Selasa, 22 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


n12selinsing

Posted: 22 Mar 2011 09:45 PM PDT

n12selinsing


TERKINI BANJIR DI BAGAN SERAI

Posted: 22 Mar 2011 09:01 PM PDT

23 Mac 2011 : Sehingga jam 11 am tadi


JUMLAH TERKINI MANGSA BANJIR DI BAGAN SERAI















DEWASA KANAK-KANAK
JUM KELUARGA PUSAT PEMINDAHAN
BIL NAMA KAMPUNG LELAKI WANITA LELAKI WANITA JUM
1 BATU 40, JALAN KERETA API 11 11 16 5 43 11 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
2 KAMPUNG PERLIS, BKT MERAH 1 1 0 0 2 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
3 PARIT MAT KELING 2 1 1 0 4 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
4 KAMPUNG TEBOK PANCHOR 3 2 1 2 8 2 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
5 KAMPUNG ALOR SETANGGOK 61 71 17 14 163 47 SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI DAHLAN
6 PARIT ABU HASAN BAN 12 13 11 5 41 12 DEWAN PEJABAT PENGHULU, ALOR PONGSU
7 PARIT ABU HASSAN 6 3 4 5 18 3 DEWAN PEJABAT PENGHULU, ALOR PONGSU
8 BATU 38, JALAN KERETA API 0 1 0 0 1 1 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
9 BATU 37, JALAN KERETA API 6 7 6 0 19 6 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MERAH
10 PARIT AIR HITAM 0 2 0 0 2 2 DEWAN PEJABAT PENGHULU, ALOR PONGSU

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 22 Mar 2011 09:16 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Sebijak mana Dato' T? Janganlah harapnya Dato T tu orang sini... mmm...

Posted: 22 Mar 2011 10:15 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 22 Mar 2011 09:10 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Tiada laut biru, cuma sampah di Port Dickson

Posted: 22 Mar 2011 08:40 PM PDT

Pengunjung tak tahan keadaan kurang menyenangkan di Port Dickson

AIR PARIT CEMARI PANTAI
Berita Harian 23 Mac 2011

PORT DICKSON: Hitam, busuk dan menjijikkan! Air parit bersebelahan Marina Bay Apartment, di sini menyebabkan penghuni dan penyewa yang tinggal di apartmen itu pada hujung minggu termasuk warga asing, tidak senang duduk dengan keadaan kurang menyenangkan itu.

Bukan tidak pernah membuat aduan, malah penghuni dan pihak pengurusan apartmen mendakwa sudah beberapa kali membuat aduan berhubung masalah itu, tetapi keadaan tetap sama.

Parit yang mengalir dari kawasan penempatan berdekatan juga mengalir ke pantai, menyebabkan penghuni bimbang air kotor itu akan mencemarkan laut di pantai berdekatan yang menjadi tumpuan pelancong.

Pengurus Perbadanan Pengurusan Marina Bay Apartment, Phang Han Kim, berkata masalah itu berlaku sejak 2008 dan pihaknya yang tidak tahan dengan keadaan itu mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Bagaimanapun, beliau mendakwa tiada tindakan konkrit diambil untuk mengatasi masalah itu yang masih berterusan hingga kini.

"Seorang penghuni apartmen ini dari Jerman yang tidak tahan menghidu bau dan pemandangan yang menyakitkan mata, pernah membuat laporan di balai polis, tetapi saya tidak tahu apa tindakan susulan kerana keadaan masih sama.

"Hanya selepas keadaan parit itu semakin teruk, pihak berkuasa datang dan menjalankan siasatan, malangnya air kotor itu tetap mengalir seperti biasa," katanya ketika ditemui.

Phang mahu MPPD dan agensi berkaitan berusaha menangani masalah itu supaya tidak menjejaskan penghuni apartment itu dan mencemarkan nama baik Port Dickson yang terkenal sebagai pantai peranginan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Airparitcemaripantai/Article

BERITA BERKAITAN :

Tiada Laut Biru , Hanya Sampah : Port Dickson Kotor di http://pasns.blogspot.com/2009/09/bagan-pinang-pantai-port-dickson-kotor.html

Pantai Porti Dickson semakin tercemar, bahaya dan berbau busuk
http://amkns.blogspot.com/2011/03/pantai-porti-dickson-semakin-tercemar.html
Pantai Port Dickson pusat pembuangan abu mayat
http://amkns.blogspot.com/2010/11/pantai-port-dickson-pusat-pembuangan.html


Santai Bob Lokman dan Radzi Melissa 5 Apr 2011 Senawang

Posted: 22 Mar 2011 01:49 AM PDT


JOM SANTAI DAN RAMAH MESRA
Bersama Bob Lokman dan Radzi Melissa
Tarikh : 5 April 2011 (SELASA)
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan
Turut serta YB Taufek dan Khairil Anuar Wafa

Semua Dijemput Hadir

Anjuran Pejabat ADUN Paroi

Rembau Hari Ini

Posted: 22 Mar 2011 07:49 PM PDT

Rembau Hari Ini


Santai Bob Lokman dan Radzi Melissa 5 Apr 2011 Senawang

Posted: 22 Mar 2011 01:51 AM PDT


JOM SANTAI DAN RAMAH MESRA
Bersama Bob Lokman dan Radzi Melissa
Tarikh : 5 April 2011 (SELASA)
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan
Turut serta YB Taufek dan Khairil Anuar Wafa

Semua Dijemput Hadir

Anjuran Pejabat ADUN Paroi

PAS LENGGONG

Posted: 22 Mar 2011 07:38 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 22 Mar 2011 06:18 PM PDT

Kaedah Fekah

Posted: 22 Mar 2011 06:08 PM PDT


Redha maksiat- maksiatun
Redha kufrur - Kufrun
Redha ancak - ?
Dr Zambry yang memegang ancak (kurafat) datang kelenggong.
Perumpaan yang mudah seperti kedatangan Dajjal yang membawa umpanan syurga. Dikala itu terlalu ramai yang teruja dan mengikut sidajjal tersebut. Hanya yang beriman dengan tulin sahaja yang akan mendapat pemeliharaan Allah.
Hari ini sesiapa yang redha dengan si Zambry yang mengancakkan ancak bermakna memberi redha kepada khurafat dan pensyirikan kepada Allah Rabbul tauhid.
Bersedialah dengan jawapan yang telah sedia ada.

UMNO Lenggong- terdesak dan menggasak

Posted: 22 Mar 2011 05:58 PM PDT

Dalam keadaan terdesak mereka menggasak rakyat.
Dua hari iaitu harini dan esok MB Dr Zambry berkampong di lenggong. Pagini di Luat. Di Pekan Lenggong laluan dalam pekan lenggong telah diubah. Di depan dewan telah didirikan khemah. kanan bangunan mara juga ada khemah dan pentas. Sebelah kiri dan kanan dewan juga ada khhemah. keadaan sebenarnya menggasak rakyat supaya menjadi payah.
Padang bola luas mereka tak mahu guna. sebaliknya mereka guna juga kawasan yang sempit. Para pengguna ada yang mengeluh dan menyumpah seranah kepada puak yang menyusahkan rakyat.
Mereka buat demikian kerana nak menunjukkan kepada atasan mereka yang kononnya mereka mendapat sokongan. Sebenarnya mereka menipu. Orang ramai yang datang kerana atas urusan peribadi di pekan lenggong, mereka membuat serkap di jalanan orang yang adda urusan sendiri. Sebab itu mereka buat di pekan, kalau buat dipadang orang tak ramai.
mereka hendak membodohkan rakyat dan menggasak rakyat supaya jadi parah.

Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar

Posted: 22 Mar 2011 03:25 AM PDT

Oleh Shannon Teoh dan Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini (rakaman) video Anwar yang direka," kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini," kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, "beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi."

Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya "Datuk T" mempertontonkan rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan PR sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing dari China.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia adalah tuan punya diri dalam rakaman tersebut, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.

Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.

Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.

"Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam memoirnya yang dipasarkan awal bulan ini mendakwa bekas timbalannya itu pernah dibekalkan dengan empat wanita untuk khidmat seks pada 1990-an.

Anwar, yang kini berhadapan dengan kes liwat keduanya, telah menafikan tulisan Dr Mahathir itu.

Akhir 2007, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan untuk meletakkan jawatan selepas didapati muncul dalam rakaman video seks.

Pada 1989, bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran telah dipaksa meletakkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat berikutan kontroversi video seks.

In latest scandal, Wan Azizah stands by her man

Posted: 22 Mar 2011 03:22 AM PDT


By Shannon Teoh

PETALING JAYA, March 21 — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail backed Datuk Seri Anwar Ibrahim today amid the emergence of a sex video allegedly involving her husband, calling it "just another one" in a series of "dirty tactics" used to bring down the opposition leader.

"I have gone through it all, this is just another one," the PKR president said, referring to past accusations of sexual misconduct against the former deputy prime minister.

Anwar has been repeatedly accused of having affairs culminating in two criminal charges of sodomy in the past 13 years, one of which he is still on trial for.

"They say Anwar was involved with a man. Why is the video now with a woman?" she said at a press conference at the party headquarters today.

Anwar, who was seated next to her, had earlier denied he was the man filmed having sex with a woman in a hotel room on February 21.

He called the emergence of the video recording today a "scurrilous attack" against him, his family and Pakatan Rakyat (PR).

He added that he was at home with Dr Wan Azizah, their children, grandchildren and members of his staff, on the night in question.

Anwar was speaking at the press conference called after a video recording emerged today showing a man resembling a senior Malay opposition leader having sex with a woman believed to be a prostitute from China emerged today.

"I was told the face in the video looked like me. However, the stomach of the man was much bigger than mine," he said while showing reporters his abdomen.

The 21-minute-long recording was shown to members of the media this morning by a man who only identified himself as "Datuk T".

"Datuk T" said that the February 21 video was from closed-circuit television camera recordings found in a hotel room in Kuala Lumpur.

This evening, Dr Wan Azizah said the call for her to resign along with Anwar showed "irresponsible motives" behind the video, which PR claims was doctored.

"Why ask me to resign? What did I do?" she said.

In his recently released memoirs, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad had alleged that his then deputy had propositioned four girls for sex in the 1990s.

Anwar, who is currently fighting a sodomy charge in court, had immediately denied the claims, calling the long-serving former PM a "blatant liar with selective amnesia."

Most recently, current MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek was forced to resign as health minister after admitting to being caught in a sex tape that surfaced at the end of 2007.

In 1989, former MIC secretary-general D.P. Vijandran was forced to resign as Dewan Rakyat deputy speaker after a sex video controversy.

Salahiddin Ayyob Di Lenggong esok

Posted: 22 Mar 2011 01:46 AM PDT

Naib Presiden PAS Salahudin Ayob akan berceramah di Lenggong malam esok di Dataran Rumah Kak Yam.
Pada minggu ini juga mb ancak yang merampas kerajaan PR perak akan berkampong di lenggong.

satu kaedah fekah yang mudah,
Redho maksiat maksiatun.
Redho kufru kufrun.
Redho ancak?
melaksanakan khurafat.
Umat islam yang yakin seharusnya mengelak dengan golongan ancak.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 22 Mar 2011 07:32 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Serang Libya: Jemput penyamun untuk halau perompak?

Posted: 22 Mar 2011 12:51 AM PDT


Artikel saya di Harakahdaily dan beberapa laman web serta blog termasuk Buletin Online dan Cina Islam bertajuk 'Serang Libya Cetus Banyak Persoalan' mengundang banyak komen dan respon. Ada yang memahami dengan baik maksud yang ingin saya utarakan tetapi ada yang agak melulu menghentam kononnya saya menyokong Gaddafi untuk melakukan pembunuhan terhadap rakyatnya sendiri! Nauuzubillah...

Menguatkan lagi hujah mereka, dikemukakan kepada saya data-data yang memang telah saya sedia ketahui tentang bilangan rakyat awam yang menjadi mangsa keganasan regim Gaddafi. Terima kasih atas segala maklumat tambahan.

Dengan menghargai segala komen yang diberikan terutamanya yang bersifat kontra dan negatif, sukacita saya menjelaskan tiada sekelumit pun dari maksud artikel berkenaan bermaksud untuk menyokong regim Gaddafi samada secara langsung atau tersembunyi. Tiada keraguan lagi Gaddafi wajib pergi. Malah As Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa kepada mana-mana tentera yang berpeluang untuk melepaskan tembakan ke arah Gaddafi, mereka perlu melakukannya.



Muammar Gaddafi
Kekejaman Gaddafi sepanjang 42 tahun pemerintahan memerlukan helaian panjang untuk disenaraikan terutamanya jenayah berkaitan hak asasi manusia, penderaan kepada para penentang, pembunuhan oposisi, tahanan tanpa bicara, penggelapan kekayaan hasil minyak negara, penafian hak bersuara dan pelbagai lagi. Ramai pemimpin penentang yang hilang begitu sahaja tanpa dikesan. 'Freedom of Press index' pernah menamakan Libya sebagai negara paling tertutup di rantau Timur Tengah dan Utara Afrika.

Apa yang menjadi persoalan pokok, setelah hampir seluruh dunia  sepakati bahawa Gaddafi wajib pergi, dan rakyat sendiri telah bangun atas nama jihad untuk memerangi regim Gaddafi serta kekuasaan Gaddafi sendiri seolah-olah bagai telur dihujung tanduk dengan bandar demi bandar jatuh ke tangan pejuang (saya sama sekali tidak bersetuju dengan istilah pemberontak), tiba-tiba kuasa barat dengan diketuai AS disertai Francis, Britain dan beberapa negara lain berlagak wira dengan lesen kononnya melaksanakan resolusi PBB bagi menguatkuasakan zon larangan terbang ke atas Libya, mereka menghalalkan tindakan menghujani bumi Libya dengan ratusan 'Tomahawk'.

Walaupun mereka mengatakan yang menjadi tumpuan serangan adalah sasaran-sasaran ketenteraan tetapi dengan tegas saya katakan: "Ini satu pembohongan!"

Istilah sasaran ketenteraan ini agak sinonim sepanjang 6 tahun saya menetap di Iraq ketika era pasca perang teluk dari 1993-1999. Dengan alasan untuk menguatkuasakan sekatan ekonomi PBB dan zon larangan terbang ke atas Iraq, bukan sedikit serangan udara yang dilancarkan sepanjang tempoh itu samada melalui pengkalannya di Arab Saudi, Bahrain, Kuwait atau Turki serta kapal perangnya di rantau Teluk Parsi. Targetnya, sasaran ketenteraan Saddam!
Saddam Hussein
Tanpa menafikan kecanggihan teknologi yang mereka miliki dalam masa yang sama kita tidak melupakan permusuhan sepanjang zaman dunia kristian terhadap dunia Islam, agak mustahil serangan yang dilancarkan dari jarak hampir beribu kilometer mampu tepat ke sasaran tanpa tersasar ke penempatan awam. Dengan mata saya sendiri, saya menyaksikan semua kekajaman ini dan dengan dua tangan ini, dalam keadaan serba kekurangan, saya pernah merawat beberapa penduduk awam yang tercedera parah ekoran serangan AS ketika menjalani latihan praktikal tahun akhir di Saddam Medical City, Baghdad. Mangsa terbunuh dan tercedera dalam serangan yang kononya disasarkan ke sasaran ketenteraan. Siapa penjenayahnya? Ketika itu George W. Bush.

George W. Bush
Apatah lagi kalau kita mengaitkan serangan ini kebencian dunia barat dan kristian terhadap dunia Islam dan Ummat Islam. Musuh dunia kristian bukan hanya setakat tentera malah seluruh ummat Islam kecuali mereka yang sedia masuk ke lubang biawak bersama mereka. Untuk rekod, Saddam dan Gaddafi adalah penganut ideologi sosialis, ajaran yang memusuhi Islam.

Kalau boleh kita istilahkan, Saddam dan Gaddafi adalah perompak, bolehkah diundang penyamun (AS dan sekutunya) untuk menghalau perompak? Apakah ada penyamun  berhati mulia yang akan berlalu begitu sahaja setelah perompak dikalahkan? Tentunya penyamun adalah gerombolan yang lebih ganas dan sadis, menjarah tanpa belas kasihan, merampas dan membunuh tanpa perikemanusian.

Lihatlah apa yang berlaku di Iraq sekarang. Amankah Iraq setelah regim Saddam menjadi sejarah? Teringat kata-kata seorang pensyarah saya di Universiti Baghdad dahulu. "Adanya Saddam adalah bala bagi rakyat Iraq, tetapi perginya Saddam dan hadirnya AS akan menjadi bala yang lebih besar." Saya tidak begitu memahami ungkapan ini sehinggalah selepas penjajahan AS di bumi Iraq tahun 2003 lalu sehingga sekarang masih rakus tanpa pernah kenyang mengaut kekayaan bumi Ummat Islam.

Berbalik kepada krisis di bumi Libya, sekali lagi kita senada, Gaddafi wajib pergi tapi bukan dengan camputangan barat yang hadir dengan telunjuk lurus kelingking berkait. Liga Arab yang mewakili 23 negara Arab Islam dan OIC mesti membuktikan kredibiliti dan keupayaan mereka menyelesaikan masalah ummat dan serantau. Ummat Islam di Libya wajib diselamatkan tanpa sebarang kompromi dan dolak dalih. Cubaan penjajahan era moden oleh kuasa barat mesti ditentang sehebatnya.

Liga Arab yang sebelum ini menyokong pembentukan Zon Larangan Terbang di Libya kini dilihat mula berubah nada setelah menyaksikan kemusnahan hebat ekoran serangan AS dan sekutunnya ini. Imej mayat-mayat orang awam yang terbakar bukan sahaja menyebabkan Liga Arab berubah fikiran malah turut menyebabkan Cina dan Rusia menyuarakan kekesalan terhadap keganasan AS dan sekutunya. Selain Cina dan Rusia, Presiden Venezuela, Hugo Chavez juga keras menyuarakan bantahan. Tapi di mana suara keras pemimpin Negara Islam? Kalau alasan serangan adalah untuk menghalang pembunuhan rakyat awam oleh regim Gaddafi, bagaimana pula dengan rakyat awam yang terkorban angkara Tomahawk? Apakah dengan resolusi PBB, pembunuhan tidak dianggap jenayah?
http:\\www.drazmanibrahim.com

Paderi anti-Islam bakar al-Quran

Posted: 21 Mar 2011 09:50 PM PDT

Terry Jones


Wayne Sapp
Paderi gila yang tak faham agamanya sendiri dan terkenal dengan sikap yang anti-Islam, Terry Jones, mengulangi lagi kerja gila yang gagal sebelum ini. Kitab suci Al Quran dibicarakan di mahkamah gilanya lalu beliau menjadi hakim gila yang memutuskan bahawa al-Quran 'bersalah menyebabkan jenayah' tertentu dan dijatuhkan hukuman gila, dibakar! Satu sesi perlaksanaan hukuman diatur dengan pembakaran kitab Al Quran di gerejanya, kelmarin.

Pembakaran itu dilakukan paderi gila Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones yang mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11).

Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum.

Kitab itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.

Jones dikutuk hebat oleh dunia termasuklah dunia kristian dan dibimbangi oleh tentera-tentera AS yang sedang menceroboh bumi Afghanistan berhubung dengan tindakan beliau untuk membakar Al Quran, September lalu.

Dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.

Kali ini, Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk 'mempertahankan' kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas.
 
Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang gila yang menyertainya.

Seorang penganut kristian gila, Jadwiga Schatz, yang datang untuk menyokong Jones, meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan Islam di Eropah.

PAS Kawasan Miri

Posted: 22 Mar 2011 07:23 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Bomoh Menguasai Kerajaan Sarawak???

Posted: 22 Mar 2011 06:54 PM PDT

BOMOH BERAMBUT PERANG RAZIAH 'MEMUKAU' TAIB!
Tuesday, March 22nd, 2011 GMT This post is also available in: English (From Sarawak Report)
Antara rahsia-rahsia yang kini mulai terbongkar pada masa regim Taib Mahmud yang kian roboh, salah satu perkara yang pelik adalah kebergantungannya selama ini kepada seorang bomoh wanita berambut perang yang dibekalkan oleh adiknya, Raziah! Sejak kematian isterinya Laila, Taib dikatakan semakin giat menggunakan perkhidmatan bomoh, dan menurut ahli keluarganya, Raziah telah mulai masuk campur dengan memperkenalkan bomoh wanitanya kepada abangnya itu. "Seseorang yang memperkenalkan bomoh adalah seseorang yang lebih berkuasa", kata seorang pemberi maklumat kepada Sarawak Report, dengan merujuk kepada Raziah yang sedang mempergiatkan usahanya memperolehi kontrak-kontrak dan geran-geran tanah dari kerajaan negeri. Seorang lagi pemberi maklumat kami memberitahu kami: "Ketua Menteri Sarawak yang sebenarnya adalah Raziah. Raziah telah menggunakan ilmu hitam ke atas saudaranya itu!"

Stella!
Stella, sebagaimana dia dikenali di kalangan keluarga Taib Mahmud, sebenarnya seorang rakyat Australia berketurunan Lebanon bernama Kharleen Tashman. Stella (yang dikatakan datangnya dari kaum gipsi di Sydney) telah dibawa masuk oleh Robert dan Raziah dalam tahun 2002 untuk menjadi penasihat peribadi ilmu hitam kepada Raziah! Selepas itu, Raziah telah dengan cerdiknya mengembangkan kekuasaan ke atas Taib, dengan mengeksploitasi kesedihan Taib di atas kematian saudara kegemarannya, Arip, yang telah meninggal dunia akibat serangan barah paru-paru dalam tahun 2005. Menurut ahli keluarga mereka, Stella dikatakan telah 'memindahkan roh Arip' kepada Raziah, dengan mendakwa Raziah kini berkarisma seperti Arip! Nampaknya Raziah telah berjaya meyakinkan Taib dengan mendakwa dirinya kini layak menggantikan Arip sebagai rakan-niaga dan perancang kepada Taib (dahulunya tugas tersebut dilaksanakan oleh saudara mereka, Onn Mahmud, yang kemudiannya telah bersengketa dengan Raziah dan ahli-ahli keluarga mereka yang lain).

Nasihat kerohanian membawa kebaikan kebendaan!
Mendiang Arip, sebagaimana yang telah dilaporkan di dalam Sarawak Report, telah memperolehi tanah-tanah yang amat luas yang diserahkan oleh Taib sejak tahun 2000, kebanyakannya adalah tanah-tanah NCR. Selepas itu Raziah telah berjaya menggantikan tempat mendiang. Data-data rasmi, yang kini didedahkan di dalam Sarawak Report, menunjukkan bahawa Raziah, di kalangan adik beradik Taib, telah memperolehi pegangan tanah negeri yang terluas sejak beberapa tahun ini – di mana menurut perkiraan kasar kami, keluasan yang sebesar pulau Singapura. Anak perempuan (Elia) dan suaminya (Robert Geneid) juga turut memperolehi beratus juta ringgit, berdasarkan jual-beli tanah-tanah, di mana kegiatan tiga beranak ini telah menimbulkan rasa cemburu di kalangan keluarga Taib Mahmud sendiri!

Ilmu Hitam
Sebelum ini kami pernah melaporkan mengenai ketaksuban Taib terhadap nasihat-nasihat bomohnya. Pemberi maklumat kami pernah menceritakan bagai mana rumah beliau di Demak Jaya yang dipenuhi dengan artifak-artifak yang berkaitan dengan ilmu hitam. Menurut pemberi maklumat kami lagi, Stella senang dengan cara dia mempengaruhi Taib, dipermudahkan lagi kerana dia tinggal bersama keluarga Raziah, bersebelahan dengan kediaman Taib. "Setiap awal pagi Stella akan datang ke laman rumah Taib untuk melakukan upacara mengusir mahluk-mahluk jahat" kata seorang lagi pemberi maklumat kami. Seorang lagi kenalan rapat keluarga Taib juga memberitahu kami, "Ketamakan Taib semakin menjadi-jadi dibawah pengaruh Raziah. Dialah yang paling berkuasa di Sarawak, bukannya Taib. Taib telah dipukau. Dia telah berkuasa ke atas Taib sebaik sahaja Laila meninggal!"

Sebahagian dari keluarga Taib
Kehadiran Stella di beberapa majlis keluarga dan majlis-majlis kenalan rapat mereka dibuktikan dengan beberapa gambar, di mana dia sering diajak bergambar bersama keluarga itu. Pada majlis perkahwinan Elia pada tahun 2010, Stella juga turut dijemput duduk bersama-sama tetamu kehormat mereka. Malah Stella juga turut menghadiri Pertunjukan Fesyen Pakaian Islam di Monaco, yang dibiayai oleh Taib bagi pihak isteri PM, Rosmah Mansor, sebagai suatu cara meyakinkan Najib menjelang pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kini.
Penasihat termahal kepada Ketua Menteri!
Amaun upah yang diterima Stella amatlah menakjubkan ketika dia berada di kemuncak kegiatan kebomohannya. Biasanya dia akan menerima upah sebanyak RM10,000 sekali dalam dua bulan. Setelah mendapat upah dia akan kembali ke Sydney. Malah, kami juga diberitahu, bahawa ibu kepada empat orang anak itu telah menerima setengah juta ringgit sebagai upah perkhidmatan-perkhidmatannya! Namun, segala semua yang baik pastinya akan berakhir, dan kami difahamkan bahawa bomoh wanita telah kelihatan cuba campur tangan dengan keluarga semasa kematian Laila Taib, yang kemudiannya telah mengakibatkan hubungannya menjadi renggang dengan anak-anak Taib. Kharleen Tashman, telah digantikan dengan seorang lagi wanita Lebanon, yang lebih berkuasa dan lebih menarik – kami difahamkan bahawa wanita berkenaan juga diperkenalkan kepada Taib oleh adiknya Raziah!
Hubungan keluarga Geneid dengan isteri muda Taib
Kami sebenarnya merujuk kepada Ragat Waleed al Kurdi, isteri muda Ketua Menteri. Ketika Taib mula berkhidmat sebagai menteri ketika Ragat dilahirkan, maka ianya merupakan sesuatu yang bermisteri kepada orang lain. Namun, Sarawak Report, menerusi maklumat dari sumber dalaman yang amat dekat dengan keluarga Taib, mengatakan bahawa Ragat sebenarnya anak saudara kepada Robert Geneid, iaitu suami Raziah! "Taib telah terpukau oleh Rosie (Raziah), dialah yang mengawal segalanya. Dialah yang mengawal semua kontrak dan tanah-tanah yang diserahkan", rungut seorang ahli keluarga Taib yang menyuarakan rasa cemburunya terhadap adik bongsu Taib itu.

Langkah bijak Raziah?
Motif Raziah memperjodohkan abangnya berkahwin semula selepas kematian isterinya Laila tidaklah sukar untuk diteka. Keluarga Taib Mahmud telah semakin terdesak dengan usia abang mereka itu yang semakin meningkat, bagi memanjangkan lagi tempoh kekuasaan mereka di Sarawak dan bagi menentukan pengganti itu harus datang dari darah daging keluarga mereka sendiri (terdahulu dari ini, Taib telah dilaporkan membuat Najib marah pada senarai 10 orang ahli keluarganya untuk bertanding nanti). Namun, Raziah telah diketahui beriya sangat untuk memantapkan pengaruh keluarga Geneid untuk masa depan Sarawak. Bagi suaminya, Robert Geneid, yang merupakan anak seorang penaja buah-buahan yang tidak mempunyai asas-asas perniagaan, perkahwinan anak saudaranya (Ragad) sudah pastinya akan mencerahkan peluangnya untuk berkuasa ke atas segala kemewahan dan kepentingan perniagaan di Sarawak sejak dia mengahwini adik Ketua Menteri itu. Jika BN masih lagi diberikan peluang untuk menang pada pilihanraya kali ini, maka inilah orang-orang yang akan mengawal masa depan Sarawak, kata amaran dari salah seorang pemberi maklumat kami. Namun, pasangan suami-isteri yang telah diketahui sedang menunggu peluang untuk berkuasa itu akan mendapati calon isteri abang mereka itu adalah lebih sesuai dari bomoh Kharleen Tashman. Tetapi, jika mereka ingin mengubah fikiran nanti, adakah mudah bagi mereka untuk melucutkan jawatan Ragad?

Raziah's Blond Bomoh 'Bewitched Taib'!
Tuesday, March 22nd, 2011 GMT This post is also available in: Malay (From Sarawak Report)
Stella - real name Kharleen Tashman at Elia Geneid's yaght wedding last year.

Out of all the astonishing secrets that are now beginning to emerge during the dying days of Taib Mahmud's regime, one of the most bizarre has been his reliance on a blonde female witch provided as his Bomoh by his sister Raziah!

Taib has always been notorious for his consultation of black magic practitioners and after the death of his wife Laila, according to family and close friends, Raziah moved in to consolidate her influence by introducing her own in-house female Bomoh to him.

"The person who brings the bomoh becomes the controller"
as one insider explained to Sarawak Report, pointing out the orgy of acquisitions achieved by Raziah in terms of recent contracts and land titles from the state.

Another family insider told us: "The real Chief Minister of Sarawak is Raziah. She has used black magic on him!"

Stella!
Lady in Red - posing with Raziah for Asian Tatler (although she gave her name as Pashman)

Stella, as she is known to the Mahmud household, is in fact an Australian of Lebanese extraction called Kharleen Tashman. She was taken up by the Geneids in 2002 (reportedly from a gypsy community in Sydney) to become Raziah's personal in-house black magic advisor!

Later, Raziah came up with an ingenious way of extending her power over Taib, by exploiting his grief over the loss of his favourite brother, Arip, who died of lung cancer in 2005. According to family members, Stella pronounced that she had 'transferred Arip's charisma' to Raziah, claiming that the younger sister now bore Arip's spirit !

It seems to have been a short step away from inheriting his spirit to inheriting Arip's former role as the main family business-partner and fixer for Taib (a job originally done by another brother Onn, who later fell out with Raziah and others in the family).

Spiritual advice brings material benefits!
Arip, as we have already demonstrated in Sarawak Report, had benefited from vast chunks of land handed out by Taib since 2000, much of it NCR territory. Subsequent events would imply that Raziah now slipped into that lucky position of most favoured sibling. The official data, now released on Sarawak Report, shows that out of all her brothers and sisters Raziah has received by far the lion's share of state lands in recent years – we have calculated that an area at least the size of Singapore has gone to her. Her daughter and husband have benefited also from handouts worth hundreds of millions of ringgit, according to recent land sales, and the jealousy amongst other family members is said to be seething!

Black Magic
(3rd left) - at an intimate family outing

We have already reported on Taib's addiction to the advice of a series of Bomoh's. Insiders have detailed how his home in Demark Jaya is stuffed with artefacts related to the practice of dark arts – shrines, statues and even symbolic birds, which roam free indoors. Particularly chilling is the story of a black eagle that was kept within the confines of the house, on the advice of one of his Bomoh's.

Our informants have described how Stella enjoyed a period of close influence over Taib, aided by the proximity of her dwelling in Raziah's house next door.

" Her signature ritual includes tip-toeing and howling" explains one close contact. "Each morning she would cross through the garden from Raziah's house into the grounds of Taib's residence and would perform a ritual of chasing away evil spirits before the Chief Minister rose for his early run!"
Another bluntly told us: "The latest mad excesses have been under the influence of Raziah. She is the mistress of Sarawak, not Taib. He has been possessed. She took control the moment Laila died!"

Part of the inner circle
Stella's presence at any number of key family events and close occasions has also been documented in a number of photographs, where she has posed with the family. Elia Geneid's wedding in 2010 saw Stella joining top guests, including the PM, at the exclusive event on a luxury yacht. She has been photographed at numerous intimate family events and at grand occasions. She even popped up at the Islamic Fashion Show last summer in Monaco, which was sponsored by Taib on behalf of Rosmah Mansor in a blatant attempt to curry favour with Najib in the run up to the current election.

Lady in Blue - posing between Elia Geneid and her husband, with Robert Geneid, Raziah and second daughter with Lebanese husband at the Islamic Fashion show in Monaco

Another close insider has related to Sarawak Report how guests were shocked at her bizarre contribution to Taib's daughter Hanifah's own wedding ceremony.

"The bride entered the wedding hall and then suddenly there was Stella producing this weird hollering call. Everyone was shocked, stunned. It was some strange ritual!"

Top dollar consultant to the Chief Minister!
Family supper - Stella included (left)

The amounts paid to Stella when she was at the height of her powers are gasp-inducing! She would regularly receive RM100,000 per two month stay with Raziah. She would then go back for some time in Sydney. However, we have been told that on one occasion Tashman, who is a mother of four, received half a million ringgit for her services!

However, all good things come to an end and we understand that the female Bomoh over-reached herself when she tried to interfere in the conduct of Laila Taib's funeral and fell out with Taib's children. Kharleen Tashman, we are told, has recently been superseded by another Lebanese lady, who is more powerful and alluring still – yet we have learnt that she too was provided by the ever-resourceful Raziah!

The Geneid connection to Taib's new wife
We are of course referring to Ragat Waleed al Kurdi, the Chief Minister's extremely youthful new wife. The origins of Ragat's relationship with the Chief Minister, who was already in office at the time she was born, have till now remained something of a mystery to outsiders. However, Sarawak Report can report via extremely close sources that she is in fact a niece of Robert Geneid, Raziah's husband!

Power behind the throne? Raziah Mahmud/Geneid, Taib's dazzlingly wealthy sister.

"Taib has come under the spell of Rosie (Raziah), she is controlling all. She controls all the contracts and land handed out"

Complains one of our sources, voicing the growing jealousy and family resentment towards Taib's youngest sister by the rest of his siblings. Indeed, the rivalry is such in the family that it rarely lies far beneath the surface! The company Taib set up to run the family trust of Arip Mahmud, in which he holds a personal share, is called Mesti Bersatu – he gave it that name to remind his brother's squabbling relatives that the family 'Must be United'!

Wise move by Raziah?

Raziah's logic in steering her brother into this new marriage is not hard to determine. The Mahmuds are desperate to revive the old man's faltering image in order to stretch out their power longer in Sarawak and ensure a succession within their own flesh and blood (Taib infuriated Najib by putting up no less than 10 members of his family as candidates for his list for the election).

Under her spell? - Is Ragat Raziah's new power-base or a threat?

However, Raziah was clearly equally determined to cement the influence of the Geneid family over Sarawak's future. For her husband Robert Geneid, the son of an Australian fruit seller who had had a patchy business career, the marriage of his neice has been the consolidation of his growing hold over wealth and business interests in Sarawak since his union with the Chief Minister's sister.

If BN win the up-coming election these will be the figures controlling Sarawak's future, insiders warn. However, Sarawak's power-broking couple might find that the new young wife could turn out to be a good deal less pliable than the hireling Bomoh, Kharleen Tashman. Firing her would surely be a far more complicated matter to perform?
PS: Kalau pemimpin taksub sangat dengan kepercayaan karut akhirnya negara akan hancur dan rakyat akan menderita disebabkan ada lagi manusia bertuhankan bomoh dan harta benda untuk menguasai rakyat demi kepentingan diri sendiri. Kita berharap rakyat Sarawak sudah cukup sedar dengan penderitaan dan tertipu selama ini maka dalam pilihanraya umum nanti ubahlah dengan memberi undi kepada PAS dan PAKATAN Rakyat untuk mengembalikan semula hak-hak mereka yang telah dirampas selama ini. Bah jangan lupa memberi sokongan dan turun mengundi untuk mendapat semula hak dan perubahaan yang lebih baik lagi buat rakyat Sarawak. Insy'Allah pasti ada perubahaan yang lebih baik dari apa yang kita hadapi sekarang ini. PAS Untuk Semua.

BN Pusat Tolak Taib!!Kini Rakyat Sarawak Akan Tentukan Nasib CM Sarawak?

Posted: 21 Mar 2011 07:56 PM PDT

NAJIB DAN TIMBALANNYA DATANG KE SARAWAK UNTUK MELUCUTKAN TAIB DARI JAWATANNYA – EKSKLUSIF - Monday, March 21st, 2011 GMT This post is also available in: English
Sarawak Report merasa amat bertuah kerana berpeluang mendapat maklumat daripada orang dalaman BN di KL, yang menyatakan bahawa Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, datang melawat Sarawak bukannya untuk memberi sokongan kepada Taib, tetapiInilah sebabnya lawatan serentak yang belum pernah dilakukan oleh dua ketua negara ke negeri Sarawak. "Seorang memegang pistol dan seorang lagi memegang keris sambil berkata 'kini sudah tiba masanya untuk kamu berundur. Kami sudah tidak dapat berkompromi dengan kamu lagi, kamu harus umumkan keputusan sekarang atau lihatlah nanti!" kata sumber kami tersebut. Veteran yang berusia 74 tahun yang telah memerintah selama 30 tahun itu telah berjaya mendapat penangguhan dari kedua-dua ketua negara itu – atas dasar bahawa dia bersetuju untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin dan meletakkan jawatannya sebaik sahaja 'tempoh peralihan' dapat ditubuhkan oleh penyandangnya yang sesuai. Menurut sumber kami itu, Ketua Menteri, yang telah banyak kali enggan mengundur diri sehingga suatu masa yang difikirkannya selamat untuknya menjaga kekayaannya, telah menimbulkan rasa marah rakan-rakannya dalam BN di KL dengan caranya melewat-lewatkan pilihanraya. Mereka khuatir beliau akan bertahan hingga ke saat-saat akhir, yang sudah pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

"Kini dia siap" – bukti yang memusnahkan dari pasukan rahsia BN!
Sumber kami mengesahkan bahawa masalah utama bagi Taib dibuktikan dengan kemerosotan sokongan pengundi, sebagaimana diperolehinya pada keputusan pengundian secara rahsia yang dilakukan. Maklumat sedemikianlah yang menyukarkan pihak BN untuk menyembunyikan. Walaupun menampakkan wajah berani dan secara berterusannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum bahawa Taib 'tidak boleh kalah', namun pihak BN di peringkat persekutuan begitu yakin bahawa Taib pastinya akan kecundang teruk dan pastinya akan kehilangan kerusinya. Pemberi maklumat kami itu, yang begitu rapat dengan tokoh-tokoh utama dalam BN, mengatakan bahawa Jabatan Maklumat Taib telah membuat pengundian rahsia secara menyeluruh sejak beberapa bulan yang lalu. Sampel-sampel pengundian rahsia yang melibatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pengundi dari setiap kawasan pilihanraya dan mendapati keputusannya sungguh menggerunkan BN. Pihak kami telah diberitahu bahawa keputusan persampelan itu menunjukkan parti PBB Ketua Menteri itu sendiri akan kehilangan 'sekurang-kurangnya' 14 dari 30 kerusinya dan parti SUPP pimpinan George Chan akan kehilangan sehingga 90% undi semasanya, iaitu sejumlah 17 daripada 19 kerusi! Parti SPDP pimpinan William Mawan dan PRS pimpinan James Jemut Masing juga akan kehilangan satu kerusi tiap-tiap satunya. "Kerusi-kerusi tersebut berada pada kawasan hitam, bukan kawasan kelabu", kata sumber kami itu, maknanya kali ini BN pastinya akan kalah teruk. BN akan menerima hakikat bahawa parti-parti yang ada sekarang akan kehilangan sekurang-kurangnya 33 daripada 70 kerusi dan keputusan sebenar nanti mungkin lebih teruk dari itu. Pandangan-pandangan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang yang dikatakan akan menafikan BN dengan majoriti dua-pertiga di Sarawak sekarang nampaknya ketinggalan zaman, jika berdasarkan perangkaan yang diperolehi. Pihak BN sendiri dikatakan akan dilanda tsunami perubahan dan mereka akan mengutuk Taib Mahmud atas kecundangnya "simpanan tetap" mereka itu.

Pihak SPRM sedang menunggu masanya sehingga selepas pilihanraya!
Sarawak Report percaya bahawa penggunaan pendekatan menyuntikkan maklumat rahsia oleh penokong-penyokong setia BN, walaupun kritikan-kritikan berterusan kami ke atas kerajaan BN Sarawak, adalah merupakan suatu sebab mengapa tokoh-tokoh BN di peringkat Kerajaan Persekutuan mulai menjauhkan diri mereka. Sejak beberapa lama Taib telah berada begitu kukuh di kalangan para pemimpin di Malaysia, tetapi kini para pemimpin BN pusat terpaksa membuat beliau tunduk kerana memandangkan kemerosotan popularitinya. Kemarahan dan kebencian sebenar ke atas ketamakan dan sifat kleptokrasi Taib selama ini telah memburukkan lagi rekod jenayah rasuah BN. Sesungguhnya, kami telah dimaklumkan bahawa usaha-usaha telah dijalankan untuk menjejak dan mengambil balik aset-aset Taib di luar negara hasil dari kecurian dan rompakan yang dilakukannya selama ini. "Kini habislah dia. Ini bukannya persoalan perletakan jawatannya, tetapi ini adalah persoalan bahawa dia akan didakwa atas kesalahan rasuah. Pihak SPRM menunggu sehingga selesainya pilihanraya" Sarawak Report diberitahu. Rancangan keluar Taib kini telah disekat, sebagaimana disahkan, yang akan memburukkan lagi tekanan antara kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri. Strategi Ketua Menteri itu untuk mengundur diri, yang dirancangnya pada tahun lepas, adalah untuk menerima perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama, sebagai suatu helahnya untuk memperolehi kekebalan daripada didakwa. Tetapi Najib menafikannya. Akibatnya, penangguhan pilihanraya oleh Taib bagi membolehkannya mencari opsyen-opsyen baru telah menyebabkan krisis yang ada sekarang.

Tiada lagi laluan selamat untuk Taib
Strategi semasa Ketua Menteri itu adalah untuk mempastikan bahawa beliau diganti oleh seseorang yang liat dan beliau telah banyak kali memaksa KL untuk merestui pengganti pilihannya, Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber. Awang Tengah kini sedang membina sebuah kediaman yang amat besar di Kuching, suatu simbol kekayaan yang digemari oleh Taib sebagai menjadikannya kelihatan selari dengan gaji besar seseorang ahli politik! Namun KL telah berkeras mencadangkan Taib diganti oleh Abang Zohari Tun Openg, yang menurut mereka, merupakan seorang ahli politik yang memiliki kejujuran dan kesopanan. Namun Taib seringkali menafikan Abang Zohari. Kami juga diberitahu, bahawa tetamu-tetamu dari Persekutuan itu telah kecewa dengan calon bakal pengganti yang dikemukakan oleh Taib pada hujung minggu lepas. Taib dikatakan telah menyediakan suatu senarai sepuluh calon yang terdiri dari ahli-ahli keluarga terdekatnya. Namun Najib dan timbalannya yang gagah itu mengarahkannya untuk melupakan senarai nama calon-calon pilihannya itu.

"Hubungan dengan KL kini semakin busuk"
Jadi, mereka berpura-pura tersenyum di hadapan kamera. Tetapi di belakang kamera kita tahu bahawa gambarannya adalah krisis dalaman BN, pada masa mereka melaung-laungkan tuduhan melulu bahawa pihak pembangkang kian bersengketa menjelang pilihanraya. Dengan keadaan ahli-ahli politik tempatan yang kebanyakannya berdiam diri kerana gerun dengan reputasi garang Taib, beliau membuktikan kepada Najib bahawa penggantiannya adalah sukar dilakukan sebelum pilihanraya. Namun, BN telah menyedari bahawa beliau sebenarnya akan kalah, seorang yang malang yang mereka benci dan seorang yang malang yang ingin mereka jadikan sebagai contoh dan tauladan. Dan dalam masa beberapa minggu yang akan datang, KL kini mencari jalan keluar dan ingin melihat suatu imej yang bukannya Taib dan semua "bagasinya'. Namun, setelah mereka bertoleransi dengan kecurian dan rompakan yang dilakukan oleh Rajah Berambut Putih Sarawak itu, mereka akan mengalami kesukaran untuk menjernihkan pandangan para pengundi mereka!


Najib and Deputy Came to Sack Taib After Shock Polls – Exclusive!
Monday, March 21st, 2011 GMT- This post is also available in: Malay
Show of unity, but behind the scenes there is fighting!

Sarawak Report has received privileged information from BN insiders in KL, revealing that Najib Razak and Deputy PM, Muhyiddin Yassin, came to Sarawak not to support Taib, but to make him stand down! This was the reason for the unprecedented dual visit of both the PM and the Deputy PM at the same time. "One held the pistol and the other a dagger and said 'it's time to stand down. We are not going to compromise with you anymore, you have to announce your decision or that's it!'", recounted our source. The 74 year old veteran of 30 years in office however did manage to negotiate a reprieve – on the basis that he would agree to call the election immediately and to leave office once a 'transition period' had established a suitable successor. Our sources told us that the Chief Minister, who has been refusing to stand down until he is secure that he can protect his wealth, has been infuriating BN colleagues in KL with his constant delays in holding the election. They were concerned he would hold out till the last moment, making a difficult situation worse.

"He is finished" – the devastating evidence from BN's secret polling!
The usual (illegal) promises of election handouts – RM200 million is promised to Serian! But even BN think the voters are past this tactic.

Our source confirms that the core problem for Taib is the evidence of a collapse of voter support, as shown by his own secret polling results. It is information BN have been desperate to keep hidden. Despite the brave faces and continuing public declarations that Taib 'cannot lose', the federal hierarchy are now convinced that he will in fact lose badly in this election and may even lose his own seat. Our contact, who is extremely well-connected and close to BN leading figures, says that Taib's Information department has done extensive confidential polling in recent months. The sampling has involved at least 2,000 voters in each constituency and the results have been terrifying for BN: "I have seen them [the results] with my own eyes. This election the PM and Deputy PM know that it is inevitable that Taib will lose" We have been informed that the findings show that the Chief Minister's own party PBB will lose 'at least' 14 of its 35 seats and that George Chan's SUPP will lose 90% of its current votes, amounting to 10 out of its 12 seats! SPDP and PRS will also lose at least one seat each. "These seats are in the black not the grey area", it was emphasised, meaning it was not a question of possibly losing the seats but rather they are definitely going to be lost. BN are resigned to the fact that the existing parties are going to lose at least 33 out of the 71 seats and that the outcome may be far worse than that.

BN's best projections are that they will lose their majority - but they fear a wipe-out!


Talk of opposition hopes of merely denying BN its two thirds majority in Sarawak now looks hopelessly outdated, according to these figures. The ruling coalition itself is resigned to being swept away by a tsunami of change and they blame Taib Mahmud for the loss of their "fixed deposit". "He knows the game is up. He has run out of ideas and run out of Bomohs", was the angry sneer. "Whichever way he goes, he will lose. It is time"

The MACC is waiting till after the election!
Body language - Taib is pushed to the back as the anxious leaders from BN seek a new way forward without him.

Sarawak Report believes that it was approached with this confidential information by loyal BN supporters, despite our regular criticism of the coalition's government of Sarawak, as part of a process of deliberate distancing by BN' Federal leaders. For years Taib has been the over-mighty tail that wagged the dog in Malaysia, but they are at last determined to bring him to heel now that he is weakened by growing unpopularity. There is clearly also a real anger and disgust over the scale of Taib's greed and kleptocracy, which has worsened BN's already tarnished record on corruption. Indeed, we were informed that measures have already been taken to trace and secure some of Taib's stolen assets abroad. Privately Taib's federal colleagues are determined not to let him escape with the loot! "He is finished. This is not a question of stepping down, this is a question of being sued for corruption. The MACC are waiting until after the election" Sarawak Report was told. Taib's exit plans have therefore been blocked it was confirmed, which has worsened the tension between Federal and Local governments. The Chief Minister's original get-out strategy, mooted last year, was to accept appointment as Governor, thereby benefiting from a supposed immunity from prosecution. Najib refused. The resulting delay in the calling of the election as Taib searches for new options has caused the present crisis.

No safe exit for Taib
Clearly popular with Taib! Awang Tengah's new house is being built to impress - the 'future Chief Minister' is already big in the Planning Ministry and Taib hopes he will protect all his stolen land assets !

The Chief Minister's current strategy is to ensure a pliant successor and he has been pushing KL to accept his protégé Awang Tengah, 2nd Minister of Resources and Planning. Tengah is in the middle of building a monstrous new residence in Kuching, a sure sign of favour from Taib and hardly in keeping with a politician's salary! This is just the sort of typical display of wealth that has infuriated KL. They are pushing for their own candidate Abang Zohari, who has a reputation they say for modesty and honesty. Taib, however, is reputed to loath him.The Federal visitors were equally unforgiving about Taib's choice of candidates over the weekend, we are told. Taib had ten seats reserved for his own family in the list he was offering. Najib and his powerful Deputy told him to tear it up. "The PM and Deputy PM not only told him to calm down and dissolve, but also to choose candidates that are acceptable to the people and not just his own flesh and blood. That list has to change. He can't put in his sons and nieces and nephews – he only trusts his family"!

"Relations with KL are terrible now"
Najib, his powerful Deputy Muhyiddin Yassin, are unhappy to be stuck going into the election with the spent old men of Kuching and all their "baggage"!

So, they smiled for the cameras. But behind the façade we now know the picture is of absolute crisis within BN, at a time when they are loudly accusing the opposition of being divided on the brink of an election. With local politicians in Sarawak keeping silent out of fear of Taib's ruthless reputation, he is proving impossible for Najib to replace before the polls. However, BN have identified him as a loser, a loser they dislike and a loser they want to see made an example of. With just three weeks to go now, KL are looking for a way out and for a new image free of Taib and all his "baggage". But, after years of tolerating the thieving White Haired Rajah of Sarawak, they are going to have a hard time convincing disillusioned voters, however genuine their regrets!

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 22 Mar 2011 07:16 PM PDT

Pemuda PAS Hulu Kelang


Mesyuarat Agung Tahunan UKJ Hulu Kelang 2011

Posted: 22 Mar 2011 08:37 AM PDT

Taman Sri Keramat - Satu Mesyuarat Agung Tahunan Peringkat UKJ Hulu Kelang 2011 telah diadakan bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Kehadiran adalah di kalangan ahli UKJ Hulu Kelang serta ahli Pemuda PAS Cawangan-cawangan di DUN Hulu Kelang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh saudara Azizul Abu Bakar, Timbalan Ketuan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UKJ Hulu Kelang, saudara Mohd Nadzim bagi menggantikan Ketua UKJ, saudara Habibullah yang tidak dapat hadir. Laporan tahunan aktiviti UKJ Hulu Kelang bagi tahun 2010-2011 telah dibentangkan oleh Setiausaha dan Laporan Kewangan pula dibentangkan oleh Bendahari.

Kedua-dua laporan ini telah diteliti dan disemak oleh semua yang hadir dan persoalan-persoalan serta cadangan penambahbaikan telah diutarakan dan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak UKJ Hulu Kelang.

Lagi foto-foto menarik dan 'gempar' di sini

(gambar) Mesyuarat bermula

(gambar) Saudara Nadzim menyampaikan 'ucaptama'

(gambar) Saudara Sufi dari Permata bertanyakan soalan

(gambar) Saudara Ilham sedang memberikan penjelasan tentang Projek ILHAM

(gambar) 'Berpeluh' saudara Azali memberi 'justifikasi' tentang laporan kewangan

(gambar) Begitu teliti saudara Shahrul dari AU1 menyemak laporan

(gambar) Ketiadaan Ketua UKJ "dimanfaatkan sepenuhnya' untuk membuat percaturan..ops

(gambar) "...tahun ni kita tukar jawatan pula, Naib dan Timbalan kita switch.."

(gambar) Amanah mengisi borang pencalonan dilaksanakan sebaiknya!!

(gambar) Penghargaan kepada saudara Azizul di atas kehadiran


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Mar 2011 03:42 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PAKSA SERAH DNA SATU PENCABULAN

Posted: 22 Mar 2011 11:31 AM PDT

Paksaan Untuk Menyerahkan DNA, pencabulan terhadap prinsip utama Undang-Undang

Kenyataan Media Ketua AMK
16 Mac 2011
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang kelihatan bersungguh mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menyerahkan sampel DNA beliau adalah sebahagian daripada episod terancang yang bermotifkan politik jahat dan khianat.
Baik pihak pendakwaan mahupun NGO-NGO picisan yang bersungguh mendesak ini, kelihatan tidak faham akan prinsip asas undang-undang bahawa 'seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah'. Dalam mana-mana kes mahkamah, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak tertuduh itu bersalah berdasarkan bukti yang jelas melampaui sebarang keraguan dan bukannya meminta atau mencipta bukti ! Dalam kes DSAI, beliau tidak perlu mengemukakan hatta secebis bukti sekalipun kerana beliau sendiri telah mempunyai alibi yang kukuh untuk menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam dakwaan penuduh.
Apa yang berlaku dalam kronologi kes fitnah kedua ke atas DSAI ini lebih bersifatkan pembunuhan karakter yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara. DSAI dinafikan akses ke atas pelbagai dokumen, malah pihak peguambela sendiri terhalang daripada menjalankan pelbagai ujian bebas ke atas bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh pendakwa.
Isu DNA ini berterusan dimainkan agar dengan mudah pihak pendakwaan memalitkan tuduhan ke atas DSAI. Percanggahan fakta sedari awal perbicaraan menunjukkan bahawa kes ini langsung tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas dan fakta yang kukuh, di tambah pula dengan kredibiliti penuduh yang jahanam.
Tindakan pihak pendakwaan ini sekaligus bertentangan dengan Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) 1948:
"Everyone is entitled in full equality to a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal, in the determination of his rights and obligations and of any criminal charge against him."
Pembocoran awal hujahan pihak pendakwaan di dalam permohonan jahat mereka untuk memaksa DSAI menyerahkan sampel DNA membuktikan lagi hujah bahawa usaha membunuh karakter beliau dilakukan secara terancang oleh pihak pendakwaan dan media massa di bawah telunjuk Umno-BN.
AMK dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk DSAI tunduk kepada desakan-desakan bebal yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak. Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap prinsip asas undang-undang itu sendiri dan menjadikannya sebagai seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan tidak bermasalah.
AMK yakin dan percaya bahawa kelompongan kes ditambah dengan kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit di dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula tahun 1998.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK)

SOALAN YANG DIPERSOALKAN !

Posted: 22 Mar 2011 04:29 AM PDT

1. Kenapa "Rakaman (video seks)" dan dihebohkan bersungguh-sungguh di akhbar dan di media elektronik di kala kemangkatan bonda Yang Dipertuan Agong ?
2. Kenapa video lucah timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan menunjukkan ada kepentingan politik tertentu?
3. Kenapa Hotel Seri Carcosa sanggup jadi tempat tayangan video lucah?
4. Kenapa wartawan dan pengarang sanggup hadir tanpa soaljawab ke Hotel 5 bintang tersebut?
5. Persoalan yang menunjukkan kebangangan polis tahap kritikal ialah apa motif perakam video tersebut merakamnya?
6. Kenapa Dato T atau perakam video tidak menyerbu si pelakon dan pelacur tersebut terus pada masa itu ? Padahal perlakuan seks itu berjalan selama 20 minit yang boleh memberi masa memanggil polis, pencegah maksiat dan orang masjid datang menangkap dan menjadi saksi? Kenapa hantar video sahaja?
Kalau nak jatuhkan DSAI kan elok pada masa sipelakun video lucah yang dianggap pemfitnah sebagai DSAI itu terus ditangkap dan mudah menjatuhkan DSAI?
7. Mana SB polis di kalngan wartawan dan petugas di Hotel Carcosa tersebut?
8. Kenapa Dato T tidak mahu menyrahkan 'video asal' kepada polis kecuali suruhan jaya bebas?
Kenapa mereka tak percaya kepada polis?

Sedenikian Pakatan Rakyat menggesa rakyat bersatu untuk menolak taktik kotor ini dan menentang usaha pihak tertentu yang menggunakan video lucah untuk menjatuhkan lawan,"

PERANGKAP MAUT BUKIT SENTOSA 2

Posted: 22 Mar 2011 03:03 AM PDT


Ini adalah perangkap maut yang merupakan tar keliling penutup jalan

Lokasi ini adalah berdekatan dengan SKMK bukit sentosa dan SMK Bukit Sentosa 2. Lubang yang dah pecah ini dah terjadi sebelum musim hujan lagi. Bila dah musim hujan maka banyaklah lubang begini terjadi yang sudah tentu akan membahayakan pengguna jalanraya terutama motosikal. Pihak Majlis Hulu Selangor diminta bertindak dengan segera.

ANGGUK-ANGGUK BEBAS, GELENG-GELENG BEE END

Posted: 21 Mar 2011 08:08 PM PDT

NAJIB (PM) BERSETUJU DENGAN DAKWAAN SEPUPUNYA(MENTERI DALAM NEGERI) MENAFIKAN POLIS BUAT RAKAMAN VIDEO TERSEBUT....]nampaknya PM ragu-ragu dengan kenyataan Hisahmudin yang cuba mempertahankan tuduhan terhadap polis yang di bawah jagaannya. Mungkin Hishamudian ni tak keras(lembutkut?) atau tak strik atau tak tegas
dalam mempengaruhi kepercayaan rakyat. Apatah lagi di kala ini maruah polis terus merudum dengan kes-kes mahkamah dan kesalahan moral yang banyak terjadi kebelakangan ini. Masa ini terutama semalam kita boleh lihat budaya geleng-geleng (penafian) oleh pemimpin BN sorang demi sorang sehingga pimpinan tertinggi iaitu Pengerusi BN bangkit menafi tanpa ditanya sesiapa. Dan terserlah perangai dan aksi ahli parlimen lompat yang kununnya dikenali sebagai ahli parlimen bebas (macam YB Zulkifli Nordin dan YB Zaharin) yang menjadi budaya angguk-angguk dalam mengiakan tuduhan berbentuk fitnah oleh UMNO/BN. Yang peliknya ahli parlimen BN yang bukan beragama Islam pun berhati-hati dalam kenyataan mereka di mana mereka harap perkara tersebut disiasat terlebih dahulu.


KUALA LUMPUR, 21 Mac – Datuk Seri Najib Razak menegaskan pihak polis tidak terlibat dalam kes rakaman video seks – yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat – melanggan khidmat seks pelacur di hotel di sini akhir bulan lalu.
Dalam mesej Twitter malam ini, ketika isu terbaru ini hangat dibahaskan dan menarik perhatian ramai, Perdana Menteri berkata beliau mahu mengesahkan apa yang diperkatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Bukit Aman tengah hari tadi.
"Saya suka mengesahkan apa yang Datuk Hishammuddin mengatakan bahawa polis tidak terlibat dalam rakaman video seks yang didakwa," kata Najib sekitar pukul 9 malam tadi.
Bagaimanapun Najib tidak menyebut sama ada pihaknya sudah diberi taklimat mengenai kes itu.
Pada sidang media di ibu pejabat PKR petang tadi, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks pelacur.
Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.
"Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat," katanya.
Hishammuddin juga meminta individu yang rasa dirinya "teraniaya" ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.
Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.
Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.
"Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," katanya.
Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.
RUANG IKLAN


Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/03/najib-nafikan-polis-buat-rakaman.html#ixzz1HIIGZoTf

Siti Zailah | Home

Posted: 22 Mar 2011 03:24 PM PDT

Siti Zailah | Home


Jumlah kutipan hasil cukai dari syarikat judi diMalaysia

Posted: 21 Mar 2011 08:34 PM PDT

Dalam tahun 2006 hingga tahun 2010 adalah sebanyak RM 5,935,305,278.01.
1. SPORT TOTO BERJUMLAH RM 2,251,392,655.10.
2. MAGNUM CORPORATION BERJUMLAH RM 2,064,286,951.19.
3. PAN MALAYSIAN POOLS BERJUMLAH RM 1,264,278,225.61.
4. DIRIWAN CORPORATION BERJUMLAH RM 89,334,339,92.
5. SARAWAK TURF CLUB AND EQUESTRIAN CLUB BERJUMLAH RM 140,395,016.46.
6. SANDAKAN TURF CLUB BERJUMLAH RM 89,965,071.09

KERAJAAN TIDAK BERHASRAT UNTUK MENGHADKAN JUALAN TIKET LOTERI DARIPADA OPERATOR JUDI SAMADA DARI SUDUT JUMLAH UNIT ATAU BILANGAN TIKET LOTERI YG BOLEH DIJUAL SETIAP HARI.
MASYAALLAH INI DIA RUPA KERAJAAN BN SEBENAR ,DOK SIBOK KECAM ISU PENGHARAMAN JUDI DI KELANTAN,RUPANNYA MEREKA SENDIRI BAPA JUDI DI MALAYSIA SEKARANG .

INI JAWAPAN MENTERI DIPARLIMEN PADA 21 HB MAC ,2011.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 22 Mar 2011 01:19 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Lembu jadi 'jaga' di Perigi Portugis, Merlimau

Posted: 22 Mar 2011 06:40 AM PDT

JASIN: Menyedihkan apabila kesan tinggalan sejarah iaitu Perigi Portugis di Kampung Merlimau Pantai, di sini, yang mempunyai kaitan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Lebih mengejutkan, kawasan sekitar perigi terbabit yang sudah dibangunkan dengan beberapa kemudahan termasuk wakaf tempat beristirahat bagi pelancong dan pengunjung tercemar gara-gara sikap tidak prihatin penternak lembu yang sewenang-wenangnya menambat haiwan berkenaan di situ.

Tinjauan Metroplus mendapati terdapat kira-kira 10 lembu yang dipelihara di kawasan berkenaan yang mempunyai rumput hijau termasuk ada antaranya yang ditambat pada pokok hiasan berhampiran perigi itu.

Keadaan berkenaan menyebabkan pemandangan di kawasan itu tidak ubah seperti kawasan ladang lembu sedangkan fungsinya tempat tarikan pelancongan.

Tinjauan juga mendapati selain ditambat lembu berkenaan dibiarkan pemiliknya dan bebas meragut rumput serta pokok hiasan yang ditanam Majlis Perbandaran Jasin.

Pengunjung, Nas Norziela Nasbah, 23, berkata dia terkejut melihat lembu berkenaan yang ditambat dan dilepaskan di kawasan pelancongan itu.

Menurutnya, perkara itu tidak sewajarnya berlaku, sekali gus menjejaskan imej negeri ini sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

"Saya teruja datang ke sini bagi melihat kesan tinggalan sejarah Perigi Portugis. Namun, sebaik memasuki kawasan ini saya berasa jijik melihat longgokan tahi lembu bertaburan di atas jalan masuk ke perigi ini.

"Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana ia mengganggu kunjungan pelancong ke sini. Saya hairan bagaimana penternak lembu terbabit memelihara ternakan mereka di sini," katanya ketika ditemui.

Nas Norziela berkata, dia kecewa melihat kesan tinggalan pelancongan itu tidak dijaga baik untuk tatapan generasi masa depan selain pelancong.

"Papan maklumat mengenai butiran Perigi Portugis ini sudah tertanggal menyebabkan pengunjung tidak mengetahui sejarahnya. Selain itu, sekeliling perigi ini sepatutnya dipagar bagi menghalang haiwan ternakan memasuki kawasan ini," katanya.

Bagi rakannya, Yunhanida Kamis, 23, berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera memantau keadaan itu bagi mengelak masalah berkenaan semakin teruk.

Sepatutnya Perigi Portugis dijaga dengan baik oleh pihak berkenaan mahupun penduduk setempat.

"Saya terkilan melihat tempat pelancongan seperti ini seolah-olah menjadi ladang ternakan lembu.

"Jika dipandang dari luar nampak ia nampak gah dan menarik dengan tembok yang mempunyai papan tanda 'Selamat Datang Perigi Portugis', namun apabila masuk ke dalamnya terdapat beberapa lembu yang ditambat pada pokok hiasan.

"Selain itu, pondok rehat tidak dijaga dengan baik. Terdapat pakaian ditinggalkan di situ. Bermacam andaian boleh dibuat, termasuk pondok berkenaan dijadikan tempat untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan tidak baik," katanya.

Berdasarkan sejarah, Perigi Portugis dibina askar Portugis di Kampung Merlimau Pantai, di sini, selepas menawan Melaka pada 1511. Portugis meletakkan ketumbukan tenteranya di kawasan itu untuk menghalang kemaraan tentera Sultan Mahmud Shah yang membina kerajaan di Johor.

Selain Perigi Portugis, pelancong ke kawasan Merlimau boleh berkunjung ke Kampung Pengkalan Samak dan beberapa kampung lain di sekitarnya iaitu makam dan Perigi Tun Teja.

Harian Metro

DUN Lembah Jaya

Posted: 22 Mar 2011 11:31 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Disangka Projek Haram, Rupanya...

Posted: 22 Mar 2011 02:50 AM PDT


Sudah menjadi rutin harian setiap pagi selain isterinya, YB Tuan Hj Khasim akan menghantar anaknya ke sekolah di Hulu Langat sebelum memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat di kawasannya.

Namun pada hari Rabu 16 Mac lalu ketika pulang dari Hulu Langat kira-kira jam 10 pagi beliau ternampak satu laluan seolah-olah baru diteroka masuk ke kawasan hutan berhampiran Menara Tinjau. "Projek apa ni? Silap-silap projek haram.." fikirnya, setelah beliau mendapati tiada sebarang papan tanda diletakkan di laluan berkenaan. Perkara ini menurutnya perlu disiasat segera lalu beliau segera kembali ke Lembah Jaya bagi mendapatkan bantuan seorang rakan untuk meninjau dengan lebih dekat lagi tempat projek tersebut dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Sejurus beliau dan rakannya masuk ke laluan berkenaan, mereka merasa ragu akan kemampuan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kerana keadaan lumpur dan selut yang agak tebal yang hanya mampu diredah oleh pacuan empat roda dengan tayar yang sesuai dan lori besar sahaja. Namun atas dasar prihatin dan tanggungjawab, beliau nekad memasukinya. Seperti yang diduga, kenderaan mereka tersangkut di tengah jalan. YB Khasim segera membuka kasut, dengan berkaki ayam beliau meneruskan berjalan kaki sejauh kira-kira 2km lagi ke dalam sehingga berjumpa dengan tempat 'misteri' yang dicari itu.

Sampai sahaja di tapak projek yang dimaksudkan itu, barulah beliau mengetahui bahawa aktiviti yang sedang dijalankan itu adalah projek milik Tenaga Nasioanal Berhad (TNB) yang membina tapak menara taliannya yang baru!

Lega hati bila mengetahui projek tersebut bukanlah projek haram seperti yang difikirkan pada mulanya. Cuma beliau berharap agar setiap projek yang sah yang dijalankan diletakkan papan kenyataan agar ianya tidak menimbulkan keraguan dan menjadi tanda tanya oleh semua pihak. Menurut YB Khasim biarpun kenderaannya tersangkut di lumpur selama hampir empat jam, beliau berpuas hati kerana telah menjalankan tanggungjawab tersebut yang penuh dengan pelbagai risiko.

Semoga usaha sebegini diteruskan dan menjadi contoh kepada semua pimpinan lain di DUN Lembah Jaya terutamanya seperti Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Kampung dan sebagainya demi kepentingan rakyat.

Mencabar.. dah macam cabaran 4x4 pula



Meninjau kawasan projek

Merasmikan Program Kesedaran Alam Sekitar

Posted: 22 Mar 2011 12:58 AM PDT

Tajuk Program : Program Kesedaran Alam Sekitar
Tarikh : 20 Mac 2011 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Taman Rimba Ampang
Perasmi : YB Tuan Hj. Khasim Bin Abdul Aziz
Anjuran : CIMB - MVFRA (Malaysian Volunteer Fire & Rescure Assoc.)
Turut Hadir : Ketua Kampung Bukit Sg. Puteh, Encik Abdul Aziz Bin Ishak

"Program yang diadakan ini cukup baik dan mesti diteruskan demi menjamin kesedaran masyarakat dalam menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang"

- YB Hj. Khasim Abdul Aziz

Pengerusi MVFRA Vol. Capt. K. Balasupramaniam menerangkan sesuatu kepada YB Khasim


Dupahang's Weblog

Posted: 22 Mar 2011 11:30 AM PDT

Dupahang's Weblog


Lelaki Dalam Video Fitnah Bukan Saya – Anwar

Posted: 21 Mar 2011 09:30 PM PDT

Dari Keadilandaily KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi. Anwar  berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan. "Saya di rumah bersama (Wan [...]

Pas CawanganSurada

Posted: 22 Mar 2011 11:25 AM PDT

Pas CawanganSurada


Wawancara Bersama Mujahid Bahagian 2

Posted: 21 Mar 2011 09:29 PM PDT

Wawancara bersama Mujahid bahagian 1

Posted: 21 Mar 2011 09:26 PM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 22 Mar 2011 11:13 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PR Sarawak; Pemimpin , Jentera Parti .....turun ke gelanggang sekarang!

Posted: 21 Mar 2011 04:51 PM PDT

Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui. Sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.

Sehubungan dengan pembubaran ini maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak. Petugas parti juga perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.

Selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.

Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak. Selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat. Kesimpulannya ialah, BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini. Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini.

Sekali lagi, PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Pemuda Guchil

Posted: 22 Mar 2011 09:16 AM PDT

Pemuda Guchil


Lelaki Hebat! Bukti Anwar lakukan seks sambil berFacebook!

Posted: 22 Mar 2011 04:47 AM PDT

NAZRI AZIZ: lawyer yg bangang undang-undang

Posted: 22 Mar 2011 02:56 AM PDT

TV3 & Pencacai Datuk T (Taik) Promosi Video Seks Pagi Ini

Posted: 22 Mar 2011 02:44 AM PDT

Merungkai Penghasilan Video Panas - Najib, Hishamuddin, Polis, Datuk T

Posted: 22 Mar 2011 02:43 AM PDT

PANAS BERAPI : Video seks - Jahatnya Utusan !

Posted: 22 Mar 2011 02:42 AM PDT

Amaran Terkini DSAI..

Posted: 22 Mar 2011 02:41 AM PDT

Fitnah II : Cetak risalah ini dan edarkan

Posted: 22 Mar 2011 02:39 AM PDT

Video seks: ABIM pandang berat fitnah liar, gesa guna hukum syariah

Posted: 22 Mar 2011 02:37 AM PDT

Nazri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN..mcm biasa buat jer??

Posted: 22 Mar 2011 02:36 AM PDT

Video : PC Pakatan - PRN Sarawak Dan Video Sex

Posted: 22 Mar 2011 02:35 AM PDT

Pemimpin Pakatan label video seks 'taktik kotor'

Posted: 22 Mar 2011 02:35 AM PDT

Video seks: Anwar tak perlu sumpah al-Quran, kata Hadi

Posted: 22 Mar 2011 02:34 AM PDT

Dawaan UMNO Makin Terbelit & Desperate : Berapa juta ringgit kos video lucah?

Posted: 22 Mar 2011 02:34 AM PDT

Gagal Fitnah Liwat, Kini Skandal Seks Pula

Posted: 22 Mar 2011 02:31 AM PDT

VIDEO SEKS: adakah polis akan siasat Dato T

Posted: 22 Mar 2011 02:11 AM PDT

NAZRI AZIZ: lawyer yg bangang undang-undang

Posted: 22 Mar 2011 01:43 AM PDT

Anak Perempuan Mahathir Kaki Arak : Maizura Mahathir

Posted: 21 Mar 2011 08:41 PM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 22 Mar 2011 09:15 AM PDT

KHIDMAT MERU


LAWATAN KE PENTERNAKAN KAMBING DI KANDANG

Posted: 21 Mar 2011 06:52 PM PDT






YB Dr Hj Abd Rani bin Hj Osman telah melapangkan masa melawat kandang kambing di Kg Bukit Cerakah.

Perusahaan penternakan kambing tersebut yang di jalankan oleh anak tempatan Kg Meru, saudara Mohd Azmi bin Ahmad dan rakan kongsinya yang di kenali sebagai Ewan, telah nampak menghasilkan kejayaan apabila sebahagian dari 200 ekor kambing tersebut sudah mula melahirkan anak dan kelihatannya sihat-sihat belaka.
Setakat ini sudah terdapat 40 ekor anak kambing yang telah di beranakkan di situ.

Menurut saudara Azmi, kesemua kambing gurun di situ adalah di impot dari negara New Zealand sementara yang jenis boer di datangkan dari negara Australia.

TAZKIRAH YB TG HJ ABDUL HADI AWANG DI MASJID MERU

Posted: 21 Mar 2011 02:49 PM PDT









Sekali lagi Masjid As Syariff Meru di banjiri jamaah dari Meru dan dari luar Meru kerana seorang ulamak tersohor, YB TG Ustaz Hj Abdul Hadi Awang.
Dalam tazkirah beliau, Tuan Guru mengingatkan hadirin dan hadirat melalui nas-nas Al Quran dan Al Hadith tentang peranan mereka yang sebenarnya yang kerana nya mereka di cipta oleh Allah di muka bumi ini.
Selain itu kata beliau, maanusia juga akan di hisab di akhirat keatas perbuatan dan amalan mereka semasa hidup di dunia.

Para jamaah tidak meninggalkan peluang bersalaman dengan tuan guru dan ada yang mendukung anak mereka bagi tujuan tahnik oleh tangan TG sendiri.

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR UPSR DI BATU BELAH

Posted: 21 Mar 2011 02:23 PM PDT







Satu Program Motivasi Pelajar telah di adakan bagi membantu pelajar-pelajar yang menghadapi UPSR dan PSRA di SRA Batu Belah.
Ketua Kampong Batu Belah, Tuan Hj Ajran berharap program yang di anjurkan oleh JKKK Kg Batu Belah dengan kerjasama Penghulu Mukim dan pejabat ADUN Meru sedikit sebanyak akan dapat membantu pelajar-pelajar menggunakan masa mereka dengan betul bagi menghadapi peperiksaan UPSR dan PSRA pada tahun ini.
YB Dr Rani pula menegaskan agar pelajar-pelajar mengambil kira harapan
ibu-bapa dan guru-guru yang telah mencurah tenaga dan kasih sayang bagi melihat mereka menjadi insan cemerlang dan gemilang di dunia dan di akhirat kelak biiznillah

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Mar 2011 09:09 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Santai Bob Lokman dan Radzi Melissa 5 Apr 2011 Senawang

Posted: 22 Mar 2011 01:46 AM PDT


JOM SANTAI DAN RAMAH MESRA
Bersama Bob Lokman dan Radzi Melissa
Tarikh : 5 April 2011 (SELASA)
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan
Turut serta YB Taufek dan Khairil Anuar Wafa

Semua Dijemput Hadir

Anjuran Pejabat ADUN Paroi

Melayu merempat di Rembau bila kerajaan ambil tanah

Posted: 21 Mar 2011 09:32 PM PDT


Pampasan tanah tidak cukup
Sinar Harian 22 Mac 2011

REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.

Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.

Menurutnya, jumlah pampasan itu tidak cukup buatnya untuk membeli tanah dan membina rumah baru kerana nilai hartanah kini semakin tinggi.

"DISEBABKAN ITU, MAKCIK DAN SUAMI TERPAKSA MENYEWA RUMAH DI TAMAN SRI REMBAU KERANA IMPIAN KAMI UNTUK MEMPEROLEH RUMAH DAN TANAH YANG DIDUDUKI SEPERTI SEBELUM INI TIDAK KESAMPAIAN.

"Sebenarnya, makcik tidak pernah menolak pembangunan yang dijalankan di sini, cuma memang tidak puas hati dengan jumlah pampasan," katanya.

(Kisah berkaitan sebelum ini ; Umno Rembau tak leh harap jaga hak orang Melayu di http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html )

Hasnah berkata, dalam usianya yang semakin meningkat dan kehilangan tanah serta rumah yang didiami lebih 40 tahun lalu, sudah tentu keadaan itu amat menyedihkan, apatah lagi banyak kenangannya sepanjang tinggal di kawasan berkenaan.

Menurutnya, keprihatinan pihak berkenaan terhadap nasib dirinya amat diharapkan.

"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini cuma berharap agar memperoleh tanah dan rumah sendiri.

"Disebabkan terlalu memikirkan hal ini, ia benar-benar mengganggu kehidupan dan kesihatan makcik," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, masalah dihadapi Hasnah sememangnya mendapat perhatiannya.

"Saya tidak pasti sama ada masih ada ruang atau peluang buat kerajaan negeri menimbang semula perkara ini.

"Pada pandangan saya, masalah seperti ini mungkin boleh diatasi jika warga emas ini diberikan tanah anugerah sebagai penyelesaian dengan menyediakan tapak rumah untuknya membina rumah," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan cuba mengkaji semula undang-undang berkaitan tanah adat jika boleh dikategorikan sebagai tanah rizab Melayu supaya setiap tanah yang diambil diganti semula dengan tanah.

Hadir sama, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8891399.asp

Aktiviti korek pasir N.Sembilan makin serius, tidak terkawal

Posted: 21 Mar 2011 09:12 PM PDT


Laporan ketua Audit Negara 2009 menyatakan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Berita Harian 22 Mac 2011 menyatakan kegiatan mengorek pasir di Sungai Pajam di Kampung Gebok telah menyebabkan kualiti air terjejas dan tanah milik penduduk kampung mengalami hakisan.

Laporan Ketua Audit Negara tersebut di http://amkns.blogspot.com/2010/11/bila-sprm-nak-siasat-kes-lombong-pasir.html

Gambar-gambar aktiviti korek pasir N.Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html


TERHAKIS
BERITA HARIAN 22 Mac 2011

NILAI: Kegiatan mengorek pasir di Sungai Pajam di Kampung Gebok di sini sejak kira-kira dua bulan lalu, menyebabkan kualiti air terjejas dan tanah milik penduduk kampung mengalami hakisan.

Tinjauan Sentral mendapati, masalah itu berlaku kerana aktiviti di tapak berkenaan dipercayai tidak mematuhi beberapa garis panduan penting dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pemberian permit pengambilan pasir sungai.

MALAH, PIHAK BERKUASA NEGERI INI SEAKAN-AKAN TIDAK MEMPEDULIKAN HASIL LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009 BERHUBUNG KELEMAHAN 'PENGURUSAN AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN PENGAMBILAN PASIR SERTA KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR' yang dikeluarkan Oktober tahun lalu.

Seorang penduduk, Kamarulzaman Abu Bakar, 50, mendakwa pihaknya hairan bagaimana pengusaha terbabit dibenarkan beroperasi sejak lebih sebulan lalu kerana mengikut garis panduan JPS, aktiviti berkenaan tidak dibenarkan di sungai yang kelebarannya kurang 10 meter.

"Selain itu, pengusaha juga gagal memastikan hakisan tidak berlaku kerana tebing sungai di kawasan berkenaan (lokasi dikorek) serta di kampung yang terletak di kawasan lebih tinggi mula runtuh sedikit demi sedikit.

"Kesalahan lebih nyata (mengikut garis panduan JPS) adalah pengusaha meletakkan timbunan pasir betul-betul di tepi tebing sungai itu dan di situlah ia dicuci dan diangkut menggunakan lori manakala air cucian pula disalirkan semula ke sungai.

"Sedangkan mengikut peraturan, pasir perlu diletakkan sekurang-kurangnya 10 meter dari tebing sebagai `stockpile' sementara, sebelum dibawa untuk dicuci dan dihimpunkan di `stockpile' utama yang sepatutnya terletak 20 meter dari tebing sungai," katanya.
Beliau berkata, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan sudah menghantar aduan kepada pejabat Menteri Besar, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta JPS negeri namun tiada tindakan berkesan diambil.

Berhubung laporan Ketua Audit Negara 2009, kelemahan yang dikesan ketika pengauditan pada September 2009 hingga Disember 2009 antaranya membabitkan kelemahan pemantauan pihak berkuasa terhadap arahan supaya kontraktor menyediakan tiga kolam enapan bersiri untuk mengawal kelodak cucian pasir memasuki sungai.

Bagaimanapun, ketika tinjauan ini dibuat, kontraktor di kawasan berkenaan tidak menyediakan kolam enapan sedemikian dan sehingga kini tiada pula tindakan dikenakan terhadap mereka menyebabkan penduduk menganggap pihak berkuasa tidak berusaha memperbetulkan keadaan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Zawawi Abd Rashid, 54, mendakwa kontraktor menceroboh sebahagian tanahnya tanpa kebenaran untuk melakukan aktiviti itu.

"Saya berjumpa seorang kakitangan syarikat itu dan menunjukkan geran tanah, namun dia mendakwa tanah berkenaan milik kerajaan dan syarikatnya mempunyai permit mengorek pasir di kawasan berkenaan," katanya yang kemudian membuat laporan polis.

Beliau berkata, aktiviti berkenaan membimbangkan penduduk kampung kerana arus sungai akan menjadi lebih kuat ketika musim hujan tidak lama lagi dan akan menyebabkan tebing sungai di kawasan kampung runtuh.

Sementara itu, Pengarah JPS negeri, Hashim Osman, berkata kontraktor terbabit diberi permit menjalankan kerja mengorek pasir, namun pihaknya tidak mengetahui pelanggaran garis panduan berkenaan.

"Kita akan menyiasat dakwaan ini secepat mungkin dan akan menghantar laporan kepada PTG untuk tindakan lanjut," katanya.

Mengulas mengenai syarat kelebaran sungai untuk aktiviti itu, Hashim berkata, pihaknya memberi kelonggaran dalam kes tertentu termasuk jika kawasan berkenaan sering dilanda banjir dan memerlukan kerja pendalaman sungai.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terhakis/Article

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 22 Mar 2011 09:03 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Tahniah Jabatan Amal Sepangar di atas penganjuran 'Liga Futsal Unit Amal 2011'

Posted: 21 Mar 2011 06:40 PM PDT

DPP Sepangar mengucapkan tahniah kepada Jab. Amal kawasan berserta Lajnah Sukan kerana berjaya menganjurkan 'Liga Futsal Unit Amal 2011' baru-baru ini. Acara yang julung-julung kali diadakan ini berjaya mengumpul 7 pasukan dari kampung-kampung berdekatan, antaranya, Kg.Kibagu, Kg.Kelansanan, Kg.Tebobon, Kg.Warisan, Kg.Rampayan, Kg.Bangka-Bangka dan Kg.Keboni selain dari pasukan Unit Amal sendiri iaitu Unit Amal Dream Team.


Kesempatan ini juga DPP Sepangar ingin sekali mengucapkan tahniah kerana semua pasukan yang bertanding kerana telah menunjukan semangat setiakawan yang sangat baik dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Seterusnya kejayaan pengunjuran 'Liga Futsal Unit Amal' ini membuktikan bahawa matlamat bersukan satu ibadah berjaya membentuk keperibadian yang mulia dikalangan pemain. Sekali tahniah pada semua yang terlibat.

Berita lanjut disini
Sumber: http://amalsabah.blogspot.com/


Sepangar, 20hb Mac: Jabatan Amal kawasan Sepangar hari ini telah melancarkan dengan rasminya pasukan Futsal unit amal kawasan yang dinamakan 'Unit Amal Dream Team'. Pasukan ini ditubuhkan bagi menyediakan ruang kepada pemuda-pemuda yang berminat dengan sukan Futsal untuk beraksi atas nama Unit Amal.

Pasukan Futsal: Unit Amal Dream Team

Sehubungan dengan itu juga, Jabatan Amal kawasan Sepangar telah berjaya menganjurkan Liga Futsal Unit Amal 2011. Program yang diadakan di Futsal City, Rampayan ini telah mendapat sambutan dari 7 buah pasukan futsal disekitar Sepangar yang mewakili kampung-kampung mereka. Pertandingan yang dianjurkan ini menghadiahkan wang tunai sebanyak RM400 kepada juara, RM300 naib juara dan RM200 tempat ketiga.


Pada sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ust Zulfikar Abdullah sebelum pertandingan dimulakan, beliau mengingatkan kepada para peserta bahawa hasrat penganjuran Liga Futsal ini adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan membina persahabatan. Selain dari itu beliau mengingatkan bahawa bersukan merupakan satu ibadah, maka ianya pasti akan memberi pahala, maka bermainlah dengan penuh disiplin dan berhemah.

Pada pertandingan ini pasukan DullBlas dari Kg.Kibagu telah berjaya menjadi juara. Tahniah kepada semua pasukan yang terlibat dan juga urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program ini juga kepada para penyumbang (sponcer). Jumpa lagi pada Liga Futsal Unt Amal 2012 nanti.

Gambar sekitar pertandingan:

Perlawanan akhir sedang berlangsung antara Warisan FC vs Dullblass Team

Pasukan Dullblas menjulang piala kemenangan Liga Futsal Unit Amal 2011

Juara dan Naib Juara bergambar bersama

Pasukan yang tidak berjaya juga turut mendapat cenderahati (hamper)

Bergambar bersama pengadil profesional

PAS Kulaijaya

Posted: 22 Mar 2011 07:49 AM PDT

PAS Kulaijaya


QUNUT NAZILAH : KEPENTINGAN KEPADA PEJUANG KEADILAN DAN KEBENARAN

Posted: 21 Mar 2011 07:10 PM PDT

PESTA TEMBERANG BERMULA DI SARAWAK

Posted: 21 Mar 2011 07:03 PM PDT

Pemuda PAS Merbok

Posted: 22 Mar 2011 07:07 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


AKADEMI PEWARISAN PAS MERBOK

Posted: 22 Mar 2011 01:26 AM PDT

Solat Asar Berjamaah Serta Bacaan Mathurat




Program Di Madrasah Az Zubaidiah,Merbok



Para remaja turut didedahkan dengan berbagai aktiviti pembangunan minda dan rohani

Sebahagian daripada remaja puteri yang turut serta




Program Bulanan Remaja Akademi Pewarisan PAS Merbok

Alhamdulillah, program pembangunan remaja anjuran Jabatan Pembangunan Pelajar,DPPKM telah berjaya dijalankan dengan begitu baik.JPP yang dikendalikan oleh Ust Naser Jamaludin telah mengadakan 2 program yang melibatkan lebih 15 cawangan PAS.

Program pertama diadakan di Madrasah Zubaidiah Merbok pada bulan disember 2010 dan program seterusnya diadakan di Pusat tarbiah PAS Merbok,PUTIM. Berbagai pengisian diadakan khusus untuk para remaja yang menjadi peserta seperti slot motivasi,ujian minda perjuangan,bincang-bincang dan lainnya.

SEMINAR PEMANTAPAN GURU PASTI KAWASAN MERBOK

Posted: 23 Oct 2010 09:26 AM PDT

Jabatan Pasti Kawasan Merbok dengan kerjasama Majlis Guru Pasti Merbok telah berjaya mengadakan Program Seminar Pemantapan Guru Pasti Kawasan pada Disember 2011 yang lalu.Program yang melibatkan hampir keseluruhan guru-guru PASTI seluruh kawasan Merbok itu diadakan di dewan Hotel El Zahraa In,Sg Petani. Program dianjurkan oleh Majlis Guru Pasti Merbok dengan kerjasama Jabatan PASTI negeri Kedah.

































Serpanjang kurusu, guru-guru telah dideadahkan dengan berbagai ilmu yang berkaitan pendidikan anak-anak peringkat Pra Sekolah. Penceramah-penceramah didatangkan khas daripada Jabatan PASTI Negeri. Tahniah juga kepada pengerusi PASTI kawasan Merbok,sdr Zamri bin Abd Hamid yang telah bertungkus lumus berusaha menganjurkan program tersebut.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 22 Mar 2011 03:32 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Membunuh Karakter DSAI Untuk Menamatkan Sebuah Perjuangan Rakyat

Posted: 21 Mar 2011 07:22 PM PDT

21 Mac - Setelah dituduh melakukan pelbagai siri liwat, melebamkan mata sendiri dalam tahanan polis, agen yahudi, agen CIA, perasuah dan pengkhianat negara, terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh pula sebagai seorang penzina yang tegar berikutan video seks yang didedahkan kepada pengamal media sebuah hotel di ibu negara.

Pilihanraya Sarawak yang akan bermula dan PRU ke 13 yang akan datang dijangka akan menyaksikan penyebaran video lucah tersebut akan sampai hampir ke setiap ceruk dan pelusuk negara, sekaligus menjadikan masalah sosial masyarakat terutama yang melibatkan remaja akan semakin meruncing dalam negara kita.

Taktik membunuh karakter seseorang pemimpin dengan cara seperti ini melambangkan sebahagian pemimpin, pelobi dan pengamal media di negara kita sudah tidak ada roh, kering, tandus dan bersedia menerima segala penipuan dan pembohongan, yang bukan sahaja sekadar menjadi bahan bualan di kedai kopi, tetapi juga sebagai berita utama yang disiarkan oleh media utama di seluruh negara.

Berikut kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 



Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.



Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.


ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 22 Mar 2011 03:12 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Sejenak Turun ke Lapangan

Posted: 22 Mar 2011 02:04 AM PDT

Alhamdulillah pada hujung minggu yang lalu DPPKR telah berjaya turun bertemu dengan Rakyat bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim. Skuad Prihatin DPPKR yang di ketuai Sdr Zainal Said yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja amat berbesar hati dengan program yang telah dijalankan.

Disamping itu juga beliau mengucapkan Jutaan terima kasih kepada seluruh Rakyat khususnya di Kota Raja kerana sudi menerima kunjungan nya.

Di samping itu juga sebahagian pemuda Kota Raja juga turun menziarahi golongan-golongan yang sememang amat besar jasa baktinya di Kawasan Kota Raja ini. Jalan kebun merupakan destinasi yang dipilih.

Selain menziarahi pihak DPPKR juga dengan kerjasama PAS Cawangan-cawangan Jalan Kebun turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan percuma bersama Doktor sukarelawan yang juga turut menyertai misi mendekati rakyat di Jalan Kebun.



Penyelaras Program yang juga merupakan Bendahari DPPKR

Kelihatan adik Briged Amal juga turut serta

Doktor Sukarelawan yang turut serta

Wak Ali yang baru mendapat tahu beliau menghidapi Penyakit Parkinson

Wak Ismail terpancar kegembiraan di wajahnya walaupun Nikmat mata yang Allah beri telah tidak boleh digunakan lagi.

Ajk Muslimat cawangan dan Nisa' juga turut mengambil bahagian

Anak wak Ismail menunjukkan ubat mata yang menjadi teman kepada wak ayahanda tercinta


Wak Jemali yang telah uzur. Apabila ditanya tentang umur beliau telah menjangkau 85 tahun

Antara rutin harian ialah mentadabbur Al Quran walaupun matanya tidak nampak, tetapi tetap bersungguh-sungguh mentadabbur Al Quran. Kelihatan beliau mengaluarkan kanta bagi membantu nya membaca Al Quran.

Pakcik Ahmadan yang terlantar kerana penyakit buah pinggang. Setiap minggu perju menjalani rawatan Homodealisis
 Semoga dengan usaha yang kerdil ini di nilai oleh Allah swt sebagai salah satu Jariah yang mampu kita lakukan bagi menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini.

Menerima sedikit sumbangan dari pihak kami.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 22 Mar 2011 01:40 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


PAS tanding 3 ke 6 kerusi Dun Sarawak

Posted: 22 Mar 2011 01:00 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 23 Mac: PAS akan meletakkan calon bertanding antara tiga ke enam kerusi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.

Untuk itu, katanya, parti tersebut menyerahkan kepada Timbalan Presiden, Nasharuddin Mohd Isa, untuk urusan perbincangan dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Bagi tujuan itu jawatankuasa DUN yang mahu ditandingi itu telah dibentuk dan kerja-kerja awal telah berjalan. Saya lihat Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak pun bagus dan menunjukkan kesungguhan," katanya di pejabatnya di sini.

DUN Sarawak dibubarkan semalam bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dun. Pada pilihan raya negeri lepas (2006), PAS hanya bertanding di N24 Beting Maro dan calon PAS Alem Din PAS hanya tewas kepada BN dengan majoriti 895 undi.

Menurut Tuan Ibrahim, di Sarawak agak kurang kempen isu kaum dan berbeza dengan Semenanjung. Sementara PAS pula akan menumpukan isu tanah, isu pembangunan dan isu pengabaian terhadap rakyat

"Fokus kempen kita yang pertama akan ditumpukan kepada isu tanah. Tanah adat telah dirampas secara zalim di mana tanaman mereka telah dimusnahkan dan tanah tersebut diserahkan kepada kroni.

"Kedua isu pembangunan, di mana pembangunan sangat teruk di Sarawak. Bayangkan hanya setengah jam perjalanan dari bandar Kuching, kemudahan asas sudah tidak ada. Bagaimana kerajaan mahu membawa Malaysia maju 2020.

"Ketiga, isu pengabaian terhadap rakyat oleh oleh Adun-Adun BN sehingga ada di anatara mereka yang tidak pernah turun padang menjenguk rakyat," katanya yang baru pulang dari Sarawak.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengakui kesedaran politik kepada masyarakat luar bandar di Sarawak amat ketara sehingga mereka tidak tahu hak mereka.

Katanya, antara lain disebabkan kawasan yang luas dan maklumat susah nak sampai sebab itu PR minta tempoh kempen dipanjangkan sehingga dua ke tiga minggu.

"Bayangkan, terdapat dua jurang masyarakat yang melampau di Sarawak iaitu yang kaya sangat kaya manakala yang miskin pula terlampau miskin.

"Jadi sasaran kita ialah berusaha untuk menafikan majoriti dua pertiga BN di dewan bagi memperjuangkan hak rakyat yang tidak menggambarkan di negara 50 tahun merdeka.

"Sebab itu pada seminar anjuran Lajnah Tanah PAS Pusat di Sarawak yang saya hadiri dulu ada sedikit sambutan. Saya katakan kepada mereka bahawa perubahan dan kekuasaan berada di tangan rakyat sendiri," katanya.

Tambahnya, usaha dan gerak PAS menampakkan sedikit kesan dan harapan mereka kepada PR tinggi.

"Kita harap pengundi Sarawak akan menghantar isyarat kepada Putrajaya bahawa 'tsunami politik 2008' masih berjalan."

Harakahdaily/-
Oleh : Khairil Abdul Rahim.

Pegawai JPJ didakwa terima rasuah RM150

Posted: 22 Mar 2011 12:47 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM150 bagi menyelesaikan dua kes saman JPJ.

Mengikut kertas pertuduhan, P.Prakash, 29, dari Kampung Jawa, Kuantan, didakwa menerima RM150 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk menyelesaikan dua saman JPJ kerana tidak memakai tali pinggang keledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Gunting Arif MZ, Cenderawasih, Kuantan pada 8 Jun 2010, kira-kira jam 2.25 petang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Shafinaz Shabudin.

Hakim Fathiyah Idris kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 22 April depan bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

Sinar Harian/-

Mengapa Tema Serangan Anwar Tidak Pernah Berubah?

Posted: 22 Mar 2011 12:30 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOMENTAR : Pada 1998 satu gerakan tersusun menyusup masuk dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di mana Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. Anasir ini membekalkan buku "50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri" dalam beg cenderamata perhimpunan.

Anwar berang dengan perbuatan licik itu dan membuat laporan polis. Beliau berasa difitnah. Polis pun menyiasat. Anwar pula mengarahkan peguam untuk menyaman penerbit buku itu, Allahyarham Khalid Jafri.

Akhirnya, dalam usaha mahu membersihkan namanya dari pelbagai fitnah yang terkandung dalam buku itu, siasatan polis itu beralih kepada Anwar sendiri. Natijahnya kini sejarah. Anwar dibicarakan, dan dalam proses itu pelbagai cerita menggiurkan didedahkan di mahkamah.

Namun separuh jalan, mahkamah memutuskan untuk menolak cerita-cerita seks yang dikatakan membabitkan Anwar dan akhirnya tuduhan dipinda dan Anwar disabitkan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa. Dia pun dipenjarakan.

Hari ini, skrip hampir sama berulang. Seorang yang memperkenalkan dirinya Datuk "T" menayangkan video seks yang menggambarkan perlakuan seks membabitkan lelaki seiras Anwar.

Malah Datuk T berkata, beliau akan mengirimkan salinan video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya. Beliau memberi mereka tempoh seminggu untuk meletakkan semua jawatan politik.

Datuk T menegaskan bahawa beliau tidak mahu membabitkan kerajaan dalam kes ini. Jika pemimpin terbabit tidak mahu meletak jawatan beliau akan menggerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menubuhkan pasukan bertindak khas untuk membuat siasatan forensik terhadap video berkenaan.

Meskipun Datuk T tidak mahu kerajaan terbabit, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddiin Hussein tidak dapat mengawal "kegayatan dan naluri politiknya" untuk memberi komen terhadap kemunculan video seks ini.

Hishamuddin berkata, orang yang terbabit dalam video seks, jika berasa dirinya difitnah, harus buat laporan polis. Biar polis siasat. Anak Perdana Menteri Ketiga ini berkata, polis tidak sama sekali terbabit dalam pembikinan video ini. Aneh!

Siapa yang bertanya dan mengapa pula menteri ini perlu menafikan pembabitan polis dalam pembikinan video yang beliau sendiri dakwa "belum tonton dan mungkin tidak akan menontonnya?"

Namun beliau berkata, jika video itu benar membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, maka terpulanglah kepada rakyat untuk menilai peribadinya. Apakah itu sebenarnya matlamat Datuk T dan mereka yang bersengkongkol dengannya -- bina persepsi atau prasangka terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?

Kemunculan video seks kali ini ditayangkan secara teratur – jemput wartawan tempatan pada sebelah pagi dan wartawan media asing pada sebelah petang – di hotel ternama di Kuala Lumpur.

Bayangkan betapa banyak yang perlu dibelanjakan oleh Datuk T! Sudah tentu ini projek besar yang memerlukan biaya daripada institusi yang kukuh kewangannya.

Nampaknya, kempen untuk mengaib dan membunuh kerjaya politik Anwar ini tidak pernah mengubah temanya. Sejak 1998 sasaran musuh politik Anwar ialah pegangan moralnya. Ini membabitkan kes mengurat isteri orang, liwat dan, amalan zina.

Anehnya, soal yang menjadi senjata utama Anwar terhadap seteru politiknya – salah guna kuasa, dan rasuah tidak pernah cuba digunakan terhadap Anwar.

Ini menunjukkan bahawa musuh Anwar tidak dapat mencari fakta atau merekacipta bukti membabitkan Anwar dalam amalan curang ekonomi seperti rasuah.

Sebaliknya, mereka mencongak jika maruah Anwar boleh dipertikaikan, tuduhan Anwar terhadap amalan salah guna kuasa dan rasuah, pemimpin-pemimpin politik Umno-BN akan larut begitu sahaja dan dilupakan orang.

Begitu juga dalam kes mahkamah yang membabitkan konspirasi liwat kedua yang sedang berlangsung. Apabila melihat hakim menolak bukti rekacipta polis, Umno dan konco-konconya berdemonstrasi menagih Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau. Jika tidak, ia membuktikan Anwar takut kerana bersalah.

Namun kerana corak dan tema dakwaan terhadap Anwar ini sama sahaja, ia menggambarkan betapa dangkalnya pemikiran politik musuh-musuh Anwar. Mereka cuba menabur persepsi bahawa sebagai seorang yang bermoral rendah (seperti kata musuh nombor satu Anwar, Dr Mahathir Mohamad) Anwar tidak layak jadi pemimpin.

Apa yang menakutkan mereka sekarang sebenarnya ialah, bagaimana jika kerjaya politik Anwar terus mekar selepas pilihanraya negeri Sarawak dan kemudian pilihanraya umum ke-13? Dan, Anwar benar-benar jadi pemimpin utama negara? Maka teruslah mereka berpaut kepada modal tohmahan video seks dan kes liwat dengan harapan rakyat percaya.

Tv Selangor/-

Anwar dakwa Najib tahu video lucah

Posted: 22 Mar 2011 12:15 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah yang melibatkan seorang lelaki dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara, semalam.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, beliau berkata, ini kerana penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.

"Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, pihak atasan polis tahu perkara ini," dakwanya.

Ini, tambahnya kerana notis telah diberikan kepada pihak media untuk tayangan video berkenaan.

Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, untuk tujuan menghina Anwar, pihak berkenaan boleh melakukan apa sahaja.

Beliau turut mengingatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya jangan menjadikan laporan polis itu untuk menghalang kerjayanya di dalam politik.

"Jangan gunakan laporan polis untuk tutup kerjaya saya dalam politik. Kita teruskan kerjaya kita," tegasnya.

Turut mengiringi beliau membuat laporan itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, naib Presiden PKR, Tian Chua dan N Surendran, beberapa ahli parlimen PKR, R Sivarasa, M Manikavasagam, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya.

