Khamis, 28 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 28 Jul 2011 03:05 PM PDT

[KD] KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Justeru, katanya, kenyataan Wan Ahmad bahawa SPR tidak ada kuasa di bawah Perlembagaan untuk melaksana tuntutan Bersih disebabkan mengikut telunjuk parti pemerintah.

"Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws)," kata Aziz.

Menurut Aziz, tugas SPR sebagai badan mengurus pilihan raya seperti dinyatakan dalam perlembagaan, mempunyai makna luas dan merangkumi semua aspek.

"Terpulang kepada SPR untuk buat atau tidak. Masalahnya SPR memilih untuk menyerahkannya kepada Umno-BN yang menjadi teraju pemerintahan sekarang," kata Aziz dalam jawapannya kepada Keadilandaily.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Wan Ahmad semasa debat bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Aziz, perlembagaan turut memberi perlindungan kepada SPR, antaranya pengerusi SPR tidak boleh dipecat kecuali melalui prosedur yang sama seperti hakim mahkamah.

"Masalahnya perkara yang dalam bidang kuasa mereka pun enggan dibuat. Senarai pengundi masih tak selesai sedangkan itu kerja mereka. Pendek kata, SPR ini mengambil sikap 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'," jelas Aziz.

Beliau membidas hujah SPR yang mengatakan badan itu perlu mendapat lampu hijau dari kerajaan untuk melaksanakan sesuatu pendekatan baru, termasuk Peguam Negara.

"Ini karut kerana kerajaan yang memerintah adalah sebahagian daripada 'pemain'. Kalau begitu SPR juga kena ikut cadangan Pakatan Rakyat (PR).

"(Tetapi) bila PR kata tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri untuk pilihan raya umum ke-13, SPR mengatakan yang pilihan raya berasingan susah, mahal dan lain-lain. Sedangkan itu dibenarkan oleh perlembagaan.

"Ini menunjukkan SPR selesa untuk mengikut apa sahaja kata Umno-BN meskipun tiada atau bertentangan dengan perlembagaan. Ini tidak selaras dengan tugas mereka mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil," tegas Aziz.

Selain itu katanya, SPR juga dilihat enggan menuruti sebarang inisiatif yang dibuat PR termasuk cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Malah, katanya, SPR juga enggan menerima Pakatan Rakyat sebagai satu entiti.

"Ertinya bila dengan Umno-BN, mereka akan cari jalan untuk buat apa sahaja termasuk meminda undang-undang.

"Tapi kalau dengan Pakatan, mereka akan cari jalan untuk tidak laksanakan meskipun ia sesuatu yang logik dan telah dilaksanakan di negara lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

AKU INGIN BEBAS

Posted: 28 Jul 2011 01:48 PM PDT

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu masih berharap PAS dapat bekerjasama dengan Umno bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan pada minggu hadapan.

"Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Alam malam tadi.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.

"Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini," katanya.

Ahmad berkata penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam Umno dan PAS bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosio ekonomi mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Pengikut