Jumaat, 15 April 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

Posted: 15 Apr 2011 01:23 AM PDT

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Pemimpin Bertemu Pengusaha Bengkel & Pemilik Worksyop India-Cina Kota Raja

Posted: 14 Apr 2011 05:00 AM PDT

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia,

Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang dihormati sekalian dijemput ke Majlis Pemimpin Turun Padang Anjuran UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan Dengan Kerjasama Gabungan Bengkel & Pemilik Worksyop India-Cina Kota Raja;

Tempat: Dewan Melayu Klang
Tarikh: Sabtu, 14 Mei 2011
Masa: 8 Malam
Pakaian: Bebas

Penceramah:

1) Yang Berhormat Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, Ahli Dewan Negara;
2) Yang Bhg Tuan Ir. Haji Kamaruzzaman Johari, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja;
3) Yang Bhg. Encik Kalai (Bekas Aktivist Parti Keadilan Rakyat Kedah).

BN Mampu Berubah "Sayangi Selangor, Yakini BN"

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 14 Apr 2011 09:06 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


14 APRIL 2011

Posted: 14 Apr 2011 08:31 AM PDT

13 APRIL 2011

Posted: 14 Apr 2011 08:10 AM PDT

12 APRIL 2011

Posted: 14 Apr 2011 08:01 AM PDT

AHMAD MASLAN KEMPEN GUNA BAHASA IBAN

Posted: 14 Apr 2011 08:00 AM PDT

11 APRIL 2011

Posted: 14 Apr 2011 07:48 AM PDT

10 APRIL 2011

Posted: 14 Apr 2011 07:28 AM PDT

9 APRIL 2011

Posted: 14 Apr 2011 07:20 AM PDT

AHMAD MASLAN TERUS BERKEMPEN DI SARAWAK

Posted: 14 Apr 2011 05:12 AM PDT

Rakyat Sarawak Takkan Lupa Pembangkang Hina Mereka Pakai Cawat

Posted: 14 Apr 2011 04:34 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 14 Apr 2011 03:27 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


72 JAM YANG MENDEBARKAN BUAT PRN SARAWAK.

Posted: 13 Apr 2011 05:55 PM PDT

Semua mata, telinga dan akal kini bertumpu di Sarawak dalam tempoh 72 jam lagi. Siapakah yang bakal menubuhkan kerajaan negeri selepas PRN Ke 10 2011. BN atau Pembangkang. Sehingga saat ini kedua-dua pihak masih meneruskan kempen dan strategi masing-masing bagi memujuk dan mempengaruhi pengundi agar memilih parti mereka bagi memastikan kemenangan. Tidak kurang hebat juga dengan calon parti bebas.

Setakat ini kedua-dua pihak masih memberikan keyakinan bahawa mereka yang terbaik. Pembangkang dilihat kali ini kekurangan isu-isu besar yang dapat diputar bagi mempengaruhi pengundi. Jadi serangan serangan banyak bertumpu kepada isu-kepimpinan dalaman PBB, Tanah NCR, peribadi calon. Apabila mereka kehabisan modal berkempen maka tomahan dan fitnah mula disebarkan. Malangnya senario politik Sarawak amat berlawanan sekali dengan strategi pembangkang.

BN saperti biasa dengan track rekodnya mahukan mandat baru bagi meneruskan pembangunan di seluruh Sarawak bagi semua suku kaum agar tidak ada yang tertinggal. Malah pembangunan yang rancak sekarang banyak beri manfaat kepada rakyat atas dasar "Rakyat Didahulukan" Segala tomahan dijawab dengan sabar dan berhemah demi menjaga perasaan etnik di Sarawak. BN yang telah lama berkongsi kuasa sentiasa mengamalkan kaedah berbincang.

PRN SARAWAK / ISU KDRM / RPK/ JAMAL / SELATAN FILIPINA.

Posted: 13 Apr 2011 05:41 PM PDT


Sarawak: misi majoriti dua pertiga BN vs perang saraf pembangkang



Sayang Sarawak sungainya sempit, Nakhoda kapal bersusah hati, Pilihanraya Sarawak semakin sengit, Pembangkang dan BN berkempen tak henti. Jika lirik lagu Sayang Sarawak boleh diubah, pasti lirik di atas sesuai dan amat menarik bagi menggambarkan suasana pilihanraya negeri ke 10 itu. Berbaki dua hari menjelang hari pengundian pada Sabtu, Barisan Nasional (BN) dan pembangkang kini sudah di tahap gear empat dalam kempen masing-masing.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-13/4/2011


Ini dia Papa Orang Utan 'pejuang kebebasan Sarawak'….


OLEH HELME HANAFI
Riuh sehari dua ini di blog, facebook dan twitter mengenai gambar panas pelbagai aksi DJ Radio Free Sarawak Peter John Jaban atau lebih dikenali dengan nama "Papa Orang Utan". Kawan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sudah lama melarikan diri dari Sarawak dan tinggal di London. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-13/4/2011


Moga Mindanao akhirnya aman macam Malaysia

OLEH YUSOF HARUN yang mengikuti lawatan Timbalan Menteri Pertahanan ke Mindanao
Bagi sekumpulan wartawan tempatan yang dibawa meninjau perkembangan di kawasan bergolak, Mindanao, selatan Filipina, laluan yang harus mereka tempuhi agak sukar dan berliku-liku.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-13/4/2011



Raja Petra nafi tuduh Najib atau Rosmah terlibat kes pembunuhan Altantuya
Pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-13/4/2011


Jamal Abdillah yang baru…
KECUALI suaranya yang masih mantap macam dulu, tapi selainnya, Jamal Abdillah bukan Jamal yang dulu. Jamal hari ini adalah orang yang mempunyai visi dan misi untuk berjaya bukan saja sebagai seorang bapa bahkan sebagai seorang lelaki yang berjaya dalam hidup.Saya ingat kata-katanya ketika bertemu dua tahun lalu. "Yang penting adalah bagaimana kita bangkit dari segala kesilapan. Saya berpegang pada kata-kata itu."KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-13/4/2011



Kalau ada sambungan video seks...aku siar juga kat blog aku

"Siot betul , Anwar yang 'sedap', aku pulak kena soal siasat," itu reaksi blogger Papagomo kepada Agendadaily selepas selesai disoal siasat buat kali kedua oleh polis berhubung penyiaran di internet klip video seks 1.47 minit yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.Papagomo disoal-siasat selama dua jam bermula jam 8.00, Selasa malam di Ibu Pejabat Polis Dearah Kapit.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-13/4/2011


Pembangkang tak boleh perangkap saya...

OLEH ROSLAN BIAN

Jika pembangkang ingat boleh gertak atau desak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud supaya segera lepaskan jawatan Ketua Menteri dan tidak bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak, lupakan sahaja acah-acah seumpama itu.Senang kata, Taib bukan anak kecil yang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP serta PAS boleh 'gigit' walaupun tempoh 30 tahun Taib jadi Ketua Menteri modal besar pembangkang dalam kempen mereka di bumi Kenyalang ketika ini.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-12/4/2011

Taib yakin BN menang dua pertiga, 72 jam lagi menjelang pengundian
Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula esok dengan anggota polis dan tentera menunaikan tanggungjawab mereka menjelang hari pengundian sebenar tiga hari lagi.Pengundi pos berjumlah 18,363 daripada 979,796 pemilih berdaftar.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-12/4/2011

'Ribut' SPRM-Kastam reda
Tak jumpa tak tahu hingga banyak syak wasangka.Bila sudah bersemuka semuanya jadi semakin jelas.Begitulah keadaannya antara pihak kastam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran operasi membenteras rasuah dan penyelewengan dalam jabatan yang penting bagi menutip hasil negara itu.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-12/4/2011



Banyak portal bantu kempen BN...

Pilihanraya Sarawak ke 10, memang jadi tumpuan banyak pihak. Malah, ada beranggapan keputusan pilihanraya negeri itu kelak mungkin jadi penanda kepada Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak untuk putuskan tarikh pilihanraya umum ke 13 pula.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-12/4/2011

BN yakin kekalkan Sarawak - PM

Posted: 13 Apr 2011 05:30 PM PDT

BN yakin kekalkan Sarawak - PM


Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Rakyat di Sadong Jaya dekat Samarahan, semalam.


SAMARAHAN 13 April - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasanya di negeri ini walaupun terpaksa mengharungi proses pilihan raya yang paling mencabar dalam sejarah politik Sarawak.
Perdana Menteri berkata, kemenangan dengan majoriti dua per tiga adalah satu bonus dan ia merupakan sasaran yang mampu dicapai parti itu melalui kerjasama erat di antara parti komponen dari Semenanjung dan negeri ini.
Katanya, BN juga mempunyai sasaran penambahan kerusi namun ia tidak perlu diumumkan kerana perkara itu bersifat dalaman.
"Saya pun tahu di mana kekuatan kita, di mana kita hadapi tentangan hebat.
"Tetapi nampaknya kalau tidak ada apa-apa perkara luar biasa berlaku, insya-Allah kita boleh kekal memerintah, menubuhkan kerajaan di Sarawak, (manakala) majoriti dua per tiga itu mampu diperolehi BN," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Sadong Jaya yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, Ir. Aidel Lariwoo di sini hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengakui DUN yang berada dalam kawasan bandar merupakan ujian berat buat BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.
Justeru katanya, jentera BN perlu bekerja dengan lebih kuat kerana ia membabitkan kawasan di mana parti itu mengalami kekalahan pada pilihan raya negeri yang lalu.
"Kita ada calon berwibawa, kalau mereka (pengundi bandar) lihat kewibawaan calon dan apa yang boleh BN lakukan, saya percaya mereka boleh pilih BN.
"Kalau sebaliknya mereka nak tunjuk protes atas apa-apa sebab, itu tak ada arahlah kita," katanya.
Mengulas lanjut, Najib berharap pengundi di kawasan bandar memberi kepercayaan kepada BN kerana parti itu boleh menjamin dan memberi pengharapan masa depan berdasarkan program transformasi membabitkan perubahan besar kepada landskap negara yang telah dimulakan.
Katanya, untuk mencapai matlamat itu, BN memerlukan sokongan yang bersifat menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat.
"Lagipun kita telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan kita anggap ini sebagai falsafah yang mana semua kaum dalam negara akan mendapat pertimbangan yang adil dan saksama," katanya.

PM ucap Selamat Hari Vaisakhi

Posted: 13 Apr 2011 05:23 PM PDT



PM ucap Selamat Hari Vaisakhi

KUALA LUMPUR 13 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia meraikan dan memahami kekayaan serta kepelbagaian tradisi dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dalam perutusan sempena sambutan tahun baru bagi masyarakat India dan sambutan Vaisakhi bagi komuniti Sikh, Perdana Menteri berkata, hanya dengan persefahaman dan kebersamaan membolehkan rakyat negara ini membina semangat empati antara satu sama lain.

"Ia merupakan semangat yang sentiasa memerlukan kita untuk saling memahami pandangan orang lain dan merupakan usaha yang besar untuk mencapai keadilan buat semua," katanya dalam blog 1Malaysia di http://www.1malaysia.com.my/ hari ini.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh masyarakat India dan selamat menyambut Vaisakhi kepada komuniti Sikh," kata beliau.

PRN SARAWAK : DAP CUTI DI PENANG DAN PERAK ?

Posted: 13 Apr 2011 05:11 PM PDT

Nga Kor Ming 'ponteng' sidang DUN pula

IPOH 13 April - Belum reda isu penampilannya yang berlainan pada majlis pembukaan Dewan Undangan Ngeri (DUN) Ke-12 semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis daripada DAP, Nga Kor Ming sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila 'ponteng' sesi Dewan hari ini.Begitu juga dengan Setiausaha Agungnya yang berada di Sarawak tinggalkan Penang.

ADUN berkenaan dikatakan 'ponteng' semata-mata mahu berkempen pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman berkata, walaupun apa jua alasan untuk berkempen termasuk mempunyai jawatan dalam parti, Kor Ming sepatutnya mengutamakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat kerana ia merupakan amanah yang diberikan kepadanya.

"Hari ini kita lihat ADUN Pantai Remis lebih pentingkan kemenangan di Sarawak berbanding kepercayaan pengundi di kawasannya. Pada saya, beliau seorang pemimpin tidak bertanggungjawab.

"Sekiranya Kor Ming memberi alasan menjalankan tanggungjawab pada parti, maka saya juga harus pergi (berkempen) kerana saya adalah Ketua Penerangan Wanita Barisan Nasional (BN)," katanya di sini hari ini.

Kor Ming mencetuskan kontroversi apabila tidak memakai pakaian istiadat dan bersongkok pada majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Keempat DUN Perak oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semalam.

Menjawab dakwaan pembangkang kononnya BN sengaja menunda sidang DUN yang sepatutnya berlangsung pada 5 April lalu kerana mahu menghalang mereka berkempen di Sarawak, Hamidah berkata, ia berpunca daripada tindakan pembangkang sendiri.

Sementara itu Speaker, Datuk R. Ganesan berkata, sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab, Kor Ming sewajarnya hadir pada persidangan hari ini bagi membahaskan isu-isu berkaitan rakyat di kawasannya.

"Sepatutnya peluang ini digunakan untuk mengupas isu-isu dalam negeri dan kawasannya tetapi dia nampaknya lebih berminat berada di Sarawak," katanya.

Ditanya sama ada tindakan akan dikenakan ke atas Kor Ming kerana perbuatannya semalam, Ganesan berkata, tiada tindakan yang akan diambil tetapi wakil rakyat DAP itu dinasihatkan supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Raja Petra dakwa "diperkuda" Anwar ?

Posted: 13 Apr 2011 05:06 PM PDT

Raja Petra dakwa "diperkuda" Anwar ?

KUALA LUMPUR 13 April – Raja Petra Kamaruddin yang malam ini muncul dalam Buletin Utama membuat pengakuan dipergunakan untuk menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri, sebelum ini dikenali sebagai penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengendali portal propembangkang, Malaysia Today berusia 60 tahun itu ialah antara individu yang terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak awal penubuhannya.

Komitmennya dalam perjuangan pembangkang khususnya Anwar menyaksikan beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu pada 2001 dan 2008.

Namun, sejak November tahun lalu, Raja Petra dilihat menjadi senjata makan tuan buat Anwar apabila mula menyerang Penasihat PKR itu dalam portal kendaliannya berhubung isu pemilihan parti.

Sebulan sebelum itu beliau sudah membayangkan perubahan pendiriannya apabila pada satu majlis di London yang turut dihadiri Anwar, Raja Petra secara terbuka mengancam untuk menghentikan sokongan terhadap pihak pembangkang.

Beliau mengubah pendirian kerana mendakwa pembangkang gagal menunaikan janji walaupun menguasai beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Raja Petra sebelum ini menjadi `buruan' apabila menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir di mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA pada 2008 sebelum itu dibebaskan apabila Mahkamah Tinggi mendapati penahanannya tidak sah.

INGATAN KEPADA PENGUNDI SARAWAK!!!!!!!!!

Posted: 13 Apr 2011 05:00 PM PDT

Rakyat Sarawak tidak sewajarnya menerima nasib sebagaimana rakyat Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Percayalah semakin banyak pengumuman kejayaan program-program transformasi kerajaan, semakin resah parti-parti pembangkang dan semakin banyaklah risalah-risalah kotor disebarkan. Khabarnya Perdana Menteri dan timbalannya akan terus berada di sini sehingga penghujung kempen. Ini bukanlah khabar menggembirakan bagi DAP dan PKR.

Slogan Jom Ubah nampak cantik dan bunyinya enak. Tetapi kesannya sangat besar kepada orang Cina Sarawak. Jika para pengundi Cina membulatkan tekad menolak calon SUPP dan memilih wakil rakyat DAP kali ini, apa yang pasti orang Cina kehilangan kesemua wakil dalam kerajaan negeri secara total.

Jika sebelum ini, SUPP menjadi suara bagi orang Cina, kali ini mereka sudah tiada apa-apa lagi.

Sekadar rekod, SUPP sebelum ini diperuntukkan jawatan Timbalan Ketua Menteri, satu menteri penuh dan empat pembantu menteri dalam Kabinet negeri.

Mengambil kira andaian SUPP tewas semua kerusi kali ini, buat pertama kali juga orang Cina terpaksa berharap kepada kaum lain untuk memperjuangkan hak mereka. Senario menjadi semakin buruk jika pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan negeri.

Seorang ahli perniagaan Cina yang enggan dikenali melontarkan pertanyaan ini:

''Bolehkah DAP menjadi wakil kepada kaum Cina sedangkan mereka tidak berada di dalam Kabinet negeri?

''Mereka hanya boleh membuat bising sahaja di dalam sidang dewan.'

Seperkara lagi orang Cina perlu menyedari DAP dan PKR adalah parti dari Semenanjung yang mempunyai agenda tersendiri. Mereka tidak ikhlas. Mereka sangat mengharapkan gelombang di Sarawak ini menjadi modal untuk terus bernafas pada pilihan raya umum akan datang.

Dengan hanya tinggal dua hari lagi sebelum hari pengundian, masih tidak terlambat bagi pengundi Cina untuk berfikir tentang masa depan mereka di negeri ini

RAJA PETRA DENIES IMPLICATING NAJIB, ROSMAH IN ALTANTUYA'S MURDER

Posted: 13 Apr 2011 04:54 PM PDT


RAJA PETRA DENIES IMPLICATING NAJIB, ROSMAH IN ALTANTUYA'S MURDER
Bernama MediaBernama – Wed, Apr 13, 2011 9:44 PM MYT

KUALA LUMPUR, April 13 (Bernama) -- Malaysia Today founder and editor, Raja

Petra Kamaruddin, has revealed that his statutory declaration (SD) linking Datuk

Seri Najib Tun Razak with the murder of Altantuya Shaariibuu was made based on

information and demand by several individuals aimed at preventing Najib from

becoming prime minister.

He said he had never accused the prime minister or his wife Datin Seri Rosmah

Mansor of being involved in the murder of the Mongolian woman and that he no

longer believed the story of these individuals.

He added that these individuals were connected to several politicians including

Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim and that they had

put pressure on him to do what he did to prevent Najib from taking over from Tun

Abdullah Ahmad Badawi who was relinquishing the post.

"I no longer accept the story. I think it''s quite impossible. It can''t be

that the prime minister''s wife would want to go to such place; it''s a jungle.

I''m imagining, climbing up the hill, going into the jungle at night, at 12

midnight, I think it''s quite impossible," he said in an exclusive interview

with TV3 Group Editor Datuk Ashraf Abdullah in Perth, Australia, recently.

The interview was aired through TV3''s primetime news, Buletin Utama, tonight. /td>

umno bahagian cheras

Posted: 14 Apr 2011 01:32 PM PDT

umno bahagian cheras


Syed Ali desak KDN tahan Anwar dibawah ISA

Posted: 13 Apr 2011 08:00 PM PDT

PENASIHAT Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kegiatan politik menghasutnya boleh menjejaskan kestabilan negara.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tindakan Anwar dan beberapa orang rakan rapatnya mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes kematian wanita Monggolia jelas merupakan fitnah berniat jahat.

"Beliau melancarkan hasutan secara terancang kononnya Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaarribbu supaya timbul kebencian rakyat kepada kerajaan," tegasnya.

Tindakan Anwar itu kata Syed Ali bertujuan memperokperandakan kestabilan negara dan meruntuhkan semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum bagi mencapai cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

"Melihat kepada aktiviti politkya yang sangat berbahaya kepada negara, kerajaan didesak supaya Anwar dikenakan tindakan ISA ," tegasnya.

Sementara itu katanya paspot antarabangsa Anwar perlu dirampas segera bagi menghalang beliau meloloskan diri ke luar negeri.

Beliau menjelaskan, kerajaan perlu tegas dalam menangani isu Anwar kerana aktivitinya selama ini banyak menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat.

Katanya, Anwar yang terlalu kempunan untuk menjadi Perdana Menteri sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita Mat Jeninnya itu.

"Di peringkat antarabangsa, Anwar berkongsi dengan rakan Yahudinya untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia. Ini perbuatan khianat yang tidak boleh dipandang ringan," tegasnya lagi.

Menurutnya lagi, kadangkala rakyat kecewa dan tertanya-tanya kenapa kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat begitu takut untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

"Diperingkat UMNO, kita juga terpaksa memberi pelbagai jawapan kepada ahli-ahli parti di akar umbi bertanyakan soalan yang sama, walaupun kita tahu mereka juga tidak berpuashati dengan penjelasan tersebut," ujarnya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengulas pendedahan terbaru pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam tadi muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Najib Tun Razak dan Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Sebaliknya Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra turut memberitahu Akuan Bersumpah (SD) yang beliau buat pada 18 Jun 2008 hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu.

Raja Petra berkata, individu-individu itu mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut pengakuan Raja Petra itu, Syed Ali berkata akhirnya kebenaran telah terbukti dakwaan pembangkang termasuk Anwar bahawa Perdana Menteri ada kaitan dengan kes pembunuhan tersebut sebagai satu pembohongan besar.

"Selama ini pembangkang sengaja merekakan cerita fitnah, melemparkan tuduhan tidak berasas dan sengaja berbohong untuk memburukkan Najib supaya reputasi dan maruah beliau sebagai Perdana Menteri akan terjejas," katanya.

"Sekarang siapa sebenarnya kaki pembohong ?, Anwar atau pun Najib, sedangkan Perdana Menteri sebelum ini sudah berulang kali bersumpah di masjid bahawa beliau tiada kaitan dan tidak mengenali Altantuya.

Syed Ali yakin, banyak lagi siri fitnah dan pembohongan membabitkan Anwar akan didedahkan oleh bekas-bekas rakan karibnya yang mula sedar selama ini mereka hanya diperalatkan untuk kepentingan politi.

Raja Petra, 60, menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah Rosmah.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 14 Apr 2011 11:16 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Raja Petra nafi tuduh Najib atau Rosmah terlibat kes pembunuhan Altantuya

Posted: 13 Apr 2011 11:49 PM PDT

Pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri. Katanya beliau sendiri tidak pernah … Continue reading

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 14 Apr 2011 10:13 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


PRN Sarawak: Janji Manis, Janji Realistik dan Politik Kaum Cina

Posted: 14 Apr 2011 05:00 AM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut