Jumaat, 1 Julai 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Masalah pondok menunggu bas di Terengganu

Posted: 30 Jun 2011 08:40 PM PDT



Utusan Malaysia, 1 Julai 2011. BARU-BARU ini ketika bercuti di kampung, saya mendapati infrastruktur jalan raya yang menghubungkan Kuala Terengganu ke Kuala Berang telah dinaik taraf kepada dua lorong, khususnya di kawasan pekan dan pusat pentadbiran daerah.

Bagaimanapun di beberapa tempat strategik, contohnya di hadapan Kompleks Pertanian Negeri, Ajil tidak mempunyai kemudahan pondok menunggu bas untuk kemudahan awam.

Di Pusat Latihan Bomba dan Institut Kemahiran Mara (IKM) Wakaf Tapai, hanya mempunyai kemudahan pondok menunggu bas bagi laluan Kuala Berang ke Kuala Terengganu. Ia tidak mempunyai kemudahan sama bagi laluan Kuala Terengganu ke Kuala Berang.

Saya amat berharap Datuk Yahaya Khatib selaku Exco dan ADUN Pengkalan Berangan serta Datuk Rasol Wahid (ADUN Ajil) dapat meneliti perkara ini selaras dengan saranan pucuk pimpinan negara agar permasalahan rakyat dapat diselesaikan seberapa segera.

MUSHTAK AHMAD MUSTAFFA
Bangi, Selangor

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_06.htm

350,000 pembeli Rumah Terbengkalai sertai BERSIH?

Posted: 30 Jun 2011 08:19 PM PDT

Macamana rakyat tak marah dengan kerajaan BN ni, sibuk pasalah Perhimpunan BERSIH, Rumah Mampu Milik di Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi, rupa-rupanya ada 350,000 pembeli rumah terbengkalai di Lembah Klang sahaja. Harap semua pembeli rumah terbengkalai ini akan sertai BERSIH.

Antara beberapa projek perumahan terbengkalai 1Malaysia di http://terbengkalai.blogspot.com

DERITA 350,000 PEMBELI RUMAH



SERAMAI 500 pembeli di lapan projek perumahan yang terbengkalai berhimpun di hadapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pusat Bandar Damansara bagi mendesak campur tangan dan tindakan tegas kerajaan terhadap pemaju yang terlibat, kelmarin.

Utusan Malaysia 1 Julai 2011

KUALA LUMPUR 30 Jun – Lebih 350,000 pembeli di lapan buah projek perumahan terbengkalai sekitar Lembah Klang kini semakin tertekan berikutan masalah yang mereka hadapi itu belum menampakkan sebarang tanda penyelesaian.

Pelbagai usaha sudah dilakukan dan yang terbaru, kira-kira 500 orang yang mewakili keseluruhan pembeli terbabit berkumpul di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini bagi membantah kegagalan pemaju menyiapkan projek mengikut jadual.

Dalam perhimpunan tersebut, mereka menyerahkan memorandum untuk meminta kementerian berkenaan campur tangan dan bertindak tegas bagi menangani masalah terbabit.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil pembeli, Mohd. Akram Mohd. Akhbar, 58, kepada wakil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Apa yang menarik ialah kesemua yang hadir memakai baju berwarna oren yang tertera tulisan "100,000 keluarga mangsa projek terbengkalai" bagi menyatakan perasaan mereka.

Rata-rata mereka terdiri daripada pembeli dari kawasan perumahan terbengkalai di Taman Ukay Bistari, Lestari Puchong Fasa 3, Taman Bukit Jalil, Taman Lestari Perdana, Taman Puncak Jalil, Bukit Pandan Bistari dan Lake Villa, Putra Perdana.

Mohd. Akram ketika ditemui berkata, projek-projek perumahan itu sudah dimulakan sejak 10 tahun lepas, namun sehingga kini pembeli masih tidak mendapat rumah yang mereka beli.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, para pembeli sering tertekan menanti rumah mereka yang tidak siap-siap walaupun pihak pemaju sering kali menjanjikan rumah akan siap dalam masa terdekat.

Ujarnya, selain tertekan, pembeli-pembeli itu juga kerugian dari segi kewangan kerana terpaksa membayar faedah pinjaman bank setiap bulan dan ramai yang sudah membayarnya sejak 10 tahun lepas.

"Kalau dihitung, rata-rata pembeli sudah membayar lebih RM 50,000 sepanjang tempoh itu tetapi rumah yang dibeli tidak juga disiapkan. Ramai juga yang terpaksa menyewa rumah lain," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pembeli merayu agar pihak kementerian segera mengambil tindakan sama ada mengarahkan pemaju yang terlibat menyiapkan projek mereka atau mencari pemaju ganti.

"Kami sudah tidak tahu lagi ke mana hendak mengadu...," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm


PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DI LAHAD DATU DEPAN MPOB
Aduan Rakyat Online – 30 Jun 2011

Kami berasa sangat sedih kerana Projek Pembinaan Rumah Sri Gemilang di Depan MPOB terbengkalai. Perumahan tersebut seharusnya siap pada tahun 2010 tetapi sampai sekarang belum siap.

Semasa kami mendaftar untuk membeli perumahan, kami sangat yakin kerana perumahan tersebut dikenalkan oleh YB Ustaz Suhaili yang merupakan ADUN N49 Tungku Lahad Datu.

Namun demikian keyakinan kami terhadap ADUN BN ini luntur sama sekali. Kami mengharapkan semoga kerajaan dapat melakukan tindakan segera bagi mengatasi masalah ini.

Keperhatian kerajaan terhadap masalah ini akan meraihkan sokongan rakyat kepada kerajaan pada pilihanraya umum ke 13 yang akan datang di Sabah.

By: RUKIAH

http://www.aduanrakyat.com.my/projek-rumah-terbengkalai-di-lahad-datu-depan-mpob

Ada Projek Pasar Gajah Putih di Pahang rupanya

Posted: 30 Jun 2011 08:18 PM PDT

PROJEK PASAR AWAM DI FELDA CHEMOMOI, TRIANG PAHANG YANG SIAP DIBINA TIDAK DIGUNAKAN DAN ROSAK.

Saya ingin membuat aduan berkenaan projek pasar awam di bawah kementerian luar bandar di Felda Chemomoi, Triang, Pahang yang sudal lama siap dibina tetapi tidak digunakan. Projek tersebut dibuat di atas tapak lama pasar di kawasan berkenaan.

Projek gajah putih itu telah mencacatkan pemandangan dan merugikan penduduk di kawasan berkenaan yang rata-rata terdiri daripada kelompok peneroka felda.

Disebabkan oleh masalah tersebut tidak membantu masyarakat setempat kerana tidak dibenarkan untuk berniaga dipasar tersebut dan menyukarkan penduduk kerana peniaga berniaga di banyak tempat dan tidak berpusat.

Saya meminta pihak aduan rakyat, Tv3 untuk menyiasat perkara tersebut bagi wang rakyat yang dilaburkan untuk projek berkenaan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Terima kasih.

Aduan Rakyat Online – 30 Jun 2011

http://www.aduanrakyat.com.my/projek-pasar-awam-di-felda-chemomoi-triang-pahang-yang-siap-dibina-tidak-digunakan-dan-rosak

Tiada ulasan:

Pengikut