Pakatan Rakyat |
Posted: 22 Mar 2011 03:31 PM PDT | Ahmad Bashah 'terlondeh' di kubu sendiri Posted: 22 Mar 2011 05:33 AM PDT
| Jangan ganggu demokrasi di kampus Posted: 22 Mar 2011 05:30 AM PDT
| Pakatan selesai bahagi kerusi p'raya Sarawak Posted: 22 Mar 2011 05:29 AM PDT
| Pegawai SPRM menangis dalam prosiding suruhanjaya Posted: 22 Mar 2011 05:21 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Seorang Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menitiskan air mata dalam perbicaraan suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock. Prosiding diberhentikan kira-kira 15 minit bagi memberi peluang Mohd Anuar Ismail menenangkan diri sebelum menyambung semula keterangannya. Mohd Anuar beremosi sedemikian selepas ditanya berkali-kali berkaitan tindakannya selepas melihat mayat Teoh dan perasaannya selepas itu. Beliau yang ditanya anggota Suruhanjaya iaitu Pakar Perunding Psikiatri Forensik Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom mengapa beliau menangis memberitahu ia kerana tekanan diterimanya dan SPRM hingga memberi impak yang besar. "Kes ini yang kita buat ini (suruhanjaya) berkaitan dengan saksi SPRM, kami teruk kena, yang teruk adalah saya sebagai pegawai penyiasat, paling teruk SPRM, kami (SPRM) dalam keadaan sukar, kerja kami teruk hinggakan panggil saksipun orang tak nak datang. "Ia beri kesan kepada SPRM," katanya yang dipanggil sebagai saksi ke-23 dalam prosiding berkenaan. Sebelum itu, Mohd Anuar berkata dia amat terkejut apabila melihat mayat Teoh di tingkat lima koridor Plaza Masalam dan beliau diarah ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk berjumpa dengan Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim (ketika itu) bersama Pemangku Penolong Pesuruhjaya SPRM Hairul Ilham Hamzah. "Saya amat terkejut (lihat mayat Teoh). Dia saksi yang bersama dengan saya yang masih hidup sebelum itu dan hari ini (16 Julai 2009), dia dalam keadaan begitu (telah mati). Saya terkejut bagaimana keadaan dia begitu," katanya. Katanya, dalam perjalanan ke Putrajaya beliau sempat melahirkan kebimbangannya kerana Teoh adalah saksi mereka dan berita menerusi akhbar sejak dua minggu sebelum kejadian telah menyiarkan gambarnya bersama Teoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah. "Kami (beliau dan Hairul Ilham) menjangkakan kemarahan keluarga, rakan sekerja dan kawannya akan ditujukan kepada saya dan SPRM," katanya. Ditanya adakah beliau bertanggungjawap di atas kematian Teoh, Mohd Anuar berkata:" Tidak, kerana saya telah melakukan tugas sebaik mungkin dan sama ada saya salah atau tidak saya serah pada panel (suruhanjaya). Kebimbangan saya adalah kerana gambar saya keluar dalam akhbar. Orang mesti akan cari saya." Dalam perjalanan ke Putrajaya itu, Mohd Anuar telah singgah ke rumah selama lima minit untuk menemui isterinya dan memberitahu tentang kematian Teoh dan kebimbangannya. Katanya perjumpaan itu hanya untuk meluahkan perasaan bimbang dan bukannya kerana rasa bersalah lagipun beliau ingin memberitahu supaya isterinya berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan anak-anak. "Saya singgah lima minit untuk luah perasaan saya. Ada juga beberapa perkara penting saya beritahu iaitu ada mayat saksi di tingkat bawah. Isteri juga ada maklumkan pada saya petang itu (16 Julai 2009) bahawa ada beberapa kereta berada di luar rumah dan saya suruh dia pindah ke tempat lain," katanya. Mengenai soalan Mohamed Hatta adakah beliau hanya bimbangkan tentang keselamatan diri, organisasi (SPRM) dan keluarga sahaja tanpa bersimpati terhadap Teoh, Mohd Anuar berkata:"Saya bersimpati pada keluarga dia tetapi itu di luar kawalan." Mohamed Hatta: "Kamu ada berasa tak kecuaian kamu sebabkan kejadian?." Mohamed Hatta: "Dalam dua tahun ini (lepas kematian Teoh), kamu ada rasa bersalah?" Mohd Anuar:"Tidak bersalah tetapi terkilan." Mohamed Hatta:"Selalunya jika terkilan, jika diulang balik peristiwa malam itu, mungkin ada pada perasaan untuk cegah perkara ini.?" Mohd Anuar:"Ada." Mohamed Hatta:"Bagaimana kamu nak cegah?." Mohd Anuar:"Jika dia hendak berehat, kami akan berehat bersama dia.Jika dia hendak balik kami akan hantar dia ke pintu, tak boleh biar macam tu sahaja." Ekoran kejadian yang berlaku, Mohd Anuar memberitahu Suruhanjaya supaya pegawai SPRM diberi latihan yang mencukupi dan bukannya enam bulan sahaja. Seboleh-bolehnya dilatih oleh pihak dari luar negara bagi menambahbaik sistem SPRM. Katanya keselamatan pejabat juga diutamakan dengan memasang jeriji pada tingkap, kedudukan pejabat bukan di bangunan yang tinggi serta ruang rehat yang mencukupi untuk pegawai bertugas. Pada awal prosiding Mohd Anuar berkata bahawa pegawai bawahannya ada memberitahu bahawa Teoh mahu berehat di pejabat selepas merakam percakapan dan Teoh dibiarkan bergerak bebas di dalam pejabat. Mengenai kemungkinan Teoh menceroboh dan menganas di dalam pejabat SPRM selepas di soal siasat, Mohd Anuar berkata Teoh tidak akan berkelakuan sedemikian kerana melihat kepada perwatakan, Teoh adalah seorang yang berjiwa lembut. Suruhanjaya ini dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan selain Mohamed Hatta ia turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.Selventhiranathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh. Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu. Prosiding disambung esok. | Polis siasat kes video seks ikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan Posted: 22 Mar 2011 05:19 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan polis diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi. "...apa yang saya boleh katakan polis akan menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini. Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini pagi ini berhubung video yang dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam. Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan pembabitannya dalam video lucah itu. Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks. Kumpulan itu yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang berkenaan dan isterinya dalam masa seminggu ini. Sementara itu, Ismail memberi amaran kepada pihak yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang, agar tidak melanggar peraturan sehingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini. Katanya pada masa yang sama, penyokong parti-parti politik yang terbabit dalam pilihan raya itu nanti, perlu bersikap matang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan. Beliau berkata, polis bersiap sedia untuk berkhidmat sepanjang pilihan raya itu dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan. "Semua pihak termasuk penyokong parti politik diingatkan untuk mematuhi undang-undang serta prosedur yang ditetapkan dan tunjukkan moral yang tinggi," katanya. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian untuk pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10, esok. | Harga getah turun hingga 48 peratus Posted: 22 Mar 2011 04:23 AM PDT
| Royalti Minyak : Mahkamah Benar Kerajaan Jadi Defendan Kedua Posted: 22 Mar 2011 04:15 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kerajaan Persekutuan untuk menjadi pencelah dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd atau Petronas bagi membayar tunggakan royalti minyak dan gas negara sejumlah RM800 juta setahun sejak 2005. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof kemudiannya menetapkan tarikh 31 Mac ini untuk membawa kembali kes ini ke bahagian komersial. Putrajaya sebelum ini memfailkan permohonan mahu campur tangan dengan dibenarkan menjadi defendan kedua dalam kes royalti minyak yang dibawa oleh kerajaan negeri Kelantan. Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, pentadbiran Najib seolah-olah mahu "membantu" Petronas agar tidak "keseorangan" menghadapi kes itu. Kerajaan negeri Kelantan sebagai plantif telah memfailkan saman ke atas Petronas pada 30 Ogos tahun lalu kerana telah melanggar kontrak yang ditandatangani bersama dengan kerajaan negeri. Kerajaan negeri diwakili oleh peguam Tommy Thomas. Antara relif yang dituntut adalah satu penjelasan diambil atau satu siasatan diperintahkan yang menghendaki Petronas untuk membuat pendedahan penuh dan benar berhubung semua fakta berkaitan dengan bayaran-bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan. Ia juga termasuk tempoh dari mana petroleum telah dikeluarkan, didapati atau diperoleh di luar pantai Kelantan, kawasan-kawasan atau blok-blok dari mana petroleum telah didapati dan diperoleh, serta jumlah bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan. Selain itu, tuntutan ini juga memohon satu perintah supaya semua bayaran tunai pada masa hadapan hendaklah dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan oleh Petronas bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan seperti mana Perjanjian Petroleum Kelantan. Turut dituntut lima relif yang lain, termasuk relif ganti rugi dan kos. Saman pemula itu tidak menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan daripada Petronas. Dalam kenyataan tuntutan, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri berkenaan. Mengikut klausa kedua perjanjian, bayaran tunai itu hendaklah dibayar dua kali dalam setahun, pada atau sebelum 1 Mac, atau sebelum 1 September. Menurut Klausa 3 pula, pembayaran tersebut hendaklah terus dibayar selama mana petroleum diperoleh dari negeri berkenaan dan tidak perlu membayar sekiranya petroleum tidak lagi diperoleh. Dalam kenyataan tuntutan itu, kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa hak milik sumber petroleum dan hak-hak keistimewaan untuk mencari gali bukan satu pemberian kepada Petronas tanpa sebarang balasan ataupun pampasan. | SPRM Jangan Tuduh Sembarangan, Dakwa Di Mahkamah Kalau Ada Bukti Posted: 22 Mar 2011 04:13 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinasihati agar tidak menuduh sembarangan wakil rakyat Parti Tindakan Demokrat (DAP) mendapat wang sogokan sekiranya tiada bukti kukuh mensabitkan kesalahan tersebut. Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dalam satu sidang media di parlimen hari ini turut menegaskan Ketua Unit Penyiasat SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah telah memberikan kenyataan fitnah terhadap DAP dalam kenyataannya kepada Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian Teoh Beng Hock semalam mendakwa DAP menerima sebahagian daripada bayaran untuk projek pembangunan kerajaan Selangor. Berita mengenainya dilaporkan dalam portal berita The Malaysian Insider semalam. Kata beliau, kenyataan Hairul bertujuan menipu, tidak berasas serta satu tindakan yang jelas mahu memesongkan tumpuan rakyat dan media jauh dari perjalanan penyiasatan yang sedang dijalankan oleh suruhanjaya diraja tersebut. "Sekiranya SPRM mempunyai bukti kukuh, mereka patut meneruskan dengan pendakwaan di mahkamah, bukannya mengeluarkan kenyataan bertujuan mengaibkan. Saya gesa SPRM untuk mengambil tindakan disiplin terhadap para pegawainya yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggunngjawab bertujuan mencemarkan nama baik parti," tegas beliau lagi. Tambah beliau, SPRM juga perlu berhenti mereka penipuan dan menjelaskan bagaimana siasatan yang bermotifkan politik dan pendakwaan terpilih terhadap wakil rakyat Selangor sehingga mengakibatkan kematian seorang individu yang tidak bersalah. "Sejak berdekad, DAP telah mempertahankan konsep kerajaan yang bersih dan telus serta mengecam korupsi yang semakin menjadi-jadi dan ketiadaan ketelusan dalam pemerintahan BN. Ini membuktikan, pendirian DAP amat jelas bahawa DAP tidak akan bertolak-ansur dengan apa-apa penyelewengan walaupun dari kalangan sendiri," kata beliau lagi. | Hadi Gesa Umat Islam Tolak Dakyah Songsang Dan Fitnah Posted: 22 Mar 2011 04:09 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh umat Islam supaya menolak dakyah songsang dan fitnah pihak tertentu untuk terus mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ujarnya, hal-hal yang tidak sahih dalam Islam akan mendatangkan fitnah seterusnya menjatuhkan maruah individu berkenaan seperti pendedahan video lucah yang berlaku semalam. " Mengikut ajaran Islam sebarang tuduhan bersubahat, tuduhan yang melibatkan maruah dan moral ditolak sekiranya adanya kekeliruan. Kekeliruan ini boleh berlaku sekiranya laporan itu tidak diperincikan dengan cara yang sebenar,"kata Hadi selepas mesyuarat di pejabat ketua pembangkang di bangunan Parlimen. " Dengan sebab itu Isam mewajibkan 4 orang saksi yang adil yang bermaruah, yang keduanya perlu diteliti jurugambar dia siapa jurukamera, alat rakaman itu bagaimana alat rosak ke alat macam mana, pelakon yang sebenar penerbit dia,"tambahnya lagi. Ujarnya, pendedahan video lucah kepada awam adalah perbuatan yang tidak bermoral dan boleh merosakkan akidah masyarakat. " Masih dalam keadaan yang keliru yang boleh merosakkan masyarakat, ia juga boleh mendidik masyarakat dengan cara yang tidak bermoral dan bermaruah,"katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam tidak mudah terpedaya dengan fitnah seumpama itu. Sambil menolak amalan politik kotor yang dilakukan untuk menjatuhkan karier politik ketua pembangkang itu, Hadi berkata, rakaman video yang hanya dihebahkan kepada media tertentu sahaja tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang. Hadi juga turut mempersoalkan mengapa tayangan video itu dibuat ketika DUN Sarawak dibubarkan. "Oleh kerana itu kita mahu supaya amalan seperti ini hendaklah dihentikan apa lagi kita mahu pilihanraya yang termoden mestilah bersih daripada amalan-amalan yang karut yang merosakkan imej bukan sahaja orang Islam termasuk rakyat negara ini dari segi pandangan seluruh dunia," katanya. | P'raya Sarawak : Jangan Terpesong Dengan Video Seks Fitnah Posted: 22 Mar 2011 04:02 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Sarawak menolak cubaan Putrajaya menggunakan video fitnah seks terhadapnya untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada keperluan menamatkan pemerintahan rasuah Barisan Nasional. Anwar turut menggesa Suruhanjaya Pilihanraya untuk memastikan pilihanraya yang telus dan adil khususnya undi pos dengan tempoh berkempen sekurang-kurangnya tiga minggu. SPR akan bermesyuarat esok untuk menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi untuk 71 kerusi Dewan Undangan Negeri setelah DUN Sarawak dibubarkan semalam. Anwar berkata parti komponen Pakatan Rakyat dan rakan pembangkang SNAP akan memutuskan pengagihan kerusi dalam beberapa hari untuk memberikan saingan hebat kepada Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. | Pua mahu saman Zahid tuduhan ditangkap di Singapura Posted: 22 Mar 2011 04:01 AM PDT Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara hari ini membuat keputusan untuk menyaman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seminggu selepas Menteri Pertahanan itu menuduh beliau pernah ditangkap di Singapura. "Kemudian beliau (Zahid) boleh membawa bukti yang mengatakan saya telah ditangkap," kata Setiausaha Publisiti DAP itu. Beliau berkata telah memberikan tempoh 24 jam kepada Zahid yang juga Naib Presiden Umno untuk memohon maaf selepas mendakwa Pua ditangkap di Singapura, Jumaat lalu. "Bagaimanapun, tiga hari selepas itu saya belum mendengar apa-apa daripada beliau," kata Pua (gambar). Zahid sebelum ini memberitahu wartawan bahawa Pua pernah ditangkap di Singapura serta pernah didakwa di mahkamah sebelum dilepaskan. Menteri itu juga berkata wakil rakyat DAP itu dibebaskan kerana mempunyai "hubungan baik" dengan "sebuah pejabat" tertentu yang mana sebelum ini Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa Pua adalah ejen Singapura. | Anwar dakwa Najib, Hishammuddin terlibat dedah rakaman video seks Posted: 22 Mar 2011 03:53 AM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein terlibat dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.Anwar membuat pendirian tegas ini sehari selepas penafian Perdana Menteri bahawa polis dan Kementerian Dalam Negeri terlibat dalam merakamkan insiden itu. "Tindakan mempertontonkan tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Najib dan Menteri Dalam Negeri. Lebih-lebih lagi ia dilakukan secara rasmi di sebuah hotel berprestij, di mana editor-editor kanan dijemput. "Adakah ia mungkin?" soal Anwar selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini. Terdahulu Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam. Rakaman itu yang dikatakan menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita telah dipertontonkan kepada media semalam. Malah petang semalam, Anwar telah pun menafikan lelaki dalam video tersebut adalah beliau. Rakaman video aksi seks itu ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam. Anwar tiba di ibu pejabat polis Dang Wangi pukul 10.35 pagi dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluar pada 12.05 tengah hari. Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media, Anwar sekali lagi menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu. "Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karektar dan reputasi saya dan keluarga saya," kata Anwar dalam laporan polis. Laporan polis dibuat berikutan kenyataan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki rakaman video seks hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks dan kemudahan SPA. Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Datuk T berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya dalam masa seminggu ini. Ketua Umum PKR itu berkata beliau ada bukti untuk menyokong dakwaannya bahawa Najib dan Hishammudin terlibat. "Individu-individu ini telah melakukan bermacam jenayah - fitnah, menakut-nakuktan dan menonton video lucah di umum. "Bukti saya adalah pembabitan peringkat tinggi, itu sebabnya mengapa tiada tindakan diambil oleh polis? "Macam mana bahan lucah boleh ditayangkan di umum? (Nampaknya) ada perlindungan polis," kata Anwar. Malah Ketua Pembangkang itu berkata reaksi segera Najib, Presiden Umno, yang menafikan pembabitan polis adalah sesuatu yang ganjil. Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini hari ini berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan diri beliau, yang kemunculannya didedahkan semalam. Rakaman itu didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kononnya Anwar, mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dipertontonkan kepada media semalam. Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau. Sementara itu, laporan Bernama memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis akan menyiasat kes itu sebagaimana prosedur biasa apabila sesuatu laporan polis dibuat. "Pegawai polis Kuala Lumpur sendirilah yang akan menyiasat jadi apa juga laporan polis kita terima kita akan anggap ia sebagai salah satu proses siasatan biasa," katanya ketika ditanya sama ada laporan oleh Anwar itu akan disiasat oleh Bukit Aman atau pun kontinjen Kuala Lumpur. "Tidak ada kita (polis) kata orang tertentu buat laporan perlu siasatan oleh kumpulan tertentu . . . tidak ada," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan "kawasan panas" di stesen monorel Tun Sambanthan di sini. | Video seks: Anwar tak perlu sumpah al-Quran, kata Hadi Posted: 22 Mar 2011 03:51 AM PDT Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah atas al-Quran bagi membuktikan beliau bukan lelaki yang didakwa dalam rakaman video seks melibatkan seorang wanita, yang didedahkan semalam. Sehubungan itu kata beliau, hanya Mahkamah Syariah yang boleh meminta Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, agar berbuat demikian. "Jika anda mahu beliau bersumpah, maka anda perlu mengikut hukum syariah. Hanya mahkamah ini (syariah) yang boleh memutuskan sama ada beliau kena buat sumpah sedemikian. "Saya minta kes ini didengar di Mahkamah Syariah," kata beliau merujuk kepada dakwaan terbaru yang dirujuk kepada pemimpin kanan Pakatan Rakyat itu. | Video seks: Anwar buat laporan polis Posted: 21 Mar 2011 10:42 PM PDT Kira-kira 70 penyokong turut memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan 'Hancur Fitnah' dan 'Hidup Anwar'. KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung dakwaan penglibatan beliau dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara semalam. Beliau hadir kira-kira jam 10.35 pagi di Ibu PejabaT Polis Daerah Dang Wangi di sini ditemani isteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir pemimpin PKR seperti bekas Timbalan Presiden Syed Husin Ali, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mad Akin, bekas Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Subang R Sivarasa dan Naib presiden N Surendran. Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga hadir. Kira-kira 70 penyokong turut memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan 'Hancur Fitnah' dan 'Hidup Anwar'. | Risiko radiasi kepada 16,700 penduduk Balok Posted: 21 Mar 2011 10:39 PM PDT Tiada satu pun negara didunia berani membina loji tersebut kerana sedar tentang risikonya, tetapi kenapa Malaysia menerimanya? KUANTAN: Kira-kira 16,700 penduduk Balok yang menetap disekitar Kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang kini terdedah kepada ancaman kesan radiasi dengan kewujudan sebuah loji pemprosesan tanah nadir (rare earth). Disebalik kerakusan mengejar arus kemajuan teknologi, masa depan penduduk yang menetap disekitar dua kilometer dari loji tersebut, antaranya Taman Balok Makmor, Taman Balok Perdana, dan Kampung Nelayan Balok terpaksa menjadi pertaruhan. Loji tersebut sepenuhnya milik syarikat perlombongan dan memproses kimia dari Australia, Lynas Corporation Ltd. Bahan mentah (nadir bumi) asalnya diangkut dari lombong milik syarikat itu di Gunung Weld, New South Wales, Australia akan dibawa ke Malaysia untuk diproses menjadi sejenis unsur bijih besi di loji pengeluaran yang dibina di kawasan seluas 101.25 hektar di Gebeng, dekat Kuantan. Bijih besi yang dihasilkan nanti mempunyai unsur Lathanide lazimnya digunakan dalam pembuatan kenderaan hibrid, lampu kalimantang, cakera liut keras dan panel skrin Ipod. Walaupun Lathanide berperanan penting dalam pembangunan teknologi hijau, namun apa yang membimbangkan adalah kesan sisa radioaktif yang dihasilkannya selepas diproses. Ini kerana pemprosesan nadir bumi menghasilkan air buangan sejumlah 500 meter padu (kira-kira saiz tiga kolam renang Olimpik) setiap sejam dalam sehari yang dikhuatiri mendedahkan sisa radioaktif seterusnya mencemari sumber air tempatan termasuk sungai dan laut serta hidupan di dalamnya. Melalui pemerhatian FMT, saluran air disekitar Kawasan Perindustrian Gebeng mengalir ke Sungai Balok dan Sungai Karang seterusnya menuju ke sekitar Pantai Balok yang menghadap ke Laut China Selatan didapati keruh dan berwarna coklat pekat. FMT juga berjaya meninjau masuk ke dalam tapak projek pembinaan loji dan mendapati kurang daripada 50 peratus bahagian siap dibina walaupun tarikh yang sepatutnya disiapkan oleh kontraktor tempatan adalah pada Januari 2011. FMT kemudiannya menuju ke Kampung Nelayan dan sempat menemui penduduk tempatan yang sedang duduk berehat di pangkin sementara menunggu azan Maghrib. Aktiviti perikanan merosot Shaari Ayub, 42, seorang nelayan kecil berkata aktiviti perikanan di situ semakin merosot sejak wujudnya kawasan perindustrian sekitar tahun 90-an. "Sisa kilang semuanya mengalir ke sungai dan dilepaskan ke laut, jadi rezeki yang kami peroleh hanya bergantung kepada nasib. "Lebih jauh (laut dalam) kami pergi, banyaklah ikan. Kalau dekat pantai sekarang apa pun sudah tiada," katanya. Mohd Ramli Aziz, 47, bimbang akan kehilangan punca pendapatan jika benar loji tersebut melepaskan sisa buangan radioaktif. "Bukan sahaja ikan dan hidupan laut yang akan tercemar, kesihatan penduduk sekitar yang lain pun boleh terjejas," katanya. Tidak seperti sisa toksik yang mudah dikesan mempunyai bau, rasa, dan warna, kesan radioaktif dianggap lebih berbahaya kerana ia tidak mempunyai sebarang unsur tersebut. Pemprosesan Lethanide menghasilkan sisa buangan 'Thorium' yang mengandungi bahan radioaktif dan bersifat karsinogen. Pihak Lynas sebelum ini dalam media pernah memberi jaminan sisa mendakan (bersifat radioaktif) daripada proses rawatan air akan disimpan ditapak simpanan sementara sebelum kajian dilakukan bagi mengenal pasti potensi alternatif kegunaannya. "Tetapi sampai bila sisa ini akan disimpan? Bagaimana jika tiada penemuan terhasil, apa akan jadi kepada sisa tersebut? "Apa yang merisaukan unsur bahan buangan radioaktif bukan hanya memakan masa beribu, malah berjuta tahun untuk menjadi neutral. "Ini bermaksud cucu cicit dan generasi kita seterusnya akan menjadi mangsa. Ini tidak dapat dimaafkan," kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh semasa pertemuannya dengan penduduk Kuantan. Hakikatnya, sudah tentu kesan radiasi yang terdedah (melalui air dan udara) akan membawa risiko kepada penduduk setempat kepada kanser seperti leukimia, kelahiran bayi cacat dan pramatang, kecacatan gen dan sebagainya seperti tragedi di Bukit Merah, Perak yang berlaku sekitar tahun 1982. Kepentingan kepada rakyat Malaysia? Difahamkan, tekanan Amerika Syarikat dan Eropah yang mahu memecahkan monopoli China dalam industri nadir bumi serta undang-undang alam sekitar di Australia yang tidak membenarkan pembinaan tersebut menjadi faktor Lynas memilih Malaysia. Lynas dikatakan mendapat 'lampu hijau' bagi projek tersebut daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) Malaysia hanya dalam masa sehari. Namun menurut Fauziah, tiada satu pun syarikat milik tempatan yang menjadi rakan kongsi (atas kertas) sekaligus faedah keuntungan dalam projek loji tersebut. Malah Lynas dianugerahkan Kementerian Pedagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai 'Status Perintis Berstrategik', menjadikan Lynas dikecualikan cukai import atau eksport korporat selama 12 tahun. "Bermakna Lynas akan mendapat USD1.7 bilion (kira-kira RM8 juta) setahun daripada nilai eksport nadir bumi tetapi Malaysia mahupun kerajaan negeri Pahang tidak akan dapat sesen pun keuntungan daripada mereka selama 12 tahun. "Lebih menghairankan sejak 30 tahun lalu tiada satu pun negara didunia berani membina loji tersebut kerana sedar tentang risikonya, tetapi kenapa Malaysia menerimanya? "Tiada langsung kepentingannya kepada rakyat, yang ada hanya kesan negatif daripada pelepasan sisa radioaktif," katanya. Kempen kesedaran Sehubungan itu, Fuziah dalam taklimatnya bersama kira-kira 200 penduduk Kuantan Ahad lalu mengadakan kempen kesedaran disamping mengumpul seberapa banyak tandatangan daripada penduduk tempatan untuk dijadikan petisyen bantahan sebelum diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab. "Selain itu, penduduk Kuantan akan cuba mengumpul seberapa banyak sumbangan dana termasuk menyewa bas supaya mereka dapat pergi ke Parlimen dan menyerahkan petisyen bantahan kepada menteri kabinet sebelum berakhirnya sidang Dewan Rakyat penggal ini," katanya. Katanya, bantahan itu bagi mendesak Lynas supaya tidak memulakan operasi memproses nadir bumi dan dalam masa yang sama mendesak AELB membatalkan lesen yang diberikan kepada Lynas sebelum ini. "Kalau kita gagal dalam misi ini, saya akan cuba dengan pelan B iaitu mendesak supaya Lynas membawa sisa buangan pulang ke Australia dengan kapal kargo, jangan cemarkan bumi Malaysia," katanya kepada FMT. Sementara itu, penduduk Bandar Kuantan, Benjamin Yap, 42, berkata persepsinya terhadap pemimpin yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat sudah berubah. "Saya kesal dengan pemikiran sesetengah pihak yang berfikir bahawa keuntungan poket berbilion ringgit itu lebih bernilai daripada nyawa rakyat sendiri," katanya kepada FMT. Christine Soh, 48, penduduk tetap di Kuantan Garden berkata sebagai seorang ejen hartanah, terdapat khabar angin yang mengatakan nilai tanah disekitar kawasan Gebeng menurun disebabkan risiko yang dibawa oleh loji pemprosesan tersebut. "Harga tanah merosot sejak tahun lalu dan saya bimbang jika nilai pasaran turut menjejaskan kawasan tanah dan di Beserah dan Jabor," katanya. | Mengapa sekarang, mengapa Anwar Ibrahim? Posted: 21 Mar 2011 10:38 PM PDT
| Kedudukan Raja-Raja dan tuduhan derhaka Posted: 21 Mar 2011 10:37 PM PDT
| Setelah semuanya gagal, kini datang video palsu? Posted: 21 Mar 2011 10:34 PM PDT
| Kes berprofil tinggi telus jika SPRM boleh dakwa Posted: 21 Mar 2011 10:33 PM PDT
| PAS minta polis siasat video lucah fitnah Anwar Posted: 21 Mar 2011 10:32 PM PDT
| Posted: 21 Mar 2011 10:31 PM PDT
| 'Jualan mega politik' sedang berlangsung Posted: 21 Mar 2011 10:27 PM PDT
| Jelajah anak Terengganu di Perak 26 Mac Posted: 21 Mar 2011 10:26 PM PDT
| Muhyiddin tertekan rakyat Sarawak terima Pakatan Posted: 21 Mar 2011 10:20 PM PDT
| Nasib Pengurus Besar Yayasan Selangor Belum Diputuskan Posted: 21 Mar 2011 05:10 PM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai laporan audit Yayasan Selangor sebelum memutuskan status Pengurus Besar yayasan itu, Ilham Marzuki. Ujarnya penjelasan mengenai akaun Yayasan Selangor yang mencatatkan defisit RM7.41 juta penting supaya tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. " Kita mesti menilai tugas dan tanggungjawab tersebut, esok mesyuarat pengarah Yayasan Selangor, perkara pertama ialah untuk memberi tahu media dan orang ramai mengenai status akaun Yayasan Selangor, bila ia diaudit dan apa harta yang ada pada Yayasan Selangor itu paling penting untuk kita dan selepas itu kita lihat bagaimana perbelanjaan dibandingkan dengan harta yang dimiliki oleh Yayasan Selangor, selepas itu baru kita menilai bagaimana bentuk pengurusan yang kita perlu,"ujar Khalid. Kerajaan Selangor sebelum ini memecat Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Saifulruddin Sulaiman setelah badan itu mengalami kerugian RM7.41 juta Pengurusan tidak berhemah, antara lain, menyebabkan kos sambutan Ulang Tahun ke 40 yayasan itu mencecah hampir RM1 juta, dengan syarikat pengurus sambutan itu dibayar upahnya walaupun aktiviti belum dilaksanakan. Walau bagaimanapun, status Ilham Marzuki yang turut menggunakan kenderaan serta wang milik yayasan berkenaan untuk kegunaan peribadi di samping menikmati elaun lumayan yang tidak diluluskan, belum diputuskan. Laporan audit menyarankan kontrak kedua-dua pegawai tertinggi yayasan itu ditamatkan. Saifulruddin dipecat dalam tempoh 24 jam pada Febuari lalu selepas beliau didapati hadir pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ilham, walaupun diarah bercuti sementara menunggu hasil siasatan. "Kita akan bincang dahulu perkara ini dan tentukan sama ada pengurus besar ini sesuai untuk tugas-tugas tersebut," jelasnya. Satu sidang media khas mengenainya akan diadakan pada Rabu ini selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri selangor. | ||||||||||||||||||||||||||
Posted: 22 Mar 2011 03:30 PM PDT Nazli Ibrahim Video seks yang ditayangkan itu merupakan petanda satu permulaan baru yang lebih buruk dan tidak terkawal dalam politik negara. PETALING JAYA: Percubaan pihak tertentu yang mengaitkan tokoh utama pembangkang dengan individu di dalam rakaman video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Hotel Seri Carcosa, Kuala Lumpur semalam dianggap sebagai permulaan bagi menghalalkan kepada percaturan politik lucah bagi mencemar maruah sekaligus menjatuhkan musuh politik. Ketika sesetengah pihak menganggap ia bukanlah sesuatu yang baru dalam arena politik negara, pihak lain pula berpendapat, walaupun ini bukan pertama kali berlaku tetapi ia merupakan petanda satu permulaan baru yang lebih buruk dan tidak terkawal dalam politik negara. Penayangan video seks semalam juga dianggap membawa dimensi baru kepada percaturan politik lebih menjengkelkan dengan peningkatan berganda dan terbuka terhadap tindakan berbalas serangan demi menjatuhkan maruah dan moral musuh politik kedua-dua belah pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Sebelum ini, Ahli Parlimen Labis, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dikataka 'diperangkap' oleh musuh dalamannya sendiri apabila rakaman video seksnya disebarkan kepada umum dan membawa kepada perletakkan semua jawatannya dalam MCA dan juga kerajaan. Cuma bezanya, ketika itu tiada media dipanggil untuk 'tayangan perdana' dan Soi Lek sendiri membuat pengakuan bahawa lelaki di dalam rakaman video lucah terbabit adalah beliau. Selain Soi Lek, Elizabeth Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menerima nasib yang sama apabila foto beliau sedang tidur yang diambil tanpa pengetahuannya di kediamannya sendiri tersebar di internet. Selain isu yang mengaibkan maruah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan itu, ketika itu beliau juga hampir berputus asa dengan niat untuk mengundurkan diri daripada arena politik negara. Bagi pihak yang mahu percaya dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa tindakan seperti ini merupakan tindakan demi kepentingan moral masyarakat dan bukannya satu tindakan berkepentingan politik merupakan sesuatu yang bodoh pada masa ini. Lebih-lebih lagi, pada hari yang sama juga Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak baru sahaja dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke 10 diadakan. Pada masa artikel ini ditulis, identiti 'host tayangan perdana' terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk T semalam masih belum dikenal pasti dan pemimpin Barisan Nasional (BN) pula tentunya menafikan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video tersebut. Ketika pemimpin BN menafikan penglibatan mereka dan pada masa sama mengaku 'tidak mempraktikkan' sebarang tindakan serangan peribadi yang mengaibkan, juga adalah bodoh untuk mempercayai isu ini tidak akan digunakan sekurang-kurangnya di peringkat jentera mereka dalam kempen PRN Sarawak nanti. Malahan ketika pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor sebelum ini tindakan menyerang peribadi lawan turut dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri apabila membuka isu kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya ketika berkempen. Bagaimanapun, serangan tersebut dibalas kembali secara umum dengan kejadian yang di dalam pengetahuan Anwar ketika masih di dalam kabinet, namun enggan memperincikan lebih mendalam tentang skandal yang dimaksudkannya itu. Di pihak PR, meskipun turut mengambil kesempatan keuntungan politik terhadap sebarang isu yang membabitkan moral pemimpin BN, namun tindakan mereka seringkali dilapik atas alasan demi mendapatkan keadilan. Antara kes berprofil tinggi yang pernah mendapat perhatian masyarakat dan pemimpin pembangkang ialah kes kematian model warganegara Mongolia, Altantuya Shariibuu beberapa tahun lalu. Ketika perbicaraan kes ini telah lama selesai, ia tetap menjadi ingatan apabila dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Polis DiRaja Malaysia yang didakwa oleh peguam bela bahawa mereka merupakan pihak yang tidak menerima sebarang faedah atas kematian mendiang telah dijatuhkan hukuman mati. Sementara itu, beberapa isu lain yang membabitkan moral pemimpin BN, pada masa ini masih kurang tersebar secara terbuka dan meluas melainkan secara terpencil di alam siber. Bagaimanapun, 'tayangan perdana' rakaman video lucah semalam dikatakan mampu menjadi penyebab kepada pendedahan demi pendedahan isu moral yang membabitkan pemimpin BN walaupun status sesetengah isu tersebut masih diragui kesahihannya. Tindakkan itu nanti juga akan menimbulkan reaksi berbalas serangan dengan membuka pekung lawan masing-masing sekaligus menjadikan politik Malaysia maju setapak lagi melangkah ke era politik lucah. penpasksgbKONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan