kata yang sebenarnya.
PAS dah melebihi ruang lingkup yang dibenarkan dalam hal pendaftarannya, politik.

Tiada ulasan:

Pengikut