Selasa, 28 Jun 2011

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA TANGKAPAN AWAM OLEH PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Posted: 28 Jun 2011 04:24 AM PDT

KEPADA :

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Salam Sejahtera..

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) dengan ini tampil ingin menegaskan, mengecam, menentang serta membantah sekeras-kerasnya tangkapan awam kepada rakyat biasa yang dilakukan secara sewenang-wenangnya serta melulu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini. Tindakan tidak beretika dan melanggar undang-undang ini telah menimbulkan kecaman hebat daripada seluruh rakyat Malaysia termasuklah NGO-NGO, parti-parti politik, badan-badan swasta dan para cendekiawan.
Langkah ini adalah susulan daripada cadangan Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang dirancangkan pada 9.7.2011 di Kuala Lumpur. Tangkapan awam yang dilakukan ini adalah jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang negara serta bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagan Persekutuan yang secara nyata menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara Malaysia mempunyai hak kebebasan secara sama rata untuk berhimpun secara aman, bersuara dan berpersatuan. Pihak polis yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan & ketenteraman negara dengan moto "Tepat, Cepat & Betul" telah menyalahgunakan kuasa dengan membuli rakyat bawahan secara membabi buta.

Hanya kerana memakai baju kuning Bersih 2.0 dan mengadakan mesyuarat berkenaan sukan rakyat di Dewan JKKK, pihak polis telah menceroboh & menangkap seorang pemuda di Padang Jawa Shah Alam, 5 orang awam di Klang Parade, Timbalan AMK Pusat Sdr Khairul Anuar (Jonah) di Seksyen 24, seorang pemuda di Bangi serta 8 orang pemuda di Ampang tanpa alasan yang kukuh. Akibat daripada tangkapan secara salah ini, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melalui Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pusat dan Selangor bercadang untuk mangambil tindakan saman undang-undang terhadap pihak polis atas tangkapan secara salah ini.
DPPNS dengan ini memohon satu tindakan segera, semakan, siasatan, serta pemantauan daripada PIHAK SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) atas tindakan TIDAK DEMOKRATIK, MELANGGAR HAK ASASI MANUSIA, PENCABULAN UNDANG-UNDANG NEGARA SERTA TIDAK BERETIKA LAGI TIDAK BERTAMADUN INI.
DPPNS menyeru pihak SUHAKAM untuk terus bertindak secara sewajarnya bagi menjamin hak-hak kebebasan warganegara Malaysia dan Selangor daripada terus dicabul oleh pihak polis secara tidak bertamadun serta melanggar undang-undang Negara ini daripada terus berlanjutan.


Sekian, terima kasih. Wassalam.

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

28 hb JUN, 2011 (SELASA) / 26 REJAB, 1432 HIJRAH

Tiada ulasan:

Pengikut