Khamis, 28 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 27 Jul 2011 03:04 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Posted: 27 Jul 2011 01:49 AM PDT

http://www.feef.com/images/26ty.htm

umno bahagian cheras

Posted: 27 Jul 2011 01:18 PM PDT

umno bahagian cheras


temubual saksi ; helah Anwar untuk tangguh kes liwat

Posted: 27 Jul 2011 12:37 AM PDT

DATUK Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba menangguhkan perbicaraan kes liwatnya apabila mahu menemubual saksi sebelum beliau membela diri di mahkamah, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Inilah helah licik Anwar untuk mengelak daripada membela diri di mahkamah," ujarnya.

Oleh sebab itu kata beliau, Anwar cuba mengheret Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor.

"Beliau sengaja berbuat demikian untuk mengalih perhatian rakyat dengan cuba mengaitkan Perdana Menteri" ujarnya.

Tindakan tersebut jelas beliau membuktikan Anwar semakin tersepit dan cuba mencari jalan supaya perbicaraan ditangguhkan.

Percubaan tersebut juga kata beliau sebagai taktik Anwar untuk menarik simpati rakyat.

Sebaliknya beliau berkata Anwar boleh berbuat demikian semasa berada di mahkamah.

Ini menunjukkan Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semakin takut menghadapi kenyataan.

"Jika Anwar berani kerana benar, beliau tidak sepatutnya cemas untuk membela diri di mahkamah bersabit kes liwat yang dihadapinya," katanya.

Syed Ali juga turut melahirkan rasa kesal dengan layanan pihak tertentu terhadap Bersih dengan mengadakan satu majlis wacana yang turut membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kerajaan telah mengklasfikasikan Bersih sebagai pertubuhan haram, tetapi ada pula pihak tertentu seperti cuba mengiktirafkan peranan Bersih dengan menjemputnya mengadakan dialog terbuka," katanya.

Katanya, Bersih merupakan pertubuhan haram dan tidak sepatutnya dialu-alukan sebagai sebuah badan yang diberikan kebebasan bercakap mengenai perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Yang jadi masalahnya SPR juga layan Bersih sedangkan pertubuhan itu telah melakukan perbuatan khianat terhadap ketenteraman awam menerusi perhimpunan haram 9 Julai lalu," tegasnya lagi.

Sambil menyesali tindakan pihak penganjur yang dilihat sengaja memberikan ruang kepada Bersih, Syed Ali bimbang majlis tersebut dieksploitasikan oleh pembangkang.

"Rakyat juga jadi keliru, kerajaan kata Bersih haram, tetapi dalam masa yang sama mendapat publisiti meluas," tambahnya.

Menurut beliau lagi, mana-mana pihak tidak perlu berasa takut dan 'terancam dengan kehadiran Bersih kerana badan itu tidak mendapat sambutan majoriti rakyat.

"Bersih adalah pergerakan kotor yang didalangi pembangkang untuk menggugat kestabilan politik negara," tegasnya.

Dalam pada itu, Syed Ali mahu SPR melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan berpuluh nama pemilih telah didaftar dalam satu alamat yang sama.

"Kejadian seperti itu dikatakan telah pun berlaku di kawasan Parlimen Permatang Pauh, yang diwakili oleh Anwar," katanya.

"Difahamkan nama daftar pemilih tersebut dilakukan oleh PKR berdasarkan pengundinya berketurunan Melayu, Cina dan India," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, apabila perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar, pembangkang menuduh UMNO yang melakukannya.

"Inilah muslihat jahat PKR dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya," katanya.



www.pemuda-enggang.org

Posted: 27 Jul 2011 11:50 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Ambiga Angkuh Ingkar Titah Agong

Posted: 27 Jul 2011 03:43 AM PDT

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S.Ambiga terus dikecam ekoran pengakuan terbukanya mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan jalanan di ibu negara pada 9 Julai lalu. Bekas Presiden Majlis Peguam … Continue reading

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 27 Jul 2011 07:46 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


al-kisahnya....

Posted: 27 Jul 2011 05:41 AM PDT


agak-agaklah bang..kalau bertujuan nak serah surat pun..beradablah sikit,dari gerak-geri dan tingkah laku yang cik abang tunjukkan tu nampak benor tak beradap..kita orang melayu,penuh dengan adab sopan..sudahnya sapa yang susah..sendiri jugakkan..tak salah kalau nak beri surat,tapi kenalah ikut saluran yang betul..secara kebetulan atau tidak,10 orang yang ditahan tu semuanya memakai pakaian bewarna kuning...hehehehe..siap jerit-jerit reformasiii..apa kesss...
baca lagi.....http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/07/10-penyokong-sundal-bersih-20-serang.html

doa perlindungan..

Posted: 27 Jul 2011 12:27 AM PDT

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada kesusahan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau daripada lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau daripada pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari tekanan hutang dan kezaliman manusia."

Kata Abu Umamah R.A., "Setelah membaca do'a tersebut, Allah ta'aala berkenan menghilangkan kesusahanku dan melunaskan hutangku."

Tiada ulasan:

Pengikut