Jumaat, 1 Julai 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 01 Jul 2011 03:54 PM PDT

Lagi Bukti Daftar Pengundi SPR Dicemari Pengundi Hantu

Posted: 01 Jul 2011 06:09 AM PDT

Ditulis oleh ZeanaAima
SEBERANG JAYA : Dua kediaman di Seberang Jaya, Pulau Pinang digunakan sebagai alamat untuk mendaftar 152 pengundi Melayu, Cina dan India dalam contoh terbaru daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdedah kepada penyelwengan.

Pendedahan itu turut sekali gus mengukuhkan keperluan diadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai untuk mendesak SPR dan kerajaan memastikan pilihanraya umum ke 13 dijalankan secara telus dan adil.

Seorang bloger bergelar Anak Sungei Derhaka mendedahkan daftar pengundi SPR menunjukkan 88 pengundi Melayu dan India didaftarkan di alamat No 1155, Kampung Bagan Serai.

Kesemua mereka didaftar untuk mengundi di kerusi parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka turut didaftar untuk mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya.

Selain itu, daftar SPR juga menunjukkan 64 pengundi Melayu dan India didaftarkan No 1138, Kampung Bagan Serai.

Pemerikasaan Anak Sungei Derhaka mendedahkan dua alamat itu membabitkan dua rumah kecil papan. Gambar-gambar rumah berkenaan disiarkan di laman web darisungeiderhaka.blogspot.com.

Bloger berkenaan membidas Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar kerana membidas Bersih tanpa mengakui kepincangan dalam daftar pengundi.

"Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu," kata beliau.

"Jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi di dalamnya dan bagaimanapun sebuah lagi rumah yang berada di kawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula," tambahnya.

Semalam Wan Ahmad mendakwa himpunan Bersih diperalatkan oleh Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali mendedahkan rumah emaknya didaftarkan di bawah nama enam pengundi Melayu dan Cina untuk membuang undi pada PRU akan datang.

SPR bagaimanapun meremehkan isu "pengundi hantu" walaupun masalah itu telah berlarutan lebih lima dekad.

PERKASA: Tutup jambatan, jika demo diteruskan

Posted: 01 Jul 2011 03:19 AM PDT

Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai diteruskan, kata yang dipertua PERKASA Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad.

NONEKatanya, tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.

"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat.

"Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di George Town hari ini.

Beliau berkata ketika itu, semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak.

"Kami rayu Ambiga (Datuk Ambiga Sreenevasan) dan kumpulannya supaya membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ahmad berkata perhimpunan haram itu tidak perlu diadakan kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Beliau juga mendesak kerajaan menahan golongan yang merancang perhimpunan haram itu bagi mengelak daripada perhimpunan itu diteruskan.

Antara NGO yang hadir pada sidang media hari ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia dan Persatuan Melayu Tanjong.

Rais tak tahu ada arahan SKMM momok BERSIH

Posted: 01 Jul 2011 03:09 AM PDT

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak menyedari terdapat arahan yang dikeluarkan oleh agensinya berhubung penyekatan penyiaran liputan berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

NONEMenterinya, Datuk Seri Rais Yatim mendakwa tidak mengetahui apa-apa berhubung arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada stesen televisyen dan radio swasta supaya melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.

"Setahu saya, tiada," katanya ketika ditanya sama ada SKMM ada mengeluarkan arahan seumpama itu selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Angkasapuri hari ini.

Hari ini, Malaysiakini memetik beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan berkata semua stesen televisyen dan radio diarah menghantar laporan harian mengenai liputan 9 Julai mereka.

azlanAntaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan itu.

Stesen televisyen dan radio juga diarah supaya tidak merujuk perhimpunan BERSIH sebagai "perhimpunan haram" dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.

Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.

Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.

TV, radio diarah 'momokkan' BERSIH

Posted: 01 Jul 2011 03:04 AM PDT

Lee Way Loon Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat.

azlanDalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.

Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.

Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk "Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.

bersih rally 271207 05Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu "mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan."

Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai "perhimpunan BERSIH" tetapi sebagai "perhimpunan haram" dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.

bersih rally 271207 07Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.

Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.

300 bantah KM P Pinang kerana sokong BERSIH

Posted: 01 Jul 2011 02:57 AM PDT

Susan Loone Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

NONEDalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.

Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.

Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.

NONEDalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menunju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.

Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.

NONEPada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.

Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

Bersih: Umno fobia dengan nasib Hosni Mubarak

Posted: 01 Jul 2011 02:54 AM PDT

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Kerajaan Malaysia yang dipimpin Perdana Menteri Najin Tun Razak dibayangi demontrasi rakyat terhadap Hosni Mubarak, sehinggakan Himpunan Bersih 2.0 dianggap perkara yang sama.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, ketika ditemui berkata kerana diundang rasa bersalah terhadap rakyat selama ini, himpunan aman yang hanya ingin menuntut keadilan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pemimpin Umno begitu fobia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kerajaan memerangi Himpunan Bersih 2.0 selepas merasmikan kursus sukarelawan Ekspo Cheng Ho 2011 (KelCheff 2011) di Balai Islam, Lundang, di sini pagi tadi.

Menurutnya, kerajaan seharusnya menjadikan Himpunan Bersih buat kali pertama diadakan sebelum ini yang langsung tidak berlaku sebarang huru hara.

"Kita bukan penentang kerajaan, kita nak bersihkan amalan kotor dalam SPR saja, bayangkan kini entah dari mana pengundi dari Sabah yang telah didaftarkan di negeri Selangor.

"Sedangkan tiadapun pekerja dari Sabah yang tinggal di negeri Selangor seramai itu, jadi ini yang kita demokan,"ujar Husam lagi.

Pada masa yang sama beliau turut mengkritik pihak tertentu yang mendakwa komunis juga akan mengambil kesempatan dan berbagai lagi.

"Semua perkara tu hanya ditokok tambah untuk menakutkan rakyat, lagipun generasi hari ini sudah tidak takut lagi dengar komunis. Entah wujud atau tidak,"ujarnya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan kursus beliau turut menempelak Perkasa dan Pemuda Umno yang ingin turut serta pada program itu bagi menghalang Bersih.

"Tak payahlah nak join sekali, nanti puak dia hanya 300 orang, yang kita ramai dia kata program dia berjaya. Nak buat, buat hari lain la,"ujarnya.

Sedihnya negara hilang tanah KTMB selamanya

Posted: 01 Jul 2011 02:51 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.

Sebagai balasannya, pihak Singapura akan menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang.

Menurut beliau, pangajaran yang paling besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta ini.

Katanya, Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka ini kerana ia tidak sepatutnya dialami oleh seluruh rakyat Johor dan Malaysia.

"KTMB mempunyai tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini adalah dari Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah (lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16)," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Tanah tersebut, menurut beliau, cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland hingga ke Selatan di Tanjung Pagar.

Katanya, perjanjian pajakan yang telah dimeterai dengan pihak British telah menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi sahaja.

Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada keretapi, katanya, maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak untuk merampas tanah tersebut.

"Persoalannya, mengapa perjanjian yang mengikat negara ini tidak dipinda semasa Singapura keluar daripada Malaysia?" tegasnya.

Hari ini, ujarnya, tanah tersebut tidak akan kembali lagi kepada kita dan digantikan dengan tanah di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor yang akan dibangunkan oleh syarikat usahasama Malaysia dan Singapura, M-S Pte Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti oleh Temasek Holdings.

"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan kepada Singapura?

"Di manakah maruah rakyat dan negara Malaysia jika Syarikat M-S Pte Ltd gagal sedangkan tanah KTMB telah diserahkan kepada Singapura?" katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan, tanah di Marina South dan Ophir Rochor yang dibangunkan oleh M-S Ptd Ltd itu bakal dijual kepada pasaran setelah siap dibangunkan.

"Oleh itu, tanah ini akan terdedah kepada pemilikan bebas. Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang daripada pegangan Khazanah Nasional.

"Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Apakah jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas kepada pihak luar?" ujar beliau.

Masjid bukan tempat hasut jemaah benci Islam

Posted: 01 Jul 2011 02:48 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Uuniversiti Malaya (PMIUM) menyatakan kekecewaan dengan pengisian khutbah Jumaat di sebuah masjid yang terletak di Lembah Klang.

Menurut Presidennya, Muhammad Safwan Bin Anang@Talib, beliau terkejut apabila mendengar isi khutbah di masjid terbabit yang dilihatnya tidak kena pada tempatnya.

"Sepatutnya masjid dijadikan tempat untuk membincangkan dan menerangkan tentang penindasan dan kebenaran tentang ajaran Islam, bukannya menghasut para jemaah membenci Islam.

"Isu gejala murtad dan maksiat masih berleluasa. Isu seperti inilah yang sepatutnya dibincangkan dalam pengisian khutbah. Peristiwa Israk dan Mikraj pun masih ramai anak muda serta masyarakat belum hayati," katanya.

Menurutnya, khutbah Jumaat di masjid yang terletak di Bandar Tasik Selatan itu menyatakan tentang haramnya perhimpunan Bersih 9 Julai nanti.

"Walaupun khatib tak sebut mana-mana parti politik, tetapi di pihak kami, kami tetap menolak budaya menjadikan masjid sebagai tempat berkepentingan pihak tertentu yang sengaja ingin menjauhkan Islam daripada umatnya.

"Apabila khatib memberitahu tentang haramnya perhimpunan Bersih, kami menganggap ianya satu cubaan untuk menghasut masyarakat supaya jangan turun 9 Julai nanti," katanya.

Safwan juga ada menemui beberapa penduduk yang turut sama bersembahyang dan mendengar khutbah Jumaat di masjid tersebut.

"Saya temui beberapa penduduk dan mereka terkejut apabila mendengar tentang hujah-hujah yang tidak berasas tentang haramnya Bersih 2.0.

"Mereka turut kecewa apabila masjid digunakan untuk kepentingan perjuangan peribadi daripada perjuangan menegakkan kebenaran dan mendekatkan masyarakat dengan Islam.

"Saya difahamkan kebanyakan yang solat di masjid itu adalah askar-askar yang menjalani latihan di kem berdekatan," katanya.

RTM dicabar anjur debat iklan fitnah Bersih

Posted: 01 Jul 2011 02:48 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS (DPP) kesal dengan tindakan RTM yang menyiarkan iklan khas bagi memberikan gambaran buruk kepada himpunan Bersih mulai semalam di TV2.

Ketua penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, iklan pendek berkenaan dimulai dengan salah seorang pelakon menunjukan risalah Bersih yang kemudiaannya disambut baik oleh pelakon Bell Ngasri yang menyatakan minat untuk menyertai perhimpunan di awalnya.

Kemudian pelakon ketiga, Ezany Nizariff pula menunjukan klip video huru hara yang berlaku di luar negara dan mengatakan bahawa itulah yang akan berlaku dalam himpunan Bersih, rakyat terancam dan pelancong pun akan lari.

Iklan itu diakhiri dengan Bell mencampakan risalah Bersih dan mengatakan perhimpunan itu adalah perhimpunan kotor.

"Iklan yang dirakamkan di sebuah kedai kopi ini sengaja disiarkan bagi meningkatkan salah faham rakyat terhadap Bersih," katanya kepada Harakahdaily.

DPP, katanya kesal kerana RTM sanggup menyalahgunakan wang rakyat untuk membuat fitnah kepada himpunan rakyat yang aman Bersih.

"Dengan sendirinya RTM membiarkan dirinya menjadi alat politik pihak-pihak yang takut kepada himpunan Bersih.

"Lebih mendukacitakan bila mana RTM tiada bukti untuk menggambarkan keganasan dan huru hara yang berlaku dalam himpunan Bersih hingga terpaksa mencuri rakaman video dari luar negara pula," katanya.

Sehubungan itu, ujarnya DPP mendesak agar RTM menghentikan fitnah mereka dan menarik balik iklan tersebut.

DPP juga, katanya mencabar RTM untuk menganjurkan debat secara langsung di TV1 dan TV2 dengan menjemput wakil Bersih atau komponennya dan juga wakil SPR atau BN supaya rakyat boleh menilai sendiri tuntutan Bersih dan perjuangannya.

Teresa Kok: Bersih 2.0: Dakwaan Wan Ahmad bukti SPR tidak telus

Posted: 01 Jul 2011 02:35 AM PDT

KUALA LUMPUR — DAP Selangor menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya melaksanakan segera lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya agensi itu benar-benar telus dan adil.

Bagaimanapun menurut Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok (gambar), dakwaan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar bahawa Himpunan Bersih 2.0 diperalatkan oleh Pakatan Rakyat bagi membolehkan perikatan itu menawan Putrajaya membuktikan sebaliknya.

"Wan Ahmad telah menghina Himpunan Bersih 2.0 apabila mengatakan ia adalah matlamat Pakatan Rakyat dan ia jelas bahawa SPR sendiri bukan satu badan bebas dan tidak boleh diharap untuk mendukung hak rakyat bagi melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.

"Wan Ahmad meminta agar Bersih menjauhkan diri dengan Pakatan Rakyat kerana Bersih adalah satu pertubuhan yang mewakili rakyat dan ia perlu menggugurkan penyertaan semua parti politik bagi mengelak tuduhan selepas Himpunan Bersih kali pertama pada 2007. Saya mahu tegaskan Bersih kini terdiri daripada 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tiada parti politik," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Wan Ahmad mendakwa Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai.

"Saya rasa Datuk Ambiga dah terikat benar, dia dah tak boleh tarik diri lagi, dia dah diperalatkan.

"Bersih sekarang bukan Bersih yang saya kenal dulu. Bersih sekarang sudah berubah, dah jadi begitu kusut, saya rasa dah tak bersih lagi," katanya.

Wan Ahmad berkata, Bersih perlu fokus dalam perjuangan mereka sama ada mahu membantu menambah baik sistem demokrasi di negara ini atau menjadi alat kepada pihak lain menjelang pilihan raya umum ke-13.

Ujarnya, dalam suasana sekarang, pihak pembangkang sentiasa mencari peluang untuk mempengaruhi rakyat termasuk mengambil contoh kebangkitan rakyat di Mesir, Yemen dan Syria menumbangkan kerajaan sedia ada walaupun perbandingan itu jelas tidak betul.

"Bagi SPR, apa yang berlaku di negara ini termasuk perhimpunan Bersih 2, semuanya adalah agenda politik.

"Pada tahun 2007, Bersih (yang pertama) telah diadakan. Seramai 50,000 orang keluar ke jalan raya menyokong perhimpunan itu. Mereka putar belitkan isu. Hasilnya mereka menang 82 kerusi dan berjaya takluk lima negeri pada pilihan raya yang diadakan pada tahun berikutnya," katanya lagi.

Wan Ahmad berkata, hakikatnya perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini menjadi landasan kepada parti-parti pembangkang untuk menunjukkan usaha mereka menawan Putrajaya.

Tegas Teresa, dakwaan bahawa Bersih membawa matlamat Pakatan Rakyat adalah tidak benar sama sekali kerana NGO itu secara konsisten turut mengajak Barisan Nasional (BN) untuk sama-sama menyertai perhimpunan aman itu.

"Tambahan pula, Bersih secara konsisten mahu bekerjasama dengan semua parti politik di Malaysia termasuk Barisan Nasional untuk memberikan sokongan terhadap lapan tuntutan reformasi pilihan raya tapi ia ditolak pemimpin Barisan Nasional.

"Jika SPR dan kerajaan tidak melaksanakan lapan tuntutan ini, kerajaan yang dipilih ini akan melakukan kesalahan yang lebih besar dalam pemerintahan yang mana kerajaan yang mengamalkan rasuah dan mementingkan kuasa menang melalui pilihan raya yang kotor dengan SPR dilihat berat sebelah sehingga membolehkan pilihan raya diadakan dengan kotor dan tidak telus," katanya.

Jelas beliau, lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih adalah relevan dan ia harus dilaksanakan SPR.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

Kata Teresa, SPR sepatutnya mengambil kira pandangan yang dikemukakan Bersih itu dan bukan bertindak menolaknya.

"Maka Wan Ahmad seharusnya bersyukur bahawa Bersih mempunyai keberanian dan integriti untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya yang SPR tidak mampu lakukan dan memberi jaminan akan mendapat sokongan penuh pada 9 Julai.

"Sebagai timbalan pengerusi SPR, Wan Ahmad seharusnya mengiktiraf dan menerima lapan tuntutan Bersih untuk melakukan reformasi dalam sistem pilihan raya yang akan menjadikan SPR benar-benar bebas, lebih berkuasa dan menjadi agensi yang dihormati," katanya.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0.

SPR sedia pelawa wakil antarabangsa pantau PRU-13

Posted: 01 Jul 2011 02:31 AM PDT

BANGKOK — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji kemungkinan untuk memanggil pemerhati antarabangsa pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata usaha itu bertujuan membolehkan mereka melihat dan menilai perjalanan pilihan raya daripada segi bebas, telus dan adil.

Bagaimanapun, SPR akan mengkaji kesesuaian perkara tersebut serta faktor kewangan sebelum membuat keputusan walaupun kehadiran pemerhati antarabangsa merupakan satu amalan yang baik, katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berada di sini sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput.

Abdul Aziz berkata SPR tidak pernah menjemput pemerhati antarabangsa pada pilihan raya umum sebelum ini.

Katanya SPR Thailand menjemput pemerhati antarabangsa bagi meningkatkan lagi keyakinan pengundi mereka dan masyarakat antarabangsa bahawa pilihan raya mereka adalah adil dan telus.

Beliau berkata jemputan itu adalah satu penghormatan kepada SPR kerana SPR dipercayai sebagai badan yang banyak mengendalikan pilihan raya dan mereka yakin pilihan raya Malaysia telus dan bebas.

"Kalau mereka tak iktiraf pilihan raya kita, tak kan mereka panggil kita datang sebagai pemerhati antarabangsa," katanya.

Ditanya secara umum kayu pengukur pemerhati antarabangsa sama ada sesuatu pilihan raya itu telus dan bebas, beliau berkata asasnya adalah pengundi bebas untuk mengundi dengan tidak dipengaruhi oleh perkara-perkara yang tidak bebas untuk mengundi atau terpaksa mengundi sesuatu pihak sahaja.

Calon-calon pula, katanya, bebas untuk berkempen dengan tiada sekatan dan pengundi pula dapat mendengar kempen dengan bebas.

Aspek kayu pengukur lain termasuk tiada penipuan dan rasuah, katanya.

Mengenai permintaan lapan perkara oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Abdul Aziz berkata ruang untuk penambahbaikan memang sentiasa ada kerana SPR tidak menganggapnya sebagai badan yang sempurna.

Beliau menghuraikan satu persatu usaha yang dibuat oleh SPR terhadap lapan permintaan tersebut:

* Pembersihan daftar pemilih — usaha itu dilakukan setiap hari tetapi SPR tidak boleh membersihkannya sendiri kerana pengundi yang perlu memaklumkan status mereka dalam daftar tersebut. Katanya tidak ada bukti dakwaan wujudnya pengundi mengundi lebih daripada sekali dan tiada satu pun kes seumpama itu yang dibawa ke mahkamah.

* Tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari — perkara itu sedang diteliti kerana ada juga parti yang meminta supaya tempoh berkempen dipendekkan dan pandangan aspek keselamatan juga terpaksa diambil kira.

* Penggunaan dakwat celup jari pengundi — SPR sedang meneliti untuk menggunakan kaedah biometrik yang lebih sainstifik.

* Kemudahan akses yang bebas dan adil kepada media — Abdul Aziz berkata beliau tidak boleh mengarahkan media untuk memberi liputan kepada sesuatu pihak. Bagaimanapun, beliau boleh berbincang dengan media untuk memberi ruang kepada semua pihak.

* Cadang banteras rasuah — SPR memang bersetuju tetapi ia tidak mempunyai kemahiran dalam bidang itu dan terpaksa meminta bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

* Cadang perkukuh institusi polis — SPR tidak mempunyai kuasa terhadap perkara tersebut.

* Pembaharuan sistem undi pos — SPR sedang meneliti perkara tersebut termasuk cadangan untuk mengadakan undian awal seperti amalan di Thailand dengan pengundi bebas untuk mengundi pada hari yang ditetapkan lebih awal atau pada hari pengundian tetapi perkara tersebut juga mempunyai masalah tersendiri.

* Kebebasan berkempen — Parti politik sememangnya bebas berkempen tetapi terpaksa memohon permit polis atas sebab-sebab keselamatan kerana polis, antara lain, meneliti kesesuaian tempat, isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum dan agama serta aspek lalu lintas.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata ada perkara yang berada dalam bidang kuasa SPR dan ada juga perkara yang bukan dalam bidang kuasa SPR berhubung lapan perkara tersebut.

Beliau berkata pada mulanya Bersih mengemukakan 17 perkara tetapi setelah berbincang, tinggal lapan perkara sahaja sejak akhir tahun lepas kerana yang lainnya sudah diselesaikan oleh SPR.

"Kalau Bersih meneruskan perbincangan dengan SPR, mungkin tinggal tiga perkara yang belum selesai.

"Demonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah. Tidak bermakna buat demostrasi, SPR akan bersetuju," katanya.

Rasuah mata wang: Bekas penolong gabenor Bank Negara dicaj terima RM100,000

Posted: 01 Jul 2011 02:26 AM PDT

TERKINI

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR — Bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Mohamad Daud Dol Moin pagi ini didakwa berhubung kesalahan rasuah melibatkan kontrak mencetak mata wang polimer yang dianugerahkan kepada sebuah firma Australia antara 2003 dan 2007.

Mohamad Daud menghadapi tuduhan menerima RM100,000 daripada Abdul Kayum Syed Ahmad dalam dua kejadian iaitu sebanyak RM50,000 pada 1 Disember 2004 dan baki RM50,000 pada 16 Februari 2005 di sebuah kafe di Bangsar Shopping Centre.

Dia dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Abdul Kayum akan berhadapan dengan tuduhan berasingan memberi habuan kepada Mohamad Daud di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini dengan kerjasama dan bantuan penuh Bank Negara.

Katanya, di bawah tuduhan pertama, Mohamad Daud didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan wang tunai RM50,000.00 daripada Abdul Kayum melalui seorang perantara untuk membantunya mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited.

Tertuduh tidak mengaku salah terhadap semua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Tertuduh diwakili oleh J.D. Goonting dan Collin Goonting manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dari Jabatan Peguam Negara.

Tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM100,000 dengan Hakim Rosbiahanin Arifin menetapkan 2 Ogos ini untuk perbicaraan.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

SPRM juga berkata pihaknya telah mula menjalankan siasatan berhubung kes ini pada Mei tahun lalu serentak dengan tindakan Polis Persekutuan Australia.

"Polis Persekutuan Australia hari ini turut sama membuat pertuduhan di mahkamah Australia terhadap dua syarikat milik Australia dan enam individu berkaitan konspirasi rasuah terhadap pegawai-pegawai awam di negara Indonesia, Vietnam, Nigeria termasuklah Malaysia dari 1999 hingga 2005 bertujuan memperoleh kontrak percetakan wang kertas di negara-negara berkenaan.

"Kes ini merupakan pendakwaan yang pertama di Australia di bawah penggubalan undang-undang rasuah asing pada 17 Disember 1999," katanya.
Bank Negara telah menandatangani kontrak membeli nota mata wang polimer RM5 daripada Note Printing Australia Limited bermula pada Disember 2003 sehingga Oktober 2007.

Sepanjang tempoh tersebut, bank pusat telah membuat tempahan sebanyak 390 juta keping dan pembayaran yang telah dibuat adalah sebanyak RM95 juta.

Kenyataan SPRM juga berkata siasatan telah dijalankan seiring tindakan pihak penguat kuasa antarabangsa yang lain termasuklah Biro Siasatan Antarabangsa, Polis Diraja Kanada, Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong, Pejabat Penyelewengan Serius dari United Kingdom, Biro Mencegah Rasuah Brunei dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia.

Dalam pada itu, Abdul Kayum, 62, yang merupakan pengarah Aksavest Sdn Bhd, dikenakan tuduhan di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah Shah Alam atas dua tuduhan kerana memberi wang suapan RM100,000, masing-masing RM50,000 dalam dua transaksi kepada Mohamad Daud.

Menurut tuduhan, wang itu diberikan bagi memperoleh kontrak percetakan wang kertas polimer RM5 untuk Note Printing Australia Limited.

Menurut kenyataan SPRM, bagi tuduhan pertaman, tertuduh yang juga ejen Note Printing Australia Limited di Malaysia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu memberi suapan secara tunai RM50,000 pada 24 November 2004 di EON Bank cawangan Jalan Taipan, Subang Jaya, dan kemudian pada 15 Februari lalu di tempat yang sama.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan dan minta untuk dibicarakan.

Dia diwakili oleh peguam Gurbachan Singh dan Manjeet Singh Dhillion.

Kes membabitkan tertuduh kedua ini didengar oleh Hakim Asmadi Husin.

Hakim menetapkan wang jaminan sebanyak RM50,000.00 bagi kedua-dua tuduhan dengan seorang penjamin.

Kesnya juga akan didengar pada 2 Ogos ini.

Pembangkang tak menang jika kami tak adil, kata SPR

Posted: 01 Jul 2011 02:23 AM PDT

BANGKOK — Pembangkang tidak ada peluang langsung untuk memenangi kerusi pilihan raya sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan telus dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata semua pilihan raya umum dan kecil akan dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) sahaja jika SPR bertindak sedemikian.

"Kalau SPR tidak adil dan telus, bagaimana pembangkang boleh memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lepas . . . tak kan nak menang semua negeri, baru SPR dianggap adil dan telus," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau berada di sini sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya umumnya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput.

Abdul Aziz berkata kemenangan atau kekalahan sesebuah parti atau calon pilihan raya bergantung kepada keadaan dan bukan kerana SPR memberi pertolongan atau tidak.

"Di Malaysia, parti atau calon akan menang jika pengundi suka. Buatlah apa apa pun, tidak akan mengubah keadaan tersebut," katanya.

Abdul Aziz berkata memang sudah menjadi lumrah di mana-mana negara pun, bukan di Malaysia sahaja, parti yang kalah akan menjadikan badan pengendali pilihan raya sebagai sasaran mereka.

"Tidak bermakna bila (parti atau calon) kalah, SPR tidak adil," katanya.

Beliau berkata dalam 16 pilihan raya kecil lepas, ada masa BN menang dan ada masa pula pembangkang yang menang — BN memenangi lapan kerusi manakala pembangkang pula lapan kerusi.

"Dalam pilihan raya Sarawak, kerusi BN berkurangan dan adakah ini bermakna SPR tidak adil dan telus?," tanya beliau.

Abdul Aziz berkata pada penilaian beliau, SPR telah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya setelah mengendalikan 12 pilihan raya umum dan beratus-ratus pilihan raya kecil.

Dalam mengumpamakan SPR seperti pengadil bola, beliau berkata: "Biasalah . . . pasukan yang kalah akan menyatakan mereka kalah kerana pengadil tidak adil."

Beliau berkata isyarat yang cuba dihantar oleh cadangan mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai adalah kononnya SPR tidak adil dan dikongkong oleh parti pemerintah.

"Kalau SPR gitu, tak kan ia dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand ini," katanya.

Beliau berkata para pemerhati antarabangsa dari 12 negara lain yang menyertai misi itu langsung tidak bertanyakan kepadanya perkembangan berhubung cadangan mengadakan perhimpunan haram itu.

"Ini kerana mereka iktiraf dan yakin SPR sebagai badan yang banyak mengendalikan pilihan raya. Mereka yakin pilihan raya Malaysia telus dan bebas," katanya.

NGO himpun di Jambatan Pulau Pinang jika Himpunan Bersih kekal

Posted: 01 Jul 2011 02:21 AM PDT

GEORGE TOWN — Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang merancang mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai ini jika Himpunan Bersih 2.0 yang dirancang pada 9 Julai diteruskan.

Yang Dipertua Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Pulau Pinang Datuk Ahmad Saad berkata, tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.

"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat.

"Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya pada sidang media hari ini.

Dipetik laporan Bernama Online, beliau berkata semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak.

"Kami rayu Ambiga (Datuk Ambiga Sreenevasan) dan kumpulannya supaya membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ahmad berkata perhimpunan haram itu tidak perlu diadakan kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Beliau juga mendesak kerajaan menahan golongan yang merancang perhimpunan haram itu bagi mengelak daripada perhimpunan itu diteruskan.

Antara NGO yang hadir pada sidang media hari ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia dan Persatuan Melayu Tanjong.

Dua firma Australia dicaj sogok pegawai Malaysia, dua negara lain

Posted: 01 Jul 2011 02:20 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Polis Persekutuan Australia mendakwa dua firma mencetak mata wang dan enam bekas pegawai kanannya kerana memberi rasuah kepada pegawai-pegawai asing termasuk dari Malaysia untuk mendapatkan kontrak membekalkan mata wang.

Securency International Pty Ltd — salah satu firma utama di dunia mencetak mata wang — dan Note Printing Australia Ltd didakwa memberi sogokan dalam bentuk duit dan biasiswa universiti kepada pegawai-pegawai kerajaan Indonesia, Malaysia dan Vietnam antara 1999 dan 2005.

Menurut laporan AFP hari ini, ketua Polis Persekutuan Australia Chris McDevitt berkata kesemua enam rakyat negara itu berusia antara 50 dan 66 tahun dan pernah memegang jawatan penting sebagai ketua eksekutif, ketua pegawai kewangan dan ejen jualan bagi Securency atau Note Printing Australia Ltd.

Tertuduh terdiri daripada Myles Curtis, John Leckenby, Mitchell Anderson, Peter Hutchinson, Barry Brady dan Rognvald Marchant.

Mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11.5(1) dan 70.2(1) Akta Kanun Jenayah 1995, yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan atau denda A$1.1 juta. (sekitar RM3.6 juta).

McDevitt juga berkata siasatan masih dijalankan dan kemungkinan ada dakwaan susulan.

Dakwaan itu dibuat selari dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dua orang iaitu bekas penolong gabenor Bank Negara dan seorang ahli perniagaan masing-masing di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Menurut kenyataan media yang diperoleh dari laman web Polis Persekutuan Australia, pihaknya telah memulakan siasatan ke atas kedua-dua syarikat itu sejak dua tahun lalu.

Menurut pihak berkuasa itu, pengurus-pengurus kanan kedua-dua firma berkenaan menggunakan ejen-ejen jualan antarabangsa untuk memberi rasuah bagi memperoleh kontrak mencetak nota mata wang di negara-negara terbabit.

Menurut kenyataan itu lagi, pengurus-pengurus kanan dari kedua-dua firma berkenaan menggunakan ejen-ejen jualan antarabangsa untuk memperoleh kontrak mencetak mata wang.

"Polis menahan enam bekas pekerja kanan syarikat-syarikat dalam satu siri tangkapan awal pagi ini di negeri Victoria.

"Pihak berkuasa Malaysia yang turut bekerjasama dengan polis Australia juga menahan dua orang ekoran siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," kata laporan Associated Press.

Securency, yang berpejabat di Craigieburn, utara Melbourne, merupakan syarikat separuh ada milik Reserve Bank of Australia iaitu bank pusat negara itu.

Syarikat tersebut merupakan perintis dalam bisnes mengeluarkan nota mata wang polimer dan menyediakan khidmat bagi 31 negara termasuk Australia, New Zealand, Vietnam dan Brazil.

Note Printing Australia Ltd, yang turut berpejabat di Craigieburn, merupakan syarikat milik penuh Reserve Bank of Australia dan pencetak pertama menghasilkan mata wang polimer.

Ia merupakan pendakwaan pertama di bawah undang-undang rasuah asing yang dikuatkuasakan oleh Canberra pada 17 Disember 1999.

"Siasatan Polis Persekutuan Australia dijalankan serentak dengan soal siasat yang dikendalikan oleh pasukan penguat kuasa undang-undang antarabangsa, melibatkan kerjasama signifikan Pejabat Penyelewengan Serius (SFO), SPRM, Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Polis Kebangsaan Indonesia," kata kenyataan Polis Persekutuan Australia lagi.

Kenyataan itu menambah, seorang pegawai kerajaan dari Indonesia menerima sogokan bagi mendapatkan projek usaha sama bagi pihak Securency dan Note Printing Australia Ltd manakala di peringkat Malaysia pula, seorang pegawai kanan diberi rasuah untuk mendapatkan kontrak bagi Note Printing Australia Ltd.

Malah menurutnya, seorang pegawai kerajaan Vietnam pula menerima rasuah dalam bentuk biasiswa universiti bagi mendapatkan kontrak bagi pihak Securency.

Gabenor Reserve Bank of Australia Glenn Stevens yang dipetik laporan Associated Press berkata tiada pihak dalam bank pusat tersebut didakwa terlibat dalam kes terbaru ini.

"Reserve Bank of Australia mengecam keras amalan rasuah ini," kata Stevens.

Perdana Menteri Australia enggan mengulas kes ini buat masa sekarang.

Jangan guna demonstrasi jalanan, Najib beritahu peguam

Posted: 01 Jul 2011 02:12 AM PDT

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR— Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta para peguam agar menggunakan saluran perundangan bukannya turun ke jalan untuk mengetengahkan tuntutan dan rasa tidak puas hati mereka.

Perdana Menteri (gambar) memberi pandangan ini ketika tinggal satu minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 — yang disokong oleh parti-parti politik dan sekumpulan 60 pertubuhan bukan kerajaan termasuk Lawyers for Liberty dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Peguam-peguam yang merupakan profesional tidak perlu terlibat dalam demonstrasi kerana kita sebuah negara berdaulat dengan adanya undang-undang dan perlembagaan," kata beliau.

Isu pemilih: SPR seolah-olah cuci tangan salahkan kerajaan, kata GPMS

Posted: 01 Jul 2011 01:51 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah bertindak "cuci tangan" dalam isu pembaharuan sistem pilihan raya melibatkan pindaan undang-undang, khususnya berkaitan peraturan pendaftaran pemilih secara automatik.

Ia juga merupakan salah satu daripada lapan tuntutan yang dibawa oleh Bersih 2.0 kepada perhatian SPR baru-baru ini.

Dengan merujuk kepada tuntutan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, Presidennya Jais Abdul Karim berkata, SPR sepatutnya bertanggungjawab dan bertindak lebih telus dalam memperkenalkan sistem pengundian secara automatik bagi mereka yang mencapai 21 tahun.

Sambil mengakui SPR juga ada memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti sistem undi pos dan kaedah biometrik menentukan status pengundi pada hari pengundian, Jais berkata, SPR sepatutnya bertindak lebih proaktif untuk membawa pindaan baru ke atas undang-undang lama atau prosedur zaman merdeka yang sudah lagi sesuai dengan era semasa.

"Ada perkara yang kita kena akui SPR melakukan pembaharuan, tetapi hal ini (pendaftaran pemilih secara automatik) mereka macam cuci tangan," kata beliau.

"SPR macam nak cuci tangan... saya tidak melihat SPR memihak kepada kerajaan BN, tidak... tetapi SPR cuba menyalahkan kerajaan... sepatutnya SPR perlu lebih bertanggungjawab," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Jais yang menghadiri forum "Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?" anjuran Institut Perkembangan Minda di sini semalam mengemukakan soalan sama ada perkembangan semasa iaitu tuntutan Bersih ada kaitan dengan kegagalan SPR mendengar pandangan pelbagai pihak.

Jais berkata beliau difahamkan banyak tuntutan dibawa ke perhatian SPR sepanjang dua tahun lalu tetapi tidak menemui jalan penyelesaian.

Suruhanjaya itu mendakwa pihaknya berhadapan dengan kekangan undang-undang.

Malah dalam syornya semalam Jais juga menyarankan agar SPR memperkenalkan sistem pendaftaran pemilih secara automatik.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang merupakan penceramah pada forum itu berkata, undang-undang semasa tidak memungkinan perkara itu diamalkan.

Malah kata beliau, rakyat perlu mengambil tanggungjawab untuk mendaftar diri sebagai pemilih dan digunakan cara memaksa.

Wan Ahmad juga berkata mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan SPR hanya bertindak sebagai pengurus perjalanan pilihan raya manakala soal penggubalan undang-undang terletak di tangan kerajaan.

Malah kata beliau tiada negara yang menyaksikan kehadiran pengundi sehingga 90 peratus dan sebagainya.

Malah Wan Ahmad berkata, untuk meminda Perlembagaan Persekutuan memerlukan undi majoriti dua pertiga yang mana ia sukar untuk dicapai buat masa sekarang.

Sebarang cadangan bagi pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik perli melibatkan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Buku panduan yang diedarkan SPR semalam menunjukkan sekiranya pendaftaran secara automatik dilaksanakan tetapi ia tidak disusuli dengan peruntukan pengundian secara wajib, maka peratusan keluar mengundi akan merosot dengan teruk, berkemungkinan sekitar 50 peratus.

Malah menurut Wan Ahmad, yang juga bekas setiausaha SPR, salah satu kajian yang dijalankan oleh universiti awam tempatan menunjukkan bahawa faktor malas menjadi punca utama mengapa ramai enggan mendaftar sebagai pemilih.

Kini ada sekitar empat juta orang yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Sebaliknya jelas Jais, beliau percaya bahawa jika pindaan itu dibawa ke Parlimen majoriti wakil rakyat - wakil kerajaan dan pembangkang di Parlimen akan menyokong.

