Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Himpunan 10 Ribu Pemuda PAS Kelantan
- Ladang Rakyat: PAS sahut cabaran Pemuda Umno
- Bagai kucing larang kawan jangan makan ikan
- Kelantan akan bina stadium muat 40,000
- Perlawanan Persahabatan DPPKM Bersama Pemuda UPU Pangkal Meleret
Himpunan 10 Ribu Pemuda PAS Kelantan Posted: 18 May 2011 04:52 AM PDT |
Ladang Rakyat: PAS sahut cabaran Pemuda Umno Posted: 18 May 2011 12:59 AM PDT KOTA BHARU, 18 Mei: Pemuda PAS Kelantan bersedia menyahut cadangan Pemuda Umno Kelantan untuk bertemu bagi membincangkan isu Ladang Rakyat dengan membuat cadangan balas iaitu mengadakan debat terbuka di antara kedua-dua belah pihak. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman dalam satu kenyataannya berkata, Pemuda PAS berpandangan banyak lagi lagi isu-isu yang lain dapat diketengahkan oleh Pemuda Umno sekiranya benar-benar mereka berjuang untuk kepentingan rakyat. "Isu pembinaan tambahan Jambatan Sultan Yahya Petra, isu tuntutan royalti minyak yang menjadi hak rakyat Kelantan dan isu prosedur pengagihan wang ihsan yang tidak telus juga memerlukan kepada penjelasan. "Di mana Pemuda UMNO Kelantan di dalam menangani isu-isu ini?" tanya beliau. Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 17 Mei 2011 di halaman K3. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan sedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Pemuda PAS berhubung isu Ladang Rakyat yang membawa kepada perarakan penyerahan memorandum di hadapan Kota Darulnaim pada pagi 16 Mei 2011 yang lalu. "DPPNK bersedia menyahut cadangan Pemuda UMNO Kelantan ini," kata Abdul Latif. Berhubung dengan cadangan ini, Latif berkata, debat terbuka dilihat lebih praktikal berbanding dengan perbincangan kerana Pemuda Umno telah mensensasikan isu ini dengan mengadakan perarakan penyerahan memorandum pada pagi 16 Mei yang lalu. "Justeru, untuk membolehkan isu ini dinilai secara adil oleh masyarakat, DPPNK mencadangkan supaya debat terbuka dapat diadakan dengan turut menampilkan wakil dari pengurusan Ladang Rakyat sendiri untuk memberikan penjelasan. "Sekiranya pihak Pemuda Umno Kelantan bersetuju dengan cadangan ini, satu jawatankuasa khas boleh diwujudkan di antara DPPNK dan Pemuda Umno Kelantan ke arah memastikan debat ini dapat dilaksanakan," katanya. Latif berkata, pihaknya, benar-benar berharap agar Pemuda Umno Kelantan dapat menyambut baik cadangan ini sebagai membuktikan mereka benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat dan tidak hanya memperalatkan isu ini semata-mata untuk kepentingan politik mereka. |
Bagai kucing larang kawan jangan makan ikan Posted: 18 May 2011 12:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 18 Mei: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat desakan Pemuda Umno Malaysia agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol seolah-olah tindakan seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan memakan ikan. Begitupun, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin (gambar) menyambut baik desakan Pemuda Umno itu. Katanya, SAMM cuba menilai dari sisi positif desakan ini, yang nampaknya serius kerana ketuanya juga melalui akaun laman sosialnya turut menyatakan "telah mengarahkan mana-mana Pemuda Umno Bahagian yang belum bermesyuarat untuk membawa usul jangan naik harga petrol ini". Ini, ujarnya menggambarkan seriusnya mereka dalam tindakan itu. "SAMM meyakini usul desak tidak naik harga petrol ini akan menjadi usul utama Mesyuarat Agung Pemuda Umno Malaysia kali ini kerana arahan telah dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan. Ini, tambahnya kerana cuba memahami tradisi dalam Umno yang tanpa arahan mereka akan diam walaupun kenaikan harga minyak tetapi apabila arahan itu berlaku pasti mereka akan bawa usul itu kerana arahan. Menurutnya, memahami Pemuda Umno sebagai sebuah organisasi politik yang bertanding dalam pilihan raya mungkin saja tindakan itu ekoran untuk meraih populariti kerana mereka sedar kemarahan rakyat kepada parti penguasa yang amat tinggi ekoran siri kenaikan harga yang seolah tidak mampu dikawal rejim. Namun, katanya itu urusan mereka, bagi SAMM selaku organisasi yang cuba menjadi organisasi massa muda sudah tentu turut bersama desakan tersebut bukan sahaja tidak menaikkan tetapi menurunkan semula harga minyak dengan penstrukturan semula subsidi negara dengan mengurangkan bantuan korporat. "Namun dalam sisi yang lain ia seolah-olah tindakan seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan makan ikan," ujarnya yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard. Beliau berkata, rakyat sudah tentu tidak lupa dengan tindakan ahli-ahli parlimen BN termasuk ahli parlimen dari pemuda Umno yang pernah mengangkat tangan dalam sesi undi belah bagi dalam parlimen Malaysia awal penggal ini yang menyokong kenaikan harga bahan bakar yang merupkakan pada ketika itu tertinggi dalam sejarah negara. Menurutnya lagi, masalah sebenar negara ialah bukan harga pasaran dunia, selaku pengeluar minyak yang nilai kegunaan domestik masih jauh kurang dari yang dieksport maka sudah tentu kenaikan harga petroleum dunia boleh menjadi rahmat. Masalah utamanya, kata beliau ialah pembaziran dalam pengurusan, ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan pengaliran wang haram yang didalangi oleh mereka yang rapat dengan rejim merupakan punca sebenar negara hilang daya saing dan daya mampan untuk menjaga kepentingan rakyat seperti mengawal harga bahan bakar. "SAMM memandang serius perkara ini, kenaikan seolah tidak dapat dibendung. Regim begitu lemah seperti hilang kreativiti mentadbir ekonomi sehingga membiarkan rakyat lemas dalam pasaran terbuka. "SAMM juga tidak menolak ini mungkin saja propaganda menjelang pilihan raya umum menteri akan mengumumkan di mana kononnya harga minyak akan dinaikkan tetapi oleh kerana desakan pemuda Umno, maka harga minyak kekal," ujarnya. Tambahnya, lebih malang lagi seperti biasa selepas pilihan raya harga naik mendadak pula. |
Kelantan akan bina stadium muat 40,000 Posted: 18 May 2011 12:56 AM PDT KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini. "Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. "Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau. Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya. Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah. "Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya. |
Perlawanan Persahabatan DPPKM Bersama Pemuda UPU Pangkal Meleret Posted: 17 May 2011 03:29 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan