Selasa, 7 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 07 Jun 2011 01:24 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Ceramah "Menangani Fitnah"

Posted: 06 Jun 2011 09:46 PM PDT

Program malam ini dihadiri penceramah: 
Datuk Johari Bin Abdul-MP Sungai Petani, 
 Siti Aishah Shaik Ismail-Ketua Srikandi Malaysia dan 
Hj Razman Hj Zakaria-Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra.
 
Semua dijemput hadir di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting 7 Jun 2011 jam 9.00 malam.

Zulkifli Noordin

Posted: 06 Jun 2011 09:20 PM PDT

Zulkifli Noordin


AKHIRNYA ISLAM PERGI JUA!

Posted: 05 Jun 2011 09:18 PM PDT

(Menziarahi perkuburan syuhada Memali baru-baru ini yang usang & terbiar)

(Assyahid Ustadz Ibrahim Libya syahid kerana memperjuangkan Negara Islam)

Salam 2 all.

Kenyataan Joceline Tan dalam analisanya di akhbar The Star hari ini mengenai kesan pemilihan PAS merumuskan secara tepat apa yang berlaku bila beliau berkata, "the PAS polls shows how hungry the party is to win the general election, so hungry that they are prepared to compromise on their party's "Leadership by the Ulama" policy - pemilihan PAS menunjukkan betapa kebulurnya parti itu untuk memenangi pilihanraya umum, kebuluran yang menyebabkan mereka bersedia berkompromi dengan dasar "kepimpinan ulama'" parti tersebut!".

Deklarasi YB Tuan Guru Haji Hadi bahawa PAS akan mengetepikan perjuangan penubuhan "Negara Islam" dan mengubahnya kepada slogan "Negara Kebajikan" adalah bukti jelas kenyataan diatas. Kesanggupan beliau menyatakan "konsep Negara Islam" tidak ada dalam Al Quran bagi menghalalkan perubahan dasar itu membuktikan kesanggupan Neo-PAS melakukan apa sahaja untuk memenuhi impian ke takhta Putrajaya. Ini adalah kenyataan daripada seseorang yang 30 tahun lepas sanggup mengisytiharkan UMNO sebagai kafir kerana tidak mahu melaksanakan hudud, qisas & ta'zir dan menolak penubuhan "Negara Islam". Sebab itu ada hadis Melayu menyebut "kalau nak meludah jangan ke langit, kerana kelak akan terkena muka sendiri!".

Melaksanakan "negara Islam" bermakna melaksanakan juga konsep kebajikan, sebab didalam Islam ada ciri kebajikan. Tetapi melaksanakan "negara kebajikan" belum tentu melaksanakan negara Islam, sebab bukan semua kebajikan itu Islamik. Abu Talib adalah antara manusia paling hebat membuat kebajikan; beliau membela, membesarkan, melindungi dan mempertahankan Rasulullah saw, tetapi beliau tetap kafir. Negara New Zealand dan Sweden adalah antara negara yang dikenali sebagai "welfare state", "negara kebajikan", tetapi mereka tetap negara kafir. Menukar slogan daripada "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" adalah sekadar retorik politik, tetapi malangnya Al Quran dijadikan sandaran kepada retorik ini!!!

Teman sebenarnya bersimpati dengan Tuan Guru Haji Hadi. Teman sangat menghormati beliau sebagai seorang agamawan yang tegas walaupun tidak banyak bercakap. Namun beliau kini tersepit diantara 'impian ke syurga' dengan 'kilauan Putrajaya'. Kenyataan beliau bahawa pemilihan kepimpinan PAS yang baru adalah "kabinet perang pilihanraya" beliau mengundang satu persoalan besar: perang untuk siapa?

Adakah Tuan Guru Haji Hadi terlupa ada diantara kaum Anwarinas yang dimahkotakan perwakilian baru-baru ini pernah secara terbuka mencabar beliau supaya meletak jawatan. Juak-juak mereka diluar sana juga tidak kurang pernah menghina Tuan Guru Haji Hadi secara terbuka dengan mendesak beliau meletak jawatan Presiden. Malah mereka berkata Tuan Guru Haji Hadi adalah "penghalang besar" mereka ke Putrajaya! Teman tidak terkejut jika konspirasi halus akan dibuat untuk menekan Tuan Guru Haji Hadi samada meletak jawatan, atau "ISA-Ikut Saja Anwarinas"!

Dan itulah yang telah Tuan Guru Haji Hadi lakukan. Tindakan pertama beliau sebagai Presiden bagi kaum Anwarinas membuktikannya; kenyataan beliau secara terbuka semasa ucapan penangguhan menolak videoklip yang didakwa membabitkan Anwar, atas alasan tidak ada 4 saksi, adalah bukti jelas betapa tersepitnya beliau. Kenyataan beliau ini sebenarnya memperlekehkan hukum dan undang-undang Islam; seolah-olah Islam tidak menerima kemajuan sains dan teknologi. Seolah-olah hukum Islam ini statik dan jumud, tidak mengikuti perkembangan masa! Adakah wanita yang mengadu dirogol wajib membawa empat orang saksi; tidak cukupkah DNA, videoklip, cctv, kajian forensik dan lain-lain untuk mensabitkan kesalahan serangan seksual itu?

Sebenarnya teman yakin Tuan Guru Haji Hadi tahu, jauh dihati kecilnya siapa pelaku dalam videoklip itu. Bak kata beberapa ulama' PAS yang pernah menonton, "sukar untuk nak kata itu bukan Anwar!!!". Tuan Guru Haji Hadi tahu isunya bukan qazaf, bukan zina; tetapi kelayakan untuk memimpin, untuk menjadi pemimpin. Dan Tuan Guru Haji Hadi tahu videoklip itu membuktikan manusia yang ditabal isterinya sendiri tidak layak menjadi pemimpin. Tetapi sayang, Tuan Guru Haji Hadi tersepit kelemasan dalam gelombang kemunculan kaum Anwarinas!

Pemilihan kali ini menyaksikan kaum Anwarinas berjaya menguasai saf kepimpinan PAS. Sebagaimana idola mereka, kaum Anwarinas ini adalah kaum yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi nafsu politik mereka. Dan yang lebih merbahaya, ini adalah kaum yang akan bersedia menggunakan Al Quran & sunnah untuk menghalalkan apa sahaja yang akan mereka lakukan, sebiji sebagaimana yang dibuat oleh Attarturk semasa menghalalkan tindakan menghancurkan Islam dengan menggunakan Islam. Sebab itu tidak layak mereka diberi label "Erdogan", kerana prinsip dan perjuangan Reccep Tayyib Erdogan jauh berbeza dengan mereka. Lebih layak mereka diberi label "Attarturk", atau lebih afdhal "kaum Anwarinas", kerana qiblat mereka ialah manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, bukannya Tuan Guru Haji Hadi!

Kaum Anwarinas mendakwa mereka sangat menghormati ulama'. Malah mereka menegaskan akan memperkasakan 'ulama didalam PAS. Ternyata ini sekadar retorik politik dan pemanis mulut sahaja! Inilah kaum yang pernah menuntut Tuan Guru Haji Hadi meletakkan jawatan. Beberapa hari sebelum pemilihan, juak mereka menghina Tuan Guru Haji Hadi dengan mendesak beliau mengosongkan jawatan Presiden. Nasihat para 'ulama saperti Timbalan Mursyidul 'Am (Dato' Dr. Haron Din) dan Ketua Dewan 'Ulama (Datuk Harun Taib) agar kepimpinan ulama' sedia ada dikekalkan mereka tolak macam sampah. Hari ini mereka pootar-poosing mendakwa sangat menghormati dan akan memperkasakan 'ulama.

Umat Islam dan rakyat negara ini perlu bersedia berhadapan dengan satu fenomena baru politik machiavelli yang akan dibawa oleh kaum Anwarinas ini. Ini adalah kaum yang mana prinsip utamanya ialah "matlamat menghalalkan cara". Kalau kalimah ALLAH swt pun mereka sanggup gadai-jual demi politiking yang melampau, maka politiking kaum ini memang tidak ada sebarang batasan. Kalau anak isteri mereka boleh jadikan bahan gadaian politik dengan "bai'ah talaq tiga", umat dan rakyat boleh bayangkan apa yang mereka boleh dan sanggup lakukan demi sedikit mahkota kekuasaan!

Ingatlah, inilah kaum yang dahulu pernah melabel Anwar Ibrahim dengan gelaran "Al-Juburi". Inilah kaum yang pernah melabel Anwar sebagai "kafir", termasuk diatas mimbar Jumaat. Inilah kaum yang pernah melabel syiah sebagai "kafir". Inilah kaum yang pernah mengisytiharkan berkawan dengan kafir itu kafir - arridho bil kufr, kufr bentak mereka. Tapi hari ini, kaum ini juga menjadi penjilat Anwar nombor wahid! Inilah kaum yang hari ini menjadikan syiah sebagai rakan sekutu. Inilah kaum yang hari ini yang sanggup tidur sebantal dengan kafir harbi biaDAP! Inilah kaum yang hari ini melabel Sahibus Samahah Mufti Perak dengan gelaran "haramsani". Inilah kaum yang hari ini mengatakan "negara Islam" tidak ada dalam Al Quran!!! Kaum Anwarinas ini adalah kaum yang bersedia melakukan apa sahaja; politik mereka tanpa batas tiada sempadan; semuanya halal bila boleh memuaskan nafsu serakah mereka!

Teman dapat melihat bahawa politik negara ini akan menjadi haru biru. Kaum Anwarinas ini, samada dalam PAS, PKR atau DAP, samada dalam parti atau luar parti, adalah pengamal politik songsang, politik luar tabi'e. Mereka akan sanggup lakukan apa sahaja, malah termasuk melanggar undang-undang dan keharmonian negara. Teman tidak akan terkejut kalau budaya "politik jalanan" akan bercambah segar. Teman cukup yakin kaum ini akan menggunakan pendekatan "politik rimba" dalam mencapai impian mereka. Demonstrasi, rusuhan, perhimpunan haram besar-besaran, rapat umum dan segala macam politik rimba akan diterjemahkan sebagai "politiking yang halal". Caci maki, sumpah seranah, maki hamun, fitnah memfitnah, pembohongan, label-melabel akan menjadi satu norma dan kebiasaan mereka.

Bagi umat Islam bangsa Melayu, kemunculan kaum Anwarinas ini adalah mimpi ngeri bagi umat Islam. Kalau kalimah ALLAH mereka fatwakan halal untuk Kristian gunakan dalam bentuk syirik; boleh bayang apa yang mereka boleh buat. Teman tidak terkejut kalau mereka menghapuskan hak dan keistimewaan Islam dan Melayu. Sebab itu teman tidak terkejut salah seorang daripada kaum Anwarinas baru-baru ini membuat kenyataan bahawa jika memerintah, mereka bersedia melantik Panglima Angkatan Tentera, (dan mungkin termasuk Ketua Polis Negara) dari kalangan bukan Islam, walaupun hakikatnya bukan Islam tak berapa kerat sahaja dalam Angkatan Tentera dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia. Semuanya demi mendapat sokongan dan undi daripada bukan Islam, jual gadai apa sahaja yop!

Kepada kaum bukan Islam/ Melayu, teman berpesan supaya jangan terpedaya dengan kaum Anwarinas ini. Kalau tuhan dan agama mereka pun mereka sanggup jual dan bergolok gadai, jangan kamu ingat mereka tidak bersedia buat apa sahaja nanti terhadap kamu. Mungkin kamu akan mendapat keuntungan jangka pendek dengan menyokong mereka, tetapi teman cukup yakin kamu sendiri yang akan menyesal dari segi jangka panjang. Ini adalah kaum yang paling tak boleh dipercayai. Jangan kamu lupa pembohongan 16 Sept!

Kepada para ulama', 'ilmuan, ustadz dan da'ie didalam PAS, bangkitlah mencegah kemungkaran besar yang akan berlaku. Masa masih belum terlambat. Dalam masa terdekat ini, beberapa langkah tegas dan jelas perlu diambil iaitu:

1. pastikan pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik hendaklah daripada kalangan 'ulama dan 'ilmuan. Sekurang-kurangnya tambahan 6 anggota baru yang dilantik dikalangan ulama' akan dapat mengimbangi kaum Anwarinas ini;

2. kedua, pastikan perlantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri seramai 14 orang itu adalah dikalangan para 'ulama dan 'ilmuan. Kehadiran mereka dalam mana-mana mesyuarat AJK PAS Pusat akan memberi sokongan moral kepada para ulama' dan 'ilmuan;

3. ketiga, pastikan perlantikan Ahli Mesyuarat Dewan Harian iaitu Setiausaha Agong, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya adalah dikalangan para ulama' dan 'ilmuan Islam yang takut dan bertaqwa kepada ALLAH; bukan penyembah manusia;

4. keempat, eloklah jawatan Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Ahli Majlis Syura' dilantik dikalangan para 'ulama dan 'ilmuan yang tidak partisan atau memegang sebarang jawatan politik kepartian. Ini akan menjadikan Majlis Syura' lebih berwibawa dan dihormati;

5. Dewan 'Ulama dan Dewan Pemuda PAS kini menjadi benteng terakhir kepimpinan 'ulama dan pembawa obor dasar perjuangan menegakkan sebuah negara Islam. Maka usaha memperkukuh kedua-dua Dewan 'Ulama dan Dewan Pemuda perlu disegerakan dan dimantapkan.

Manakala bagi langkah panjang, para 'ulama, 'ilmuan, da'ie dan pejuang Islam hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:

1. kumpulan usrah wajib diujudkan, dan hendaklah dilantik para naqib dikalangan ulama' dan 'ilmuan untuk memimpin kumpulan usrah;

2. 'amalan usrah hendaklah diwajibkan dikalangan ahli. Pastikan tiap ahli wajib menghadiri dan menjadi ahli usrah. Mana-mana ahli yang tidak mendapat pengesahan Naqib sebagai ahli usrah tidak boleh menjadi perwakilan didalam mana-mana muktamar atau tamrin, atau menjadf calun dalam mana-mana pilihanraya;

3. tarbiyyah wajib menjadi asas keahlian; semua ahli PAS wajib menjalani tarbiyyah Islam, dimana modul nukilan Assyahid Syeikh Hassan Al Banna boleh dijadikan panduan;

4. 'amalan zikir dan tareqat perlu diperkenalkan kepada tiap ahli PAS; dan Al Ma'thurat wajar dijadikan 'amalan harian bagi tiap ahli;

5. para ulama', ustadz, dai'e dan pendakwah wajib kembali ke markas-markas untuk berdak'wah dan membina semula budaya 'ilmu dikalangan ahli dan menterjemahkan kepimpinan 'ulama ke alam realiti ahli-ahli. Apa yang berlaku sekarang budaya "out-reach" ini agak kekurangan dikalangan para 'ulama dan para pendakwah. Ujud jarak yang serius dengan para ahli; sedangkan kaum Anwarinas dan yang sewaktu dengan mereka siang malam pagi petang terus menjalankan aktiviti "out-reach" mereka.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan oleh para 'ulama, 'ilmuan dan pendakwah didalam PAS. Satu perkara yang sangat ketara, para 'ulama perlu bersuara dalam isu-isu semasa, dan suara mereka mestilah berdasarkan Al Quran dan Sunnah, bukan mengikut rentak arus politik kepartian. 'Ulama sepatutnya menjadi pembentuk pemikiran dan akhlak ummah; bukannya menjadi pengangguk kepada kehendak semasa. Umat hari ini memerlukan bimbingan, bawalah mereka kearah haq dan kebenaran walaupun berhadapan dengan rintangan dan risiko cabaran; selagi ianya bersandarkan Al Quran & Sunnah.

Kemunculan dan kejayaan kaum Anwarinas didalam pemilihan PAS baru-baru ini telah mengubah landskap politik PAS; daripada menjadikan politik sebagai alat, Islam sebagai matlamat; kini ia berubah menjadi Islam sebagai alat, kuasa politik sebagai matlamat! Tranformasi PAS daripada parti politik berteraskan Islam kepada sekularisma semakin jelas. Perubahan slogan daripada "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" atas dasar "Negara Islam" tidak ada didalam Al Quran sekadar menguatkan persepsi bahawa ini semua adalah sekadar retorik politik machiavelli. Semoga para 'ulama akan bangkit semula membawa obor perjuangan Islam, semoga Al Quran & Sunnah kembali menjadi dasar haq dan benar didalam PAS. Kalau tidak, amanat dahulu yang mengisytiharkan sesiapa yang menolak negara Islam adalah kafir akan terpalit dan boomerang kembali kepada PAS! Akhirnya perjuangan mendaulatkan sebuah negara Islam pergi jua meninggalkan PAS! Apalah agaknya kata Assyahid Ustadz Ibrahim Libya jika Allahyarham mendapat tahu PAS tidak lagi mahu memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Islam, sedangkan Almarhum membayar dengan nyawa untuk perjuangan itu!

Semoga ALLAH memberikan keampunan, petunjuk dan hidayah kepada semua mereka yang masih memiliki sekelumit keimanan. Semoga ALLAH masih mahu melimpahkan sifat ihsan dan rahimNya kepada kita semua. Yang baik datang dari ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH menjauhkan teman dari sebarang perasaan dengki, 'ujub dan takbur; dan moga ALLAH menjadikan tulisan teman ini sebahagian daripada 'ibadah.

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
04 Rejab 1432
06 Jun 2011

Anwar Ibrahim

Posted: 06 Jun 2011 07:06 PM PDT

Anwar Ibrahim


Pertahan Prinsip Keluhuran Beragama dan Menyanggah Faham Melampau

Posted: 06 Jun 2011 09:41 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
6 JUN 2011

Kita menyedari agama Islam mempunyai kedudukan yang unik di negara ini dan di rantau Asia Tenggara. Peranan mubaligh yang menerapkan pesan Islam secara aman dan berperingkat telah berupaya membentuk weltanschauung umat Islam yang terbuka dan toleran (tasamuh) terhadap kemajmukan budaya. Islam juga telah berperanan merungkai minda umat Melayu yang sebelumnya berasaskan mitos serta tahyul kepada pemikiran yang rasional yang sejajar pula dengan pesan- pesan Al Quran.

Agama Islam merupakan agama yang menjunjung prinsip Keadilan, cintakan keamanan, menghormati hak penganutnya dan juga hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Prinsip utama syariah yang dikenali sebagai maqasid syariah merumuskan bahawa adalah satu keutamaan untuk melindungi agama, nyawa, keturunan, aqal, harta dan maruah.

Makanya berteraskan kefahaman Islam yang tepat, penghayatan agama yang tuntas oleh umat Islam untuk memastikan cara hidup yang berintegriti. Umat Islam yang mahu memenuhi maksud ihsan dan keadilan sebagaimana yang sering dianjurkan pastinya menolak penindasan, rasuah serte segala bentuk penyelewengan. Oleh itu tidak hairanlah ramai dari kalangan umat Islam kesal dengan sikap pimpinan Umno serta media kongkongannya yang tidak konsisten dalam penghayatan agamanya. Apatah lagi rasuah dan penyelewengan kuasa masih berleluasa.

Mutakhir ini, ada pimpinan Umno dan media yang dimilikinya mencuba menggugat keamanan antara penganut agama di Malaysia dengan retorika perkauman sempit yang tajam, dangkal dan tidak berasaskan prinsip Keadilan sebagaimana dianjurkan Islam. Upaya mereka semata mata mahu menakut-menakutkan umat Islam serta menimbulkan prasangka antara kita.

Kita kesal kerana retorika serta propaganda pimpinan Umno dan media yang dimilikinya hanya membantutkan usaha baik dari kalangan kita demi memenuhi maksud pesan Li ta’arafu, iaitu berusaha kenal mengenali antara kita yang berbeza kepercayaan dan budaya.

Dengan nada yang sama maka kami juga ingin menyanggah kecenderungan sebahagian yang menyarankan faham melampau di kalangan penganut agama mereka tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Maka kepada wakil wakil badan Islam serta agama agama Buddha, Kristian, Hindu dan lainnya, kami ingin mengulangi komitmen mempertahankan prinsip keluhuran hidup beragama yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan.

ANWAR IBRAHIM

Najib’s Economic Advisers Feared NEM Just For Show

Posted: 06 Jun 2011 01:40 AM PDT

From The Malaysian Insider

Datuk Seri Najib Razak's economic advisers were worried that the prime minister's New Economic Model (NEM) brainchild was just a short-term public relations exercise without any lasting policy impact, according to a leaked United States diplomatic cable.

According to the cable released by whistleblower website Wikileaks, the National Economic Advisory Council (NEAC) was frustrated with the slow responses from government ministries and the lack of high-level political commitment outside of the prime minister's office.

The entire cable, which quoted NEAC acting director of research Tong Yee Siong and American Chamber's Nicholas Zeffries, among others, was published in the Malaysia Today news portal today.

"Tong told us that achieving any of the goals developed by the NEAC will require significant political buy-in to operationalize the policy changes necessary to reinvigorate investment and spur additional growth.

"However, Tong commented that NEAC members are frustrated with a lack of high-level political commitment outside of PM Najib (picture) as well as the slow responses from Ministries which impeded progress on the NEM," according to the cable sent from the US Embassy here to Washington.

It quoted Tong further as saying "that some NEAC members are concerned that the NEM maybe merely a public relations exercise that will have no real long-term policy impact.

"Zeffries told us that he was not confident that PM Najib has a sufficiently strong political position to pursue the NEAC's upcoming proposals," the cable added further.

Najib launched the NEM last year in two parts but dropped certain sections including one on the Equal Opportunities Commission (EOC) which was severely criticised by NEAC member, the late Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof.

Zainal Aznam, who died on April 30, accused the Najib administration of succumbing to Perkasa and lacking the political will to implement reforms, including the formation of the EOC.

In a summary in the cable, US diplomats said: "Leading Malaysian economists believe that Najib is sincere in his desire to address these problems.

"However, they question his ability to make major changes in the government's long-standing discriminatory Bumiputera preference policies which have discouraged domestic investment and new business formation and are driving the 'brain drain' of young professional Malaysians frustrated with limited opportunities under this system."

The diplomats said local economists expect Najib's effort "to establish a policy framework that will foster a more gradual move away from ethnic preferences to a merit-based economy, but believe that may be insufficient".

"If PM Najib is unable to deliver on NEM reforms, they expect the opposition will seize the reform agenda as an issue for possible 2012 elections," it said.

"Each of our contacts agreed that political will is the key to reform, but none are convinced all of the coming announcements of plans to reform Malaysia's economy will be backed by substantially broad concrete measures.

"After early enthusiasm for economic reform, some Umno insiders do not want reform that would take away the economic rents and patronage system they have relied on to maintain the party's power base for over a generation," the cable said.

The cable said that Umno leaders are challenging Najib's reforms because the party will not "survive in power by moving to an open and transparent system."

Najib has embarked on an effort to sell his NEM to sceptical Malay voters, arguing that a new direction is needed to pull the ailing economy out of its middle-income trap by freeing the market of the crippling Malay largesse.

Umno Tangguh Pemilihan Kerana Takut Pilihan Raya- Aziz Bari

Posted: 06 Jun 2011 12:39 AM PDT

Dari Keadilan Daily

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berbeza dengan Umno, komponen  Pakatan Rakyat berani mengadakan pemilihan masing-masing meskipun waktu pilihan raya umum semakin hampir.

Ia katanya, berbeza dengan parti komponen dalam Barisan Nasional seperti Umno dan MCA yang terpaksa menangguhkan pemilihan parti  kerana bimbang berlaku perpecahan ketika Pilihan Raya Umum ke 13.

"Umno dan MCA tak berani, mereka tangguhkan pemilihan. Berbanding Pakatan Rakyat, mereka berani buat pemilihan meskipun tahu pilihan raya umum telah hampir.

"Ini menggambarkan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengadakan pemilihan meskipun pilihan raya lebih awal, berbanding tradisi BN," ujarnya.

Justeru, katanya seperti mana pemilihan KEADILAN pada 2010,  muktamar pemilihan Pas yang berlangsung baru-baru adalah petanda keberanian Pakatan Rakyat melaksana prinsip pemilihan berdasarkan amalan demokrasi.

Beliau juga menyatakan kehairanan kerana pemilihan Pas yang dijalankan dengan semangat setiakawan dan  tertib itu, tidak pernah mendapat liputan yang begitu meluas oleh media milik Umno-BN sebelum ini.

"Saya hairan, sejak bila media yang dikuasai mereka seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star memberi liputan terhadap muktamar?" soalnya.

Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas kritikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika muktamar berlangsung.

Dalam masa yang sama pula, Muhyiddin dilapor berkata Umno sentiasa membuka pintu perbincangan terhadap parti itu bagi menjalinkan hubungan kerjasama.

Menurut Aziz, kenyataan Muhyiddin sebenarnya menggambarkan keresahan pemimpin Umno-BN dengan barisan kabinet baru Pas yang dianggap sebagai ancaman kepada hegemoni mereka.

Tambahnya, rakyat tidak mungkin melupakan tohmahan yang dilemparkan Umno kepada Pas, termasuk melabel parti itu sebagai 'Parti Ajaran Sesat', bahkan sehingga ke peringkat menyamakannya dengan komunis.

"Apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Pas sebenarnya lebih teruk. Siapa tidak lupa dengan peristiwa pembunuhan Samad Gul di Kelantan dan serangan di Lubuk Merbau?

"Apakah Umno lupa tentang peristiwa di Memali? Bagaimana dengan ratusan pemimpin dan aktivis Pas yang dipenjara dan ditahan di bawah ISA?' soal beliau.

Anwar: I’m Not Getting a Fair Trial

Posted: 06 Jun 2011 12:36 AM PDT

From Malaysiakini

Opposition leader Anwar Ibrahim has cried foul that the court is allegedly not giving him a fair trial, citing police preventing his lawyers from interviewing potential defence witnesses and the court pre-judging him in ruling complainant Saiful Bukhari a truthful and credible witness even before hearing his testimony.

Anwar (left) also denied that his unsuccessful attempt to recuse trial judge justice Mohamad Zabidin Mohd Diah, his third, was a delay tactic by his team.

“All I want is a fair trial which I am entitled to, but so far it has not been accorded to me,” he said.

“The judge has pre-judged against me in ruling the complainant as a truthful and credible witness. This is despite the court having yet to witness what I have to say in my defence,” he said.

Anwar, who is Permatang Pauh MP, said these legal issues were fundamental in any legal system worldwide.

“This is a blatant disregard of the law for which I am entitled to, that is a fair trial,” he said.

Cops only facilitated 5 witnesses

Anwar said throughout the three week break since the judge’s decision to call his defence, his team of lawyers had applied to interview 25 witnesses from the prosecution’s list, of which they only managed to interview five.

He said one cannot expect him to take the stand without having all these witnesses interviewed first.

The defence had applied for prime minister Najib Abdul Razak (left) and his wife Rosmah Mansor to be among the defence witnesses.

The prosecution had given the defence a list of 71 witnesses to choose from, of which lead counsel Karpal Singh and lawyer Sankara Nair said they had wanted to call 25.

The list included the 27 witnesses whom the prosecution had called in the first portion of the trial.

The police, who was supposed to facilitate their meeting with the requested witnesses, only supplied them with five, none of whom were material witnesses, said Karpal.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 06 Jun 2011 11:08 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dapatkan Stiker Anti Saman Ekor sekarang

Posted: 06 Jun 2011 06:37 AM PDT



Dapatkan stiker anti saman ekor "1 SAMAN EKOR, 1 UNDI PROTES"

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Anti Kempen Saman Ekor (KASE) dengan harga RM 3 sekeping. Beli 4 pada harga RM10.

Boleh didapati di Pejabat DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Contoh stiker dan maklumat lanjut di blog ADUN Paroi yang juga Timbalan Pengerusi KASE di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/06/dapatkan-stiker-anti-saman-ekor.html

Anwar Ibrahim di Port Dickson 10 Jun 2011

Posted: 06 Jun 2011 04:01 AM PDT



CERAMAH PERDANA
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat
Tarikh : 10 Jun 2011, JUMAAT
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Si Rusa (belakang Petronas), Bt 4, Port Dickson, N.Sembilan

Diesel super subsidi dimansuh, harga barang dijangka melambung

Posted: 06 Jun 2011 02:04 AM PDT



KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi akan menyebabkan harga barang melambung dan kenaikan inflasi, kata Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Abdul Rahman Yusuf.

Beliau mengulas tindakan kerajaan menarik balik subsidi tersebut daripada kenderaan komersil seperti lori, kontena termasuk pengusaha bot nelayan laut dalam.

"Diesel merupakan nadi kepada sistem pengangkutan untuk lori komersil bagi membawa barangan dan produk kepada pengguna. Apabila harga diesel dinaikkan, ia akan beri kesan kepada semua jenis barangan, daripada sayur-sayuran hingga lah kepada barangan-barangan industri,"

"Apabila kerajaan memansuhkan subsidi diesel, ia akan menyebabkan harga barang pengguna naik berlipat kali ganda," katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Menurut Abdul Rahman, keputusan menarik balik subsidi tersebut kepada nelayan laut dalam juga akan mengakibatkan berlaku kenaikan harga terhadap hasil dan makanan laut.

"Saya turut difahamkan nelayan pesisir pantai di sesetengah tempat seperti di Terengganu juga tidak lagi menikmati subsidi diesel," ujarnya.

Tambah beliau, keputusan kerajaan pada masa sama menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus akan memberi kesan berganda kepada kenaikan harga barang danmengheret negara ke arah inflasi.

"Sudah tentu pemansuhan subsidi diesel ini akan menyebabkan berlaku inflasi disebabkan kenaikan harga barang yang bertambah parah," ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati pemilik lori komersial sebanyak 32 sen kepada RM1.80 yangperlu dibayar berkuatkuasa 1 Jun.

Berikutan itu, pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan.

Sementara itu, Nelayan laut juga tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter dan perlu membeli minyak pada harga pasaran sebanyak RM1.80 seliter.

Kalangan persatuan pengguna menjangka kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan berikutan pemansuhan suubsidi diesel terhadap kenderaan komersial.

Penguna Persatuan Persatuan Penguna Islam Malaysia menyatakan pengusaha lori telah lama menikmati subsidi tersebut dan langkah pemansuhan itu akan menambahkan kos yang ditanggung mereka.

Sementara itu, Gabungan persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meramalkan pendapatan isi sumah yang digunakan untuk makanan naik di antara lima hingga 10 perats ekoran penghapusan subsidi tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut menyatakan kebimbangan terhadap kenaikan harga makanan di Malaysia naik sebanyak 30 peratus dalam masa suku pertama tahun ini.

Perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) menyatakan kesan kenaikan itu merupakan dua kali ganda harga purata makanan
dunia.

Kerajaan baru-baru ini menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, yang dilihat akan turut menyebabkan berlaku peningkatan mendadak harga barangan melibatkan semua industri yang menggunakan tenaga elektrik.

Ia merupakan usaha menarik subsidi yang diberi kepada rakyat ketika syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menerima subsidi RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun.

http://www.keadilandaily.com/?p=14783

Najib pun takut isu Hospital Rembau?

Posted: 05 Jun 2011 11:26 PM PDT



Tolonglah pimpinan Pakatan Rakyat, tolong bangkitkan banyak isu-isu rakyat. Terlalu banyak isu yang pemimpin Umno BN cuba sapu bawah karpet. Rakyat sedang susah sekarang ini. Bongkar semua janji-janji pemimpin Umno BN. Macam isu cadangan pembinaan Hospital Rembau, sampai Najib sendiri terpaksa masuk campur untuk selesaikan isu ini.

Di Sabah, di Sarawak, di Johor, di Melaka, di Terengganu, di Perlis, di Perak, terlalu banyak masalah rakyat. Harakah, Suara Keadilan dan Roket perlu lebih agresif membela nasib rakyat, mendedahkan semua perkara ini.

Isu janji buat Hospital Rembau PRU 12 tahun 2008 belum dibuat sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

As a Rembau MP , can you list out one major developement that you can proud that you bring to the Rembau in your period ?
Thursday June 2, 2011 12:31 Ali

12:33 Khairy Jamaluddin: Sekolah Menegah Sains, Masjid Kg Paroi, Klinik Kesihatan Senawang, multiple new buildings for schools, sports courts,support for education programs resulting in Rembau being top in NS, many smaller development projects. Can visit website to see list. AND FINALLY GOT APPROVAL LETTER FOR REMBAU HOSPITAL THANKS TO PM'S INTERVENTION.

http://mynewshub.my/2011/06/02/q-a-with-umno-youth-leader-and-mp-for-rembau-khairy-jamaluddin/

Siapa yang janji nak bina UiTM di Rembau tahun 2008?

Posted: 05 Jun 2011 08:17 PM PDT



Masih ingat lagi Pilihanraya Umum 2008? Macam-macam janji manis ditaburkan pemimpin Umno di Negeri Sembilan. Antaranya ialah pembinaan Hospital Rembau, pembinaan Landasan Terbang Rembau, pembinaan UiTM Rembau. Sekarang dah tahun 2011, nak masuk 2012. Bayang pun tak nampak lagi. Tak apa , Melayu mudah lupa. Bagi komputer riba 1Malaysia, dah lupa semua janji sebelum ini.

Projek kereta laju KL - Gemas bermula
Kosmo 31 Jan 2008

SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi.

Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal.

"Projek landasan itu kini sudah dimulakan di atas tanah milik kerajaan manakala proses pengambilan tanah milik individu sedang dilakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini semalam.

Pada masa yang sama juga, Mohamad memaklumkan, syarikat yang sama turut diberi tugas oleh kerajaan bagi membina satu lagi laluan kereta api yang dikhaskan untuk komuter yang di- lanjutkan dari Seremban ke Sungai Gadut.

Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan.

BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Landasan Terbang Rembau pada tahun 2008 di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/05/melayu-mudah-lupa.html

Artikel Mohamad Hasan menjanjikan Hospital Rembau pada tahun 2008 di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Porno Halal kini di Malaysia ?

Posted: 05 Jun 2011 07:00 PM PDT



Bir halal, mana ada bir halal, bir yang halal cuma Root Beer atau Rut Bir. Judi haram, ada ke judi halal? Jadi tolong jangan guna istilah judi haram lagi. Yang ini pula yang dah lama ada , iaitu boleh dikatakan porno, tak tahulah porno halal atau tidak, kerana ianya terdapat di media yang kununnya memperjuangkan bangsa Melayu.

Ikuti kisah Porno Halal bertajuk "Pemangkin Kemaluan Rakyat" di pautan berikut http://cursingmalay.blogspot.com/2011/06/bahagian-02-pemangkin-kemaluan-rakyat.html

Selami hidup gelendangan di kota raya Kuala Lumpur

Posted: 05 Jun 2011 06:59 PM PDT



Satu kisah yang menarik mengenai gelendangan atau mereka yang tiada rumah yang tidur di tepi-tepi kaki lima di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur yang kaya dengan menara berkembar KLCC, menara KL, Smart Tunnel dan macam-macam lagi lah.

Bacalah sendiri kenapa begitu ramai gelandangan di Kuala Lumpur, ada yang bujang, ada yang suami isteri, ada yang ada anak-anak.

Kisah bertajuk Bergelendangan di http://payabesarpedas.blogspot.com/2011/06/bergelendangan.html

Tiada ulasan:

Pengikut