Salam Perjuangan Posted: 15 Apr 2011 11:04 PM PDT |
PAS Kawasan Miri Posted: 15 Apr 2011 07:44 PM PDT Undilah Pakatan Rakyat Untuk Kebajikan Rakyat Sarawak Posted: 14 Apr 2011 08:00 PM PDT Salam sejahtera kepada semua pengundi, Esok pada 16hb April 2011 kita semua sebagai pengundi akan diberi hak dan kebebasan untuk memilih wakil yang kita yakin dapat menjalankan amanah dengan baik. Di antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian oleh pengundi:- 1. Pilih calon yang dapat menjalankan amanah dengan jujur dan baik. 2. Pilih calon yang sentiasa perihatin dengan masalah rakyat. 3. Pilih calon yang mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dari rasuah. 4. Pilih calon yang berakhlak mulia dan tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. 5. Pilih calon yang ikhlas dan tidak suka menipu. Buat pengundi di Miri, marilah kita fikir baik-baik sebelum mengundi esok (16hb April 2011). Pilih calon anda dengan hati yang terbuka serta jangan paksa diri anda untuk memilih calon yang bukan pilihan anda dan yang nyata bersubahat dengan golongan yang zalim. Calon Senadin dari Pkr walaupun dia seorang doktor dan kaya tetapi beliau seorang yang berjiwa rakyat sanggup turun padang bersama rakyat marhean. Beliau juga yakin dengan sikap pemimpin Pas seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berakhlak mulia dan tidak mengamal rasuah dalam urusan pentabiran negeri tidak seperti apa yang berlaku di negara Sarawak. Kalau dibandingkan dengan Supp yang anti Islam contohnya yang tertulis dalam banner mereka dalam bahasa cina "kalau undi Dap makna undi Pas". Ini jelas yang mereka tidak suka pada Islam. Pas adalah parti yang berjuang Islam dan juga berjuang keadilan untuk semua bangsa tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik. Jadi janganlah pengundi Melayu Islam tertipu dengan Supp yang sebenarnya parti perkauman dan anti Islam. Bagi pengundi Islam dan Melayu walaupun Piasau dan Pujut diwakili oleh Dap yang agak perkauman di Sarawak pada mulanya kalau dibandingkan dengan Dap di semenanjung tetapi setelah Dap bersama dengan parti Islam (Pas) sifat perkauman mereka sudah agak menurun. Contoh yang jelas ketua menteri pulau pinang Lim Guan Eng banyak membantu orang melayu dan Islam di Pulau Pinang. Beliau menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola beliau.Dulu ada pemimpin Dap yang anti Islam tetapi setelah mereka bersama parti Islam Pas sikap dan pandangan mereka terhadap Islam sudah berubah sebab mereka tahu yang selama ini Umno/Bn telah memberi gambaran yang buruk terhadap Islam yang bawa oleh Pas. Sekarang setelah mereka faham Islam yang sebenar yang dibawa oleh Pas pandangan mereka terhadap Islam sudah berubah dan ada sesetengah peminpin Dap sudah mula membaca petikan dari al quran sebagai rujukan. Kita kena fikir kalau kita berkawan dengan orang yang baik-baik dan berilmu insy'Allah akhirnya kita akan jadi baik dan berilmu seperti mereka tetapi kalau kita baik tetapi bergaul dengan orang yang suka membuat kejahatan lama kelamaan kita akan terikut-ikut dengan perbuatan kejahatan mereka. Jadi tiba masanya rakyat Sarawak memilih wakil rakyat yang benar-benar jujur,amanah dan berjiwa rakyat untuk mewakili mereka serta memimpin negara Sarawak dengan lebih baik lagi dari apa yang kita alami selama ini. Jangan takut untuk memilih kerana inilah peluang yang terbaik buat rakyat Sarawak untuk memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri yang akan datang. Kita diberi hak untuk memilih lima (5) tahun sekali jadi jangan salah memilih lagi kerana kalau kita memilih semata-mata kerana diberi sedikit wang dan peruntukan yang tidak seberapa akhirnya kita akan menanggung kerugian dan kesusahan dalam kehidupan seharian kita nanti. Sekiranya mereka yang terpilih tidak dapat menjalankan amanah dengan jujur dan baik, dalam masa lima (5) tahun selepas itu kita sebagai pengundi akan menukar lagi mereka ini supaya negara kita bebas dari pemimpin rasuah dan tidak amanah. Dengan cara begini mereka yang terpilih tidak akan berani hendak membuat sesuka hati mereka terhadap amanah yang telah kita beri kepada mereka. Akhir sekali pilihlah calon anda dengan hati yang terbuka dan mohon petunjuk Allah supaya kita dapat memilih calon yang benar-benar jujur dan ikhlas dan dapat memerintah negara ini dengan lebih baik lagi untuk masa hadapan kita semua. Selamat mengundi Terima kasih kerana mengundi Pakatan Rakyat demi kebajikan rakyat. English version Greetings to all voters, Tomorrow, on 16th April 2011 we as voters will have the rights and freedom to choose our representatives and we are confident that can carry out its mandate appropriately. Among the things that need to be taken care by the voters: - 1. Choose the candidate who can carry out its mandate in an honest and good. 2. Choose the candidate who is always concerned with people's problems. 3. Choose the candidate who has had a net of corruption. 4. Select candidate noble and not involved in unhealthy activities. 5. Select candidate who are sincere and do not like cheating. For the voters in Miri, let us think carefully before voting tomorrow (16th April 2011). Choose your candidate with an open mind and do not force yourself to choose a candidate who is not a real choice and abetted by those who do wrong. Senadin candidate from PKR and he is a doctor even though he is rich, but he is a people-oriented and willing to go into the field with people to solve problem. He also believes that the attitude of PAS Spiritual leader like Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, the noble and corrupt practice is not in the business of the state administration does not like what happened in Sarawak state. When compared with the anti-Islam Supp example is written in their banner in the Chinese language "means a vote for Dap is vote for Pas." It is clear that they do not like Islam. PAS is a party that is struggling to fight for Islam and justice for all people regardless of skin color and political affiliation. The Malay-Muslim voters do not fool by Supp that are actually racism and anti-Islamic party. For Islam and Malay voters even Piasau and Pujut represented by DAP is somewhat racist in Sarawak was initially compared to the DAP in the peninsular, but after the DAP together with the Islamic party (PAS) they racism have decreased somewhat. A clear example of Penang chief minister Lim Guan Eng much more helps the Malays and Muslims in Penang. He took Caliph Umar Abdul Aziz as an idol. Before there are DAP leaders anti-Muslims but when they work together with Islamic party their attitudes and views on Islam have been changed because they knew that Umno / Bn was given a bad picture of Islam that was brought by PAS. Now that they understand the true Islam brought by the PAS and they views on Islam have changed and there are some DAP leader have started reading quotes from Al Quran as reference. We have to think that if we make friends with the good people and knowledgeable, Insy'Allah we eventually will become good and knowledgeable as they are, but if we're good, but hanging out with people like to do evil thing will eventually ending up-coming with their evil deeds. So it is time for the people of Sarawak to choose their representatives that are truly honest, trustworthy and soul of the people to represent them and lead the Sarawak state better than what we experienced over the years. Do not be afraid to vote because this is the best opportunity for the people of Sarawak to choose their representatives in the Legislative Assembly in the future. We are given the right to select five (5) years, so do not choose another one because if we choose simply because of some money and provisions given to us that will ultimately bear the loss and suffering in our lives later. If they have chosen but not carry out its mandate in an honest and good, within five (5) years after that we as voters will change them and our country will free from corruption and untrustworthy leader. This is the way to teach for those who are selected will not dare to enter at will against the trust we have bestowed on them. Finally, choose your candidate with an open mind and seek the guidance of Allah so that we can choose a right candidate who truly honest and sincere and to govern this country better for all for our future. Happy voting Thank you for voting Pakatan Rakyat for the sake of public welfare. Pas Miri | |
PAS LENGGONG Posted: 15 Apr 2011 07:35 PM PDT Posted: 15 Apr 2011 02:05 AM PDT | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING Posted: 15 Apr 2011 07:33 PM PDT Posted: 15 Apr 2011 03:47 AM PDT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN BALING KE 53 AKAN BERLANGSUNG DI DEWAN KOMPLEKS YAYASAN KUPANG MESYUARAT KALI INI MERUPAKAN PERMILIHAN YDP,TYDP,NYDP DAN AJK YANG BARU MESYUARAT TERSEBUT AKAN DIADAKAN PADA 23/4/2011 HARI SABTU JAM 8.00 PAGI PERWAKILAN SELURUH CAWANGAN MELIBATKAN SEBANYAK 150 LEBIH CAWANGAN AKAN HADIR. PERINGATAN KEPADA SENUA AJK PEMUDA KAWASAN TERLIBAT PERSIAPAN MESYUARAT TERSEBUT
| |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 15 Apr 2011 07:17 PM PDT |
Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara Posted: 15 Apr 2011 03:32 PM PDT |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 15 Apr 2011 03:27 PM PDT (18SX) SKODENG AWEK MANDI KOLAM Posted: 15 Apr 2011 07:54 AM PDT
skodeng jangan tak skodeng...wakakakakaka | MASJID CIREBON INDONESIA DI BOM WAKTU SOLAT JUMAAT TADI Posted: 15 Apr 2011 02:16 AM PDT Korban Luka Bom Cirebon Berjumlah 25 Orang Jakarta - Korban ledakan di masjid Mapolresta Cirebon ternyata tidak hanya 17 orang. Korban luka yang kini dirawat intensif di sejumlah rumah sakit terdekat itu berjumlah 25 orang. Jumlah itu bisa jadi bertambah. Dikatakan bom itu diledakkan sewaktu bilal sedang melaungkan Qamad untuk solat jumaat. "Korbannya kurang lebih sekarang teridentifikasi 25 orang," kata Kapolda Jawa Barat Irjen Pol Suparni Parto saat dihubungi detikcom, Jumat (15/4/2011). Suparni mengatakan, dari 25 orang tersebut mengalami luka ringan dan luka berat. Korban terdiri dari polisi dan warga sipil yang kebetulan salat Jumat di masjid tersebut. "Ya korbannya campur-campur. Ada polisi ada masyarakat," jelasnya. Korban pun dibawa di berbagai rumah sakit yakni Rumah Sakit Pelabuhan dan Rumah Sakit Pertamina.
... kita mendoakan agar mereka yang terkorban dimasukkan dikalangan orang-orang yang shahiid dalam melaksanakan ibadah kepada Allah... | SAPA MAU BAYAR BIL ASTRO KAMIK BULAN2? Posted: 15 Apr 2011 01:07 AM PDT [Bernama] KAPIT, 15 April : Kira-kira 2,000 unit dekoder Astro dan set televisyen akan diagihkan ke rumah-rumah panjang di pedalaman Sarawak tahun ini. Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pegawai daerah di kawasan terbabit akan mengenal pasti penerima set berkenaan. "Setiap rumah panjang akan mendapat satu unit yang akan ditempatkan di bawah jagaan tuai rumah panjang."Semua unit itu akan diagihkan selepas pilihan raya negeri," katanya selepas mengunjungi Rh. Kilau, sebuah daripada lima rumah panjang di kawasan penempatan Sungai Tunoh di pedalaman Baleh, kira-kira sehari perjalanan menaiki bot panjang dan kenderaan pacuan empat roda dari Kapit. ... dah tue bulan-bulan sapak nak bayar bil Astro kamik?.... | RAMALAN DR ABU HASSAN BUAT NAJIB GELABAH Posted: 15 Apr 2011 12:59 AM PDT Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun Sarawak. Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi. Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) – iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu. (Rajah Sarawak Election (SELECT 2011) – Prediksi Period 2: Kedudukan parti) Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%). Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%). Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%). Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%). Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini. Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini. Daripada keputusan di atas yang diramalkan, boleh dikatakan pembentukan kerajaan Sarawak adalah tergantung kerana kedua-dua parti terbesar iaitu BN dan PR gagal memperolehi undi mudah iaitu 36 kerusi. Oleh itu, kerusi yang dimenangi oleh SNAP yang kebanyakannya dari kawasan Iban dan Bidayuh dijangka menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan campuran. Sekiranya situasi ini benar-benar berlaku, hubungan renggang antara PKR dan SNAP pada hari ini bakal mengundang masalah bagi kedua-dua parti ini bekerjasama. Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan. Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis. Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini. Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan. Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini. Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan. | ARTIS PALING SEKSI PILIHAN KORG Posted: 14 Apr 2011 11:34 PM PDT aku pun tak tau le Harian Metro ni sampai tak takde keje nak buat bancian sampai mintak pembaca HM undi artis paling seksi kat Malaysia..... kalu tgk keputusan yang korg pakat undi sehingga kini....
mungkin cerita cuti-cuti cinta menyebabkan pembaca HM mengundi dia sebagai artis paling seksi setakat ini..... bangga aku jadi rakyat 1 Malaysia yg memiliki senarai artis wanita yang seksi-seksi...tue yang rais yatim suka tu... wakakakakaka... | KOMIK HINA TGNA, TGHA, DSAI, LKS DI KUCHING Posted: 14 Apr 2011 06:59 PM PDT Satu komik yang diterbitkan oleh puak-puak Be End untuk menghina Pakatan Rakyat mula diedarkan di sekitar bandar Kuching. Komik yang menampilkan karikatur bagi menghina pemimpin PR seperti Tuan Guru Nik Aziz, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Karpal Singh itu dilihat menjadikan agenda Pakatan Rakyat untuk menawan negara sebagai isi kandung utama. oppps silap bukan yg ini... ini dalam komik ana....
polis kene ambil tindakan kalu polis benar-benar polis | (PANAS) VIDEO SEKS SIRI 2!!! Posted: 14 Apr 2011 06:52 PM PDT
Terbukak le pulak blog mangkuk bermoral tinggi pagi nie…. Kata malaun tue video seks siri ke 2 akan kuar esok … tak esok lusa…. Tak esok minggu depan… tak minggu depan bulan depan…. tunggu je la …. | 300K PENGUNDI MUDA SARAWAK PENUNTU ESOK!!! Posted: 14 Apr 2011 06:33 PM PDT Angkatan Muda PKR yakin generasi muda Sarawak yang dianggarkan 300 000 orang, yang telah berdaftar sebagai pengundi, bakal menjadi penentu perubahan di Sarawak pada hari pengundian pilihan raya negeri ke-10 esok. Sarawak mempunyai lebih 970,000 pemilih yang layak mengundi pada pilihan raya negeri kali ini. Penolong Setiausaha Angkatan Muda PKR, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, generasi muda Sarawak yang berhadapan dengan pelbagai belenggu dan isu hanya akan dapat diselesaikan melalui proses demokrasi, pemilihan tampuk kepimpinan negeri. "Masalah pendidikan dan peluang pekerjaan menjadi masalah utama kepada generasi muda ini," katanya. Saifullah berkata, kemudahan asas sekolah berada dalam keadaan uzur dan tidak mencukupi untuk proses pengajaran dan pembelajaran terutama di kawasan pinggir bandar dan luar bandar di Sarawak. "Faktor ini akhirnya menyebabkan keciciran di kalangan pelajar tinggi di Sarawak," katanya beliau dalam satu kenyataan. Tambah beliau, bagi golongan muda yang ingin menyambung pengajian tinggi terpaksa merantau ke Semenanjung kerana kekurangan tempat untuk menyambung pengajian di Sarawak selain Universiti Malaysia Sarawak dan UiTM. "Masalah kedua yang menjadi isu penting kepada golongan muda di Sarawak adalah masalah pekerjaan. Seramai 200,000 direkodkan berhijrah ke Semenanjung terutama di Johor Baru, Lembah Klang dan Singapura kerana masalah pengangguran yang tinggi," kata beliau. Katanya, 200,000 orang di kalangan mereka yang terpaksa merantau keluar Sarawak ini terdiri daripada golongan muda yang sukar mendapat pekerjaan. "Kekayaan negeri akan diagihkan kepada rakyat. Hasil negeri adalah milik rakyat. Undi generasi muda seramai 300,000 orang ini kepada Pakatan Rakyat bererti undi untuk masa depan yang lebih cerah," katanya. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 15 Apr 2011 03:12 PM PDT PESANAN TOK GURU UNTUK RAKYAT SARAWAK ! Posted: 15 Apr 2011 07:02 AM PDT AMANAT TOK GURU : PILIHLAH PAS,PKR DAN DAP Jumaat, 15 April 2011 14:14 KUCHING, 15 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat negeri Sarawak agar memilih calon Pakatan Rakyat pada hari pengundian esok bagi membentuk Sarawak Baru. Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ianya kerana calon yang diwakili PAS, PKR dan DAP, adalah mereka yang ikhlas mahu membela nasib rakyat berbilang kaum di negeri ini, yang sekian lama tertindas di bawah BN. "Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR dan DAP adalah terdiri dari mereka yang layak untuk dipilih. "Ini kerana mereka semua memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua," katanya. Tambahnya, mengundi calon yang layak akan memberi kesan yang baik kepada semua pihak.Malah ujarnya lagi, memilih calon dari pihak yang baik dikira ibadat yang mulia dan sudah pasti akan mendapat restu Tuhan."Oleh itu saya berharap kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat,"katanya. | KALAU POLIS UMUM HARI INI, BN MATI ! Posted: 15 Apr 2011 01:38 AM PDT Daripada kenyataan Ketua Polis Negara kita boleh membuat kesimpulan bahawa lelaki di dalam video tersebut bukan Anwar. Ini berdasarkan maklumat berikut : Kertas siasatan hanya akan disiapkan minggu depan selepas pilihanraya Sarawak. Kalau diumumkan minggu ini dan ternyata bukan Anwar.... Rosaklah rancangan UmNo. Kesan siasatan mungkin mempengaruhi keputusan pilihanraya Sarawak...... Confirm bukan Anwar.... Confirm BN kalah di Sarawak. Seperti biasa kalau UmNo kalah dalam apa-apa juga pertandingan atau pilihanraya keputusan akan diumumkan lambat-lambat..... kalau boleh tak payah diumumkan terus. Memandangkan pilihanraya Sarawak amat penting buat UmNo terutama Najib bagi menentukan tarikh pilihanraya umum akan datang maka perkara yang paling penting bagi KETUA pOLIS nEGARA menyelamatkan kerajaan dan maruah Najib. | ADUN TAHAN NYARIS KENA UNDI TAK PERCAYA Posted: 15 Apr 2011 12:28 AM PDT Adun Tahan dikatakan masih Bertahan. Ada berita yang telah disebarkan bahawa ADUN Tahan telah dikenakan Undi Tidak Percaya dikatakan sebagai satu fitnah....... ianya bermula dari mesyuarat UMNO cawangan K Tahan,yang telah disuarakan oleh sdr Roslan @ Atan kepada rasa tidak puas hati dan marah beliau kepada Adun Tahan,namun ianya telah berakhir dengan cadangan untuk membantu menyelesaikan masalah yang telah puluhan tahun tidak selesai. Perkara ini timbul kununnya kerana salah faham dan salah maklumat sahaja ianya tidak dirancang ataupun bukan bertujuan untuk mengugut sesiapa tetapi ialah hanya luahan hati seorang saudara kepada saudaranya . ADUN Tahan telah menjelaskan bahawa kemarahan itu ujud dari rasa tak puas hati berasaskan fakta yang salah,tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan dikatakan adalah tidak benar, ADUN dikatakan telah merampas tanah rakyat di Kuala Tahan.
ADUN mencabar sesiapa yang membuat tuduhan boleh buktikan samada beliau seleweng atau tidak. Jika benar dakwaan beliau akan serahkan balik jika ada isu tanah yang diluluskan kepada PSK (PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN) seluas 700 ekar pada tahun 2006. Pada masa itu beliau mendakwa belum menjadi wakil rakyat lagi. Komen : Tak kiralah bila yang penting ADUN terkini kena pikul tanggungjawab selesaikannya.
ADUN menjelaskan bahawa beliau sedang menyusun lot lot tapak rumah untuk diagihkan kepada penduduk seluas 6000 kaki setiap lot dan berharap ianya dapat persetujuan Kerajaan Negeri. Tujuan cadangan itu dilakukan ialah kerana beliau sedar dan tahu isu di Kuala Tahan,penduduk mahukan tanah tapak rumah kerana ada dikalangan mereka bergantung dan menumpang dirumah keluarga. Asasnya ialah pihak kerajaan melalui Felcra gagal membina keseluruhan rumah Felcra tembeling tengah sebagai mana yang telah dijanjikan pada tahun 2004,lebih kurang 250 unit rumah tidak dibina oleh Felcra sedangkan Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah untuk cadangan tersebut. Kenapa rumah Felcra Tembeling Tengah sangat penting,kerana keseluruhan penduduk yang berada di Kuala Tahan ini tidak mempunyai rumah bagi golongan muda,perkara ini telah dinyatakan kepada YAB Menteri Besar semasa dialog pada tahun 2006( perkara ini telah dibangkitkan oleh Ali Asra Kepada YAB Menteri Besar Pahang) untuk menyegerakan pembinaan rumah bagi golongan muda. pihak kerajaan melalui pejabat tanah dan daerah telah meluluskan tapak cadangan perumahan seluas 25 ekar di Kampung Padang bagi tujuan pembinaan rumah murah oleh Jabatan Perumahan Negera namun hingga kini masih tiada jawapannya bilakah ianya akan dibina. Dua(2) Rancangan Tanah Kelompok kampung Kuala Tahan dan kampung Tuit telah dirancang untuk mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri setiap peserta diberikan kelulusan seluas 0.899 hektar bersamaan dengan 2 ekar setiap lot untuk penduduk kampung padang dan kuala tahan secara amnya dan DUN Tahan secara khususnya kini sedang dalam proses hampir 400 peserta untuk peluang ini. Isu penduduk Kampung Gol ialah RTK Kampung Gol,sedang dalam proses untuk kelulusan oleh pihak Kerajaan Negeri semua nama peserta yang dicadangkan oleh Ketua Kampung (Nordin bin Samad) telah diangkat untuk pengesahan MMK(Majlis Mesyuarat Kerajaan)tiada satu pun nama yang dicadangkan dipotong atau ditinggalkan. Kini beliau berdoa apa yang dirancang menjadi kenyataan,hanya dengan pertolongan dan pertimbangan terbaik daripada YAB MB Pahang dan Barisan Exco kerajaan Negeri . | MULAI HARI INI KITA LENYAPKAN BLOG KEJI ITU Posted: 14 Apr 2011 07:07 PM PDT Selain dari akhbar media BN yang kita telah pulaukan dan kita harus beri darjah kepercayaan 10% sahaja kini sampai masa kita bukan pulaukan blog-blog malah kita buang dan lenyapkan blog dari tuanpunya blogger yang jenis wakil rakyat katak lompat cara kurang ajar macam YB Zul Kulim atau Zahrain dari blog atau laman web atau facebook , twitter kita masing-masing. Blog Malaysia Today juga teman akan buang dari blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 mulai hari ini 15 April 2011.
Operasi ini juga melibatkan Blog-blog (facebook,twitter dan seumpamanya) yang menghina Ulama dan Hukum Islam serta blog yang lucah dan suka mencarut seperti sekapal dengan Parpukari.
Teman harap semua Blogger Pakatan Rakyat dan persendirian yang setuju cara ini kita berdemo cara buangkan blog yang jahat, kurang ajar, suka guna bahasa lucah (Aduka juga kena hati-hati .. sekarang dah ok skit) dan menghina Islam terutama blogger yang beragama Islam. | KERJA CIKAI NAIK PANGKAT RAKYAT PERTIKAI ! Posted: 14 Apr 2011 05:36 PM PDT Perlantikan Khalid Sebagai Timbalan IGP Dipertikai. Imej Polis Akan Terus Merudum.
PKR 'protes' Khalid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara
PKR menyifatkan keputusan Putrajaya melantik Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru adalah tidak wajar dan "satu langkah tidak bijak" jika mahu memulihkan imej PDRM. Menurut naib presidennya N. Surendran, banyak pihak akan mempersoalkan pelantikan bekas ketua polis Selangor itu kerana kegagalan beliau dalam beberapa insiden kematian dan penyalahgunaan kuasa dalam pasukan polis Selangor.
Tambah Surendran, beliau sendiri tidak yakin akan kredibiliti dan keupayaan Khalid untuk memikul tanggungjawab orang nombor dua dalam PDRM.
Selain itu, tambahnya, pelantikan Khalid itu juga dilihat satu usaha untuk mengangkat beliau menjadi ketua polis negara selepa ini.
"Saya terkejut dengan pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan keputusan itu dilihat cubaan untuk melantik beliau sebagai ketua polis negara selepas ini.
"Pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar adalah satu keputusan tidak bijak kerana ia jelas tidak akan membantu mengembalikan kepercayaan dan tidak akan meletakkan pasukan polis berada di landasan yang sepatutnya," katanya sambil menambah Putrajaya perlu mengambil kira kepentingan awam dalam membuat keputusan penting seperti itu.
Khalid, Pengarah Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam dilantik sebagai timbalan ketua polis negara menggantikan Datuk Husin Ismail yang bersara hari ini.
Tegas Surendran, dua kematian yang berlaku ketika Khalid masih memegang jawatan ketua polis Selangor adalah sebab utama mengapa beliau tidak layak untuk dilantik timbalan ketua polis negara.
"Beberapa alasan kenapa beliau tidak layak untuk menjawat jawatan itu adalah penyalahgunaan kuasa yang berlaku ketika beliau masih menjadi ketua polis Selangor, ia termasuk pembunuhan dan penganiayaan terhadap A. Kugan pada Januari 2009 dan kemudian kes tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah yang mana polis cuba untuk menutup kedua-dua insiden ini.
"Malah Datuk Khalid Abu Bakar juga tidak pernah memohon maaf atau bertanggungjawab atas dua kes kematian yang berlaku ketika memegang jawatan itu," katanya.
Malah kata beliau, jawapan yang diberikan Khalid dalam kedua-dua kes itu menguatkan lagi keyakinan beliau tidak layak untuk memegang jawatan baru itu.
"Menjadikan keadaan lebih teruk dalam kes A. Kugan Datuk Khalid Abu Bakar memberikan komen dan jawapan yang tidak munasabah mengenai cara kematiannya iaitu Kugan meminum segelas air lalu mati.
"Sedangkan keadaan yang berlaku adalah sebaliknya apabila badan A. Kugan mengalami kecederaan serius, begitu juga dalam kes Aminulrasyid apabila Datuk Khalid Abu Bakar berkata remaja itu adalah penjenayah dan cuba untuk melanggar kereta peronda polis," katanya.
Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah meninggal dunia ketika dalam tahanan polis manakala Aminulrasyid pula ditemui mati ditembak April lalu.
Tambah Surendran, keyakinan rakyat terhadap PDRM masih berada di tahap yang rendah ekoran dua insiden yang berlaku itu. "Selain itu, PDRM perlu secara keseluruhannya dirombak semula, proses merekrut polis dan kaedah latihan juga perlu dikaji.
"Suruhanjaya Bebas Menyiasat Salah Laku Polis (IPCMC) perlu diwujudkan untuk memantau penyalahgunaan kuasa polis," katanya. | |
PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33 Posted: 15 Apr 2011 01:32 PM PDT Pemuda PAS lapor SPRM isu penyelewengan STDC Posted: 14 Apr 2011 07:06 PM PDT ALOR SETAR, 14 April - Ekoran pendedahan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah berhubung 'perbelanjaan tidak berkepentingan' sebanyak RM7.5 juta Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) yang dilakukan oleh pengurusan yang lalu (di bawah Kerajaan BN), Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar hari ini mengambil tindakan melaporkannya kepada SPRM.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar yang baru, Encik Mohd Azam Awang bersama beberapa AJK Pemuda yang lain telah menyerahkan bukti-bukti berkaitan berupa dokumen bertulis dan cakera padat kepada SPRM.
"Bahan-bahan asas untuk penyiasatan telah diserahkan kepada SPRM, terserah kepada SPRM untuk menyiasat secara terperinci seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak tertentu berdasarkan apa yang telah didedahkan oleh Dato' Amiruddin dalam Sidang DUN baru-baru ini," ujar Mohd Azam ringkas selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai penyiasat SPRM.
Dalam Sidang DUN baru-baru ini, Dato' Amiruddin Hamzah mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan RM7.5 juta sebagai sumbangan, walhal ianya tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.
Laporan pihak Audit berhubung perbelanjaan tidak wajar dan bayaran yang dibuat tanpa sokongan dokumen terlalu banyak. Antaranya ialah sumbangan terhadap Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap - RM10 ribu (23.01.2007), lawatan Pemuda Umno ke Indonesia - RM10 ribu (14.03.07), lawatan Puteri Umno ke Indonesia – RM5 ribu (18.03.07), sumbangan kepada Umno Kedah – RM200 ribu (19.04.07), sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok – RM5 ribu (13.05.07), sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap – RM4 ribu (22.05.07), sumbangan kepada Umno Cawangan Padang Kerasak Naka – RM5 ribu (30.05.07) dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM26,150.00 (01.01.08).
Seterusnya ialah pemasangan billboard untum mesyuarat perwakilan Umno Padang Terap – RM10 ribu (01.01.08), sewa khemah dan meja bulat untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahgian Padang Terap – RM10 ribu (16.01.08), membekal kain tudung kepada ahli Puteri Umno – RM20 ribu (03.02.08) dan makan minum untuk mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Terap – RM21,700.00 (15.02.08).
Menteri Besar masa itu Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan wang STDC untuk menerbitkan kalendar peribadi beliau yang diberi percuma kepada rakyat dengan kos RM80 ribu (06.12.07 & 20.02.08). Banyak lagi pembayaran yang disifatkan oleh Audit sebagai 'tidak berkepentingan dan tidak berkaitan dengan aktiviti dan objektif penubuhan STDC'. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 15 Apr 2011 01:17 PM PDT Berapa Agaknya Bob Lokman Dibayar Untuk Sertai PAS? Posted: 14 Apr 2011 06:54 PM PDT 13 April 2011, Taman Ampang Indah - Ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pengerusi majlis pada malam itu, Bob Lokman dengan tenang menjawab:
" Memang saya dibayar, cuma tuntutan bayaran tersebut bukan dibuat di sini (di dunia ini), tapi di akhirat, insyaAllah... "
Sebahagian daripada dua ribu hadirin yang hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang turut memberikan ucapan pada malam itu
YB Khasim menceritakan pengalaman berkempen di Sarawak | |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 15 Apr 2011 01:17 PM PDT |
Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong Posted: 15 Apr 2011 01:08 PM PDT PRN Sarawak : DPP Puchong hantar Petugas (Siri 2) Posted: 15 Apr 2011 03:17 AM PDT Bagi hari kedua , delegasi DPP Puchong yang diketuai oleh Ketua Pemuda sendiri , turun ke setiap ceruk di DUN Sadong Jaya , untuk bertemu dengan para pengundi dan masyarakat setempat. Pelbagai rintihan masalah , kesusahan hidup diluahkan oleh penduduk setempat. Beginilah , para pemimpin BN hanya turun ke akar umbi setiap 5 tahun sekali. Sedikit cebisan gambar yang diambil , untuk merakam kan aktiviti yang terjadi sepanjang hari ini. | Keadaan rumah di dalam DUN Sadong Jaya | | Golongan pemuda berani tambil menyatakan hasrat membuat perubahan | | Anak-anak Tunas harapan bangsa yang perlu mendapat jaminan masa depan yang lebih sempurna | | Remaja pelbagai kemahiran bagi sebuah kehidupan Kesungguhan berkempen utk PAS amat mengagumkan Kempen membawa perubahan kepada masyarakat setempat Perubahan bakal merubah masa depan KP DPP Puchong menyantuni masyarakat di sekitar DUN Sadong Jaya Makcik menanam padi di halaman sendiri bagi sesuap nasi Jika benarlah sokongan telah beralih arah ..... | | |
PAS KOTA TINGGI Posted: 15 Apr 2011 01:05 PM PDT Selamat Tahun Baru Cina- Presiden PAS Posted: 03 Feb 2011 03:50 PM PST Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia. Tahun Baru Cina yang biasanya dimulakan dengan semangat kekeluargaan dengan majlis makan besar setiap anggota keluarga merupakan sesuatu yang sangat baik ke arah membina masyarakat yang sejahtera. Di tengah kemelut masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan keruntuhan moral dan jenayah yang parah, yang antaranya juga berpunca daripada keruntuhan institusi keluarga, masyarakat Cina tampil membawa budaya baik iaitu 'makan besar' yang merapatkan semangat kekeluargaan.
Kita juga berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan tekanan hidup akibat kenaikkan harga barang keperluan. Masyarakat Cina juga tidak terlepas menyambut Tahun Baru Cina dalam situasi tersebut. Keadaan ekonomi yang parah ini juga dibayangi oleh pengumuman-pengumuman manis pemerintah yang menjanjikan persekitaran ekonomi yang lebih baik, namun dalam masa yang sama keperluan rakyat terus terhimpit akibat salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku. Saya menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.
Selamat Tahun Baru Cina.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS
| |
Batu Gajah Mari Posted: 15 Apr 2011 11:39 AM PDT ZENTRUM Ramal DUN Sarawak "Tergantung' Posted: 14 Apr 2011 05:32 PM PDT Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun Sarawak. Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi. Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) – iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu. Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).
Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).
Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.
Daripada keputusan di atas yang diramalkan, boleh dikatakan pembentukan kerajaan Sarawak adalah tergantung kerana kedua-dua parti terbesar iaitu BN dan PR gagal memperolehi undi mudah iaitu 36 kerusi. Oleh itu, kerusi yang dimenangi oleh SNAP yang kebanyakannya dari kawasan Iban dan Bidayuh dijangka menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan campuran.
Sekiranya situasi ini benar-benar berlaku, hubungan renggang antara PKR dan SNAP pada hari ini bakal mengundang masalah bagi kedua-dua parti ini bekerjasama.
Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.
Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis. Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.
Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.
Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.
Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan. | |
Dupahang's Weblog Posted: 15 Apr 2011 11:12 AM PDT 178 ahli PBB beralih menyertai PAS di DUN Tanjong Datu Posted: 15 Apr 2011 05:03 AM PDT Tanjung D atu, 15 April – Seramai 178 ahli Pesaka Bumipu tera Bersatu (PBB) menyertai PAS dalam satu majlis malam tadi di Tanah Hitam, Tanjung Datu. PBB merupakan parti tunjang bagi BN Sarawak yang diketui oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Borang permohonan keahlian PAS telah diserahkan oleh Noraini Aban kepada Dr Hatta [...] | 341 ahli PBB sertai PAS di Sadong Jaya Posted: 15 Apr 2011 04:59 AM PDT SADONG JAYA, 15 April: Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS. Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi. Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan [...] | Luahan hati petugas Pas di Sarawak? Posted: 15 Apr 2011 04:53 AM PDT http://penyokongpas.wordpress.com Kecil hati kalangan penggerak PAS di seluruh Sarawak kerana TG Nik Aziz tidak membekalkan 'cukup' wang untuk kami di sini. Duit sendiri sudah banyak keluar. Janji bahawa Anwar akan memberikan dana khas kepada PAS juga tidak kedengaran. Malahan, waktu penggerak PAS menelefon Azmin Ali pun; dia hanya sebut 'nanti; nanti'. Ada yang hina kita, [...] | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 15 Apr 2011 11:12 AM PDT DUN MUARA TUANG MILIK PAS? Posted: 14 Apr 2011 06:34 PM PDT KUALA TERENGGANU - Kehadiran PAS dalam pilihanraya negeri Sarawak yang sedang berlangsung kini, diterima baik oleh pelbagai kaum samada Melayu, Iban, Dayak mahu pun Cina. Ia sekaligus menafikan dakwaan Taib Mahmud dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) bahawa parti politik dari Semenanjung ditolak oleh penduduk Sarawak. (Gambar kiri - kontingen PAS Terengganu berjaya mengadakan majlis calon bersma penduduk Iban di Kampung Merang baru dan lama) Penasihat Kontingen PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata, sehingga Khamis 14 April, pelbagai kaum terbabit memberikan kerjasama baik malah ramai yang telah memberi persetujuan untuk mengundi calon PAS. "Masyarakat Iban 70 peratus terima PAS, dalam semua rumah panjang yang di lawati di (daerah mengundi) Semarang, begitu juga (kaum) Iban yang tidak tinngal di rumah panjang 80 peratus menerima PAS,"katanya kepada Buletinonline. (Gambar kanan - muslimat Dungun bertemu masyarakat Iban di Kampung Soh) Beliau yang telah berkampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang sejak 5 April lalu turut mengesahkan kira-kira 60 peratus suku Dayak Bidayuh menolak BN. Manakala, kata Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu, masyarakat Cina paling tinggi menolak BN iaitu kira-kira 80 peratus dari jumlah keseluruhan kaum itu dan Melayu paling sedikit. (Gambar kiri - Muslimat Kuala Terengganu di Kampung Seganam, perkampungan Iban, 45 minit perjalanan dari Kota Samarahan) "80 peratus orang Cina menolak BN dan (daripada) orang Melayu (hanya) 50 peratus sahaja yang menolak BN,"jelasnya. Sehubungan itu, Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, isu yang paling menonjol adalah isu tanah. (Gambar kanan- Muslimat Kuala Nerus di pinggir sungai Samarahan menuju ke Kampung Binyu) Katanya, isu tanah dan yang berhubung kait dengannya adalah isu 'dominan' yang terdapat pada hampir keseluruhan kawasan dalam DUN Muara Tuang. "Isunya, yang paling menonjol adalah isu tanah, samada tanah adat orang Iban (tanah NCR) atau tanah untuk tempat tinggal bagi kaum-kaum lain termasuk orang-orang Melayu di Kota Samarahan, khususnya di Kampung Tanjung Bundong dan persekitaran,"ujarnya ketika dihubungi. (Gambar kiri - Ariffin, Haji Hanafiah dan Ustaz Wan Sukairi di Kampung Suruit, kampung paling jauh penempatan Iban) Menurut Ariffin, sentimen yang paling 'panas' adalah kemarahan rakyat terhadap Ketua Menteri Sarawak paling lama dan paling kaya, Taib Mahmud. Oleh itu, katanya, isu-isu sampingan lain turut menyumbang kepada 'kepanasan' cuaca pilihanraya Sarawak, termasuk isu bekalan air, jalanraya rosak dan tiada jalanraya dan kenaikan harga barang. (Gambar kanan - Ustaz Idris Ahmad bersama Haji Hassan Salleh, dan petuga muslimin Kemaman berkempen di Taman Desa Ilmu) PAS Terengganu di beri tanggungjawab melaksanakan aktiviti kempen di DUN Muara Tuang yang mengenengahkan seorang muslimat, Puan Noraini Hamzah sebagai calon. Noraini atau Kak Ani menentang calon BN Dato' Ali Mahmud yang juga adik kepada Taib Mahmud. DUN Muara Tuang adalah salah dari empat DUN dalam Parlimen Samarahan yang diwakili oleh anak Taib, Sulaiman. (Gambar kiri - Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah bersama pemuda Kemaman berkempen di Merdang Gayam) Menurut Ariffin, halangan terbesar PAS menang dalam DUN tersebut adalah undi pos dikalangan tentera yang berjumlah 3,800 orang. | |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 15 Apr 2011 09:57 AM PDT PRN Sarawak : Buat Najib & Taib terus tergolek - SNAP setuju sertai kabinet Pakatan Rakyat Posted: 14 Apr 2011 11:55 PM PDT KUCHING: Snap today announced that it was willing to join a cabinet headed by PKR's Baru Bian as chief minister if the opposition managed to kick out Barisan Nasional tomorrow.
"The notion that Baru Bian is to be the chief minister has been agreed upon by Pakatan Rakyat Sarawak. This is because Snap is a member of Pakatan Rakyat Sarawak," said its secretary-general, Edmund Stanley Jugol in a statement issued here today.
He assured that Snap strongly subscribed to the struggle of Pakatan Rakyat Sarawak. "In the event that PKR wins very few seats, and Snap captures more seats within the opposition front, Snap will offer DAP, PAS and PKR to jointly govern Sarawak," he said.
However, he lamented that PKR was spoiling the chances of Pakatan by contesting in too many seats and causing a split in the opposition votes.
"Snap only fielded candidates in 26 areas. But PKR fielded 48 candidates which reduce the chances of Pakatan Rakyat Sarawak to win in the majority of the seats they contest," he noted. Snap had previously come under fire from opposition groups over allegations that it was insincere and would switch sides after the election. | Rombongan PM Koyak Memo Rakyat Limbang Posted: 14 Apr 2011 11:52 PM PDT
LIMBANG, 15 April: Bukan sekadar memorandum mereka tidak diterima bahkan pegawai yang menyertai rombongan Perdana Menteri di Pasar Tamu Limbang petang semalam telah mengoyak memorandum itu.
Inilah nasib rakyat yang cuba mendapatkan pertolongan Perdana Menteri sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka sesuai dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"
(Gambar: Keadaan kelam kabut apabila rombongan Najib enggan membenarkan penduduk Limbang dan DAP menyerahkan memo.)
Menurut Adun Pasir Pinji, Thomas Su, penduduk di sini bersama dengan DAP telah menunggug ketibaan rombongan PM untuk menyampaikan dua memorandum iaitu "Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang" dan satu lagi adalah mengenai "Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang".
"Kami menunggu ketibaan Datuk Sri Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6 petang.
"Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP di sini Leong Kwang Yew.
"Semasa Leong Kwang Yew dan Adun Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang kedua-dua mereka secara kasar.
"Memorandum yang dipegang oleh Leong Kwang Yew telah dirampas dan dikoyak oleh rombongan Perdana Menteri, pembuatan begini seolah-olahnya telah menghancurkan hasrat rakyat Limbang yang ingin menyuarakan masalah mereka," cerita Thomas Su (gambar) dalam kenyataan medianya hari ini.
Menurut beliau, jika Perdana Menteri terus menbenarkan rombongan beliau menolak dan mengoyakkan memorandum dengan sikap begitu kasar dan kurang ajar, ini membuktikan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dicanang oleh BN dan Perdana Menteri adalah satu pembohongan sahaja!
Beliau sangat kecewa dan menyesal dengan sikap PM dan rombongannya dengan kejadian yang berlaku di Pasar Tamu Limbang petang semalam.
H/daily | Lebih 10 ribu turun ceramah. Jalan sesak 10 KM. Mengeletar rejim Taib Posted: 14 Apr 2011 11:50 PM PDT
KEMPEN fasa pertama bagi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak telah selesai 11 April lalu, dengan kempen agak tidak agresif membabitkan seluruh parti kecuali DAP yang menguasai kawasan bandar. Namun, meskipun kempen fasa pertama tidak hangat, bahang kemarahan dan perubahan yang dijana rakyat 'secara senyap' mula meluap di awal pusingan kedua kempen bermula 12 April. Himpunan-himpunan yang diaturkan Pakatan Rakyat terutama DAP, PAS dan KeADILan di kawasan Bandar Kuching, seperti di Batu Kawa pada 11 April lalu cukup mendebarkan jantung Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Kehadiran lebih 10,000 warga Sarawak dengan kesesakan lalu lintas sepanjang 10 kilometer dari Bandar Kuching menuju Batu Kawa cukup untuk menceritakan bahawa gelombang kebangkitan rakyat semakin dirasai. Kempen dan ceramah yang diadakan membabitkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di beberapa tempat, selain kempen Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak awal, dan kehadiran Lim Guan Eng membantu kempen menampakkan lagi kemarahan rakyat. Namun yang mencuri tumpuan, kehadiran Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkampung di sini selama lima hari memberikan 'signal' bahawa BN sebenarnya tertekan dengan gelombang kebangkitan rakyat Sarawak. Datangnya Najib dengan pengumuman kononnya sudah ada pelan peralihan kuasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan penggantinya sebaik selesai pilihan raya tidak meyakinkan rakyat. Telahan itu benar kerana sebaik pengumuman itu, Taib Mahmud sendiri mengesahkan ianya bukan dalam keadaan segera selepas pilihan raya, sebaliknya mengambil masa beberapa tahun selepas pilihan raya. Najib mungkin tanpa sedar, Taib Mahmud juga memiliki pelan politiknya yang tersendiri memandangkan beliau cukup lama berada di Sarawak, menjajah Bumi Kenyalang bagai 'Raja Brooks' versi Melayu-Melanau. Telahan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dalam analisis awalnya, bahawa keyakinan dan perubahan 'mood' rakyat semakin jelas kelihatan untuk menolak kerajaan BN-PBB Sarawak. Kebangkitan ini tidak terjangka oleh BN, sama ada Najib, Muhyiddin mahupun Taib Mahmud sendiri. Kemarahan rakyat yang telah terpendam lama sejak 48 tahun lalu memberikan peluang besar buat Pakatan Rakyat yang masuk dengan pasukan yang mantap menghadapi BN di Sarawak. Sementara kemelut dalaman pimpinan-pimpinan BN di Sarawak, serta pergeseran antara Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mampu diselindungkan. Sama ada kehadiran Najib lima hari berkempen di Sarawak juga membawa tanda bahawa Pengerusi BN itu sebenarnya tidak lagi yakin dengan kemampuan Taib Mahmud, mahupun Muhyiddin untuk mempertahankan Sarawak. Najib sebenarnya sedang bertarung secara dalaman dengan Muhyiddin-Taib Mahmud yang semakin menjadi 'liabiliti' kepada beliau dalam mengekalkan jawatan Perdana Menteri. Sementara, jika berjaya mengekalkan kemenangan BN di Sarawak 16 April ini, Najib akan menjadi wira yang didendangkan untuk meletakkan langkahnya setapak ke hadapan berbanding pesaingnya, Muhyiddin. Selain itu kedudukan Taib Mahmud, jika Najib berjaya dalam pelannya mungkin seperti telur di hujung tanduk memandangkan, Najib akan membuka pekung bagaimana resepinya berkempen menerajui sebarang kejayaan. Cuma Najib lupa, kemarahan dan gelombang kebangkitan rakyat tidak mampu dihalang dengan kempen lima harinya, dan dalam perubahan itu, pastinya Muhyiddin memiliki pelan tersendiri jika kempen Najib di Sarawak menemui keputusan negatif. Muhyiddin tidak akan menonjolkan dirinya selagi mana beliau berada di kerusi nombor dua, di belakang Najib untuk duduk di kerusi nombor satu dengan sebarang kemungkinan percaturan yang dibuat. Sebarang keputusan PRN Sarawak akan menjejaskan pelan politik kedua-dua (Najib-Muhyidin) tokoh ini, selain kedudukan Taib Mahmud yang semakin samar dengan pelan peralihan kuasa yang langsung tidak menampakkan keputusan penamat. Kebangkitan rakyat melalui isu tanah adat, kekayaan Taib Mahmud, kegilaan memiliki harta rakyat, dan masalah kemiskinan melampau di Sarawak boleh menghukum BN-PBB di sini. Namun, terdapat kebimbangan jika kebangkitan itu nanti disekat dengan taktik kotor BN melalui jenteranya, mahupun agensi kerajaan yang akan diperalat di saat akhir, termasuk dengan kaedah ugutan serta politik wang! Peringatan Mustafa Ali ada asasnya, bahawa kebangkitan rakyat Sarawak harus dikekalkan momentumnya, dengan jentera Pakatan Rakyat harus memperkemaskan kempen mempertahankan gelombang itu daripada luntur. Sebarang kemungkinan saat-saat akhir boleh berlaku, namun api kemarahan rakyat mungkin tidak akan terubat hanya dengan 'gula-gula' pilihan raya, kerana rakyat mulai sedar, kesungguhan BN berkempen hanya untuk terus menguasai harta dan kekayaan 'Bumi Kenyalang'. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 15 Apr 2011 09:27 AM PDT PEMBEKAL MAKLUMAT KES ALTANTUYA DIGANTUNG TUGAS Posted: 15 Apr 2011 07:05 AM PDT Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan tugas-tugas rasmi Kol Azmi Zainal Abidin digantung berikutan pendedahan penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin bahawa pegawai kanan tentera itu membekalkannya dengan maklumat berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Kol Azmi adalah orang kedua dalam unit cawangan khas ATM pada tahun 2008 sebelum dipindahkan ke cabang lain. Beliau kini bertugas di Markas Tentera Darat. Cerita penuh di SINI | BASAHKAN LIDAH DENGAN AYAT-AYAT SUCI WAHAI PETUGAS PAS Posted: 14 Apr 2011 11:38 PM PDT Berikut adalah cadangan urutan ayat-ayat Al Quran yang harus diwiridkan atau dibaca oleh para ahli PAS amnya dan petugas pondok panas atau perayu undi sempena Pilihanraya Negeri Sarawak bagi mencegah perkara-perkara yang tidak diingini atau yang boleh memudaratkan Jemaah. 1. Surah Fatihah 2. surah Albaqarah: 1-5 3. Albaqarah: 102
5.Albaqarah 255 (ayatul Qursi) 6.Albaqarah 285-286 7. Ali imran:18-19 8.Al 'A raaf: 54-56 9.Al' Araaf: 117-122Ulang sebanyak mungkin ayat yang ke 120 (bermaksud " Dan ahli-ahli sihir itu serta merta meniarapkan diri dengan bersujud" )
10.Yunus: 81-82 . Ayat 81 diulang-ulangkan sebanyak mungkin (Musa berkata apa yg kamu lakukan itu itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya.Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang2 yang mebuat kerosakan) 11.ThaaHaa: 69 Ulang-ulangkan bahagian terakhir ayat bermula "INNAMA SONA'UU........" bermaksud "Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir. Dan tidak akan menang tukang sihir itu dari mana saja ia datang" 12. Al Mu'minuun: 115 - 118 13. Ash Shaafaat (surah 37): 1- 10 14. Al Ahqaf: 29-32 15. Ar Rahman: 33- 36 16. Al Hasayr : 21- 24 17. Al Jinn: 1-9 19. Al Ikhlas 20. Al Falaq 21.An NasPos berkaitan sihir - ilmu hitam | KENAPA NAK MUSNAHKAN PORTAL SENDIRI DI SAAT BEGINI Posted: 14 Apr 2011 09:58 PM PDT Ada puak-puak yang menuduh PAS sendiri atau Pakatan Rakyat secara umumnya yang melakukan DDoS serangan ke atas portal seperti Harakahdaily, Malaysiakini dan Sarawak Report untuk tujuan menarik simpati pengundi menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak. Munasabah ke? Kenapa MykMu,UMNO on line dan Bernama sebagai contoh, tidak menghadapi sebarang masalah? Beberapa laman alternatif untuk melayari Harakahdaily dan PAS menjelang pilihan raya Sarawak ini telah disediakan jika serangan tersebut berterusan. Untuk Harakahdaily:- 1. harakahdaily.net 2. myharakah.net 3. harakah.net.my
Bagi laman PAS:- 1. pas.org.my 2. parti-pas.org 3. parti-islam.org If what the hosting companies say is true, then big money is behind all these cyber-attacks. If WordPress, one the world's biggest hosting sites was nearly brought down, then the people behind these attacks are afraid, and desperate. With much to lose, BN and the people affiliated to it are prepared to silence Sarawak Report and Malaysiakini, so that the people of Sarawak are prevented from seeking, receiving and sharing vital information that can help them decide on their representatives and government. How amusing that APCO, which must be orchestrating these attacks, has become one of the largest and most well organised hacker in the world . MORE on BN's cyber-attacks designed to 'rig' the Sarawak polls | |
Pemuda Guchil Posted: 15 Apr 2011 09:14 AM PDT |
mtdchenderoh Posted: 15 Apr 2011 07:50 AM PDT |
i n t a n h i j a u Posted: 15 Apr 2011 07:33 AM PDT 28 KERUSI PANAS JADI TUMPUAN DI PRN SARAWAK... Posted: 15 Apr 2011 02:56 AM PDT Daripada 71 kerusi yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, BN dijangka memenangi 43 kerusi, manakala 28 lagi merupakan kerusi panas, dengan Pakatan mendahului di 19 kerusi dan sembilan lagi 50-50. Ia diasaskan kepada maklumat dalaman Umno, yang merupakan parti utama menunjangi jentera kempen BN dalam pilihan raya negeri Sarawak. Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 24 kerusi untuk menafikan BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN). Daripada 19 kerusi 'hitam', 15 kerusi ditandingi SUPP - lima di Kuching, empat di Sibu, tiga di Miri, dua di Sarikei, dan masing-masing satu di Sri Aman dan Bintulu. SUPP diramal akan kehilangan kesemua 13 kerusi yang ditandinginya berdepan dengan calon DAP - Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah (semua di Kuching), Repok, Meradong (kedua-dua di Sarikei), Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan (semua di Sibu), Kidurong (Bintulu), Piasau and Pujut (kedua-dua di Miri). Manakala PKR pula dijangka memenangi lima kerusi. Antaranya ialah dua kerusi majoriti Cina - Batu Lintang (Kuching) dan Senadin (Miri). Tiga kerusi lagi ialah Ba'Kelalan - kerusi majoriti Orang Ulu - sementara Lingga and Saribas merupakan kerusi majoriti Melayu-Melanau. Keseluruhannya, DAP dijangka memenangi 13 kerusi, PKR (lima kerusi) manakala PAS boleh mencatatkan kejayaan memenangi kerusi pertamanya di Sarawak - Beting Maro. Manakala SNAP pula tidak dijangka memenangi sebarang kerusi di 27 DUN yang ditandinginya. SUPP mungkin kalah di 18 daripada 19 kerusiDengan tinggal satu hari lagi sebelum hari pengundian Sabtu ini, terdapat sembilan kerusi 'kelabu' yang dianggap 50-50. Simanggang dan Bengoh ditandingi oleh SUPP, dan kedua-duanya mungkin masing-masing dimenangi oleh DAP dan PKR. Oleh yang demikian, SUPP mungkin mengalami nasib yang sama menimpa Gerakan di Pulau Pinang. Ia boleh kalah 18 daripada 19 kerusi yang ditandinginya, kecuali di DUN Opar yang merupakan kerusi majoriti Bidayuh. Semua orang kuat parti itu, termasuk bos SUPP, Tan Sri Dr George Chan dan ketua SUPP, Wong Soon Koh, mungkin kecundang. Sementara itu, PBB pula mungkin kehilangan tiga kerusi (Tarat, Nangka dan Bukit Kota), manakala partu komponen yang lain - SPDP - boleh hilang tiga kerusi (Ba'Kelalan, Tasik Biru dan Batu Danu) dan PRS pula mungkin kehilangan satu kerusi (Belaga). (malaysiakini) | KONSERT BN GAGAL SAINGI CERAMAH PR Posted: 15 Apr 2011 01:40 AM PDT BN menganjurkan acara terbesarnya semalam, dengan mengadakan konsert terbuka di Pusat Komersil 101 di Jalan Tun Jugah, yang menjadi lokasi beberapa pusat penjaja yang mampu menampung ratusan pengunjung setiap malam. Iklan dalam sebuah akhbar menjanjikan cabutan bertuah, yang kemudian merupakan set TV dan persembahan hiburan oleh penyanyi terkenal dari Semenanjung. Penceramahnya ialah barisan calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk Pending, Kota Sentosa, Padungan, Batu Lintang and Batu Kawah, berucap bersama dengan pemimpin BN dari semenanjung. Bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor merupakan penceramah pertama, dan seperti biasa, menghentam PKR, tetapi dalam nada yang lebih lembut kerana mungkin beliau tidak biasa dengan hadirin dari kalangan masyarakat Cina. Ezam menggesa mereka supaya menolak bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan ramai pengasas PKR telah pun meninggalkan parti itu. "Nombor pendaftaran parti saya ialah 007. James Bond," kata Ezam berseloroh, " Dan saya telah meninggalkan parti itu. Satu-satunya yang tinggal (antara pengasas PKR) ialah 001 - Dr Wan Azizah (Wan Ismail)". Manakala ketua Pemuda SUPP, Sih Hua Tong - calon BN bagi kerusi Batu Lintang, pula dalam ucapannya menghentam DAP kerana memutarbelitkan sebutan nama SUPP - seperti yang dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina - sebagai parti orang utan. Ia kerana sebutan SUPP dalam bahasa Cina hampir sama dengan sebutan perkataan orang utan.Bagaimanapun, agak sukar untuk mengukur sama ada hadirin turut berkongsi sentimennya walaupun Sih bertanya sama ada mereka juga marah dengan gelaran seumpama itu. Tindak balas hadirin agak lemah, berbanding dengan di perhimpunan Pakatan, tetapi apa yang jelas ialah calon SUPP bagi kerusi Pending - pakar kardiologi, Dr Sim Kui Hian, mempunyai penyokong yang ramai. Sejumlah hadirin kelihatan beredar selepas ucapan Sim, yang dianggap salah seorang calon terkuat, yang dibariskan oleh BN dan satu-satunya calon yang dianggap mempunyai peluang untuk menumbangkan penyandang kerusi itu dari DAP. Kira-kira 2 km di Taman BDC, suasananya begitu berbeza sekali, dengan orang ramai berhimpit-himpit seperti 'tin sadin' untuk mendengar ceramah anjuran DAP di tempat letak kereta pusat perniagaan kecil di situ. Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penceramah utama yang berjaya mempersonakan para hadirin sebaik sahaja memulakan ucapannya. (malaysiakini) | |
Dewan Pemuda PAS Tawau Posted: 15 Apr 2011 07:31 AM PDT Posted: 14 Apr 2011 05:42 PM PDT | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 15 Apr 2011 03:26 AM PDT PERASMIAN MESYUARAT AGUNG DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN MARANG Posted: 14 Apr 2011 05:43 AM PDT 8 April – Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang kali ke 27 telah berlangsung di Dewan Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Kedai Buluh dengan dihadiri oleh lebih 300 orang perwakilan dan pemerhati.
Tuan Haji Mohamad Sabu di apit oleh YB Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Muhammad Khalil
Majlis perasmian Mesyuarat Agung telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad bin Sabu yang bercakap mengenai tahap-tahap penerimaan ummat Islam terhadap amalan-amalan Islam dalam kehidupan harian setelah Khilafah Othmaniyyah dihapuskan dan agama Islam diselewengkan oleh pemimpin ummat Islam sendiri. Pada awalnya ummat Islam menuntut pemakaian hijab yang menutup aurat dibenarkan di instituisi-instituisi pengajian tinggi dan pejabat-pejabat kerajaan, seterusnya apabila kefahaman Islam meningkat, ummat Islam mendesak agar aspek halal haram dalam makanan disahkan status halalnya, seterusnya tuntutan agar keperluan ekonomi yang menjauhi riba diperkenalkan.
Tuan Haji Yahaya Ali, YDP PAS Kawasan Marang sedang meneliti buku laporan mesyuarat agung, disebelah beliau ialah Ustaz Wan Zuki
Masyarakat Islam sentiasa mahu Islam dikembangkan perlaksanaannya dalam bidang-idang lain termasuklah dalam bidang politik dan pentadbiran negara, dan semua ini adalah hasil daripada dakwah dan perjuangan PAS dan kumpulan-kumpulan Islam yang tidak mengenal erti jemu dan lelah. PAS dalam era tahaluf siyasi, mencapai tahap baru dalam medan dakwah iaitu berdakwah dan berurusan dengan non muslim yang ingin menyertai PAS dan parti-parti bukan Islam yang ingin memahami Islam dengan lebih tepat daripada fahaman Islam yang sengaja disempitkan oleh kerajaan Barisan Nasional. Yang di Pertua PAS Kawasan Marang, Tuan Haji Yahaya Ali turut memberikan ucapan setelah ucapan Ketua Pemuda Kawasan, Ustaz Wan Zuki Wan Ismail, turut hadir sebagai wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ialah YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah. Mesyuarat Agung telah melantik Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, 11 orang ahli jawatankuasa yang baru dan dua orang pemeriksa kira-kira, di mana Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi telah dipilih secara rasmi sebagai ketua pemuda Pas Kawasan Marang yang baru.
YDP PAS Kawasan Marang memberikan ucapan.
Perwakilan daripada DUN Bukit Payong mengemukakan persoalan.
Tuan Haji Mohamad Sabu menerima sedikit cenderahati daripada Ketua Pemuda.
Perwakilan daripada DUN Bukit Payong mengemukakan persoalan.
Abang Ismail turut mengemukakan beberapa persoalan.
Sebahagian perwakilan yang hadir.
Suasana di luar dewan sebelum majlis bermula.
Perwakilan dan pemerhati serius mengikuti mesyuarat.
Bersedia untuk menyanyikan lagu PAS.
Perwakilan daripada Jerung Surau berada di barisan hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, saudara Yasin mengumumkan keputusan pemilihan.
| |
DPP Padang Besar Posted: 15 Apr 2011 03:02 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 15 Apr 2011 01:26 AM PDT Ramlah Malukan Ahli Akademik - Idris Posted: 15 Apr 2011 01:08 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 15 April: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Datuk Dr Ramlah Adam, dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjatuhkan taraf ahli akademik.
Beliau melahirkan kesal dengan kenyataan Ramlah yang memberi amaran kepada belia supaya jangan menukar kerajaan yang sedia ada.
Ramlah (gambar) berpesan supaya tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.
Kenyataan ini dinyatakan ketika beliau berucap di forum Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media di UiTM, Shah Alam.
Kenyataan ini, kata Idris yang juga bekas pensyarah UiTM, tidak layak keluar daripada seorang pensyarah Pentadbiran Awam yang mengajar pelajar-pelajar mengenai polisi pentadbiran awam dan sistem demokrasi yang membenarkan rakyat membuat pilihan setiap kali pilihanraya.
"Apakah beliau buta sejarah demokrasi negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang bertukar kerajaan dan pemerintahan tetapi terus maju? Apakah kerajaan selain daripada BN bukan sejenis manusia?
"Apakah beliau tidak mengetahui Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumpaskan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun semenjak penubuhannya pada tahun 1955.
"Apakah Dr Ramlah Adam membayangkan United Kingdom sekarang sudah kembali kepada zaman batu sejak Parti Konservatif mengalahkan Parti Buruh pada 6 Mei 2010?
"Apakah beliau seorang yang buta maklumat mengenai pencapaian negeri-negeri Pakatan Rakyat, walaupun baru berusia tiga tahun berbanding dengan BN memerintah selama 54 tahun.
"Janganlah kerana tebalnya Umno dalam lubuk hatiinya sehingga sudah tidak nampak kebenaran.." kata Idris (gambar) dalam kenyataannya.
PAS juga, katanya, menasihat kepada Dr Ramlah Adam jangan menjatuhkan taraf seorang ahli akademik.
"Jikalau bercakap begitu lebih baik jadi Ketua Wanita Umno Cawangan Seksyen 2 Shah Alam sahaja, bukan seorang ahli akademik. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya.
H/daily | Polis Siasat Insiden Tembakan Libatkan Calon BN Posted: 15 Apr 2011 12:51 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
DENGAN apa yang ada di Sarawak sekarang Pakatan Rakyat memerlukan satu bilion saja lagi menjadikan bumi Kenyalang itu sebagai negeri maju.
Tetapi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengira perbelanjaan sebesar itu kecil. Ia memerlukan berbilion-bilion bagi merialisasikannya.
Perkara yang pertama yang perlu diperhatikan oleh rakyat Sarawak ialah peruntukan yang secukupnya yang seminima mungkin yang diperlukan bagi menjadikan Sarawak negeri maju.
Peruntukan itu mestilah sesuai dengan pelan kemajuan yang dirancang.
Jika rakyat Sarawak menjadi penal meluluskan tender suatu bangunan atau projek atau hendak membeli sesuatu jentera, yang menjadi pertimbangannya ialah siapakah yang boleh menawarkan harga yang paling murah?
Dan apabila kerajaan hendak melelong hartanya, yang diperhatikannya ialah pembida yang dapat menawarkan harga paling tinggi.
Rakyat Sarawak seluruhnya bersetuju bahawa sesiapa yang hendak mentadbir Sarawak mestilah bersedia menjadikan Sarawak negeri yang maju. Seboleh-bolehnya kalau tidak melebihi Selangor, biarlah ia tidak kurang dari Selangor.
Pakatan Rakyat telah memberikan jawapan. Ia boleh menjadikannya negeri maju dengan peruntukan yang sederhana yang dianggarkan satu bilion. Kalau ia tidak cukup tambahan diperlukan tetapi tidak sampai sekali ganda. Tetapi tidak mustahil dengan perbelanjaan dan pelan berhemah, peruntukan satu bilion boleh dikurangkan.
Bagaimana pun Barisan Nasional mengikut Muhyiddin tidak sanggup memenuhinya dengan peruntukan sebesar itu. Ia mahu lebih besar. Lebih besar itu bukan sekadar sekali ganda dari yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat, bahkan berkali-kali ganda.
Bagi Muhyiddin dengan peruntukan besar yang disediakan, pun kerajaan BN terasa payah bagi menyiapkannya, maka apa lagilah jika peruntukan yang dikira kecil seperti yang disanggupi oleh Pakatan Rakyat.
Muhyiddin yang bercakap begitu mungkin kerana pengalamannya yang lama sebagai Menteri Besar Johor, sebagai menteri di beberapa kementerian dan terakhirnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tetapi di belakang Pakatan Rakyat yang membuat peruntukan sekadar satu bilion itu adalah juga orang berpengalaman iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bukan sekadar pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum Muhyiddin, tetapi lebih dari itu dia penah menjadi Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Dr. Mahathir.
Bukan sekali dua dia membentangkan belanjawan negara, bahkan berkali-kali. Bukan sekadar peruntukan yang diperlukan Sarawak pernah dicadangkannya bahkan peruntukan bagi negara yang lebih besar.
Dia adalah menteri kewangan ketika Selangor merancang dan bersedia menjadi negeri maju. Tahulah dia apa yang diperlukan oleh Selangor dan apa yang boleh diberikan bagi menjadi negeri maju itu.
Dia menjadi menteri kewangan dalam sebuah negara tidak tahu berjimat, rasuah yang menjadi-jadi di sekelilingnya. Dan semua tahu dia diberi tanggungjawab sebagai pengerusi kabinet bagi anti penyelewengan. Maka tentulah dia tahu semua penyelewengan yang berlaku.
Dia dikeluarkan dari kerajaan dan Umno bukan kerana ada masalah dan kelemahan urusan ekonomi dan kewangan, tetapi kerana dia tidak berapa senonok dengan perjalanan Perwaja, perancangan Bakun dan lain-lain projek mega.
Mahathir tidak sebut dia dipecat kerana sebab ekonomi tetapi atas alasan kononnya tidak bermoral.
Semua tahu semasa dia dalam kerajaan, dia adalah orang yang sangat anti rasuah dan penyelewengan. Dia tahu ke mana banyaknya belanja yang digunakan oleh kerajaan dalam setiap peruntukan. Semua tahu bahawa sebahagian besar dari peruntukan setiap projek pergi kepada rasuah dan pembaziran.
Apabila Pakatan Rakyat mencadangkan angaran satu bilion bagi menjadi Sarawak negeri maju, maka ia tidak termasuk rasuah, pembaziran, penyelewengan peruntukan dan sebagainya.
Ada pun peruntukan belasan dan puluhan bilion yang diperlukan Muhyiddin bagi perancangan kemajuan yang sama termasuklah belanja rasuah dalam berbagai-bagai cara dan penggunaan duit ikut suka hati.
Dan siapa yang tidak tahu bahawa kerajaan BN yang berkuasa tahun 1955 bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan?
Satu bilion yang Pakatan perlukan, bukan saja bersih rasuah dan penyelewengan, tetapi ia dibelanjakan secara berjimat, behemat dan cermat.
M/kini | Akta Pilihanrayaraya dilanggar, Ambiga dihalang ke Sarawak Posted: 15 Apr 2011 12:19 AM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KOTA SAMARAHAN, 15 April: Pilihan Raya Negeri Sarawak yang sedang melalui hari terakhir tempoh kempen hari ini terus dicemari unsur-unsur salah guna kuasa dan pelanggaran akta pilihan raya, seperti yang berlaku setiap kali pilihan raya umum dan kecil sebelum ini.
Ketua Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) Sarawak,Wan Zain Mahdzar juga tidak menolak kemungkinan gejala pembelian undi oleh pihak tertentu berlaku pada saat-saat akhir sebelum hari membuang undi esok.
"Seperti biasa, pelanggaran akta pilihan raya berlaku dalam semua parti yang bertanding, dan melihat kepada perkembangan semasa, tidak mustahil pihak-pihak tertentu membeli undi untuk memenangi kerusi mereka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Manakala itu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan telah dihalang dari memasuki Sarawak hari ini.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu tiba bersama kapalterbang di Lapangan Terbang Kuching jam 9 pagi tadi namun dimaklumkan tidak boleh memasuki Sarawak atas arahan pejabat Ketua Menteri Sarawak.
Bersih 2.0 adalah badan bebas yang memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bebas di negara ini.
Sebelum ini beberapa orang peguam termasuk Sivarasa Rasiah juga dihalang dari memasuki negeri itu.
Polis ramai di rumah panjang
Sementara itu Wan Zain Mahdzar juga berkata, daripada pemantauan yang dilakukan bermula hari penamaan calon, Mafrel mengesan kehadiran polis yang ramai di kawasan-kawasan tertentu terutamanya di kawasan rumah panjang menimbulkan ketakutan di kalangan mereka dan tidak berani mengundi parti selain daripada kerajaan.
"Mafrel dapati ramai polis ditempatkan di kawasan rumah panjang dan ini sudah tentu untuk memastikan mereka berpihak kepada kerajaan," katanya.
Selain itu, Mafrel juga mendapati terdapat senarai pengundi yang tidak logik di beberapa kawasan apabila terdapat pengundi yang berumur lebih daripada 100 tahun.
"Ada beberapa kawasan yang mempunyai pengundi berumur lebih 100 tahun. Ini sangat mencurigakan dan ada tanda-tanda kehadiran pengundi hantu," katanya.
Sehubungan itu beliau menyeru pihak-pihak tertentu agar menghadapi pilihan raya secara bersih kerana unsur-unsur penipuan tidak akan memberi faedah kepada sistem demokrasi di negara ini.
"Harap pihak yang merasakan mereka berkuasa meninggalkan amalan penipuan kerana merugikan semua pihak," katanya.
Pulang mengundi
Selain itu, beliau turut menggesa rakyat negeri ini yang tinggal di Semenanjung agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
"Terdapat lebih 200,000 penduduk Sarawak yang tinggal di luar negeri. Jadi diharapkan mereka dapat balik mengundi.
"Mungkin berlaku masalah kepada mereka yang tidak menempah tiket penerbangan awal tapi kalau boleh cubalah sedaya upaya agar dapat mengundi," katanya.
Mafrel katanya akan membentangkan laporan pemantauan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk diteliti dan diambil tindakan bagi memulihkan proses pilihan raya yang semakin tercemar.
Seramai 40 anggota Mafrel negeri itu ditugaskan untuk menjaga hampir setiap kawasan termasuk Miri, Sibu, Kuching dan Sri Aman.
H/daily | Rombongan PM Koyak Memo Rakyat Limbang Posted: 14 Apr 2011 10:16 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
LIMBANG, 15 April: Bukan sekadar memorandum mereka tidak diterima bahkan pegawai yang menyertai rombongan Perdana Menteri di Pasar Tamu Limbang petang semalam telah mengoyak memorandum itu.
Inilah nasib rakyat yang cuba mendapatkan pertolongan Perdana Menteri sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka sesuai dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"
(Gambar: Keadaan kelam kabut apabila rombongan Najib enggan membenarkan penduduk Limbang dan DAP menyerahkan memo.)
Menurut Adun Pasir Pinji, Thomas Su, penduduk di sini bersama dengan DAP telah menunggug ketibaan rombongan PM untuk menyampaikan dua memorandum iaitu "Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang" dan satu lagi adalah mengenai "Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang".
"Kami menunggu ketibaan Datuk Sri Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6 petang.
"Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP di sini Leong Kwang Yew.
"Semasa Leong Kwang Yew dan Adun Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang kedua-dua mereka secara kasar.
"Memorandum yang dipegang oleh Leong Kwang Yew telah dirampas dan dikoyak oleh rombongan Perdana Menteri, pembuatan begini seolah-olahnya telah menghancurkan hasrat rakyat Limbang yang ingin menyuarakan masalah mereka," cerita Thomas Su (gambar) dalam kenyataan medianya hari ini.
Menurut beliau, jika Perdana Menteri terus menbenarkan rombongan beliau menolak dan mengoyakkan memorandum dengan sikap begitu kasar dan kurang ajar, ini membuktikan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dicanang oleh BN dan Perdana Menteri adalah satu pembohongan sahaja!
Beliau sangat kecewa dan menyesal dengan sikap PM dan rombongannya dengan kejadian yang berlaku di Pasar Tamu Limbang petang semalam.
H/daily | Semangat Federalisme akan jamin hak rakyat Sarawak. Posted: 14 Apr 2011 10:15 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Oleh: Hafizi Pauzi
IPOH, 14 April : Ketua Penerangan Pas Perak, Drs Khalil Idham Lim menempelak kenyataan DS Najib yang menyatakan bahawa rakyat Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dengan mengatakan "jangan biarkan ia berlalu pergi" sambil disifatkan ucapan DS Najib hanya sekadar omong kosong sahaja.
"Masa silam Sarawak telah pun suram selama 30 tahun BN memerintah negeri itu, jadi saya ingin ingatkan seluruh rakyat Sarawak supaya jangan termakan dan terpedaya dengan janji-janji manis BN," katanya ketika ditemui di sini.
Menurut beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, PR menjanjikan status Sarawak sama taraf seperti negeri di semenanjung jika Sarawak diterajui oleh Pakatan Rakyat.
"Saya menjamin hak rakyat Sarawak akan terus terbela dengan semangat federalisme yang diamalkan dinegara kita, walaupun dibawah kerajaan PR, rakyat Sarawak mesti diberikan bantuan oleh kerajaan pusat"
Kerana itu kata Khalil tidak timbul kerajaan negeri mesti sama dengan Kerajaan Pusat seperti juga yg dikatakan Najib sebelum ini.
"Di semenanjung semangat federalisme masih berlaku kepada negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Oleh itu rakyat Sarawak perlu ambil peluang keemasan ini pada 16 April nanti tanpa ada rasa takut dan ragu," jelasnya.
Menjawab persoalan Sarawak akan mundur bila ditadbir oleh Pakatan Rakyat, YB Khalil yang juga Adun Titi Serong menjelaskan bahawa alasan itu adalah untuk menutup kelemahan BN selama ini.
"Lakukan perubahan dan saya jamin hak anda sebagai rakyat Sarawak akan terbela " katanya. | Sarawak Baru: Pilih calon PAS, PKR atau DAP Posted: 14 Apr 2011 09:33 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUCHING, 15 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat negeri Sarawak agar memilih calon Pakatan Rakyat pada hari pengundian esok bagi membentuk Sarawak Baru.
Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ianya kerana calon yang diwakili PAS, PKR dan DAP, adalah mereka yang ikhlas mahu membela nasib rakyat berbilang kaum di negeri ini, yang sekian lama tertindas di bawah BN.
"Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR dan DAP adalah terdiri dari mereka yang layak untuk dipilih.
"Ini kerana mereka semua memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua," katanya.
Tambahnya, mengundi calon yang layak akan memberi kesan yang baik kepada semua pihak.
Malah ujarnya lagi, memilih calon dari pihak yang baik dikira ibadat yang mulia dan sudah pasti akan mendapat restu Tuhan.
"Oleh itu saya berharap kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat,"katanya.
Ayuh berubah, tolak BN
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat menggunakan peluang mengundi esok untuk menghentikan segala penindasan kerajaan BN terhadap mereka.
Katanya, Setelah lebih 42 tahun dipersiakan kerajaan BN, kini sudah tiba masanya bagi rakyat Sarawak melakukan perubahan.
"Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekian lama.
"Marilah kita berubah dengan menolak BN dalam pilihan raya ini," katanya.
Tambahnya, jika PAS diberi peluang mewakili rakyat di beberapa Dun yang ditandingi, parti itu akan mempamerkan keadilan Islam untuk kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.
Esok, rakyat negeri Sarawak akan menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi memilih kerajaan negeri yang baru.
Banyak pihak menjangkakan akan berlaku perubahan besar dalam landskap politik Sarawak pada pilihan raya kali ini.
Bagaimanapun, keputusan hanya akan diketahui malam esok dan hari ini semua parti-parti yang bertanding sedang giat menjalankan kempen hari terakhir.
H/daily | Rakyat Masih Terabai di Bawah BN Posted: 14 Apr 2011 07:30 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SEBUYAU, 15 April: Walaupun Sarawak mempunyai hasil bumi yang banyak seperti minyak dan balak, namun rakyat masih merasa terabai di bawah kerajaan BN sejak lebih 30 tahun lalu.
Pembangunan yang dicanangkan hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja terutama di bandar utama dan tidak menggambarkan keseluruhan negeri yang terbesar di Malaysia ini.
Justeru, penduduk yang berada di kampung-kampung jauh dari bandar tidak menikmati kehidupan yang selari dengan kekayaan negeri dan pembangunan yang dilaungkan oleh pemimpin negeri.
Zaimah Zaini, 32, dari Kampung Seruyuk mengakui bahawa tiada pembangunan di kawasan luar bandar.
Baginya, kehidupan rakyat di luar bandar dan pedalaman dipinggirkan oleh kerajaan negeri.
Katanya, selain tidak banyak kemudahan yang dinikmati oleh mereka, masalah yang dihadapi sejak dahulu termasuk perhubungan, bantuan dan sebagainya masih tidak dapat diselesaikan.
Bagi Sanin Ali, 32, kerajaan masih tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang sewajarnya kepada rakyat terutama di kalangan golongan muda.
Menurutnya, bukan sahaja pemimpin peringkat negeri yang tidak mengambil berat masalah tersebut tetapi juga melibatkan pemimpin di kampung.
Mengenai kekayaan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, calon PAS di Dun ini, Haji Adam Ahid menganggap penduduk di kawasan luar bandar tidak menghiraukan perkara itu kerana tidak mendapat maklumat.
Ini, katanya kerana maklumat itu hanya diperolehi oleh penduduk di kawasan bandar sahaja.
Namun begitu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri yakin rakyat akan membuat perubahan pada pilihan raya negeri yang akan berlangsung 16 April ini.
"Saya yakin dalam pilihan raya kali ini, rakyat di sini boleh berubah seperti yang berlaku di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
"Saya yakin perubahan akan berlaku. Rakyat Sarawak tidak mustahil boleh menukar kerajaan, insya Allah," ujarnya.
H/daily | 341 ahli PBB sertai PAS Posted: 14 Apr 2011 07:15 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SADONG JAYA, 15 April: Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS.
Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.
Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh ketua penaja cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi.
Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.
Ketika ditemui pada majlis itu, beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa.
Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat.
H/daily | Hiburan Alternatif PAS Dapat Sambutan Posted: 14 Apr 2011 07:01 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
MUARA TUANG, 15 April: Pendekatan yang diambil oleh PAS untuk mendekati masyarakat melalui hiburan alternatif ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk di Dun ini.
Konsert Mini Bersama Mua'dz yang diadakan di kawasan berhampiran pangkalan feri Kota Samarahan petang semalam dan Kampung Sungai Bandong malam tadi mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat.
Walaupun tiada pentas yang sempurna, namun masyarakat tempatan yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa tetap setia mengikuti persembahan Mua'dz dan Hafiedz Algebra yang ternyata menghiburkan mereka.
Celoteh bersahaja mereka berdua mencuit perasaan hadirin yang diselit dengan lawak jenaka spontan menambahkan keceriaan majlis berkenaan.
Lagu-lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan yang dialunkan oleh Mua'dz dan paluan berbagai jenis gendang oleh Hafiedz yang dikenali dengan panggilan Master Gendang mengundang reaksi spontan daripada hadirin.
Selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian, penduduk juga diajukan soalan-soalan pengetahuan am dan diberikan hadiah bagi mereka yang berani tampil ke hadapan dan menjawab soalan.
Ternyata program PAS yang berteraskan prinsip dakwah seperti itu mampu mendedahkan masyarakat setempat bahawa parti itu mengizinkan hiburan yang tidak melalaikan.
Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma turut dibuka kepada mereka yang ingin memeriksa tahap kesihatan masing-masing dan dikendalikan oleh tiga doktor daripada Papisma Perak.
Ada juga penduduk yang menyokong BN kelihatan berminat untuk hadir ke program tersebut namun kerana tidak berani, mereka hanya memerhati dan mendengar dari jauh.
Calon PAS di Dun ini, Noraini Hamzah turut bersama-sama dalam program ini dan beramah mesra dengan penduduk.
Menurut Pengarah HalWa Perak yang bertugas di Dun ini, Amizan Baharudin selain memperkenalkan PAS kepada masyarakat, mereka juga harus diperkenalkan dengan hiburan yang dapat membawa mereka mengenali dan mencintai Islam.
"Petugas Semenanjung yang datang ke sini juga bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada mereka.
"Kami melihat masyarakat terutamanya golongan muda sukakan hiburan. Jadi kami gunakan pendekatan hiburan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.
"Walaupun sekejap, tapi kami yakin usaha ini akan memberikan kesan positif kerana mereka dapat melihat bahawa Islam tidak menghalang kita untuk berhibur asalkan tidak melalaikan," katanya.
H/daily | Harakahdaily diserang DDoS: Laman Alternatif Posted: 14 Apr 2011 06:47 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 15 April: Dua hari menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Harakahdaily diserang siber, DDoS (Distributed Denial of Service) oleh pihak-pihak tertentu malam tadi selepas Sarawak Report dan Malaysiakini terkena serangan yang sama.
"Jam 10 malam tadi, rangkaian pembekal khidmat DNS kami telah mengalami serangan DDoS (Distributed Denial of Service), lantas menyebabkan capaian ke atas laman-laman HarakahDaily dan PAS telah terjejas," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.
Sehubungan itu, pasukan teknikal masih bertungkus lumus menangani serangan ini dan berjaya mengurangkan kerosakannya dengan Harakahdaily masih boleh hidup hingga kini.
Bagi menghadapi serangan ini, Pasukan Teknikal IT telah menyediakan beberapa laman alternatif untuk melawat Harakahdaily dan PAS menjelang pilihan raya Sarawak ini jika serangan ini berterusan.
Untuk Harakahdaily:- 1. harakahdaily.net 2. myharakah.net 3. harakah.net.my
Bagi laman PAS:- 1. pas.org.my 2. parti-pas.org 3. parti-islam.org
"Segala kesulitan amat dikesali. Kami sedang mengambil langkah seterusnya untuk menangani masalah ini," kata kenyataaan Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.
Sebelum ini Sarawak Report yang banyak mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak khasnya Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, telah diserang dan terpaksa berpindah ke laman sementara.
Laman Malaysiakini juga turut diserang sehingga lumpuh samasekali. Namun kini kedua-dua laman ini sudah kembali pulih.
Yang dikesali tidak ada sebarang kenyataan dari pihak kerajaan mengenainya. Yang melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku hanyalah kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sebelum ini Dun Selangor telah meluluskan Akta Kebebasan Maklumat yang memberi jaminan kepada semua pihak untuk bebas mendapatkan maklumat dari negeri itu.
H/daily
| BN Sarawak 'serang' Rakan Semenanjung Posted: 14 Apr 2011 06:01 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SIBU, 15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak.
Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu.
Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan.
Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi.
Pengundian pilihan raya negeri ke-10 ini akan berlangsung esok.
DAP terlibat dalam perang 'minda' dengan SUPP, parti domuniasi CIna dalam BN Sarawak yang menekankan soal masa depan perwakilan Cina dalam kerajaan negeri. Pemimpin-pemimpin kedua-dua parti mengeluarkan kenyataan harian menyasarkan pengundi Cina.
Dalam ucapan ceramah yang terbaru, Naib Presiden SUPP Datuk Tiong Thai King memberi amaran kehilangan majoriti dua pertiga BN Sarawak akan membuka pintu kepada kemasukan Umno di negeri terbesar itu.
Parti dominan BN itu tidak popular di kalangan bukan Melayu, malah di kalangan Melayu Sarawak.
Tiong juga memberitahu penyokongnya bahawa jika SUPP gagal menerima sokongan kali ini daripada masyarakat Cina, parti-parti seperti MCA dan Gerakan akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan itu.
"Dalam keadaan SUPP hilang kerusi tetapi komponen-komponen BN yang lain menang, bagaimana kepentingan kaum Cina akan diwakili?" kata beliau.
"Jika itu keadaannya, maka MCA dan Gerakan perlu datang," kata Tiong yang bertanding mempertahankan kerusi Dudong, yang ucapannya dibawa oleh akhbar harian United Daily News.
"Jika BN hilang majoriti dua pertiga di Sarawak, maka Umno akan datang," kata Tiong.
Memainkan sentimen wilayah, antara negeri itu hanya harus diperintah oleh parti-parti Sarawak adalah taktik lama yang digunakan dalam pilihan raya negeri sebelum ini.
Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata, kelihatan iklan-iklan BN dalam akhbar-akhbar bahasa Cina di negeri membawa mesej "Undi BN, Jauhi Orang Luar Dari Sarawak".
Liew, yang membantu kempen DAP di kawasan Sibu berkata mesej itu nampaknya digunakan untuk merujuk kepada parti-parti PR.
"Ia maksud yang mendalam bahawa Sarawak hanya harus diperintah oleh parti komponen BN tempatan," kata Liew mengulas kenyataan Tiong.
Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng turut mengecam dengan mendakwa Umno sudah puna hadir dengan semangat Sarawak sebagaimana disaksikan dalam banyak dasar-dasarnya yang ia gubal.
"Dari segi spiritual, Umno sudah pun mengawal PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan SUPP. Tiada sesiapa pun dalam PBB atau SUPP berani bertindak menentang Umno," kata Wong lagi.
Begitu juga Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha yang memberi amaran agar komuniti Cina tidak mengabaikan BN kerana kekurangan perwakilan dalam kerajaan negeri akan menjejaskan kepentingan komuniti itu sendiri.
Kong berkata komuniti itu menikmati lebih banyak keistimewaan di Sarawak berbanding rakan-rakan mereka di Semenanjung. Ini dapat dilihat dalam jawatan-jawatan kemasyarakatan seperti penghulu, pemancar dan kapitan.
"Mereka perlu faham bahawa jika mereka memutuskan untuk tidak memberi undi kepada perwakilan mereka, parti-parti lain dalam perikatan mungkin akan menggunakan (kesempatan itu) untuk mengatasi SUPP sebagai alasan mengubah setiap perkara," kata Kong.
SUPP bertembung dengan DAP di 15 kerusi yang majoritinya pengundi Cina.
Kehadiran dalam jumlah ramai pada perhimpunan ceramah DAP dan peningkatan aliran derma menyebabkan sesetengah pihak meramalkan ia akan menang di kesemua 15 kerusi ditandinginya.
Wong yakin bahawa rekod prestasi DAP yang memperjuangkan kepentingan semua kaum akan terbukti dengan sendirinya meskipun ada yang memainkan dakwaan politik perkauman.
"Kaum Iban tahu bahawa saya bercakap mengenai hak tanah mereka di Dewan Undangan Negeri. Mesej DAP merentasi semua kaum," katanya.
Persaingan sengit di 15 kerusi dipercayai turut membawa kepada kerja-kerja menabur wang dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan undi, kata DAP.
"Jika dahulu setiap undi dibeli dengan RM100, sekarang ia meningkat kepada minimum RM300. Di Bukit Assek RM300, di Bawang Assan RM500. Di Meradong RM1,000," kata Wong.
Pengundi-pengundi didatangi ejen-ejen yang menawarkan RM100 hingga RM300 bergantung pada kerusi, secara spontan dan baki dibayar kemudian.
Sebaik sahaja undi dibuang, pengundi perlu menunjukkan bukti foto yang diambil menggunakan kamea telefon mudah alih untuk mendapatkan baki bayaran selepas hari pengundian.
Baki bayaran hanya akan dibayar jika BN menang, kata Wong. Ini untuk memberi insentif kepada pengundi untuk mendapatkan seramai pengundi yang boleh untuk menyokong BN.
M/insider | 10 Artis Akan Ikut Jejak Bob Lokman Posted: 14 Apr 2011 05:08 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.
Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.
Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.
Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.
Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.
"Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
"Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.
Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa.
Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah.
"Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian," katanya.
Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah.
(Gambar: Sebahagian kakitangan Harakah yang mendengar ucapan Bob Lokman)
Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit.
Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya.
"Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah.
"Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang.
H/daily
| Tragedi Subuh Posted: 14 Apr 2011 04:27 PM PDT 11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
BESUT – Usaha lima bakal jururawat untuk lari daripada gangguan lelaki misteri yang menceroboh asrama mereka dengan bersiar-siar di Kuala Terengganu berakhir dengan kecelakaan apabila tiga daripada lima gadis itu maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak semalam.
Kejadian ngeri pukul 6 pagi di Kampung Gerai dekat sini itu menyebabkan pemandu kereta, Nordiana Mohd. Nor, 22, dari Kota Tinggi, Johor; Zur Iras Zakaria, 19 dan Nurul Shahidah Abdul Jaabar, 19, masing-masing dari Kuala Terengganu, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian.
Dua lagi rakan mereka, Bazillah Abdullah, 19 dan Nur Adilah Mohd. Ghazali, 19, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian akibat cedera parah.
Difahamkan, sebelum kejadian, kesemua pelajar tahun dua kursus kejururawatan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Bachok, Kelantan itu dalam perjalanan pulang ke Asrama Muiz Dalam Rhu di Pasir Puteh.
Jarak antara asrama mereka dengan Kuala Terengganu kira-kira 135 kilometer.
Kesemua rakan karib itu dikatakan telah meminjam kereta rakan mereka pada pukul 9 malam kelmarin untuk bersiar-siar.
Sementara itu, seorang rakan mangsa, Nik Sharmila Nik Amram, 21, memberitahu, kesemua mangsa pergi ke Kuala Terengganu bagi menghilangkan tekanan selepas diganggu lelaki misteri di asrama. | 24 perkara yang mesti ditinggalkan . Posted: 14 Apr 2011 04:23 AM PDT Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan hambaNYA juga
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T. 2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan) 6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan. 7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan. 8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya. 11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa. 12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim. 14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati. 17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita. 18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T. 19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin. 22- Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNYA. 24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.
| Zentrum ramal BN Sarawak akan jatuh Posted: 14 Apr 2011 04:12 AM PDT 10 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Harakahdaily KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.
Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.
Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu. (Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti) Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).
Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).
Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%). Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.
Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.
Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.
Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis. (Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum) Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini. Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.
Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.
Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan. | Forum Bahaya Fitnah Posted: 14 Apr 2011 03:21 AM PDT 10 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 April: Tiga tokoh agama, Datuk Hasyim Yahya (mantan Mufti WP) , Datuk Syeikh Abdul Halim Kader (YDP PUM) dan Ustaz Abdul Ghani Samsuddin akan bergabung tenaga bagi membincangkan isu bahaya fitnah Ahad ini.
Mereka akan menjadi penal dalam perhimpunan Saf Anti Fitnah di Masjid Bukit Indah, Taman Bukit Indah, Ampang (bukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, seperti berita dalam Harakah).
Majlis yang akan berlangsung 17 April ini akan dipengerusi oleh Cikgu Azmi Hamid (Teras)
Forum bertajuk Bicara ulama bahaya fitnah dan implikasi kepada maruah ummah ini akan berlangsung mulai jam 10.30 pagi manakala sebelum itu akan diadakan solat hajat.
H/daily | Najib ugut pengundi kononnya Sarawak akan mundur PR perintah Posted: 14 Apr 2011 12:03 AM PDT 10 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hari ini bahawa Sarawak tidak akan mencapai pembangunan yang terancang sekiranya PR mentadbir negeri itu selepas pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.
Dakwaanya kalau kerajaan Pusat diketuai oleh BN, kerajaan negeri (Sarawak) juga kena ditadbir BN. Najib juga berkata Perdana Menteri dan Ketua Menteri juga daripada BN yang didakwanya transformasi Sarawak pasti akan berlaku kerana itu katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia di Satok, semalam.
Saya melihat ini merupakan janji berupa ugutan dengan memperbodohkan pengundi serawak dengan maksud sekiranya Sarawak diperintah oleh PR tidak ada pembangunan yang lancar kerana pusat masih dikuasai oleh BN.
Ucapan itu bermaksud Najib mengugut kalau rakyat menyokong PR dan jadi kerajaan ianya tidak akan dibantu.
Kalau begitu saya ingin bertanya kepada Najib apakah Sarawak sudah berpisah dari Malaysia sekiranya rakyat memilih PR. Bukankah ini pilihanraya memilih Kerajaan baru bukannya pilihanraya untuk berpisah dengan Malaysia.
Saya mengecam ucapan berbentuk ugutan tersebut dan membuktikan bahawa Najib dan BN sudah kehabisan modal kempen untuk memenangkan calon BN.
Tidak cukup dari itu Najib yang juga Pengerusi BN turut membidas janji Pakatan Rakyat yang menamakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'Kelalan, Baru Bian yang juga Pengerusi Keadilan Sarawak sebagai Ketua Menteri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya negeri.
Lucunya Najib mendakwa keputusan meletakkan seseorang yang tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri bakal memberi kesan buruk kepada rakyat Sarawak. Sedangkan semua sudah tahu siapapun tidak ada pengalaman di Sarawak menjadi Ketua menteri melainkan Taib Mahmud.
"Kalau letak Baru Bian, dari mana nak dapatkan sumbangan nak majukan Sarawak. Orang yang tak ada pengalaman tiba-tiba nak nak letak sebagai Ketua Menteri, logik atau tidak? Tak logik." kata Najib.
Jelas Najib dab BN sudah terdesak dalam suasana akhir kempen yang melihat rakyat mahu berubah dan menafikan majoriti 2/3 BN di DUN Sarawak.
Drs. Khalil Idham Lim. ADUN Titi Serong. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan