Jumaat, 15 Julai 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Pengerusi PeBT Zon 11 mengetuai BERSIH

Posted: 14 Jul 2011 08:20 PM PDT

14 JUN 2011 SHAH ALAM : Pengerusi PeBT Zon 11 telah mengetuai aktiviti pembersihan di tanah perkuburan di perkampungan Jalan Kebun. Aktiviti ini yang juga merupakan aktiviti santai telah berjaya diadakan bagi persiapan menjelang Ramadhan. Selain masyarakat setempat aktiviti ini juga turut di sertai oleh para pekerja sebuah syarikat yang di lihat berpakaian Kuning. Namun di fahamkan pakaian tersebut sememangnya tiada kaitan samaada secara lansung ataupun tidak lansung dengan perhimpunan BERSIH 2.0 tempohari.

Sebelum memulakan aktiviti tersebut beliau yang juga merupakan pengerusi Biro Kebajikan Surau Al Falah Jalan Kebun yang bertanggungjawab menguruskan tanah perkuburan tersebut sempat memberikan penerangan berhubung dengan adab-adab yang perlu di pelihara ketika di tanah perkuburan. 

Sedang aktiviti pembersihan di jalankan datang segerombolan masyarakat yang difahamkan berkebetulan pada hari tersebut ada satu kematian salah seorang ahli di kariah untuk di kebumikan. Peserta juga sempat bersama dalam aktiviti pengkebumian tersebut. 

Aktiviti tersebut tamat sekitar jam 12.00 tengahari. Pihak MPP Zon 11 serta AJK Surau Al Falah merakamkan berbanyak terima kasih dengan keterlibatan sukarelawan mampu untuk bersama-sama dengan masyarakat dalam aktiviti amal sedemikian. Semoga aktiviti sedemikian dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan.

 Pengerusi PeBT sedang menyampaikan taklimat berhubung program berkenaan 

 Antara peserta yang hadir mendengar taklimat sambil memegang penyapu

Tiada ulasan:

Pengikut