Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Ali Rustam: Lihat diri dulu sebelum mengata orang. Posted: 20 Jun 2011 11:56 PM PDT Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka membidas Datuk Seri Ali Rustam berhubung kenyataan beliau mengenai pemimpin yang berselindung di sebalik imej warak. Dalam kenyataan tersebut di Akhbar Utusan Malaysia Online, Datuk Seri Ali Rustam menggesa rakyat agar tidak cepat terpengaruh dengan pemimpin yang berimej warak tetapi diam-diam melakukan maksiat. Adalah suatu perkara asing apabila Ketua Menteri Melaka itu membuat kenyataan tersebut seolah-olah memberi gambaran pemimpin berimej warak kebanyakan berpura-pura alim dan melakukan maksiat. Kenyataan tersebut juga memperlihatkan bahawa Ali Rustam begitu prejudis dengan pemimpin berimej warak sedangkan ramai lagi pemimpin rakyat yang berimej warak tidak berperangai sebegitu. Nabi Muhammad dan para sahabat dahulu juga berimej warak dalam memimpin rakyat. Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka menasihatkan kepada Datuk Ali Rustam agar memeriksa kembali diri dan kurangkan menuduh orang lain tanpa bukti yang kukuh. Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka juga berharap Datuk Seri Ali Rustam sedar akan kesalahan rasuah yang pernah beliau lakukan semasa pemilihan UMNO suatu ketika dahulu. Beliau juga perlulah dahulu memperbaiki masalah parti beliau yang semakin meruncing dengan budaya rasuah, fitnah, akhlak, moral dan lain-lain. Suatu perkara yang memalukan apabila kita menuduh orang lain tetapi diri sendiri tidak berapa baik. Muhammad Aizat Bahrudin Ketua Penerangan DPPNM |
Bantah BERSIH 2.0 : Perkasa Melaka lupa diri. Posted: 20 Jun 2011 08:42 PM PDT Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka mencabar Perkasa Negeri Melaka agar menegur Presiden mereka, Dato' Ibrahim Ali agar tidak meneruskan hasrat untuk turun pada 9 Julai nanti. Kenyataan oleh Ketua Penerangan Perkasa Negeri Melaka, Abdul Mujid Jafaar yang mengatakan perhimpunan BERSIH itu bertujuan untuk menghasut rakyat menentang kerajaan dan mengalakkan rusuhan seperti yang berlaku di Mesir dan beberapa negara Arab lain adalah umpama 'cakap tak serupa bikin' Perkasa Negeri Melaka dalam Akhbar Melaka Hari ini, edisi 20 Jun 2011 juga menggesa agar tindakan undang-undang seperti menggunakan akta Hasutan dan akta polis bagi membuat pencegahan awal. Perkasa Negeri Melaka seharusnya menegur Presiden utama mereka agar tidak turut serta turun berhimpun 9 Julai nanti. Sebelum ini, Dato' Ibrahim Ali berkeras akan turun ke jalanan bagi menentang himpunan Bersih 2.0 nanti walaupun di minta oleh pihak Bersih agar membuat himpunan itu pada hari lain. Perkasa Negeri Melaka hanya mahu menunjuk 'hero' dengan mengeluarkan kenyataan sebegini. Mereka tidak sedar bahawa, presiden mereka sendiri beriya-iya untuk turun walaupun tindakan tersebut di bimbangi akan mencetuskan pertembungan dan situasi yang tidak aman. Persoalannya beranikah Perkasa Negeri Melaka menghantar penyokong apabila Presiden pusat mereka sendiri mengelurkan arahan untuk turun 9 Julai nanti? Mereka perlu memilih samada ingkar pada arahan Presiden mereka atau hanya cakap tak serupa bikin. Dewan Pemuda Negeri Melaka akan menghantar seramai mungkin penyokong ke Kuala Lumpur 9 Julai nanti sebagai sokongan kepada Bersih 2.0. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan