Isnin, 25 Julai 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Ohpolitik!™

Posted: 25 Jul 2011 03:47 AM PDT

Ohpolitik!™


DAP Sindiket Arak MURAH di Petaling Jaya? TAKEBEER!!!

Posted: 24 Jul 2011 07:10 PM PDT

BEBERAPA pelanggan mendapatkan minuman keras dijual pada harga murah di lorong belakang Sunway Mentari, Petaling Jaya baru-baru ini.

Sebatang lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya adalah 'syurga' bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu lalu.

Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin.

Rahsia harga murah tersebut disebabkan arak dalam tin itu belum dibayar cukai dan sepatutnya adalah untuk dieksport.

Pihak berkuasa pula seolah-olah 'merestui' urusniaga itu dengan tidak melakukan sebarang serbuan atau penangkapan walaupun terdapat anggota polis yang berkawal kira-kira 25 meter saja dari lorong itu.

Siasatan unit khas Utusan Malaysia selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini mendapati, kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export).

anakbukitgantang says

Posted: 25 Jul 2011 03:28 AM PDT

anakbukitgantang says


13 May Modus operandi digunakan untuk menyerang Malaysia masa kini

Posted: 24 Jul 2011 09:33 PM PDT



Zulkifli Nordin mendedahkan Modus Operandi Pembangkang SAMA dengan pelaksanaan mereka semasa Rusuhan Kaum 13 May 1969- Modus Operandi  yang digunakan dan pemain utama adalah SAMA berdasarkan  National Operational  Council Report 1969 (NOCR)

Untuk makluman berdasarkan NOCR , Pemain utama semasa 13 May adalah Lim Kit Siang yang mana sekarang memegang jawatan penting dalam party DAP. Begitu juga anaknya Lim Guan Eng sudah memegang jawatan penting sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Semasa 13 May 1969 laungan "Bunuh Melayu" dibuat. Maka hari ini lanjutan Modus Operandi itu ialah anaknya LGE yg secara kebetulan menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dari tahun 2008-2011 telah banyak menginiayai banyak peniaga orang Islam tak kira Melayu atau India Muslim rujuk di DAP+Menganaiya+Peniaga+Melayu, bantahan justifikasi meroboh gerai di penang-isu-new-lane

.

Modus operandi lain yang menyerupai 13 May 1969 adalah menyahsensitif kepercayaan orang awam ke atas institusi DiRaja (derhaka kepada Raja dan sengaja tak mahu memakai songkok yg mana sebahagian pakaian rasmi DUN), Kehakiman (kes fitnanh DS Najib membunuh Altantuya, Surat Akuan Sumpah palsu Balasubramanian), Polis (BERSIH, kes adik Amirul), SPRM( kes Teoh Beng Hock), Tentera (Kapal Selam), mencabar Perlembagaan Persekutuan (isu biasiswa dan hak istimewa Melayu), mengaibkan Menteri (Nazri Aziz- terkini Rais Yatim yg telahpon memenangi kes saman malu RM 400,000 ke atas seorang blogger pro pembangkang)

Sehubungan dengan itu Zulkifli Nordin meminta Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja terhadap KESELAMATAN DALAM NEGARA masa ini!.

Lihat lagi pendedahan Zulkifli Nordin di Parlimen dalam video di bawah:

tunku

Posted: 25 Jul 2011 03:27 AM PDT

tunku


RCI Said To Be Ridiculed By Parties Who Cannot Accept Its Finding

Posted: 24 Jul 2011 09:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 24 (Bernama) -- People who cannot accept the Royal Commission of Inquiry (RCI) finding that political aide Teoh Beng Hock committed suicide are said to be ridiculing the concept of the commission.
A member of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Consultation and Prevention of Corruption Panel, Syed Akhbar Ali, said the non-acceptance could also be construed as disrespect for the laws of the country.
"I do not understand why they cannot accept the finding when the commission was formed on public demand and followed the due process of the law.
"If they accept when they like it and reject when it does not favour them then they are not respecting the commission," he told Bernama Sunday.
He was asked to comment on the statement by Bar Council President Lim Chee Wee that the body did not concur with the RCI's decision that Teoh committed suicide because it was unsupported by facts and evidence.
He said it was up to the Bar Council to appeal or challenge the finding in court but if the outcome was the same, it should be accepted with an open mind.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) law lecturer Assoc Prof Datuk Abd Halim Sidek said an investigation should be carried out on the allegation by the Bar Council that Teoh died due to the negligence of MACC officers named in the RCI report.
"If Teoh was driven to suicide as a result of the MACC officers' action then they must be brought to court," he said.
"I think the Bar Council president's statement was premature and he jumped the gun. They must be patient and wait for the investigation," he added.

tunku : it is the royal comission, hence the non acceptance of the bar council and the oppositions is equal to disrespect to the King.action should be taken against them asap. for these jokers, whatever judgement or finding which is not favouring them or against them is not accepted by them. government should not waste their precious time to please these jokers.the main issue is the case macc investigating, the corruption of the dap leaders in selangor and that is why teo beng hock committed suicide.

bumiyang

Posted: 25 Jul 2011 03:26 AM PDT

bumiyang


Lunch Time???

Posted: 25 Jul 2011 01:30 AM PDT

PRU 13 - Kenaikkan Harga Barangan Keperluan Harian, Pembangkang Tunjukkan BN Jalan Keluar?

Posted: 24 Jul 2011 10:07 PM PDT

Politik Harian

Posted: 25 Jul 2011 03:22 AM PDT

Politik Harian


Syurga Arak Di Petaling Jaya - Nik Nazmi Buat Apa?

Posted: 25 Jul 2011 01:04 AM PDT

Bagaikan tiada syarat dan peraturan, penjual arak terbabit didapati bebas menjual bir berkonsepkan pandu lalu kepada sesiapa saja yang ingin melepaskan gian mereka tanpa mengira waktu.

Apa yang dikesali, tiada pula sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak tahu atau terlepas pandang mengenai perkara ini walaupun kegiatan haram itu rancak berlaku.


Sebatang lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya adalah 'syurga' bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu lalu.

Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin

Lokasi kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export).

Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
Tidak mampu memberikan sebarang kesan terhadap PKR dan rakyat Selangor 

Ahli Dewan Undangan Selangor PKR, Seri Setia Ini buat apa? Tak sedar apa yang berlaku dikawasannya... Jika PR tak mampu hendak mentabir Negeri Selangor biar Kerajaan Pusat Barisan Nasional sahaja yang ambil alih....

Anwar Ibrahim Dan Mat Sabu Ke Sungai Buloh

Posted: 25 Jul 2011 12:00 AM PDT


PR itu Pakatan Rosak... PKR Itu Pembohong Kepada Rakyat, PAS itu Pasti Anguk Sanasinun.... DAP itu Diaorang Adalah Pirasit! Petang-petang ni kita santai jer... Jom layan video ni...



Video URL: http://youtu.be/wLkzeh-ubcw

Gambar 80 Orang Mati Di Tembak Di Norway, Adakah Bersih 3.0 Akan Jadi Seperti Ini Juga?

Posted: 24 Jul 2011 11:00 PM PDT

Menurut sumber Ambiga, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim sedang merancang untuk meneruskan perhimpunan Haram BERSIH 3.0 selepas Hari Raya Aidilfitri ini... Sama ada betul atau tidak kita tunggu sahaja nanti?


Foto yang diambil oleh wartawan meja jenayah, Vergard M.Aas dari Norway ini menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan di Pulau Utoya berdekatan Norway, Sabtu. Ia dirakamkan sejam selepas pihak keselamatan melaporkan seorang lelaki berpakaian seragam polis menembak mati pemuda-pemudi yang menghadiri satu kem di situ. Polis turut berkata, sebelum itu, suspek tersebut meledakkan bom di Oslo, Norway. – Foto AP


Seorang lelaki yang cedera diberi rawatan di Oslo, Norway, Sabtu. Letupan bom tersebut merosakkan beberapa bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, Jens Stoltenberg. Letupan itu juga menyebabkan lain-lain bangunan terbakar. – Foto REUTERS


Seorang wanita yang terselamat daripada serangan seorang lelaki di sebuah pulau dekat Oslo, Norway dibawa oleh pasukan penyelamat ke hospital. – Foto AFP


Kepulan asap keluar dari bangunan yang terbakar ekoran serangan bom di Oslo, Norway. – Foto REUTERS

TQ AAKJ.com

Berita baca disini: 87 Terbunuh Dalam Tembakan Rambang Dan Serangan Bom Di Norway

Suhardi Mati...


BERSIH 2.0 Suhardi pernah mati 2 kali... 


BERSIH 3.0 Adakah Suhardi akan mati lagi???

Pemuda Terus Membantu Rakyat: BNYJF Di Melaka Tawar 8,500 Peluang Pekerjaan

Posted: 24 Jul 2011 10:00 PM PDT


Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menyasarkan lebih 20,000 pencari kerja Pameran kerjaya BN Youth Job Fair 2011 (BNYJF) peringkat negeri Melaka yang menawarkan 8,500 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.


"Setakat hari ini sudah 12,000 orang mengunjungi program ini," katanya selepas majlis perasmian pameran itu oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di MITC, Sabtu 23 July.

BNYJF juga akan diadakan di Sabah selama tiga hari bermula 29 Julai ini diikuti Kuala Lumpur Oktober ini manakala di Perak dan Terengganu tarikh belum ditetapkan.

Chegu Bard Ke Siam

Posted: 24 Jul 2011 08:00 PM PDT



Hari ini aku keluarkan semua gambar-gambar bagi pembaca menilai Ketua Batang Rembau (PKR) Chegu Bard a.k.a "Lord Liar of The Rings" ini tidak mempunyai pengaruh yang kuat sepertimana yang digembar-gemburkan melalui media barunya.. (Blog, Facebook dan Twitter)

Malahan karier politik Chegu Bard sudah lama berkubur di Negeri Sembilan.... Tewas berturut-turut setiap kali dicalonkan untuk bertanding di Pilihan Raya Umum, namun masih menagih simpati dari rakyat untuk bernafas semula...

Bard perlu sedar bahawa rakyat di Parlimen Rembau menolak  Bard mentah-mentah, malah jijik dengan fitnah yang sering dijajanya...  Jangan ingat boleh tipu orang kampung bard, sekarang zaman IT, mak cik kat kat kampung pun dah ada facebook...

Selain dari itu, Chegu bard juga tidak disenanggi oleh Ahli PKR dan pernah digesa untuk meninggalkan Parti tersebut. Baca disini... Sana tolak sini tendang, cara terbaik untuk bard jadi top semula, reka cerita "Lord Liar of The Rings" semua kes tutup, lupa kisah silam brad yang pernah menjadi pengkhianat dalam Parti...

Kini blogger pembangkang gelar bard "Super hero lord of the Ring..." tp masih gagal tawan hati rakyat.. Dam loser...

Boleh kira berapa orang yang hadir...

Pasang lilin nak tuntut apa tu?

Chegu Bard cakap setiap kali dia buat ceramah, ribuan anak muda datang? malam ni apa kes ni?


Kalau macam ini lah kehadiran orang yang datang pada ceramah yang diadakan di Taman Rantau, Negeri Sembilan... memang patut Anwar Ibrahim hantar Chegu Bard ke Siam untuk mencari set jam Omeganya yang hilang itu... 

Dan terbukti dengan jelas disini Chegu Bard seorang penipu dan penakut. Politikus paling tak guna boleh kalah dengan orang macam Sam.


"Dengan aku pun kau kalah Bard... Camno? 
Korang kutuk aku terkencing dalam seluar pun aku ada title, Ketua AMK.. Kau apa ada? kah3"

Bersih 2.0: Ambiga Ingkar Titah Yang Dipertuan Agong

Posted: 24 Jul 2011 07:00 PM PDT

Daulat Tuanku..


Kita dapat maklumat bahawa Baginda menitahkan 3 perkara kepada Ambiga :

1 - Jangan berhimpun.

2- Jika hendak berhimpun hendaklah dilakukan di dalam stadium, dan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Polis.

3 - Jangan gunakan Stadium Merdeka.

Benarkah 3 perkara ini dititahkan oleh DYMM Yang di Pertuan Agong kepada kamu wahai Ambiga?

Patutlah sampai sekarang Ambiga tidak membuat kenyataan mengenai apa yang disampaikan oleh Tuanku Yang di Pertuan Agong kepada beliau. Rupanya ada perkara yang disorok dari pengetahuan rakyat Malaysia.

Kalau perkara ini benar, nampaknya Ambiga telah bertindak ingkar dengan titah Tuanku dalam masa yang sama Ambiga juga telah menipu semua penyokong BERSIH. Baca lagi disini...

Ini pula cadangan aku: ISAkan Ambiga Dengan Kadar Segera!

Khalid Selangor Gagap Ku Ku... Tiada Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat Selangor

Posted: 24 Jul 2011 06:00 PM PDT

Khalid dan Eli wong, "Teman Tapi Mesra"


Sepanjang tiga tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memerintah sehingga kini gagal membina rumah kos rendah di negeri itu... sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.


Khalid: "Inilah membuktinya, Selangor Aku ku.. ku.. yang Punya"! Lagi pendedahan kerakusan Khalid Ibrahim. Klik pada tajuk :Khalid Selangor Ku Atau Selangor Gagap Ku... Ku...


Contoh kerajaan prihatin bantu golongan muda, hasil dari Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN). Nilaikanlah yang mana baik untuk masa hadapan anda...

Tiada Lagi Keraguan: Kerajaan Setuju SPR Laksana Sistem Biometrik

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

Sistem tercanggih digunakan masa PRU Akan datang.. Kalau Bersih nak protes lagi, mesti ada something wrong kan?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju beri peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk wujudkan sistem biometrik bagi tentukan pengundi sah pada pilihan raya.

Menurut Perdana Menteri, ia adalah salah satu usaha untuk pastikan pilihan raya di negara ini telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat atasi dakwaan wujudnya pengundi hantu," katanya.

Berikutan kenyataan beliau, sistem biometrik dijangka digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan SPR.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata BN komited kepada pilihan raya bersih serta adil dan tidak perlukan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk pastikan tindakan itu.

"Kalau nak buat penambahbaikan buat yang terbaik (guna biometrik bagi memastikan pilihan raya adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," katanya.

Beliau berkata, tidak perlu untuk adakan perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya dari semasa ke semasa.

"Kita (BN) ada masa dapat undi banyak, ada masa sikit, tapi majoriti masih di tangan kita. Kalau boleh jamin kita menang, tak adalah menteri kalah dan ada negeri kalah," katanya.

Menurutnya, selepas PRU 2008, pembangkang tidak bangkitkan mengenai pilihan raya tidak adil, tetapi sejak dua tahun lalu apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.

Najib berkata, pembangkang, apabila kalah, jangan anggap pilihan raya tidak adil.

"Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerajaan Negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN (kawasan Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.

"Bagaimanapun, kita tak ganggu-gugat Kerajaan Negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, Kerajaan Pas Kelantan dah tumbang, tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun Pas pegang," katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah negara contoh kepada banyak negara dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.

"Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil," katanya.


Dakwat Kekal vs Biometrik Mana Pilihan Anda? baca disini...

Impak Maksima Papa Gomo VS Tun Faisal

Posted: 24 Jul 2011 08:14 AM PDT


Perang cyber diantara Papa Gomo dan Tun Faisal nampaknya semakin menjadi-jadi selepas kedua-dua blogger ini berbalas tembakan sesama sendiri melalui sesawang blog mereka. Kedua-duanya blogger Umno pro-kerajaan, kalau aku tak masuk campur... binasa maya cyber ni dek mereka bedua.

Apa yang aku nampak hebat, mantap dan meletop! sehingga memberi impak maksima yang tiada batasannya,  blogger-blogger pro-pembangkang juga turut mengikuti perkembangan perang cyber Papa Gomo vs Tun Faisal. Dia orang siap buat live update tu bro....

Ini membuktikan blogger pro-umno popular, glamer dan dikenali ramai.. Berbeza dengan blogger pro-pembangkang hanya sekadar pencacai kelas bawahan.. Aku tak tahan nak gelak jugak. Kah kah kah!

Topeng Perak, Milo Suam, Ameno World dll anda hanya sekadar blogger pencacai kelas bawahan yang tidak pernah dikenali oleh orang ramai.... siapa dia orang ni, aku nak tolong promosi blog diaorang biar orang ramai baca blog ahlul-ahlul ni dan menilai kedangkalan puak pembangang ni... jangan lupa bagi komen untuk menyedarkan mereka sekali hahaha... Wajib tu!

Aku panggil diaorang ni ahlul pembangang, sebab kesian dengan bloggers Pakatan Pembangang ini cuba menegakkan yang basah dan yang bengkok.

(Yang basah tu Mat Sabu, yang bengkok tu Anwar Ibrahim... "Pakatan Pembangang" aku ciplak ayat KJ.. promosi chief jugak bro...)

Bloggers pro-umno kini mempunyai pengaruh yang ramai dan menduduki rangking terbaik di Malaysia... berbanding bloggers Pembangang dan Pemimpin Pembangang Pas dan PKR.. DAP tak masuk book langsung...

Sebagai contoh, Jangan tak tahu.. Ada juga orang tak kenal siapa Chegu Bard? Sabtu, 23 July Chegu Bard turun ceramah di Taman Rantau, Negeri Sembilan beliau turun sebagai seorang politikus bacul dalam PKR tapi sayangnya kehadiran amat memalukan... klik disini..

Aku tergelak bila dengar ada makcik berbisik "sapo dio ni, artis mano? Tak ponah nampak dalam tv pon." Begitulah al-kisahnya cerita Chegu bard...

Dari segi kekuatan bloggers pro-umno! Masing masing berani dan tak takut nak berselindung, yang salah ditegur, biasalah sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula panglima cyber barisan hadapan, bersedia untuk gempur siapa sahaja, tak macam blogger pakatan pembangang anguk-anguk, geleng-gelang serupa macam Presiden PAS Haji Hadi... DAP jentik sikit terus tunduk je... Tunduk lah sampai lebam!

Bloggers pro-umno Pejuang sejati, berani mati..."You kill me, I kill you!" Blogger pembangkang ada ke macam ni??? tak de, kecut... semua dah kena liwat dengan Anwar kot!

Sebagai contoh lagi tengok video Chegu Bard dan blogger Edyesdotcom lari ikut pintu kecemasan. klik disini

Bagi gua tak de hal lu orang nak berperang sesama sendiri, Lu orang ada hak untuk mempertahankan diri masing-masing. Lu pikirrrr laaa sendiri......


Gua frust betul... Megan fox tak berlakon dalam siri Transformers 3

Media Baru Bakal Dikuasai Sepenuhnya, Kerajaan Perlu Mantapkan Bloggers Pro-Umno

Tahniah... Anwar Ibrahim Terima Menantu Jambu

Posted: 24 Jul 2011 05:30 AM PDT


Nurul Ilham Anwar bersama suami Mohd Rezza Rafaie

Tahniah kepada Anwar dan DS Dr Wan Azizah kerana mendapat menantu baru pada 23 Julai, semalam. Menurut sumber dari Facebook Faekah Husin, majlis diadakan secara sederhana dan membabitkan kelurga terdekat sahaja. Menurut Anwar Ibrahim, Majlis Aqad Nikah anaknya Nurul Ilham dan Muhd Reza M Rafie dibuat di rumah Segambut.

Majlis keraian akan dibuat pada bulan Disember nanti.

Jambu juga anak menantu Anwar ni.. Aku nasihatkan Nurul Ilham supaya jaga suaminya baik-baik... Sebab Papa jahat!  Jangan jadi mangsa seterusnya sudahla... Hahaha.. Jahatnya kamu!

SENJALIZA

Posted: 25 Jul 2011 03:17 AM PDT

SENJALIZA


KENAPA HISHAM DI SAMAN BUKAN DATU T ATAU PAPA GOMO..?

Posted: 25 Jul 2011 01:25 AM PDT

Anwar Memilih Hishamuddin Tun Hussien, Menteri KDN untuk disaman mengenai penayangan Video Sex. Anwar tidak memilih Datu T atau Papa Gomo.
Dalam saman yang difailkan pada 25 April lalu, perenggan itu antara lain membawa maksud, plaintif bertanggungjawab menayangkan dan mengatur penayangan video itu di Hotel Carcosa Seri Negara serta berkomplot dengan Perdana Menteri dan pihak atasan politik berhubung penayangan itu. Lihat: -Saman Anwar: Hisham fail batalkan sebahagian perenggan
Aneh. Sungguh aneh. Datu Trio @ Datu T yang menayangkan video dan mengaku secara terbuka bahawa merekalah yang bertanggungjawab menayangkan video XXX yang dikaitan dengan DSAI di hotel Carcosa Sri Negara tetapi mereka ini TIDAK disaman. Kenapa? Gomo juga mencabar DSAI menyamannya tetapi TIDAK juga disaman-saman..........Kenapa?

Mungkinkah kerana Datu T tak ada pangkat dan jawatan yang nak direbut@rampas.. Kerja Papa Gomo juga Anwar tak nak...lol..Funnnnnnnyyyyy. Go papa gomo..cabar lagi jangan tak cabar.

KOMUNIS: ZALIM DULU DAN ZALIM KINI.

Posted: 24 Jul 2011 07:00 PM PDT

Rakyatlah yang merasa keperitan dari kezaliman Komunis. PSM dan Pakatan Rakyat hanya telah membutakan matahati mereka memahami sejarah lantaran nafsu serakah politik dan kuasa.
 Tugu Negara kebangaan kita pernah di serang dan dimusnahkan Komunis dan pendokong komunis. Apa perasaan Pembangkang? Berapa sumbangan Pembangkang mengembalika imej tugu ini?

Perjuangan bersenjata Komunis yang banyak didokong oleh Pembangkang dalam sejarah silam negara tidak pernah dijadikan sebagai teladan Pembangkang di Malaysia. Malah pembangkan, dalam penjelajahan politiknya merampas kuasa lebih jelas rakus menggunakan apa saja kesempatan untuk memenuhi serakah politik mereka.

Kerjasama Pakatan Rakyat dan PSM jelas BERTENTANGAN DENGAN HASRAT RAKYAT berbilang bangsa di negara ini. Bagaimanapun, media pembangkang terus saja memenugi ruangan cyber memuji dan menyanjung fahaman sosialis dan komunis. Soal menghormati hasrat nasional dan keinginan rakyat ditolak ke tepi oleh Pembangkang. PSM tetap juga di sanjung-sanjung Pembangkang sebagai wadah yang konon atas nama kebebasan memilih, hak demokrasi (demokrasi apa?) dan human right tetap meneruskan pencarian mereka "mendapat kuasa". Haram dan menyalahi hukum sudah lumrah di"tabrak" mereka. Hukum ditolarate mereka sehinggakan "syaitanpun sanggup diterima sebagai rakan".

Kembalinya jasad Pahlawan-Pahlawan, Wira-Wira Iban ke Sarawak satu peristiwa yang sebaiknya menjadi iktibar kepada kita semua rakyat Malaysia yang majmuk bahawa sesungguhnya komunis telah menzalimi, menyeksa dan membunuh "bangsa" kita. Dalam dunia yang serba canggih kini, Pendokong komunis @ Pembangkang yang ghairah di cyber, bila sampai masanya, akan kita kuburkan sebagai satu lagi sejarah buruk negara kita. PRU 13 adalah masanya yang amat tepat. Bacalah kezaliman pembangkang komunis berikut: -Wira Iban Kembali Pulang Bersemadi Di Kampung Halaman

PSM: SOKONG MEMBAWA REBAH

Posted: 24 Jul 2011 10:55 AM PDT

Lebih baik PSM membantu mereka yang tersisih dari arus pembangunan dan kemakmuran dunia di India.
Arutchelvan, STOP!. Berhentilah mengharap "kuasa rakyat"....kucing tak akan bertanduk...
Penganjur Bersih 2 sedar akan kegagalan mereka kerana gerakan mereka disusupi anasir-anasir yang sering mengambil kesempatan melemahkan kekuatan negara sosially dan economically. Pakatan Rakyat lebih ketara memperkuda Bersih. Namun ada anasir yang sekian lama tidak bertempat di hati rakyat Malaysia mengambilan kesempatan menonjolkan diri mereka di tengah-tengah  demonstrasi Bersih 2.

Sokongan PSM ke atas Bersih 2 sekadar sokong membawa rebah. Membawa rebah kepada pakatan Rakyat dan  membawa rebah kepada PSM sendiri. Namun setidak tidaknya, PSM dapat menhebahkan kepada umum bahawa PSM masih bernyawa walaupun nyawa-nyawa ikan dan bak rumut di tepi jalan.

Dokongan bersama pakatan rakyat dan PSM ke atas Bersih 2 jelas mengiakan dan membawa mesej kepada umum bahawa pakatan rakyat juga sehaluan dengan PSM yang berfahaman sosialist dan anti demokrasi. Mereka menyebut "KUASA RAKYAT" tetapi sebenarnya kuasa itu tiada di tangan mereka. Malah meletakkan mereka pada keadaan "taking the law on their own hands" tetapi dalam masa yang sama mengucapkan dan mengatakan bahawa  seolah-olah "kuasa rakyat" ada ditangan mereka atau dalam jangkauan mereka.

Apa yang lebih jelas kepada Rakyat Malaysia ialah mereka hanya menyalahgunakan nama "Kuasa Rakyat" kerana dengan ideologi yang mereka anuti ialah amat sinonim dengan ""autocratic", kuku besi, dan kehidupan subsistance kepada rakyat. Mereka bernawaitu  jelas yakbi sekadar bermuslihat menggunakan istilah kuasa rakyat sedangkan sebenarnya ideologi anutan mereka TIDAK memperdulikan kebajikan dan kehendak rakyat. Itulah sosialis seperti PSM.

SL lihat, mana mungkin kuasa rakyat dapat membantu mereka sedangkan ideologi dan inti pati perjuangan asas mereka ialah "PAKSAKAN KEPADA RAKYAT" apa yang mereka dan pemimpin mereka kehendaki.
Ideologi Sosialist di dunia sudah mengalami keruntuhan...Maka, mustahil ianya akan hidup subur di bumi Malaysia ini.

Pakatan Rakyat plus sosialist sudah menjadi momokan umum, Kemunculan sebenar PSM bersama-sama Pakatan Rakyat dalam Bersih menyemarakkan dan menyuruh terang lagi pandangan umum bahawa Pakatan Rakyat adalah parti sosialist. PAS mahu ke mana? Makin tersepit?  Cakap-cakap terbuka bahawa PAS akan kehilangan ramai penyokong diehardnya kerana persekongkolan PAS dengan DAP dan PKR. semakin jelas kedengaran.  Dan yang terbaharu  PAS bersama Parti Sosialist Malaysia.

Apakah tidak jelas lagi di pandangan pemimpin-pemimpin PSM bahawa "kuasa rakyat" yang mereka impikan sebarnya semakin jauh digapai mereka.  Apa yang kita lihat , Rakyat Malaysia semakin  bertambah murka terhadap mereka, dulu dan kini.

Arutchelvan, STOP!. Berhentilah mengharap "kuasa rakyat"....kucing tak akan bertanduk...

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 25 Jul 2011 03:16 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


VIDEO : KONTRAK SOSIAL & KAUM PENDATANG ...

Posted: 24 Jul 2011 07:21 PM PDT



Saja aku terlayan video PENTING ni pagi ni dan aku rasa terpanggil untuk kongsikan dengan kawan-kawan pembaca semua ... Huraian dari YB Zul Kulim mengenai KONTRAK SOSIAL ni sepatutnya difahami oleh segenap lapisan rakyat Malaysia tak kira Tua, Muda, Melayu, Cina, India, Islam, Buddha, Hindu, BN ataupun Pembangkang ...

JOM LAYAN VIDEO NI !

TQ kepada DET yang uploadkan (dah lama) video ni dalam youtube ... dah diulang siar oleh pelbagai blog kawan2 selama ini ... Pagi ni sengaja AloQStaQBlog hanya ulang siar sekali lagi ...

Dan TAHNIAH DET yang telah melangsungkan Perkahwinan semalam ...



SELAMAT PENGANTIN BARU Bro DET !
Pelan-Pelan Kayuh, kesian kerang muda ...




AloQStaQ
25 Juli 2011
10.21 Pagi

RIDHUAN TEE

Posted: 25 Jul 2011 03:15 AM PDT

RIDHUAN TEE


Jangan jadi talam dua muka

Posted: 24 Jul 2011 04:08 PM PDT

Sinar Harian 25 Julai 2011

Saya membaca berulang kali dalam laman web Malaysian Insider, Malaysiakini dan Harakahdaily akan pendirian tegas kerajaan Pas Kedah untuk menutup semua premis hiburan hiburan ketika bulan Ramadhan. Tidak timbul media tersebut salah melaporkan kerana yang melaporkan berita tersebut adalah media pro pembangkang, bukannya media Umno Barisan Nasional. Saya yakin saya tidak salah dan kabur mata ketika membaca berita sebegini.

