Selasa, 7 Jun 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 07 Jun 2011 03:40 PM PDT

Pembunuh & Perogol Mayat Dihukum MATI

Posted: 07 Jun 2011 06:30 AM PDT

Seorang pemuda berusia 20 tahun dihukum mati kerana didapati bersalah membunuh dan merogol mayat mangsanya. Teng Xianhe dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Rakyat Pertengahan No 1 Beijing, lapor China Daily.


Teng yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan stor peralatan pembinaan telah meminta bantuan beberapa orang rakannya untuk melakukan rompakan dua tahun lalu.

Pada malam kejadian, 8 April 2009, Teng dan tiga orang rakannya telah merompak dan membunuh sepasang kekasih berusia 19 tahun. Tidak cukup dengan perbuatan yang dilakukan, Teng dan rakan-rakannya telah merogol mayat mangsa.

Dua orang rakan Teng, Yao dan Coa telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup, manakala seorang lagi remaja dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun.

P/s: Gila!

Budak Lelaki Comel Berusia 12 Tahun Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup. Mengapa?

Posted: 07 Jun 2011 05:00 AM PDT

Pendakwa raya di Miami mahu kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipenjarakan seumur hidup - bagi mengelakkannya daripada membunuh lagi. Cristian Fernandez mungkin menjadi banduan seumur hidup termuda di Amerika selepas dia disyorkan dibicarakan sebagai orang dewasa dalam kes pembunuhan adiknya berusia dua tahun.

Pendakwa raya Angela Corey berkata: "Kami terpaksa melindungi orang awam daripada kanak-kanak ini." Sekiranya Fernandez didakwa sebagai juvana dan didapati bersalah, dia akan dibebaskan apabila mencecah usia 21 tahun. Angela berkata, dia mahu budak itu dibicarakan sebagai orang dewasa selepas mengkaji semula sejarah keganasan.

Fernandez didakwa membelasah adiknya David Galarriago hingga mati di kediaman mereka di Jacksonville, Florida, Mac lalu. David mati akibat keretakan di kepala yang menyebabkan pendarahan pada otaknya. Dia meninggal dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

Laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan dialaminya disebabkan oleh pukulan benda tumpul di kepalanya. Fernandez sebelum itu pernah menyerang adiknya dan mematahkan kakinya.

P/s: Bagaimana budak ini comel ini menjadi ganas? Lihat persekitaran hidupnya, lihat juga pengaruh media di AS. Jika kes rogol melibatkan budak semuda 9 tahun sudah wujud di negara ini, jangan terkejut jika budak seusia Cristian ini didapati bersalah membunuh kejam di negara ini suatu hari nanti.

FIFA Larang Pasukan Bola Sepak Iran Memakai Tudung di Padang

Posted: 07 Jun 2011 02:00 AM PDT

Walaupun dirayu, FIFA tetap berpendirian bahawa pasukan bola sepak wanita Iran perlu mematuhi garis panduan pakaian yang ditetapkan oleh undang-undang sedia ada, lapor IranSportPress.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Iran menyuarakan protes terhadap larangan bertanding yang dikeluarkan terhadap pasukan bola sepak remaja mereka di Sukan Olimpik Remaja 2012 yang akan diadakan di Singapura Ogos ini. Larangan itu berikutan pasukan bola sepak remajanya memakai tudung ketika beraksi di padang.

FIFA dalam suatu kenyataan yang disampaikan oleh Setiausaha Agongnya, Jerome Valcke menyatakan bahawa larangan memakai tudung itu berdasarkan peraturan sedia ada.

"Undang-undang asas menyatakan keperluan asas peralatan (termasuk pakaian) 'mestilah bebas daripada pengaruh agama, politik, dan pernyataan peribadi'."

"Keperluan asas peralatan sukan (pakaian) mana-mana pasukan yang mempunyai pengaruh politik, agama, atau slogan/pernyataan peribadi  akan dilarang menyertai pertandingan oleh penganjur atau FIFA."


Untuk pengetahuan pembaca DCM, FIFA dalam suatu kenyataan lain menyatakan, "Keputusan FIFA pada Mac 2010 mengizinkan bahawa pemain  menggunakan topi yang menutupi kepala mereka sampai pada garis rambut, tapi tidak boleh dipanjangkan sehingga ke bawah telinga untuk menutupi leher." 

Berdasarkan keputusan terkini itu, pasukan remaja Iran ini mungkin boleh melupakan terus pertandingan tersebut kerana larangan yang dikeluarkan itu tiada unsur tolak ansur. Persatuan Bola Sepak Iran juga perlu bertegas dengan pendirian mereka kerana pendirian itu selari dengan kehendak agama.  

P/s: Tudung yang dipakai tidak memberikan impak kepada pasukan lawan. Pemakaian tudung seperti yang ditegaskan oleh wakil Iran adalah hak atlet yang beragama Islam. Namun, keputusan yang mungkin berunsur sentimen kebencian terhadap Islam telah memutuskan pakaian yang menutup aurat tidak dibenarkan di atas padang. Anda tahu, keputusan FIFA ini mungkin berubah jika semua negara Islam melancarkan protes terhadap keputusan itu. Namun, selain Iran, negara mana yang begitu serius menjaga aurat atlet mereka? Malaysia? Lagi pendek lagi bagus!

Pendakwah Terkenal Indonesia Bakal Bercerai dengan Isteri Pertamanya

Posted: 07 Jun 2011 12:40 AM PDT

Saya petik:

[REPUBLIKA.CO.ID, BANDUNG] Sidang replik (jawaban atas jawaban) cerai talak yang diajukan oleh KH Abdullah Gymnastiar atau Aa Gym terhadap istri pertamanya, Ninih Mutmainah atau Teh Ninih hanya berlangsung lima menit di Pengadilan Agama Bandung, Kota Bandung, Selasa.

"Nggak lama kok agenda sidang replik hari ini hanya berlangsung lima menit saja," kata Kuasa Hukum Aa Gym yakni Jenal SH MH. Sidang yang dimulai pada pukul 09.30 WIB di ruang sidang utama Pengadilan Agama Bandung, lagi-lagi tak dihadiri langsung oleh Aa Gym dan Teh Ninih, namun hanya diwakilkan pada masing-masing kuasa hukumnya.

Jenal mengatakan, dari sidang replik tersebut didapatkan keputusan bahwa Aa Gym tetap pada pendirian awalnya yakni menggugat cerai talak terhadap Teh Ninih. "Replik ini kan jawaban atas jawaban kemarin dari termohon (Teh Ninih). Kemarin termohon menyatakan menerima gugatan dari pemohon (Aa Gym) maka di replik ini tidak masalah artinya dilanjut sidangnya," kata Jenal.


Sementara itu, Kuasa Hukum Teh Ninih, Iwan Setiawan SH menyatakan pihaknya menerima dengan jawaban dari Aa Gym yang memutuskan untuk tetap melanjutkan permohonan cerainya kepada Teh Ninih. "Kami menerima atas replik yang tadi diutarakan oleh pihak Aa Gym, artinya sidang akan dilanjutkan ke tahap selanjutnya," kata Iwan. Sidang cerai talak Aa Gym terhadap Teh Ninih akan dilanjutkan pada tanggal 14 Juni 2011 dengan agenda pembuktian berupa bukti tertulis dan saksi-saksi.

[Video] Idola Remaja Malaysia, Beraksi "Lucah" di Pentas MTV

Posted: 06 Jun 2011 11:00 PM PDT

Aksi mereka mungkin hanya bersifat "gurauan", namun impaknya cukup hebat kepada moral. Media melaporkan penyanyi terkenal, Justin Timberlake "meraba" pelakon Mila Kunis di hadapan penonton semasa mereka ditugaskan mengumumkan pemenang pada Majlis Anugerah Filem MTV di Los Angeles kelmarin.

Para penonton terkejut dengan tindakan Timberlake, 30, meraba baju di bahagian payu dara Kunis, 27, selepas dia menyatakan bahawa mereka tidak pernah keluar bersama selepas digosip mempunyai hubungan cinta oleh pihak media. Kunis turut meraba seluar di bahagian kemaluan Timberlake semasa dia diraba.

Video:

 Jangan tiru aksi ini.

P/s: Artis Malaysia pun "hebat" dengan unsur-unsur ini. Bezanya bukan di atas pentas, tetapi di belakang tabir atau pentas. Namun beberapa hari ini Malaysia gempar dengan cerita aksi berahi artis dalam video klip yang kononnya untuk pasaran Amerika Syarikat. Mereka ingat di Amerika Syarikat itu tiada nilai moral, tiada Tuhan di sana.

Najib Kata BN Sudah Lama Laksanakan Negara Kebajikan, Dr Abu Hassan Kata Kerajaan BN Pinggir Kebajikan Rakyat

Posted: 06 Jun 2011 10:15 PM PDT

Siapa yang retorik? Siapa yang temberang?


Najib Razak dipetik oleh media perdana berkata, slogan baharu PAS untuk mewujudkan negara berkebajikan bukan sesuatu yang baharu kerana sudah dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak sekian lama.

"Label saja negara kebajikan (oleh PAS), tetapi apa yang kita (kerajaan) buat dalam bidang kesihatan, pendidikan, subsidi makanan, minyak dan sebagainya adalah ciri negara kebajikan yang diperjuangkan kerajaan sejak dulu," katanya kepada wartawan Malaysia di Kazakhstan, semalam. 

Fuh!


Memang benar, Kerajaan BN memperuntukkan sejumlah dana atau wang untuk tujuan kebajikan dalam pelbagai sektor. Namun, jumlah yang diperuntukkan itu kecil dan dalam masa yang sama mereka memperuntukkan sejumlah dana yang besar sebagai subsidi kepada syarikat kroni. Dalam bidang pelajaran, pelajar kini terpaksa meminjam wang dari PTPTN yang dilabelkan oleh sesetengah orang sebagai "ah long kerajaan". Dalam bidang pertanian, ada kes subsidi diagihkan kepada pihak yang menyokong kerajaan sahaja. Dalam bidang perikanan, subsidi diesel telah ditarik atas pelbagai alasan remeh. Dalam hal ehwal kesihatan, rakyat berpendapatan rendah dan sederhana masih perlu "meminta sedekah di TV dan akhbar" untuk membiayai kos perubatan. Harga bahan bakar dan bil utiliti semakin meningkat. Kesannya, harga barang dan perkhidmatan melambung.

Cukuplah...pembaca DCM boleh menyambung cerita "kebajikan" Kerajaan BN kepada rakyat di negara ini.

Dalam laporan di KD, Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, banyak dasar negara di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, gagal mencapai matlamat. Dalam masa yang sama, katanya, kebajikan rakyat terus dipinggirkan seperti langkah penarikan balik subsidi, sekaligus bertentangan dengan hasrat negara mencapai status negara maju.

"Kita boleh lihat banyak dasar yang gagal, contohnya dasar perumahan negara. Rumah dibina, tetapi boleh 'membunuh' kita. Sistem pengangkutan awam teruk. Kadar jenayah meningkat.

"Walhal dengan takrif menuju negara maju, sepatutnya Malaysia telah lama menyelesaikan masalah ini. Takrif negara maju ialah kebajikan yang tak harus menjadi beban. Subsidi adalah kebajikan. Negara maju adalah negara mengutamakan kebajikan rakyatnya," tegas Abu Hassan.

Menurut nya lagi, pada masa depan, keputusan politik yang ditentukan pengundi tidak lagi bersandar pada isu peribadi, tetapi melibatkan soal ekonomi dan kebajikan rakyat.

"Pengundi melihat ke arah mana ekonomi negara ini dipacu. Penarikan subsidi dibebankan lagi dengan kenaikan harga barangan keperluan. Dalam masa sama upah kerja tidak meningkat. Ini yang mencengkam kehidupan rakyat," katanya lagi.

Beliau memberikan contoh polisi ekonomi dan politik di negara Eropah yang lebih mengutamakan kebajikan rakyatnya, berbeza daripada Malaysia yang mempunyai sumber kekayaan yang banyak.

"Jika dibandingkan dengan sumber hasil bumi, Malaysia sebenarnya jauh lebih kaya dan berpotensi melebihi negara-negara berkenaan. Justeru mana silapnya?

"Berbanding negara-negara di Eropah yang serius menjaga kebajikan rakyatnya, ia dibuktikan dengan dasar pendidikan percuma dan yuran murah melanjutkan pengajian di Universiti," katanya yang juga pengasas Zentrum Future Studies, sebuah pusat kajian masa depan mengenai politik dan ekonomi.

Dalam pada itu, beliau memberikan contoh laporan akhbar minggu lalu mengenai kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori roti di Terengganu, di mana Penduduk kampung berhampiran lokasi kemalangan berebut-rebut untuk mengambil muatan yang ditinggalkan.

"Perkara ini menunjukkan beban kehidupan meningkat sehingga rakyat terpaksa mengambil apa jua kesempatan untuk meringankan beban, sekali pun dilihat tidak berakhlak," katanya.

Justeru, beliau menyeru pengundi terutamanya golongan muda supaya mengubah situasi politik hari ini, ke arah politik baru demi kesejahteraan rakyat.

"Politik baru ialah politik harapan masa depan yang menjamin kebebasan dan kesejahteraan. Politik baru ialah politik tanpa monopoli. Pengundi harus membuat penilaian ini," tegasnya.

P/s: Anda nilai sendiri!

Padah "Dating" Lewat Malam, Siswi Dipaksa Lakukan Seks Oral oleh Lelaki yang Tidak Dikenali

Posted: 06 Jun 2011 08:15 PM PDT

Saya petik:

[HM]  SHAH ALAM: Keriangan seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi meluangkan masa bersama kekasihnya bertukar tragedi apabila dia dipaksa melakukan seks luar tabii dengan seorang lelaki tidak dikenalinya di sini, minggu lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika mangsa berusia 19 tahun sedang duduk bersembang dengan teman lelakinya di sebuah kawasan rekreasi di sini.

Tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki menaiki motosikal sebelum seorang daripada mereka menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak senonoh.

Menurut sumber, walaupun mangsa dan teman lelakinya menafikan tuduhan berkenaan kedua-dua suspek berkeras dengan tuduhan mereka dan mengugut melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Lelaki itu mengugut mangsa mereka akan melaporkan kepada Jais sekiranya mangsa dan teman lelakinya tidak menyerahkan wang sebanyak RM1,000 ataupun melakukan seks oral dan hubungan seks dengan mereka.

"Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan merayu tidak dipaksa melakukan perkara tidak senonoh itu," katanya.


Kata sumber itu, walaupun mangsa merayu, suspek tidak mengendahkan tangisan wanita malang itu, malah terus membawa mangsa dan teman lelakinya ke kawasan gelap dan jauh daripada orang ramai.

"Teman lelakinya ditinggalkan di kawasan agak jauh dari tempat mereka berdiri. Mangsa dipaksa melakukan seks oral bersama seorang lelaki terbabit dan kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa menurut kehendak suspek.

"Kedua-dua lelaki itu turut meraba buah dada dan kemaluan mangsa selama lima minit sebelum meninggalkan mangsa sendirian di tempat itu," katanya.

Mangsa ditemani teman lelakinya membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, di sini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob mengesahkan kejadian berkenaan.

 P/s: Bingai. Anda boleh meneka IPT yang dimaksudkan berdasarkan lokasinya di Shah Alam. Pengajaran bagi sesiapa yang gemar melakukan maksiat di tempat-tempat gelap dan tersembunyi.

Pembantu Rumah Mati Disyaki Didera Majikan

Posted: 06 Jun 2011 07:17 PM PDT

Saya petik:

[HM] PETALING JAYA: Seorang pembantu rumah berusia 26 tahun dari negara jiran mati dipercayai akibat menjadi mangsa dera majikannya di Taman Sea Park, kelmarin selepas wanita itu cedera di badan, dahi dan lengan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, majikan mangsa yang terkejut apabila wanita itu tidak sedarkan diri membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan, namun gagal diselamatkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, anggota dari Balai Polis Sea Park yang menerima maklumat mengenai kejadian itu ke PPUM untuk menjalankan siasatan.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati terdapat kesan calar pada bahagian badan mangsa.

"Sehubungan itu, polis meminta PPUM membuat bedah siasat dan hasilnya mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian belakang badan, dahi dan lengan.

"Polis memanggil pasangan suami isteri berusia 50-an yang menjadi majikan mangsa datang ke balai polis memberi keterangan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut kira-kira jam 3 petang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.

Mohd Adnan berkata, kesan kecederaan lama masih ada pada badan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

"Bagaimanapun, sebab kematian masih belum dapat disahkan kerana PPUM memerlukan sedikit masa lagi untuk mencari puncanya.

"Pasangan suami isteri terbabit ditahan reman sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, pembantu rumah terbabit bekerja bersama majikan berkenaan sejak Disember 2008.

"Kedua-dua suspek tidak bekerja. Suami suspek sebelum ini bekerja sebagai pereka grafik dan kini menganggur sementara isterinya suri rumah," katanya.

Lelaki Menyamar Jadi Wanita Kerana Mahu Berkahwin Didakwa

Posted: 06 Jun 2011 06:36 PM PDT

Saya petik:

[Kosmo] BEKASI - Seorang lelaki, Rahmat Sulistyo yang menyamar sebagai wanita dan berkahwin dengan lelaki lain didakwa di sebuah mahkamah semalam, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam.

Dia didakwa menggunakan identiti palsu dan menyamar sebagai wanita bernama Friska Anatasya Oktaviany semasa berkahwin dengan seorang lelaki, Muhammad Umar pada tahun lalu.

Lelaki itu berkahwin dengan Muhammad di rumahnya di Kampung Bojongsari, Kelurahan Jatisari, Kecamatan Jatiasih, Kota Bekasi pada 19 September 2010 selepas mereka berkenalan menerusi Facebook.

Dalam pendakwaan semalam yang merupakan hari pertama perbicaraan, Rahmat didakwa memalsukan keterangan dalam dokumen pernikahan dan menggunakan dokumen palsu.

Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara tujuh tahun.

Semasa pernikahan itu, penghulu di kampung tersebut tidak mengetahui bahawa Rahmat menyamar sebagai seorang wanita.

Identiti sebenar Rahmat terbongkar enam bulan selepas dia bernikah setelah suaminya memeriksa tubuh 'isterinya' itu ekoran rungutan jiran-jiran mereka bahawa kelakuannya seperti lelaki. - Agensi

P/s: Macam-macam. Yang pelik, hanya selepas 6 bulan si suami mengetahui "isterinya" seorang lelaki. Lima bulan sebelum identiti "isterinya" terbongkar?

Murid Tahun 2 Dirogol di dalam Tandas

Posted: 06 Jun 2011 05:55 PM PDT

Saya petik:
[BH] PETALING JAYA: Kegembiraan seorang murid Tahun Dua yang mengikuti kakak dan abang iparnya ke sebuah majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila menjadi mangsa rogol ketika berada dalam tandas, di Sekinchan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berada di dalam dewan majlis berkenaan, dikatakan meminta abang iparnya menemaninya ke tandas yang tidak jauh dari lokasi terbabit.

Abang ipar mangsa berusia 20-an yang menunggunya di luar tandas memanggil mangsa selepas hampir 15 minit belum keluar, tetapi mangsa menjawab urusannya belum siap menyebabkan lelaki berkenaan beredar dan menunggu di sebuah kantin tidak jauh dari lokasi itu.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, abang ipar mangsa mendengar jeritan budak dipercayai adik iparnya sebelum melihat seorang lelaki berlari keluar dari tandas berkenaan dalam keadaan bogel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata abang ipar mangsa yang melihat adiknya meraung kesakitan itu bergegas mendapatkan pertolongan orang ramai menangkap suspek sebelum ditahan hampir 20 minit kemudian....


P/s: Jantan sial, budak tengah buang air besar pun dirogolnya. Patutnya, selepas ditangkap, burung kurang ajar perogol ini disembelih, sebelum diserahkan kepada polis.

Ajijoi

Posted: 07 Jun 2011 03:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Hadi (gambar), yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

"Yang penting kita mahu selamatkan negara... sesiapapun boleh jadi Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru hari ini.

Laporan Bernama Online memetik beliau mengulas kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz bahawa perubahan kepemimpinan PAS yang kini dikuasai golongan profesional menunjukkan parti itu mahu berkuasa dalam pakatan pembangkang, termasuk Abdul Hadi yang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Malahan Nazri menegaskan peluang Umno untuk meraih undi kaum Melayu pada pilihan raya umum akan datang lebih besar selepas PAS menukar dasar parti itu untuk tidak lagi mempertahankan perjuangan membina negara Islam, sebaliknya memperjuangkan 'negara berkebajikan' di mana Umno sudah pun melaksanakannya sejak merdeka.

Hadi juga menafikan Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai liabiliti kepada parti setelah beliau dipilih oleh perwakilan dalam pemilihan pada Muktamar PAS minggu lalu.

"Bagi Umno, Mohamad Sabu adalah satu peluang untuk menjatuhkan PAS. Tetapi bagi PAS, Mohamad Sabu adalah satu senjata untuk menjatuhkan Umno," katanya.

Hadi turut menafikan bahawa wujudnya anggota parti yang kecewa dengan perubahan dasar perjuangan parti itu setelah beliau mengumumkan belum tiba masanya PAS menegakkan negara Islam yang menjadi dasar perjuangan parti itu selama ini, sebaliknya mahu memulakan dulu pelaksanaan negara berkebajikan sejajar tuntutan pakatan pembangkang.

Malahan, katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut