Rabu, 10 Ogos 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Sistem komputer Kementerian Pelajaran mendera guru

Posted: 09 Aug 2011 09:37 PM PDT



Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwanya bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP Loke Yim Phing berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru-guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lepas untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.

"MEREKA (GURU-GURU) BUKAN TIDAK SANGGUP MEMATUHI TUGAS MEREKA, NAMUN SISTEM BERKENAAN MEMANG BERMASALAH SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENUNGGU BERJAM-JAM UNTUK KEY-IN DATA PEPERIKSAAN SETERUSNYA MENYEBABKAN MEREKA TERTEKAN.

"Oleh itu, kita berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan segera," katanya kepada pemberita di Wisma NUTP di sini Jumaat.

Sistem SAPS dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran secara talian bertujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah diseluruh negara.

Sistem berkenaan, yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, sepatutnyamemudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat matapelajaran dan data pelajar di bawah jagaannya selain memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan.

LOKE MELAHIRKAN KEBIMBANGAN BAHAWA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI DALAM KELAS AKAN TERJEJAS KERANA GURU TERLALU SIBUK UNTUK MEMASUKKAN DATA PEPERIKSAAN KE DALAM SISTEM BERKENAAN.

"SEHINGGAKAN ADA GURU YANG SANGGUP MENINGGALKAN PROSES P&P DI KELAS SEMATA-MATA MAHU KEY-IN DATA PEPERIKSAAN KETIKA SISTEM BERKENAAN BERADA DALAM KEADAAN BAIK," KATANYA.

Beliau mencadangkan agar unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan dari 15 Ogos ini kepada akhir bulan ini. - BERNAMA

Ogos , 2011

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/5/mstar_berita/20110805133144&sec=mstar_berita

UPSI gagal bela graduan Melayu, sibuk isu UNISEL

Posted: 09 Aug 2011 07:28 PM PDT



Kesian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pinjam PTPTN. Dapat ijazah perguruan tapi tiada peluang kerja jadi guru. Kena cari kerja bukan bidang perguruan. Kalau nak jadi guru juga kena buka sekolah sendiri agaknya. Sibuk dengan kes di UNISEL rupa-rupanya anak-anak Melayu graduan UPSI teraniaya.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk masuk UPSI dengan pinjaman PTPTN atau dengan biasiswa selain Kementerian Pelajaran, baik tak payah.

MALANG NASIB GRADUAN UPSI

Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu.

Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.

Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru.

Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain.

Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru.

Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka.

Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.

Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu.

Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.

Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan jadi guru.

Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.

Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika itu yang perlu kami lakukan nanti?

Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah.

Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda.

Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan masyarakat.

GRADUAN KECEWA
Tajung Malim, Perak

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Remaja 14 tahun koma dibaling topi keledar oleh polis

Posted: 09 Aug 2011 07:28 PM PDT



ALOR SETAR, 10 Ogos 2011. Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, Perlis, koma sejak empat hari lalu selepas terjatuh daripada motosikal, didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya pada malam minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, Mohd Solihin Che Kassim sedang menunggang motosikal bersama rakannya di perkampungan itu apabila dua anggota polis yang melakukan rondaan cuba menahannya tetapi mangsa dikatakan tidak berhenti.

Tindakan remaja itu menyebabkan seorang daripada anggota polis terbabit membaling topi keledar ke arah motosikal mangsa yang menunggang tanpa memakai topi keledar, menyebabkan dia terjatuh. Bapa mangsa, Che Kassim Darus, 47, berkata ketika kejadian dia sedang solat terawih di surau kampung itu apabila diberitahu anaknya cedera kerana terjatuh motosikal dan bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di situ, dia mendapati Mohd Solihin yang juga anak kedua daripada sembilan beradik dan tidak lagi bersekolah terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah serta belakang kepalanya bengkak.

Beliau berkata, rakan anaknya memberitahu dua anggota polis yang melakukan rondaan di situ membaling topi keledar ke arah motosikal Mohd Solihin, menyebabkan dia hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh.

"Saya kesal dengan kejadian ini dan jika anak saya melakukan kesalahan, polis boleh mengambil tindakan lain dan bukan membahayakan nyawanya.

"Kami sekeluarga sedih kerana dia masih koma, sedangkan tidak lama lagi Aidilfitri akan menjelma," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, Che Kassim membuat dua laporan di Balai Polis Kaki Bukit dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.

Beliau turut menafikan anaknya berlumba haram atau lari daripada sekatan polis ketika kejadian itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Remajakomadibalingtopikeledar/Article

Pekerja Islam di Pahang tertindas, kerajaan tak peduli

Posted: 09 Aug 2011 06:05 PM PDT



Aduan Rakyat Online - 9 Ogos 2010 : Salam. Pihak syarikat perlombongan bijih besi di KM2 Bukit Ibam seperti mencabar kami dengan menjalankan operasi hingga lewat malam tanpa peduli waktu-waktu umat Islam berbuka serta solat.

Yang pasti tokey nya pasti KAFIR, tapi pihak pengguasa tempatan pasti beragama Islam (mungkin) pun sama tidak pedulikan kemulian bulan Ramadhan.

Pencemaran BUNYI begitu menusuk telinga hinggakan laungan Azan dari masjid tenggelam.

Jalan UTAMA kami pun hancur akibat lori2 besi yang membawa keluar hasil seperti samseng jalanan.

Syarikat perlombongan ini begitu kurang ajar dan kami mungkin akan mengambil tindakan sendiri jika tiada pihak yang cuba mengambil tindakan segera.

Perkara ini terlalu lama berlarutan walau beberapa kali kami menegur.

Harap maklum pihak PTG Rompin,PTG Negeri,JPJ,PDRM, SPRM Pahang dan Pejabat SUK Phg, jangan sampai kami ambil tindakan sendiri.

By: kiramin

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/lombong-besi-cemar-ramadhan

Bank Negara Guna Konsultan Israel, pekerja tertekan

Posted: 09 Aug 2011 06:05 PM PDT



Aduan Rakyat Online - 9 Ogos 2010 : Salam sejahtera, Kami kakitangan Bank Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia.

Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.

Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai 'strategik' dan 'operation'.

Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah.

Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga badan-badan berkanun lain).

Lebih teruk dari itu, kami percaya bayaran imbuhan yang dibayar kepada Hay Group adalah sangat tinggi sehinggakan pihak Jabatan Audit Dalam pernah menimbulkan kes ini.

Malangnya bagaikan ada suatu 'tangan ghaib' yang telah menutup kes ini untuk disembunyikan.

Hay Group telah meletakkan seorang stafnya sebagai pengarah di BNM untuk terus melakukan huru-hara. Penganiayaan demi penganiayaan dibuat kepada kakitangan BNM.

By: G

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/bank-negara-guna-konsultan-israel

Sistem Komuter Senawang KL yang hampeh

Posted: 09 Aug 2011 06:04 PM PDT



Aduan Rakyat Online - 9 Ogos 2010 : Secara ringkasnya, aku merupakan pengguna KTM Komuter dari Senawang dan bekerja di Mid Valley waktu masuk office pukul 8:00.am. Waktu menggunakan: Isnin-Jumaat

Pergi:
1. Waktu naik komuter 6:39.am (ikut suka dia nak sampai bila tapi selalunya 8:15.am-kadang lebih)
2. Kalau terlepas/train tak datang aku tunggu 15minit untuk train pukul 6:54.am (ikut suka dia jugak nak sampai bila)
3. Kalau terlepas/train tak datang aku tunggu 30minit pukul 7:24.am (ikut suka dia nak sampai bila-tapi ikut suka bos aku la nak maki aku kalau aku pun ikut train yang lembab macam pengurusan KTM)

*Masalah pertama bermula di Bangi. Train dah penuh tapi aku selesa sebab dah dapat duduk dari stesyen Senawang tadi. Orang lain yang bermasalah tapi aku kesian sebab aku pun naik train.Menteri tak naik train ni, Pengarah-pengarah dan bos-bos KTM tak naik train ni so..takde hal la..air-cond dah mula takde rasa sebab dh ramai..lain kali buat seat kt bawah enjin..sama je rasa bahangnya..aku pun selalu je hangin-hangin.

*Masalah seterusnya bila sampai stesyen UKM-Kajang-Serdang-Bandar Tasik Selatan-Salak Selatan lagi la ramai orang..pastu pengurusan KTM pun nampak nya makin bengap..ingatkan manusia ni dari hari ke hari makin kurang kot kat dunia ni.bagus lg la LRT tu..ni pun ada lg nak tambah MRT pulak..orang dah sendat-sendat sampai yang gemuk dah jadi slim.Stesyen Seputeh pulak??ada apa ntah kat sana??kawasan perumahan kaya-kaya..diorang pakai kereta lah!!bape ramai sangat yang naik!!

Balik:

1. Waktu naik kadang-kadang 5:32.pm seperti dalam jadual tapi dalam pengurusan KTM ikut:suka.pm.
2. Kalau terlepas boleh la naik train seterusnya pukul 6:02.pm tapi ikut:suka.pm. jugak..kadang-kadang kena tunggu sampai pukul 6:30.pm..tapi nak masuk kirim salam jela..penuh mcm sardin!!!
3. Tapi kalau aku terlepas 5:32.pm aku try naik 5:47.pm train turun ke Bangi.tunggu next train ke Seremban sebab kt situ dah tak penuh.tapi selalu delay, train Bangi tak sampai.Syabas KTM!!!

Peringatan: Tak perlu la nak tambah-tambah stesyen atau bagi promosi tambang bulanan la..student la..ape la..itu la..ini la..kalau sistem tuh hampeh..upgrade la dulu!!

Cadangan:

Rasanya sistem setiap 15 minit atau kekerapan tidak menyelesaikan banyak masalah tapi sebaliknya train perlu ditambah gerabak dari 3 gerabak menjadi 5 atau 6 gerabak.

Coach wanita jadikan 2 gerabak.sekurang-kurang nya mengurangkan masalah bukan menambah masalah. Bila orang yang tunggu train pukul 5:32.pm tak dapat naik sepenuhnya, orang yang tunggu train 6:02.pm pula datang..jadi bertambah ramai la pulak yang akan naik train seterusnya.

Perlu sentiasa servis train supaya tidak kerap berlakunya kerosakan. Mana sistem pengurusan oleh KTM menggaji juruteknik/penyelenggara train?Tidak dinafikan kerosakan pasti berlaku walaupun sudah cukup servis dilakukan tapi sekurang-kurangnya KTM sediakan train simpanan sekurang-kurangnya 1 setiap haluan ke Utara dan 1 ke haluan Selatan. Ini tidak, bila rosak kena tunggu train berikutnya, bertambah padat la train selepas tu..sediakan la train kosong..

Kami tidak perlukan train yang laju. Bagi kami train yang PERLAHAN masih sampai pada waktu yang di dalam jadual yang telah kami sedia maklum jika tidak ROSAK.

Kami tidak perlukan waktu train yang kerap.Kerana kami akan tuntut janji waktu train yang telah dijadualkan.Bila dah sampai waktu, train delay..yang ramai-ramai ni tunggu next train..lepas tu penuh tak boleh masuk..bila kami nk masuk???Bila sampai rumah?

KATA KERAJAAN NAK GALAKKAN PENGGUNAAN SISTEM KENDERAAN AWAM TAPI GAGAL!! Kami bukan mahu guna tapi kami TERPAKSA!!

Harap ada tindakan, jika tiada tindakan maka kami akan bertindak menghantar aduan ke pihak atasan..Menteri atau mana-mana agensi/Kementerian-kementerian yang lain..

Jika GAGAL maknanya TIADA USAHA.

jika tiada usaha kami sebagai rakyat sendiri akan ubah…macam mana nak ubah??

UBAH KERAJAAN!!

By: Guardian

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/sistem-komuter-yang-hampeh

Tiada ulasan:

Pengikut