Asalnya saya amat kagum dengan tindakan kerajaan Pas Kedah. Saya ingatkan mereka akan mempertahankan tindakannya itu. Tetapi telahan saya meleset, Pas tunduk dan sekali lagi kow tow kepada ultra kiasu. Alangkah kecewanya hati ini.

Apabila penentangan bertalu-talu dilakukan oleh parti ultra kiasu, tiba-tiba pimpinan Pas bermesyuarat dan mengatakan bahawa media tersalah lapor. Saya semakin pelik dan hairan, permainan silap mata apakah ini? Sekejap boleh, sekejap tidak, sekejap ada, sekejap tiada.

Larangan melakukan maksiat di bulan Ramadan ada baiknya, dan tidak kurang implikasi buruknya. Seolah-olah dalam Islam, bulan Ramadan sahaja yang perlu jadi baik, 11 bulan lain tidak atau ringkasnya bulan Ramadan bulan ibadat, bulan lain bulan maksiat. Bulan Ramadan melahirkan mujahid, bulan lain menjadi mujahat. Islam begitu jelas dalam perkara halal dan haram. Jika maksiat tidak boleh dilakukan di bulan Ramadan, di bulan lainpun sama. Tidak timbul soal, bulan Ramadan tidak boleh, bulan lain boleh.

Akhirnya nanti, agama Islam akan dianggap sebagai agama dua alam. Agama yang ada ketika boleh melakukan maksiat, ada ketika lain tidak boleh. Apakah makna semua ini? Saya harap kita tidak menjadi orang jahil dalam memahami Islam. Cukuplah dengan salah faham terhadap Islam selama ini yang dilihat melalui perbuatan dan tingkah laku kita yang tidak Islamik, seperti isu buang anak, bapa/datuk rogol anak/cucu dan sebagainya.

Saya amat hairan kenapa kita masih lagi tidak dapat menangkap tindak-tanduk ultra kiasu. Mereka tidak akan tunduk kepada sesuatu yang merugikan mereka walaupun perkara tersebut bercanggah dengan agama anutan mereka. Agama diletak ketepi. Tetapi demi survival bangsa, mereka tetap bersatu. Tidak kiralah bilangan mereka ramai atau sedikit. Yang penting 'hak' mereka tidak boleh diusik langsung. Wal hal apalah sangat bilangan mereka atau hak mereka di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, teramat minoriti.

Tetapi mereka tidak mengambil kita bilangan, hak tetap hak. Inilah sifat ultra kiasu yang diwarisi sekian lama. Kita sahaja yang alpa, asyik bergaduh dan terus berpecah. Sedangkan mereka bukan lagi bersatu dalam senyap, tetapi secara terang-terang bersatu, sehati, sejiwa dan senada.

Saya mengambil pendirian pada awalnya menghormati tindakan Pas dan tidak berhasrat untuk menyindirnya, begitu juga dengan Umno. Ketika mana Pas berada di luar kerajaan, mereka begitu lantang mengkritik Umno, itu tidak betul, ini tidak betul. Namun, apabila mereka berada dalam kerajaan (membentuk kerajaan), begitu banyak dolak-dalih dan saling salah menyalah berlaku. Umno dijadikan batu galasannya.

Saya teramat ingin melihat apabila Pas memerintah, mereka akan membetulkan apa yang tidak betul. Ini tidak, keputusan mereka macam yoyo, sekejap begini, sekejap begitu. Kenapa perlu takut kepada ultra kiasu jika berada di pihak yang benar? Bukankah ini perjuangan Pas?

Parti ultra kiasu berkeras untuk keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh enakmen melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah ketika bulan Ramadan. Jika saya boleh mewakili Pas maka saya dengan tegas akan menyatakan, "silakan keluar". Adapun menyusahkan, pergi lagi baik. Apakah kita akan ke syurga memangkah parti jelas-jelas menentang Islam dan agamanya sendiri ini?

Isu hiburan yang melampau bukan isu agama Islam semata-mata, tetapi adalah isu semua agama, Bacalah apa jua ajaran dan ajaran agama-agama di dunia ini. Tunjukkan pada saya bahagian manakah yang mengatakan hiburan melampau itu dihalalkan. Jika mereka boleh mengemukakan hujah atau ayat-ayat daripada kitab agama mereka yang menghalalkan hiburan yang melampau ini maka saya akan bersetuju agar premis hiburan ini dibuka

Jika ultra kiasu menentang perlaksanaannya di Kuala Lumpur, Ipoh dan pusat Bandar lain yang dikuasai mereka, nampaklah juga logiknya, disebabkan oleh mereka ramai. Tetapi mereka hanya sekelumit di utara dan pantai timur. Hak apakah yang mahu dipertahankan? Jika hiburan melampau (termasuk arak, judi dan zina yang terdapat dalam premis hiburan) itu dibolehkan, selepas ini suruh anak kita berhibur puas-puas sehingga ke pagi. Tidakkah kita sedar semua premis ini menjadi penyumbang kepada kegawatan sosial hari ini?

Dari dahulu lagi saya mencadangkan perlu ada formula dalam memenuhi hak dan tuntutan ini. Tetapi kita berdegil kerana kepentingan politik. Adakah wajar pusat hiburan begitu banyak sedangkan keperluannya sedikit. Begitu juga dengan pusat-pusat maksiat yang lagi seperti pusat judi, arak, dan sebagainya. Apakah kita membenarkan kewujudan premis-premis berasaskan kepada keperluan atau perasaan? Saya bimbang kita tidak hanya memenuhi kehendak mereka berasaskan kepada keperluan, tetapi kedua-duanya sekali keperluan dan perasaan yakni tuntutan hawa nafsu. Akhirnya berlaku lambakan pusat-pusat seperti ini, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan di mana-mana jua, sama ada mereka ramai atau tidak.

Menurut pemimpin ultra kiasu Kedah, "jika pusat hiburan ini ditutup maka maka habislah mata pencarian. Lagipun dalam Islam juga ada mengatakan hak orang bukan Islam juga harus dijaga dan saya harap perkara ini tidak berulang lagi. Kerajaan negeri harus mewujudkan satu badan pemantau sekiranya mahu memastikan orang Islam tidak memasuki pusat hiburan seiring dengan penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. Badan pemantau itu boleh ditubuhkan di bawah agensi agama negeri seperti pasukan pencegah maksiat".

Saya harap kerajaan negeri Kedah dan umat Islam tidak terpedaya dengan idea licik ini. Jika kita sediakan pasukan pemantau atau penguatkuasa, bermakna kita telah mengiktiraf dan membenarkan maksiat yang ditentang oleh semua agama ini. Berasaskan pengalaman, sebenarnya ramai juga keluarga bukan Islam yang tidak mahu anak gadis mereka menjadi mangsa premis maksiat ini. Tetapi disebabkan kita membenarkan, mereka tidak berkata apa-apa. Pusat hiburan kini telah menjadi tiga dalam satu, di situlah adanya hiburan hiburan melampau, aksi-aksi panas, perjudian, pelacuran dan sebagainya. Apakah tindakan menarik balik larangan operasi pusat hiburan benar-benar memenuhi dan menepati hak bukan Islam atau sebaliknya? Apakah tindakan kita dapat dikategorikan mencegah mungkar atau menambah lagi kemungkaran? Sama-sama kita fikirkan. Jangan jadi talam dua muka.

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 25 Jul 2011 03:12 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Jangan lupa marah batu, DET

Posted: 24 Jul 2011 05:09 PM PDT


Husin semalam hadhiri Majlis Perkahwinan blogger Darul Ehsan Today di ... Tak sangka dalam sibuk-sibuk berblogging, keluar cari bahan dari petang sampai pagi dan tidor sampai tenggahhari, sempat cari teman hidup.

Semalam Husin tidak tahu DET masih teruna. Hal peribadi buat apa nak ambil tahu. Lainlah kalau dia ahli politik atau orang yang dikenali awam.

Husin hanya dapat mengingat kembali betapa manis detik-detik sebigi bagi DET. Kalau jalan berdua, asyik nak rapat-rapat. Pegang tangan saja.

Masa sekaranglah kalau isteri terlanggar batu, marah sama batu. Nikmatilah detik-detik ini DET selagi belum kendung anak dan jinjing susu dan lampin ke sana kemari. Ketika itu, jalan dah sebatu jauh dan bila isteri terlanggar batu, anda barangkali marahkan isteri dari marahkan batu.

Buat sehari dua ni DET, tak usahlah nak blogging atau nak baca Internet. Simpan tenaga tu. Banyak nak pakai. Sebelum subuh sekali. Lepa tak ada orang di rumah, sekali waktu siang. Malam tak usahlah ...Saja mengusik

Seperti mana dah janji dengan rakan-rakan lain, pukul 8 pagi, kita ucapkan sama-sama

SELAMAT PENGANTIN BARU DET.

Aspirasi Bangsa

Posted: 25 Jul 2011 01:41 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Dap Rasis terus perlekeh Suruhanjaya Diraja

Posted: 24 Jul 2011 08:42 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 25 Jul 2011 01:09 AM PDT

Taipingmali (tm)


Biometrik dan dakwat, mana lebih primitif?

Posted: 25 Jul 2011 01:08 AM PDT

Mahfuz Omar, Fuziah Salleh, Suhaizan Kayat, Syed Ibrahim Mafrel CIA dan ramai lagi mula panas bontot dengan hasrat SPR memperkenalkan sistem biometrik.

PAS dan PKR paling lantang menghentam SPR agar menggunakan dakwat kekal.

Kalau dikaji secara bodohlah, sudah tentu sistem biometrik lebih canggih dan efisien berbanding celup jari dengan dakwat ala-ala Afrika dan India.

Pengundi Malaysia tak sampai 16 juta berbanding ratus juta di India dan Afrika.

Malaysia negara maju yang advance dalam bidang IT nak pilih yang mana? Kuno atau moden?

Mungkin dalam PRU 13 nanti wakil calon yang duduk dalam bilik mengundi akan diwajibkan bawa komputer untuk disambungkan dengan komputer kerani mengundi bagi mengesahkan pengundi yang hadir untuk. Mengundi.

Persoalannya, kena Pas dan Pkr bersungguh-sungguh nak guna dakwat kekal?

Jawapannya ialah, Pas akan cuba masuk kampung dan mencelup dakwat kekal kepada makcik-makcik dikampung terlebih dahulu supaya makcik tak boleh lagi mengundi bila sampai dipusat mengundi.

Pada PRU 12 lalu, mereka dah oder dakwat tersebut, apabila SPR menyatakan akan menggunakan dakwat tersebut.

Bila SPR mendapat tahu sudah ada niat jahat daripada puak-puak ini maka sistem penggunaan dakwat dibatalkan.

Rugi besar mereka kerana misi jahat mereka berjaya dipatahkan oleh SPR.

Fuziah Salleh mempersoalkan bagaimana SPR mahu memastikan sama ada seseorang itu layak mengundi atau tidak.

Wah apa lu cakap Fuziah? Lu tak tahu ka... Nak menjadi pengundi kena daftar. Bila dah daftar baru boleh mengundi.

So untuk memuaskan hati mereka setiap pengundi yang hadir perlu disahkan secara biometrik. Biometrik yang paling efesion ialah cop jari mengikut kad pengenalan.

Mahfuz pula menuduh kerajaan sedang mengadakan projek IC kepada pendatang. Tuduhan ini tak boleh pakai langsung. Kalau seorang penduduk yang sudah bermastautin lama dan telah diterima sebagai warganegara, mereka juga layak mengundi tetapi mesti daftar sebagai pemilih.

Mahfuz Omar pun tok nenek dia mai dari Siam dan hari ini Mahfuz jadi MP.

Diluar negar seperti Australia dan UK pun ada orang yang berasal dari Malaysia menang dalam pilihanraya. Apa salahnya jika mengikut prosedur.

Lim Kit Siang pun pak dia mai dari Cina dan hari ini cucu dia menjadi kepala pembangkang.

7 alasan telah diberikan oleh pembangkang berkait dengan sistem bio. Pertamanya ialah lebih mudah dimanipulasi, ke 2 lebih banyak wujud pengundi hantu. Ke 3 masalah timbul jika IC hilang atau rosak. 4- mesin rosak, 5- kos tinggi, 6 kesesakan, 7- keraguan.

Bila dibelek dan diteliti 7 alasan jelas menunjukkan otak Pas dangkal dan alasan yang diberi tak logik langsung.

Alasan bodoh yang boleh ditolak mantah mantah.

Pas patut kaji kebaikan juga, jangan cari salah saja. Akai ada gunalah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bodohnya Anwar Albontoti

Posted: 24 Jul 2011 11:06 AM PDT

Anwar Ibrahim nampak saja cerdik, bercakap bergegar-gegar, ayam itik pun boleh terpedaya dengan hujah dan body langguage dia tetapi bodoh macam lembu.

Adakah patut dia boleh tanya, " you percayakah I meliwat?". Jawapan sahabatnya mudah " I memang tak percaya u buat semua tu, sebab you orang yang beragama, selalu jadi imam, selalu guna ayat Quran dan Hadis, tetap kalau u buat ada orang akan nampak.

Anwar bertanya lagi " Siapa yang nampak? ". Kata sahabat beliau, " you TPM, kemana u pergi orang akan nampak, u masuk bilik, orang nampak, U tutup pintu orang nampak, U kunci pintu dan tutup tingkap pun orang nampak."

Anwar tersentap kejap dan bertanya lagi " Siapa yang nampak?" Jawab sahabat " Malaikat dan Allah nampak"

Anwar tersandar dan terkedu sekejap. Rupa-rupanya Anwar lupa bahawa sewaktu beliau meliwat dan balun wanita. Allah dan Malaikat melihat.

Satu lagi cerita menarik dari seorang wanita, bila bertanya Dato Seri! Bulan puasa , tak apa kah main macam ni? " Jawab Anwar " tak apa, yang puasa ialah bulan, bukan saya"

HAMPAS sungguh Anwar. Sebab tulah Mat Sabu panggil dia AlJubury.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1Malaysia style Pakistan Ku .

Posted: 24 Jul 2011 03:23 AM PDT

Pak Ku dah tau lama dah. Pas saja bengong .
Published with Blogger-droid v1.7.1

Sejarah negara sebelum merdeka

Posted: 24 Jul 2011 03:08 AM PDT

Published with Blogger-droid v1.7.1

Skru di lutut Mat Sabu

Posted: 24 Jul 2011 02:29 AM PDT

Dalam negatif x-ray kepala lutut Mat Sabu jelas menunjukkan sebatang skru terpasang dari arah belakang.

Biasanya apabila sesuatu kecederaan, pihak hospital akan membuat x ray terlebih dahulu dan selepas selesai rawatan, tiada lagi x ray.

Dalam kes Mat Sabu pula, xray awal tidak ditunjukkan sebaliknya xray yang ada skru ditunjukkan.

Hospital mana punya kerja bodoh tu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panglima Perang Cyber

Posted: 24 Jul 2011 11:32 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Isu Askar Wataniah : Blogger Rocky Belasa Ambiga Kaw-Kaw !!!

Posted: 24 Jul 2011 11:28 PM PDT

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima


Blogger Rocky kawan baik Panglima, telah menulis tentang isu Ambiga politikan askar wataniah dalam twitter beliau. Cukup ringkas tetapi padat. Semalam Panglima turut membidas tentang perkara ini dalam RT twitter Aheri Anuar.


Kupasan beliau telah disalin semula di sini.


Yang jelas keamanan Malaysia perlu dipertahankan tanpa mengira bangsa. Ramai bangsa Cina yang bersemangat patriotik yang tinggi turut menyertai askar wataniah.


Terbaru artis kita seperti Datuk Siti Nurhaliza juga menyertai askar wataniah bersama Anna Rafali, Shaziey Sam dll


Semoga kita akan setia hanya kepada Malaysia !!


Blog Rocky klik sini http://minda-hijrah.blogspot.com/



Inilah pemimpim pelampau yang memimpin gerakan bersama pembangkang utk mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Dan kini Ambiga mempersoalkan kewujudan Askar Wataniah di setiap Parlimen sedangkan ianya sangat penting untuk kedaulatan negara.

Kita mempersoalkan kenapa Ambiga begitu berani mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa jika bukan kerana mahu terus mencetuskan kekacauan di negara ini.

Dimanakah semangat PATRIOTIK Ambiga ? Kenapa perlu politikkan kewujudan Askar Wataniah ? Adakah sudah ada gerakan yang bekerjasama dengan orang asing yang mahu melancarkan perang terhadap DYMM Yang diPertuan Agong dan negara ?

Fikir-fikirkan lah .... oh ya ... Saya cadangkan Unit Amal PAS boleh menyertai Askar Wataniah supaya dapat kita bersama-sama mempertahankan negara dari anasir-anasir dalam dan luar negara.

Nota kaki - Maklumat tentang Askar Wataniah ada disini menurut wikipedia.

PSM Mahu Kuasa Rakyat Bebaskan Rakan Mereka - Bukti 'Liwat' Rukun Negara !

Posted: 24 Jul 2011 08:13 PM PDT

PSM di Malaysiakini telah menggunakan terma 'kuasa rakyat' untuk membebaskan rakan mereka yang ditahan.

Katanya :

"Kami percaya rakyat akan merupakan satu-satunya kuasa yang sah untuk membebaskan rakyat kita daripada belenggu sistem yang korup ni," kata setiausaha agung S Arutchelvan (kiri) dalam satu kenyataan di Malaysiakini.


Berita di sini  http://m.malaysiakini.com/news/170918

Mereka hanya percaya kuasa rakyat yang akan dapat membebaskan rakan mereka yang ditahan di bawah akta ordinan darurat.

Soalannya : adakah statement ini yang jelas menyalahi Rukun Negara tidak perlu diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa?

Adakah ini tidak boleh dianggap satu hasutan?

Harap ahli undang-undang ada jawapannya !

Published with Blogger-droid v1.7.3

Gambar Sultan Kelantan Menerima Darjah Kurniaan Sultan Azlan !

Posted: 24 Jul 2011 01:18 AM PDT



Artikel Sila Rujuk Artikel Sebelumnya.
Published with Blogger-droid v1.7.3

Daulat Tuanku ! Atas Kurniaan Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Kepada Sultan Muhammad V

Posted: 24 Jul 2011 12:38 AM PDT


Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada Ahad berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK) kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Penganugerahan darjah itu diterima oleh Sultan Muhammad V daripada Sultan Azlan Shah dalam satu istiadat di Bilik Menghadap Merah, Istana Perak, Bukit Persekutuan pada 11.15 pagi.


Sultan Muhammad V kemudian berkenan menyembahkan cenderahati kepada Sultan Azlan Shah.

Turut hadir Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Sumber :

Terompah Besi ™
Published with Blogger-droid v1.7.3

AZLI SHUKRI

Posted: 24 Jul 2011 11:24 PM PDT

AZLI SHUKRI


Nazri Aziz, Jangan Melampau Sangat!

Posted: 24 Jul 2011 03:02 AM PDT

Saya tidak tahu untuk menyatakan apa lagi terhadap Nazri Aziz ini. Walau apa pun hujah beliau, nampaknya menteri yang menjaga parlimen ini seolah-olah tetap mahu menyalahkan SPRM, sekali gus mahu menjadikan SPRM sebagai kambing hitam. Siapakah Nazri untuk menentukan sebab dan akibat hidup mati seseorang itu? Nazri dilaporkan berkata, "Kematian Teoh Tidak Akan Berlaku Jika Siasatan Ikut Standard" (baca di sini).

Apa hak Nazri untuk berkata sedemikian? Pertama - Nazri bukan Tuhan! Kalau sekali pun SPRM mengikut standard (SOP) dalam siasatannya, tetapi jika suspek benar-benar bersalah dan tertekan, lalu membunuh diri, maka apakah kita masih tetap mahu menyalahkan SPRM? Ambil contoh kematian Ahmad Sarbini Mohamed di bangunan SPRM, apakah Nazri mahu menunding jari kepada SPRM sebagai punca kematiannya disebabkan SPRM tidak mengikut standard siasatan?

Jawapan dalam soal ini sangat mudah - izinkan SPRM menyelesaikan kes rasuah Teoh sehingga selesai - jika sudah terbukti bahawa DAP dan Teoh terlibat dengan rasuah, maka kematian Teoh adalah disebabkan "dosa" diri sendiri dan bukan SPRM. Dengan kata lain, kematian Teoh tiada kena mengena dengan SPRM, sebaliknya Teoh yang tertekan dengan dosa rasuah yang dilakukannya sehingga sanggup membunuh diri sebagai jalan pintas menyelesaikan masalah! Mustahillah Nazri tidak nampak semua ini?

Kalau beginilah sikap Nazri, saya boleh katakan kematian Teoh tidak akan berlaku sekiranya DAP Selangor tidak terlibat dengan sebarang rasuah, dan kematian Teoh juga tidak akan terjadi seandainya tiada laporan rasuah dilaporkan kepada SPRM. Dengan kata mudah, kematian Teoh bukan berpunca daripada SOP SPRM yang salah atau tidak standard, tetapi kematian Teoh adalah berpunca daripada tabiat rasuah yang bermaharajalela dalam DAP! Untuk menutup malu, bunuh diri adalah jalan paling mudah bagi mana-mana manusia yang tidak beriman kepada Allah. Ada faham?

Cubalah semak kembali, sudah berapa banyak kes yang dikendalikan oleh SPRM yang menggunakan SOP yang sama dengan kes Teoh, ada kita dengar sesiapa bunuh diri akibat daripada tekanan siasatan yang kononnya tidak mengikut SOP SPRM? Tetapi, yang peliknya apabila kes seperti ini terkena batang hidung DAP atau kaum Cina, riuh satu Malaysia, seolah-olah SPRM jauh lebih hina daripada tahi anjing! Hanya orang yang bersalah sahaja yang sanggup membunuh diri, kerana itu penyelesaian paling mudah.

Sepatutnya Nazri mempertahankan SPRM dan bukan membuat kenyataan bodoh seperti di atas. Sekarang cuba Nazri jawab soalan saya, Altantuya tidak akan mati dibunuh di Malaysia sekiranya Najib tidak membeli kapal selam, betul atau tidak? Boleh terima soalan bodoh macam ini? Untuk Nazri, cukuplah DAP sahaja yang menjadikan SPRM sebagai kambing hitam, jangan ditambah lagi komen-komen hanyir seperti ini.

Bukan mudah untuk membuat sesuatu kerja dengan SOP yang standard, lebih-lebih lagi dalam kerja siasatan seperti polis dan SPRM - atas kertas nampak cantik SOPnya, apabila hendak dilaksanakan, cirit hijaulah jawapnya. Cubalah sekali sekala Nazri jadi pegawai siasatan, kita mahu tengok SOP yang macam mana digunakannya bagi mendapatkan maklumat daripada suspek.

Masalahnya sekarang, apakah Nazri sebagai menteri ada SOPnya? Kakitangan awam bukan balaci kepada menteri, bila-bila masa boleh dikambinghitamkan sesuka hati. Saya nak ingatkan Nazri agar menjaga hati kakitangan awam dan jangan mudah menyalah mereka ikut sedap mulut. Jangan sampai saki-baki kakitangan awam yang masih menyokong kerajaan ini berpaling tadah, buruk akibatnya. Wallahualam.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 24 Jul 2011 11:19 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Perang Salib Bakal Bermula. Tapi PAS Sibuk Serang UMNO.

Posted: 24 Jul 2011 10:28 PM PDT

Klik untuk besarkan imej.


Gawat. Di Eropah ada pihak yang hendak mulakan perang salib.

Akibatnya, satu episod pembunuhan beramai-ramai berlaku di Norway.

Anehnya, di Malaysia parti Islam langsung tak alert perkara ini. Bagi PAS, musuh mereka adalah UMNO dan Barisan Nasional. Lantaklah apa yang nak berlaku di luar negara termasuk di Palestin.

Sanggup tarik diri berjihad di Palestin kerana politik.


PAS sering melaungkan bahawa perlembagaan mereka adalah Al-Quran. Yang MyMassa tak boleh terima, adakah ada menyatakan dalam Al-Quran supaya memusuhi semasa Islam sebagaimana PAS memusuhi UMNO?

*Islam itu bersaudara.

Arak Pun Ada Drive Thru....Canggih Betul Dunia Maksiat di Selangor!

Posted: 24 Jul 2011 09:39 PM PDT

Pagi tadi MyMassa ada keluarkan posting mengenai bagaimana PAS memungkiri janji pilihan raya mereka iaitu untuk membanteras maksiat.


Klik untuk besarkan imej.


Ini pula satu lagi janji pilihan raya yang dimungkiri oleh PAS iaitu mengawal arak. Sebelum pilihan raya 2008, mereka berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Selepas menang, mereka bukan sahaja gagal menutup kilang arak, malah nak kawal pun tak mampu.



Setelah gagal dalam pelbagai janji, PAS tetap tak malu untuk pertahankan Kerajaan Selangor. Kerana matlamat mereka sekarang bukanlah untuk menegakkan Negara Islam, tetapi demi kuasa dan jawatan.


Kita tunggu apa alasan PAS lepas ini.

Negarawan dan Bakal Negarawan. Satu Persamaan.

Posted: 24 Jul 2011 08:29 PM PDT

Persamaan yang MyMassa boleh kongsikan di sini adalah kedua-duanya berkongsi bulan lahir. Siapa yang kami maksudkan?


Negarawan itu adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang lahir pada 10 Julai 1925.


Bakal negarawan itu adalah YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak yang lahir pada 23 Julai 1953.


Kami di MyMassa ingin mengucapkan Happy Belated Birthday kepada kedua-dua pemimpin Negara ini. Semoga dipanjangkan usia dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Selangor Ku, Program Kerajaan Atau Parti?

Posted: 24 Jul 2011 07:31 PM PDT



Malam semalam Kerajaan Selangor telah menganjurkan satu lagi slogan supaya rakyat menyayangi negeri Selangor Darul Ehsan.

Selangorku Slogan Baru Negeri

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan memperkenalkan slogan baru, Selangorku di Stadium Malawati, di sini Ahad ini.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" dan "Hasil Negeri untuk Rakyat" yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.

"Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.

"Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/7/21/mstar_berita/20110720195555&sec=mstar_berita

Bunyi seperti patriotik. Jika benar tujuan asal program Selangorku untuk menaikkan semangat cintakan negeri, kenapa perlu ada Wan Azizah dan Haji Hadi yang sememangnya bukan orang Selangor dan bukan pemimpin negeri Selangor. Ini program patriotik atau politik?

Jika ianya program politik, ianya adalah satu penghinaan kepada Ambiga dan BERSIH yang menuntut supaya Kerajaan tidak berat sebelah. Amat jelas Kerajaan Negeri Selangor sekarang ini diperkudakan oleh pembangkang untuk meraih sokongan politik.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
http://bm.bersih.org/?page_id=2673



Apa yang MyMassa dapat simpulkan di sini adalah tindakan pembangkang seperti mengata dulang paku yang serpih, mengata UMNO, PKR yang lebih.

*Hipokritnya pembangkang!

Maksiat Terbesar Anjuran PKR. PAS hanya mampu membantah.

Posted: 24 Jul 2011 06:29 PM PDT

MTV World Stage 2011 yang menjadi kontroversi baru-baru ini selamat dianjurkan di Shah Alam, sebuah bandar yang mempunyai penduduk majoritinya Islam.



Apa yang berlaku di Shah Alam baru-baru ini amat dikesali kerana PAS gagal melaksanakan janji-janji mereka dalam pilihan raya Umum.

PAS pada tahun 2008 berjanji akan menerapkan nilai-nilai Islam dengan menutup Kilang Arak terbesar di Malaysia (modal politik PAS selama bertahun-tahun) mengurangkan maksiat sekiranya mereka berjaya membentuk Kerajaan Negeri.

Tapi malangnya satu janji pun PAS gagal nak laksanakan kerana terikat dengan perikatan syaitan. Setiap kali PAS cuba melaksanakan janjinya pada rakyat, PKR dan DAP bersatu menghentam PAS balik.

Cuba ikut keluhan seorang ketua pemuda PAS.

Pemuda PAS tetap bantah Konsert MTV World Stage
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Julai: Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.
"Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah," ujar ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) kepada Harakahdaily.
Tambahnya, terdahulu pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.
Menurutnya, pemorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.
Malangnya, kata beliau memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS  Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal.

Yang kesiannya, walaupun PAS dah jadi Kerajaan tetapi ia tetap seperti pembangkang. Dalam Kerajaan sendiri pun PAS terpaksa hantar memorandum.

Mungkin PAS tetap bermentaliti pembangkang. Lihatlah dalam ceramah PAS, adakah mereka berceramah seperti BN yang menerangkan dasar dan menyatakan apa yang mereka telah buat. Atau PAS dari dulu sampai sekarang hanya pandai menghentam pihak lawan.

Inikah yang dinamakan politik yang BERSIH?


*Fikir-fikirkan...

Kenapa Mat Sabu Ubah Keterangan?

Posted: 24 Jul 2011 05:34 PM PDT

Keterangan pertama dibuat kepada wartawan pro pembangkang, Malaysiakini (11 Julai). Yang merempuhnya adalah Land Rover.



Yang kedua adalah dalam laporan polisnya (14 Julai). Dia mendakwa dilanggar proton waja.

Klik untuk besarkan imej.


Mengapa perlu ubah keterangan jika tak bersalah?

Atau betul-betul bersalah.

Kalau penipu pun boleh jadi Timbalan Presiden Parti Islam, ertinya PAS dah hilang kredibilti sampai pendusta macam ni pun boleh diangkat jadi pemimpin.

The Unspinners

Posted: 24 Jul 2011 11:05 PM PDT

PISAU.NET

Posted: 24 Jul 2011 09:37 PM PDT

PISAU.NET


Pakatan Bohong Saja Banyak,Janji Tak Tunai

Posted: 24 Jul 2011 08:08 PM PDT

Selepas PRU12 sehinggalah sekarang,tidak ada satu buah rumah kos rendah pun dibina dalam mana mana negeri kerajaan pakatan.Pulau Pinang ,Kedah,Selangor malah selama 20 tahun Kelantan dibawah kerajaan PAS lebih berselera untuk membina stadium berbanding kepentingan rakyat yang berpendapatan rendah.


Apa yang dilaungkan oleh pakatan haprak untuk membantu rakyat hanyalah retorik semata mata,sedangkan mereka ada peluang untuk membuktikan bahawa mereka benar benar serius untuk membantu.


Sehingga sekarang terlalu banyak janji pilihanraya masih tidak ditunaikan oleh haprak pakatan malah lebih banyak pembohongan dan janji janji baru yang cuba memperbodohkan rakyat.Apa yang kerajaan BN buat? Melaksanakan skim rumah pertama mampu milik oleh golongan muda.Malah skim PPR telah membina berpuluh ribu rumah untuk golongan berpendapatan rendah.

Tiada rumah kos rendah untuk rakyat Selangor - Donald Lim

KUALA LUMPUR 24 Julai - MCA Selangor membidas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sehingga kini gagal membina rumah kos rendah di negeri itu sepanjang tiga tahun pakatan pembangkang memerintah.

Pengerusinya, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.

"Namun dalam tempoh tiga tahun memerintah, satu rumah kos rendah pun kerajaan PKR Selangor tidak bina untuk rakyat. Malah, untuk skim rumah mampu milik juga hanya baru dilaksanakan kerajaan negeri.

"Itu pun dipercayai berpunca daripada tindakan mereka menaikkan premium tanah yang mengakibatkan harga rumah semakin mahal.

"Justeru, saya harap rakyat Selangor akan mula menyedari mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Selangor di sini hari ini.-Utusan

Pisau kata "dah jadi kerajaan negeri awat tak buat"

Karnival Kerjaya Vs Karnival Rusuh Jalan Raya

Posted: 24 Jul 2011 05:09 PM PDT

BN kerjanya membantu rakyat.Selesaikan masaalah rakyat.Keutamaan rakyat didahulukan.Masaalah penganguran dipandang amat berat oleh parti pemerintah.Ini berbeza dengan haprak pakatan.Mereka lebih gemar berpolitiking daripada menyelesaikan permasaalahan yang menimpa marhain.

Inilah beza nya apabila BN anjurkan karnival kerjaya,Haprak pakatan pula anjurkan karnival merusuh dijalanraya.

Karnival Kerjaya Pemuda BN diserbu



Pegawai Sekretariat Karnival Kerjaya, Jerusha Lai (dua dari kanan) menerangkan sesuatu kepada pengunjung yang mencari pekerjaan di MITC, Melaka, semalam. - UTUSAN/AZLI AHAD


MELAKA 22 Julai - Lebih 3,000 graduan institusi pengajian tinggi (IPT), lepasan sekolah dan orang ramai menyerbu Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.
Ketua Penyelarasnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, catatan hari pertama itu berdasarkan stiker yang dikeluarkan.
Katanya, jumlah itu dijangka meningkat esok dan Ahad.
Rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang mencari pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian.
Seorang pengunjung, Norfazila Rahim, 21, berkata, penganjuran karnival tersebut amat dinanti-nantikan memandangkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan semakin sengit.
"Baru semalam, saya dan kawan merancang untuk ke Rembia bagi memohon jawatan kosong di sebuah syarikat membuat panel solar dan tidak sangka pula syarikat terbabit turut mengambil bahagian dalam karnival ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Pensyarah di Management Science University (MSU), Shah Alam, Selangor, Nor Azlina Rosli, 29, berkata, pelbagai peluang kerjaya ditawarkan seperti dalam sektor perladangan, perindustrian, perkhidmatan dan perhotelan memudahkan pengunjung membuat pilihan.
"Saya berada di sini kerana mengikut suami yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini.
"Setakat ini saya sudah memohon di lima agensi kerajaan dan swasta untuk bekerja di bahagian pentadbiran," katanya yang membuat permohonan di Tabung Haji, Pos Malaysia dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).-utusan

Menariknya menurut rakan Pisau yang turut serta dalam karnival itu,ada juga penyokong kuat pakatan turut sama bawa anak untuk ditemuduga ketika karnival berlangsung.

Pisau kata "memang BN buat kerja"

Dr Chandra : Anwar Sudah Liabiliti, Tapi Masih Diperlukan Bukan Melayu..

Posted: 24 Jul 2011 12:07 PM PDT

AIDCNews – 24/07/11 – "Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalah liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema. Mereka masih memerlukan Anwar juga. Itu dilema mereka", kata Profesor Dr. Chandra Muzaffar, Presiden JUST (The International Movement for a Just World).
Dr Chandra, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional mengakui faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan faktor kemenangan pembangkang menafikan penguasaan 2/3 BN di Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008. Namun menurut pemerhatiannya, selepas tiga tahun pemerintahan pakatan di negeri-negeri yang dikuasai mereka, persepsi rakyat mula berubah.

"(Sebelum Pilihan Raya Umum 2008), masyarakat menganggap, dia ini (Anwar) berpengalaman, pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ini ada potensi jadi Perdana Menteri, dulu hampir-hampir jadi Perdana Menteri.

"Tetapi, selepas tiga tahun Pakatan memerintah di negeri-negeri tertentu, faktor Anwar juga yang menyebabkan prestasi pakatan semakin merosot, apa yang berlaku di negeri-negeri itu, peribadi Anwar sendiri. Saya fikir, semakin ramai yang sudah ubah fikiran", katanya.

Namun menurut pengamatannya, walaupun semakin ramai masyarakat mula mengubah fikiran, perkara itu lebih efektif berlaku dalam masyarakat Melayu, sebaliknya dalam masyarakat bukan Melayu masih setia bersamanya, bukan kerana faktor Anwar, tetapi berasaskan faktor lain.

"Mereka (bukan Melayu) menganggap dia (Anwar) sebagai manusia yang diperlukan. Soal kelemahan-kelemahan peribadinya, mereka tak kisah.
"Yang penting pada mereka, hanya Anwar akan ubah keadaan ini. Tak ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), tak ada keistimewaan-keistimewaan, semuanya sama rata.

"Mungkin mereka pun ada agenda mereka sendiri. Bermakna, bukan kerana Anwar, bukan sebab Anwar, tetapi sebab lain", katanya.
Ikutilah wawancara selengkapnya di antara AIDC dengan Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.


AIDC : Adakah penerimaan masyarakat dalam kes liwat II sudah berubah, jika dibandingkan dengan kes I ?


Dr Chandra : Golongan pertengahan lebih sedar.


Maksudnya ?


Kerana kalau dibandingkan kes Saiful dengan kes tahun 1998, kes sekarang ini, buktinya lebih kukuh. Jauh lebih kukuh. Mungkin itu faktor utama.
Pihak pendakwa juga lebih menyakinkan dalam mengendalikan perbicaraan.
Lagipun, saya nampak selepas 'Peristiwa 16 September,' ramai di kalangan kelas menengah sudah mula kurang mempercayai Anwar.


Di kalangan kelas menengah?


Ramai kurang percaya kepada Anwar terutamanya masyarakat Islam..Melayu… Apa sebabnya?
Sebabnya kerana mereka menganggap ini permainan politik kotor Anwar. Dia (Anwar) sudah menang. Dia berjaya menafikan 2/3 BN di Parlimen.
Jadi kenapa lagi dia nak menggulingkan BN dari politik pintu belakang ?

Mereka sudah mula meragui. Mereka sudah mula bertanya soalan, apa dia punya permainan politik.
Dua peristiwa inilah yang membawa kepada perubahan. Satu, 'Peristiwa 16 September.' Kedua, kes Saiful.

Yang mendorong penilaian semula masyarakat kepada Anwar?


Ya. Sokongan kepada Anwar sudah merosot sekarang. Sebab itu, dia cuba menghidupkan sokongannya semula.


Adakah Anwar berjaya mencipta dirinya sebagai manusia baru seperti Obama, Presiden Amerika Syarikat. Atau sebenarnya dia sudah menjadi liabiliti. Buat apa cara sekalipun, memang sudah tidak menjadi ?.


Pada hemat saya, dia sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema sekarang ini.
Kenapa pembangkang dilema ? Ini yang saya nak tegaskan.
Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalah liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema.

Mereka masih memerlukan Anwar juga. Itu dilema mereka.
Mereka tahu, dia (Anwar) ini adalah satu bebanan, tapi mereka memerlukan Anwar kerana dengan hanya Anwar yang boleh menyatukan pakatan dua parti pembangkang, PAS dan DAP.

Hanya dia yang dapat menyatukan dua-dua parti itu. Kerana pada DAP, sekiranya mereka menjalinkan hubungan terus dengan Pas, sudah tentu anggota-anggota daripada mereka, tidak terima.

Begitu juga dengan Pas, kalau mereka buat hubungan secara langsung dengan DAP, juga bermasalah.
Jadi, kedua-dua pihak memerlukan orang tengah. Orang tengah itu adalah Anwar Ibrahim.

Dengan DAP, mungkin mesejnya lain. Dengan Pas pula, mesejnya lain. Sebab itu, kedua-dua pihak perlukannya. Lagipun, kelebihan Anwar kerana pidatonya, dia boleh memikat orang ramai.

Dalam pilihan raya 2008, memang faktor utama adalah Anwar Ibrahim. Masyarakat menganggap, dia ini berpengalaman, pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ini ada potensi jadi Perdana Menteri, dulu hampir-hampir jadi Perdana Menteri.

Tetapi, selepas tiga tahun Pakatan memerintah di negeri-negeri tertentu, faktor Anwar juga yang menyebabkan prestasi pakatan semakin merosot, apa yang berlaku di negeri-negeri itu, peribadi Anwar sendiri. Saya fikir, semakin ramai yang sudah ubah fikiran.
Namun, pada pendapat saya, Anwar masih merupakan satu problem di negara ini.


Masih menjadi problem?


Masih..masih. Saya tidak berani mengatakan sebahagian besar, saya katakan sebahagian daripada bukan Melayu, mereka perlukan Anwar. Kenapa Anwar diperlukan ?
Kerana mereka perlukan Anwar sebagai orang yang boleh menegakkan kepentingan mereka. Sebab itu mereka sokong.


Nampaknya trend bukan Melayu khususnya orang Cina kuat menyokong Anwar ?


Ya..ya.. terutamanya masyarakat Cina. Itu betul. Mereka menganggap dia (Anwar) sebagai manusia yang diperlukan. Soal kelemahan-kelemahan peribadinya, mereka tak kisah.
Sebahagian daripada masyarakat Tionghua itu, mereka tak kisah. Mungkin pada fikiran mereka, itu rekaan atau itu soal peribadinya.

Yang penting pada mereka, hanya Anwar akan ubah keadaan ini. Tak ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), tak ada keistimewaan-keistimewaan, semuanya sama rata. Ini yang menarik perhatian mereka.


Adakah mereka menganggap Anwar adalah Al Masih, sebagai penyelamat ?


Sebahagiannya. Tetapi saya tengok, mungkin mereka pun ada agenda mereka sendiri. Bermakna, bukan kerana Anwar, bukan sebab Anwar, tetapi sebab lain.
Mereka menganggap Anwar itu adalah sebagai satu peluang untuk mempertingkatkan desakan-desakan mereka.
Tuntutan-tuntutan mereka untuk mencapai sesuatu. Mereka gunakan Anwar untuk against BN. Itu yang mereka mahu.


Termasuk persatuan Kristian yang Anwar berunding secara gelap untuk mencapai matlamat yang sama?


Itu saya kurang pasti, tapi pada keseluruhannya, saya fikir sebahagian daripada masyarakat bukan Melayu, menganggap Anwar sebagai satu perkakas atau peluang yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat politik mereka.
Matlamat politik mereka itu mungkin tentang kuasa politik, kedudukan ekonomi mereka, soal pendidikan, biasiswa dan sebagainya.

Kalau mereka mahu kepada perubahan dasar-dasar tertentu, inilah caranya, gunakan Anwar, kerana Anwar boleh mencabar kedudukan BN, dan BN akan memberi konsensi yang lebih kepada mereka.

Selain daripada itu, ada juga di kalangan mereka menganggap dia sebagai 'mujarab' untuk segala penyakit-penyakit masyarakat dan sebagainya, mungkin. Tetapi lebih daripada itu, mereka menganggap dia sebagai perkakas.
Dan dia pula menggunakan mereka sebagai perkakas juga.


Saling menggunakan?


Ya..ya. dia mahu mencapai matlamatnya. Matlamatnya jelas.


Anwar pernah menjadi Presiden ABIM, dan Prof pernah menulis buku 'Kebangkitan Semula Islam di Malaysia' pada tahun 1987 yang menggambarkan sejarah penglibatan Anwar pada tahun 70-an. Adakah ini bertentangan dengan apa yang berlaku sekarang ini ?


Dalam buku saya, peranan Anwar hanya sebahagian kecil. Saya kaji environment yang lebih luas lagi.
Dalam mengkaji kebangkitan semula Islam di Malaysia ini, kita tidak boleh menafikan peranan Anwar sebagai Presiden ABIM dan dari segi retoriknya.
Memang betul apa yang saudara katakan, Anwar semasa dasawarsa 70-an, dasawarsa 80-an, termasuk selepas menyertai BN, Anwar dahulu berbeza dengan Anwar sekarang.


Berbeza..memang berbeza.
Dari segi politik perjuangannya berbeza. Tahun 1970-an dia sebagai pejuang Islam melalui ABIM sebagai wadahnya dan beberapa pertubuhan Islam antarabangsa, WAMY dan sebagainya.
Pendiriannya dalam soal-soal tertentu, dahulu dan sekarang jauh berbeza.
Tetapi sekarang, pendiriannya itu lebih mirip apa yang disifatkan sebagai politik liberal.


Politik liberal?


Ya. Politik liberal. Sekarang dia menampilkan dirinya sebagai pejuang kepada hak asasi manusia.
Kalau kita tengok karier kerjaya politiknya, pada peringkat awal, hujung tahun 1960-an dan dasarwasa 1970-an, dia lebih mirip kepada kemelayuan. Persatuan bahasa Melayu, menentang penggunaan bahasa Inggeris…
Lepas itu, Islam. Sekarang pula sebagai liberal.

Ini yang dimaksudkan sebagai chameleon, berubah-ubah. Dan sekiranya pada masa akan datang, dia rasa perlu ubah, mungkin dia akan ubah lagi.
Sebab itulah kita sering tanya, apa pendirian sebenar Anwar ? Apa pegangannya ? Apa politiknya ?
Kalau kita banding dengan Dr. Mahathir, kita tahu, dari dulu dalam soal-soal antarabangsa tertentu, Dr. Mahathir tak ubah.


Konsisten…


Konsisten. Semasa dia doktor, sebelum masuk politik, semasa dia masih belajar di universiti, pendiriannya sama.
Ada juga yang mengkritik saya tentang pendirian dan peranan saya. Saya kata, dalam semua isu yang saya terlibat dari dulu hingga sekarang, saya tak ubah.
Politik antarabangsa, politik tempatan, dulu pun saya pegang pada prinsip-prinsip tertentu tentang hak asasi manusia, ekonomi dan sebagainya, saya tak ubah.
Hanya dalam satu perkara yang saya ubah iaitu Anwar Ibrahim.


Dalam kes Anwar Ibrahim, dulu saya sokong, sekarang saya menentang. Dan saya tak apologized. Kerana ubah prinsip itu saya tak apologized kepada mana –mana pihak dan saya berpendapat pendirian ini berteraskan pada prinsip.
Kenapa saya ubah? Kerana saya telah sedar. Masa saya masuk parti dan dapat lihat dia dari dekat, politiknya, maka saya buat kesimpulan, bahawa dia ini adalah manusia yang saya tidak boleh sokong.


Bukan soal peribadi, moralnya semata-mata, tetapi banyak lagi faktor-faktor lain.
Itupun dalam soal moral, kalau kita fikirkan, kenapa dia ini jadi begitu…Kalau orang lain, walau ada sedikit bukti pun, mesti akan letak jawatan.


Letak jawatan…


Saya fikir, Anwar ini seperti satu kes yang istimewa. Adakah manusia lain seperti Anwar. Tak ada. Tak ada.


Maksudnya…


Kita lihat sejarah seluruh dunia pun tak ada. Kalau di Korea, China, India, Amerika Latin, pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dalam kes moral ini, akan meletak jawatan terus.
Walaupun mereka mempertahankan diri di mahkamah, tetapi mereka meletak jawatan.


Tapi, dia ini (Anwar)… terus menafikan dan bertahan. Jadi, dia bukan seperti pemimpin lain. Dia ini luar biasa…luar biasa..


Yang sedihnya, isterinya sama. Terus mempertahankan suaminya. Itu pun saya tak faham. Jadi, dia pun isteri istimewa. Itu yang YB Zulkifli Noordin cadangkan dia (Azizah) sebagai 'Presiden Kelab Isteri-isteri Taat'.


Adakah Prof melihat Anwar tidak mahu meletak jawatan atau berundur dari politik kerana tidak mahu dilihat hilang fungsi seperti yang Prof katakan bahawa Anwar hanya ada dua kepakaran ?


Ya betul, dia mungkin akan hilang fungsi. Fungsinya dua aspek sahaja, demonstrasi dan pidato. Jadi kalau dia berundur, apa fungsinya lagi ?
Sebagai seorang pemikir, dia tak ada fungsi. Sebagai perancang dasar atau mencanangkan idea-idea, dia juga tak ada fungsi.


Sebab itu, dia bertegas, selagi mana dia boleh tepis dia tepis tentang kes-kes moral dan sebagainya kerana dia tak boleh lari dari berpolitik dalam hidupnya?


Dan mungkin juga kalau kita tengok pada politiknya, cita-citanya nak menjadi Perdana Menteri ni…


Besar…


Besar. Besar.
Kalau nak dikatakan sebagai cita-cita tu, saya kira tak begitu tepat, lebih tepat bernafsu. Nafsunya mesti menjadi Perdana Menteri.


Kalau kita bandingkan dengan orang lain, bandingkan dengan Dr. Mahathir, Pak Lah, Datuk Seri Najib, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman.
Saya ada buat sedikit kajian tentang perkara ini walaupun saya belum lagi menulis secara mendalam tentangnya.


Dari zaman Tunku, saya nampak mereka ini tidak bernafsu untuk memegang jawatan Perdana Menteri.
Seperti Tunku, dia menjadi Presiden UMNO bukan kerana dia mengejar jawatan itu. Kerana Datuk Onn Jaafar undur, dia dipujuk oleh Tun Razak untuk menjadi Presiden.


Kita tahu sikap Tunku, Tunku tidak mahu menjadi Presiden tetapi Tun Razak berpendapat, inilah manusia yang paling sesuai kerana dia anak raja, ada kedudukan dalam masyarakat sebagai pendakwaraya dalam bidang undang-undang.


Tun Razak pun begitu. Dia sabar, sungguh sabar sebelum dapat menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Dia bantu Tunku. Dia tidak gulingkan Tunku.
Begitu juga Tun Hussein Onn. Dia pun bukan manusia yang mengejar jawatan. Dia menjadi Perdana Menteri sebab kedudukannya sebagai orang nombor dua. Bila ada (pergolakan) dalam parti, dia pun berundur secara terhormat.

Dr. Mahathir, dari penglibatannya di bangku sekolah lagi, dia sudah aktif. Dia juga tak rancang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi akhirnya dia jadi Perdana Menteri kerana dipilih oleh Tun Hussein Onn.


Tak ada perancangan secara tersusun untuk jadi PM ?


Tak ada. Tak ada. Memang baginya, soal ekonomi Melayu itu penting. Kalau kita tengok Dr. Mahathir, dia selalu tulis dan bincang isu-isu ini.
Pak Lah pun jadi PM, dia tak rancang.
Dan Datuk Seri Najib pun dah berapa lama dalam parti. Dari umurnya, 23 tahun lagi. Dia jadi PM, ketika umurnya sudah 57 tahun.

Tetapi, yang seorang ni.. maksud saya, Anwar Ibrahim…dia cepat-cepat nak jadi PM. Masuk sahaja UMNO, dia buat macam-macam perancangan. Dia mengenepikan Tengku Razaleigh, Musa Hitam, Tun Ghafar..

Macam-macam yang dia buat, kalau kita kaji sejarah secara mendalam.
Krisis-krisis yang berlaku dalam UMNO itu, yang Anwar masuk itu, dalam beberapa aspek itu, memang dia terlibat. Memang dia terlibat.
Saya fikir, dia mahu mencapai matlamatnya. Jadi, saya nampak, dia ini, memang seorang manusia yang benar-benar bernafsu untuk menjadi PM.


Seolah-olah mengenepikan kekuasaan dan ketentuan Allah swt?


Ya..ya. Kerana ada kuasa yang lebih besar menentukan segala-galanya. Semacam dia mengenepikan faktor itu.
Kita selalu solat hajat, dari dulu semasa Anwar ditahan (1998) … Jadi, kalau kita lihat dari sudut itu, soal kuasa besar itu yang menentukan segala-galanya.
Setiap kali solat hajat, harapannya supaya Anwar jadi PM.


Lepas itu Anwar dipenjarakan…Solat hajat lagi..keluar pula kes Saiful, solat hajat lagi..keluar pula video seks. Jadi, apa keputusannya ?

Keputusannya, semua itu memang kuasa Tuhan.
Setiap kali solat hajat, inilah hasilnya. Jadi, itu adalah keputusannya.

sumber:AIDC

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 24 Jul 2011 09:34 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


EMAIL : PEMBOHONGAN FAKTA PAS DIBONGKAR LAGI.

Posted: 24 Jul 2011 09:00 PM PDT

ZUL AZNAM JADI KETUA POLIS PERLIS.

Posted: 24 Jul 2011 07:00 PM PDT

EMAIL : CADANGAN AGRESIF MEMBANTU EKONOMI MELAYU.

Posted: 24 Jul 2011 12:35 PM PDT

DR ASRI WAJAR JADI PENGETUA AKADEMI FANTASIA.

Posted: 24 Jul 2011 04:00 AM PDT

MAT SABU DAH KENA SAIKO WEI !

Posted: 24 Jul 2011 01:00 AM PDT

MAJLIS EKONOMI MELAYU DITUBUHKAN.

Posted: 23 Jul 2011 10:00 PM PDT

Neutral Daily

Posted: 24 Jul 2011 09:33 PM PDT

Neutral Daily


Amanah Kemerdekaan atau Raih Kuasa Kembali?

Posted: 24 Jul 2011 07:20 PM PDT



Oleh Syed Mu'az Syed Putra..

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini bangkit menentang segala penyelewengan yang berlaku termasuk rasuah, kronisme, sikap pelampau dan pembaziran.

Tegas beliau, rakyat jangan membiarkan perbuatan memanipulasikan politik digunakan untuk memecahkan perpaduan rakyat melalui dasar dan keputusan yang memihak kepada pihak yang berkepentingan.

"Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun untuk memecahkan rakyat majoriti melalui dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.

"Saya memerhatikan dengan hati yang gusar melihat keadaan yang amat merunsingkan iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terangan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan negara untuk kepentingan mereka," katanya pada perasmian Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Tegas Tengku Razaleigh (gambar) yang lebih dikenali sebagai "Ku Li", masa untuk melihat segala penyelewengan yang berlaku sudah tamat dan sekarang untuk bangkit menyatakan pendirian masing-masing.

"Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka, inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya 'kami mahukan kebenaran, tidak paparan palsu dan penipuan'.

"Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata 'saya mahukan masa depan anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan sosial yang berkepentingan sendiri'.

"Ini masanya untuk orang muda dan dewasa yang bekerja berkata 'kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar'," katanya.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang ini berkata, Amanah yang dianggotai beberapa tokoh pemimpin bukan untuk menentang kerajaan tapi adalah untuk hak rakyat.

"Suara ini adalah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran.

"Kita akan berkata dahulukan kepentingan kebangsaan yakni kepentingan negara dan kepentingan rakyat, ini matlamat kita," katanya.

Amanah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibarisi beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.

Sementara naib presiden pula dibarisi Wan Saiful Wan Jan, Dr Patau Rubis, Ong Hock Siew, Datuk Mohd Azmi Razak, Ragunath Kesavan, Tan Sri Simon Sipaun dan Mohd Lukhman Ghani.

Amanah dilancarkan dengan enam tujuan utama iaitu mengembalikan legasi, janji-janji dan ideal Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas negara ini agar kesemua rakyat Malaysia dapat hidup bersama sebagai satu komuniti yang adil, progresifhttp://www.blogger.com/img/blank.gif, bersatu dan gembira.

"Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri menjadi pemerhati dan tidak terlibat, melihat perkembangan dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukannya.

"Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti, kita perlu melakukan sesuatu yang berlain," tambah Tengku Razaleigh.-Malaysian insider

P/s : Apa di sebaliknya? Ku Li beri jaminan pada Neutral Daily tahun beliau tidak mahu jadi presiden UMNO.

UMNO sudah teruk? Sehingga terpaksa Ku Li melaksanakan gerakan yang 'mengejutkan' ini?

Lihat video artikel dan temubual Neutral Daily setahun lalu di sini.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 24 Jul 2011 09:10 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Kit Siang Pengarah Lakonan BERSIH

Posted: 24 Jul 2011 05:15 PM PDT

Mengapa PAS Tidak Mengaku Lakonan Suhardi?

Posted: 24 Jul 2011 08:08 AM PDT


PAS mempertikaikan soal masa dan gambar hitam putih. Mengapa tidak PAS mengakui lakonan yang jijik dibuat oleh Suhardi untuk menipu rakyat Malaysia bahawa beliau adalah arwah Baharuddin yang meninggal dunia? Mengapa tidak PAS mencari dan menghukum Suhardi yang merupakan ahlinya itu? PAS perlu akui hakikat bahawa mereka sekadar dipergunakan oleh Ambiga dan Anwar untuk BERSIH.

PAS perlu akui bahawa Anwar telah manipulasikan percakapan Haji Hadi Awang yang menyebut polis melayannya dengan baik. Kalau beginilah mentaliti seorang pemimpin PAS, alamatnya lebih baik bubarkan sahaja PAS. Tidak guna nama sahaja parti Islam pada nama tetapi mengikut telunjuk Ambiga yang jelas menentang Islam dan mahu menghapuskan perkara 121 (1A).

r b f

Posted: 24 Jul 2011 07:33 PM PDT

r b f


Pembangkang Malaysia Juara Pembohongan Peringkat Dunia

Posted: 24 Jul 2011 06:03 AM PDT

Awang geleng kepala apabila menonton video yang dirakamkan oleh pihak polis berhubung situasi sebenar perhimpunan haram 9 Julai.

Jelas berlaku penipuan oleh beberapa pemimpin dan aktivis pembangkang. Ternyata tohmahan mereka kononnya menjadi mangsa kekerasan polis, adalah menjijikkan. Mereka menghina diri sendiri. Dalam Awang mengakui sebahagian pemimpin pembangkang masih ada wibawa, sebahagian lagi sah suka berbohong. Lalu Awang melayari Internet untuk mengetahui tingkah laku pembangkang di luar negara. Ada juga kes pembohongan tetapi tidak seburuk tabiat pemimpin pembangkang tertentu di Malaysia.

Tradisi pembohongan semakin menular dalam gerakan pembangkang di negara ini seolah-olah ia menjadi pakaian hidup. Kalau si ketua sudah kaki berbohong sehingga ke tahap di luar tabii, pemimpin yang lain mudah terikut.

Nampaknya tanah air kita cukup makmur untuk menyemai pembohongan. Di negara lain tidak sebegitu, hanya di Malaysia...

Awang Selamat
Telah ditakdirkan mereka dilahirkan sebagai pembohong. Dari gigi susu sampai gigi palsu mereka hidup dan cari makan atas pembohongan.

Mujurlah ada mereka, dapatlah juga menghiburkan hati kita dan sekali-sekala mengejutkan kita. Seandainya tiada mereka , maka kita pun kuranglah hiburan.

Syabas kepada pembangkang Malaysia, teruskan mengekal kejuaraan yang anda pegang sehingga dunia kiamat.

Semuanya Berpunca Dari Rasuah dan Penyelewengan DAP

Posted: 24 Jul 2011 01:10 AM PDT

Barua inilah dalang utama kepada kematian TBH
Apa pun kandungan dan rumusan laporan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock (TBH) yang diumumkan kelmarin, semua pihak perlu berlapang dada.

Berdasarkan laporan tersebut, TBH tidak dibunuh sebagaimana yang digembar-gemburkan secara luar biasa oleh pembangkang sejak Julai 2009.

Malah ia dimanipulasi menjadi bahan sentimen perkauman yang keterlaluan. Tohmahan yang dilemparkan sudah tidak terkira banyaknya. Persoalan sebenar iaitu gejala rasuah yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tenggelam.

Masyarakat sudah diheret terlalu jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar. Inilah kejayaan DAP selama ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu dalam kes tersebut. Jika diamati laporan tersebut, boleh dirumuskan wujud amalan kronisme, penyelewengan dan manipulasi melibatkan kewangan.

Awang setuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa DAP yang sepatutnya memikul tanggungjawab atas kematian TBH. Mendiang telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.

Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang sewajarnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kerajaan, SPRM dan keluarga TBH. Awang berharap tiada lagi pihak mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas politik.

Kepada SPRM, usahlah goyah jika ada kandungan laporan suruhanjaya berkenaan yang tidak disenangi dan tidak menggambarkan realiti sebenar. Awang boleh faham, proses soal siasat bukanlah sesuatu yang mudah. Di kebanyakan negara termasuk di Barat, soal siasat suspek atau saksi kes rasuah juga sentiasa terdedah kepada kritikan.

Para pegawai SPRM telah menjalankan ribuan siasatan selama ini. Satu dua insiden bukan cerminan kepada kelemahan atau kegagalan suruhanjaya itu. Awang berharap moral para pegawai dan petugas SPRM tidak akan terjejas. Langkah SPRM menggantung tugas operasi terhadap tiga pegawai yang dikatakan melakukan soal siasat agresif, membuktikan suruhanjaya itu bersikap terbuka.

Namun mereka juga perlu diberi keadilan. Apa pun, peranan mulia yang para pegawai SPRM laksanakan mesti diteruskan dengan penuh yakin, tabah dan profesional.

Tugas memerangi rasuah dan penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir. Halangan utama adalah daripada golongan korup minda yang mempolitikkan kes rasuah sebagaimana dilakukan pemimpin DAP. Pemikiran yang korup itulah yang akhirnya menjadikan SPRM sebagai kambing hitam dan mangsa politik.

Awang Selamat

Awang Selamat, DAP bukan sepatutnya lagi memikul tanggungjawab kematian TBH, tetapi DAP yang perlu dipertanggungjawabkan. Kerana merekalah TBH disoal siasat oleh SPRM.
Selepas ini kalau SPRM nak cari pegawai penyiasat sila cari mereka-mereka yang berpewatakan seperti adik angkat Anwar Ibrahim, iaitu Sukma Darmawan.

Tengah soal siasat, berhenti kejap, tonggeng punggung dulu. Kemudian sambung balik soal siasat , confirm SPRM akan dapat segala maklumat. Lebih-lebih lagi orang yang di soal siasat itu Anwar Ibrahim.

Sri Tri Buana

Posted: 24 Jul 2011 07:13 PM PDT

Sri Tri Buana


Menyelami Tengku Azlan.

Posted: 24 Jul 2011 05:28 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 24 Jul 2011 03:46 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Saki Baki Agen Agen Bersih Yang Dah Berani Derhaka Kebawah DYMM Agong...!

Posted: 24 Jul 2011 01:02 AM PDT

Lim Chee Wee, Presiden Majlis Peguam Malaysia..Menghina Suruhanjaya Di Raja. Tindakan ini nyata tidak selari dengan hasrat Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Dia TIDAK menghormati sistem.

Jelaslah di mata rakyat Malaysia bahawa penyokong Pembangkang di negara ini tidak menghormati sistem pentadbiran dan perundangan di negara kita tercinta ini, Malaysia. Jika dikatakan mereka tak faham undang-undang, presiden Majlis Peguam sendiri, Lim Chee Wee, nyata menhina Suruhanjaya Di Raja Bagi menyiasat kematian Teo Beng Hock. Sedangkan dia seorang peguam. Kenapa dia memihak DAP dan tidak neutral?

Adalah jelas bagi Majlis Peguam bahawa tanggungjawab sepenuhnya kematian Teoh Beng Hock terletak di pihak SPRM dan tindakan segera mesti diambil ke atas pegawainya yang perlu bertanggungjawab ke atas kelakuan mereka," kata Lim.

Jika ramai seperi Lim ini dalam Majlis Peguam, Majlis itu kehilangan fungsi asalnya. Majlis itu sekadar layak menjadi "kuda tungangan" Pembangkang!

Rakyat Malaysia sudah pasti dapat menilai bahawa corak kepimpinan yang dikehendaki Majlis Peguam ini adalah menjurus kepada tabiee "suka bangkang" sahaja tanpa melihat jauh akan kepentingan negara. Kenapa tidak menghormati system yang wujud, yang awal-awal lagi diminta oleh Majlis Peguam dan Pembangkang sendiri iaitu "SURUHANJAYA DI RAJA".

Apabila Suruhanjaya itu membuat keputusan, keputusan itu pula diremeh, dipersoal dan dijadikan momokan dan isu politik.. Sudahlahhhhh.

Tindakan Presiden Majlsi Peguam ini ternyata "menghina Suruhanjaya Di Raja itu". Perbuatan menghina ini tidak boleh dibiarkan berterusan.. Di pihak Rakyat Malaysia mereka akan hukum pengamal tabiee seperti Lim ini...... Lenyapkan Pembangkang dan kuncu-kuncunya dalam PRU13... Tindak tanduk mereka ternyata jelas ..., amat survatif..... [taken from blogger fren, BLOG Senja Liza)

Malaysia Boleh Belasah Singapore Kat Bukit Jalil.., TETAPI Dengan Satu Syarat....!!

Posted: 23 Jul 2011 05:29 PM PDT


Please click here

House PK

Posted: 24 Jul 2011 01:39 PM PDT

House PK


CILI KASI TARUK! DAP WAJIB DISIASAT!

Posted: 24 Jul 2011 07:30 AM PDT

USTAZ KAZIM KASI TARUK CILI SAMA PENZINA! MESTI TONTON

Posted: 24 Jul 2011 06:00 AM PDT

PANAS! ADAKAH PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL LEBIH BAIK DARI BIOMETRIK?

Posted: 24 Jul 2011 05:08 AM PDT

Apa Yang Tersirat

Posted: 24 Jul 2011 01:32 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Nazri merapu lagi

Posted: 24 Jul 2011 09:34 AM PDT

Saya tidak tahu untuk menyatakan apa lagi terhadap Nazri Aziz ini. Walau apa pun hujah beliau, nampaknya menteri yang menjaga parlimen ini seolah-olah tetap mahu menyalahkan SPRM, sekali gus mahu menjadikan SPRM sebagai kambing hitam. Siapakah Nazri untuk menentukan sebab dan akibat hidup mati seseorang itu? Nazri dilaporkan berkata, "Kematian Teoh Tidak Akan Berlaku Jika Siasatan Ikut Standard" (baca di sini).

Apa hak Nazri untuk berkata sedemikian? Pertama - Nazri bukan Tuhan! Kalau sekali pun SPRM mengikut standard (SOP) dalam siasatannya, tetapi jika suspek benar-benar bersalah dan tertekan, lalu membunuh diri, maka apakah kita masih tetap mahu menyalahkan SPRM? Ambil contoh kematian Ahmad Sarbini Mohamed di bangunan SPRM, apakah Nazri mahu menunding jari kepada SPRM sebagai punca kematiannya disebabkan SPRM tidak mengikut standard siasatan?

Jawapan dalam soal ini sangat mudah - izinkan SPRM menyelesaikan kes rasuah Teoh sehingga selesai - jika sudah terbukti bahawa DAP dan Teoh terlibat dengan rasuah, maka kematian Teoh adalah disebabkan "dosa" diri sendiri dan bukan SPRM. Dengan kata lain, kematian Teoh tiada kena mengena dengan SPRM, sebaliknya Teoh yang tertekan dengan dosa rasuah yang dilakukannya sehingga sanggup membunuh diri sebagai jalan pintas menyelesaikan masalah! Mustahillah Nazri tidak nampak semua ini?

Kalau beginilah sikap Nazri, saya boleh katakan kematian Teoh tidak akan berlaku sekiranya DAP Selangor tidak terlibat dengan sebarang rasuah, dan kematian Teoh juga tidak akan terjadi seandainya tiada laporan rasuah dilaporkan kepada SPRM. Dengan kata mudah, kematian Teoh bukan berpunca daripada SOP SPRM yang salah atau tidak standard, tetapi kematian Teoh adalah berpunca daripada tabiat rasuah yang bermaharajalela dalam DAP! Untuk menutup malu, bunuh diri adalah jalan paling mudah bagi mana-mana manusia yang tidak beriman kepada Allah. Ada faham?

Cubalah semak kembali, sudah berapa banyak kes yang dikendalikan oleh SPRM yang menggunakan SOP yang sama dengan kes Teoh, ada kita dengar sesiapa bunuh diri akibat daripada tekanan siasatan yang kononnya tidak mengikut SOP SPRM? Tetapi, yang peliknya apabila kes seperti ini terkena batang hidung DAP atau kaum Cina, riuh satu Malaysia, seolah-olah SPRM jauh lebih hina daripada tahi anjing! Hanya orang yang bersalah sahaja yang sanggup membunuh diri, kerana itu penyelesaian paling mudah.

Sepatutnya Nazri mempertahankan SPRM dan bukan membuat kenyataan bodoh seperti di atas. Sekarang cuba Nazri jawab soalan saya, Altantuya tidak akan mati dibunuh di Malaysia sekiranya Najib tidak membeli kapal selam, betul atau tidak? Boleh terima soalan bodoh macam ini? Untuk Nazri, cukuplah DAP sahaja yang menjadikan SPRM sebagai kambing hitam, jangan ditambah lagi komen-komen hanyir seperti ini.

Bukan mudah untuk membuat sesuatu kerja dengan SOP yang standard, lebih-lebih lagi dalam kerja siasatan seperti polis dan SPRM - atas kertas nampak cantik SOPnya, apabila hendak dilaksanakan, cirit hijaulah jawapnya. Cubalah sekali sekala Nazri jadi pegawai siasatan, kita mahu tengok SOP yang macam mana digunakannya bagi mendapatkan maklumat daripada suspek.

Masalahnya sekarang, apakah Nazri sebagai menteri ada SOPnya? Kakitangan awam bukan balaci kepada menteri, bila-bila masa boleh dikambinghitamkan sesuka hati. Saya nak ingatkan Nazri agar menjaga hati kakitangan awam dan jangan mudah menyalah mereka ikut sedap mulut. Jangan sampai saki-baki kakitangan awam yang masih menyokong kerajaan ini berpaling tadah, buruk akibatnya. Wallahualam.Tulisan Asal disini

Norway: Pembunuh itu adalah anti islam

Posted: 24 Jul 2011 06:39 AM PDT

Pembunuh-Anti Islam
Nama pembunuh berdarah dingin itu Anders Behring Breivik, 32. Sebelum kejadian meletupkan bangunan kerajaan di ibu kota Norway, Oslo, Breivik telah menulis 1500 muka surat manifestonya berjudul "Knights Templar 2083" berhubung tindakkannya tersebut.

Pembunuh adalah anggota parti ultra kanan populist Progress Party adalah anti islam dan keterbukaan budaya yang diamalkan parti buruh (labor party)yang sedang memerintah.

Breivik (gambar), sebelum melakukan pembunuhan rambang di disebuah pulau kecil, di mana pekemahan musim panas para remaja dan kanak-kanak yang kebanyakkanaya beragama islam, pembunuh berdarah dingin itu sempat meletopkan bangunan kerajaan.

Setakat ini, seramai 93 orang dinyatakan mati terbunuh dan 97 tercedera.

Yang peliknya, Breivik tidak merasapun bersalah atas tindakan itu, sambil mendakwa ianya sesuatu yang perlu, bagi membendung penyebaran agama islam di Norway khasnya dan Eropa amnya.

Breivik, dalam notanya sebelum kejadian pembunuhan beramai-ramai itu berkata bahawa jika ingin bertindak, maka perlu melibatkan ramai yang terorban, baru lah tindakan itu adalah tindakan berbaloi.




Semasa melakukan tindakan, Breivik berpakaian seragam polis Norway.

Terkini Ziana Zain

Posted: 24 Jul 2011 01:57 AM PDT

Gambar-gambar terbaru Ziana Zain di Midvalley, Maybank Treats Fair baru-baru ni. Memang lawa giler Ziana Zain di sana. Sepertinya dia kelihatan diusia mudanya masih. Bukan setakat kelihatan muda, malah boleh dikatakan 'kamu nampak blue' la Ziana Zain.







Memory Lane B907-Kalau begini-- riadah namanya

Posted: 24 Jul 2011 01:43 AM PDT

Kira-kira 15 penyokong gerakan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0 - dengan berpakaian kuning dan membawa poster - 'kembali semula' ke laluan utama perhimpunan 9 Julai.

Mereka membawa poster dan juga mengedarkan risalah yang mendesak pembebasan enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

Ada antara mereka yang membawa poster mendiang Teoh Beng Hock dan mengumumkan mereka "Berjalan untuk Teoh Beng Hock".

Walaupun bilangannya kecil, tetapi pakaian kuning mereka - bersama dengan poster dan belon yang sama warna.

Kematian Baharuddin Ahmad-Bersih perlu tanggungjawab: M Kayveas

Posted: 23 Jul 2011 10:30 PM PDT

Keluarga Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu seharusnya menuntut tanggungjawab daripada BERSIH 2.0 serta penganjur dan pemimpin Pakatan Rakyat, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata BERSIH harus bertanggungjawab sepenuhnya tidak saja terhadap Allahyarham Baharuddin, tetapi juga sesiapa saja yang cedera dan mengalami penderitaan akibat perarakan haram itu.

"Apa jua yang berlaku, adalah kerana kedegilan BERSIH. Apa yang BERSIH lakukan tidak menguntungkan sesiapa, kecuali memburukkan nama negara yang kita cintai ini," katanya.

Kayveas berkata, BERSIH (Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil), yang disokong oleh 62 NGO, termasuk parti-parti pembangkang berdegil mengajak orang ramai yang tidak berdosa keluar ke jalan-jalan raya dan menghasut mereka agar tidak menghiraukan nasihat kerajaan supaya tidak menyertai perarakan.- Bernama

Siapa Teoh Beng Hock?

Posted: 23 Jul 2011 08:30 PM PDT

Berapa banyak wang rakyat diguna untuk mencari punca kematian Teoh Beng Hock?

Beng Hock disimpulkan mati sebab bunuh diri. Walaupun Beng Hock tidak dapat berkata-kata lagi, kerana sudah mati, maka tujuannya membunuh diri adalah untuk melindungi Bosnya- exco Kerajaan Selangor daripada DAP.

Pada awal inkues kematian Beng Hock-terdapat banyak tuntutan Palsu yang dijumpai dalam CPU milik Beng Hock. Ingat, Beng mahu melangsungkan majlis perkahwinan secara grand, sudah tentu perlu wang yang banyak.

Dalam siasatan awal juga, didapati akaun bank Beng Hock tidak sampai seribupun, sedangkan majlis perkahwinannya akan berlangsung, sebulan dari tarikh kematiannya.

Beng Hock, dipanggil ke SPRM kerana dakwaan salah guna peruntukan DUN yang diwakili Ean Yong Hin Wah.

Disebabkan pelakuannya diketahui, maka Beng Hock-sungguh tertekan. Dalam inkues juga didedahkan, bahawa sebelum mayat Beng Hock dijumpai di luar Plaza Masalam, Shah Alam, Beng Hock kelihatan sangat gelisah.

Kegelisahan ini, menunjukkan bahawa dia melakukan kesalahan menipu. SPRM berkehendakan agar Beng Hock menjadi saksi utama salah guna dana ADUN, namun-sebenarnya dialah biang keroknya.

Tembelang dah terbongar, fikiran Beng Hock bercelaru. Bukan sahaja akan dicemuh oleh partinya, malah bosnya. Penjara menunggunya.. inilah yang bermain-main di kepala Beng Hock. Keluarganya akan malu, mungkin bakal isterinya akan tinggalkannya.. bertambah-tambah lagi kecelaruan fikiran Beng Hock.

Apatak lagi sissatan SPRM yang mengulangi-ulang semua kemungkinan buruk akan dihadapinya akbiat perubatannya. Keadaan ini, berakibat fikiran Beng Hock jammed dan buntuh.Apatak lagi, ditambah tidak tidur semalaman, tidak mandi, tidak segar.. semuanya menumpuk, bertambah parah lagi keadaan Beng Hock.

Dalam keadaan jammed itu, Beng Hock dengan longlai menuju tingkap di tingkat 14, kawasan merokok, walaupun Beng Hock tidak merokok. Beng Hock melihat-lihat pemandangan, namun otak dan fikiran bercelaru, tidak mampu berfikir lagi, dalam benaknya hanya satu... "saya ini manusia tidak berguna" seperti dialog filem-filem kantonis-punca "pelakon" mengambil keputusan nekad.

Kini, Beng Hock telah tiada. Inkues telah selesai menjalankan tugas, demikian juga RCI. RCI membuat kesimpulan, Beng Bunuh diri. Namun, kelaurganya tidak dapat menerima keputusan itu, kerana mereka mahu beng hock kembali ke pangkuan mereka juga.

Seandainya keluarga Beng Hock, mengetahui bagaimana Beng Hock melakukan penipuan tuntutan, memalsukan tuntutan, sehinggakan memburukan majikannya serta parti yang disokongnya, AYT pasti keluarga Beng Hock,lebih suka kalau dia mati, kerana mencalar imej buruk pada keluarga. Seharusnya, data-data penipunan ini, perlu dihebahkan oleh SPRM, kerana inilah punca Beng Hock bunuh diri, bukannya cara siasatan yang dilakukan oleh SPRM.

"Baby" Sanggup Tukar jantina demi pasangannya

Posted: 23 Jul 2011 07:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu dan naluri semasanya selain dorongan teman lelaki yang kononnya sanggup berkongsi hidup sepanjang hayat, seorang lelaki nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu demi cinta terhadap kekasih songsangnya.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta Mohd Qairun Abidin, 47 (bukan nama sebenar) tersekat di tengah jalan dan kini dia mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya, terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.

"Tiada kesudahannya. Selepas menanggung derita pembedahan demi kekasih, kita dikecewakan dan akhirnya hilang tujuan hidup yang boleh membuatkan kita hilang pedoman hingga cuba bertindak di luar batas agama kerana ingin bunuh diri.

"Tindakan melakukan pembedahan jantina biasanya berlaku akibat desakan naluri atau pihak ketiga kononnya kerana cinta, tetapi saya percaya dorongan pihak ketiga lebih kuat daripada naluri seseorang individu dan akhirnya individu itu akan menanggung derita sendirian," katanya yang mengubah jantina melalui pembedahan.

Mohd Qairun atau dulunya dikenali sebagai Baby@Katie yang masih mempunyai nama lelaki pada kad pengenalannya mendakwa, pembedahan dilakukannya banyak mengubah cara hidupnya kerana membawa kebahagiaan, namun ia hanya bersifat sementara.

"Mungkin itu yang dikatakan kemewahan dan kesenangan dunia kerana saya akhirnya hanya memperoleh keseronokan sementara... betapa tidak, ketika itu saya menjadi pujaan ramai, malah memiliki teman lelaki yang berjanji sehidup semati.

"Namun bila kita sudah 'berkedut', semua janji tinggal janji dan akhirnya derita hidup ditanggung sendiri. Ketika itu segala sesalan tidak lagi berguna, kepada siapa kita hendak mengadu, kepada keluarga? Mereka juga dicerca masyarakat kerana tindakan saya. Akhirnya, kepada rakan 'sealam' juga saya kembali," katanya.

Menceritakan keperitan hidup selepas menjadi 'isteri', Katie berkata, dia dan teman lelakinya tinggal sebumbung hampir 15 tahun dan sepanjang hidup bersama, kehidupan bersama seorang pengusaha restoran itu bahagia.

"Saya dibelikan kereta, dibawa berjalan ke luar negara dan diterima oleh sebahagian besar ahli keluarganya, malah dia menanggung pembedahan dan perbelanjaan harian saya.

"Memang ketika itu ada perkhidmatan pembedahan murah berhampiran sempadan Thailand iaitu di Hat Yai, tetapi ia disediakan secara haram.

"Kerana mahu pembedahan secara sah, saya terpaksa melakukannya di Bangkok, Thailand yang lebih murah berbanding di Singapura," katanya.

Menurutnya, hampir setahun dia menderita akibat pembedahan, terutama ketika membuang air, namun semuanya diatasi dengan belaian dan kasih sayang diberi kaum sejenis hinggalah dia benar-benar pulih daripada kesan pembedahan.

"Ketika itu saya tidak menyesali tindakan membuang alat kelamin, malah bangga kerana mampu memiliki insan yang benar-benar menyayangi saya dan menjamin masa depan, namun kami masih menghadapi masalah untuk berkahwin akibat masalah dokumentasi dan konflik agama.

"Pernah kami cuba kahwin di luar negara tetapi dihalang keluarga, menyebabkan kami nekad untuk terus hidup bersama tanpa ikatan, namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi apabila teman lelaki mula beralih arah kepada orang lain yang juga pondan.

"Selepas 10 tahun kami bersama dan melakukan apa saja untuknya, saya ditinggalkan begitu saja, mengakibatkan saya terpaksa kembali bergelumang dalam dunia mak nyah jalanan untuk meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Bagaimanapun, katanya, 'kerjaya' di lorong gelapnya tidak lama apabila dia mula beralih arah ke bidang lain, iaitu bidang perhotelan yang diteruskan sehingga sekarang.

"Mana tahan ketika itu, hampir setiap hari saya ditahan pihak berkuasa, namun ada ketikanya saya terlepas tindakan apabila mengaku sebagai wanita.

"Malah, ada anggota polis meminta maaf kepada saya kerana berkasar kerana menyangka saya wanita, namun ada kalanya saya tertangkap jika kad pengenalan saya diteliti," katanya.(Harian Metro)

Seharusnya UMNO telah lama berpacak di hati rakyat

Posted: 23 Jul 2011 06:39 PM PDT

UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, walaupun diperbaharui pada tahun 1987. Dengan jangka masa yang begitu lama, seharusnya UMNO telah menjadi Trade Mark yang telah bertempat di hati rakyat.

Ibarat produk-misalnya Jenama Dunhill, Bally, Omega, Rolex dan sebagainya-jenama ini telah mendapat dihati mereka yang pentingkan lifestyle. Demikian juga, jenama kereta seperti porse, Ferrari, BMW, M-Benz, disebabkan kewujudannya telah bergitu lama, maka tak syak lagi, jenama itu telah terkenal dan menjadi rebutan.

Jenama produk yang wujud di pasaran untuk sekian lama, selain kualiti dan mutunya terus dipertingat, namun realible produk tersebut terus mendapat kepercayaan pengguna.

Kenapa UMNO berhadapan dengan persepsi keyakinan? sedangkan parti itu adalah tunggak memerdekakan negara. Sebagai parti--no problem, namun, mereka yang diberi amanah untuk memimpin parti itu yang bermasalah.

Rakyat cukup celik, setiap individu yang diberi amanah memikul tanggangjawab dalam parti dan seterusnya dalam kerajaan, telah lupa nawaitu asal- memperjuangkan nasib rakyat, negara dan agama. Namun kebanyakannya, lupa nawaitu asal itu, sebaliknya, diri sendiri dan keluarga yang diutamakan.

Ramai para pemimpin UMNO, sebelum diberi amanah dan tanggjugjawab, kehidupan mereka, sama seperti kehidupan rakyat lain, bekereta satu-itupun jenama proton atau Produa, tinggal di rumah teres; namun selepas sahaja diberi amanah dan tanggungawab-menjadi exco kah, pengerusi GLC kah, pembantu menteri kah (Sabah), keadaan berubah-ibarat kata Tuhan "Kun Fa Ya Kun"- Rumah bertukar bungalo, kereta bertukar jenama (kecil jadi besar), dulu hanya minum di kedai mamak, kini hanya di hotel-hotel berbintang 5.

Rakyat melihat semua perubahan ini. Perubahan ini menjadi pemangkin, kenapa jenama UMNO kini sukar untuk dijual. Apapun prinsip pemasaran yang digunakan-menjual UMNO pada masa dan ketika ini, rakyat senantiasa was-was, berpandukan pada apa yang berlaku di depan mata mereka.

Jika 10-15 tahun lalu, UMNO tidak lah banyak sangat menghadapi masalah dalam sesuatu pilihanraya, namun kali ini, UMNO mempunyai pesaing-- DAP-PAS-PKR di mana tiga parti itu telah memacak kelebihan parti masing-masing di hati rakyat. Fikir-fikirkan lah

Tilawah Al-Qur'an: Qari dan Qariah milik Malaysia

Posted: 23 Jul 2011 05:57 PM PDT

Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan dari Malaysia masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di ibu negara malam tadi.

Amirrahman dan Suraya juga muncul johan pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Laporan Bernama Online menyebut johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 89.26 peratus manakala johan qariah mendapat 88.33 peratus.

Sementara itu, Saudi M. Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.30 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul sebagai naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Mesir iaitu Abdel Bast Mohamed (87.88 peratus) dan qariah dari Singapura Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus) yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata serta sijil penyertaan.

Peserta-peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.

Majlis tilawah yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah itu berlangsung selama lapan malam sejak 16 Julai lalu dan disertai 81 peserta termasuk 50 qari, dari 50 negara termasuk Sri Lanka, Sudan, Thailand, Senegal serta Gambia.

Sementara itu, Amirrahman, 29, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata beliau amat bersyukur dengan kejayaan itu meskipun kurang sihat pada hari pembacaan sekali gus dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Beliau berkata kemenangan itu akan menjadi pendorong mendidik generasi muda agar bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu al-Quran.

Suraya, 39, juga mengakui tidak menduga akan mendapat kejayaan itu setelah menjadi johan qariah pada peringkat kebangsaan dan pernah mendapat tempat naib johan peringkat antarabangsa pada 2002.

"Cita-cita saya telah tercapai untuk menjulang kejuaraan pada peringkat antarabangsa selepas berehat dari bidang tilawah selama sembilan tahun," katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

JEBAT BERKOKOK

Posted: 24 Jul 2011 01:24 PM PDT

JEBAT BERKOKOK


Hishamuddin: Antara BerShit dan saman ekor!!!

Posted: 24 Jul 2011 09:35 AM PDT



Ramai yang mempersoalkan kewibawaan Hishamuddin sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Terbaru, Hishamuddin berkata bahawa tindakan tegas boleh diambil kepada mana-mana individu yang terlibat di dalam membuat laporan polis palsu.

Jika benarlah seperti apa yang Hishamuddin katakan itu, kita terlalu hairan kenapa Hishamuddin masih teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada orang yang memalsukan laporan polis. Polis sudah pun menyiarkan video tentang Mat Sapu yang mendakwa beliau telah dilanggar oleh kenderaan polis. Adakah Hishamuddin masih bersetuju kepada kata-kata Hadi Awang bahawa video hanyalah besi yang tidak bermata dan bertelinga lantaran tidak boleh dijadikan bukti.

Hishamuddin perlu sedar bahawa kredibiliti dan namanya sudah terpahat buruk kepada sesetengah rakyat. Kata peribahasa 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'. Alang-alang busuk biar sampai puas hati.

Jika begitu tegas tindakan yang boleh dikenakan kepada pesalah-pesalah trafik hingga menjejak mereka ke hadapan pintu rumah kenapa pula tindakan yang jelas mengancam keselamatan negara, Hishamuddin terlalu berlembut.

Benar, sabar sebahagian daripada iman tetapi sabar juga perlu ada batasnya. Jika diberi kuasa tetapi tidak menggunakan kuasa itu juga boleh dikatakan sebagai salahguna kuasa.

Bertindaklah seperti anak jantan dan jangan biarkan kaduk naik junjung hingga menjolok mata. Rakyat sudah muak dengan amaran yang tidak pernah kunjung noktah penamatnya.

Tiada ulasan:

Pengikut