Kata Jais, jika kesemua peruntukan yang hendak dipinda disekalikan ataupun digabungkan termasuk isu daftar pemilih yang menjadi kontroversi sekarang, pihaknya yakin wakil rakyat Pakatan Rakyat juga akan menyokong.

"Saya kecewa dengan hujah-hujah tadi (yang diberikan oleh SPR semalam)... saya hairan apabila beliau memberikan alasan," kata Jais sambil menambah apa yang dibawa Bersih 2.0 juga bukan merupakan perkara baru.

"Sebahagian besar isu yang mereka (Bersih 2.0) bawa sudah pun dikemukakan oleh banyak pihak termasuk parti-parti politik sebelum ini," kata Jais.

Sehubungan itu Jais juga berpandangan bahawa isu Himpunan Bersih 2.0 sudah pasti tidak wujud jika SPR telah mengambil pendekatan mendengar dan menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan selama ini.

"SPR sepatutnya menyediakan saluran-saluran yang membolehkan pelbagai pihak memberikan pandangan... kalau saluran ini ada, saya pasti badan-badan seperti Bersih ini tidak wujud, kena ada saluran untuk menyalurkan idea," kata Jais yang turut menambah, apabila Bersih 2.0 membawa idea-idea ini, dilihat sebagai berat sebelah kerana disokong parti pembangkang lalu ia ditolak.

GPMS juga mengakui ada tuntutan Bersih 2.0, misalnya tempoh berkempen 21 hari adalah terlalu lama dan sukar untuk diterima banyak pihak.

Jais juga berkata ada juga aspek dalam sistem pilihan raya di negara ini yang sudah sesuai dengan perkembangan semasa dan oleh itu, Malaysia juga tidak perlu mengikut formula dan peruntukan yang digunakan di negara-negara lain.

Harga Barang Terus Membunuh Rakyat Malaysia Di Bawah? Terkini Nescafe Akan Naik Harga 7%!!

Posted: 30 Jun 2011 09:55 PM PDT

harga barang naik Harga Barang Terus Membunuh Rakyat Malaysia Di Bawah? Terkini Nescafe Akan Naik Harga 7%!!

Kemeriahan pesta harga barang naik lagi tak dilihat akan berhenti setakat ini sahaja. Satu demi satu sekarang ini sedang "menunggu giliran" dan waktu yang sesuai menaikkan harga produk masing-masing. Kalau pergi beli barang dengan bawa duit bernilai RM50 berapa sahaja yang boleh dibeli. Ertinya nilai wang kita semakin rendah. Yang mana dahulu belajar ekonomi, inilah waktu yang sesuai untuk merasai sendiri dalam kehidupan seharian

Sejak daripada awal bulan Jun 2011 lalu:

Kemudian bagi senarai harga barang naik termasuklah :

  • Harga roti Gardenia
  • Harga ikan
  • Harga ayam
  • Harga susu
  • Dan lain-lain lagi & begitu yang akan datang.

Anda ada nak tambah senarainya? Anda juga boleh update setiapkan kenaikan harga di ruangan komen di bawah…

senarai harga barang naik Harga Barang Terus Membunuh Rakyat Malaysia Di Bawah? Terkini Nescafe Akan Naik Harga 7%!!

Terbaru, produk Nestle dijangka akan dinaikkan harga sehingga 7% Nestle bermula 1 Julai 2011. Kalau diikutkan produk Nestle dah naik harga sejak 1 Mei 2011 lagi sebanyak 6% selepas kenaikkan harga gula sebelum itu.

Sambutan Hari Raya dah tak lama lagi, memang sinonim kalangan masyarakat kita yang beragama Islam untuk berbelanja lebih sedikit. Tak cukup dengan produk Nestle, Cola juga tidak mahu ketinggalan menaikkan harga produk mereka. Berapa anggaran kenaikkannya masih belum ada pengumumana rasmi lagi daripada mereka. Nantikan sahaja…..

"Nestle have announced another price increase for the ever popular Nescafe and other ranges of everyday Malaysian favourites. It is no wonder their share price keep increasing as shareholders are getting happier with greater profits! The rumour is already in the market right now and will take effect by next month soonest. We will get you more details of this development as soon as we can get our hands on something more concrete. Stay tune for further notice with us."

Selepas kerajaan Malaysia mula mengurangkan subsidi dan membenarkan kenaikan harga tarif eletrik, kini tiba pengusaha lori pula ingin naikkan upah sewa lori sehingga 18 peratus.

Upah Sewa Pengusaha Lori Pula Naik 18 Peratus!

KUALA LUMPUR – Pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan.Menurut Naib Presiden Persatuan Pengusaha Lori Tangki Bumiputra Malaysia Berhad, Samiron Safar, kenaikan itu wajar memandangkan kadar upah RM13.50 satu tan bagi setiap perjalanan ketika ini tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lalu."Kalau tidak naik memang kami akan gulung tikar sebab selama ini kadar yang dikenakan paling minimum dan pengusaha terpaksa tanggung kos diesel sebanyak RM200 sehari tidak termasuk kos tayar dan upah pemandu."Justeru, kami akan berbincang dengan pelanggan untuk menaikkan kadar upah yang baru tidak kurang RM3 satu tan," katanya.

harga barang naik 2 Harga Barang Terus Membunuh Rakyat Malaysia Di Bawah? Terkini Nescafe Akan Naik Harga 7%!!

Ia dilihat daripada rantaian besar dek kerana perubahan dasar bagi kadar harga diesel bersubsidi, tarif elektrik dan harga gula sehingga menyebabkan penghantaran stok melalui lori mereka bagi produk Nestle & Cola sedikit terjejas, operasi kilang mereka turut juga terjejas dan Nestle juga menggunakan gula yang dah naik harga tempoh hari. Jadi, mahu tidak mahu mereka perlu lakukan sesuatu. Lagipun mereka orang bisnes. Jadi, kesimpulan naik harga bagi menampung kos kenaikkan yang mereka hadapi. Akhirnya, yang menerima akibatnya siapa?

Kalau dilihat sekarang harga barang di Malaysia dah macam negara-negara maju dan elit di dunia. Dah tak pandang belakang dah. Naik bak roket Soyuz meluncur laju ke angkasa lepas. Harga barang terus meningkat 3,4 kali ganda tetapi sayangnya ia tidak setara dengan pendapatan rakyat Malaysia yang golongan pertengahan dan bawahan tidak kiralah yang bekerja swasta ataupun kerja kerajaan.

  • Harga barang di Malaysia dah hampir capai seperti di negara maju
  • Gaji kakitangan awam masih lagi seperti negara kelas ketiga.

Disaat rakyat golongan pertengahan & bawahan dihimpit dengan masalah ini, semalam kita terus disuapkan dengan berita perbelanjaan "mewah" melibatkan kos utiliti rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri. Erm…

P/S : Nampak canggung di situ. Apa pendapat anda semua dengan situasi harga barang naik di Malaysia ketika ini?

Tren Terakhir Stesen Tg Pagar Dipandu Sultan Johor

Posted: 30 Jun 2011 09:47 PM PDT

Ditulis oleh Shakira Buang
SINGAPURA : Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di stesen Tanjong Pagar di sini melabuhkan tirai dengan diiringi linangan air mata pengunjungnya malam tadi, setelah 80 tahun menaburkan jasa menghubungkan rakyat di Semenanjung dengan Singapura.

Sebaik sahaja tren terakhir yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bergerak meninggalkan stesen tepat pukul 11 malam, para pengunjung stesen itu turun beramai-ramai ke landasan untuk merakamkan gambar serta mengutip batu kerikil di landasan untuk dijadikan kenangan.

Laporan Bernama Online menyebut ramai di kalangan pengunjung kelihatan menitiskan air mata selepas tren terakhir itu berlepas. Sultan Johor memandu tren terakhir itu sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan KTMB di stesen itu.

Tepat jam 12 tengah malam, stesen yang telah beroperasi selama lapan dekad memberikan perkhidmatan menghubungkan Malaysia dan Singapura sejak 1932 itu menghentikan operasinya dari stesen itu secara total.

Bermula hari ini, perkhidmatan KTMB dari Singapura akan beroperasi dari stesen kereta api Woodlands.

Terdahulu, Sultan Johor yang diiringi putera baginda Tengku Temenggong, Tengku Idris, serta puteri Tengku Amina tiba di stesen itu pada pukul 10.20 malam seterusnya dibawa meninjau persekitaran stesen berkenaan oleh pegawai kanan KTMB yang bertugas.

Keberangkatan rombongan diraja itu disambut meriah oleh ribuan pengunjung serta para media sama ada tempatan mahupun antarabangsa yang begitu teruja menunggu sejak lewat petang bagi merakamkan detik bersejarah perjalanan terakhir tren itu.

Bersih 2.0 Tiada Kaitan Dengan Usaha Pakatan Rampas Putrajaya

Posted: 30 Jun 2011 09:45 PM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz
KUALA LUMPUR : Presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim menolak sebarang dakwaan mengaitkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

Malah jelas beliau, fokus program itu adalah mudah dan khusus bagi mendesak pilihan raya adil dan bersih melalui lapan tuntutan yang telah disenarai-pendekkan dalam Bersih 2.0.

Dalam forum 'Hard-Talk on Bersih 2.0' yang dianjurkan baru-baru ini, Haris menegaskan bahawa tiada tekanan politik bersabit program yang bakal dianjurkan nanti.

Beliau mengambil pendirian merujuk kepada ucapan Presiden Bersih, Datuk Ambiga Sreenavesan pada pelancaran minggu lalu menyatakan program tersebut hasil inisiatif badan bukan kerajaan (NGO).

Malah beliau berkata telah menjemput parti Barisan Nasional (BN) untuk menyertai perhimpunan itu walau bagaimanapun pelawaan tersebut ditolak.

Namun demikian katanya, respon daripada kepimpinan Pakatan Rakyat amat menggalakan seraya akan membantu melancarkan program itu nanti.

"Bersih bukan berhasrat untuk membina struktur parti politik. Fokus kami sangat jelas iaitu pilihan raya bebas dan adil. Sama ada anda sistem dua parti atau lebih, kami hanya mahu bebas dan adil," kata beliau di hadapan peserta yang hadir.

Haris berkata antara lain usaha mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama menyertai perhimpunan Bersih telah mula dilakukan dengan menghubungi bakal penyokong setiap hari.

"Sebenarnya saya semak buku telefon setiap hari membuat panggilan kepada sepuluh orang dan menyuruh mereka menyertai Bersih sehingga mereka kata mereka datang," tambah beliau lagi.

Sehingga kini hampir 100 orang aktivis dan pemimpin politik telah ditahan polis di seluruh negara menjelang perhimpunan pada 9 Julai itu nanti.

Terbaru, ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai ditahan polis hari ini didakwa merancang perhimpunan awam.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sebuah majlis di Hotel Sri Pasific hari ini berkata, Bersih 2.0 sebagai pencetus momentum untuk Pakatan Rakyat merampas Putrajaya daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

Dalam masa yang sama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak agar kepimpinan negara berhenti mengancam dan mengugut rakyat yang ingin melakukan perhimpunan aman di ibu negara.

Namun menurut Haris, pendirian Bersih tidak berganjak untuk melaksanakan sepertimana yang telah dirancang.

Haris menjelaskan perarakan pada 9 Julai nanti akan tertumpu di Lembah Klang.

Namun menurutnya, berdasarkan respon yang diterima melalui panggilan telefon kepada urusetia Bersih, masyarakat di Sabah dan Sarawak turut mengambil langkah sama melancarkan perhimpunan solidariti bagi menyatakan sokongan kepada Bersih 2.0 yang akan berlangsung di ibu negara.

Jelas Haris, Bersih tidak berhasrat untuk membuat perhimpunan sama di negeri-negeri lain namun beliau mengalakkan rakyat seluruh negara untuk turun ke Kuala Lumpur pada hari itu nanti.

"Kita ada rakyat di Sabah yang menghubungi kami dengan mengatakan mereka akan menganjurkan perhimpunan solidariti di Kota Kinabalu pada 9 Julai termasuk di Sarawak," kata beliau.

Antara soalan yang diajukan kepada Haris termasuk tindakan lanjut Bersih sekiranya tuntutan itu nanti tidak akan dilayan.

Beliau berkata, jawantakuasa Bersih telah memmpunyai rancangan seterusnya namun beliau akan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara itu. an tapi beliau idak ingin menyatakan lagi.

Namun beliau optimis jumlah penyokong yang besarkan akan turun memberi sokongan seperti yang dirancangan.

"9 Julai nanti apa yang akan anda lihat adalah sekurang-kurangnya 150 ribu masayarakat Malaysia memakai baju putih," ujarnya lagi.

Sementara itu Haris ditanya jika masyarakat antarabangsa akan turut mengambil bahagian di seluruh dunia pada hari yang sama.

Katanya, sehingga kini program itu dijangkakan akan mendapat liputan meluas seluruh dunia disertai rakyat antarabangsa di empat buah negeri di Amerika Sayrikat, Pnom Phenh, Taiwan, Seoul, London, Singapura dan tiga negeri di Ausralia.

Jelas beliau sekiranya rakyat memikirkan masa hadapan demokrasi negara maka hasrat untuk turut serta harus diperkuatkan.

Terdapat juga soalan di mana segelintir ahli Umno-BN berhasrat untuk menyertai perhimpunan itu nanti, namun kumpulan ini khuatir sekiranya mereka dilabel sebagai mengkhianati parti.

"Kalau parti politik lebih penting daripada bebas dan adil maka mereka akan terus menyembunyi dibelakang Umno walhal mereka kami semua melakukan perbersihan. Tidak mengapa kami akan tolong bersihkan untuk mereka," jelasnya lagi.

Haris menjangkakan perkhidmatan awam seperti bas dan Aliran Transit Ringan (LRT) akan dipantau oleh pihak berkuasa selain menutup beberapa stesen berhampiran kawasan perhimpunan.

Oleh yang demikian katanya sebagai langkah persediaan awal, Haris menasihatkan penyokong-penyokong untuk menghampiri lokasi berkumpul samada melalui berjalan kaki atau basikal.

Malah beliau turut mencadangkan agar penyokong-penyokong bermalam di ibu negara untuk mengelakkan sebarang halang oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

"Kita jangan membenarkan mereka mematahkan semangat kita. Kita perlu ada kesungguhan untuk melihat hasil perkara ini. Jadi fikirkan untuk mula berjalan dan hentikan hasrat untuk memandu ke pusat bandar.

"Jangan takut. Jangan benarkan orang yang patutnya berkhidmat untuk kita, membuli kita. Telah sampai masanya kita dibenarkan untuk menggunakan kuasa perlembagaan untuk menentukan. Siapa yang memerintah dan bagaimana mereka memintah kami yang tentukan sebab kita adalah ketua. Mari tunjukkan kepada mereka kita adalah ketua pada 9 Julai nanti," tegas beliau.

PAS Serah Aduan Kepada PAC, Siasat KP JKR

Posted: 30 Jun 2011 09:43 PM PDT

Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad
KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menyerahkan aduan kepada jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) berhubung konflik terdapat dua ketua pengarah di Jabatan Kerja Raya (JKR).

Aduan itu diserahkan kepada Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid.

Turut serta Ahli Jawatankuasa PAC, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Menurut Mahfuz, aduan itu dibuat bagi menggesa PAC menyiasat pelanggaran prosedur lantikkan serta implikasi kewangan kerajaan kerana terpaksa membayar gaji kepada dua orang ketua pengarah.

Katanya tindakan itu merujuk kepada jawatan itu yang kini disandang oleh Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim dan Datuk Mohd. Noor Yaacob.

Akhir April lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan Datuk Seri Dr. Judin ditukar jawatan daripada Ketua Pengarah JKR kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Tempatnya itu diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.

Bagaimanapun pertukaran itu ditolak Judin sekaligus menjadikan wujud dua ketua pengarah di jabatan itu. Menurut peraturan yang ada, pegawai Turus 3 seperti Judin berhak menolak sebarang pertukaran sebegitu jika beliau tidak bersetuju dengannya.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, perlantikan dan pertukaran yang dibuat KSN itu melanggar, Perkara 134 Perlembagaan Persekutuan.

"Cara pelantikkan ketua pengarah yang baru dan cara peminjaman yang nak dibuat ke atas Datuk Judin ke atas CIDB tidak mengikut proses yang betul di mana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan." katanya.

Ia termasuk Fasal 12 dan 13 PU (A) 176 berkaitan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan Perkara 4(a) Bahagian II, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan KSN membohongi Yang di-Pertuan Agong dalam isu perlantikan itu.

Ujarnya lagi, KSN sepatutnya perlu mendapatkan persetujuan tiga pihak iaitu pihak yang hendak mengeluarkan pegawai, pihak yang hendak menerima dan pegawai itu sendiri sebelum menghadap Agong.

Sehubungan itu, beliau akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu.

Majlis Perundangan Dan Gaji Negara Tindas Pekerja, Kata PR

Posted: 30 Jun 2011 09:39 PM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak
KUALA LUMPUR : Majlis Perundangan dan Gaji Negara yang disarankan oleh kerajaan Umno-BN adalah satu lagi bentuk penindasan warga kerja, kata Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani.

Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Abdullah Sani mendakwa, pembentangan rang undang-undang berkenaan di Parlimen jelas menunjukkan kuasa sebenar ada pada Menteri dan bukan kepada Majlis tersebut.

"Rang-undang-undang ini sebenarnya tiada batas dan matlamat serta tak tentu arah. Peranannya hanya sebagai satu kajian. Kajian ini bersifat Ia tak boleh menjurus kepada keputusan

"Peraturan 5 di bawah fasal 5 jelas menunjukkan kuasa menteri melantik kelompok jawatankuasa majlis ini untuk jalankan kajian dan laporkan kerajaan. Tidak ada kuasa putus mereka dari kelompok mana," tegas Abdullah Sani.

Beliau mempersoalkan cadangan bahawa Majlis itu hanya akan 'membentangkan' syor dan cadangan kepada Menteri dan segala kuasa kelulusan hanya ada pada Menteri dan tidak memberikan keadilan kepada 11.3 juta pekerja negara ini.

"Pengerusi daripada kumpulan mana? Timbalan, Setiausaha dari mana? 5 orang anggota pegawai awam dan 5 anggota wakili pekerja. Pekerja ni nelayan pun boleh. Tukang kebun pon pekerja. Adakah mereka dari persatuan yang diiktiraf," kata beliau yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malayia (MTUC).

"Sebab pengakhir pada pelantikan ini dan keputusannya menteri. Dan majlis ini bagi syor, tak semestinya syor diambil. Kalau di Korea Selatan, Majlis seperti ini buat syor, kerajaan kena ikut. Tetapi kita ini, Majlis mencadangkan dan cadangan itu akan ditentukan oleh Menteri. Akhirnya menterilah yang memegang kuasa veto," katanya lagi.

Perdebatan Rang Undang-undang di Dewan Rakyat hari ini hangat apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional seperti Bung Moktar Radin dan N. Gobalakrishnan menuduh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak menyokong pembelaan kaum pekerja.

Pakatan Rakyat memkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja Malaysia di dalam buku Jingga.

Gagasan itu juga bertekad memperkenalkan Akta Peluang Saksama bagi memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua rakyat, jika mengambil alih Putrajaya.

Malah, Abdullah Sani yang turut berkecimpung berbelas tahun dalam kesatuan Pekerja sehingga pernah menjawat jawatan Naib Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencabar Menteri yang bertanggungjawab untuk terus mengisytiharkan gaji minima kerana keputusan Majlis ini kelak tetap dimiliki Menteri.

"Cadangan saya, ketepikan majlis ini dan terus wartakan gaji menimum. Tapi harus dibuat seperti 1974, bila Tun Razak wartakan Cola sebagai wajib.

"Undang-undang ini bakal jadi retorik, tak ada tempoh masa 2010 ke, 2011 ke, yang ada hanya mesyuarat 4 kali setahun. Bila buat cadangan menteri akan kata ya atau tidak. Negara apa yang seorang saja buat keputusan ni? Di Amerika, keputusan parlimen, di UK, keputusan Parlimen. Kalau macam itu, menteri boleh lantik semua orang dia. Pemandu dan tukang kebun.

"Kita sekarang ni, nak menuju ke arah rakyat berpendapatan tinggi dan harus diberikan atas konteks kuasa mutlak. Mesyuarat ini tak ada langsung kuasa mutlak. Undang-undang apa ni, Ini undang-undang kunta-kinta. Gari kakit, gari tangan suruh buat kerja.," tegas beliau lagi.

Kisah jernih, keruh dan bersih…

Posted: 30 Jun 2011 09:37 PM PDT

Ooi Heng

"Tuhan mengajarkan Adam nama-nama seluruhnya, yang apabila diminta malaikat menyebut nama-nama itu malaikat gagal menyebutnya, tetapi Adam menyebutnya dengan sempurna. Itulah kelebihan makhluk bernama manusia - ilmunya. Manusia adalah makhluk berilmu. Kerana berilmunya itulah maka para malaikat sujud hormat kepada manusia. Tetapi pada ketika itu juga iblis mengisytiharkan permusuhannya yang berterusan terhadap manusia."

Cukup bersemangat ucapan Che Shamsudin Othman yang lebih dikenali dengan nama Dinsman semasa beliau dijemput membicarakan peranan penulis sempena Hari Ilmu oleh Kerajaan Negeri Selangor.

"Maka bermulalah zaman pancaroba di negara ini, yang merosakkan satu demi satu nilai-nilai murni dan institusi-institusi penting dalam masyarakat, hingga hari ini keadaannya sudah menjadi begitu parah sekali."

Merujuk kepada detik-detik hitam pada ketika bumi bersih ini dikeruhkan, Dinsman berbicara secara terus terang, bahawa "keengganan para penulis, budayawan dan ilmuan, termasuk ulama kita memainkan peranan"; bahawa "kebanyakannya membisu, manakala yang bertugas di media mereka seperti berpakat membuat pembohongan demi pembohongan, membantu pihak berkuasa mempertahankan kuasa, walaupun pihak berkuasa itu jahat, zalim dan dimarahi rakyat", maka saya teringatkan hari kesepuluh bulan kesebelas empat tahun yang lepas, pada ketika bumi yang keruh lagi mengeruhkan dibersihkan, rakyat seramai 40,000 membanjiri kota dipaparkan keesokan harinya oleh media aurs perdana sebagai 4,000 atau 400.

Tahun 2007 tahun bersejarah. Kini sejarah berulang dengan sedikit perbezaan. Tindakan penangkapan rejim pemerintah sedang berlangsung. Dunia menyaksikan bagaimana bacaan puisi seorang "penulis, budayawan dan ilmuan" diberhentikan dan dikeruhkan suasananya susulan ancaman dan tindakan penangkapan supaya "kebanyakannya membisu", supaya "Unggun Bersih" menjauhi lanskap minda kota, supaya "Shit" tidak kembali menguningkan kota.

Apabila sesebuah parti pemerintah terdesak untuk mempertahankan lanskap kuasa, maka lanskap minda dikorbankan. Biarkan sahaja kekeruhan institusi sedia ada. Asalkan lanskap kuasa dapat bertahan.

Wahai konco-konco parti pemerintah, jangan salah faham! Saya bukan berbicara mengenai kekuningan kota dan kaitannya dengan kecacatan sistem pilihan raya. Yang saya nak bicarakan ialah kecacatan pemerintah merangka sebuah belanjawan. Apabila lanskap minda dikorbankan dan lanskap kuasa sahaja dipertahankan, maka rejim kewangan yang kurang bijaksana dipakai selama-lamanya.

Rupa-rupanya kecacatan rejim kewangan berkait rapat dengan kecacatan rejim pemerintah. Semasa Belanjawan 2011 dibentangkan bulan Oktober tahun lepas, Menteri berperut buncit cuba melakar gambaran bahawa kerajaan bijak menguruskan kewangan negara malahan ditonjolkan betapa kerajaan berazam mengawal defisit fiskal negara dalam lingkungan 5.4%.

Apabila Dewan Rakyat kembali bersidang Jun ini, tiba-tiba Kementerian Pelajaran menuntut pertambahan peruntukan sebanyak RM1.314 bilion untuk menampung pembayaran emolumen kakitangan awam sementara Kementerian Kesihatan pula menuntut pertambahan peruntukan sebanyak RM1.009 bilion untuk menampung kekurangan emolumen pada tahun 2011 untuk Pegawai Perubatan pelbagai gred dan skim.

Kebijaksanaan kerajaan BN?

Apakah demi "menjernihkan" defisit fiskal negara supaya terkawal dalam lingkungan 5.4%, pemerintah "mengeruhkan" peruntukan kementerian dengan mengurangkan peruntukan emolumen semasa pembentangan Belanjawan 2011 dan kini kembali menuntutnya? Inikah yang bergelar kebijaksanaan pemerintah merangka sebuah belanjawan yang kononnya menyakinkan dari segi tata kelola peruntukan dan perbelanjaan?

Apabila diimbas kembali sejarah kewangan negara dan dihalusi bagaimana sebuah belanjawan bersih dikeruhkan, rakyat yang mengutamakan lanskap minda pasti dapat membezakan hakikat sebenar daripada angka-angka yang menjadi paparan propaganda dalam dunia yang didominasi oleh mereka yang ghairah dengan kekeruhan lanskap kuasa.

Misalnya, Belanjawan 2009 mencadangkan defisit fiskal sebanyak 3.6% daripada Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) namun angka sebenar 2009 menunjukkan defisit adalah sebanyak 7.0%.

Satu lagi misalan, Belanjawan 2008 mencadangkan defisit fiskal sebanyak 3.1% daripada KDNK namun angka sebenar 2008 menunjukkan defisit sebanyak 4.8%. Maka apakah angka sebenar defisit fiskal 2011 apabila Belanjawan 2011 secara sengaja atau tidak sengaja tidak memasukkan peruntukan emolumen yang sepenuhnya? Seolah-olah pegawai kerajaan yang ditugaskan untuk membuat perancangan peruntukan kementerian tidak memahami keperluan kementerian. Ataupun, pegawai kerajaan terpaksa mengikut selera Menteri berperut buncit semasa merangka sebuah belanjawan dan terpaksa mengetepikan kebijaksanaan diri?

Negara Greek yang pada satu ketika dahulu terkenal dengan idea-idea ahli falsafah Socrates, Plato dan Aristotle kini berhadapan dengan krisis hutang negara yang cukup serius sehingga pelbagai pihak menjangkakan krisis kewangan sedunia 2008 mungkin kembali menghantui dunia kewangan.

Apa yang berlaku di Greek...

Apabila diteliti angka-angka berkaitan termasuk defisit fiskal negara Greek yang melambung tinggi sehingga mencecah 15.4% pada tahun 2009, mungkin tidak munasabah jika dibandingkan Malaysia dengan Greek. Namun, penelitian hala tuju rejim kewangan adalah mustahak kerana lanskap minda pihak yang menguruskan perihal kewangan negara bakal mencorakkan lanskap kewangan dan ekonomi negara.

Misalnya, defisit fiskal negara Greek pada tahun 2004 sekadar 5.8%. Namun hala tuju rejim kewangan membawa malapetaka kepada lanskap kewangan dan ekonomi negara Greek. Lima tahun kemudian, defisit fiskal negara Greek mencecah 15.4%. Unjuran defisit fiskal negara kita pada tahun 2011 ialah 5.4%. Namun, peninjauan pembekalan tambahan dan kemusyikilan terhadap mentaliti pemerintah semasa merangka sebuah belanjawan menimbulkan rasa kebimbangan pelbagai pihak yang prihatin dengan hala tuju rejim kewangan.

Apa yang akan berlaku dalam masa lima tahun akan datang? Jika sekiranya trajektori Greek mencorakkan lanskap kewangan dan ekonomi negara kita pada masa depan, saya bimbang, lonjakan angka sebenar hutang dan defisit fiskal negara bakal memeranjatkan menteri-menteri berperut buncit yang juga bermuka kekuning-kuningan.

Rejim pemerintah Greek didapati memanipulasi angka sebenar defisit fiskal negara. Defisit fiskal negara Greek pada tahun 2010 yang dikatakan berkisar sekitar 6-8%, kemudian didapati telah melonjak kepada 9.1%. Pendedahan seterusnya bukan sahaja menyangkal angka rasmi yang diumumkan oleh pemerintah malahan memeranjatkan dunia kewangan dengan angka 12.7%.

Sementara itu, angka hutang dan defisit fiskal negara kita yang diumumkan oleh pemerintah semacam berpatutan. Namun, bukan semua pihak merasa yakin dengan angka rasmi yang diumumkan oleh pemerintah. Umpamanya, Angka yang dibekalkan oleh Thompson Reuters jauh berbeza dengan angka rasmi Kerajaan Malaysia.

Sementara nisbah hutang negara kepada KDNK dikatakan telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, angka Thompson Reuters pula mengatakan bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepai paras 80%. Sebagai perbandingan, nisbah hutang negara Greek kepada KDNKnya telah melepasi paras 120%.

Menurut senarai bond yang dikeluarkan untuk Malaysia oleh Thompson Reuters Eikon, setakat Jan 2011, jumlah bond adalah lebih daripada RM500 billion tetapi angka yang diumumkan oleh Menteri berperut buncit menyatakan angka berkaitan hanyalah lebih kurang RM200 billion.

Setelah memahami asas-asas kepada kebimbangan pelbagai pihak terhadap kemampuan rejim pemerintah menguruskan kewangan negara, nampaknya banyak lagi institusi yang perlu dibersihkan namanya supaya yang keruh itu dijernihkan.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Gotong-royong BERSIH-kan dewan, selepas forum dibatalkan

Posted: 30 Jun 2011 09:33 PM PDT

Chan Kim Ming, Chen Shaua Fui

Forum berjudul "Rakyat hanya jadi bos apabila pilihan raya bersih", yang diadakan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, berakhir dengan kegiatan "gotong-royong membersihkan dewan", setelah menerima tekanan daripada pihak polis, semalam.

Forum ini pada asalnya mengambil tempat di Sekolah Menengah Pay Fong Melaka, namun beralih ke Dewan Perhimpunan Cina Melaka, setelah polis memberi tekanan kepada pihak sekolah.

Bagaimanapun, suasana tegang terus menyelubungi kawasan sekitar Sekolah Menengah Pay Fong Melaka, semalam, yang satu kilometer jaraknya dari Dewan Perhimpunan Cina Melaka. Polis membuat sekatan di tiga jalan masuk yang utama ke Sekolah Pay Fong, dan empat atau lima kereta polis berhenti di depan sekolah tersebut. Polis membuat rondaan di sekitar kawasan itu, dan sebuah trak polis juga berada di situ.

Pada jam kira-kira 8 malam, Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Melaka, Kua Sin Kheng bersama beberapa pimpinan berjaya menembusi sekatan polis dengan bendera, penyapu, pencuci dan sebagainya, dan tiba di Dewan Perhimpunan Cina Melaka untuk memaklumkan hadirin bahawa forum tersebut dibatalkan. Malah, beliau memohon maaf kepada hadirin.

Seterusnya, Kua Sin Kheng mengumumkan bahawa mereka akan memulakan kegiatan "gotong-royong bersihkan dewan". Panelis forum, iaitu Wong Chin Huat yang juga ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 turut menyertai "gotong-royong" tersebut.

Kua Sin Kheng berkata, Sekolah Menengah Pay Fong Melaka berdepan dengan tekanan setelah bersetuju untuk meminjam tempatnya untuk diadakan forum tersebut. Bagaimanapun, Kua Sin Kheng berkata mereka memahami keadaan yang dihadapi pihak sekolah, maka mengalih forum itu ke Dewan Perhimpunan Cina Melaka. Disebabkan kesuntukan masa, maka mereka tidak sempat memaklumkan perkembangan terbaru kepada hadirin. Kira-kira 100 orang hadir, dan mereka bersama menyanyikan lagu "Negaraku".

Sampaikan mesej "BERSIH"

Walaupun forum terpaksa dibatalkan pada akhirnya, namun mereka menggantikannya dengan kegiatan "gotong-royong", untuk menyampaikan mesej "kekotoran perlu dibersihkan".

Forum ini dijadualkan untuk berlangsung pada 7.30 petang, 29 Jun 2011, dianjurkan bersama oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Melaka, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dan beberapa pertubuhan tempatan.

Timbalan Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Melaka, SK Chin ketika dihubungi MerdekaReview berkata, polis sebelum ini telah memberi katanya bahawa forum ini tidak akan berjaya diadakan. Pihaknya telah menjangkakan bahawa polis akan melakukan sesuatu untuk menghalang forum ini, cuma tidak pasti sejauh manakah tahapnya.

Bagaimanapun, penganjur telah bersedia untuk berdepan dengan apa-apa keadaan yang berlaku, setelah memutuskan untuk mengadakan forum ini, menurutnya. SK Chin sebagai penganjur juga meluahkan kemarahannya, kerana ia bukan kesalahan untuk mengadakan forum, dan apa yang berlaku semalam adalah pencabulan terhadap kebebasan bersuara dan berhimpun.

Beliau menambah, masyarakat seharusnya mengecam sikap polis yang keras semalam.

*Chen Shaua Fui dan Chan Kim Ming ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 29 Jun 2011.

Pengamal media diminta tonjolkan kerosakan yang berlaku dalam Perhimpunan BERSIH 2.0

Posted: 30 Jun 2011 09:32 PM PDT

Lim Hong Siang

Pengamal media stesen radio dan televisyen diminta untuk menonjolkan adegan "kerosakan yang dilakukan peserta demonstrasi" dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, dan mengelakkan adegan "keganasan polis ketika menyuraikan peserta demonstrasi".

Adegan "kerosakan" yang dimaksudkan termasuklah pembakaran kereta, kedai, kesesakan lalu lintas dan sebagainya; sementara adegan "keganasan polis" termasuklah adegan polis atau FRU memukul peserta ketika menyuraikan perhimpunan.

Demikianlah panduan yang diberikan oleh seorang pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada pengamal media elektronik, dalam Seminar Kawal Selia Kandungan 2011 yang diadakan di auditorium SKMM, hari ini. Sebanyak 22 kumpulan syarikat media elektronik dijemput untuk menyertai seminar ini.

Seminar ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, mengandungi tujuh sesi taklimat, "bertujuan untuk mewujudkan platform perbincangan rasmi antara SKMM dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan badan-badan penyiar swasta mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan agar mutu dan kualiti kandungan penyiaran dapat diterjemahkan oleh badan-badan penyiar dalam idea yang segar, kreatif serta berkesan."

Seorang pengamal media yang menyertai seminar tersebut memberitahu MerdekaReview, bahawa panduan di atas diberikan oleh pegawai SKMM setelah salah seorang pengamal media membangkitkan soalan ini. Malah, pegawai SKMM yang memberi panduan itu meminta agar kata-katanya tidak didedahkan kepada umum (off the record).

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bakal mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011, menuntut agar sistem pilihan raya direformasikan. Kerajaan dan polis telah memberi amaran sekeras-kerasnya, malah mengambil tindakan untuk menangkap dan menahan pemimpin yang terlibat, sebagai langkah untuk memastikan agar perhimpunan ini digagalkan.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 01 Jul 2011 03:51 PM PDT

Panas! Anak YB Iskandar, Exco Selangor Ditumbuk Dan Ditikam!

Posted: 01 Jul 2011 03:00 PM PDT

Serangan Ke Atas Anak YB Iskandar A. Samad : Polis Digesa Menyiasat Dari Segala Sudut.

Saya amat berharap pihak Polis akan menyiasat dari segala sudut di dalam kejadian serangan ke atas anak saya di Pulau Pinang awal pagi Rabu.

Anak saya seorang pelajar semester kedua sebuah IPTA telah ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi di sebuah pangsapuri di Seberang Jaya yang disewanya bersama 2 orang pelajar lain.

Pada lebih kurang jam 3 pagi, lima orang lelaki berjaya memasuki pangsapuri itu setelah mengaku diri mereka anggota Polis.

Setelah dibenarkan masuk, mereka telah menggari 2 orang rakan anak saya dan terus menyerang dan menikam anak saya.

Selepas mencederakan beliau, mereka telah membawa lari komputer riba, telefon bimbit dan dompetnya.

Pada pendapat saya, kejadian ini bukan kes rompakan biasa kerana,

1) Mereka datang ke pangsapuri itu bertujuan untuk mencari anak saya dengan memanggil nama penuhnya.

2) Mereka hanya menyerang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

3) Mereka hanya membawa lari barang-barang anak saya dan tidak rakan-rakannya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis yang sedang menjalankan siasatan.

Saya amat menghargai akan kerjasama pihak Polis yang memaklumkan kepada saya status penyiasatan yang sedang berjalan.

Walau bagaimanapun saya berharap pihak Polis akan menyiasat dari semua sudut termasuk sudut politik.

Lebih-lebih lagi kita berada di dalam suasana di mana pihak media setiap hari meniup api permusuhan di kalangan rakyat dengan pembohongan bahawa terdapat pihak yang mahu mencetuskan huru hara. Mereka juga sentiasa berusaha untuk melaga-lagakan rakyat dengan hasutan-hasutan yang meracuni fikiran mereka.

Tetapi walau apa sekalipun motif serangan tersebut, saya berharap mereka yang bertanggung jawab akan ditahan dan didakwa secepat mungkin demi keselamatan pelajar-pelajar lain dan masyarakat di Seberang Jaya amnya.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah menyelamatkan anak saya dari kecederaan yang lebih parah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau ketika saat yang mencabar ini terutamanya kakitangan institut pengajian tinggi beliau, pihak hospital, pihak Polis, rakan-rakan beliau dan orang ramai yang telah sudi membantu.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan /
ADUN Chempaka
1 Julai 2011

Walau apa pun halangan, Bersih akan tetap diteruskan- Maria Chin

Posted: 01 Jul 2011 07:46 AM PDT

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun pihak polis menegaskan akan memastikan perhimpunan itu tidak akan berlaku.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis.

Namun sekiranya gagal, katanya, perhimpunan itu akan tetap diteruskan.

"Kalau mereka berkeras saya amat kecewa dengan tindakan mereka. Namun kita masih memohon agar sesi dialog akan dibuat untuk kali kedua.

"Apapun kami tetap akan mengusulkan dan membuat rundingan sekali lagi.Walau apapun halangan, perhimpunan akan diteruskan," kata Maria ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Beliau memberi reaksi berhubung kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini, bahawa polis telah menutup semua pintu rundingan dengan penganjur.

Ia ekoran pertemuan Pengerusi Bersih 2.0, S Ambiga dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam bagi mencari jalan rundingan dengan polis sendiri menentukan jalan laluan peserta Bersih ke Istana Negara. Bercakap pada sidang media di Bukit Aman,

Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta perhimpunan itu.

Menurut Maria, Bersih kecewa kerana polis masih berkeras, malah mengancam menggunakan ISA yang secara jelas mencabuli hak asasi manusia.

"Polis sudah tidak ada idea dan cara lain selain kekerasan iaitu ISA, saya nak tanya PM kenapa bila kita dah buka cara untuk berdialog dan cuba berbincang tapi masih lagi tidak dapat terima?," soal beliau.

Menurut Maria, Bersih telah memberikan cadangan dan usul yang munasabah untuk diterima pihak polis. "Ianya mudah dengan memberitahu tiga tempat berlainan di mana tiga kumpulan akan berkumpul untuk berarak,"

"Kita juga menjamin keselamatan peserta kerana Bersih sendiri sudah menyediakan 5000 petugas untuk mengawal keselamatan dan perarakan juga tidak akan melebihi 2 hingga 3 jam," kata Maria.

Umno perlu tahu — Lagi menekan lagi rakyat jauhinya — Aspan Alias

Posted: 01 Jul 2011 07:35 AM PDT

1 JULAI — Nampaknya tekanan terhadap Bersih bertambah hebat. Usaha untuk menggagalkan perhimpunan itu dengan paksaan awal dan tindakan pre-emptive dengan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju-T Bersih.

Pada hari ini kedengaran Ketua Polis Negara juga berkata bukan saja setakat baju T tetapi kasut dengan bus juga tidak boleh melambangkan perjuangan untuk menuntut demokrasi secara adil dan saksama.

Omar Din seorang guru silat tersohor negara juga memberikan amaran jika Bersih teruskan juga rally itu jangan salahkan beliau jika anak-anak silat beliau akan bertindak kasar terhadap rakyat yang memperjuangkan keadilan. Sebelum ini Perkasa telah menggertak akan mengadakan rally itu jika bersih tidak membatalkannya.

Pemimpin-pemimpin Umno juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak Umno. Sekarang Omar Din pula menjadi jurucakap Umno. Umno sendiri kehilangan hidayah dalam menghadapi rancangan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih.

Banyak pihak yang tidak tahu untuk bercakap, telah dengan lancang bercakap dan tidak seorang yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukan keadaan tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kehadapan mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.

Masing-masing bercakap dengan garang dan "heroic" untuk menunjuk maco dengan harapan dianggap sebagai manusia yang mempunyai "consequence" yang hebat. Bermacam-macam cara untuk menempelkan diri kepada ramai yang mereka sayangkan negara sambil menonjolkan diri masing-masing dan mengharapkan dapat perhatian pihak yang tinggi.

Dalam kumpulan pemimpin yang banyak kelemahan, mereka selalunya amat bergembira dengan keadaan kucar kacir kerana dalam keadaan aman pemimpin-pemimpin pengecut ini selalu tidak akan timbul dan mendapat perhatian ramai. Itulah sebabnya terdapat mereka yang sudah berusia seperti saya masih lagi menjadi aktivis untuk meletakan diri dan wajah mereka berada di dada-dada akhbar khususnya di dalam media perdana.

Cara ini memangnya satu cara yang lazim dilakukan semasa dahulu dan rakyat akan terpengaruh dengan cara ini. Tetapi sekarang rakyat yang sudah terbuka pandangannya dengan pengaruh dunia moden ini mereka dengan mudah memahami maksud dan tujuan mereka berkelakuan begini.

Rakyat sudah pandai membaca dan membelek "air di dalam tunggak"; tahu yang mana satu yang jujur dan yang mana yang hanya berpolitiking dengan keadaan yang ada untuk menaiki tangga sosial melalui politik tadi.

Kita terlalu defensif seperti kita ini dari pihak pembangkang. Oleh kerana kita suka mengambil sifat seperti pembangkang saya merasakan yang rakyat akan meletakan mereka di tempat yang secucok dengan mereka, iaitu untuk duduk di kerusi pembangkang di dalam dewan-dewan lagisltaif negara.

Maka rakyat dari sekarang sudah mempunyai persepsi yang Umno dan Barisan Nasional sudah selayaknya untuk menyesuaikan dengan sikap defensive mereka itu dengan duduk di pihak pembangkang.

Cara dan sikap mereka pun akhir-akhir ini memang seperti parti yang hendak jadi pembangkang. Bagaimana rakyat hendak memberikan tempat sebagai pihak yang berkuasa jika sikap dan cara kita layaknya untuk menjadi pembangkang?

Jika Umno masih berselera untuk menjadi pihak yang memerintah, maka pemimpin-pemimpin parti ini wajar kembali kepada sifat dan kualiti sebagai pemerintah dan bersifat "magnanimous" yang tinggi… ada "class" kata anak-anak muda sekarang.

Orang tua-tua dahulu selalu berkata, seorang berdarah raja jika dia menjadi tukang sapu sampah pun dia tetap raja. Tetapi kalau orang itu sengkek (toman kata orang NS) jika kita letakan mahkota di kepala mereka pun, ia tetap sengkek.

Itulah sebabnya jika hendak menempah songkok, tempahlah dari tukang songkok. Jangan tempah dari pembuat kasut. Nanti songkok akan rupa kasut pula. Itulah yang berlaku sekarang. Yang tidak layak menjadi pemimpin di angkat menjadi pemimpin. Yang layak menjadi pemimpin sentiasa diketepikan.

Begitulah pentingnya "disposition diri" bagi mereka yang bercita-cita hendak jadi pemimpin. Jika tidak mampu untuk berbuat demikian elok duduk dengan saya di kedai kopi mamak sahaja. Sesudah makan tosai, kita pesan pula roti canai. Kita duduk di mana selayaknya kita.

Kepimpinan negara akan dilihat sebagai kepimpinan yang tempang jika orang yang memimpin itu bukannya yang selayaknya duduk di atas kerana ianya akan memudharatkan sistem kerajaan yang ada di bawahnya. Mereka yang jenis ini akan merasakan yang sistem yang "rigid" untuk kebaikan negara itu membebankan mereka. Sistem yang baik akan menghalang dari mereka menunjukan kuasa.

Kita harus mengambil isu kelayakan ini sebagai perkara besar di dalam kepimpinan negara. Jika kita hanya mereka yang sepatutnya berada di sana maka tidak timbul masalah "attitude" dalam kepimpinan. Jika kita pilih pemimpin yang baik tidak timbul ada permainan ilmu hitam misalnya kerana mereka yang mempraktikan ilmu hitam ini adalah orang yang paling rendah darjatnya kerana sanggup menduakan Tuhan yang maha Esa.

Tidak akan timbul juga tindakan menunjuk-nunjuk dengan "door gift" yang mahal seperti jam yang "diamond-studded" kepada jemputan yang menghadiri majlis pertunangan atau perkahwinan anak kita. Kekayaan kita tidak perlu ditunjuk-tunjuk kerana ianya akan membeza nilai keperibadian seseorang itu.

Jika pemimpin yang duduk dalam "public office" yang tinggi orang ramai akan bertanya. "dimanalah mereka ini dapat kekayaan hingga berkemampuan untuk memberi hadiah yang bermillion harganya ini?"

Itulah sebabnya kita melihat rakyat begitu ramai memberikan sokongan moral terhadap NGO Bersih ini… bukannya kerana mereka menyokong Bersih tetapi mereka terlalu mual dengan apa yang dilihat mereka di dalam kepimpinan negara kita.

Rakyat sayangkan negara mereka kerana ini sahajalah negara tempat mereka berteduh. Itu sebabnya rakyat akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan negaranya ditadbir oleh mereka yang selayaknya diyakini.

Kita boleh salahkan sesiapa juga, tetapi jangan sekali-kali menyalahkan rakyat. — aspanaliasnet.blogspot.com

Tidak peduli kempen cemar, Bersih 2.0 teruskan kempen

Posted: 01 Jul 2011 06:53 AM PDT

Oleh Melissa Chi

PETALING JAYA, 1 Julai — Meskipun berhadapan dengan siri amaran dan dakwaan bahawa dipengaruhi oleh fahaman komunis, sekretariat Bersih menegaskan pihaknya akan meneruskan rancangan menganjurkan perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil atas alasan pihaknya tidak mencabar sesiapa.

Polis pula menegaskan pihaknya akan memastikan perhimpunan 9 Julai ini tidak menjadi kenyataan manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) melarang orang ramai menjauhkan diri daripada pergerakan Bersih atas alasan ia dipengaruhi oleh agenda politik Pakatan Rakyat.

"Saya merayu kepada kerajaan agar bertindak rasional. Atasi isu-isu yang diletakkan di atas meja dan berikan kami satu penjelasan ... jangan serang pertubuhan madani.

"Mereka fikir mereka mematikan saraf kempen ini. Sebenarnya, ia sudah menjangkaui sekretariat ini. Rakyat adalah saraf," kata Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah di sini.

Premis Empower dan Women's Aid Organisation (WAO) bertindak sebagai sekretariat Bersih, yang diserbu oleh polis dua hari lalu.

Tujuh sukarelawan dipanggil untuk soal siasat selain bahan terbitan dan kemeja-T Bersih 2.0 dirampas oleh polis.

Gambar Samsiah Fakeh dan CD Abdullah, bekas pemimpin-pemimpin Parti Komunis Malaya yang sudah diharamkan juga dirampas, dan ia digunakan untuk mengaitkan pertubuhan bukan kerajaan itu dengan komunis.

Maria berkata dakwaan mengaitkan pihaknya dengan komunis satu tindakan mahu melemahkan pertubuhan tersebut.

Kini kesemua bahan berkaitan dengan Bersih 2.0 dianggap sebagai haram.

Maria berkata Bersih 2.0 yang dianggotai oleh 62 pertubuhan bukan kerajaan telah menghimpunkan 5,000 orang yang akan bertindak sebagai pekerja keselamatan manakala 100 doktor bertindak sebagai pasukan perubatan dan peguam untuk bertindak jika ada tangkapan.

"Jika ada sebarang keganasan, sudah pasti ia tidak akan datang dari Bersih," kata beliau sambil menambah, pihak polis seharusnya bekerjasama dengan mereka untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan aman.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sudah menutup semua bentuk perbincangan dengan penganjur-penganjur yang mahu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini.

Pengarah Eksekutif WAO Ivy Josiah berkata Bersih 2.0 tiada niat untuk mencabar kerajaan dan perhimpunan minggu depan dilihat sebagai satu ancaman.

"Kami tidak mencabar sesiapa. Kami hanya mahukan pilihan yang bebas dan adil. Ini bukan satu pertandingan," katanya.

Kenyataan media oleh Teresa Kok Suh Sim

Posted: 01 Jul 2011 05:00 AM PDT

Kenyataan media oleh Teresa Kok Suh Sim di Shah Alam pada hari Jumaat, 1hb Julai 2011:

Serangan yang bersifat partisan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad kepada Bersih 2.0 membuktikan bahawa SPR sendiri tidak bebas dan ia merupakan musuh kepada pilihan raya bersih dan adil di Malaysia

Fitnah Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Wan Ahmad Wan Omar mengenai Bersih 2.0 sebagai alat Pakatan Rakyat, membuktikan lagi kepada rakyat Malaysia bahawa SPR sendiri bukanlah sebuah badan yang bebas dan ia tidak boleh diharap untuk menegakkan hak sivil rakyat untuk pilihanraya yang bersih dan adil .

Permintaan Wan Ahmad supaya Bersih menjarakkan entitinya dengan Pakatan Rakyat adalah nakal, mengelirukan dan tidak adil kerana Bersih telah mengambil keputusan dengan menolak sebarang keahlian dari mana-mana parti politik untuk mengelakkan tuduhan yang tidak wajar sebagaimana selepas perhimpunan Bersih 2007. Kini Bersih merupakan gabungan lebih dari 60 buah NGO dan orang-orang awam dan tiada penglibatan dari parti politik.

Selain itu, Bersih juga sentiasa cuba untuk menjalin hubungan dengan semua parti politik di Malaysia termasuk Barisan Nasional (BN), bagi menarik sokongan supaya melaksanakan lapan tuntutan untuk perubahan sistem pilihanraya. Bagaimanapun usaha Bersih tidak diberi perhatian malah diabaikan, diketepikan dan ditolak oleh pemimpin BN.

Lapan tuntutan Bersih untuk melakukan reformasi pilihan raya adalah adil, wajar dan ianya merupakan satu keperluan penting dalam sistem demokrasi yang sihat di seluruh dunia. Lapan tuntutan adalah seperti berikut:

Bersihkan senarai pengundi

Mereformasikan undi pos

Gunakan dakwat kekal

Tempoh kempen minimum 21 hari

Akses media yang bebas dan adil

Memperkukuhkan institusi awam

Hentikan rasuah

Hentikan politik kotor

Jika SPR dan kerajaan melaksanakan lapan tuntutan di atas, kerajaan yang dipilih hari ini akan mempunyai legitimasi yang lebih baik dalam maksud kredibaliti pemerintahannya. Hanya sebuah kerajaan korup, yang merompak kuasa melalui pilihanraya yang kotor dan dengan sokongan daripada SPR yang berat sebelah, akan menentang lapan tuntutan ini dan terus memburukkan gerakan masyarakat sivil yang menyokong mereka.

Saya ingin mengingatkan Wan Ahmad, pada Forum Awam bersama SPR yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), bertempat di MBPJ pada 22 Februari 2011, dihadiri oleh kira-kira 200 orang awam bahawa, Wan Ahmad telah hadir dan rekod menyatakan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan mana-mana tuntutan reformasi pilihanraya yang dicadangkan oleh Bersih kerana batasan undang-undang kepada SPR, SPR hanya diberi kuasa "untuk menjalankan dan mentadbir pilihan raya".

Wan Ahmad juga berkata, "Saya harap anda patut pergi kepada Perdana Menteri dan Peguam Negara dengan cadangan pembaharuan tersebut kerana SPR tidak boleh berbuat apa-apa."

Oleh itu, Wan Ahmad harus bersyukur kerana Bersih mempunyai keberanian dan integriti untuk mendesak melakukan perubahan sistem pilihanraya bahawa SPR tidak punya kuasa untuk melaksanakannya dan SPR harus memberikan sokongan yang penuh kepada perhimpunan awam Bersih pada 9 Julai ini.

Sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad harus sedar bahawa lapan permintaan Bersih untuk reformasi pilihanraya akan dapat membantu SPR menjadi organisasi yang benar-benar bebas daripada kuasa eksekutif, malah menjadikan SPR lebih berkuasa sebagai sebuah institusi yang dihormati dan bertaraf dunia.

Lebih daripada itu, ia akan memperlihatkan SPR sebagai penentang yang kuat kepada Bersih seperti boneka BN dan menjadi musuh kepada pilihanraya yang bersih dan adil.

* Teresa Kok Suh Sim, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, EXCO Kanan Selangor & Ahli Parlimen Kawasan Seputeh

Kenyataan Media berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Posted: 01 Jul 2011 04:45 AM PDT

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato' Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan oleh laman portal Malaysiakini.com bertarikh 30 Jun 2011 bertajuk "SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut".

Menurut laporan tersebut, Wan Ahmad mendakwa bahawa Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH), Dato' Ambiga Sreevenasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik pembangkang untuk membantu Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Kenyataan Wan Ahmad adalah tidak bertanggungjawab dan menzahirkan watak sebenar beliau yang selama ini dilihat sebagai alat kepada pimpinan UMNO dan sistem yang rosak. Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas.

Adalah malang apabila Wan Ahmad gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali. Ketaatan membuta-tuli beliau kepada UMNO jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada 'government of the day' dengan taat kepada 'governing party'.

Beliau turut dilaporkan oleh laman berita The Malaysian Insider sebagai berkata komponen Pakatan Rakyat sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional yang memperlihatkan kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil sejak tahun lalu.

Pilihan raya yang bebas dan adil tidak memungkinkan seseorang itu mengetahui siapakah yang akan menang dalam sesuatu pilihan raya.

Sebaliknya, apabila Wan Ahmad menzahirkan kenyataannya bahawa Barisan Nasional semakin kuat, maka timbul persoalan apakah beliau sudah merancang sesuatu bagi menjamin kemenangan UMNO dan Barisan Nasional? Kalau inilah peranan yang dicatur oleh Wan Ahmad, maka pilihan raya di Malaysia sememangnya tidak lagi bebas dan adil!

Wan Ahmad seharusnya faham dan menghayati peranan SPR yang termaktub dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, di mana SPR merupakan sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab bagi menyelia dan mengelola pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. Asas utama dalam mengendalikan pilihan raya yang bebas dan adil ialah daftar pemilih yang bersih untuk menjamin tidak berlaku pengundian berganda oleh seorang pemilih berdaftar termasuk undi pos.

Saya telah menyahut cabaran Wan Ahmad dan telah membuktikan secara berfakta bahawa Daftar Pemilih Induk 2010 yang diwartakan pada Mei 2011 adalah daftar pemilih yang terkotor dalam sejarah pilihan raya dan dakwaan saya telah diakui benar oleh SPR dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria bertarikh 24 Jun 2011. Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan serta merta. Beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR.

Wan Ahmad juga sewajarnya mengetahui bahawa SPR sama sekali tidak boleh berpihak atau mencampuri urusan mana-mana pertubuhan sama ada pertubuhan yang berkaitan dengan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH.

Lapan (8) tuntutan BERSIH iaitu (i) pembersihan senarai pengundi; (ii) reformasi undi pos; (iii) penggunaan dakwat kekal; (iv) tempoh kempen minima 21 hari; (v) memperkukuh institusi awam; (vi) menghentikan rasuah pilihan raya dan; (viii) menghentikan politik kotor; adalah bertujuan untuk menyuburkan demokrasi dalam negara dan memperkukuhkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.

Tuntutan-tuntutan ini sewajarnya dipandang serius dan positif oleh SPR dalam usaha untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan secara telus, bebas dan adil. SPR harus berlapang dada untuk menerima dan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh rakyat demi memperbaiki imej dan kredibiliti SPR yang dilihat sebagai tidak berwibawa dan bersikap berat sebelah.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat senantiasa mendukung sebarang usaha yang proaktif demi rakyat dan demi menjamin satu sistem demokrasi yang menjanjikan pilihan raya yang telus, bebas dan adil.

Sehubungan dengan itu, saya mewakili Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dengan ini menuntut supaya Timbalan Pengerusi SPR itu menarik balik kenyataan beliau atau meletakkan jawatan serta merta kerana telah menjejaskan kredibiliti SPR. Saya juga mencabar beliau supaya masuk dalam gelanggang politik UMNO dan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13!

MOHAMED AZMIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN
www.azminali.com

PERKASA Pinjam Minah Indon Untuk Demo? Bergambar

Posted: 01 Jul 2011 04:01 AM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/263000_10150231582573046_215868293045_6944498_5334320_n.jpg

perkasa?

pejuang islam?

kepala hotak lu!


Najib Ingat Peguam Bodoh Macam Puak Umno?

Posted: 01 Jul 2011 03:05 AM PDT

Jangan guna demonstrasi jalanan, Najib beritahu peguam

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta para peguam agar menggunakan saluran perundangan bukannya turun ke jalan untuk mengetengahkan tuntutan dan rasa tidak puas hati mereka.

Perdana Menteri memberi pandangan ini ketika tinggal satu minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 — yang disokong oleh parti-parti politik dan sekumpulan 60 pertubuhan bukan kerajaan termasuk Lawyers for Liberty dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Peguam-peguam yang merupakan profesional tidak perlu terlibat dalam demonstrasi kerana kita sebuah negara berdaulat dengan adanya undang-undang dan perlembagaan," kata beliau.

Polis akan pastikan perhimpunan 9 Julai tidak jadi, kata timbalan IGP

Posted: 01 Jul 2011 03:04 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menegaskan pihaknya menutup segala bentuk rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan tidak sah yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Jelas Khalid, keputusan itu dibuat selepas kesemua penganjur iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pemuda Umno dan Perkasa tetap berkeras meneruskan perhimpunan haram itu sambil memberi amaran bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Kami sudah memberikan penjelasan kepada mereka, memberi peringatan dan amaran tetapi mereka tetap tidak peduli. Kami akan memastikan perhimpunan ini tidak akan berlaku.

"Kami tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lagi. Bersiap sedia berhadapan dengan tindakan undang-undang," katanya.

Bercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta-peserta perhimpunan itu.

"Kami tidak akan bertolak ansur," katanya.

Semalam Bersih meminta polis sendiri mencadangkan satu laluan yang pihak berkuasa rasa sesuai untuk mereka mengadakan perarakan tanpa gangguan kepada sesiapa pun.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan pasukan pemantau pilihan raya ini telah mengemukakan cadangan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan harapan polis akan bersikap terbuka dan bekerjasama dengan gabungan tersebut.

Bagaimanapun Ismail menolak cadangan Bersih itu.

Khalid berkata Ismail telah mengadakan pertemuan dengan semua penganjur yang akan mengadakan perhimpunan minggu depan dan memberitahu kerisauan polis.

"Kami sudah jelaskan kepada mereka tentang kebimbangan peniaga, pengusaha pelancong, pemandu teksi dan orang ramai yang membantah perhimpunan itu.

"Tetapi mereka tetap berkeras, jadi kami akan gunakan undang-undang yang ada," katanya.

Khutbah Jumaat Wilayah label Bersih gerakan pelampau

Posted: 30 Jun 2011 11:48 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Selepas dikecam hebat dalam media arus perdana, Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai turut menjadi fokus khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan hari ini dengan menyifatkan penganjurnya sebagai gerakan pelampau.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali mengesahkan perkara itu.

Kata beliau, sebanyak 150 masjid termasuk di Putrajaya akan membacakan khutbah bertajuk "Memelihara Nikmat Keamanan".

"Ya . . . ya . . . kita akan gunakan khutbah khas itu sebab penting satu keamanan yang kita kecapi tidak mudah kita musnahkan," jawabnya ringkas.

Ditanya lebih lanjut, Che Mat bagaimanapun meminta agar terus mendapatkan kandungan khutbah Jumaat itu dari laman web agensi itu.

Teks khutbah itu berkata memelihara keamanan adalah satu perkara yang dituntut dalam semua agama.

"Sejarah telah membuktikan Nabi Ibrahim semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran.

Kita juga telah menyaksikan betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan," katanya.

"Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan, malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam," kata khutbah khas yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini.

Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus ke atas Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang mendapat sokongan padu Pakatan Rakyat.

Parti teras BN iaitu Umno dan Perkasa menentang keras Himpunan Bersih 2.0.

Justeru mereka juga mahu mengadakan perhimpunan balas pada hari yang sama.

Sejak sebulan yang lalu, Himpunan Bersih 2.0 dikecam hebat dalam media arus perdana, malah polis juga memulakan tindakan keras dengan menahan lebih 100 setakat ini.

Sekitar 2,000 laporan polis dibuat ke atas Himpunan Bersih 2.0.

Kata khutbah itu, Islam menolak mana-mana gerakan yang boleh menghuru-harakan keamanan sesebuah negara termasuk daripada gerakan pelampau.

"Mutakhir ini kita dibimbangi oleh gerakan golongan pelampau yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Bersih dan Adil.

"Golongan ini pada asasnya memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam.

"Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan," katanya.

Tegas khutbah itu, Himpunan Bersih 2.0 berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia dan politik untuk "meniru" keganasan di negara asing untuk menekan pemerintah negara yang diterajui BN.

"Apa yang paling malang lagi, golongan ini berlindung atas nama perjuangan hak asasi manusia, perjuangan politik, menggunakan media cetak dan elektronik, kemudahan Internet dan meniru tindakan keganasan yang berlaku di negara asing bagi menekan dan mengugut pemerintah serta rakyat di negara ini dalam memenuhi tuntutan mereka.

"Mimbar ingin menegaskan bahawa tindakan golongan pengkhianat seperti ini merupakan satu tindakan yang zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara ini sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia itu di dalam kebinasaan serta mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut