(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif
(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -
Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini."
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."
.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."
(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."
(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."
(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.
(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.
(Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'. MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".
MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA' (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.
MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang. Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya.
KUANTAN, 4 April: Ketika rata-rata rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang yang melambung pada masa ini, golongan yang memerlukan tidak dilupakan.
Serentak dengan itu, 100 anggota Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan kelmarin turun padang disekitar parlimen ini untuk mengagihkan barang keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak serta keperluan-keperluan dapur yang lain.
Program yang dinamakan "Konvoi Kebajikan Bermotosikal" menjelajah Parlimen Kuantan itu bermula pada jam 8.30 pagi sehingga Jam 7.00 malam dengan turut disertai oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Ustaz Rosli Abdul Jabbar.
(Gambar: Rosli Jabbar sedang mengagihkan sumbangan)
Rosli berkata, program tersebut diatur dan dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan yang susah terutamanya golongan nelayan.
"Akhir-akhir ini menjadi halangan kepada mereka untuk turun ke laut kerana hujan yang tidak menentu. Kita harap sekurang-kurangnya sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan sedikit bebanan mereka," katanya ketika mengagihkan barangan dan risalah di Kampung Tanjung Lumpur dan Peramu dekat sini.
Dalam pada itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim berkata program tersebut merupakan aktiviti sumbangan sepanjang masa mengikut keperluan.
"Program yang dilaksanakan ini melangkaui perbezaan fahaman politik, kita bagi semua kepada mereka yang layak tak kira PAS atau Umno dan dalam masa yang sama kita nak beritahu kepada rakyat di Parlimen Kuantan bahawa kita mampu menerapkan konsep kebajikan kepada masyarakat sekiranya kita memerintah".
Makluman. Program Bob Lokman (ex Raja Lawak) bertemu peminat pada Selasa 5 April 2011 jam 9 malam terpaksa dipindahkan ke Pejabat ADUN Paroi di Taman Tasik Jaya, Senawang. Program yang pada asalnya dijadualkan di Dataran Senawang telah TIDAK MENDAPAT KELULUSAN POLIS.
Marilah kita mendengar keluhan Bob Lokman, SELASA 5 April 2011 jam 9 malam di Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Datanglah beramai-ramai.
Oh Malaysia, Negara Ku yang paling Demokrasi dan Kebebasan Bersuara di seluruh dunia dan alam semesta
2. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah justifikasi mengenai penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di sebalik pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan. .
8. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status terkini kerja-kerja pembinaan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.
10. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah projek lebuh raya Kuala Krai ke Kota Bharu telah dibatal atau ditangguh, kalau tidak bilakah projek ini akan siap.
20. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan ke atas para majikan yang enggan mencarum KWSP bagi pekerja-pekerja mereka.
30. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hubungan Negeri - Pusat sebagaimana yang diamalkan oleh Malaysia sekarang ini lebih menyerupai amalan sistem satuan (unitary system) dan bukannya sistem persekutuan sebagaimana yang digembar-gemburkan. Apakah Kerajaan mempunyai hasrat untuk meminda dan kalau perlu memansuhkan perkara-perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan sistem persekutuan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.
36. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa jumlah kad pengenalan atau taraf kerakyatan yang dikeluarkan kepada warga asing sama ada penduduk tetap yang sah atau pendatang haram yang sudah lama bermastautin mengikut negara asal mereka daripada tahun 2008 hingga 2010 dan berapakah jumlah unit pendaftaran bergerak yang diwujudkan untuk memudahkan pertukaran alamat kad pengenalan.
38. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan universiti luar negara yang telah wujud di Malaysia dan universiti yang berminat membuka cawangan mereka dalam Malaysia.
40. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah polisi Kerajaan dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan dan golongan peneroka bandar untuk memiliki rumah sendiri serta apakah status pemilikan pembelian rumah-rumah PPR oleh penduduk-penduduk PPR dan berapa ramai yang memohon, berapa yang diluluskan dan apakah permasalahan kepada yang gagal ditolak permohonan mereka.
56. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan anggaran kerugian dan kerosakan ladang pertanian di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akibat banjir awal tahun ini.
2 program besar yang dijalankan oleh PAS Kawasan minggu lalu berjaya mendekati masyarakat setempat. Program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Ayer Molek dan Bukit Baru di mana lebih 50 buah rumah untuk program khidmar kesihatan. Program tersebut bermula pada 2 April di DUN Bukit Baru dan berakhir keesokan harinya di DUN Ayer Molek.
Program malam kesenian Islam pula berlangsung pada 2 April dengan penampilan Juara Akademi Nasyid TV9 Azhan Atan dan bekas Penyanyi Rock, Pak Long.
PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 24 April 2011 bertempat sebuah resort di Melaka. Dewan Muslimat PAS Kawasan akan mengadakan mesyuarat agungnya pada 9 April di Pejabat PAS Kawasan manakala Dewan Pemuda akan bermesyuarat pada 10 April di Pejabat PAS Negeri di Semabok.
Kepada yang mengenali artis ini, tolonglah hulurkan sumbangan bagi mengurangkan bebanan...beliau sangat tertekan dan amat memerlukan pertolongan. Kepada kawan-kawan seperjuangan nya dahulu, ini lah masanya kawannya yang ketawa bersama dulunya tampil membantu. Jangan biar Sahara menangis sendirian....marilah sama-sama kita membantu beliau....
Hari ni beliau sendirian, sudah lebih 4 tahun beliau mengorbankan segala yang ada...termasuk barang kemas tersayang, demi menyara ibunya yang terlantar...... sebarang sumbangan boleh lah hubungi SAHARA YAAKOB 012 3678892
al-qolam: GENTING PERES (TANJUNG RAMBAI)..kini bercahaya..: Kepada penggemar sukan barbasikal Genting Peres, Hulu Langat merupakan kawasan amat dikenali. Namun kehidupan penduduk yang terdiri dari orang asal tidaklah seindah namanya.
Tanjung Rambai merupakan perkampongan orang asal yang lebih dikenali dengan nama Genting Peres, terletak di Hulu Langat di kawasan DUN Dusun Tua. Penduduknya telah hidup tanpa bekalan eletrik sejak lebih 50 tahun walau pun UmNoBn berbangga Selangor maju... tetapi masyarakat di sini terpinggir dan tersisih jauh dari arus pembangunan. Namun hari ini kehidupan masyarakat orang asal di sini telah berubah.... Kini kehidupan masyarakat disini berubah apabila Selangor ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah menyediakan bekalan elektrik..Atas anisiatif kerajaan PR mereka bukan sahaja menikmati bekalan eletrik tetapi ianya telah diberikan secara percuma.....mungkin yang pertama dalam negeri Selangor............. "
Makluman. Program Bob Lokman (ex Raja Lawak) bertemu peminat pada Selasa 5 April 2011 jam 9 malam terpaksa dipindahkan ke Pejabat ADUN Paroi di Taman Tasik Jaya, Senawang. Program yang pada asalnya dijadualkan di Dataran Senawang telah TIDAK MENDAPAT KELULUSAN POLIS.
Marilah kita mendengar keluhan Bob Lokman, SELASA 5 April 2011 jam 9 malam di Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Datanglah beramai-ramai.
Oh Malaysia, Negara Ku yang paling Demokrasi dan Kebebasan Bersuara di seluruh dunia dan alam semesta
" Berita menyedihkan baru-baru ini dimana seorang Cikgu atau Ustaz yang tidak mampu lagi mengawal amarahnya sehingga menyiksa dan mendera kanak-kanak yang disyaki mencuri sehingga koma dan meninggal dunia di hospital.
Betapa kerdilnya manusia dan betapa hinanya manusia jika telah ditunggang oleh Syaitan mengakibatkan seorang Ustaz tidak mampu mengawal lagi amarahnya sehingga nyawa kanak-kanak yatim ini melayang.Memang sudah suratan takdir bagi setengah orang tapi beginikah kita kehendaki jika seorang guru bersikap sebegini apatah lagi mengajar di sekolah agama dimana sepatutnya menerapkan nilai-nilai keislaman dan kesabaran yang amat tinggi sekiranya menghadapi masaallah sebegini.
Lumrah kanak-kanak apatah lagi sekecil 7 tahun mungkin juga nakal tapi seharusnya kisah ini membuka mata hati pihak pengurusan sekolah supaya dimasa akan datang memilih warden atau guru asrama yang memiliki sifat dan nilai kesabaran yang tinggi,bukan yang panas baran dan tidak mempunyai rasa kasih sayang terhadapa kanak-kanak apatah lagi anak yatim. Sewajarnya tindakan menghukum sahaja tidak akan menoktahkan kisah ini daripada berlaku lagi akan tetapi tindakan yang perlu ialah merealisasikan akan kehidupan Islam yang sebenarnya.Mendidik hati mencintai kehidupan Islam dan Sunnah Nabi sahaja akan dapat membendung kisah ini dari terjadi lagi.
Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang ditimbulkan darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya, karena hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan mensucikannya. Karena itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.
Firman Allah:
"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya" "Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji(mungkar)" "Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)" Dalam kehidupan sehari-hari segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah berbuat kejahatan adalah hal yang lumrah. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga bila berbuat jahat. Contohnya dia bangga dapat merusakkan anak perawan orang, bangga dengan kehidupan miring, minum, berjudi, pergaulan bebas, malah jadi berperilaku kebarat baratan melebihi dari orang barat itu sendiri. Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, berprinsip HIDUP HANYA SEKALI , jadi masa muda untuk mengumbar nafsu sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik atau jahat adalah sama saja di sisinya, tak ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang kalau sudah berbuat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya kadang-kadang tidak ada yang mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat. Sudah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya: "Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah karena Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup."
Manusia pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan. Firman Allah: "Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa."
Jelasnya pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya(Syaitan). Hanya wujudnya saja manusia, tapi hati telah dikuasai syaitan.
Nafsu ammarah salah satu dari tujuh nafsu dalam diri manusia. Secara harfiah amarah berarti mengajak atau menyuruh. Sedang nafsu itu sendiri berarti jiwa. Seperti apa wujudnya dalam tingkah laku sehari-hari?
NAFSU ammarah acap mengajak akal-pikiran manusia untuk berangan-angan. Biasanya dengan iming-iming yang menggiurkan: makan, minum, tidur, dan jima' secara berlebihan.
Allah berfirman:
"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahanku), karena sesungguhnya nafsu (ammarah) itu selalu menyuruh kepada kejahatan." (QS. Yusuf, 53)
"Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (QS. Al-A'raf, 179)
Nafsu ammarah disebut juga nafsu binatang. Bahkan, Imam Ghazali dalam bukunya yang terkenal Ihya' Ulumuddin menyebutnya dengan citraan yang lebih kontras: bahimiyyah dan sabu'iyyah (binatang ternak dan binatang buas).
Sifat binatang ternak dan binatang buas itu mengeram dalam diri manusia. Mulai dari jiwa sampai jasmaninya. Wujudnya dalam bentuk perilaku makan, minum, tidur, bersenggama, dan tempat yang serba berlebihan, tidak islami. Puncaknya: hubbud dun-ya wakarahatul maut (cinta dunia dan takut mati).
Pemelihara Jasmani
Ammarah salah satu nafsu yang meliputi jiwa manusia. Nafsu itu mewarnai segala perbuatannya yang serba berlebihan (tusrifu). Jika nafsu amarah telah menguasai akal-pikiran manusia, maka tabiatnya akan condong pada kehidupan yang serba mewah. Meski, untuk mencapainya harus menempuh jalan yang melanggar syariat Islam. Jika nafsu amarah telah menguasai akal-pikiran manusia, maka tabiatnya akan condong pada kehidupan yang serba mewah. Meski, untuk mencapainya harus menempuh jalan yang melanggar syariat Islam. Namun di sisi lain nafsu ammarah juga berperan sebagai pemelihara hidup jasmani. Ini suatu tanda bahwa semua yang diciptakan Allah tidaklah sia-sia.
KUALA LUMPUR, 4 April — PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012.
Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan 'risiko' jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan.
"Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri," kata beliau kepada The Malaysian insider.
Katanya, PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012.
"PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat," katanya lagi.
Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen.
Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.
"Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya.
Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.
"Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita," kata Menteri Besar.
Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan.
Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal.
"Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia," katanya.
Kalaulah benar ini sebahagian daripada video yang digemparkan itu, ternyata sahih bukan Anwar.
Sebab daripada imej manusia yang dikatakan Anwar itu jelas bukan Anwar.
Bukan itu saja teman seorang polis akan teman persoalkan 3 perkara sebelum teruskan siasatan TAK PERLU SURUHANJAYA kerana laporan polis telah dibuat : 1. Kenapa gambar filem dalam hitam-putih ? Kata nak kenakan DSAI, gunakanlah gambar warna agar rakyat akan terus percaya, almaklumlah kena detail samada pelakun tu kulit hitamke? sawo matang ke atau putih melepak? 2. Semasa 5 minit pertama aksi dalam bilik dah berlaku , kenapa tukang skodeng (Datuk Trio) tak panggil JAKIM, BADAR , Polis dan Wartawan dan serbu bilik tersebut ? Kenapa syok sangat rakam sampai 21 minit tanpa membuat laporan? 3. Kenapa video tersebar meluas, kata Datuk Eskay rakaman video ada satu salinan, tapi bila serah pada polis sampai ke BTN pun ada salinan. Boleh rakyat percaya pada POLIS?
Dan sekali lagi kami menyatakan dengan tegas, Suruhanjaya Diraja TIDAK diperlukan semata-mata untuk mensahihkan samada imej itu Anwar ataupun bukan. Kerana memang ternyata ia bukan Anwar! Jangan perhabiskan wang negara semata-mata untuk melayani fitnah Datuk T dan UMNO ini.
Apatah lagi video seks fitnah ini dikatakan ditayangkan secara penuh di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), demikian kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.
Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.
Selain itu "puluhan" orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.
Jelas ia semata-mata gerakan untuk mengaibkan Anwar, menjatuhkan Anwar dengan apa cara sekalipun sekalipun dengan mengedarkan video fitnah tersebut.
Sekaligus penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.
Ia agenda kotor dan jahat Datuk T & UMNO.
Jika begitulah permainan Najib, Datuk T dan UMNO, kesemua mereka akan binasa. Tunggu masa dan ketikanya saja.
Dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali menemuinya dalam keadaan menjadi mayat atau jenazah. Teman baru dapat tahu tentang apa yang berlaku pada seorang sahabat yang mempuyai ayah yang tercinta telah mendapat musibah bila ayahnya dihidapi satu penyakit. Dan keluarganya hantarlah ke Hospital Selayang kerana ikut prosidur bahwa hospital terdekat. Namun Hospital Selayang pula menghantar ayahnya ke Hospital Besar Kuala Lumpur mungkin kesnya terlalu berat untuk Hospital Selayang. Rupanya perkara itu belum selesai kerana tup-tup Hospital Besar Kuala Lumpur terpaksa menghantar ayah sahabat tadi ke Hospital Telok Intan di Perak untuk dibuat pembedahan. Dipendekkan ayahnya di hantar ke Hospital Telok Intan dan belum sempat dibedah ayah yang dikasihi meninggal dunia di sana Ayahnya meninggal pada jam 6.30 pagi 4 April 2011 di Hospital Telok Intan a.. innalillah dan alfatihah! Pembaca nampak tak apa yang pelik di sini ? Kita bukan pertikaikan ayahnya yang telah meninggal dunia tapi untuk rakyat yang masih hidup perlu perbaiki apa yang kurang iaitu kenapa Hospital Besar Kuala Lumpur perlu merujuk kepada Hospital Telok Intan ? Andainya keperluan Hospital Kuala Lumpur kekurangan peralatan ...dapatkan peralatan tersebut. Kamu adalah Hospital terbesar di Malaysia dan terletak di Ibu Negara Malaysia atau Hospital Putrajaya adalah terbaik? Kan manis kalau Hospital Besar tidak melakukan pesakit seperti bola yang boleh disepak terajang ke mana kita suka. Kan lebih baik cari atau pinjam peralatan kerana PM BN yang spesis 2008-2013 kata rakyat didahulukan dan pecapaia diutamakan!
Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.
Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.
Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".
Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.
Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.
kOMEN : Tiba-tiba Menteri Pertahanan beria-ia hukum anak buah sendiri kerana nak jaga undi? Para pemimpin Sarawak ler, rakyat Sarawak pun tak sibuk. Sebelumni terdapat kes gambar tentera sedang menyiang monyet dan ular. Hanya kerana ada gambar. Dah memang tentera masa 'survival' kena makan apa saja jumper. Cuma zaman teknologi hp berkamera mudahkan mereka ambil gambar, Yang silapnya dipaparkan ke dalam internet.
BAGAN DATOH - Tindakan sekumpulan anggota tentera yang menangkap dan menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik membawa padah apabila berhadapan tindakan oleh Kementerian Pertahanan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mengesahkan semua anggota tentera terlibat disiasat mengikut Akta Tentera dan didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
Menurutnya, pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku anggota tentera yang didapati terbabit dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang.
"Dalam siasatan yang dijalankan, seorang pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dikatakan telah menjumpai burung enggang dalam keadaan separuh mati kerana dipercayai telah menjadi buruan pemburu lain ketika kejadian berlaku.
"Lalu mereka telah menyembelih burung itu dan mengambil gambar menyebabkan ianya telah tersebar di laman web sosial Facebook," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perkasa, Hutan Melintang semalam.
Ahmad Zahid berkata, perbuatan itu amat dikesali dan kementerian tidak akan melindungi mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam kegiatan sedemikian.
Sebuah akhbar tempatan semalam, menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang didapati telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.
Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam.
Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman turut kesal dengan kejadian itu dan telah memaklumkan kepada Kementerian Pertahanan.
sumber http://www.bardbahtiar.com/2011/04/tentera-sembelih-burung-enggang.html#ixzz1IStBX1ON
AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.aruddin (foto) mensarankan bahawa:
"Pimpinan PAS kena buat keputusan sama ada perlu diteruskan pemilihan jawatan tertinggi parti atau tidak jika BN menang besar di Sarawak kerana mungkin PRU akan diawalkan dan tumpuan mesti diberikan kepada PRU sebab itu lebih penting.
"Pada saya eloklah tangguhkan pemilihan, sebab sudah tentulah jika berlaku pertandingan dalam masa yang singkat sebelum PRU, sedikit sebanyak akan menjejaskan sedikit tumpuan dan persiapan parti," katanya.
Pimpinan Umno akan mengambil kira kemenangan mereka di Sarawak sebagai pengukur masa untuk pilihan raya dan jika mereka tewas turuk ada kemungkinan PRU dilewatkan.
PAS pula akan memilih pimpinan pusat sesi 2011 – 2013. Pada ketika ini PAS kawasan-Kawasan sedang rancak melaksanakan pemilihan di seluruh negara. Laporan Harakahadaily di SINI
YB Dr Halimah dan Cikgu Mala ahli panelis HIWAR MUSLIMAH
Pusat Pengajian Al Quran Al Itqan menganjurkan satu program untuk mengutip dana pendidikan untuk memperkasakan lagi sistem pendidikan holistik yang mempraktikkan hafazan al Quran yang disertai dengan menyelami maksud dan tujuan ayat-ayat diturunkan. Pusat pendidikan sepadu ini juga menawar kurikulm yang mempersiapkan pelajarnya untuk hidup berdikari dengan mampu menyara diri dengan martabat sebagai umat Islam yang berwibawa dan punya jati diri serta kukuh ekonomi.
Pengerusinya Dr Shafie dan Pengetua Us Sahril Sartu turut hadir sama.Forum yang membicarakan tajuk :Muslimah daripada perspektif al Quran mendapat sambutan yang memberangsangkan. Moderator Norhayati Saparadi daripada radio IKIM mampu menghidupkan suasana.
YB Dr Halimah menyedarkan ummat Islam muslimin dan muslimat tentang peranan Muslimat semenjak daripada sebelum ayat pertama(Iqra') diturun lagi iaitu semasa Nabi s.a.w beruzlah di gua Hira' berbulan lamanya, isteri tercinta Saidatina Khadijahlah yang memberi sokongan padu menghantar bekalan makanan kepadanya.
Kemudian apabila ayat pertama turun dan baginda Rasulullah s.a.w ketakutan Saidatina Khadijahlah yang menyelimut dan mententeramkannya, memberi kepercayaan sepenuhnya.
Yang pertama beriman adalah wanita unggul ini.Yang menghayati ajaran al Quran sehingga hembusan nafas terakhirnya berkorban jiwa raga untuk membantu utusan Allah mengembangkan ajaran al Quran adalah wanita yang bernama Khadijah ini.
Ini jelas membuktikan Allah bukan sahaja mengiktiraf peranan utama wanita dalam membantu perjuangan menegakkan Islam seperti yang diajar oleh Al Quran tetapi mempunyai tujuan tertentu iaitu mengatur pembantu setia yang pertama dalam perjuangan Nabi s.a.w adalah wanita.Allah tidak menyusun sejarah berharga yang berupa seerah Nabi ini dengan secara kebetulan.
Itu mustahil bagi Allah.
Yang logiknya setiap lambaran sejarah yang berkaitan dengan Nabi s.a.w ada pengajaran ummatnya.
Sepatutnya ummat Nabi s.a.w yang mengkaji dan menghayati seerah Nabi s.a.w akan faham bahawa wanita mempunyai peranan besar dalam dakwah dan siyasah.barulah layak diterima sebagai pengikut Nabi s.a.w.
PAS yakin akan dapat menawan semula beberapa kerusinya di Selangor pada pilihan raya umum akan datang yang dispekulasikan tidak lama lagi.
Ketua Penerangan PAS, Selangor, Roslan Shahir berkata parti itu telah melakukan persiapan sejak awal tahun ini.
"Pada pilihan raya lalu, kami bertanding di 20 kerusi dan menang di lapan tetapi tewas 12 lagi. Kali ini daripada 12 kerusi itu, kami jangka akan tawan sekurang-kurangnya lapan, khususnya di dewan undangan negeri Seri Serdang di mana calon PAS hanya tewas dengan 45 undi," katanya.
Kerusi lain yang juga sedang diintai PAS adalah Sabak, Sungai Ayer Tawar, Morib, Taman Templer dan Paya Jaras.
Roslan berkata parti itu juga yakin mampu mengekalkan lapan kerusi DUN dan empat kerusi parlimen yang disandang mereka ketika ini
Minggu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata DUN Selangor tidak akan dibubar sehingga Mac 2012, sekalipun pilihan raya umum diadakan.
Khalid berkata Pakatan Rakyat akan terus menerajui negeri berkenaan kerana mandat yang diberikan rakyat adalah sehingga Mac 2013 dan memerka memerlukan masa bagi melasanakan dasar-dasar yang dirancang.
Roslan berkata PAS menyokong penuh keputusan menteri besar itu kerana fokus pada "pembangunan negeri" menjadi perhatian rakyat.
PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012. Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan 'risiko' jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan. "Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri," kata beliau kepada The Malaysian insider. Katanya, PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012. "PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat," katanya lagi. Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen. Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013. "Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya. Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak. "Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita," kata Menteri Besar. Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan. Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang. Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal. "Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia," katanya.
PAS mengakui pernah ada satu ketika dahulu segelintir pemimpinnya mempromosikan pendekatan kafir mengkafir dan memboikot para penyokong dan pemimpin Umno.
Pemikiran dan pandangan sebegitu bukan pandangan dan pendekatan PAS tetapi pandangan sesetengah pemimpin ini yang sudah pun lari meninggalkan PAS dan menyertai Umno, yang mereka kafirkan dahulu, kerana tidak setuju dengan pendekatan PAS. "Tetapi mereka sudah tidak ada dalam PAS lagi. Sama ada mereka menyertai Umno atau entah ke mana," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis sebelum ini.
Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia (gambar) menyiarkan pengakuan bekas ahli PAS yang mengakui pernah pulau sembahyang yang diimami ahli atau pemimpin Umno.
Menurut berita akhbar Umno itu, pengikut PAS yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam Umno dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.
Perkara itu didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.
"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.
"Pada fahaman saya, penceramah PAS pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Umno itu.
Seperti diduga, bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Jun ini.
Katanya, antara tujuan utama beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding adalah bagi membantu presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
"Saya juga mahu membantu presiden untuk memobilasi demokrasi dan kefahaman tentang demokrasi kepada rakyat supaya mereka memilihnya untuk diamalkan di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini selepas menyampaikan ceramah di Subang Jaya malam semalam.
Menurutnya, selain itu, beliau juga mahu membantu Abdul Hadi bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan mengukuhkan kerjasama parti dengan ahli gabungan dalam Pakatan dan juga NGO.
Katanya, memperkukuhkan Pakatan dapat diterjemahkan melalui melaksanakan "tindakan politik bersama-sama untuk kepentingan rakyat".
Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata antara program yang beliau dapat memberikan khidmat kepada parti adalah melalui Himpunan Bersih.
Mantapkan Majlis Syura
Sehubungan itu, Mohamad berjanji akan cuba "mempergiatkan lagi" berfungsi sebagai timbalan presiden sekiranya dipillih menjadi orang nombor dua dalam parti itu.
Selain itu, katanya, beliau juga mahu mempermantapkan Majlis Syura supaya "betul-betul berfungsi" khususnya dalam soal menjaga displin dan mempertahan dasar parti.
Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.
Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.
Mengulas mengenai jumlah percalonan kawasan yang diterimanya setakat ini, Mohamad berkata, beliau belum membuat tinjauan menyeluruh berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, beliau ada mendengar beberapa kawasan "memohon" kepadanya supaya bertanding jawatan tersebut pada muktamar parti yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini.
"Keputusan akhir (untuk bertanding) bergantung kepada sokongan yang diterima... Ada kawan-kawan memberi galakan (untuk bertanding)," katanya.
Ibu pejabat parti menetapkan semua 179 kawasan membuat pencalonan dalam mesyuarat agung tahunan masing-masing bagi memilih pucuk pimpinan parti sehingga 10 Mei ini.
Setakat ini Mohamad mendapat satu pencalonan untuk bertanding bagi jawatan itu dari kawasan Kubang Kerian yang diketuai oleh exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.
'Saya sahaja...'
Namun, Mohamad dijangka tidak menghadapi masalah apabila beberapa lagi kawasan PAS di Wilayah Persekutuan dijangka akan mencalonkan beliau - antaranya di Batu, Kepong, Bukit Bintang dan Putrajaya.
Ditanya sama ada terdapat pimpin PAS lain yang akan mencabarnya merebut jawatan itu, Mohamad enggan mengulas lanjut.
"Saya kira (pencalonan) saya sahaja. Dalam PAS, ada adab berkempen (bagi individu) yang menawarkan diri... Saya tidak mahu menyentuh (hal) orang lain," katanya.
Ditanya sama ada beliau takut sekiranya terdapat pemimpin tertentu dalam parti mahu mencabarnya, Mohamad berkata ia adalah perkara biasa dalam permilihan parti.
"Saya biasa dicabar dan mencabar. Saya biasa memegang jawatan ketua pemuda, naib presiden dan kalah merebut timbalan presiden.
"Bagi saya kalah atau menang, saya tetap hadir (dalam muktamar) sebagai pejuang parti dan jamaah," tegasnya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, ada sumber memberitahu Malaysiakini sekurang-kurangnya 10 daripada 22 kawasan di Selangor akan mencalonkan Mohamad merebut jawatan timbalan presiden.
Bagaimanapun sumber itu enggan mendedahkan kawasan mana yang bakal mencalonkan Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.
Menurut sumber itu lagi, beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat kawasan yang akan mencalonkan penyandangnya Nasharuddin dan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan yang sama.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Jawatankuasa Fatwa negeri itu berpendirian tegas akan kekal dengan keputusan mengharamkan tarian poco-poco yang dicapai Januari lalu. Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat 20 April ini akan memutuskan pendiriannya. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, satu mesyuarat telah diaturkan lebih awal sebelum isu berkaitan fatwa Perak timbul. Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, oleh kerana isu tarian poco-poco bukan perkara mustahak maka tiada hasrat untuk mempercepatkan pertemuan yang dijadualkan 20 April ini. "Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tan Sri Prof Emiritus Dr Shukur Husin, sebelum timbul isu poco-poco telah pun minta Jakim aturkan muzakarah pada 20 April ini. "Kami akan adakan (muzakarah) seperti yang telah dijadualkan, insya-Allah, dan tidak berhasrat hendak awalkan. Ini bukan isu segera sangat," kata beliau sambil menambah, "hanya akan dibincangkan dalam agenda hal-hal lain kerana isu besar lain perlu diutamakan." Sementara ketika dihubungi The Malaysian Insider, Harussani (gambar) menegaskan pihaknya tidak akan menarik balik pengharaman itu walaupun mendapat tentangan dari banyak pihak. "Tidak akan tarik balik... benda dah haram, benda dah sesat buat apa mesti nak tarik balik? Haram tetap haram dan orang yang mengamalkannya boleh bawa kepada syirik. "Saya kata haram sebab itu berasal dari cara ibadat bukan Islam, walau apa jua tujuan yang kita buat termasuk senaman ia tetap haram," katanya. Jelas beliau, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan pengharaman tarian poco-poco selepas membuat kajian dan pemerhatian dalam perkara itu. "Saya kata haram dan atas dasar apa mereka kata tidak haram? Poco-poco ini ditarikan di gereja, kalau kita mahu buat kenapa tidak sahaja buat tarian zapin atau berkawad sahaja macam tentera? Tiga puluh minit sahaja mesti dah berpeluh, buat macam kita sekolah dulu. "Yang haram tetap haram, pasal apa saya nak tarik balik walaupun satu Malaysia tolak saya tetap kata haram," katanya. Tambah Harussani, banyak lagi tarian yang boleh digunakan untuk menjadi senaman. "Kalau nak juga buat kenapa tidak gunakan cara kita tapi jangan campur lelaki dan perempuan tapi apa-apa yang berasal dari agama lain tetap tidak boleh. "Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan kata tarian poco-poco bukan haram, saya tetap tidak akan tarik balik," katanya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian. Ekoran pengharaman itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco. Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian. Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau mahu semua pihak tidak mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang mengharamkan tarian poco-poco di negeri itu. Bagaimanapun bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tarian poco-poco tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam. Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Mufti Perlis Dr Juanda Jaya juga khuatir dengan kecelaruan akibat tidak jelas metodologi dalam menggubal hukum dan fatwa.
Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Mufti Perak (gambar) itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali. Dalam kenyataan dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab. Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. "Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris. Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan. Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut. Idris berkata, "adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah." Sehubungan itu kata Harussani, mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini. "Apa yang saya tegaskan pasal kalimah Allah... kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain, di Sabah dan Sarawak tidak ada enakmen ini tapi di Semenanjung ada. "Dalam enakmen agama Islam sudah kata haram di peringkat kebangsaan, atas dasar apa kita perlu benarkan? Adakah enakmen ini terbatal? Adakah undang-undang yang kita buat ini secara automatik terbatal? "Kalau kerajaan buat macam ini, batalkan sahaja enakmen agama Islam yang ada ini... saya rasa kecewa apabila kerajaan buat macam ini, undang-undang sudah kata tidak boleh kenapa kerajaan benarkan? Kalau mahu juga batalkan sahaja undang-undang yang sedia ada sekarang," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, dan kadi. Selain itu turut dilarang ialah ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh. Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang-undang Syariah yang menghalang penggunaan kalimah Allah sama ada secara lisan ataupun bertulis bagi agama lain. Harussani antara mufti yang lantang dalam pendiriannya berkata, tindakan Putrajaya masih membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dalam Bahasa Malaysia itu disifatkan beliau sebagai "menghina al-Quran". "Bila kerajaan sudah buat macam ini, benarkan agama lain gunakan kalimah Allah, itu sudah menghina al-Quran. "Sebab itu saya berkeras ia tidak boleh digunakan. Apa yang saya tentang adalah pasal kalimah Allah bukan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia," katanya. Beliau juga menegaskan buku kitab suci agama lain termasuk Kristian boleh diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia dengan syarat tidak menggunakan istilah-istilah yang ekslusif itu. "Mengenai kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, penganut Kristian boleh guna... tiada masalah jika mereka mahu menghormati Bahasa Malaysia. "Itu adalah bahasa kebangsaan, semua rakyat Malaysia boleh guna, jadi kena pegang betul-betul Perlembagaan Persekutuan," katanya. Sebelum ini Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga menegaskan naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang tidak boleh dibenar untuk dilepaskan kerana ia bertentangan dengan enakmen agama Islam negeri itu. Jelas beliau, enakmen agama Islam Selangor menyebut mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.
SHAH ALAM: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya menyatakan rakaman video seks, tidak boleh dijadikan bukti atau saksi dalam dakwaan zina, apalagi sekiranya video tersebut tidak diketahui kesahihannya. "Tak boleh diterima. Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini," tegas beliau kepada Keadilandaily ketika ditemui kediamannya di sini semalam. "Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga. Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu. "Sebab itu ia tak boleh dijadikan asas dalam syariat Islam kerana benda- benda ini boleh diubah suai. Sekarang kalau kita menonton aksi dalam filem, dengan aksi kita melihat seolah-olah ia benar terjadi tetapi hakikatnya (aksi itu) hanya berlaku dalam studio saja. Kadang-kadang dalam komputer sahaja," ujar beliau. Menurutnya dalam syariat islam, bagi sesuatu pertuduhan zina, seseorang yang menuduh seseorang individu lain melakukan perbuatan tersebut harus tampil mengemukakan empat saksi. Sekiranya individu terbabit tidak berupaya membawa saksi berkenaan, maka dia perlu dikenakan hukuman qazaf atau 80 kali sebatan rotan. "Sebenarnya banyak ayat Al quran yang menyentuh tentang soal Allah melarang kita mengaibkan dan menjatuhkan atau menuduh seseorang melakukan kerja tidak bermoral seperti liwat, zina dan sebagainya. "Yang paling jelas apa yang berlaku kepada Saidatina Aisyah di mana Allah menceritakan bahawa ada tuduhan liar (qazaf) menuduh Saidatina Aisyah melakukan perkara tidak senonoh, tetapi akhirnya Allah menurunkan ayat Al Quran dan membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan itu," ujar beliau. Beliau turut menceritakan tentang kisah Hilal bin Umaiyah, yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik bin Sahma, dan kemudian datang mengadu kepada Rasulullah. "Rasullah kata kepadanya, "kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu". "Lalu dia (Sharik) berkata kepada Rasullullah, kalau seseorang suami melihat seorang lelaki melakukan zina dengan isterinya, dengan mata kepalanya sendiri, apakah memerlukan kepada bukti dan saksi lagi? "Lalu Rasullullah mengulangi kata-kata yang sama iaitu kamu perlu membawa saksi atau kalau tidak aku rotan kamu, " ujar ulama terkenal tersebut yang kini merupakan pensyarah syariah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Menurutnya, banyak lagi ayat Al Quran yang menerangkan tentang isu itu seperti surah An Nur ayat 4 yang menerangkan tentang qazaf kepada mereka yang melemparkan tuduhan zina kepada wanita yang baik, tetapi tidak dapat membawa empat saksi seperti yang digariskan dalam Islam. "Dalam kes lain pun mereka tidak boleh menjadi saksi lagi sebab mereka sudah hilang kredibiliti (fasik)," ujar beliau. Katanya lag, begitu juga dalam surah An nur ayat 23, bermaksud sesunguhnya mereka yang menuduh wanita-wanita yang baik, yang solehah dan beriman dengan tuduhan zina, mereka akan dilaknat oleh Allah dunia dan akhirat dan mereka akan mendapat azab yang sangat dasyat. "Dalam surah Al Hujurat ayat 12, jelas Allah melarang kita jangan banyak bersangka buruk kerana sebahagian buruk sangka itu adalah berdosa. Kemudian Allah menyebut, Jangan kamu mencari-cari keaiban orang, ini di antara ayat yang diterangkan kepada kita," ujar beliau. Sebelum ini, tiga mufti tampil menyeru umat Islam supaya tidak percaya atau terpengaruh berita yang disebar golongan yang dianggap 'fasik'. Mereka adalah Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang diterima mereka. Temubual penuh bersama Dato Hashim Yahya boleh dibaca di akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan yang dijangka akan berada di pasaran esok.
Video seks fitnah yang dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.
Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.
Selain itu "puluhan" orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.
Penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.
Ia juga menempelak jaminan gandingan Datuk T, termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bahawa video itu tidak diedarkan kepada orang ramai demi memastikan keadilan untuk semua pihak.
Selain Rahim, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mendalangi penayangan video lucah itu di Hotel Sri Carcosa Kuala Lumour pada 21 Mac lalu.
Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis.
Mansor yang juga ADUN Penanti berkata, tindakan BTN dan pihak lain menayangkan rakaman lucah itu kepada orang ramai terutamanya golongan pelajar adalah dosa yang merosakkan proses domokrasi negara.
Penayangan video itu pada kursus BTN selain di pejabat Kemas bertujuan menjatuh dan memalukan Anwar walaupun pihak polis tidak dapat mengesahkan lelaki yang berada didalam rakaman video itu.
Anwar sebelum ini menafikan beliau adalah individu dalam rakaman itu. Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.
Mansor menggesa peserta BTN dan orang ramai yang diundang menyaksikan video itu agar tampil membuat laporan polis.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian tegas menolak bulat-bulat lelaki dalam rakaman video seks, yang kini disebarkan menerusi dunia siber, yang didakwa melibatkan aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkannya sebagai "palsu" dan bermotifkan "politik." Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sewaktu "Datuk T" mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di hotel Carcosa Seri Negara, beliau telah menegaskan bahawa video tersebut palsu, "tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya." "Hari ini, saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan segera dikeluarkan lewat petang ini. Nik Nazmi menambah, hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun, "saya tahu bahawa itu bukan Anwar." "Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik," katanya. "Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik," kata beliau sambil menambah, tarikh video tersebut ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena pilihan raya negeri Sarawak. Klip video dua minit yang mengaitkan Anwar melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno. Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak semalam. Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China. Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan 21 minit. Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen. Sehubungan itu dalam kenyataannya, Nik Nazmi juga mengemukakan enam persoalan, antaranya mengapa bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik BN di Carcosa Seri Negara. "Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Datuk T," katanya lagi. Oleh itu kata beliau, adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha Umno-BN untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan Umno khususnya bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. "Datuk T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan dalam video tersebut (bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011'. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?" katanya lagi. "Mengapa Umno diam membisu tentang pandangan tiga mufti, Dr Juanda Jaya (Muftri Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Mufti Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Mufti Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, (Mufti Perak) Tan Sri Harussani Zakaria juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia. "Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?" kata beliau. Nik Nazmi seterusnya berkata sudah sampai masanya rakyat menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara ini. "Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita. "Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama," kata beliau yang juga Adun Seri Setia.
Tindakan pihak tertentu menayangkan video lucah yang dihebahkan oleh tiga individu dikenali sebagai 'Datuk T' di pejabat Kemas, Penanti dan semasa kursus Biro Tata Negara di Pangkor baru-baru ini amat jijik dan tidak boleh diterima sama sekali.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang ditemui di luar Dewan Rakyat berkata kerajaan sepatutnya sudah lama mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' atas kesalahan memiliki video lucah seperti yang diperuntukkan dalam Akta Penapisan Filem 2002.
"Tindakan menayangkan video lucah adalah tindakan paling tidak bertanggungjawab kerana video seks yang dihasilkan oleh 'Datuk Trio' itu jelas berlawanan serta bertentangan dengan peruntukkan daripada Akta Penapisan Filem 2002, kalau kita merujuk kepada Seksyen 5(1), diingatkan 'tiada seorangpun boleh ada atau menyebabkan dirinya ada dalam jagaan atau kawalan atau pemunyaan, dan itu sudah jelas merupakan satu kesalahan," tegas beliau.
Tambah beliau, sudah jelas tindakan menayangkan video seks ini merupakan tindakan terdesak Umno-BN yang kehilangan modal untuk menumbangkan pengaruh PR di Sarawak yang dikatakan semakin meningkat serta mampu memberikan satu persaingan sengit kepada Umno-BN.
"Kalaulah ketahap ini yang mereka sanggup lakukan maka Umno-BN sudah tidak ada lagi maruah sebagai kerajaan yang sepatutnya telah memerintah lebih 50 tahun, ini tidak wajar, menggunakan cara-cara yang jelek dan hodoh seperti ini," kata beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata, Umno-BN sememangnya telah membudayakan 'politik longkang' yang keji dan jelek sepertimana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Gua Musang serta verteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini.
"Kita ingin tanya apakah sudah begini parah Umno dan BN berdepan dengan PR? apa yang begitu takut sangat?" soal beliau lagi.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata tindakan menayangkan video kepada peserta kursus tersebut amat menjijikan dan tidak boleh diterima.
"sekiranya betullah apa yang dikarakan oleh datuk Mansor... menjijikkanlah,"
Zuraida menambah, tindakan ini hanya membuktikan ketakutan BN terhadap pengaruh PR di Sarawak semakin memuncak hinggakan terpaksa berbuat sedemikian.
Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.
Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau.
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor.
"Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau.
Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu.
Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube.
"Perdana Menteri Malaysia (dan) rejim ini terlibat dalam melindungi sindiket ini yang menyiar video ini kepada umum. Mereka tidak akan kena apa-apa," kata Badrul.
Badrul menegaskan bahawa video itu dimuat keYoutube untuk dicanang sebagai modal BN pada pilihanraya umum Sarawak.
"Ianya lebih menyerlah lagi apabila penyebaran video ini ialah terdesaknya mereka dan apabila berada diambang pertempuran di piliharaya di Sarawak ini".
Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu secara berasingan pada 21 Mac lalu.
Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Bagaimanapun kedua-dua mereka, secara berasingan, yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar walaupun akur individu berkenaan mempunyai iras hampir serupa dari sudut tertentu kamera.
Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut berlainan dengan individu dalam rakaman itu.
Anwar bertegas menolak beliau adalah individu dalam rakaman itu.
Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.
Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.
Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka.
Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan rasmi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung tuduhan zina yang didakwa telah dilakukan ke atas ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan itu dibuat ke atas trio 'Datuk T' – Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim ekoran kenyataan yang dibuat oleh ketiga-tiga orang individu berkenaan.
Kenyataan tuduhan zina itu didakwa telah diucapkan oleh trio berkenaan berhubung satu tayangan video seks kontroversi yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama pembangkang.
Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan tersebut hari ini mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan berhubung tuduhan qazaf.
"Susulan tayangan tersebut dan beberapa kenyataan ketiga-tiga 'trio lucah' ini yang menjurus melakukan pertuduhan kepada Datuk Seri Anwar dengan tuduhan zina.
BN jadi dalang jika tidak dakwa
"Mengikut undang-undang syariah, tuduhan zina kepada seseorang tanpa membawa empat orang saksi, maka prosiding qazaf boleh dimulakan. Peruntukan ini ada dalam akta jenayah syariah (Wilayah Persekutuan)," katanya.
Shamsul Iskandar yang juga seorang peguam berkata trio berkenaan boleh didakwa mengikut akta itu kerana wujudnya pengakuan ketiga-tiga individu tersebut berhubung penayangan video seks itu.
"Terdapat pengakuan, (oleh itu) buat siasatan dan dakwa mereka.
"Kalau tidak ada tindakan (terhadap mereka) maka jelas (dalam isu) rakaman video ini, suspek yang menjadi dalangnya adalah kerajaan Umno-BN.
"Jadi untuk menafikannya, (JAWI) perlu ambil tindakan. Dan kita menggunakan ruang yang ada mengikut saluran undang-undang," katanya.
Dalam sidang media selepas membuat laporan tersebut Shamsul Iskandar berkata laporan itu secara khusus merujuk kepada satu tayangan video seks kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.
JAWI akan panggil 'Datuk T'
Shamsul Iskandar juga berkata, beliau turut menyertakan beberapa dokumen dan kenyataan media oleh Rahim berhubung dakwaan tuduhan zina itu.
Katanya lagi, beliau telah bertemu dengan penolong pengarah bahagian siasatan JAWI, Siti Nor Jihan Saleh ketika membuat laporan berkenaan.
Shamsul Iskandar berkata Siti Nor Jihan telah memberi jaminan untuk memanggil ketiga-tiga individu berkenaan untuk diambil mereka dan disiasat.
Tambahnya, beliau juga akan memberi kerjasama untuk memberi keterangan kepada JAWI pada 18 April ini berhubung laporannya hari ini.
Wah... sok alim (tunjuk baik) Zainuddin Maidin menasihat supaya Pas mengambil langkah drastik menyelamatkan parti berkenaan. Bila masa pula Zainuddin dilantik oleh Pas menjadi tukang penasihat parti berkenaan? Kenapa pula tiba-tiba saja, Zainuddin baru kabar diri melihat Pas selamat dan terus berfungsi dalam negara ini. Apakah jadahnya tiba-tiba Zainuddin mengatakan Pas diperlukan?
Bukan sejarah negara ini sudah mengenali seorang wartawan asal kampung yang menjadi penentang Pas nombor satu. Beliau juga seorang penentang gerakan Islam dan dakwah negara ini. Bukankah orang masih ingat betapa benci beliau kepada Pas. Semasa beliau memimpin Utusan, bukankah beliau yuang membuat arahan agar akhbar itu tidak memakai atau menonjolkan wanita pakai tudung.
Masa beliaulah juga Utusan akan menonjolkan orang yang berimej (berkopiah) berperangai jahat. Kalau ada banduan atau orang salah pakai kopiah akhbar itu akan meletakkan dimuka utama atau muka depan. Apa tujuannya ia nak dikaitkan bahawa orang beridentiti Islam itu jahat dan hipokrit.
Zainuddin membuat seruan itu - supaya Pas menyelamatkan diri, kerana pada kaca matanya pemimpin Pas membisu dalam isu video lucah. Beliau cuba membentangkan kepada umum yang pemimpin Pas berbelah bahagi dalam soal isu video lucah membabitkan Anwar. Dalam masa sama beliau meneji pemimpin Pas yang bersama Anwar.
Saya tidak tahu apakah beliau masih hanya membaca Utusan Malaysia saja dan meninggalkan media baru blog, website dan segala macamnya.
Kalau beliau masih berwala kepada Utusan saja benarlah apa yang dirasakan itu. Sebenarnya Zainuddin tertinggal jauh ke belakangan dan masih berfahaman konservetif dalam dunia maklumat dan IT dewasa ini. Tetapi kalau beliau sesekali menjenguk blog dan membaca Siasah atau akhbar alternatif lain beliau akan tahu apa yang berlaku dalam Pas dan juga akan tahu tentang kudis buta yang berada di bawah pelipatan betis dan ketiaknya.
Dipihak Pas tidak ada sikap membisu dalam isu video lucah. Kalau ada pun pemimpin Pas di hujung kampung yang tidak sampai akhbar atau ada kemudahan internet. Kalau mereka hanya dengar radio Rais Yatim saja, memang bersetuju dengan Zainuddin Maidin itu, bahawa Pas berpecah dalam isu video lucah.
Rasa saya semua pemimpin Pas sudah menyatakan sikap terhadap video lucah dan isu moral lainnya. Semua sudah mengulas. Mengenai serangan peribadi ke atas Anwar Ibrahim baik sejak zaman liwat pertama membawa ke liwat kedua dan terbaru video lucah, pemimpin parti Islam itu sudah pun menyatakan sikap dan pendirian. Sikap mereka jelas dan bukan kabur lain. Mereka mengambil pendiriannya ia adalah fitnah selagi segala bukti yang didedahkan itu tidak dikemukakan secara syari'. (Tahukah Zainuddin Maidin erti syari' itu?)
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sudah menyatakan, serangan ke atas Anwar itu adalah sekongkolan fitnah. Beliau mencabar kerajaan agar menyiasat bagaimana video berkenaan dan pendedahannya boleh dibuat. Kata Abdul Hadi perkara pokok yang perlu disahkan bukan siapa dalam video berkenaan tetapi pembikinan dan pendedahannya sudah bersalah dan perlu diambil tindakan. Anihnya kenapa mereka yang mendedahkan video berkenaan tidak dikenakan apa-apa tindakan baik menerusi undang-undang sekluar atau Islam?
Beliau juga menyarankan siasatan berhubung perkara itu dilakukan berdasarakan prinsip undang-undang sebenarnya.
Begitu juga kalau kerajaan (UBN) benar-benar ingin tegakkan keadilan kenapa tidak disiasat mengikut kehendak syariah Islam? Apakah Zainuddin tidak faham mengenai komen Hadi ini dan ini bukan sikap Pas? Untuk pengetahuan Zainuddi di dalam Islam sebarangan tuduhan dakwaan berkaitan zina harus ada empat orang saksi.
Kalaupun ketiga mereka yang mendedah video berkenaan boleh diterima sebagai saksi, tetapi ia masih belum mencukupi kerana perlu ada seorang lagi saksi. Korum persaksiakn dalam Islam ialah empat. (Arba'a). Manakala sekiranya si pendakwa itu gagal mengemukakan saksi maka mereka perlu disebat sebanyak 80 kali. Apakah tatacara hukum Islam ini diketahui oleh Zainuddin Maidin?
Manakala Nik Aziz pula telah berdoa untuk menghindarkan fitnah dan meminta Allah memusnahkan si pefitnah. Ada orang mempertikaikan kenapa dalam himpunan solat hajat dan pidato, di stadium Melawati Shah Alam, Nik Aziz tidak berpidato dan hanya berdoa. Bagi mereka yang arif aulia dan afdal mengenai doa tidak akan tergamak untuk mempersoalkan tindakan Nik Aziz itu. Doa adalah menunajat dan permohonan direct kepada Tuhan bukan seperti pidato yang penuh retorik.
Bila Zainuddin tiba-tiba macam tersedar dari kejahatan yang panjuang terhadap Pas mungkin ada sesuatu yang tidak kena kepadanya. Mungkin dia dapat mimpi bahawa Umno akan musanah kali ini. Kenyataan itu mungkin dibuat dalam keadaan mata tertutup, mumai. Kalau dia sedar kejahatannya kepada Pas selama ini dia tidak akan membuat kenyataan konstruktif begitu. Untuk apa dia mahu Pas diselamatkan? Sepatutnya dia membiarkan saja Pas berpecah seperti mana tanggapan itu kerana cara itu cepat memusnahkan Pas.
Tetapi bila dia membuat saranan itu dia tahu bahawa Pas kini makin kuat. Pas semakin mantap sebagai parti alternatif terbesar di negara ini. Slogan Pas Ganti Umno nampaknya telah menggangu minda Zainuddin Maidin. Orang Pas patut berterima kasih atas nasihat Zainuddin itu tetapi tidak perlu mempercayainya. Dari sudut mana sekalipun tidak ada secawan keikhlasan di hati bekas Menteri Penerangan ini yang pernah melancarkan serangan media ke atas Pas menjelang piliihan raya 2004 lalu.
Kejahatan Zainuddin ini sebenarnya tidak terbatas kepada Pas saja tetapi kepada Umno juga. Pertemuan saya dengan bekas timbalan menteri penerangan Mahadzi Khir menyebabkan saya tahu sedikit sebanyak temberang beliau dalam Umno dan juga sebab-sebab kenapa beliau boleh ditendang pengundi di Sungai Pettani. Satu masa mungkin ia boleh dibukakan.
Tentang isu video lucah, apa yang pentingnya Pas telah mengambil sikap yang jelas terhadap apa juga isu. Dalam konteks Anwar Pas berpegang kepada tali persahabatan tanpa mengira peribadi Anwar. Saya rasa Pas tidak akan mengkhianati kawan dan juga lawan secara melampau seperti mana parti Zainuddin Maidin akan menyembelih kawan apabila mereka ketiadaan haiwan korban. Jadi apa nak dinamakan parti Zainuddi ini?
PANTAI PUTERI - Tindakan sebuah syarikat petroleum menjalankan kerja-kerja ujian di atas tapak pembinaan jeti gas asli cecair (LNG) mendapat bantahan daripada lebih 100 nelayan di sini.
Mereka terdiri daripada nelayan dari Pantai Rombang, Pantai Puteri, Pantai Kundur dan Balik Bukit yang mendakwa pembinaan jeti berkenaan akan melibatkan kerja meletup kawasan terumbu karang yang terletak kira-kira tiga batu nautika atau kira-kira 5.5 kilometer dari kawasan pantai.
Bukan itu sahaja, mereka turut mendakwa kerja menanam cerucuk besi di kawasan projek turut membawa kerosakan kepada jaring mereka, sekali gus menyebabkan mereka bakal kehilangan punca pendapatan.
Nelayan terbabit hanya mengetahui mengenai kerja tersebut apabila surat berkenaan diserahkan kepada seorang ahli persatuan nelayan di situ.
Pengerusi Penaja Jawatankuasa Bertindak bagi nelayan terbabit, Mahat Jantan berkata, surat yang dikeluarkan syarikat petroleum itu bagi memaklumkan mengenai kerja letupan yang akan dilaksanakan kontraktornya esok, hanya diserahkan ke pejabat persatuan nelayan dan bukannya kepada nelayan terbabit.
"Mereka sepatutnya mengadakan pertemuan dengan nelayan di sini dan memaklumkan mengenai perkara ini. Ini tidak.
"Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya pada hari berkenaan ada nelayan yang pergi ke kawasan terbabit tanpa mengetahui bahawa akan dijalankan kerja letupan itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Mahat berkata, nelayan merasa terkilan kerana kerja letupan di terumbu karang itu hendak dijalankan tanpa mengambil kira kebajikan mereka.
Menurutnya, setakat ini, lebih 63 nelayan sudah menandatangani memorandum bantahan yang bakal diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.
"Kami bukan membantah pembangunan, tapi berilah perhatian kepada kebajikan kami kerana ini membabitkan mata pencarian kami," katanya.
Sementara itu, seorang lagi nelayan, Zaidi Tawil berkata, terumbu karang berkenaan merupakan kawasan lubuk emas nelayan dari empat kawasan ini.
Menurutnya, apa yang mereka bimbang adalah kerja yang hendak dijalankan akan mengugat mata pencarian mereka.
"Sudahlah sekarang ini kami terpaksa berhadapan masalah jaring koyak kerana terkena cerucuk besi. Selepas ini, kalau terumbu karang ini rosak, ke mana lagi kami hendak mencari rezeki," katanya.
"Kami sudah lama mencari rezeki di sini dan oleh yang demikian, mereka perlu mengambil berat mengenai kebajikan kami di sini," katanya.
Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li memang dianggap umum satu-satunya pemimpin berwibawa Umno yang masih tinggal. Pemimpin dari keluarga diRaja Kelantan itu memang mempunyai pemikiran dan pendirian politik tersendiri, berbanding dengan pemimpin Umno yang telah luput, apalagi dengan pemimpin Umno terkini.
Ku Li yang hampir-hampir memenangi pemilihan Presiden Umno mengalahkan Dr Mahathir apabila beliau hanya kalah sebanyak lebih 40 undi, telah melalui pengembaraan politik yang jauh, berjuang untuk menjadi pemimpin utama negara, sebagai Perdana Menteri
Dari awal lagi, ketika masih muda Ku LI memang dipupuk dan diasuh oleh PM kedua, Tun Abdul Razak, ayahanda PM sekarang untuk mewarisi kepimpinan Umno, namun nasib tidak menyebelahinya. Beliau sentiasa terhalang oleh keadaan kelangsungan politik persekitaran yang kadang-kadang di luar perhitungan manusiawi.
Perlantikan Ku Li mengetuai Petronas, Pernas, Bank Bumiputra dan lain-lain agensi kerajaan yang dewasa ini lebih dikenali sebagai GLC (Syarikat Milik Kerajaan) merupakan petanda bahawa beliau memang di 'groom' untuk nanti mewarisi kepimpinan Umno.
Ku Li menjulang sehingga mencapai peringkat antara Naib Presiden Umno yang mendapat undi terbanyak, tetapi dalam pergolakan politik Umno, Ku Li tidak terpilih untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika Hussien Onn, PM ketiga mengambil alih pimpinan Tun Razak yang meninggal dunia secara mengejut di London pada tahun 1976.
Khabar angin bertiup kencang bahawa Hussien Onn mahu melantik Ghazali Shafie sebagai TPM, tetapi tiga Naib Presiden, Ku LI, Ghaffar Baba dan Mahathir membantah ura-ura itu dan mahukan salah saorang dari tiga Naib Presiden dilantik.
Hussien Onn memilih Mahathir yang mendapat undi paling rendah diantara tiga Naib Presiden. Ku Li terhalang untuk menjadi TPM yang merupakan satu langkah ke hadapan bagi memungkinkan untuk menjadi PM.
Hussien Onn hanya menjadi PM satu penggal sahaja, jawatan itu diserahkan kepada Mahathir yang tidak memilih TPM tetapi membiarkan perlawanan antara Musa Hitam dan Ku Li bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Umno bagi menentukan siapa di pilih oleh perwakilan Umno sebagai Timbalan Presiden dan sekaligus sebagai TPM.
Ku Li kecundang lagi akibat permainan politik Mahathir. Bulan madu pemerintahan awal Mahathir dengan regunya Musa yang dipanggil era 2M, Mahathir-Musa, tidak dapat bertahan lama. Musa berundur dan akhirnya sampailah saat pertandingan regu Ku Li- Musa, yang menyebelahi Ku Li bertanding melawan Mahathir-Ghaffar untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno.
Mahathir-Ghaffar menang dan Ku Li mengalami kekalahan akibat ada bahagian yang menjanjikan undi baginya, di saat-saat akhir tidak bersamanya. Sejak itu Ku Li mengembara jauh dalam arena politik yang sebelumnya menyaksikan Umno diharamkan pendaftarannya dan Mahathir menubuhkan Umno baru. Ku Li mahu mengekalkan Umno lama dan menamakannya sebagai Parti Semangat 46, mengambil sempena kewujudan Umno pada tahun 1946.
Kegagalan Ku Li untuk mengalahkan Mahathir berkemungkinan persepsi perwakilan Umno bahawa Presiden Umno dan sekaligus PM mestilah berkisar antara anak kelahiran Kedah, Pahang, Johor dan Pulau Pinang. Ku Li yang berasal dari Kelantan tidak diberi kesempatan, walaupun beliau juga membawa nama Tengku dihadapannya, seperti Tunku Abdul Rahman, PM pertama yang berasal dari Kedah. Nama Tengku sahaja tidak cukop bagi Ku Li kerana beliau berasal dari Kelantan.
Ku Li kemudiannya berada di pentas pembangkang dengan mengadakan persefahaman pilihanraya dengan PAS dan DAP. Dengan PAS digerakkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tetapi dalam pilihan raya yang diadakan Semangat 46 tidak dapat menandingi Umno-BN yang menggunakan segala jentera kerajaan untuk menjamin kemenangannya. Melaluinya PAS bersama S46 mampu mengambilalih pimpinan negeri Kelantan.
Ku Li akhirnya membubarkan S46 dan menyertai semula Umno tetapi rentetan yang panjang dalam karrier politik Ku Li ini menunjukkan Ku Li pernah berkerjasama dengan pembangkang terutama PAS, maka adalah sewajarnya Ku Li membuat satu penilaian semula terhadap politik baru bagi menyelamatkan negara ini dari politik kotor, jijik, rasuah, ketidakadilan dan penuh dengan fitnah serta dendam kesumat.
Ku Li sebagai ahli politik ulong yang mempunyai kebijaksanaan mampu meningkatkan momentum bersama pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengangkat perubahan lanskap politik dan reformasi demokratik penuh keadilan dalam pilihanraya ke-13 bagi menamatkan pemerintahan kerajaan Umno-BN.
Perjuangan Ku Li dalam Umno sudah sampai kepenghujungnya. Terakhir Ku Li diminta berkhidmat untuk menggalas jentera pilihanraya kecil Dun Galas di Kelantan bagi merampas kemenangan dari PAS. Faktor Ku Li adalah sebahagian dari punca sebab kemenangan calun Umno di Galas yang terletak di bawah kawasan Parlimen Gua Musang yang merupakan satu-satunya kawasan yang tidak dapat dirampas oleh PAS dan terus menerus dapat dikekalkan oleh Ku Li.
Sebagai ahli politik Ku Li boleh sahaja berjuang bersama Pakatan Rakyat kerana parti politik hanya satu wadah perjuangan untuk menerajui kepentingan rakyat. Kelihatan Umno-BN yang dipimpin oleh generasi kedua, ketiga Umno sudah tidak sesuai dengan kepintaran generasi lama, walaupun Ku Li bukanlah terdiri dari genarasi pertama Umno, kerana budaya Umno sekarang sangat jelek,kotor dan jijik.
Ku Li sendiri memberikan komennya bahawa video seks yang mengaitkan Anwar Ibrahim tidak dapat diterimanya. Rakyat juga tidak dapat menerimanya. Ia serupa sahaja dengan kes liwat 1998, katanya.
Banyak pertembungan pendapat antara Ku Li dengan pimpinan Umno sekarang. Ia menyentuh bukan perkara-perkara kecil, tetapi melibatkan dasar. Ku Li menentang Kelantan tidak diberi royalti petrol begitu juga royalti minyak untuk Terengganu ditukar menjadi wang Ihsan. Mahathir ialah orang yang melaksanakan rampasan royalti minyak di Terengganu sebaik sahaja PAS memenangi pilihanraya 1999.
Sebagai orang yang terlibat secara langsung merangka perjanjian Patrolium bersama pakar-pakar lain termasuk Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas, Ku Li membela hak negeri-negeri untuk mendapat royalti minyak lima peratus sebagaimana perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri yang persekitaran lautnya terdapat deposit minyak dan gas.
Jika Ku Li terus berada dalam Umno, tokoh yang disenangi oleh kawan dan lawan itu tidak dapat membuat sumbangan besar kepada rakyat dengan kapasiti yang ada. Di pentas Pakatan Rakyat dijangkakan beliau mampu memberi sumbangan lebih besar sebelum hayat politiknya berakhir.
Ada yang berpendapat Ku Li tidak berpengaruh lagi kecuali di Kelantan, kerana beliau dianggap sebagai tenaga sudah terpakai, tetapi dengan berada dalam Pakatan Rakyat, ia mampu dikitar semula dan sedikit sebanyak melonjakkan momentum kebangkitan untuk menukar kerajaan Umno-BN yang memerintah terlalu lama.
Kalau pernah pada satu ketika Pakatan Rakyat meuar-uarkan untuk mengambilalih pimpinan kerajaan melalui penyebrangan MP-MP kerajaan kepada Pakatan Rakyat,tetapi tidak menjadi kenyataan,maka adalah lebih wajar,Pakatan Rakyat ,ketika menjelang pilihanraya ke-13 mengajak dan mempelawa beberapa kerat yang masih mempunyai kredebaliti termasuk Ku Li untuk bersama Pakatan Rakyat menukar lanskap politik negara.Mungkin selepas pilihanraya ke-13 giliran anak kelahiran Pulau Pinang pula mampu menerajui negara sebagai PM.Inilah kesepakatan antara komponan Pakatan Rakyat.
Para petugas dari Perak telah memulakan tugas kempen di DUN Muara Tuang semalam. Beberapa UPU telah dijelajah oleh skuad ini. Pelbagai rintihan masyarakat, ragam masyarakat serta pengalaman yang dapat diambil semasa penjelajahan ini.
KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT) akan menghantar 100 tenaga mahir membantu pilihanraya negeri Sarawak yang akan bermula selepas penamaan calon Rabu 6 April.
Menurut Penasihat kontingen BPPNT, Haji Hanafiah Mat, petugas Terengganu akan turun dalam dua gelombang bermula Selasa 5 April dan berterusan sehingga hari mengundi pada 16 April.
"PAS Terengganu akan bertugas di DUN Muara Tuang dalam Parlimen Kota Samarahan, dua gelombang petugas akan turun mula 5 hinga 16 April,
"setakat ini hampir 100 orang telah mengesahkan kesediaan untuk berkampong dalam pilihanraya negeri Sarawak,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline
Katanya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah pun melancarkan jentera pilihanraya DUN tersebut semalam (gambar kanan).
Sehubungan itu, laman PAS Sarawak melaporkan, kunjungan Presiden PAS ke Sarawak mulai 1 April, telah menyuntik semangat petugas-petugas tempatan PAS.
Menurut laman tersebut, Ustaz Abdul Hadi mempunyai jadual ketat bagi melawat persiapan jentera pilihanraya PAS di kawasan-kawasan di mana PAS akan bertanding.
Pada 28 Mac lalu, mesyuarat Majlis Pimimpin Pakatan Rakyat mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP. Lima DUN yang akan ditandingi PAS adalah N3 Tanjung Datu dalam Parlimen Santubong, N15 Muara Tuang (Kota Samarrahan), N20 Sadong Jaya (Batang Sadong), N22 Sebuyau (Batang Lupar) dan N24 Beting Maro (Batang Lupar).
Menurut Hj Hanafiah (Gambar kiri) yang juga Penolong Setiausaha BPPNT, diantara 5 DUN tersebut, Muara Tuang dan Tanjung Datu dilaporkan mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk PAS menang.
Manakala saingan hebat dijangka menjadi halangan bagi mencapai PAS kemenangan di Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
Namun begitu, katanya kehadiran 2000 undi pos di Muara Tuang akan memberi cabaran besar kepada para petugas pilihanraya, khususnya petugas PAS dari Terengganu.
YB Dr Halimah dan Cikgu Mala ahli panelis HIWAR MUSLIMAH
2.4.11 SHAH ALAM
Pusat Pengajian Al Quran Al Itqan menganjurkan satu program untuk mengutip dana pendidikan untuk memperkasakan lagi sistem pendidikan holistik yang mempraktikkan hafazan al Quran yang disertai dengan menyelami maksud dan tujuan ayat-ayat diturunkan. Pusat pendidikan sepadu ini juga menawar kurikulm yang mempersiapkan pelajarnya untuk hidup berdikari dengan mampu menyara diri dengan martabat sebagai umat Islam yang berwibawa dan punya jati diri serta kukuh ekonomi.
Pengerusinya Dr Shafie dan Pengetua Us Sahril Sartu turut hadir sama.Forum yang membicarakan tajuk :Muslimah daripada perspektif al Quran mendapat sambutan yang memberangsangkan. Moderator Norhayati Saparadi daripada radio IKIM mampu menghidupkan suasana.
YB Dr Halimah menyedarkan ummat Islam muslimin dan muslimat tentang peranan Muslimat semenjak daripada sebelum ayat pertama(Iqra') diturun lagi iaitu semasa Nabi s.a.w beruzlah di gua Hira' berbulan lamanya, isteri tercinta Saidatina Khadijahlah yang memberi sokongan padu menghantar bekalan makanan kepadanya.
Kemudian apabila ayat pertama turun dan baginda Rasulullah s.a.w ketakutan Saidatina Khadijahlah yang menyelimut dan mententeramkannya, memberi kepercayaan sepenuhnya.
Yang pertama beriman adalah wanita unggul ini.Yang menghayati ajaran al Quran sehingga hembusan nafas terakhirnya berkorban jiwa raga untuk membantu utusan Allah mengembangkan ajaran al Quran adalah wanita yang bernama Khadijah ini.
Ini jelas membuktikan Allah bukan sahaja mengiktiraf peranan utama wanita dalam membantu perjuangan menegakkan Islam seperti yang diajar oleh Al Quran tetapi mempunyai tujuan tertentu iaitu mengatur pembantu setia yang pertama dalam perjuangan Nabi s.a.w adalah wanita.Allah tidak menyusun sejarah berharga yang berupa seerah Nabi ini dengan secara kebetulan.
Itu mustahil bagi Allah.
Yang logiknya setiap lambaran sejarah yang berkaitan dengan Nabi s.a.w ada pengajaran ummatnya.
Sepatutnya ummat Nabi s.a.w yang mengkaji dan menghayati seerah Nabi s.a.w akan faham bahawa wanita mempunyai peranan besar dalam dakwah dan siyasah.barulah layak diterima sebagai pengikut Nabi s.a.w.
AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.aruddin (foto) mensarankan bahawa:
"Pimpinan PAS kena buat keputusan sama ada perlu diteruskan pemilihan jawatan tertinggi parti atau tidak jika BN menang besar di Sarawak kerana mungkin PRU akan diawalkan dan tumpuan mesti diberikan kepada PRU sebab itu lebih penting.
"Pada saya eloklah tangguhkan pemilihan, sebab sudah tentulah jika berlaku pertandingan dalam masa yang singkat sebelum PRU, sedikit sebanyak akan menjejaskan sedikit tumpuan dan persiapan parti," katanya.
Pimpinan Umno akan mengambil kira kemenangan mereka di Sarawak sebagai pengukur masa untuk pilihan raya dan jika mereka tewas turuk ada kemungkinan PRU dilewatkan.
PAS pula akan memilih pimpinan pusat sesi 2011 – 2013. Pada ketika ini PAS kawasan-Kawasan sedang rancak melaksanakan pemilihan di seluruh negara. Laporan Harakahadaily di SINI
Bubar DUN: PAS mahu tiga negeri Pakatan sokong Selangor
Oleh G Manimaran April 04, 2011 Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 4 April — PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012.
Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir Foto kiri) berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan 'risiko' jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan.
"Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri," kata beliau kepada The Malaysian insider.
Katanya, PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012.
"PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat," katanya lagi.
Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen.
Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.
"Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya.
Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.
"Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita," kata Menteri Besar.
Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan.
Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal.
"Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia," katanya.
"Pada pilihan raya lalu, kami bertanding di 20 kerusi dan menang di lapan tetapi tewas 12 lagi. Kali ini daripada 12 kerusi itu, kami jangka akan tawan sekurang-kurangnya lapan, khususnya di dewan undangan negeri Seri Serdang di mana calon PAS hanya tewas dengan 45 undi," katanya.
Kerusi lain yang juga sedang diintai PAS adalah Sabak, Sungai Ayer Tawar, Morib, Taman Templer dan Paya Jaras.
Roslan berkata parti itu juga yakin mampu mengekalkan lapan kerusi DUN dan empat kerusi parlimen yang disandang mereka ketika ini. Laporan penuh di SINI
Makluman. Program Bob Lokman (ex Raja Lawak) bertemu peminat pada Selasa 5 April 2011 jam 9 malam terpaksa dipindahkan ke Pejabat ADUN Paroi di Taman Tasik Jaya, Senawang. Program yang pada asalnya dijadualkan di Dataran Senawang telah TIDAK MENDAPAT KELULUSAN POLIS.
Marilah kita mendengar keluhan Bob Lokman, SELASA 5 April 2011 jam 9 malam di Pejabat ADUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Datanglah beramai-ramai.
Oh Malaysia, Negara Ku yang paling Demokrasi dan Kebebasan Bersuara di seluruh dunia dan alam semesta
Utusan Malaysia 4 Apr 2011 SEREMBAN 3 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula.
Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.
Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan. "Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya.
"Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini. Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lalu.
Exco Pendidikan Selangor dan PKM Dun Meru akan bekerjasama mengadakan 2 program motivasi serentak pada minggu yang sama. Pada 16 dan 17 April 2011 , siri 2 program SPIES Motivasi Ibubapa akan diadakan di Gold Course Klang selama 2 hari 1 malam secara percuma untuk 100 peserta dari kalangan ibubapa. Pada 17 April 2011 akan diadakan bengkel SMART STUDY untuk calon pelajar SPM 2011 sebagai program sokongan program PTRS anjuran Exco Pendidikan. Program ini akan dihadiri 500 pelajar dari 5 Dun sekitar Parlimen Kapar dan Klang. Semua yang berminat untuk 2 siri motivasi ini sila hubungi Encik Baharom Basiron 017-3255382 secepat mungkin.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nuruddin (Ketua Penerangan) selaku MC/DJ bersama Nazrul (Mujahidin Gopeng)
3 April 2011- Jawatankuasa dan Guru PAS Kaw Gopeng telah berjaya menjayakan program Sukan tahunan peringkat kawasan kali ke-10. Sukan meriah ini diadakan di Padang yayasan Darul Hikmah dan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Gopeng sendiri....
Ucapan daripada Saudara Raja Yusuf Ketua Pemuda PAS Kaw Gopeng
Guru Pasti yang bersemangat Jualan buku Pustaka Munawwarah yang diusahakan oleh Ketua Penerangan 9Nuruddin) dan isterinya. Jualan buku dan makanan Islam oleh saudara Rurol Azhar. Jualan gerai Nisa' Gopeng yang diterajui oleh ustazah Yanti dengan resepi dadih, puding dan kek 'Sabahan'... Badang Gopeng yang bakal menjelma...
Saudara Nazrin...DJ/MC majlisWanita pun dilatih menghayun dunia!!! Saudara Mat Noor petugas Amal yang setia... Cikgu Hamdan menyampaikan hadiah...
Sabah bukanlah negeri pengeluar minyak yang termiskin tetapi yang termiskin diantara negeri pengeluar minyak dan gas adalah negeri Terengganu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.
Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai
Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori 'miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan' iaitu seramai 12, 193 keluarga.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini
Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.
Katanya, negeri Sabah mempunyai kemiskinan bandar paling tinggi dan yang kedua adalah negeri Kelantan.
"Statistik ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) prnduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,'Ujarnya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Bum Bum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbala Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsa Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan