Isnin, 4 April 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 04 Apr 2011 03:17 PM PDT

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan tarian poco-poco pada mulanya tidak mengejutkan saya. Bagi saya tarian poco-poco bukan satu tarian yang begitu popular terutamanya untuk golongan bawahan. Selalunya ia menjadi kebiasaan bagi golongan atasan dan pertengahan.

Bagi golongan yang majoritinya berada di dalam kategori rakyat biasa, rasanya tidak ada isu untuk diberi perhatian serius. Semenjak media arus perdana menyiarkan pro dan kontra dari pandangan beberapa individu berlatar belakang agama, ia nampak menjadi sedikit panas.

Dr Mashitah yang bukan asing dalam menjawab persoalahan agama nampaknya semacam mempertikaikan faktwa negeri Perak berkenaan. Dalam masa yang sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula meminta agar Fatwa berkenaan tidak dipertikaikan.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pula nampak begitu bimbang dengan kecelaruan akibat tidak jelas metodologi dalam menggubal hukum dan fatwa. Dalam kata lain mungkin apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak tidak betul.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.

Kalau dilihat dan diperhalusi, hanya Datuk Seri Jamil Khir nampak sedikit berlembut dengan Fatwa baru itu. Kalau dilihat kepada kenyataan Bekas Mufti Perlis, mungkin ada beberapa intipati yang sepatutnya digunakan sebagai asas pengharaman tarian poco-poco iaitu pencampuran perbuatan salah dan bukanlah hanya melibatkan kepercayaan agama lain semata-mata.

Mungkin ramai ilmuan agama tidak berminat untuk melihat dan menegur dengan tegas isu-isu asas seperti tarian yang bercampur lelaki dan perempuan, diiringi muzik-muzik yang melalaikan dan ramai penari wanitanya tidak bertudung serta mendedahkan rambut dan aurat. Semut yang jauh nampak jelas, gajah yang dekat tidak nampak atau buat-buat tidak nampak.

Orang Islam tentunya semakin keliru dengan kenyataan yang bercelaru ini.

Hamba Allah,
Terengganu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 04 Apr 2011 03:15 PM PDT

Ke mana hilangnya suara UMCO? Ke mana hilangnya tulisan jurublog UMCO? Ke mana hilangnya demonstrasi NGO UMCO?

[TMI] KUALA LUMPUR, 4 April — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak  itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Idris berkata, "adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah."

Sehubungan itu kata Harussani, mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

"Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada.

"Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal?

"Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, dan kadi.

Selain itu turut dilarang ialah ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang Syariah yang menghalang penggunaan kalimah Allah sama ada secara lisan ataupun bertulis bagi agama lain.

Harussani antara mufti yang lantang dalam pendiriannya berkata, tindakan Putrajaya masih membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu disifatkan beliau sebagai "menghina al-Quran".

"Bila kerajaan sudah buat macam ini, benarkan agama lain gunakan kalimah Allah, itu sudah menghina al-Quran.

"Sebab itu saya berkeras ia tidak boleh digunakan. Apa yang saya tentang adalah pasal kalimah Allah bukan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia," katanya.

Beliau juga menegaskan buku kitab suci agama lain termasuk Kristian boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dengan syarat tidak menggunakan istilah-istilah yang ekslusif itu.

"Mengenai kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, penganut Kristian boleh guna... tiada masalah jika mereka mahu menghormati Bahasa Malaysia.

"Itu adalah bahasa kebangsaan, semua rakyat Malaysia boleh guna, jadi kena pegang betul-betul Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sebelum ini Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga menegaskan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang tidak boleh dibenar untuk dilepaskan kerana ia bertentangan dengan enakmen agama Islam negeri itu.

Jelas beliau, enakmen agama Islam Selangor menyebut mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

Mengapa UMCO mengubah pendirian yang sebelum ini bermati-matian menentang hajat orang Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dan mengedarkan kitab Injil dalam bahasa Malaysia? Semuanya sudah tentulah gara-gara memancing undi orang Kristian di Sarawak. 


Bersambung...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut