DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA |
KENYATAAN MEDIA : RAMPASAN SATU LAKONAN? Posted: 06 Jul 2011 07:21 PM PDT RAMPASAN SATU LAKONAN? Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyelar tindakan pihak polis yang cuba mengaitkan rampasan sejumlah besar senjata termasuklah 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T berlogo BERSIH dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini. Semua senjata-senjata tersebut dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur. Telahan dan tuduhan tersebut hanyalah berdasarkan kepada penemuan baju T berlogo BERSIH bersama-sama senjata yang dirampas sepertimana yang dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meyangkal keras segala tuduhan tersebut dan meminta supaya pihak polis tidak terburu-buru di dalam menentukan kesalahan ke atas pihak tertentu tanpa ada pembuktian yang benar-benar kukuh dan munasabah. Hanya dengan penemuan baju T berlogo BERSIH, pihak polis sudah boleh menuduh pembabitan gerakan BERSIH sedangkan ianya boleh sahaja dicetak dan dikeluarkan oleh pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab maka kemampuan pihak polis untuk melakukan penyiasatan yang telus dan teliti boleh dipertikaikan. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup gusar sekiranya rampasan ini merupakan satu agenda ataupun lakonan baru pihak polis untuk terus menjustifikasikan tindakan mereka menangkap dan menahan pemimpin-pemimpin gerakan BERSIH 2.0. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga berpendapat tuduhan pihak polis bahawa agenda BERSIH diresapi pengaruh komunis adalah berniat jahat dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak hadir bersama-sama menjayakan Himpunan BERSIH 2.0. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap supaya pihak polis dapat melakukan penyiasatan terhadap isu ini dengan secara telus dan professional tanpa bias serta campurtangan pihak-pihak yang lain. USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN KETUA PEMUDA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR 06 Julai 2011 |
You are subscribed to email updates from DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan