Isnin, 25 Julai 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kos Biometrik SPR, berapa Juta atau Billion RM?

Posted: 25 Jul 2011 02:25 AM PDT



Laporan dari Kanada menyatakan untuk menggunakan kaedah biometrik dalam mengesahkan identiti pengundi semasa pilihanraya akan memerlukan kos yang amat tinggi. PERLU ADA TALIAN INTERNET YANG STABIL DI TIAP TEMPAT MENGUNDI, PERLU ADA BACK UP GENERATOR, SCANNER, MACAM-MACAM PERALATAN DAN SEBAGAINYA.

Siapalah yang akan untung BESAR bila semua sistem Biometrik ini dilaksanakan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak? Macamana nak pastikan ada talian internet yang stabil di pedalaman Sarawak yang peti undi pun perlu diangkut guna helikopter?

Bijak sungguh PM dan Pengerusi SPR kita !

************
COST MAJOR PROBLEM WITH BIOMETRIC ID AT POLLS

OTTAWA — Biometric technology could be used to identify voters at the ballot box without requiring Muslim women to remove facial veils, but setting up a nation-wide system would be expensive and risks disenfranchising many electors.

The problem with biometric authentication is the time-consuming and expensive process of "enrolling" potential voters in the system. Participants first have to be "scanned" to create baseline data to which their fingerprints or irises will be compared at the polling station.

"Something that people often underestimate is the cost of doing that enrolment," said Steven Kent, a Massachusetts-based expert on identity authentication.

"Whenever we talk about making changes, we have to realize there is a tremendous start-up cost."

Once captured, a voter's biometric data could then be stored on a so-called smart card or in a central database. Voters would present the smart card at a polling station and a machine would scan their irises or fingerprints to electronically match against the information stored on the card. Alternately, the voter's biometric data could be compared against the reference data in a database, BUT THAT WOULD REQUIRE A STABLE ELECTRONIC CONNECTION BETWEEN THE POLLING STATION AND THE DATABASE. Privacy concerns are certain to arise.

The cost of rolling out the hardware and software to make a voter authentication system work would be substantial. Depending on how elections officials chose to implement the system, each of the 308 federal ridings could have a designated polling station equipped with biometric scanners, or every one of the polling stations within a riding — a substantially greater investment in machinery.

THESE POLLS WOULD LIKE BE REQUIRED TO HAVE BACK-UP SCANNERS AS WELL POWER SYSTEMS LIKE GENERATORS OR BATTERIES, ALL AT ADDED EXPENSE, AS WELL AS SECURE ELECTRONIC CONNECTIONS TO A CENTRAL DATABASE.

http://www.canada.com/vancouversun/news/story.html?id=6a332d5b-a66e-481f-945c-3f453278b425&k=80914

SPR dan Biometrik, 2.4 Juta Mykad rosak apa cite?

Posted: 25 Jul 2011 12:06 AM PDT


Bersungguh betul Najib dan SPR nak laksana kaedah Biometrik yang lebih canggih dan sepatutnya lebih mahal berbanding dengan celup jari yang sepatutnya lebih mudah dan murah untuk mencegah pengundi hantu. Kalau Mykad rosak macamana? Batalkan penggunaan Biometrik pada saat akhir? Bukan 1 atau 2 Mykad rosak tapi dilaporkan 2.4 Juta Mykad rosak.

PENGESAHAN PENGUNDI: KERAJAAN SETUJU SPR GUNA BIOMETRIK

KANGAR 23 Julai 2011 - Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini hari ini. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0723&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm&arc=hive


10% OF MYKAD IDENTIFICATION CARDS FOUND TO BE FAULTY

KUALA LUMPUR: About 10% of the 24 million MyKad identification cards issued since 2001 had been replaced after they were found to be faulty.

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar said most of the cases were recorded this year, with 888,495 replacement MyKad identification cards issued until October.

He said the main complaints were defective chips or damaged plastic cards.

Last year, the figure stood at 769,674, while it was 204, 572 in 2006. The number of MyKad replacements in 2001 was 32,670, followed by 24,131 (2002), 16,678 (2003), 22,484 (2004), and 45,487 (2005).

Syed Hamid said he was not happy with the number of faulty cards recorded, and said the low number of damaged or defective MyKad identification cards in the first year compared to this year was because the chip-based card was only rolled out on a pilot project basis in 2001.

When it was pointed out that the figure had jumped by almost 20 times since 2005, he said: "I cannot explain. The only explanation I can give you is because of the rollout. Coverage is more extensive. But I think this needs to be improved."

He said the National Registration Department (NRD) was continuously looking at ways to upgrade the MyKad, from security features to even the plastic compound used to make it.

Syed Hamid was speaking to reporters Wednesday after launching the MyDaftar programme at the International Youth Centre in Cheras here.

Under the programme, NRD staff would go on scheduled roadshows to districts and rural areas to help register births, deaths and MyKad information.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/11/26/nation/20081126180534&sec=nation


Nasib Melayu di Bumi Melayu, pelajar IPTA

Posted: 24 Jul 2011 07:15 PM PDT



JELASKAN PUNCA PELAJAR MATRIKULASI TERCICIR. Utusan Malaysia 25 Julai 2011 - SAYA ingin merujuk luahan Ibu Prihatin (Pasir Gudang, Johor) yang disiarkan di ruangan ini pada 18 Julai 2011 lalu.

Anak saudara saya yang mempunyai Purata Mata Gred Keseluruhan (CGPA) 3.09 juga mengalami nasib yang sama tidak mendapat tempat di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Rayuan telah pun dibuat walaupun hasilnya nanti masih tidak menjanjikan harapan.

Apabila diajukan soalan ini kepada pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu pun tweet Menteri bertanggungjawab, jawapannya seolah-olah skrip standard yang telah dirancang iaitu 'Pelajar mungkin salah memilih kursus yang beliau tidak layak'.

Soalan saya di sini ialah:

- Mana mungkin para pelajar memilih kursus yang mereka tidak layak kerana borang panduan Unit Pusat Universiti (UPU) telah menyenaraikan universiti-universiti dan kursus-kursus yang pelajar boleh memohon diasingkan mengikut kategori aliran masing-masing (Sains, Akaun dan sebagainya). Kalau pun ada kesalahan, bukankah itu bermakna pihak UPU yang tidak mengemaskini senarai universiti dan kursus yang pelajar layak memohon?

- Pelajar-pelajar juga diberi opsyen 'Adakah anda akan menerima selain daripada lapan kursus yang dipilih di atas'. Saya yakin semua pelajar akan menjawab 'Ya'. Kenapakah mereka ini tidak diberi peluang memasuki universiti dalam kursus-kursus yang KPT fikirkan layak mengikut budi bicara kementerian?

- Apakah sebenarnya kelayakan masuk universiti kerana pelajar yang mendapat CGPA 3.00 ke atas pun tidak mendapat tempat? Para ibu bapa di luar sana seperti Ibu Prihatin sudah semestinya mahukan ketelusan dan penjelasan kementerian berhubung perkara ini.

- Adakah satu jaminan bahawa setiap pelajar Matrikulasi yang membuat rayuan akan mendapat tempat yang dijanjikan nanti? Saya tidak kisah kalau pelajar tersebut gagal (sememangnya tidak layak), malah jauh sekali mendapat keputusan sekadar 'cukup makan'.

Tetapi pelajar-pelajar terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan bertungkus lumus selama dua semester di Pusat Matrikulasi.

Saya sudah mulai ragu kenapa kementerian membuat pengambilan pelajar matrikulasi yang begitu ramai sebelum ini, malah pada kemasukan akan datang ini juga.

Apa gunanya mengambil ramai pelajar matrikulasi sekiranya selepas tamat pengajian tempat mereka tidak terjamin di universiti?

Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu kesudahan mereka begini.

Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di seluruh negara dan malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya sepanjang mereka menuntut ilmu di sana. Bukankah satu pembaziran jika mereka ini dipinggirkan di hujung jalan?

Sikap kementerian yang berdiam diri juga amat mendukacitakan kerana tidak tampil memberi penerangan dan penjelasan sepatutnya kepada pelajar-pelajar terpinggir ini khususnya dan ibu bapa mereka amnya.

Namun begitu, saya masih mempunyai kepercayaan tinggi terhadap kementerian memandangkan saya juga merupakan produk Pusat Matrikulasi.

Saya yakin kementerian akan mengambil langkah segera dan efektif untuk menyelamatkan pelajar-pelajar matrikulasi yang terpinggir ini.

PEDANG BERTUAH
Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Nasib Melayu di Bumi Melayu, Balu dan Anak Yatim

Posted: 24 Jul 2011 07:15 PM PDT



TUNTUTAN PENCEN. Utusan Malaysia 25 Julai 2011 - AYAH saya merupakan staf di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durin, Sibu, Sarawak. Beliau telah meninggal dunia pada 23 Ogos 2010 akibat sakit jantung.

Sehingga ke hari ini waris beliau, iaitu ibu saya, masih belum menerima wang pencen ayah saya berikutan masalah-masalah yang timbul semasa dokumentasi sampai ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak.

Soalnya kenapa JPN Sarawak memerlukan masa hampir setahun untuk memaklumkan semula waris bahawa terdapat dokumen yang tidak mencukupi untuk melengkapkan proses tuntutan pencen ini?

Apakah yang menyebabkan staf di JPN Sarawak begitu lambat bertindak dalam perkara seperti ini. Adakah birokrasi masih berlaku di pejabat-pejabat kerajaan di Sarawak? Mohon perkara ini mendapat perhatian oleh Kementerian Pelajaran dan juga JPN Sarawak.

CAHAYA MULIA
Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_06.htm

KEADILAN Seremban baiki rumah penyokong BN

Posted: 24 Jul 2011 07:15 PM PDT

KEADILAN Seremban baru-baru ini bergotong-royong membaiki rumah seorang nenek, Karpaima Marimuthu a/p Kuppusamy Naidu, 74, yang juga penyokong Barisan Nasional.

Penerangan KEADILAN Seremban dalam kenyataannya memberitahu rumah Karpaima yang menetap di Taman Dusun Nyiur, Ampangan, Seremban sejak puluhan tahun berdepan kerosakan teruk kerana kayu yang menyokong atap rumahnya sudah di makan anai-anai dan dimasuki air setiap kali hujan.

"Pasukan petugas KEADILAN Seremban memastikan ke semua kayu yang sudah diganti diletakan ubat anti anai-anai," kata kenyataan itu.

Turut serta, Ketua Cabang KEADILAN Seremban, Dr. Ahmad Azam Hamzah, Timbalannya yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Dr. Mohamad Rafie Ab Malek dan beberapa sukarelawan parti itu.

KEADILAN Seremban menjadikan slogan Demi Rakyat sebagai teras dalam aktiviti turun padangnya berkhidmat kepada masyarakat.

http://www.keadilandaily.com/?p=17399

Tiada ulasan:

Pengikut