Pakatan Rakyat |
Posted: 26 Jun 2011 03:22 PM PDT Alhamdulillah, saya telah selesai melakukan umrah pada awal pagi hari Khamis. Seterusnya pada malam itu juga, setelah selesai solat waktu di depan Kaabah, saya telah menunaikan solat sunat istikharah agar dikurniakan petunjuk dalam soal penglibatan saya dalam program LL4G (2). Sebenarnya, semenjak peristiwa Mavi Marmara semasa Flotilla LL4G (1), saya telah memaklumkan kepada beberapa orang sahabat bahawa saya amat ingin menyertai misi yang serupa sekiranya ianya diadakan sekali lagi. Pada awal tahun ini satu misi ke Gaza melalui Raffa dikalangan ahli Parlimen sedunia hendak diadakan dan saya telah memberi nama saya untuk menyertainya. Malangnya ianya dibatalkan kerana suasana tidak selamat disebabkan serangan udara tentera Israel terhadap penduduk Gaza dilakukan pada ketika itu. Kemudian, pada bulan Mei, ada pula permintaan untuk ahli Parlimen PAS menyertai Flotilla (2) dan saya dengan segera memberikan nama saya. Malangnya suasana berubah dengan 'politiking' oleh pihak yang berkenaan. Oleh yang demikian, dihadapan Kaabah, saya memohon petunjuk supaya dapat memilih di antara apa yang dikatakan oleh hati, yang ingin sangat untuk pergi, dan akal yang menyedari agenda terselindung disebalik misi ini. Agenda yang semakin hari semakin ketara. Setelah selesai solat istikharah 2 rakaat, saya bergegas balik ke Hotel dan tidur kerana keletihan disebabkan perjalanan yang agak jauh dari Jazan. Esoknya, pada jam 3 lebih pagi saya dikejutkan alarm telefon. Apabila bangun, secara tiba-tiba saya teringat bagaimana sepenjang tempoh ini, pihak LL4G tidak pernah pun menelefon atau menghantar e-mail kepada saya berhubung misi ini. Walaupun semua maklumat peribadi telah saya maklumkan kepada mereka, saya tidak pernah mendapat panggilan dari mereka. Sehingga saya juga yang menelefon untuk bertanya, pada awal Jun, samada nama saya disenaraikan atau tidak sebagai salah seorang sukarelawan. Saya bangun dengan seberapa segera, mengambil wudhu' kerana ingin menunaikan solat subuh pagi pagi hari Jumaat itu di Masjidil Haram. Sambil mengambil wudhu' bermacam-macam persoalan terhadap misi ini telah timbul dalam pemikiran saya, termasuk pembatalan ucapan Tuan Haji Mohd. Sabu pada malam pelancaran, penafian tekanan politik oleh pihak penganjur serta layanan 'acuh tak acuh' terhadap penglibatan saya dalam misi kali ini. Mungkin barangkali penyertaan saya bukan agenda utama mereka. Semua ini bermain di dalam pemikiran saya dan sambil bergerak kearah Masjidil Haram, saya sempat juga membaca sms yang datang bertalu di telefon saya. Ada satu lagi NGO Islam menarik diri dari misi tersebut namun nama mereka tetap disebut dan tidak digugurkan. Mengikut sms tersebut, NGO yang tetap bersama hanyalah Aman Malaysia dan Ihsan (Pekida). Teringat pula saya akan kata-kata pujangga, "kita tidak boleh memilih waktu kita mati, tetapi kita boleh memilih ingin mati bersama siapa". Sahabat-sahabat yang asal sudah menarik diri, yang tinggal tidak kelihatan serupa. Perasaan saya terhadap misi ini menjadi semakin jelas. Ianya sebuah misi yang mempunyai agenda terselindung dan walaupun misi itu sendiri adalah baik, agenda terselindung ini mampu merosakkan segala-galanya. Sekiranya sebelum apa-apa lagi ianya sudah diselaputi penipuan dan pembohongan, demi agenda politik yang terselindung, apa jaminan ianya tidak akan diputar-belit dengan lebih dahsyat lagi selepas ini? Maka tiada sebab saya perlu terlibat dalam misi yang sebegini rupa. Selepas selesai solat subuh, saya melakukan tawaf sunnat dan selepas itu, sambil duduk berehat di dalam Masjidil Haram, saya menghantarkan sms kepada sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya semenjak posting "Flotilla 2, Lifeline for Gaza (LL4G) dan Penglibatan Saya" di dalam blog ini; bahawa saya menarik diri dari misi ini. Sekembali saya ke Malaysia minggu depan, saya akan berbincang dengan sahabat-sahabat NGO yang lain dan sekiranya berpeluang, kami akan ke Gaza melalui Raffa untuk menyampaikan bantuan. Mungkin tidaklah 'high-profile' sepertimana Flotilla LL4G, tetapi insyaAllah bertunjangkan dengan niat yang ikhlas, tanpa sebarang agenda yang terselindung kecuali mengharap keredhaan ilahi. WaLlahu 'Alam | |||||||||
Posted: 26 Jun 2011 03:13 PM PDT | "Najib, saya tahu apa kamu buat di PD" - DSAI Posted: 26 Jun 2011 08:31 AM PDT Saya petik: [MK] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar. P/s: Kah kah kah. Kelu lidah Najib!! Najib yang dipalitkan dengan cerita PD ini wajar menjawab kenyataan DSAI dan dakwaan penulis buku di bawah ini daripada terus membuatkan orang ramai berteka-teki. | [Video] Temu Bual dengan Pemenggal Kepala Arab Saudi Posted: 26 Jun 2011 06:00 AM PDT | Mentaliti Pemimpin BN, Untuk Rakyat..."Pembaziran, Bebanan kepada Kerajaan, Tidak Praktikal" Posted: 26 Jun 2011 04:54 AM PDT Sudah dua hari saya peram "screen shot" kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air tentang keengganan kerajaan memberikan 1000 liter air pertama secara percuma kepada rakyat. Seperti biasa, jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri ini sama seperti kenyataan pemimpin BN yang lain, memperlekeh dan menghina rakyat marhaen. Kata Timbalan Menteri ini, program air percuma hanya menggalakkan pembaziran dan mendakwa kos rawatan air yang tinggi tidak dapat ditampung jika program tersebut dijalankan. Fuh! Tidak dapat tampung kos rawatan air yang turun dari langit secara percuma atau tidak dapat tampung kos/gaji CEO syarikat kroni yang mengurus air di Malaysia? Anda masih ingat lagi jumlah gaji CEO Syabas? Baca di sini. Selangor memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyatnya. Adakah rakyat Selangor membazirkan air percuma hasil keprihatinan kerajaan negeri? Buat pengetahuan anda yang tinggal di luar Selangor, banyak rumah di Selangor yang tidak perlu membayar bil air setiap bulan hasil daripada program ini. Saya hanya membayar bil sekitar RM2-5 sebulan. Program air percuma yang dijalankan di negeri Selangor ini sedikit banyak dapat mengurangkan beban rakyat yang kini dibebani bil elektrik yang tinggi. Dalam isu pengurangan subsidi gula dan minyak, alasan yang digunakan ialah jumlah subsidi tersebut membebankan kerajaan. Dalam masa yang sama, kerajaan melalui syarikat GLC menghabiskan bilion RM untuk memberikan subsidi kepada syarikat kroni. Duit rakyat digunakan untuk "bail out" syarikat kroni yang bermasalah. Namun apabila untuk mengurangkan sedikit bebanan rakyat, alasan yang diberikan sangat menghina kita. Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan BN didakwa menerima gaji lebih RM50 ribu sebulan termasuk pelbagai kemudahan mewah yang lain. Seperti yang saya nyatakan dalam beberapa kiriman, mereka ini juga didakwa diberikan pengecualian dalam membayar bil utiliti yang mencecah ribuan ringgit sebulan. | [Video-Wajib Tonton] Pendedahan Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara Posted: 25 Jun 2011 09:30 PM PDT | Anak Netanyahu Hina Islam dan Arab di Facebook Posted: 25 Jun 2011 08:04 PM PDT Saya petik:
P/s: Lahanat! | Posted: 25 Jun 2011 07:30 PM PDT Saya petik:
P/s: Sila ambil perhatian! | Posted: 25 Jun 2011 07:00 PM PDT 1 Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Kecetekan ilmu dalam bidang agama menyebabkan ramai di kalangan umat Islam bersikap kurang ajar ketika melakukan solat berjemaah dan tidak lagi tahu menghormati kesucian masjid.
| Helah Duda Jerat Budak Bawah Umur Orang Asli Posted: 25 Jun 2011 06:33 PM PDT Saya petik: [HM] TAMPIN: Jijik apabila seorang duda berusia 40 tahun tergamak menggunakan agama sebagai helah untuk memerangkap seorang gadis Orang Asli sebelum bertindak merogolnya. Menurut sumber, kerana percaya janji manis duda berkenaan gadis itu sanggup meninggalkan ibu bapanya untuk mengikut lelaki berkenaan ke Kampung Batang Rokan, Gemencheh. | Identiti Penulis SBDJ Tamar Jalis Terbongkar Posted: 25 Jun 2011 05:00 PM PDT Tamar Jalis adalah penulis kegemaran banyak orang termasuk TM. Sejak di bangku sekolah, karyanya, iaitu Siri Bercakap Dengan Jin menjadi novel seram paling popular. Khabarnya kisah benarnya itu telah diterbitkan dalam lebih 200 siri dan dibukukan dalam 16 jilid. Kesemuannya telah dijual melebihi 1 juta naskhah. Walaupun tidak lagi memiliki buku ini, saya kepingin memilikinya suatu hari nanti jika ada pihak yang mahu menerbitkan semula kesemua karya penulis hebat ini. Cerita lanjut tentang Tamar Jalis di sini. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan