Selasa, 21 Jun 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 21 Jun 2011 03:03 PM PDT

Lelaki Cabul Anak Tiri Selama Enam Tahun

Posted: 21 Jun 2011 06:30 AM PDT

Saya petik:

[SH] AYER KEROH - Gara-gara penderaan seks terhadap anak tirinya, seorang peniaga gerai dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh yang berusia 43 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seorang perempuan berusia 15 tahun, telah menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu dengan menyebabkan atau membenarkannya dianiayai sedemikian di dalam bilik di gerai nombor 5, Mohd Khairul Segar Abdullah Citarasa Pulau Besar, antara 11 dan 11.30 malam pada November tahun lalu.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan ditemani ahli keluarganya ketika rayuan, memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal iaitu dipenjarakan bukan didenda.

"Ketika kejadian, mangsa didera secara seksual berlarutan dari umur sembilan sehingga 15 tahun dan sebagai bapa tiri, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung bukannya bertindak sebaliknya," katanya.

Berdasarkan fakta kes, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jasin menerima aduan daripada orang awam melalui talian Nur dan menyatakan terdapat kanak-kanak disyaki didera dan dicabul bapa tirinya.

Hasil siasatan mendapati, mangsa yang membantu tertuduh menjual makanan ringan di Pulau Besar dianiayai dan didera secara seksual dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa selama enam tahun sejak berusia sembilan tahun.

Tertuduh kemudian ditangkap polis pada 16 Jun lalu.

P/s: Lahanat!

Skandal Scorpene: Peguam Perancis di Kuala Lumpur 20-24 Julai

Posted: 21 Jun 2011 05:39 AM PDT


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Peguam Perancis yang mengendalikan skandal Scorpene yang difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Mahkamah Perancis, akan tiba di Kuala Lumpur pada 20 hingga 24 Julai ini.

Kedatangan mereka ke negara ini adalah untuk memberikan maklumat terkini tentang siasatan kes itu.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel memaklumkan KeadilanDaily.com sewaktu ditanya tentang perkembangan terkini siasatan skandal Scorpene melibatkan pembayaran 'komisen' hampir RM500 juta kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Perimekar Sdn Bhd.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, syarikat kepunyaan kenalan rapat perdana menteri, Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak.

Menurut Cynthia, peguam dari Perancis, William Bourdon dijangka berada di Malaysia selama empat hari untuk memberi penerangan kepada Suaram dan juga orang ramai berhubung status terkini siasatan itu.

"Peguam Perancis yang menyiasat skandal Scorpene ini akan tiba lewat bulan Julai sekitar 20 hingga 24 Julai untuk memberi maklumat dan memaklumkan kita tentang perkembangan terbaru siasatan skandal Scorpene di Perancis.

"Beliau dijadual menyampaikan ucapan pada 21 Julai di Pulau Pinang dan 23 Julai di Kuala Lumpur. Di antara ahli politik yang sudah bersetuju untuk turut serta adalah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua," kata Cynthia.

Akhbar Suara Keadilan baru-baru ini mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

 P/s: Bongkar sampai terburai!!!!Ada yang tidak dapat tidur malam!

[PANAS] 1.3 Juta Rakyat Malaysia SOKONG BERSIH. Buktinya di Sini.

Posted: 21 Jun 2011 01:00 AM PDT

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Tinjauan portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.


Menurut Malaysiakini, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu telah diturunkan sejak tengahari tadi.

Berdasarkan paparan skrin berkenaan yang disiarkan pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi ini, berdasar petikan dari google cache.

Berdasarkan pertanyaan 'Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini', seramai 1,312,917 responden menjawab 'Ia patut dibenar diteruskan'.

Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan "Ia patut dibatalkan'.

Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook 'Curi-Curi Malaysia' yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.


P/s: Harap-harap PERKASA, UMCO, dan geng yang sewaktu dengan mereka tidak membaca berita ini. Nanti ada yang kena serangan jantung!!!!

Pelakon Imran Khan Mahu Cabar Undang-undang Had Usia Teguk ARAK!

Posted: 20 Jun 2011 09:15 PM PDT

 Saya petik:

[Kosmo] NAGPUR - Hero Bollywood, Imran Khan (gambar) baru-baru ini berikrar akan mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan pemerintah negeri menaikkan had usia minimum minum arak kepada 25 tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Ramai penduduk bandar ini, di negeri Maharashtra, menyokong pendirian Khan berhubung isu tersebut tetapi terdapat segelintir yang menyokong keputusan pemerintah.

"Seseorang individu dibenar mendapatkan lesen memandu pada usia 16 tahun dan berkahwin ketika usia 21 tahun.


Namun, usia untuk minum arak pula dinaikkan kepada 25 tahun. Sepatutnya pemerintah menaikkan had umur untuk mendapatkan lesen memandu (bagi mengurangkan kes kemalangan akibat pemandu mabuk)," kata sekumpulan golongan muda di sini. 

Seorang pelajar jurusan kejuruteraan, Vinay Kakde menyifatkan undang-undang itu sebagai kolot. 

"Undang-undang ini ibarat kembali ke zaman gelap," katanya. Ramai penduduk di sini berpendapat tindakan pemerintah tidak akan mencapai matlamatnya kerana ia hanya akan menggalakkan pasaran gelap arak. - Agensi 

P/s: Siapa yang kolot bingai?

Selepas Ibrahim Ali, Jurublog UMCO Pula Takut-takutkan Orang Cina

Posted: 20 Jun 2011 08:10 PM PDT

Sejak beberapa hari ini kecoh fasal kenyataan berunsur ancaman Ibrahim Ali kepada kaum Cina yang mungkin bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka menyertai BERSIH 2.0. Kata Ibrahim Ali: "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

Hari ini TMI menyiarkan artikel tentang jurublog UMCO, Penembak Babi, menyiarkan satu artikel pendek meminta orang ramai tidak menyertai BERSIH 2.0, namun dalam masa yang sama menggunakan tajuk yang berbaur ancaman kepada orang Cina di blognya. Malah video klip rusuhan perkauman yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998 turut disertakan.

Yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998 ialah rusuhan kaum. Mengapa perlu samakan BERSIH dengan rusuhan kaum di Indonesia? Penyiaran video dan tajuk artikel itu berniat jahat dan cuba menggambarkan BERSIH sebagai perhimpunan yang berunsur perkauman dan ganas. 

Untuk menggagalkan BERSIH 2.0, pihak UMCO dan geng cuba menggambarkan perhimpunan itu sebagai satu perhimpunan yang akan mencetuskan huru-hara dan keganasan. Walhal, BERSIH 2.0 hanyalah perhimpunan RAKYAT PELBAGAI KAUM dan AGAMA yang ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap SPR dan amalan demokrasi di negara ini. BERSIH bukanlah perhimpunan perkauman yang mahu menggulingkan kerajaan, bukan juga perhimpunan yang mahu "menghalau" Cina atau mana-mana kaum di Malaysia. 

Mengapa perlu polemikkan perhimpunan ini dan menggambarkannya sebagai perhimpunan yang akan menimbulkan huru-hara? Jawapannya, BN takut penyertaan rakyat pelbagai lapisan masyarakat, kaum, dan agama yang mencecah ratusan ribu orang akan menggambarkan bahawa perikatan politik itu sudah tidak diterima oleh rakyat Malaysia secara umumnya. Impak perhimpunan ini akan menjejaskan peluang mereka dalam PRU13 nanti. Gambar ratusan ribu rakyat Malaysia di perhimpunan BERSIH akan tersebar ke ceruk-ceruk kampung dan sekaligus menyedarkan masyarakat yang masih kemaruk mengundi BN dalam pilihan raya. Itu saja!

P/s: Jangan LUPA janji temu anda 9 Julai nanti!!!



Utusan Teruskan Pendedahan, Maahad Buat Laporan Polis

Posted: 20 Jun 2011 05:05 PM PDT

Sementara itu, pihak pentadbir maahad yang didakwa mempromosikan keganasan menafikan dakwaan Utusan yang dilaporkan dalam beberapa siri berita sejak beberapa hari lalu.Berdasarkan laporan di Harian Metro, Hazman Hashim memberitahu media bahawa satu laporan polis telah dibuat terhadap pihak yang membuat laporan/berita berkaitan dengan maahad itu yang menurutnya adalah suatu fitnah. 

Saya petik:

Maahad Nafi Rekrut Pelajar Guna Idealogi JI

[BH] KUALA PILAH: Ahli Jawatankuasa Madrasah Ittiba Us Sunnah di Kampung Parit di sini, menafikan mereka merekrut pelajar dengan ideologi Jemaah Islamiah (JI) untuk menentang kerajaan, seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan semalam.

Setiausaha madrasah berkenaan, Hazman Hashim, berkata laporan akhbar itu yang turut memaparkan gambar bangunan madrasah berusia 54 tahun itu bersifat fitnah dan langsung tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. 

"Kami hanya memberi kelas bimbingan terjemahan al-Quran kepada warga tua beberapa hari seminggu bergantung kepada keadaan, malah tiada pelajar lelaki berusia 18 tahun seperti didakwa dalam laporan akhbar itu menyertai kelas yang diadakan selepas solat Maghrib," katanya pada sidang media di madrasah itu di sini, semalam. 

Akhbar bukan terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) itu, semalam antara lain melaporkan, sebuah maahad bertanggungjawab merekrut pelajar Tingkatan Empat dan Lima sekolah agama di negeri ini berasaskan ideologi pemimpin militan JI.

Mereka turut dihasut membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad menegakkan agama Islam, selain pelajar direkrut itu dipercayai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Mengulas lanjut, Hazman berkata, walaupun maahad itu tidak bertauliah, mereka tidak menganjurkan aktiviti bersifat ekstrem kerana sentiasa menyokong perjuangan kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, pada zaman 1970-an dan 1980-an, maahad itu menerima ramai pelajar universiti yang mahu mendalami ilmu terjemahan al-Quran secara harfiah, tetapi tidak pernah dihasut memusuhi kerajaan.

"Bagaimanapun, kita mengaku madrasah pernah menerima kedatangan pemimpin JI, Abu Bakar Bashir, pada awal 1990-an tetapi memutuskan hubungan apabila diminta menerima perjuangan pertubuhan itu," katanya.

Suhaizan Kayat

Posted: 21 Jun 2011 01:44 PM PDT

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Selasa 21 Jun 2011

LEBIH BAIK SPR BERDIAM DIRI

Sesuatu yang jangal walaupun bukannya luar biasa telah berlaku kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) apabila kenyataan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof telah cuba membuka pintu rundingan dengan Jawatankuasa Bersih 2 berkenaan isu Himpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011. Kenyataan ini telah disiarkan oleh media Malaysiakini pada 20-Jun-2011. Sedangkan pada 18-Jun-2011 Tan Sri Abdul Aziz telah menutup pintu rundingan seperti yang telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian. Perubahan mendadak pendirian SPR ini dipercayai akibat tekanan pihak kerajaan.

Tan Sri Abdul Aziz menekankan bahawa demonstrasi tidak menyelesaikan sebarang masalah. Mungkin Tan Sri Abdul Azizi terlupa bahawa Himpunan 100 Ribu Gerakan Rakyat Membantah PPSMI (GMP) tahun 2009 telah menyebabkan polisi PPSMI berubah. Sedangkan sebelum demontrasi pihak kerajaan khususnya Menteri Pelajaran pada masa tersebut Dato Hishmuddin Tun Hussin bertegas akan mengekalkan PPSMI. Itulah bukti yang paling jelas bagaimana demontrasi boleh mengubah sesuatu polisi kerajaan.

Hujah yang mengatakan kemenangan pembangkang dalam pilihanraya 2008 telah membuktikan bahawa SPR telah berlaku adil dalam pilihanraya adalah hujah yang meleset. Sistem undi pos yang ternyata mempunyai ruang manipulasi yang sangat jelas sehingga SPR berjanji mahu membuat perubahan. Terdapat bekas-bekas pegawai tentera yang telah mengaku memangkah kertas undi bagi pihak anggota di bawahnya, insiden berkaitan undi Pos yang berlaku di pilihanraya kecil Bagan Pinang dan Sibu, kuasa SPR yang sangat terhad terhadap media massa dan lain-lain isu telah membuktikan bahawa sistem pilihanraya tidak berlaku dengan adil selama ini. Janji SPR untuk membuat reformasi terhadap undi pos masih lagi pada tahap janji sahaja. Belum sampai peringkat perlaksanaan lagi.

Sebagai badan perlaksana kepada pilihanraya, SPR tidak mempunyai cukup kuasa untuk membuat perubahan kepada lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2 iaitu membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas & adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Sebarang rundingan dengan pihak SPR tidak boleh menyelesaikan semua tuntutan. Ini kerana SPR hanya mempunyai kuasa yang sangat terhad terhadap media, kuasa terhad untuk mengukuhkan institusi awam, kuasa terhad untuk menghentikan rasuah dan politik kotor.

Sebenarnya SPR juga menjadi mangsa kepada sistem yang tidak adil dalam negara ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor berpendapat adalah lebih baik SPR berdiam diri terhadap Himpunan Bersih 2. Itu lebih baik bagi mempastikan SPR sebuah badan bebas yang bertugas untuk melaksanakan pilihanraya yang adil dan bersih.

Suhaizan Bin Kayat

Ketua Pemuda PAS

Negeri Johor.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

019-7285174

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut