Rabu, 18 Mei 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Berita Baik Hari Guru makan tuan, PM, TPM terperangkap

Posted: 17 May 2011 08:20 PM PDT



Sebelum sambutan Hari Guru 16 Mei 2011, media heboh memperkatakan akan ada Berita Baik untuk semua guru akan diumumkan pada 16 Mei 2011. Lalu berita baik tersebut dibacakan secara langsung oleh Najib dari luar negara, dan diulas lanjut oleh Muhyiddin di Sarawak tempat DAP banyak menang. Adakah Najib dan Muhyiddin diberi skrip yang salah untuk dibaca sempena sambutan Hari Guru?

Tak tahulah macamana Najib dan Muhyiddin nak buat cover up lepas ini. Majoriti guru-guru yang tidak mendapat berita baik tersebut dah mula sedar mereka terpedaya dengan pengumuman berita baik tersebut.

Yang kaya bertambah kaya, yang susah bertambah susah nampaknya dalam berita baik tersebut, macam sistem kapitalis pula.

Cover up di N.Sembilan senang saja agaknya, panggil Mawi buat konsert sempena menghargai jasa guru seperti berikut http://amkns.blogspot.com/2010/06/guru-nsembilan-tak-senonoh-memalukan-mb.html

GURU SEKOLAH RENDAH KECEWA
BERITA HARIAN 18 Mei 2011

Majlis minta agihan insentif menyeluruh

KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) meminta satu kajian dibuat Kementerian Pelajaran berhubung insentif diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, kerana ia meminggirkan warga pendidik sekolah rendah. Yang Dipertuanya, Roslan Madon, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan insentif kepada guru besar dan guru di sekolah rendah serta Sekolah Kurang Murid (SKM). "Nyata, kerajaan terlepas pandang warga pendidik di sekolah rendah, walhal alam persekolahan bermula di sekolah rendah. Kenapa jasa warga 7,900 pendidik sekolah rendah tidak diambil kira," katanya.

Sempena Hari Guru, kelmarin, Najib mengumumkan guru terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, mulai 1 Januari depan, selain berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Beliau juga mengumumkan guru kini diklasifikasi kepada empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54.

Selain itu, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48. Bagi GPK sekolah rendah kluster, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.
Roslan berkata, GMGBM akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran tidak lama lagi bagi meminta supaya guru besar dan guru sekolah rendah turut diberikan insentif bagi menaikkan semangat serta motivasi mereka.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mahu mengadakan pertemuan dengan Najib dalam masa terdekat berhubung pemberian insentif itu.

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata ia bagi membincangkan tuntutan dikemukakan NUTP kepada kerajaan sebelum ini tetapi tidak dilaksanakan.

"Kami juga akan menyuarakan kekecewaan kami kerana insentif yang diberikan tidak membabitkan guru sekolah rendah dan menengah," katanya.

Di KUCHING, Jawatankuasa Bersama Kesatuan Persatuan Guru Malaysia (JBKPGM) menyifatkan insentif diumumkan kerajaan tidak adil kepada masyarakat guru keseluruhannya kerana ia hanya membabitkan guru berijazah di sekolah menengah.

Naib Pengerusi JBKPGM, William Ghani Bina, berkata insentif itu langsung tidak membabitkan guru bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan 160,000 guru yang mengajar di 7,800 sekolah rendah.

Oleh itu, JBKPGM yang mengadakan Mesyuarat Tergempar di Kuching, malam kelmarin, memutuskan meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula kaedah baru kenaikan pangkat guru yang diumumkan kelmarin.

Ghani berkata, JBKPGM juga berkata beberapa permintaan dikemukakan mereka terlepas pandang. Antaranya, elaun khas untuk Pengetua sebanyak RM600 dan Guru Besar RM500 kerana penyandang jawatan itu hanya menerima RM150 dan RM100 sekarang.

"Elaun yang mereka terima selaku ketua di sekolah terlalu rendah berbanding dengan elaun guru dilantik sebagai warden asrama iaitu RM280 untuk Ketua Warden dan RM240 bagi Guru Warden, selain RM250 untuk Guru Pendidikan Khas," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurusekolahrendahkecewa/Article

JOM Bongkar Masalah Peneroka REMBAU 24 Mei 2011

Posted: 17 May 2011 05:11 PM PDT



Penduduk FELDA Sendayan dalam Parlimen Rembau kebanyakannya masih terperap dengan pelbagai masalah hasil dari proses pengambilalihan tanah yang mereka teroka. Jom dengar masalah mereka melalui 2 program di bawah ini.

CERAMAH PERDANA
Isu Semasa dan Felda
Tarikh : 24.05.2011 (SELASA )
Masa : 8.45 malam
Tempat : Lot 382, Bandar Baru Sendayan (rumah Tanggam)
Penceramah :
- Wan Rohimi (Peguam kes RM 11 Juta Felda Kemahang)
- Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK)
- Chegubard
- YB Taufek, ADUN Paroi

**********
MAJLIS DIALOG ANAK FELDA SENDAYAN
Tarikh : 24 Mei 2011 (SELASA )
Masa : 5 petang
Tempat : Lot. 245, Bandar Baru Sendayan (rumah Daud Idris)
Panel :
- Wan Rohimi (Peguam kes RM 11 Juta Felda Kemahang)
- Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK)
- Chegubard
- YB Taufek, ADUN Paroi

Topik :
- Masalah Tanah Perkuburan Islam yang tertimbus akibat projek naik taraf jalan yang terbiar tanpa sebarang maklumat
- Masalah pencemaran udara oleh kualiti alam
- Masalah kes tanah 2 ekar yang melibatkan keluasan, lokasi,geran & sudah lama terbiar.
- Masalah keluasan lot banglo yang tidak mencukupi serta kualiti banglo yang tidak menepati harga sebenar
- Masalah anak-anak peneroka Felda yang tidak boleh mencarum dalam Koperasi Pemodalan Felda.(K.P.F). mengapa?
- Isu padang sekolah menengah yang menjadi kawasan pertanian.
- dan banyak lagi masalah & persoalan yang akan dibangkitkan.

**********
13 keluarga Penduduk FELDA Sendayan masih terus berjuang kerana tidak mahu terlibat dalam proses pengambil alihan dan tanah mereka telah dirampas menggunakan Akta Pengambilalihan Tanah dan dengan pampasan yang jauh lebih rendah seperti membalas dendam. Itu cuma secebis dari perbagai isu yang terperap di Sendayan.

Sumber http://chegubard.blogspot.com/2011/05/24-mei-program-sehari-mazlan-pengerusi.html

Tiada ulasan:

Pengikut