Harakahdaily/-

Mayat Lelaki Yang Terjatuh Ke Laut Ditemui Terapung

Posted: 22 Mar 2011 12:00 AM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH: Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika sedang memancing ikan di Jeti Sungai Pinang, Pulau Pangkor semalam ditemui mati, Selasa.

Mayat Leo Ding Koon, 54, berasal dari Pulau Pangkor ditemui terapung di bawah jeti berkenaan pada pukul 8.30 pagi ini oleh Pasukan Polis Marin dan dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman berkata lelaki itu dilapor memancing di jeti berkenaan seorang diri pada pukul 11 pagi semalam.

"Ketika memancing mangsa dikatakan tergelincir lalu terjatuh ke dalam laut dan beberapa orang awam yang menyedari kejadian itu telah menghubungi polis," katanya
ketika dihubungi di sini Selasa.

Sementara itu, seorang pembonceng maut apabila motosikal yang ditunggang rakannya merempuh seekor kerbau di Jalan Ipoh-Lumut dekat sini pada pukul 2.15 pagi ini.

M.Rajkumar, 22, yang tinggal di Kuarters Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakannya yang menunggang motosikal itu cedera ringan.

mStar/-



Video Seks: Anwar Buat Laporan Polis

Posted: 21 Mar 2011 11:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks yang didakwa dirinya.

Beliau tiba pada pukul 10.35 pagi dengan diiringi isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut menemani beliau termasuk pemimpin-pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), antaranya Naib Presiden, Tian Chua; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan bekas Timbalan Presiden, Prof Dr Syed Husin Ali serta Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Kira-kira 70 penyokong PKR turut berarak ke perkarangan IPD Dang Wangi.

Selepas hampir sejam setengah Anwar dilihat keluar daripada IPD Dang Wangi kira-kira pada pukul 12 tengah hari bersama isterinya.

Dalam laporannya, Anwar mendakwa individu yang menyebar dan menayangkan video seks berkenaan telah melakukan jenayah fitnah, intimidasi jenayah serta terlibat dalam konspirasi terancang untuk menjatuhkan kredibiliti politik serta mengaibkan beliau.

"Saya percaya ada penglibatan pihak-pihak tertentu di sebalik mereka ini yang telah kelihatan di Carcosa Seri Negara dan mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka.

"Saya menuntut satu siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dijalankan dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga saya di bawa ke muka pengadilan," katanya.

NURUL AIN MOHD HUSSAIN
mStar/-

4 negara cari formula demokrasi

Posted: 21 Mar 2011 11:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Ketegangan berterusan di Syria, Yaman, Mesir serta Bahrain

SANAA: Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh memecat kerajaannya kelmarin di saat rakyatnya berhimpun untuk menyertai pengebumian 52 orang awam yang ditembak anggota keselamatan dan krisis terus meruncing apabila pemimpin kanan tertinggi tentera, Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar meletakkan jawatan bagi menyertai penunjuk perasaan.

"Krisis ini bertambah rumit, membawa negara ke keganasan serta perang saudara. Kami umum menyokong dan melindungi belia yang memprotes di dataran universiti Sanaa," kata Ahmar, komander tentera yang pernah bersahabat baik dengan Saleh.

Berikutan peletakan jawatan Ahmar, Saleh mengarahkan kereta kebal ditempatkan dan berkawal di luar istana presiden di Yaman. Kereta kebal turut ditempatkan di bank pusat dan Kementerian Pertahanan. Pentadbiran Saleh turut bergoncang apabila Duta Yaman ke Bangsa-Bangsa Bersatu, Abdullah Alsaidi dan Menteri Hak Asasi, Huda al Baan turut memprotes pembunuhan orang awam dan meletakkan jawatan.

Di DARAA, seorang maut dan lebih 100 cedera kelmarin apabila pasukan keselamatan Syria menembak penunjuk perasaan yang merusuh di sini, kata aktivis hak asasi pada hari ketiga pergolakan.

Seorang pegawai Syria menafikan laporan kematian dan menuduh 'pengacau' mencetuskan rusuhan ketika menteri kabinet, dikerah presiden melawat bandar ini untuk memberi penghormatan kepada dua penunjuk perasaan yang maut dalam keganasan Jumaat lalu.

Pasukan keselamatan disokong polis berpakaian preman melepaskan peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah 'lebih 10,000 penunjuk perasaan,' kata seorang aktivis sambil menuduh 'gas pemedih mata bercampur bahan toksik' digunakan.

Di KAHERAH, pungutan suara di Mesir Sabtu lalu dianggap berjaya dengan parti Islam dijangka menang.

Sebanyak 77 peratus penduduk Mesir bersetuju dengan pindaan perlembagaan yang dicadangkan bertujuan memberi panduan kepada negara paling ramai penduduk dalam dunia Arab itu mengadakan pilihan raya parlimen dan presiden baru dalam masa enam bulan.

Pergerakan Ikhawanul Muslimin memberi sokongan dan menjadi pertubuhan utama di belakang undian 'ya' walaupun kumpulan pemuda yang terbabit dalam bantahan memaksa Hosni Mubarak meletak jawatan bulan lalu memilih untuk mengundi 'tidak'.

Di MANAMA, Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al Khalifa berkata pakatan asing terhadap negaranya dipatahkan dan berterima kasih kepada tentera negara jiran kerana membantu menamatkan pemberontakan selepas beberapa minggu meletus.

"Saya mengumumkan kegagalan cubaan luar untuk mencetuskan kacau bilau di negara ini," katanya yang dipetik agensi berita BNA.

Berita Harian/-

Cubaan bunuh Muammar Gaddafi

Posted: 21 Mar 2011 10:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

ASKAR Libya meninjau kemusnahan bangunan pentadbiran Gaddafi di Tripoli selepas dibom, semalam.

Gelombang kedua serangan udara sasar kediaman pemimpin Libya di Tripoli

TRIPOLI: Armada perang Barat melancarkan gelombang kedua bedilan dari udara terhadap sasaran di Libya semalam dengan satu serangan peluru berpandu dilancarkan terhadap kediaman pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, di Tripoli ditafsirkan sebagai cubaan membunuhnya.

Bangunan tiga tingkat itu terletak berdekatan khemah yang biasa digunakan Gaddafi. Serangan berlaku ketika 300 penyokong Gaddafi berada di sekitarnya tetapi tidak diketahui berapa ramai cedera atau maut.

Sebelum ini, Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox menyatakan Gaddafi berkemungkinan menjadi 'sasaran sah' tentera bersekutu.
Pengerusi Kakitangan Turus Bersama Amerika Syarikat, Laksamana Mike Mullen, berkata zon larangan terbang sudah berkuat kuasa.

Pegawai Amerika cuba mengelak operasi tentera terbaru dengan tindakan menggulingkan Presiden Iraq, Saddam Hussein, menekankan misi kali ini bukannya membunuh atau menjatuhkan Gaddafi.

Mullen memberitahu televisyen CBS bahawa matlamat kempen udara itu belum pasti dan keadaan mungkin buntu, Pegawai kesihatan Libya berkata, 64 orang awam terbunuh kerana bedilan jet negara Barat.

Serangan pertama pada Sabtu lalu menyaksikan 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan bertujuan menyekat kemaraan tentera Gaddafi di bandar Benghazi dan menyasarkan pertahanan udara Libya bagi membolehkan jet pejuang Barat meronda ruang udara Libya.

Serangan kedua menyasarkan tentera Gaddafi di bandar Ajdabiyah di timur Libya. Jurucakap tentera Libya mengumumkan gencatan senjata terbaru kelmarin mulai 9 malam waktu tempatan (3 pagi di Malaysia).

Ada kebimbangan askar Libya akan cuba masuk ke pusat bandar selepas Gaddafi berikrar bertarung hingga ke titisan darah terakhir.

Di kota Benghazi, beberapa letupan dan tembakan senjata api kedengaran sekali sekala. Saksi berkata, tembak menembak itu berlangsung 40 minit.

Campur tangan ketenteraan di Libya selepas diluluskan Majlis Keselamatan PBB adalah operasi terbesar terhadap sebuah negara Arab sejak pencerobohan Iraq pada 2003.

Sinar Harian/-

BN gagal: Hadi

Posted: 21 Mar 2011 10:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MARANG – Pas menyifatkan Barisan Nasional (BN) gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak walaupun diberikan peluang selama berpuluh tahun memerintah negeri itu.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini.

Abdul Hadi berkata, cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri Sarawak untuk berundur daripada jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak.

Menurutnya, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.

"Kesimpulannya, BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat luar bandar dipinggirkan selama puluhan tahun ini.

"Kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik daripada keadaan di bawah BN selama ini," katanya dalam satu kenyataannya di sini, semalam.

Sementara itu, beliau juga meminta jentera Pilihan Rya Pas Sarawak dan negeri yang akan membantu agar mula turun gelanggang dengan petugas anak tempatan untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak.

"Selain cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik daripada kepimpinan BN yang ada pada hari ini," katanya.

Sinar Harian/-

Rugi RM10,000 akibat dipukau

Posted: 21 Mar 2011 09:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUANTAN – Seorang kakitangan awam terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 10, 000 akibat terpedaya dengan kad cabutan bertuah yang ditawarkan seorang wanita yang mengetuk cermin keretanya di tempat letak kereta, East Coast Mall, pada 24 Januari lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 29, berkata, pada mulanya dia enggan menerima tawaran itu, bagaimanapun, dia seolah-olah dipukau kerana hanya mengikut semua arahan yang diberikan.

"Setelah saya membuka kad cabutan bertuah itu, wanita tersebut memberitahu bahawa saya telah memenangi cabutan bertuah dan perlu ke pejabatnya untuk mengetahui hadiah yang dimenangi.

"Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah kereta, motosikal, peti ais, tilam jed, set home theatre' dan banyak lagi," katanya ketika perbicaraan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Katanya, wanita tersebut turut memberitahu bahawa dia tidak perlu membuat sebarang bayaran untuk menuntut hadiah yang telah dimenangi.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus mengikut wanita itu ke pejabatnya yang terletak di Jalan Haji Ahmad. Bagaimanapun, setelah sampai, saya diminta untuk membuat pembayaran sebelum menerima hadiah tersebut.

"Biasanya, sebelum mengeluarkan wang di bank, saya akan meminta izin daripada suami terlebih dahulu. Tetapi hari itu, saya langsung tidak menghubunginya, malah terus ke bank untuk mengeluarkan wang," katanya.

Nurul berkata, setelah membuat pembayaran, barangan yang diterima tidak setimpal dengan wang yang diberi.

"Ketika itulah baru saya tersedar bahawa saya telah ditipu. Saya cuba merayu kepada pihak berkenaan untuk memulangkan bayaran yang telah diberi.

"Namun, pihak terbabit enggan berbuat demikian dengan alasan saya telah menandatangani borang perjanjian," katanya.

Turut menjadi mangsa, Mohd Khairul Nizam Mansor, 26, yang kerugian sebanyak RM 6,000 akibat ditipu oleh syarikat yang sama.

Katanya, dia didatangi seorang lelaki berbangsa Cina ketika membeli-belah di Kuantan Parade dan menawarkannya kad gores dan menang.

Tertarik dengan tawaran pelbagai hadiah lumayan, Khairul Nizam sanggup mengikut lelaki tersebut ke pejabatnya untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan.

Perkara yang sama turut berlaku kepadanya, apabila dia dikehendaki membayar RM 6,000 sebelum menerima hadiah yang telah dimenangi iaitu tilam jed dan dapur digital.

Dalam perbicaraan kedua-dua mangsa, TTPM telah mengeluarkan perintah tribunal kepada syarikat terbabit untuk membayar ganti rugi kepada mereka.

Menurut kenyataan Presiden TTPM, Reihana Abd Razak, syarikat terbabit diarah membayar ganti rugi kepada kedua-dua mangsa dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan bagi menyelesaikan tuntutan tersebut.

Pada masa yang sama, kedua-dua mangsa turut diarah memulangkan barangan yang diterima dalam tempoh yang sama sekiranya pihak syarikat telah membayar ganti rugi.

Bagaimanapun, ketika prosiding berlangsung, tiada wakil daripada pihak penentang yang hadir.

Sinar Harian/-

Van dinaiki masuk sawah, rempuh pokok

Posted: 21 Mar 2011 09:15 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR: Lima guru silat yang dalam perjalanan pulang selepas membuat persembahan silat di majlis kenduri kahwin di Sungai Buloh, Selangor terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbabas ke dalam sawah sebelum merempuh pokok di Jalan Titi Haji Idris di Pendang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, van yang dipandu Rashidi Ahmad, 24, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok, menyebabkan tiga penumpang termasuk bapanya, Ahmad Ismail, 60, dari Alor Rela, Langgar; Juhari Darus, 65, dari Kampung Pering, Kodiang dan Jumaat @ Saad Mat Akhir, 65, dari Malau, Jitra di sini, mati di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa, Sudin Idris, 65, dari Kampung Telaga Mas dan Eshak Awang Kechik, 78, dari Kampung Tualang, Pokok Sena, masing-masing meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, jam 8.15 pagi dan 11.15 pagi, semalam, manakala Che Ishak Hussin, 54, yang parah di kepala dan badan dilaporkan kritikal, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSB.

Tiga lagi mangsa termasuk Rashidi, Mohd Idris Mohd Senapi, 20, dan Ariffin Mahazun, 56, yang cedera ringan hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Difahamkan, van membawa sembilan penumpang yang semuanya guru dan ahli Persatuan Persilatan dan Pergendangan Negeri Kedah itu, bertolak secara berkonvoi dari Sungai Buloh bersama sebuah kenderaan lain untuk pulang ke Kedah, jam 8.30 malam, kelmarin.

Rashidi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rela, Langgar di sini, berkata, kejadian berlaku ketika sembilan penumpang yang berada dalam van itu sedang nyenyak tidur.

Dia mendakwa ketika kejadian tidak mengantuk kerana sudah mendapatkan rehat secukupnya, termasuk berhenti di lima Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang perjalanan pulang berkenaan.

"Saya ternampak seekor lembu besar tiba-tiba melintas di hadapan dan terpaksa mengelak menyebabkan van berkenaan terbabas dan masuk ke dalam sawah sebelum merempuh pokok.

"Akibat rempuhan itu, saya tercampak keluar daripada van terbabit dan hanya sedar ketika berada dalam ambulans. Ketika itu, saya juga tidak mengetahui nasib penumpang lain termasuk bapa," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Pendang, Asisten Superintendan T Pubadi ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati pemandu van dipercayai mengantuk, tetapi punca kejadian masih disiasat.

"Mayat mangsa dibawa ke HSB untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di kampung masing-masing petang ini (semalam) dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berita Harian/-

Dasar Kelantan dalam isu judi banyak bawa kebaikan

Posted: 21 Mar 2011 09:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU – Pemuda Pas Kelantan menyokong penuh dasar Kerajaan Negeri berhubung isu judi kerana pelaksanaan dasar itu secara konsisten selama ini ternyata membawa banyak kebaikan.

Naib Ketuanya, Hisham Fauzi berkata, pihaknya berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya dasar Kerajaan Negeri berkaitan isu itu yang memberikan kebaikan khususnya ke atas institusi keluarga.

"Malah jika dilihat dengan kaca mata agama, tindakan tersebut suatu kewajipan sebenarnya.

"Pemuda Pas menyeru mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan dasar itu mendapatkan penjelasan sebenar kenapa dasar ini diperkenal dan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, untuk lebih memperkemaskan pelaksanaan dasar ini pihaknya menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju merujuk perkara ini kepada Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri.

Katanya, langkah itu demi memastikan pelaksanaan dasar ini dilaksanakan mengikut lunas undang-undang berkaitan seperti Akta Rumah Judi Terbuka dan lain-lain undang-undang kecil di samping tetap memelihara hak rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Hisham yang juga Ketua Pemuda Pas Tanah Merah berharap usaha membanteras judi haram di Kelantan diteruskan pihak berkuasa berkaitan demi memastikan kegiatan gejala sosial di negeri Kelantan dapat di kawal dan nama baik negeri ini akan tetap dijaga.

Sinar Harian/-

Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks

Posted: 21 Mar 2011 08:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan keras menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan lelaki dalam video seks yang didedahkan pagi ini.

Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Anwar menyifatkan dakwaan seks itu sebagai "fitnah jahat" dan "jijik" yang "diselaras di peringkat kuasa tertinggi."

Katanya, lagi, tuduhan berkenaan juga bertujuan mengaibkan beliau dan keluarganya.
Pada masa video itu dikatakan dirakamkan, Anwar berkata beliau berada di rumah bersama kakitangannya, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anak dan cucu-cucunya.

Katanya, beliau juga telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video tersebut.
Tambahnya, beliau juga telah merekodkan tulisannya di Twitter pada tempoh berkenaan "supaya boleh memperkukuhkan hujah (beliau)."

"Melainkan anda melihat saya (mengemaskini Twitter) pada masa aksi itu," katanya lagi.

Bagaimanapun semakan ke atas rekod Twitter Anwar menunjukkan bahawa catatan-catatannya telah dibuat pada jam 9.20 malam dan 11.39 malam, tetapi tidak ada catatan dibuat antara jam 10.23 malam dan 10.45 malam, ketika video itu didakwa dirakam.

Bila seorang wartawan membangkitkan soal ruang waktu itu kepadanya, Anwar tidak menjelaskannya. Beliau hanya menjawab "tak apa, kita ada rekod (Twitter dikemaskini)".

(Turut dikesan, banyak kemaskini dibuat pada malam berkenaan di laman Facebooknya, termasuk 12 catatan antara jam 10.09 malam dan 10.52 malam. Tidak pasti pada masa ini, sama ada catatan itu mungkin dihasilkan secara automatik.)
Perut lebih buncit

Sambil tersenyum Anwar juga berkata, lelaki dalam video itu mempunyai perut yang "lebih buncit" berbanding beliau.

"Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya.
"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya," katanya yang disambut gelak ketawa oleh para pemimpin PKR yang turut hadir di sidang media berkenaan.
Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.

Jam tangan

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak mengetahui siapakah "Datuk T" yang dilaporkan terlibat dengan tayangan video berkenan.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai seutas jam tangan yang didakwa sebagai miliknya oleh "Datuk T."

Jam tangan itu didakwa telah hilang di lokasi rakaman video seks berkenaan.
Anwar ditanya wartawan: "Adakah Datuk Seri kehilangan seutas jam tangan Omega?"
Anwar menjawab, soalan yang sepatutnya ditanya adakah beliau memiliki jam sebegitu.
Anwar seterusnya berkata, beliau mempunyai jam seperti itu.

"Tanya (Wan) Azizah. Dia yang simpan...," katanya lagi sambil tersenyum.
Akan lapor polis

Ditanya lanjut, Anwar berkata beliau akan membuat laporan polis sebaik mengenalpasti siapakah pihak yang bertanggungjawab membuat tayangan berkenaan.

"Saya sedang merujuk kepada peguam untuk melihat apakah isunya. Saya belum melihat (video itu), saya tidak tahu siapa pembuatnya, saya tidak tahu sama ada ia akan diedarkan," katanya.

Dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, beliau turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "serangan fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."

"Visual yang ditayang tengahari di Carcosa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan saya, PKR dan Pakatan Rakyat.
"Kita tentu menuntut kepada pimpinan politik negara dan musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan politik kotor dan lucah ini.

"Jangan heret rakyat dan negara terjebak dalam politik kotor dan lucah kamu," katanya lagi yang membacakan satu kenyataan.

Malaysiakini/-
Salhan K Ahmad

Barat terus mengganas

Posted: 21 Mar 2011 08:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI - Kerakusan tentera bersekutu Barat untuk memusnahkan rejim pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dapat disaksikan apabila sebuah bangunan tiga tingkat di pusat tentera yang kerap digunakan Gaddafi musnah dalam serangan udara yang dilancarkan ke atas negara Arab itu, malam kelmarin.

Serangan itu adalah yang pertama dilancarkan ke atas Bab al-Azizia, iaitu kemudahan di Tripoli yang digunakan Gaddafi untuk menyampaikan ucapan bagi siaran televisyen sebelum ini.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai serangan ke atas negara pengeluar minyak itu mendakwa kononnya Gaddafi tidak menjadi sasaran tentera bersekutu.

Pentagon turut mengumumkan dua hari pertama misi itu dianggap berjaya kerana dapat melumpuhkan keupayaan rejim Gaddafi untuk menyerang balas penunjuk perasaan antikerajaan.

"Kami tidak mensasarkan Gaddafi. Mungkin beliau akan berada di sesuatu kawasan tanpa kami ketahui semasa serangan berlaku tetapi yang pasti kami tidak menyasarkan kediaman pemimpin itu," menurut jurucakap Pentagon.

Menurut AS, sebab utama campur tangan tentera bersekutu di Libya adalah bagi mewujudkan zon larangan terbang sejurus diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Khamis lalu.

Tentera bersekutu yang terdiri daripada Perancis, Britain dan AS dan beberapa negara lain mula menyerang aset ketenteraan Libya, Sabtu lalu, untuk melaksana usul yang didakwa bagi melindungi penduduk awam Libya.

AS melancarkan 124 peluru berpandu di seluruh Libya sejak Sabtu lalu dan tidak menolak lebih banyak serangan akan dilancarkan.

Sinar Harian/-

PKR Putus Calon Pilihan Raya Sarawak Ahad Ini

Posted: 21 Mar 2011 07:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memuktamadkan senarai calon bagi pilihan raya Sarawak semasa mesyuarat tertinggi parti itu, Ahad ini, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Isnin.

Bagaimanapun, katanya, bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh parti itu bergantung kepada rundingan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Khamis ini walaupun PKR sebelum ini menyatakan minat untuk bertanding 52 daripada 71 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

"Saya menemui mereka (pemimpin SNAP) semalam dan hari ini dan mereka telah melakarkan hala tuju dan kerusi yang mereka mahu bertanding. Saya menemui penasihat SNAP Datuk seri Daniel Tajem Ahad lalu dan setiausaha agungnya Stanley Jugol pada Isnin," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi butiran lanjut mengenai dua mesyuarat dengan SNAP kecuali mengatakan tidak ada pertengkaran mengenai pengagihan kerusi di kalangan pakatan pembangkang di Sarawak iaitu bertentangan dengan beberapa laporan media sebelum ini.

SNAP merupakan sebahagian daripada pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS di Sarawak.

Sementara itu, Jugol, ketika dihubungi, berkata SNAP telah menjelaskan kepada Azmin mengenai hasrat parti itu untuk bertanding 28 kerusi di kawasan majoriti Dayak di mana parti itu percaya mempunyai peluang baik untuk mencapai kemenangan.

"Azmin berjanji untuk membawa perkara ini kepada kepimpinan PKR sebelum Khamis ini," katanya.

Jugol juga menegaskan bahawa SNAP masih menjadi sebahagian daripada pakatan itu.

DUN Sarawak dibubarkan pada Isnin bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Pada pilihan raya negeri lepas, pada 2006, PKR dan SNAP masing-masing menang satu kerusi dengan calon PKR, Dominic Ng di Padungan dan Johnicol Rayong (SNAP)di Engkilili.

Johnicol mengisytiharkan dirinya Bebas selepas memenangi kerusi tersebut dan kini menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.

mStar/-

979,796 layak mengundi

Posted: 21 Mar 2011 07:00 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan senarai pemilih yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2010 untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-10.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah ketika dihubungi BERNAMA semalam ini berkata berdasarkan senarai pemilih itu, seramai 979,796 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri itu.

"Dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini (semalam) maka hanya pemilih yang mendaftar setakat 31 Disember 2010 saja yang layak untuk mengundi," katanya.

Pagi semalam, Speaker DUN Sarawa, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar, berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, hari ini.

Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 21,000 petugas SPR akan ditugaskan di setiap kawasan pilihan raya membabitkan 1,740 pusat pengundian dan 2,561 saluran pengundian, manakala RM45 juta dipohon SPR untuk menampung kos logistik termasuk penggunaan helikopter, bot laju, perahu panjang selain kenderaan pacuan empat roda.

Pilihan raya negeri sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

Berita Harian/-

Mahathir berhutang pada sejarah hidup sendiri

Posted: 21 Mar 2011 06:00 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Tun Mahathir Mohamad menjadi seorang tua yang berhutang pada sejarah hidupnya sendiri dan merasai penuh kekesalan dan kekecewaan.

Lantas, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (gambar), bekas perdana menteri itu cuba memperbetulkan kesilapan-kesilapannya melalui penulisannya.

Justeru, katanya di antara motif utama yang dapat disimpulkan dari tindakan Mahathir pada memoirnya kali ini adalah ingin mempengaruhi padangan umum (public opinion) terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini, tambahnya kerana tindakan pertamanya dulu semasa berkuasa untuk melumpuhkan Anwar telah gagal.

"Motif sebenarnya, hanya Allah dan dia sajalah yang tahu.

"Cuma sebagai seorang Islam, kita mestilah meyakini bahawa segala apa saja tindak-tanduk yang kita lakukan sama ada dalam bentuk percakapan, penulisan dan sebagainya, semuanya akan dicatat oleh malaikat raqib dan atiq.

"Dari catatan itu kelak kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak," ujarnya.

Justeru itu, kata beliau jika pada catatan ada unsur-unsur penipuan atau pembohongan maka kita akan menerima akibat azabnya daripada Allah di akhirat nanti.

"Mungkin beliau boleh membohongi ramai orang dan dirinya sendiri, tapi tiada siapa yang dapat membohongi Allah. Allah Maha Mengetahui.

"Tetapi apa yang perlu kita sedari juga bahawa sesuatu pembohongan itu walau dalam bentuk apa sekalipun akhirnya kebenaran akan datang," ujarnya lagi.

Malah, menurutnya sejak di dunia lagi manusia tidak dapat menerima pembohongan.

Kebenaran itu, jelasnya adalah yang hakiki dan Allah tidak akan redha serta akan ada manusia yang berjuang untuk menegakkan kebenaran walaupun ia akan memakan masa yang lama.

Kata pepatah Inggeris, You can fool some people some times but not all people all the times – kamu boleh menipu sesetengah orang pada sesuatu masa tapi tidak semua orang setiap masa.

Sehubungan itu, katanya adalah amat malang sekali bagi seorang tokoh negarawan seperti Dr. Mahathir menulis memoirnya mempertikaikan sejarah.

Beliau berkata, Mahathir seolah-olah cuba memperbetulkan kesilapan-kesilapannya dari kaca-matanya sendiri yang menjadikan memoirnya sangat kontroversial ataupun memang beliau sengaja mencari kontroversi.

"Dari kontroversi yang tercetus itu adalah amat malang sekali bagi beliau dalam usia lanjut melihat dan memikul persepsi buruk yang bertimpa-timpa pada hasil kerja buatnya yang terdahulu," katanya.

Harakahdaily/-

Muhyiddin tertekan rakyat Sarawak terima Pakatan

Posted: 21 Mar 2011 05:30 PM PDT

17 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Tohmahan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kehadiran Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak hanyalah sebagai pengacau (hantu jembalang) adalah tidak adil dan amat mengelirukan.

Kenyataan itu mempamerkan sikap pemimpin-pemimpin tertinggi Umno BN yang tidak demokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Malaysia.

"Ianya juga seolah-olah ingin memperbodohkan rakyat agar terus menyokong BN," kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Sesungguhnya, kata beliau dari tindakan Muhyiddin itu terselit rasa takut pemimpin-pemimpin tertinggi BN akan ditolak oleh rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini.

"Mungkin juga beliau mula rasa tertekan melihatkan sambutan hangat rakyat terhadap PR di Sarawak," ujarnya.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia membenarkan pembentukan pelbagai parti politik untuk memperjuangkan hak-hak dan kesejahteraan rakyat.

Malah, ujarnya BN sendiri adalah gabungan antara beberapa banyak parti-parti politik kaum.

Perlembagaan juga menjamin hak-hak tersebut, tiada sesiapapun yang boleh menafikannya.

Oleh itu, tambahnya tidak timbul sebarang masalah terhadap kehadiran Pakatan Rakyat di Sarawak.

Sebenarnya, tambah beliau dari sudut Perlembagaan ahli-ahli dan penyokong PR di Sarawak berhak terlibat terus dalam kancah politik negeri itu.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Sarawak untuk berusaha mencapai taraf hidup yang lebih baik serta membuat perubahan demi mencapai matlamat tersebut.

"Juga menjadi agenda utama PR untuk mengajak seluruh rakyat Sarawak bersama-sama berjuang membuat perubahan untuk mencapai matlamat yang lebih gemilang," ujarnya.

Katanya lagi, PR yakin bahawa rakyat Sarawak mampu berubah.

Harakahdaily/-

Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar

Posted: 21 Mar 2011 02:41 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
The Malaysian Insider.

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini (rakaman) video Anwar yang direka," kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini," kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, "beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi."

Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya "Datuk T" mempertontonkan rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan PR sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing dari China.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia adalah tuan punya diri dalam rakaman tersebut, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.

Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.

Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.

"Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam memoirnya yang dipasarkan awal bulan ini mendakwa bekas timbalannya itu pernah dibekalkan dengan empat wanita untuk khidmat seks pada 1990-an.

Anwar, yang kini berhadapan dengan kes liwat keduanya, telah menafikan tulisan Dr Mahathir itu.

Akhir 2007, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan untuk meletakkan jawatan selepas didapati muncul dalam rakaman video seks.

Pada 1989, bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran telah dipaksa meletakkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat berikutan kontroversi video seks.

SPR guna senarai pemilih sehingga 31 Dis. 2010

Posted: 21 Mar 2011 02:18 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING 21 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan senarai pemilih yang didaftarkan sehingga 31 Disember 2010 untuk pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah ketika dihubungi Bernama di sini hari ini berkata, berdasarkan senarai pemilih itu, seramai 979,796 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri ke-10 itu.

"Dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini maka hanya pemilih yang mendaftar setakat 31 Disember 2010 sahaja yang layak untuk mengundi," katanya.

Pagi ini Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof esok.

Utusan Malaysia/-

Tujuh maut dalam runtuhan selepas lombong meletup

Posted: 21 Mar 2011 02:12 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

QUETTA, Pakistan 21 Mac - Sekurang-kurangnya tujuh pelombong maut manakala 41 lagi masih terperangkap di bawah runtuhan selepas satu letupan berlaku menyebabkan lombong arang batu di wilayah Baluchistan runtuh.

Jumlah keseluruhan pelombong yang dapat dikenalpasti adalah seramai 48 orang.

Menurut pihak berkuasa, peluang mangsa yang tertimbus hidup amat tipis kerana lombong tersebut mempunyai kedalaman 1,200 meter.

Utusan Malaysia/-

Ali Abdullah Saleh pecat semua anggota Kabinet Yemen

Posted: 21 Mar 2011 02:09 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SANAA 21 Mac - Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh memecat semua ahli kabinetnya semalam ketika penunjuk perasaan mendesak peletakan jawatannya.

Keputusan tersebut dibuat selepas tiga menteri mengundurkan diri dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini sebagai protes ke atas kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang menuntut pengunduran diri Ali Abdullah.

Utusan Malaysia/-

Chelsea hidupkan peluang pertahan gelaran

Posted: 21 Mar 2011 02:07 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

LONDON: Penyandang juara, Chelsea menghidupkan peluang merebut tahta kejuaraan apabila menumpaskan Manchester City 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Gol Chelsea diperoleh menerusi tandukan David Luiz sebelum separuh masa pertama tamat dan Ramirez menambah gol kedua pada minit ke-92.
Kemenangan itu bermakna Chelsea merampas tempat City di kedudukan ketiga liga dan hanya sembilan mata memisahkannya dengan pendahulu, Manchester United.

Berita Harian/-

MUI: Fatwa Kopi Luwak (Tahi Musang) Halal

Posted: 21 Mar 2011 02:00 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Kopi Luwak adalah seduhan kopi menggunakan biji kopi yang diambil dari sisa kotoran luwak/musang kelapa. Biiji kopi ini diyakini memiliki rasa yang berbeda setelah dimakan dan melewati saluran pencernaan luwak. Kemasyhuran kopi ini di kawasan Asia Tenggara telah lama diketahui, namun baru menjadi terkenal luas di peminat kopi gourmet setelah publikasi pada tahun 1980-an. Biji kopi luwak adalah yang termahal di dunia, mencapai USD100 per 450 gram.

Kemasyhuran kopi ini diyakini karena mitos pada masa lalu, ketika perkebunan kopi dibuka besar-besaran pada masa pemerintahan Hindia Belanda sampai dekade 1950-an, di mana saat itu masih banyak terdapat binatang luwak sejenis musang.



Luwak, atau lengkapnya musang luwak, senang sekali mencari buah-buahan yang cukup baik dan masak termasuk buah kopi sebagai makanannya. Luwak akan memilih buah kopi yang betul-betul masak sebagai makanannya, dan setelahnya, biji kopi yang dilindungi kulit keras dan tidak tercerna akan keluar bersama kotoran luwak. Biji kopi seperti ini, pada masa lalu sering diburu para petani kopi, karena diyakini berasal dari biji kopi terbaik dan telah difermentasikan secara alami dalam perut luwak. Dan konon, rasa kopi luwak ini memang benar-benar berbeda dan spesial di kalangan para penggemar dan penikmat kopi.

Kopi Luwak yang diberikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kepada PM Australia, Kevin Rudd, pada kunjungannya ke Australia di awal Maret 2010 menjadi perhatian pers Australia karena menurut Jawatan Karantina Australia tidak melalui pemeriksaan terlebih dahulu. Pers menjulukinya dung diplomacy.

Melalui fatwa nomor 4, 20 Juli 2010, Majelis Ulama Indonesia atau MUI menyatakan bahwa kopi luwak, yakni kopi yang diolah dari biji kopi yang diambil dari kotoran hewan luwak (musang), termasuk halal atau boleh dikonsumsi umat Islam. Namun, biji kopi luwak harus melalui pencucian terlebih dahulu sebelum dapat dikatakan halal.

"Statusnya biji kopi luwak adalah mutanajis, artinya suatu benda yang terkena najis. Mutanajis itu jika dibersihkan, dicuci, maka biji kopi itu suci, halal, bisa dikonsumsi," ujar Wakil Sekretaris Komisi Fatwa MUI Aminudin Yakub, Selasa (20/7/2010).

Aminudin mengatakan, fatwa kopi luwak tersebut dikeluarkan MUI untuk menjawab pertanyaan masyarakat mengenai halal atau tidaknya kopi yang diambil dari kotoran hewan tersebut. Menurutnya, MUI telah melakukan kajian dan menemukan bahwa hewan luwak hanya memakan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit tanduk buah kopi. "Dan kalau ditanam, biji kopi itu bisa tumbuh. Dengan demikian, itu bukan najis, melainkan mutanajis," katanya.

Mutanajis berbeda dengan najis. Apa yang dikatakan najis, menurut Aminudin, salah satunya, adalah suatu benda yang dilarang untuk dikonsumsi umat Islam, seperti daging babi. Namun, mutanajis adalah kondisi ketika suatu benda terkena najis yang dapat dikatakan halal jika dibersihkan.

Disebabkan permintaan di dunia banyak meningkat, Kopi Luwak yang dihasilkan di Indonesia tidak dapat memenuhi permintaan para penggemarnya.


Kopi Luwak merupakan antara kopi yang termahal di dunia. Biji kopi ini diperolehi dari tahi melalui penghadaman musang di Indonesia, kemudian diproses menjadi Kopi Luwak.

Kopi Luwak dijual hingga 800 dolar Amerika sekilogram. Minuman kopi ini dijual kira-kira 100 dolar Amerika secawan di London.

Ulasan tentang kenyataan Mufti Perak di dalam Sinar Harian, 18 Mac

Posted: 21 Mar 2011 02:00 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

1. Pengertian

Di dalam membahaskan tentang tajuk ancak, terdapat 3 khurafat di dalam masyarakat Melayu yang hampir sama, yang perlu dihuraikan di sini. Ketiga-tiga perkara ini bercanggah dengan syara' disebabkan beberapa unsur yang akan dibentangkan selepas ini, insya Allah

Pertama : Ancak

Ancak di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada juga terdapat ancak yang di buat daripada daun pisang yang di isi dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.

Ancak juga di gunakan sebagai "jamu" untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-Nenek atau Jembalang-jembalang keturunan.

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Melayu Islam, Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf)

Kedua : Sangkak

Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah di proses dengan syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai " jamu " bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu.

Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat disukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut. Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya.

Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Melayu Islam, Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf)

Ketiga : Tiang Seri

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi, emas, perak atau tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Tok Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada diganggu oleh Jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu Jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Melayu Islam, Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf)

Kesimpulan

Ancak, sangkak dan tiang seri adalah antara alat yang digunakan untuk satu upacara. Apa yang akan saya bahaskan di sini ialah "ancak dari perspektif upacara". Peralatan itu sendiri tidak diharamkan, sebaliknya apa yang diharamkan ialah penyalagunaan alatan-alatan itu. Insya Allah perbahasannya selepas ini.

2. Hukum Berkaitan Ancak

Berdasarkan maksud yang saya bentangkan di atas, ancak diharamkan disebabkan beberapa perkara, antaranya ialah :

1. Haram disebabkan "jamu" untuk jin yang dikatakan menjaga kampung
2. Haram disebabkan meminta bantuan jin dalam perkara yang menyalahi syara'
3. Haram disebabkan upacara yang menyalahi syara', seperti upacara pemujaan dan lain-lain

Ancak bukanlah diharamkan disebabkan peralatan yang digunakan, sebaliknya upacara tersebut. Ia menjadi haram atau dikatakan khurafat disebabkan menjamu jin yang dikatakan menjaga kampung, atau menjaga rumah yang didirikan tersebut. Dan hukum meminta bantuan jin.

Di dalam Sinar Harian bertarikh 18 Mac, Tan Sri Mufti Negeri Perak hanya mengemukakan hujah menyatakan perkara tersebut tidak haram disebabkan alatan-alatan yang dikemukakan berdasarkan rujukan Kitab Tajul Muluk, yang akan saya ulas selepas ini, insya Allah.

Maka, ancak tidak dikatakan haram sekiranya tiada unsur menjamu jin yang kononnya menjaga rumah yang tiang serinya didirikan melulai upacara ini. Ia juga diharamkan disebabkan meminta bantuan jin, di dalam urusan yang menyalahi syara'.

Bahkan, apa yang dikatakan haram ialah upacara itu sendiri. Iaitu upacara pemujaan, walaupun menggunakan peralatan yang berbeza. Contohnya pemujaan Black Metal zaman ini tidak menggunakan pulut kuning, daun pisang dan lain-lain. Tetapi tetap haram kerana terdapat unsur pemujaan.

Maka, pengharaman sesuatu upacara tersebut bukanlah disebabkan peralatan yang digunakan, sebaliknya upacara itu sendiri yang mengandungi unsur-unsur kepercayaan (akidah) yang songsang. Antaranya :

1. Mempercayai kekuatan jin atau makhluk halus untuk menjaga
2. Meminta bantuan selain daripada Allah kepada makhluk halus
3. Mempercayai alatan-alatan yang digunakan boleh memberi kuasa, contoh beras kuning yang dikatakan boleh memberi semangat

(Sila rujuk Haji Abdul Hamid@Yusoff bin Yunus, Penjelasan Terhadap 58 Ciri-ciri Ajaran Sesat Di Malaysia, terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Perkara ini juga telah dihuraikan di dalam web JAKIM tentang Ciri-ciri Khurafat dan Tahyul :

(c) Cerita-cerita yang bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.

(d) Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada 'makhluk halus' bagi tujuan memudharatkan orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam

(e) Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang tertentu.

(http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garisan_panduan_bercetak_2.pdf)

3. Ulasan Kenyataan Mufti Perak

Apa yang ingin saya ulas di sini ialah tentang sikap Tan Sri Mufti Perak. Sebagai seorang mufti, beliau perlu berdisiplin sebagai seorang mufti. Antaranya yang boleh dipertikaikan ialah :

Pertama : Sumber Yang Diragui

Seorang mufti perlulah mengemukakan sumber rujukan yang tepat, bukanlah sumber-sumber yang bersifat "lemah" untuk dijadikan hujah. Antara rujukan yang dikemukakan oleh beliau ialah Kitab Tajul Muluk dan Kamus Dewan untuk mendefinisikan Ancak dan mengemukakan bahawa ia bukanlah Ancak.

Dalam masa yang sama, Kitab Tajul Muluk telah diharamkan oleh JAKIM sejak 2007 lagi. (sila rujuk http://www.islam.gov.my/ppi/BhnHaram/bm/T.pdf). Bagaimanakah seorang mufti boleh menggunakan kitab yang telah diharamkan oleh JAKIM untuk mengeluarkan fatwa?

Selain itu, beliau juga tidak boleh berpegang dengan pengakuan si pelaku semata-mata, kerana berkemungkinan orang yang melakukan upacara tersebut (Menteri Besar) menyeleweng daripada apa yang terjadi. Antara skop kajian seorang mufti antaranya seperti video, saksi orang ramai (yang boleh dipercayai) dan sebagainya.

Video tersebut hendaklah rakaman yang boleh dipercayai, atau diakui sah. Sekiranya terdapat manipulasi di dalam video tersebut, ia tidak boleh diterima pakai sebagai bahan bukti.

Kedua : Hujah Tidak Kukuh

Apa yang ingin dibincangkan di sini ialah, adakah ancak itu hanya berdasarkan alatan yang digunakan sahaja? Beliau hanya menyatakan di dalam akhbar Sinar Harian bahawa ia bukanlah ancak. Tetapi adakah ia bermakna apa yang dilakukan oleh Dato' Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir itu adalah upacara yang tidak berlanggar dengan syara'?

Sebab itulah di permulaan penulisan ini, saya telah mengemukakan maksud ancak, dan amalan-amalan khurafat yang hampir sama maksudnya dengan ancak. Ia bertujuan supaya kita mengetahui bahawa sesuatu perbuatan tersebut bukanlah berdasarkan pada namanya, tetapi dikira berdasarkan apa yang terkandung di dalamnya.

Beliau menyatakan :

Dalam upacara Menteri Besar, jelas menunjukkan tiada peralatan atau perbuatan yang membuktikan ia adalah upacara ancak

Ancak yang kita bincangkan di sini bukanlah pada namanya atau peralatan yang digunakannya semata-mata. Sebaliknya berdasar upacara tersebut. Ancak yang dimaksudkan di sini adalah nama sebuah upacara, bukanlah nama peralatan yang digunakan.

Maka, Tan Sri Mufti hendaklah merujuk kepada rujukan yang lebih tepat, contohnya di dalam kitab Usul 20 karangan Imam Hassan al Banna yang ada menyatakan bahawa "sesuatu itu dihukumkan berdasarkan isi kandungannya, bukan berdasarkan namanya" Perkara ini akan dihuraikan selepas ini, insya Allah.

Di dalam akhbar tersebut, Tan Sri Mufti hanya menyatakan bahawa perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan syara'. Kemudian beliau mengulas tentang maksud ancak, dan menafikan apa yang dilakukan oleh Dato' Seri Zambry sebagai upacara ancak. Saya tidak nampak sebarang hujah yang menjadi sandaran beliau untuk "membolehkan" perbuatan tersebut.

Ketiga : Berubah Pendirian

Seorang mufti juga perlu bersifat tegas dalam mengeluarkan fatwa. Tidak sepatutnya bagi seorang mufti mengeluarkan fatwa pada hari ini, kemudian pada esoknya dia berubah pandangan, sedangkan perbuatan haram yang sama juga dilakukan.

Sebelum ini, beliau pernah menyatakan bahawa ancak itu haram, tetapi pada hari ini beliau telah mengubah pandangan menyatakan bahawa itu bukanlah ancak. Perlu diingat, walaupun ia bukan ancak sekalipun, ia tetap haram sekiranya terdapat unsur-unsur khurafat sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Di dalam kitab Adabul Fatwa, Mufti Wal Mustafti karangan Imam Nawawi RA telah menyenaraikan banyak sikap seorang mufti yang perlu. Antaranya ialah bersikap tegas terhadap fatwa yang dikeluarkan.

(Sila rujuk Imam Nawawi, Adabul Fatwa, Mufti Wal Mustafti, Saa'id.net, hal. 13)

Sebelum seorang mufti mengeluarkan fatwanya, beliau perlu mengkaji sedalam-dalamnya terhadap apa yang dilakukan oleh Dato' Seri Zambry tersebut.

Imam Nawawi menukilkan kalam Abu Amru bin as Solah di dalam kitab tersebut :

وينبغي أن يكون كالراوي في أنه لا يؤثر فيه قرابة وعداوة،‏ وجرّ نفع ودفع ضر،‏ لأن المفتي في حكم مخبرٌ عن الشرع بما لا اختصاص له بشخص

Sepatutnya bagi seorang mufti itu, seperti perawi hadis. Iaitu, dia tidak terpengaruh disebabkan kaum kerabat, dan musuh. Juga tidak terkesan dengan sebarang pemberian atau ancaman bahaya. Ini kerana mufti pada hukumnya, merupakan penyampai berita tentang syara', yang tiada pengkhususan kepada seseorang individu.

(Imam Nawawi, Adabul Fatwa, Mufti Wal Mustafti, Saa'id.net, hal. 5)

Sebagaimana yang telah saya sebutkan, beliau tidak boleh berpegang dengan pengakuan si pelaku semata-mata, kerana berkemungkinan orang yang melakukan upacara tersebut (Menteri Besar) menyeleweng daripada apa yang terjadi. Antara skop kajian seorang mufti antaranya seperti video, saksi orang ramai (yang boleh dipercayai) dan sebagainya sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini.

4. Ulasan Tentang Apa Yang Dilakukan Oleh Dato' Seri Zambry

Berdasarkan video yang telah disiarkan oleh Perak Today, saya dapat menyimpulkan bahawa upacara tersebut adalah di antara khurafat masyarakat Melayu, berdasarkan beberapa sebab yang jelas. Saya tidak akan menyentuh unsur-unsur yang tidak jelas, yang akan saya ulas selepas ini. Insya Allah.

Antara perjalanan upacara tersebut ialah, terdapat pembacaan doa sebelum upacara. Kemudian sesuatu yang berwarna putih (mungkin tepung) ditaburkan pada tapak tiang, dan seterusnya proses renjisan dengan menggunakan sejenis daun (tidak dikenal pasti) ke tempat meletakkan tiang di tengah-tengah tapak rumah. Setelah itu, tiang tersebut diletakkan di tempat renjisan tersebut, dan dinaikkan. Akhir sekali, tiang tersebut diikat dengan kain merah dan diselitkan daun yang digunakan untuk merenjis tadi, pada kain tersebut.

(http://www.youtube.com/watch?v=4AzHKLhnNrQ)

Apa yang boleh dilihat di sini ialah, satu upacara yang tidak boleh dianggap sebagai "majlis perasmian" yang biasa dilakukan. Jelas, ia merupakan satu upacara yang dikatakan sebagai adat yang songsang kerana apa yang dilakukannya boleh menimbulkan persoalan, antaranya :

1. Kenapa air direnjiskan ke lubang tiang tersebut?
2. Kenapa diikat kain merah pada tiang tersebut setelah didirikan?
3. Kenapa ditaburkan tepung pada tapak untuk dipasakkan tiang?
4. Kenapa ia daun yang digunakan untuk merenjis, diikat bersama kain merah pada tiang?
5. Dan sebagainya

Apa yang dilakukan ini jelas terdapat unsur pengamalan adat-adat Melayu yang songsang, antaranya seperti :

1. Upacara mendirikan rumah baru
2. Upacara menurunkan perahu/kapal yang baru ke laut
3. Kenduri tolak bala
4. Upacara persandingan
5. Upacara lenggang perut
6. dan lain-lain

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Melayu Islam, Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf. hal 36-38)

Setiap upacara yang dilakukan di atas, terdapat kaedah-kaedahnya yang tersendiri. Dan ada kaedah yang berbeza berdasarkan perbezaan tok bomoh yang melakukannya.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk melakukan upacara tersebut, sebaliknya hanya membantu untuk menaikkan tiang sahaja. Apa yang ingin saya ulas di sini ialah :

1. Berkemungkinan beliau jahil tentang upacara-upacara yang bercanggah dengan syara', lalu menyertainya. Hukumnya tetap haram, walaupun seseorang itu jahil tentangnya. Apabila sudah mengetahui pengharamannya, seseorang itu wajib bertaubat.

2. Niat yang baik tidak dapat menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram (al Qaradhawi, al Halal Wal Haram Fil Islam, Maktabah Wahbah, cet. 24, 1997, hal. 33)

3. Kejahilan dan taqlid buta menjadi unsur utama berlakunya amalan-amalan sesat dan khurafat.

5. Hujah Pengharaman

Berdasarkan kenyataan Tan Sri Mufti dan Dato' Seri Menteri Besar, ingin saya kemukakan beberapa hujah yang mengharamkan perbuatan tersebut, seterusnya memperbetulkan kenyataan Tan Sri Mufti.

Pertama : Haram Pada Upacara Bukan Pada Alat

Pengharaman sesuatu amalan, bukanlah disebabkan peralatan yang digunakan semata-mata. Sebaliknya ia haram disebabkan upacara sesat yang dilakukan. Perkara ini telah disebutkan oleh Dr Ali Jum'ah, Mufti Mesir di dalam kitab beliau al Bayan Lima Yashgahul Azhan Siri Pertama ketika mengulas penyalahgunaan media elektronik.

Beliau menyatakan bahawa media elektronik tidaklah diharamkan, sebaliknya apa yang diharamkan adalah penyalahgunaan barang tersebut. (sila rujuk Syeikh Ali Juma'ah, al Bayan Lima Yashgahul Azhan, Siri Pertama, Maktabah al Wabil As Soyyid, hal. 254)

Az Zaila'ie menyatakan di dalam kitab Tabyinul Haqa'iq menyebut tentang haiwan yang disalahgunakan seperti ayam yang digunakan untuk bersabung, dan sebagainya bukanlah haram pada binatang tersebut, sebaliknya diharamkan pada perbuatan itu.

Lalu beliau berkata :

Ini kerana, bukanlah disebabkan objek (binatang) itu yang dikatakan sebagai satu kemungkaran, akan tetapi kemungkaran itu disebabkan penyalahgunaannya.

(az Zaila'ie, Uthman bin Ali, Tabyinul Haqa'iq, cet Darul Kitab Islami, Kaherah, jilid 3, hal. 296/297)

Syeikh Yusof al Qaradhawi menyatakan di dalam qaradawi.net :

العبرة بالمسميات والمضامين، لا بالأسماء والعناوين
Sesuatu perkara itu dikira berdasarkan ciri-ciri dan isi kandungnya, bukan pada namanya dan tajuknya.

(http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=4464&version=1&template_id=254&parent_id=1)

Sepertimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, walaupun alat yang digunakan berbeza, tetapi apabila upacara tersebut adalah upacara pemujaan misalnya, maka ia tetap haram. Haramnya upacara tersebut disebabkan pemujaan tersebut, bukannya diharamkan disebabkan peralatan yang digunakan semata-mata.

Kedua : Haram Disebabkan Terdapat Unsur Khurafat

Di dalam rakaman video Perak Today, jelas menampakkan terdapat beberapa unsur khurafat. Antara bentuk-bentuk khurafat yang telah disiarkan di dalam web rasmi JAKIM seperti berikut :

(a) Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya.

(b) Kepercayaan kepada nasib sial majal, seperti adat membuang sial.

(c) Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya, umpamanya adat memuja kampung.

(d) Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat
memuja semangat padi.

(e) Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti menanguhkan perjalanan jika terdapat biawak melintas kerana dianggap sebagai isyarat benda tidak baik akan berlaku.

(f) Percaya kepara ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.

(g) Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur

(http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garisan_panduan_bercetak_2.pdf)

Sebab itulah sebelum ini saya menyatakan bahawa sesuatu perkara itu bukan dikira pada namanya, tetapi ia dikira berdasarkan ciri-ciri, bentuk-bentuk dan sebagainya. Maka, saya tidak ingin mengulas panjang tentang peralatan yang digunakan, ataupun nama upacara tersebut.

Sebaliknya saya mengetengahkan bentuk-bentuk upacara tersebut, yang menjadi hujah pengharamannya.

Setiap item yang telah disenaraikan oleh JAKIM di atas, terdapat dalil-dalil yang disandarkan kepadanya. Namun, tidak perlu untuk dipanjang lebarkan perbahasannya di sini.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah, unsur-unsur khurafat di dalam upacara yang dihadiri oleh Dato' Seri Zambry ialah seperti menabur tepung di tapak tiang, merenjis air ke dalam lubang tersebut, menggunakan daun tertentu untuk merenjis, kain merah diikat pada tiang yang dipasakkan di tengah-tengah tapak rumah dan diikat bersama daun tadi.

Persoalan saya, kenapa menggunakan peralatan seperti itu? Dan kenapa upacaranya sebegitu? Seperti biasa kita menyaksikan gimik Majlis Perasmian dengan memotong reben, tandatangan pada plak, peletakan batu asas dan lain-lain.

Kita tidak melihat gimik perasmian kali ini seperti itu, sebaliknya ia diadakan seperti satu upacara yang tidak dilakukan di mana-mana majlis rasmi. Maka, jelas di sini unsur-unsur khurafat yang diharamkan, turut ada di dalam upacara yang dilakukan oleh Dato' Seri Zambry.

Ketiga : Haram berdasarkan kaedah fiqh

Sebelum ini, saya telah menyenaraikan beberapa persoalan yang berkaitan dengan upacara tersebut. Kali ini, suka untuk saya kemukakan beberapa keraguan terhadapnya.

Sebelum itu, suka untuk saya nyatakan di sini bahawa, ada sesetengah adat Melayu yang nampak seperti amalan karut, tetapi hakikatnya ia tidak bercanggah dengan syara' kerana khasiat-khasiatnya yang tertentu. Contohnya seperti amalan berzanji, gunting rambut bayi, kemudian kepala bayi disapu dengan bedak sejuk.

Upacara yang dilakukan oleh Dato' Seri Zambry boleh dibahagikan kepada tiga hukum :

1. Harus
2. Makruh
3. Haram

Tidak mungkin upacara tersebut satu perkara yang wajib, kerana tiada dalil yang mewajibkannya. Juga tidak boleh dikatakan sunat, kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya.

Adakah hukumnya harus? Atau Makruh? Atau Haram?

Upacara tersebut hukumnya harus, sekiranya menepati syarat-syarat berikut :

1. Tiada unsur-unsur pemujaan
2. Tiada unsur-unsur kepercayaan karut terhadap sesuatu benda, seperti pokok, kayu, batu dan lain-lain
3. Tiada unsur-unsur jampi serapah yang karut
4. Dan sebagainya.

Hukumnya makruh sekiranya terdapat unsur-unsur pembaziran, tidak terdapat unsur-unsur haram dan sebagainya. Manakala upacara tersebut boleh dikatakan haram sekiranya :

1. Terdapat unsur-unsur pemujaan
2. Terdapat unsur-unsur kepercayaan karut.
3. Terdapat unsur-unsur jampi serapah, bomoh, pantang larang dan lain-lain
4. Dan sebagainya.

Maka, setelah diteliti, video tersebut mendedahkan bahawa di dalam upacara tersebut terdapat unsur-unsur kepercayaan karut, seperti mengikat kain merah bersama daun yang direnjis pada tiang yang dipasak di tengah-tengah rumah, ditaburkan tepung pada tapak tiang dan lain-lain. Kenapa daun tersebut diikat pada tiang tersebut? Apa perlunya gimik sedemikian? Dan apa perlunya menaburkan tepung?

Antara amalan sesat masyarakat Melayu dahulu, mereka menggantung buah kepala di tiang seri rumah bagi mengelakkan gangguan jin (sila lihat bab pertama). Ada juga yang mengamalkan amalan menepung tawar, kononnya boleh memberi keamanan kepada rumah tersebut. Kepercayaan seperti inilah yang dikatakan bercanggah dengan syara' sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Maka, sebab itulah saya menyatakan bahawa upacara seperti itu adalah diharamkan kerana ia tidak boleh dikatakan harus atau makruh, sebaliknya haram.

(Sila lihat huraian kaedah ini secara ringkas di dalam kitab Husnud Darki Wat Tafahhumi Li Mas'alatit Tarki karangan Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari)

Dr Yusof al Qaradhawi menukilkan pendapat seorang ulama' di dalam al Halal Wal Haram Fil Islam

Manakala adat istiadat berdasarkan apa yang ditetapkan oleh menusia (tidak seperti ibadat) mengikut keperluan dalam kehidupan mereka. Maka, hukum asalnya ialah tidak diharamkan, maka anda tidak perlu menjauhinya (adat) melainkan apa yang telah Allah SWT larang

(al Qaradhawi, al Halal Wal Haram Fil Islam, Maktabah Wahbah, cet. 24, 1997, hal. 22)

Maka, asal hukum pelaksanaan sesuatu adat istiadat adalah diharuskan, melainkan sekiranya terdapat di dalamnya unsur-unsur yang diharamkan oleh Allah. Sekiranya terdapat unsur-unsur yang haram di dalam adat istiadat tersebut, maka hukumnya turut haram.

Beliau menyatakan lagi :

Dan tidak diharamkan sesuatu adat, melainkan apa yang diharamkan oleh Allah

(al Qaradhawi, al Halal Wal Haram Fil Islam, Maktabah Wahbah, cet. 24, 1997, hal. 23)

WaLlahua'lam.


MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak






PAS BANDAR LAGUNA

Posted: 22 Mar 2011 01:32 AM PDT

PAS BANDAR LAGUNA


Ahmad Bashah 'terlondeh' dikubu sendiri

Posted: 21 Mar 2011 11:50 PM PDT


Mohd Shubihi Muhamad Zain


ALOR SETAR, 22 Mac: Imej Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah tidak mungkin dapat dipulihkan lagi apabila dilondehkan di kubu kuatnya sendiri.
Hasrat pemimpin nombor satu Umno Kedah menampilkan watak utama konspirasi 1998, Umi Hafilda Ali dalam program 'merungkai segala rahsia Anwar Ibrahim' yang dijadual malam tadi terpaksa dibatalkan ekoran desakan kuat mereka yang muak dengan fitnah dan pembohongan wanita itu.
Lebih 300 anak-anak muda dan masyarakat sekitar berkumpul di hadapan Dewan Orang Ramai Taman Wira B, Mergong menyatakan bantahan terhadap penyalahgunaan premis berstatus premis milik kerajaan negeri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Mereka yang berkumpul kebanyakannya menyuarakan ketidakpuasan hati apabila Umno memperlakukan sewenangnya dewan orang ramai seperti harta mereka sendiri.
"Ini dewan orang ramai milik kerajaan negeri bukannya hak Umno, selama lebih 50 tahun Umno dah buat harta kerajaan macam harta dia, dewan orang ramai bukan untuk dijadikan markas Umno atau pejabat mana-mana parti politik.
"Umno harus kosongkan mana-mana dewan milik kerajaan di negeri ini yang selama ini dijadikan markas mereka, termasuk juga Datuk Bashah yang tak malu menumpang di pejabat penghulu dan menjadikan premis itu pejabat operasinya sebagai wakil rakyat Bakar Bata," kata salah seorang dari peserta bantahan pada malam itu.
Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bakar Bata, Zulkifli Che Harun yang ditemui mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda dan mereka yang berkumpul menyuarakan bantahan mereka terhadap kerakusan Umno itu.
"Bagi pihak MTD dan PAS Kawasan Alor Setar, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak muda dan mereka yang berani menyuarakan bantahan ini di samping berjaya menyekat Umi Hafilda dari terus melemparkan fitnah jahatnya terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
"Ini merupakan petanda kebangkitan golongan muda dan rakyat yang telah muak dan jelak dengan pembohongan dan fitnah Umno dan kuncunya. Kita lihat bagaimana reputasi Datuk Bashah sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah tercalar kerana dimalukan di kubu sendiri," katanya.
Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat PAS Kawasan Alor Setar berhubung penganjuran ceramah oleh Umno yang disyaki tidak memohon permit polis dan menyalahgunakan premis awam milik kerajaan untuk tujuan politik sempit mereka.
Sehubungan itu sepasukan anggota polis telah bertindak membatalkan ceramah Umi Hafilda yang kebelakangan ini kerap muncul dengan isu-isu sensasi bertujuan melemparkan fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tiada ulasan:

Pengikut